analisis ayat

55
ANALISIS AYAT (JENIS-JENIS AYAT) JENIS-JENIS AYAT Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat Penyata 1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. 2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. 3. Ayat contoh: a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini. c) Dia suka menonton rancangan televisyen. d) Datuk sedang berehat di ruang tamu. e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan. Ayat Tanya 1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. 2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. 3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan. (i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?). 3. Ayat contoh: a) Adik masih belum makan? b) Pemuda itu malas? c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan? d) Erra penyanyi yang popular?

Upload: alex-paroex

Post on 26-May-2015

2.976 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis ayat

ANALISIS AYAT (JENIS-JENIS AYAT)JENIS-JENIS AYAT 

Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Ayat Penyata1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

3. Ayat contoh:a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.c) Dia suka menonton rancangan televisyen.d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

Ayat Tanya1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.

(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).3. Ayat contoh:

a) Adik masih belum makan?b) Pemuda itu malas?c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?d) Erra penyanyi yang popular?e) Bas itu sudah bertolak?

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.

2. Ayat contoh:

Page 2: Analisis ayat

a) Barang itu apa?b) Pemain piano itu siapa?c) Hari jadi kamu bila?d) Pejabat pos di mana?e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.4. Ayat contoh:a) Apakah barang itu?b) Siapakah pemain piano itu?c) Bilakah hari jadi kamu?d) Di manakah pejabat pos?e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?

Ayat Perintah1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

a) Ayat suruhanb) Ayat laranganc) Ayat silaand) Ayat permintaan

Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat PerintahAyat Perintah Penggunaan Ayat ContohAyat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.1. Minumlah teh ini dahulu.2. siapkan kerja sekolah ini.3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

Ayat Larangan Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.1. Jangan petik bunga itu.2. Usah bermain di tepi jalan.3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

Ayat Silaan Menjemput atau mempersilakan seseorangMenggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.2. Silalah pakai topi keledar.3. Jemput makan bersama-sama.4. Jemputlah datang ke rumah saya.

Page 3: Analisis ayat

Ayat Permintaan Memohon permintaan dan pertolongan.Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.2. Minta anda semua bersabar.3. Tolong ambilkan saya secawan air.4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.

Ayat Seruan1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.4. Ayat contoh:a) Amboi, cantiknya gadis itu!b) Wah, mahalnya baju ini!c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!d) Cis, berani kamu pukul saya!e) Syabas, kamu telah menang!

SUSUNAN AYAT1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di belakang ayat.3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.

Ayat Biasa = Subjek + PredikatAyat Songsang = Predikat + SubjekAyat contoh:1. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)     Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)

2. Itu rumah saya.(Ayat Biasa) 

Rumah saya itulah.(Ayat Songsang) 3. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa) 

Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang) 

4. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa) 

Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang) 

Page 4: Analisis ayat

5. Pokok itu sangat tinggi.(Ayat Biasa) 

 Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang) 

* Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk ayat tanya) digunakan untuk memberi penekanan

kepada predikat dalam ayat.5. Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan, iaitu:

a) Pendepanan seluruh predikatb) Pendepanan sebahagian daripada predikat

(a) Pendepanan Seluruh PredikatAyat Biasa Ayat Songsang1. Masakan ibu lazat sekali. 1. Lazat sekali masakan ibu.

2. Baju itu dijahit oleh ibu. 2. Dijahit oleh ibu baju itu.

3. Abangnya seorang pensyarah. 3. Seorang pensyarah abangnya.

(b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat

Ayat Biasa Ayat Songsang

1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu.(Ayat Biasa) 

1. Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. .(Ayat Songsang) 

2. Saya akan balik ke kampung esok.(Ayat Biasa) 

2. Akan balik saya ke kampung esok.(Ayat Songsang) 

3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya.(Ayat Biasa) 

3. Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya.(Ayat Songsang) 

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Page 5: Analisis ayat

Ayat Seruan

1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Ayat Tunggal = 1 Subjek + 1 Predikat

2. Ayat contoh:a) Bee Hong seorang jururawat.b) Kucing itu sedang mengejar seekor tikus.c) Malaysia aman damai.d) See Ling ke Pulau Langkawi pagi tadi.

Ayat Majmuk

1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:a) Ayat majmuk gabunganb) Ayat majmuk pancanganc) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.

Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan

a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

a) Erina seorang pelajar yang cerdik.b) Erina seorang pelajar yang malas.

Erina seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.

Page 6: Analisis ayat

a) Kok Loong masuk ke dalam bilik.b) Kok Loong tidur.

Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur.

a) Abang memandang saya.b) Abang ketawa.

Abang memandang saya sambil ketawa.

a) Awak nak minum kopi?b) Awak nak minum teh?

Awak nak minum kopi atau teh?

(b) Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:i) Ayat majmuk pancangan relatifii) Ayat majmuk pancangan komplemeniii) Ayat majmuk pancangan keterangan

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Cara Pembentukan Ayat Majmuk RelatifAyat induk : Saya membaca majalah itu.Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.1. Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku.Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya.2. Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Ayat induk : Kakak mempunyai dua helai baju.Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.3. Kakak mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

Ayat induk : Emak membeli kain sutera.Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.4. Emak membeli kain sutera yang berwarna merah.

Page 7: Analisis ayat

Ayat induk : Bas itu bas sekolah.Ayat kecil : Abang saya menaiki bas.5. Bas yang dinaiki abang saya itu bas sekolah.

(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa" dan "untuk".

Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen

Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.Kata hubung : bahawa 1. Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Ayat induk : Ibu pergi ke pasar.Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran.Kata hubung : untuk 

2. Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan keterangan, iaitu:Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab

Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata

Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila

Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan

Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga

Keterangan cara -->dengan

Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak

Page 8: Analisis ayat

Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan KeteranganCara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan

Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.Ayat kecil : Hari hujan.Kata hubung : kerana1. Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.

Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.Kata hubung : apabila2. Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.

Ayat induk : Ibu menghiris bawang.Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.Kata hubung : dengan 3. Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.

Ayat induk : Mazli berdoa.Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.Kata hubung : agar 4. Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh.

Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.Kata hubung : walaupun 5. Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.

Ayat induk : Adik rajin berusaha. Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan.Kata hubung : jika 6. Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.

(c) Ayat Majmuk Campuran

1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan Ayat Majmuk CampuranAyat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar.Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

1. Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.

Page 9: Analisis ayat

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapatketerangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.2. Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.3. Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.4. Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk pergi bermain bola.

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.5. Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada objek.

Ayat Aktif --Ayat Pasif1. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF)1. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF)

2. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu.(AYAT AKTIF)

2. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF)

3. Dia menulis karangan itu.(AYAT AKTIF) 

3. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF)

Page 10: Analisis ayat

4. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF) 

4. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF)

5. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF)

5. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF)

*Ayat-ayat di atas membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berlainan.

AYAT AKTIF

Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:(a) Ayat aktif transitif(b) Ayat aktif tak transitif(a) Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya.1. Saya mengelap tingkap.2. Ibu menggoreng ikan.3. Kami menghormati guru.4. Beliau merasmikan majlis itu.5. Merokok membahayakan kesihatan.6. Bersukan menyihatkan badan.7. Adik bermain bola.

(b) Ayat Aktif Tak TransitifAyat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

1. Adik menangis. 2. Kakak tidur. 3. Amran melukis. 4. Lydia bernyanyi. 5. Kami berehat.6. Emak memasak. 7. Adik mandi. 

*Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek. 

Page 11: Analisis ayat

AYAT PASIFAyat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasifb) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan keduac) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"

(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga.3. Ayat contoh:(i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.(ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng.(iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi.(iv) Batu itu tersepak oleh Helen.

(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak boleh menerima imbuhan kata kerja pasif di-. 2. Ayat contoh:(i) Masalah itu akan saya selesaikan.(ii) Bilik itu patut kamu kemaskan.(iii) Titah tuanku akan patik junjung.(iv) Keamanan negara harus kita kekalkan.

(c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.2. Ayat contoh:(i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu.(ii) Dia kena culik oleh pengganas itu.(iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya.(iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.

Sintaksis- Menganalisis Jenis-jenis Ayat Majmuk.Soalan:-                                                                                                                              

Anda diminta untuk MENGANALISIS JENIS-JENIS AYAT MAJMUK dalam rencana

akhbar.

Pengenalan:-

Page 12: Analisis ayat

Analisis yang dibuat adalah berhubung kait tentang jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat

dalam rencana. Ia merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan

binaan atau konstruksi ayat. Analisis ayat yang dibuat bukan sahaja mengkaji proses

pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan-perkataan

disusun dalam ayat. Ayat pula ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit

yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama yang

membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-

unsur iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat

majmuk ialah salah satu ayat yang dibina dengan mencantumkan dari dua ayat tunggal atau

lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga

menjadikannya ayat baharu.

Jenis-jenis Ayat Majmuk

Ayat majmuk terbahagi kepada empat iaitu:

-          Ayat majmuk gabungan

-          Ayat majmuk pancangan

-          Ayat majmuk Campuran

-          Ayat majmuk pasif

Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan

satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung

seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya seperti contoh berikut;

                                                                                                                                                    2

.

Contoh:    -1. Kakitangan syarikat kami rajin dan berdisiplin.

2.  Ibu memasak, ayah membaca surat khabar dan abang mendengar radio.

Adakala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali misalnya;

      3.  Adik  ke sekolah, ayah ke pejabat.

Ayat majmuk gabungan terdiri daripada:-

-          Ayat majmuk gabungan berurutan

-          Ayat majmuk gabungan bertentangan

Contoh ayat:

4.      Murid-murid bernyanyi sambil menari.

– ayat majmuk gabungan berurutan

5.      Abu gemuk tetapi adiknya kurus.

- ayat majmuk gabungan bertentangan

Page 13: Analisis ayat

Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung

yang berpasangan seperti lebih baik.....daripada, apakah......ataupun, adakah...atau(pun),

sama ada...atau, dan sebagainya. Contohnya;

6.      Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti.

7.      Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.

Ayat Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ayat utama

atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung

seperti yang,

                                                                                                                                                    3

.

bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Ada tiga jenis ayat pancangan

dalam bahasa Melayu iaitu;

i.                    Ayat relatif

ii.                  Ayat komplemen

iii.                Ayat keterangan

a.       Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti contoh

berikut:

8.      Saya membeli baju biru yang berwarna merah.

9.      Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres.

10.  Yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera.

b.      Ayat komplemen mengandungi tiga jenis ayat komplemen:

i.        Ayat komplemen frasa nama

Contoh ayat:

11.  Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas.

(ayat komplemen frasa nama subjek)

12.  Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah.

(ayat komplemen frasa nama subjek)

13.  Agak sukar untuk Dato’ Azmi memenangi pilihan raya kecil itu.

(ayat komplemen frasa nama subjek songsang)

14.  Pemuda itu menyatakan bahawa semua penumpang terselamat.

(ayat komplemen frasa nama objek tepat)

Page 14: Analisis ayat

                                                                                                                                  4.

15.  Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat.

(ayat komplemen frasa nama objek tepat)

ii.                  Ayat komplemen frasa kerja

Contoh ayat:

a.       Dia berasa bahawa nasihat gurunya itu benar.

b.      Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.

c.       Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan terus meningkat.

iii.                Ayat komplemen frasa adjektif

Contoh ayat:

i.        Mereka sangat insaf bahawa mereka itu daif.

ii.      Saya yakin bahawa dia akan berjaya.

c.       Ayat keterangan

Ayat majmuk keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk.

Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat kecil jenis ini.

Ada 9 jenis ayat keterangan.

i.                    Keterangan musabah

Contoh;- Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

ii.                  Keterangan akibat

Contoh;- Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.

iii.                Keterangan syarat

Contoh;-  Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah membenarkannya.

iv.                Keterangan waktu

Contoh;- Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah.

                                                                                                                      5.

                                                                                                                    

v.                  Keterangan harapan

Contoh;- Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

vi.                Keterangan cara

Contoh;- Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh.

vii.              Keterangan tujuan

Page 15: Analisis ayat

Contoh;- Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk      meningkatkan taraf hidup

rakyat.

                   viii.     Keterangan perbandingan

                              Contoh ayat;- Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.    

                     xi.    Keterangan pertentangan

                             Contoh;- Sekalipun sudah berumur , dia masih ingin belajar juga.

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni

terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis

ayat majmuk.

Contoh ayat:

Richard sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama

tidur.

Ayat Majmuk Pasif

i.                    Ayat majmuk gabungan

                                                                                                                                  6.

Contoh ayat;

Aktif-  Saya minum kopi dan adik makan biskut.

Pasif-  Kopi saya minum dan biskut dimakan oleh adik.

ii.                  Ayat majmuk relatif

Contoh ayat;

Aktif – Mereka menonton cerita yang sedih itu.

Pasif -  Cerita yang sedih itu ditonton oleh mereka.

iii.                Ayat majmuk komplemen : Komplomen Objek

Contoh ayat;

Aktif – Akhbar tempatan melaporkan bahawa wabak denggi telah merebak di negara itu.

Pasif – Bahawa wabak denggi telah merebak di negara itu dilaporkan oleh akhbar tempatan.

iv.                Ayat majmuk keterangan

Contoh ayat:

Aktif – Abu akan membeli buku itu kalau ibu membenarkannya.

Pasif -  Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ibu membenarkannya.

Analisis penggunaan ayat

Page 16: Analisis ayat

Analisis penggunaan ayat yang terdapat dalam rencana keratan sebuah akhbar Berita Harian

pada halaman 26 dan halaman 27 iaitu 25 Mac 2013 bertajuk  “Lambakan ubat haram tidak

terkawal”.(penulis: Felo di Institut Pengajian Kewartawanan, UiTM). Dalam artikel beliau,

terdapat penggunaan kata hubung dan  telah diselitkan antara ayat untuk menggabungkan dua

ayat atau lebih dijadikan satu ayat majmuk gabungan. Penulis mengharapkan agar apa yang

ingin disampaikan membolehkan pembaca memahami dan mendapat maklumat yang

                                                                                                                                                    7

.

diperoleh dengan jelas. Antara contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam artikel

adalah seperti berikut:

  Bayangkan, segala bentuk ubat-ubatan mahupun kapsul, pil, cecair dan krim adalah bahan

penting bagi pesakit.

  Ia terdapat di Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan serta dalam kuantiti yang besar.

  Berat badan semakin susut dan tiada lagi perut buncit.

  Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat juga gejala ubat

tiruan.

  Terdapat ketidakseimbangan pengedaran ubat-ubatan berkenaan, pilih kasih dan harga tidak

adil kepada pengguna.

  Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat juga

gejala ubat tiruan.

  Tanggungjawab pengusaha farmaseutikal ke atas pengguna mengenai mutu ubat-ubatan, harga,

pelabelan dan pembungkusan.

  Pengguna tidak lagi menanam bahan makanan mereka sendiri, mendirikan rumah sendiri dan

membancuh bahan perubatan mereka sendiri.

  Bagi mereka yang dijangkiti atau diserang penyakit serius dan kronik, ubat adalah pelindung

daripada keadaan lebih teruk atau maut.

Terdapat  juga penggunaan ayat majmuk campuran dengan susunan biasa atau susunan

songsang agar ayat tersebut menjadi lebih gramatis. Banyak ayat majmuk campuran

digarapkan dalam karya penulisan oleh penulis tersebut. Kepelbagaian ayat majmuk yang

gramatis mencerminkan kemahiran dalam menyampaikan maklumat penulisan untuk

mengutarakan kemusykilannya  atau memberi gambaran yang sebenar.  Ada  contoh-contoh

                                                                                                                                                   8.

ayat yang relevan agar penjelasan yang lebih tepat dapat diutarakan. Oleh sebab itu

penggunaan ayat campuran menjadikan ayat tersebut menjadi ayat yang lebih kompleks.

Page 17: Analisis ayat

Kebanyakkan ayat yang dibina juga biasanya panjang. Berikut beberapa contoh ayat yang

diambil dari petikan rencana berbentuk ayat majmuk campuran yang terdiri daripada

berbagai-bagai bentuk ayat yang digabungkan iaitu;

i.        ayat keterangan + ayat gabungan

ii.      ayat gabungan + ayat relatif

iii.    ayat relatif + ayat keterangan

iv.    ayat keterangan + ayat relatif

v.      ayat relatif + ayat gabungan

  Cara pengedaran dan pemasaran industri ubat-ubatan negara ini semakin bercelaru dan luar

kawalan.

  Sudah tiba masanya pihak yang berkaitan di Kementerian Kesihatan mengambil tindakan

proaktif dan segera untuk mengelak masalah yang lebih besar berlaku dalam masyarakat.

(ayat gabungan dan ayat relatif)

  Oleh itu, ubat wajib dipromosikan dengan telus, jujur dan ditawarkan kepada seramai rakyat

negara ini yang memerlukan dengan harga yang berpatutan. (ayat gabungan + ayat relatif)

  Baru-baru ini, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, seperti dilaporkan

oleh akhbar pada 31 Januari lalu, menyerbu 35 permis dan stokis di lima negeri secara

serentak dan merampas 6,283 botol ubat peransang seks.

(ayat keterangan + ayat gabungan)

  Apa yang memeranjatkan ialah produk itu amat berbahaya kerana mengandungi bahan

‘sildenafil’ atau ‘viagra’ dalam dos yang tidak dibenarkan dan tidak berdaftar dengan

Kementerian Kesihatan.( ayat keterangan + ayat gabungan )

                                                                                                                                9.

  Kajian rambang yang dilakukan penulis menunjukkan permintaan ke atas ubat-ubatan seperti

ini dipromosikan melalui iklan yang meragukan, terutama ubat-ubatan untuk melangsingkan

badan wanita supaya penggunanya lebih berahi dilihat.(ayat relatif + ayat keterangan)

   Adalah dipercayai industri farmaseutikal negara ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku di

negara yang boleh dianggap sosioekonominya lebih rendah dari Malaysia.(ayat keterangan +

ayat relatif)

  Dalam satu laporan sebuah akhbar tempatan awal Januari lalu, beberapa doktor swasta tidak

bermoral telah meraih keuntungan dengan menjual semula ubat yang  telah mereka beli

dengan harga murah daripada syarikat farmaseutikal kepada orang tengah dengan harga lebih

tinggi. (ayat keterangan + ayat relatif)

Page 18: Analisis ayat

  Orang tengah ini kemudian menjual ubat itu kepada peruncit farmasi, dan ia dijual dengan

harga lebih tinggi lagi kepada orang ramai yang memerlukannya.  (ayat gabungan + ayat

relatif)

  Kedai-kedai farmasi tidak dapat ubat-ubatan itu secara terus kerana sebilangan besar syarikat

farmaseutikal menjual bahan pengeluaran mereka mengikut struktur harga yang memilih dan

berdiskriminasi. (ayat keterangan + ayat gabungan)

  Ada doktor di klinik swasta yang dipilih mendapat harga jauh lebih rendah dan  ubatan

eksklusif untuk mereka. (ayat relatif + ayat gabungan)

  Pertubuhan Farmaseutikal Malaysia baru-baru ini telah mendesak syarikat pengeluar ubat

supaya berhenti menawarkan harga diskriminasi dan produk mereka patut diedarkan kepada

semua kategori peramal profesional kesihatan dengan harga yang adil dan saksama. ( ayat

keterangan +  ayat

gabungan)                                                                                                                                      

          

  Menurut rencana dalam sebuah akhbar tempatan 14 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk

Seri Liow Tiong Lai, menegaskan pembuat dan pembekal yang

                                                                                                                               10.

mengetahui ubat-ubatan itu adalah ubat tiruan, namun dengan sengaja mengedarkannya akan

dianggap oleh masyarakat sebagai melakukan perbuatan keji yang dikira sebagai pembunuh.

(ayat gabungan + ayat keterangan)

  Terdapat dua agensi kerajaan yang boleh bertindak menghindar aktiviti tidak

berperikemanusian ini iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Bahagian Farmaseutikal di

Kementerian Kesihatan melalui Dasar Perubatan Kebangsaan. (ayat relatif + ayat gabungan)

  Kedua-dua badan ini perlu bergabung tenaga dan menyelaraskan aktiviti kawalan untuk

menghindar gejala yang hanya menanti untuk menjadi masalah yang lebih besar.  ( ayat

gabungan + ayat relatif)

  Pihak Kementerian Kesihatan juga perlu bekerjasama dengan Lembaga Piawaian Pengiklanan

(ASAM) agar penguatkuasaan yang lebih rapi dapat diadakan.

(ayat keterangan + ayat relatif)

  Penipuan dan teknik pengiklanan yang dicurigai dari segi etika yang digunakan dalam

pengiklanan ubat. (ayat gabungan dan ayat relatif)

  Persoalan antara ‘pengguna yang peka’ dan ‘pengguna yang jahil’ sebagai asas untuk

menentukan iklan yang menipu.   (ayat gabungan + ayat relatif)     

Page 19: Analisis ayat

  Pada zaman moden ini yang bercirikan ekonomi kompleks, pengkhususan yang mendalam, dan

kepadatan kawasan bandar, pengguna bergantung kepada pembuat barangan untuk keperluan

mereka. ( ayat gabungan + ayat keterangan)

  Ekonomi yang kompleks hari ini telah membuat pengguna lebih bergantung kepada pengusaha

perdagangan bagi kesinambungan dan peningkatan nilai hidup mereka.  ( ayat relatif + ayat

gabungan)

  Keperluan ubat-ubatan mereka boleh datang dari kilang yang beribu batu jauh dan dicipta

dengan bahan bancuhan kimia dan peralatan teknikal yang penggunanya

                                                                                                                                11.

sendiri tidak tahu.( ayat gabungan + ayat relatif)

  Di Filipina, ubat yang dianggap mustahak mempunyai harga siling bagi menentukan harga

runcitan adalah yang mampu dibeli rakyatnya.(ayat relatif + ayat keterangan)

Masih terdapat ayat dalam artikel mengandungi ayat yang masih tidak gramatis penggunaan

ayatnya walaupun kata hubung telah dimasukkan dalam ayat tersebut untuk membentuk ayat

majmuk. Contoh ayat:-

  Bagi ubat yang dianggap mustahak untuk menyekat atau menghindar penyakit serius, ia tidak

ditawarkan secara meluas dan dengan harga yang munasabah.

(ayat tidak gramatis dan didapati mengandungi 2 kata sendi  dan dengan yang serentak

digabungkan dalam ayat tersebut.)

  Keselamatan ubat-ubatan – tanggungjawab moral dan perundangan oleh pembuat dan pembekal

serta kebaikan dan kelemahan kawalan kendiri dan kerajaan bagi melindungi pengguna. (ayat

tidak gramatis)

  Perlu diingatkan, terdapat iklan ubat-ubatan yang menggunakan istilah perubatan atau kimia

yang mana seseorang pengguna biasa tidak faham pun. (ayat tidak gramatis)

KESIMPULAN:-

Rumusan boleh dibuat bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada

berbagai-bagai bentuk. Dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat

tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen,

keterangan atau ayat majmuk campuran. Ayat bahasa Melayu sebenarnya dibentuk melalui

proses pemajmukan, mengikut cara yang ingin dibincangkan atau disampaikan sesuatu

maklumat. Sebagai penutur atau penulis yang mahir berkarya dan dapat mengusai

                                                                                                                                                  12

.

Page 20: Analisis ayat

 penggunaan bentuk ayat dalam penulisannya haruslah bijak memilih penggunaan jenis-jenis

ayat yang ingin digabungkan agar tidak terpesong, dan jelas maksudnya. Ayat majmuk yang

dibentuk haruslah bersesuaian  penggunaan jenisnya dan kata hubungnya agar ayat nampak

gramatis. Di dalam keratan akhbar yang dipilih, banyak ayat yang dibina dan dibentuk

mengandungi pelbagai jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk campuran. Secara

keseluruhannya, penulis banyak menggunakan pelbagai jenis ayat majmuk bagi

memaklumkan kepada pembaca tentang maklumat-maklumat penting berkaitan tempat,

benda, individu, badan-badan tertentu menjadi isi utama serta pokok perbincangan dalam

tulisannya. Penggunaan jenis ayat majmuk yang dibina sangat bersesuaian dalam  segala

bidang fakta yang ingin disampaikan adalah menjadi fokus utama sesebuah artikel yang

ditulis.

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BMM3110

KERJA KURSUS PROJEK

Menghasilkan kerja Kursus Projek untuk memahami dan menganalisis unsur binaan ayat

Bahasa Melayu yang terdapat dalam sesuatu teks atau prosa yang dipilih.

1.0 Pengenalan

Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang

menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang

menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat

pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna

dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan

tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian, secara etimologi,

sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk

menjadi kelompok kata atau ayat.

Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi

dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan

1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana

morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan

ayat merupakan unit terbesar.

2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau

konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang

sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata

Page 21: Analisis ayat

yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi

subjek dan predikat.

2.1. Subjek

Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa

perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor

Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru

dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai

perkara yang diceritakan.

2.1.1.Binaan Subjek

Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur

seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata

adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa

unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen

Mak Timah karya Khatem Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada

orang, benda dan kata kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak.

Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.

2.1.1.(i) Kata Nama

Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata

nama khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang

subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 :

Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama

khas hidup manusia.

Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya

pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana

perlu. Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga

waktu makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama am

hidup manusia.

2.1.1 (ii) Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama

am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk

dan kata ganti nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata

ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk

tanya.Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.

Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam

ayat. Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah

Page 22: Analisis ayat

yang mahu ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti

nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang

terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Aku

mengangguk. Aku tersenyum.

2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama

Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis

kata kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar

menggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek

ayat yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang

subjeknya kata kerja iaitu kata kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir

muka surat 94 : Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.

2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama

Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang

dijadikan subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek

sesuatu ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4

muka surat 92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata

adjektif selera berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.

Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan

ke-..-an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan

ketegangan dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku.

2.2. Predikat

Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang

menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa

Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang

mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut

dalam subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa

yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu

dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat boleh

terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa

kerja,frasa sifat dan frasa sendi.

2.2.1 Binaan Predikat

Page 23: Analisis ayat

Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa

kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2.2.1.(i) Predikat Frasa Nama

Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi

sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama

khas,dan kata nama terbitan.

2.2.1.(ii) Predikat Frasa Kerja

Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur

kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal terdiri

daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya dalam

cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh

ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah “Mak Timah bagaikan ibu kepadaku”.

2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan

Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja,

dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif

ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah

kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah

mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan

dalam cerpen Mak Timah ialah “ Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung”

2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal Berimbuhan

Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan

imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh

kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak

lagi.Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah

ialah “ Aku berlari kebilikku....”

2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan

Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi

daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan

akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau

kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataan

yang terbit daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan

memperluas. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing

dalam ayat memerlukan objek.Setelah meneliti ayat –ayat yang digunakan oleh penulis, didapati

ada penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.

a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat

94)

Page 24: Analisis ayat

b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.

c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 )

d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 )

e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 )

f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96)

2.2.1(ii)d.Kata Bantu

Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.

Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu

ragam.Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu

perbuatan dari segi masa, sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu

aspek ialah akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.

Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam

perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti

hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah

sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih

daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah,

didapati sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa

kerja.Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :

g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )

h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 )

i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita

sahaja. ( Muka surat 94 ).

j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)

k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)

l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 )

2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur Keterangan

Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh

menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yang

menerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi

nama seperti dengan cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah juga

banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa

kerja.Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ;

a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91)

b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 )

c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96)

d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami

( Muka surat 96 )

e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )

Page 25: Analisis ayat

2.2.1(iii) Predikat Frasa Adjektif

Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata

adjektif selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului

oleh kata penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang

boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata adjektif

juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai

imbuhan ter- yang membawa maksud “paling”. Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat

banyak penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat

yang berikut :

a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka

surat 92)

b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 )

c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92)

d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95)

2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh

frasa nama.Kata sendi nama adalah seperti

di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan sebagainya.Berikut adalah contoh ayat

yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.

a) Afiq lain sedikit daripada Idah

b) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah

3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai

unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang

yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada

pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi

frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan

perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara

perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang

menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan

yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.

Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang

diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang

merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.

Page 26: Analisis ayat

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh

terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan

nama.

Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa

binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:

i) Inti + penerang nama jenis.

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Jenis

baju kurung

ii) Inti + penerang milik

Frasa Nama

Inti Penerang Milik

Pakaian Idah

Susu Afiq

Bilik ku

Orang nya

3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama

Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis

kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh

perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa

sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti

+ penerang bukan nama.

i)Penentu Hadapan

Frasa Nama

Penentu Hadapan Inti

Bilangan Penjodoh Bilangan 

Semua - barang kemas

ii) Penentu belakang

Frasa Nama

Inti Penentu belakang

petang itu

waktu itu

iii) Inti + penerang kata adjektif

Frasa Nama

Inti Penerang Kata Adjektif

suara garau

Page 27: Analisis ayat

suara langsing

iii) Inti + penerang frasa sendi nama

Frasa Nama

Inti Penerang Frasa Sendi Nama

Sendi Nama Frasa Nama

Aku dari sekolah

Ayah di dapur

3.2 Susunan Konstituen Frasa Nama

Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan

konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-

peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan

penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya

mengambil kira susunan konstituen frasa nama.

Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah

Frasa Nama

Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)

Pakaian Idah

Susu Afiq

Baju kurung

4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.

Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja

yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa

nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata

kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata

kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata

kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.

4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek 

Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata

kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata

kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk

melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti

berikut :

a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama

Page 28: Analisis ayat

Ayah bangun dari tidurnya

Mak Timah datang bekerja di rumah

Aku berlari ke bilik

ii) Kata nama sebagai pelengkap

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama

Ayah cium pipi Idah

iii) kata Adjektif sebagai pelengkap

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Dadku menjadi sebak

b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja

Kata Kerja Penerang

Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja

transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau

penyambutnya.

a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Kerja

Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat

Afiq menggunakan pampers

Aku cuba mencari hujah

Aku menggelengkan kepala

b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Kerja

Page 29: Analisis ayat

Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi

Mak Timah memberitahu ku satu berita

Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu

Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu

menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-

dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja,

manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Kerja

Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap

Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami

Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku

Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek

Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku

Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)

Ayah akan mendukung Afiq

b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah

i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja

ii. Aku boleh menjaga mereka.

iii. Aku tak mahu kata –kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.

iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.

v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.

vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?

vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.

Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila

ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan

komplemen akan digunakan iaitu “bahawa dan untuk” yang berfungsi menggabungkan dua ayat

menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.

a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.

b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah

c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.

d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.

4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

ii) Keterangan waktu 

Page 30: Analisis ayat

a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.

b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang

iii) Keterangan cara

a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.

iv) Keterangan tujuan

a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.

v) Keterangan alat

a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.

vi) Keterangan bagai

a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.

b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.

4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.

Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa

kerja dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata

bantu iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang

dibina juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan

ayat majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan

juga telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.

5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang

mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di

belakang.

5.1 Binaan Satu Perkataan

Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah.

I. Terganggu oleh suara langsing Afiq

II. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum.

Kata adjektif “langsing dan garau” merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang

terdiri dariapda satu kata dasar.

5.2 Binaan Dua Perkataan

Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif

atau kata adjektif dengan kata nama.

a) Binaan kata adjektif + kata adjektif

Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur

keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif

Page 31: Analisis ayat

dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh

daripada cerpen Mak Timah seperti berikut :

a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna

• lemah lembut.

b) Binaan kata adjektif + kata nama

Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri

daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata

adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan

frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam

cerpen Mak Timah. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.

5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada

kata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timah

a) Penguat hadapan

Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata

bantu.Contoh ayat ialah “Pampersnya sudah terlalu berat”.

AYAT

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Adjektif

Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif

Pampersnya sudah terlalu berat

5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

AYAT

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Adjektif

Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama

Aku sudah pandai membuat susunya

5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai

predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.

Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Mak

Timah.

a) Frasa Adjektif sebagai Predikat

Ayat

Subjek Predikat

1) Pampersnya sudah terlalu berat

2) Dia larat untuk menjaga Idah

3) Dia juga pandai memasak

Page 32: Analisis ayat

4) Aku sudah pandai membuat susunya

b) Frasa Adjektif sebagai keterangan

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif )

Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya

c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama

Frasa Nama

Kata Nama Kata Adjektif

1) Mak Timah baik

2) Barang kemas

5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah

Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala

jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan

tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu

binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang

berikut:

Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.

6.0 Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan

satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah

bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa

sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.

Ayat

Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Sendi Nama

Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama

Aku dari sekolah

6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.

i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu

frasa nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti di

dalam jadual dibawah:

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama

dari sekolah

Page 33: Analisis ayat

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama

di rumah

daripada Mak Timah

ke rumahnya

dari mulutku

ke dapur

di bandar

di pusat rekreasi

ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama

Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa

nama yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama

boleh juga wujud tanpa nama arah.

Frasa Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama

Kata Nama Arah Frasa Nama

di - rumah

di - bilik

di atas tilam

Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah.

iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan.

Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama

itu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan

Kata Nama Arah Frasa Nama 

di - bilikku pada waktu malamnya.

ke - bilikku lalu menyembahkan mukaku

di - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang “simple” sahaja.

6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.

i) Predikat Frasa Sendi Nama

Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang

mempunyai susunan yang biasa.

Contoh ayat: 

• Ayah di dapur

• Ayah ke dapur

Page 34: Analisis ayat

Ayat

Subjek Predikat

Ayah di dapur

Ayah ke dapur

Aku dari sekolah

ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan

a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja

1) Kami berempat bersiar-siar di bandar.

2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq

3) Mak Timah datang bekerja di rumah kami

4) Mak Timah balik ke rumahnya.

5) Aku berlari ke bilikku 

6) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang

7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.

6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak

Timah

Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya

penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lain

adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat

pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama

sebagai keterangan frasa kerja.

7.0 Rumusan

Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas

iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan

frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini

mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di

perluaskan dengan unsur frasa –frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti

menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan

komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.

Soalan 1 : Pada minggu depan, kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.

Analisis :

Ayat ini ialah ayat pasif songsang separa pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi 1 subjek

dan 1 prediket. Subjek ayat ini terdiri daripada “Kampung kami” manakala prediketnya pula adalah

“akandikunjungi pemimpin parti tersebut pada minggu depan.”

Pola ayat ini ialah FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada Kata nama

“kampung” dan kata ganti nama diri pertama iaitu “kami” yang bertindak sebagai penerang kepada

kata nama “kampung”. Frasa kerja pasif sebagai prediket pula terdiri daripada kata bantu “akan”,

kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu“dikunjungi” dan pelaku diri ketiga “pemimpin

Page 35: Analisis ayat

parti” serta kata penentu “tersebut”. “Pemimpin” adalah merupakan kata nama

manakala “parti” tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada pemimpin.

Dalam frasa kerja sebagai predikat pula terdapat frasa sendi nama “pada minggu

depan” yang berfungsi sebagai keterangan waktu kepada frasa kerja pasif. Dalam frasa sendi

nama “pada minggu depan” terdapat kata sendi nama “pada”, kata nama“minggu”, dan kata

nama arah “depan” yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “minggu”.

Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang

berikut : “Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu depan”.

Soalan 2 : Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.

Analisis :

Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan

satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada “Hasil padinya” manakala prediket ayatnya pula

adalah“berguni-guni di dalam kepuk itu”

Pola ayat ini terdiri daripada FN+FK. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata

nama “hasil” dan kata “padi” ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata

nama “hasil”serta kata ganti nama diri ketiga “-nya” yang dirapatkan dengan kata“padi” kerana

unsur klitik.

Frasa kerja sebagai prediket pula adalah terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi nama.

Frasa kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif yang dibentuk oleh kata nama ganda seluruh

iaitu “guni-guni” yang menerima imbuhan awalan ber_ iaitu “berguni-guni”.

Frasa sendi nama pula berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja tak transitif “berguni-

guni” yang terdiri daripada kata sendi nama “di”, kata nama arah “dalam”, kata nama “kepuk” dan

kata penentu “itu”

Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif tak transitif susunan songsang seluruh prediket seperti

yang berikut : “Berguni-guni di dalam kepuk itu hasil padinya”.

Soalan 3 : Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.

Analisis :

Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh prediket pelaku diri pertama.  Ayat ini terdiri

daripada satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada kata “perintah yang kami

terima itu”manakala prediket ayat pula ialah “kami laksanakan dengan segeranya”

Pola ayat ini terdiri daripada Frasa nama + Frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri

daripada kata nama “perintah”, kata sandang “yang” yang berfungsi sebagai kata nama, kata ganti

nama diri pertama “kami”, kata kerja “terima” dan kata penentu “itu”.Kata “yang kami terima

itu” merupakan frasa nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “perintah”.

Frasa kerja sebagai prediket pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa sendi nama.

Frasa kerja pasif terdiri daripada kata ganti nama diri pertama “kami” dan diikuti dengan kata keja

pasif berimbuhan akhiran _kan iaitu “laksanakan”, manakala frasa sendi nama pula terdiri daripada

kata sendi nama “dengan”, kata keterangan masa “segera” dan kata ganti nama diri ketiga “-

Page 36: Analisis ayat

nya”.Frasa sendi nama “dengan segeranya” berfungsi sebagai keterangan kepada kata kerja

pasif “laksanakan”.

Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Kami

melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya”.

Soalan 4 : Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak.

Analisis :

Ayat ini ialah ayat aktif transitif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi

satu subjek dan satu prediket. Subjek ayat terdiri daripada kata “orang” manakala prediket ayatnya

pula adalah “sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara”.

Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama +frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri

daripada kata nama “orang”. Frasa kerja sebagai prediket ayat pula terdiri daripada frasa kerja dan

frasa sendi. Frasa kerja terdiri daripada frasa adjektif “sibuk” yang berfungsi sebagai kata bantu

yang hadir sebelum kata kerja transitif berimbuhan apitan memper_kan iaitu “memperkatakan”, kata

nama berimbuhan apitan ke_an iaitu “kenaikan”, kata nama “harga” dan kata

nama“minyak”. “kenaikan harga minyak” adalah merupakan frasa nama yang berfungsi sebagai

objek kepada kata kerja transitif“memperkatakan”. “Harga minyak” berfungsi sebagai penerang

kata nama “kenaikan” manakala kata nama “minyak” juga berfungsi sebagai penerang kepada kata

nama “harga”. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama “di”, kata bilangan tak

tentu“seluruh” yang bertindak sebagai kata bantu kepada kata “negara”dan kata

nama “negara”. Frasa sendi nama “di seluruh negara”berfungsi sebagai penerang kepada frasa

nama “kenaikan harga minyak”.

Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Orang

sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara”.

Soalan 5 : Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis.

Analisis :

Ayat ini ialah ayat pasif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Ayat ini mengandungi satu

subjek dan satu prediket. Subjek ayat ini terdiri daripada “pengedar dadah itu” manakala

prediketnya pula terdiri daripada “terus diburu polis ke mana-mana sahaja”.

Pola ayat ii terdiri daripada frasa nama + frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek terdiri

daripada kata nama “pengedar”, kata nama “dadah” dan kata penentu “itu”. Kata

nama “dadah”berfungsi sebagai penerang kepada kata nama “pengedar”. Frasa kerja pasif sebagai

prediket pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa sendi nama.

Frasa kerja pasif terdiri daripada kata “terus” yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir

sebelum kata kerja pasif berimbuhan awalan di_ iaitu kata “diburu” dan kata nama “polis” yang

berfungsi sebagai objek kepada kata kerja pasif “diburu”. Frasa sendi nama pula terdiri daripada

kata sendi nama “ke”, diikuti dengan kata ganti tak tentu “mana-mana” dan kata

nama “sahaja”. Kata “ke mana-mana sahaja” bertugas sebagai penerang kepada kata

nama“polis”.

Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : “Polis

terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja”.

Page 37: Analisis ayat

Soalan 6 : Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Analisis :

Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh prediket pelaku diri pertama dengan klausa sebagai

subjek. Subjek ayat terdiri daripada klausa “bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap

rakyatnya” manakala prediket ayat ialah “saya jelaskan kepadanya”.

Klausa sebagai subjek terdiri daripada subjek “pemimpin itu” dan prediketnya terdiri

daripada “tidak amanah terhadap rakyatnya” dan kata “bahawa” adalah merupakan kata hubung.

Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama “pemimpin itu”.Kata “pemimpin” ialah merupakan

golongan kata nama dan “itu”ialah kata penentu. Prediket klausa terdiri daripada frasa adjektif yang

terbina daripada kata nafi “tidak”, kata adjektif “amanah” dan frasa sendi nama “terhadap

rakyatnya”. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama “terhadap”, kata

nama “rakyat” dan kata ganti nama diri ketiga “-nya”.

Prediket ayat pasif pelaku diri pertama ini terdiri daripada frasa kerja pasif pelaku diri

petama “saya jelaskan” dan frasa sendi nama“kepadanya”. Frasa kerja pasif pelaku diri pertama

terikat dengan hukum aneksi persona iaitu antara kata ganti nama diri pertama dengan kata kerja

pasif tidak boleh hadir perkataan lain. Dalam frasa sendi nama terdapat kata sendi

nama “kepada” dan kata ganti nama diri ketiga “-nya”.

Ayat ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif susunan biasa seperti yang berikut : “Saya

menjelaskan bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya kepadanya.”

Soalan 7 : Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya?

Analisis :

Ayat ini ialah ayat tanya dengan kata tanya susunan biasa dengan klausa sebagai prediket.

Subjek ayat terdiri daripada frasa nama iaitu “kawasan kediamannya itu” manakala prediket

ayat adalah “bagaimana keadaannya”. Predikat ayat ini terdiri daripada klausa yang terdiri daripada

subjek dan predikat. Dalam klausa ini, susunan subjek dan predikat disongsangkan seperti yang

berikut : “bagaimana keadaannya”. Klausa sebagai prediket terdiri daripada

subjek“keadaannya” dan prediket terdiri daripada kata “bagaimana”. Subjek dalam klausa terdiri

daripada frasa nama “keadaannya”.“Keadaannya” ialah golongan kata nama dan “-nya” ialah kata

ganti nama diri pertama dan diikuti dengan tanda tanya (?). Prediket klausa pula terdiri daripada kata

tanya “bagaimana”.

Subjek ayat tanya dengan kata tanya susunan biasa dengan klausa sebagai prediket ini

terdiri daripada frasa nama “kawasan kediamannya itu”. Kata “kawasan” adalah golongan kata

nama, kata “kediamannya” juga ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata

“kawasan” dan kata “itu” ialah kata penentu. Kata nama “kediaman” diikuti dengan kata ganti

nama diri ketiga “-nya” dalam keadaan kedua-dua kata ini dirapatkan antara satu sama lain kerana

unsur klitik.

Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat tanya susunan songsang sepenuhnya seperti  yang

berikut : “Bagaimanakah keadaannya kawasan kediamannya itu?”

Soalan 8 : Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.

Analisis :

Page 38: Analisis ayat

Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa dengan klausa sebagai objek. Subjek ayat

terdiri daripada “pihak polis” manakala prediket ayat pula terdiri daripada kata “menerangkan

bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri”.

Klausa sebagai objek terdiri daripada “bahawa pendatang asing itu telah melarikan

diri”. Subjek ayatnya ialah kata“pendatang asing itu” dan prediketnya pula adalah “telah

melarikan diri” dan kata “bahawa” pula ialah kata hubung. Klausa sebagai objek ini hadir selepas

kata kerja transitif berimbuhan apitan men_kan iaitu kata “menerangkan”. Jadi, klausa “bahawa

pendatang asing itu telah melarikan diri” merupakan klausa objek kerana hadir selepas kata kerja

transitif “menerangkan”. Subjek dalam ayat ini terdiri daripada frasa nama “pendatang asing

itu”.“Pendatang” ialah kata nama manakala “asing” juga ialah kata nama yang bertindak sebagai

penerang kepada kata “pendatang”dan kata “itu” pula ialah kata penentu yang menjadi penentu

kepada subjek. Prediket klausa pula adalah teridiri daripada frasa kerja yang terbina daripada kata

bantu “telah”, kata kerja transitif berimbuhan apitan me_kan iaitu “melarikan” dan kata

nama “diri”. Kata-kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek.

Subjek ayat aktif transitif susunan biasa ini dengan klausa sebagai objek ini terdiri daripada

frasa nama pelaku diri ketiga iaitu“pihak polis”. “Pihak” ialah kata nama manakala “polis” juga

adalah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama“pihak”.

Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat pasif susunan biasa dengan klausa sebagai subjek seperti

yang berikut : “Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis”.

Soalan 9 : Penduduk disitu berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.

Analisis :

Ayat ini ialah ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap. Subjek

ayat terdiri daripada kata“penduduk di situ” manakala prediket ayat pula adalah“berpendapat

bahawa kediaman mereka tidak selamat”.

Klausa sebagai pelengkap terdiri daripada “bahawa kediaman mereka tidak selamat”. 

Subjek ayat iaitu “kediaman mereka” manakala prediket ayat adalah “tidak selamat” dan

kata“bahawa” pula adalah merupakan kata hubung. Klausa sebagai objek ini pula wujud selepas

kata kerja tak transitif berimbuhan awalan ber_ iaitu “berpendapat”. Jadi klausa “bahawa kediaman

mereka tidak selamat” merupakan klausa pelengkap kerana hadir selepas kata kerja tak

transitif “berpendapat” yang bertugas sebagai pelengkap dalam ayat tersebut. Subjek dalam klausa

terdiri daripada frasa nama “kediaman mereka”. “Kediaman” ialah kata nama dan“mereka” ialah

kata ganti nama diri ketiga yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama “kediaman”.

Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi “tidak” dan kata

nama “selamat”.

Subjek ayat aktif tak transitif susunan biasa dengan klausa sebagai pelengkap ini terdiri

daripada kata nama “penduduk” dan frasa sendi nama “di situ” yang terdiri daripada kat sendi

nama “di”dan kata tunjuk “situ” yang berfungsi sebagai kata ganti tempat.

Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat aktif tak transitif songsang seluruh pradiket dengan klausa

sebagai pelengkap seperti yang berikut : “Berpendapat bahawa kediaman mereka tidak

selamatlah oleh penduduk di situ”.

Soalan 10 : Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan

orang tempatan.

Page 39: Analisis ayat

Analisis :

Ayat ini ialah ayat aktif transitif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai

penerang. Subjek ayat terdiri daripada kata “kakitangan pejabat itu” manakala prediket ayatnya

pula ialah terdiri daripada “mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang

tempatan”.

Klausa sebagai penerang terdiri daripada subjek “pengarah baharu itu” manakala prediket

ayat pula terdiri daripada kata “bukan orang tempatan” dan kata “bahawa” ialah kata hubung.

Klausa sebagai penerang iaitu kata “bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan” hadir

selepas kata nama berimbuhan apitan penge_an iatu kata “pengesahan”. Kata “pengesahan” pula

wujud selepas kata kerja transitif berimbuhan awalan men_ iaitu kata“mendapat”. Maka

kata “pengesahan” bertindak sebagai penerang kepada kata kerja “mendapat”. Oleh yang

demikian, klausa “bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan”merupakan klausa

penerang kerana hadir selepas kata nama“pengesahan” yang bertugas sebagai penerang dalam

ayat tersebut. Subjek dalam klausa terdiri daripada frasa nama “pengarah baharu itu”. “Pengarah

ialah kata nama manakala “baharu” pula ialah kata adjektif yang menjadi penerang kepada kata

nama “pengarah” dan kata “itu” ialah kata penentu. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama

yang terbina daripada kata nafi “bukan”, kata nama“orang” dan kata nama “tempatan” yang

bertugas sebagai penerang kepada “pengarah baharu itu”.

Subjek ayat aktif transitif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang

ini terdiri daripada frasa nama“kakitangan pejabat itu”. “Kakitangan” ialah kata nama manakala

kata “pejabat” juga ialah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata

nama “pejabat” dan kata “itu” ialah kata penentu.

Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat pasif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa

sebagai penerang seperti yang berikut :“Pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukanlah

orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.”

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk - Sintaksiscatatan daripada monazman.blogspot.com bertarikh 23/6/2013 

1.0.      PENGENALANPengkajian pembinaan ayat atau sintaksis adalah proses mengkaji bagaimana serangkaian perkataan yang disusun menjadi frasa seterusnya membentuk klausa sebelum menjadi sebuah ayat yang lengkap.  Ayat yang lengkap akan menghasilkan makna yang membolehkan kelangsungan komunikasi di dalam sesebuah masyarakat.Aspek kajian sintaksis dilakukan dengan melihat unsur-unsur sintaksis berpadu menjadi frasa dan ayat.  Juga binaan sintaksis dianalisis dengan melihat bagaimana pola-pola sintaksis dibangunkan bersama fungsinya. 

2.0.      OBJEKTIFObjektif kajian ini ialah untuk menganalisis jenis binaan ayat sama ada dari ayat tunggal dan ayat majmuk dan memahami fungsi dan jenis-jenis pola tersebut.    Tujuannya agar dapat meneguhkan ilmu linguistik yang merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang pada akhinya akan menentukan identiti bahasa itu sendiri. 

Page 40: Analisis ayat

3.0.      RANAH KAJIANKajian akan memokuskan kepada elemen sintaksis di dalam teks berasaskan analisis ayat tunggal, ayat majmuk dan subjenis yang terdapat di dalamnya. 

4.0.      BAHANTeks diperolehi daripada tulisan Zul Fikri Zamir Mohamad Munir bertajuk Blog Remaja Mendepani Era Masa kini yang tersiar di ruangan Fokus majalah Dewan Siswa edisi Februari 2013 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Khalayaknya adalah pembaca yang tahu berbahasa Melayu.

5.0.      KAEDAHKajian akan dilakukan dengan menyaring keluar ayat-ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk dan mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-ayat tersebut yang ditemui di dalam teks kajian.  Ia akan dicerakin dan direkodkan di dalam tiga jadual jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk,  Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Jadual Analisis Ayat Majmuk dan pendetailan subjenis serta peratusan masing-masing.

6.0.      KONSEPAyat tunggal secara umumnya ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar.  Kedua-duannya mempunyai elemen satu klausa yang ketara iaitu satu subjek dan satu predikat. Bagaimanapun, ayat tunggal dibezakan dengan ayat dasar dengan kebolehannya menerima kehadiran unsur keterangan pada pahabgian subjek atau predikatnya.  Selain daripada itu, ayat tunggal boleh disongsangkan kedudukan subjek dan predikatnya.Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman(2006)  menyatakan ayat tunggal dan ayat dasar adalah satu perkara yang sama kerana ia dibentuk berdasarkan bilangan subjek dan predikat yang paling asas dan semestinya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Abdullah Hassan di dalam buku Linguistik Am (2007)  membariskan definisi ayat dasar oleh para ilmuwan bahasa seperti Arbak Othman dan Asmah Hj Omar serta penggarisan konsep ayat dasar oleh Tatabahasa Dewan.Arbak Othman mengelaskan ayat dasar kepada beberapa bahagian seperti di bawah:

a)      Subjek nama    +          predikat nama (FN + FN)b)      Subjek nama    +          predikat sifat    (FN + FAdj)c)      Subjek nama    +          predikat kopula (FN + FPemeri)d)     Subjek nama    +          predikat rangkai kata depan (FN + FSn)e)      Subjek nama    +          predikat kata kerja tak transitif  (FN + FKttr)f)       Subjek nama    +          predikat kata kerja transitif     (FN + Ftr)

Asmah Hj Omar pula mencatatkan di dalam Nahu Melayu Mutakhir edisi ke-4 meringkaskan ayat dasar kepada dua pola sahaja iaitu:

a)      Frasa benda     + frasa bendab)      Frasa benda     +  frasa karyaan

Manakala Tatabahasa Dewan 1981 menggariskan pola ayat dasar iaitua)      Frasa nama      +          frasa namab)      Frasa nama      +          frasa adjektifc)      Frasa nama      +          frasa kerja

Page 41: Analisis ayat

d)     Frasa nama      +          frasa sendi nama

Ayat majmuk pula adalah rangkuman ayat-ayat tunggal sehingga menghasilkan ayat-ayat baru yang terdiri daripada dua atau lebih klausa.  Secara amnya, ayat majmuk dapat difahami sebagai gabungan dua ayat tunggal yang lengkap dan disatukan menjadi sebuah ayat yang bermakna.  Jika ayat tunggal didefinisikan sebagai ayat yang mempunyai satu klausa iaitu satu predikat dan satu subjek, maka ayat majmuk akan mempunyai lebih daripada dua klausa, sekurang-kurangnya.Za’aba atau Zainal Abidin bin Ahmad (2000: 279)  menggunakan istilah ayat berlapis, ayat berkait dan ayat bercampur untuk sebagai definisi ayat majmuk. Asmah Hj Omar (1973 : 58)  pula mendefinisikan ayat majmuk sebagai klausa kompleks yang terbahagi kepada dua iaitu klausa kompleks yang terbentuk daripada penggabungan dan pelapisan.  Beliau kemudiannya membahagikannya sebagai klausa kompleks tak setara dan klausa kompleks setara.Abdullah Hassan (1993 : 201)  memecahkan ayat majmuk kepada dua iaitu ayat majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat.    Manakala Arbak Othman (1989 : 172) membahagikan ayat majmuk kepada ayat berlapis dan ayat berkait. Bagaimanapun diringkaskan oleh Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) juga dipersetujui oleh Nik Safiah Karim bahawa ayat majmuk dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

6.1.      Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan ialah pencantuman dua ayat atau lebih dengan susunan tertentu sehingga terbentuknya satu ayat yang baharu.  Ayat-ayat ini dihubungkan dengan penggunaan kata hubung tertuntu ataupun hanya dengan tanda koma. Ayat-ayat yang tercantum itu mestilah mempunyai kedudukan yang setara iaitu kedua-duanya boleh berdiri sendiri.  Mudah kata, ayat majmuk gabungan adalah gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Untuk melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat yang gramatis, penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat haruslah digunakan.  Diperturunkan di bawah ini makna dan contoh kata hubung sebagai alternatif kepada penggunaan parataksis di dalam ayat.

Makna                     Contoh Kata HubungPenjumlahan …dan, serta, juga,Pilihan …atauUrutan …lalu, lantas, terusPenambahan …dan, serta, tambahan pulaPenyertaan …sambil, serta, serayaPertentangan …tetapi, namun, melainkanPeluasan …tambahan pula, dan, serta

Page 42: Analisis ayat

Bagaimanapun, terdapat kelonggaran di dalam penghasilan ayat majmuk gabungan iaitu seandainya ia melibatkan dua unsur  yang sama di dalam pembinaan ayat tersebut maka unsur yang sama digugurkan dan sekiranya unsur yang berbeza digunakan, maka unsur yang sedia ada tidak dibuang. Begitupun, ia masih juga tertakluk keadaan hubungan semantic dan makna yang logic untuk membetuk ayat yang gramatis dan serta saling berkaitan. 

6.2.      Ayat Majmuk PancanganNik Safiah Karim (2008) mendefinisikan ayat majmuk pancangan adalah ayat yang mengandungi satu ayat induk yang bergabung dengan satu atau lebih ayat kecil lain yang dipancangan kepada atau ayat induk.  Ayat kecil ini juga boleh menjadi sebahagian daripada ayat induk.  Abdullah Hassan (2008) mentakrifkan ayat majmuk pancangan berlaku apabila kedapatan dua atau lebih klausa tak setara.  Ini kerana ayat majmuk pancangan terdiri daripada klausa utama dan klausa  bukan utama.  Klausa bukan utama ini akan diselit masuk ke dalam klausa utama. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu:

6.2.1.      Ayat Majmuk Pancangan RelatifAyat Majmuk Pancangan Relatif dikenali dengan kata penghubung yang (Nik SafiahKarim et. Al. 2008) .   Abdullah Hassan (2008) menegaskan ayat relatif ini dapat dikesan apabila terdapat kelahiran klausa yang menerangkan kata nama sama ada kata nama tersebut berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan ayat.  Klausa relatife hanya menerangkan frasa nama, dan tidak berkait dengan unsur lain di dalam ayat dan dihubungkan dengan kata ganti nama hubung relatif yang (Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman (2006 : 58)Unsur penerangan kata nama ini pula dibantu oleh empat jenis peluasan yang dipanggil peluasan frasa nama oleh klausa relatif yang boleh berlaku kepada empat bahagian ayat iatu:

a)      Peluasan subjekb)      Peluasan predikatc)      Peluasan objek

Page 43: Analisis ayat

d)     Peluasan keterangan

6.2.2.      Ayat Majmuk Pancangan KomplemenAyat majmuk jenis ini dikesan dengan kehadiran klausa komplemen dan klausa ini dipancangakan kepada klausa utama untuk menjadikan klausa tersebut lengkap (Abdullah Hassan, 2008)  Ia terbentuk dengan dua kata hubung komplemen bahasa Melayu iaitu bahawadan untuk.  Nik Safiah Karim mensyaratkan pula kata hubung komplemen bahawa hanya boleh digunakan pada bahagian subjek atau predikat ayat tetapi kata hubung komplemen untuk hanya terpakai pada bahagian subjek sahaja.  Ayat komplemen juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu

a)      Ayat komplemen frasa nama – boleh digunakan dalam dua posisi iaitu subjek dan predikatb)      Ayat komplemen frasa kerjac)      Ayat komplemen frasa adjektif

6.2.3.      Ayat Majmuk Pancangan KeteranganAyat majmuk jenis ini jelas kelihatan apabila terdapat satu ayat induk tergabung dengan satu atau lebih ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.  Ayat kecil ini pula bertindak sebagai keterangan kepada predikat.  Kebiasaannya, frasa kerja digunakan di dalam predikat tersebut dan terdapat huraian lanjut oleh ayat kecil atau  huraian oleh klausa keterangan.    Kata hubung keterangan berfungsi menikahkan kedua-dua ayat induk dan ayat kecil ini untuk membina ayat majmuk pancangan keterangan.  Nik Safiah Karim et. al (2008) menggariskan sembilan jenis ayat majmuk keterangan yang beserta contoh-contohnya.

Kata Keterangan                                       Contohmusabab Kerana,Akibat Hingga, sehinggaSyarat Sekiranya, andai kata, jikalau, kalauWaktu Sejak, setelah, sewaktu, sementarapertentangan Biarpun, walaupun, kendatipun, sedangkan,harapan Supaya, agar, semogaCara DenganTujuan Untuk,

perbandingan Seperti, macam, seolah-olah

6.3.Ayat Majmuk Campuran Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006) menggariskan ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.  Ia terjadi apabila ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk atau campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran.  Nama lainnya ialah ayat kompleks.  Ahmad Khair Mohd Nor (2003) mendefinisikan ayat majmuk campuran adalah apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama yang melibatkan campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara. 

Page 44: Analisis ayat

7.0.AnalisisHasil analisis diperturunkan sepenuhnya seperti di dalam beberapa jadual yang terdapat di dalam lampiran.  Analisis tersebut telah mengekstrak ayat tunggal dan ayat majmuk serta subjenisnya di dalam teks tersebut.  Sebagai pengitlakan daripada analisis ini didapati terdapat sejumlah 5 ayat majmuk (100.00%) dan tiada ayat tunggal, 0 (100.00%).  Maka dapatlah dikatakan bahawa hanya ayat majmuk dan suubjenisnya yang kedapatan untuk dikaji di dalam teks ini.  Contoh-contoh ayat majmuk:

7.1. Di Malaysia, fenomena blog berkembang dan menjadi trend bermula pada awal tahun 2000.

7.2. Dengan capaian yang lebih muda, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat.

7.3. Remaja mula menulis mengenai isu semasa, politik serta agama yang berkaitan rapat  dengan kehidupan harian mereka.

7.4. Untuk remaja yang mempunyai minat dan kecenderungan menulis, blog digunakan untuk melatih diri dan menajamkan kemahiran menulis pada usia yang muda. 

7.5.Perkembangan teknologi yang semakin pantas juga menyebabkan fenomena blog semakin penting kerana blog kini menjadi sebahagian daripada sumber perkongsian maklumat yang penting. Daripada lima contoh ayat yang diperturunkan,  terdapat pelbagai jenis ayat majmuk dan subjenisnya seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk campuran. Jadual Analisis Ayat Majmuk berdasarkan tiga jenis ayat majmuk iaitu Ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.  Hasil yang diperolehi ialahJadual Analisisi Ayat Majmuk mencatatkan kehadiran 1 ( 20.00%)  ayat majmuk gabungan dan  4 (80.00%) ayat majmuk campuran.  Sebuah lagi jadual menunjukkan bahawa ayat majmuk pancangan relatif menguasai 80.00% iaitu 4 ayat di dalam rangkuman ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pancangan keterangan mencatat 20.00% iaitu 1.  Di dalam analisis ayat majmuk campuran. 

Contoh ayat majmuk gabungan ialah :1.      Di Malaysia, fenomena blog berkembang dan menjadi trend bermula pada awal tahun 2000

Contoh ayat majmuk campuran

1.      Dengan capaian yang lebih mudah, interaksi melalui blog menjadi semakin pantas dan cepat.

2.      Remaja mula menulis mengenai isu semasa, politik serta agama yang berkaitan rapat dengan kehidupan harian mereka. 

3.      Untuk remaja yang mempunyai minat dan kecenderungan menulis, blog digunakan untuk melatih diri dan menajamkan kemahiran menulis pada usia yang muda. 

Page 45: Analisis ayat

4.      Perkembangan teknologi yang semakin pantas juga menyebabkan fenomena blog semakin penting kerana blog kini menjadi sebahagian daripada sumber perkongsian maklumat yang penting. 

8.0. PenutupDaripada analisis didapati kajian dan perbandingan ini menemukan beberapa jenis ayat majmuk tetapi tidak kedapatan ayat tunggal di dalam teks ini.  Ayat majmuk yang wujud kebanyakannya adalah ayat majmuk campuran sebanyak 60.00% dan ayat majmuk gabungan sebanyak 40.00%.  Kajian ini juga memberi kefahaman tentang variasi ayat-ayat majmuk di dalam bahasa Melayu yang memungkinkan penggunaan bahasa yang lebih tuntas dan bersistem.

Bibliografi

__________(2011)BML 3063 Sintaksis, Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006)  Sintaksis SIri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn BhdAbdullah Hassan, (2008) Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn BhdAsmah Haji Omar (2008)  Nahu Kemas Kini, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn BhdAbdullah Hassan, (2007)  Linguistik Am, SIri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.  Selangor, PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Ayat Majmuk, Abdul Ghalib Yunus – Munsyi Dewan Rabu 31 Mac 2010 diperolehi pada 14 April 2013 daripada agy7500.blogspot.com/2010/03/siri-370-binaan-ayat