analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

44
ANALISIS ARTIKEL JURNAL Pendidikan khas Tema : AUTISME PENULISAN AKADEMIK 1 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : AZMAN BIN YAAKOP (P79164) AB HALIM BIN A HAMID (P79154) CHA TRY A/L BUN DIT (P79231) ENGKU SHAIFUL BIN ENGKU MD AMIN (P79229) SHAMSUZLAN BIN MAT JUSOH (P78986)

Upload: sanjulan-mj

Post on 16-Apr-2017

427 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

ANALISIS ARTIKEL JURNALPendidikan khasTema : AUTISME

PENULISAN AKADEMIK 1FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

AZMAN BIN YAAKOP (P79164)AB HALIM BIN A HAMID (P79154)CHA TRY A/L BUN DIT (P79231)ENGKU SHAIFUL BIN ENGKU MD AMIN (P79229)SHAMSUZLAN BIN MAT JUSOH (P78986)

Page 2: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis TajukAnalisis TajukBil Tajuk Artikel Huraian

1 Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

Kajian ini tertumpu kepada pembangunan perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu.

2 Tahap latihan, Pengetahuan dan keyakinan guru-guru Pendidikan Khas tentang autisme.

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru pendidikan khas tentang autisme.

3 Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon (Dii) dalam meningkatkan kemahiran Sosioemosi seorang murid autisme yang telah dipilih daripada kelas Dahlia di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh, Kuala Terengganu.

Page 3: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis TajukAnalisis TajukBil Tajuk Artikel Huraian

4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Guru Dalam Menangi Masalah Pertuturan dan Bahasa Kanak-kanak AustikPenulis : Siti Hodijah binti ZamakshshariTahun : 2013

• Tajuk berfokus kepada Masalah pertuturan dan bahasa bagi kanak-kanak Austik.

• Tajuk mempunyai 13 patah perkataan.

5 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

Kajian ini adalah berkenaan tentang pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi murid autistik di sebuah sekolah rendah. Di sini, kata kunci pada kajian ini adalah berfokus kepada pendidikan inklusif, murid autistik dan sekolah rendah.

Page 4: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Semua artikel mempunyai tema yang sama iaitu berkaitan dengan autisme namun kajiannya merangkumi aspek yang berbeza iaitu perisan kursus, pendidikan inklusif, tahap latihan guru, sosioemosi dan pertuturan bahasa.

Bilangan perkataan tidak melebihi 15 patah perkataan dan menepati gaya penulisan UKM.

Mempunyai tajuk yang jelas.

RUMUSAN TAJUKRUMUSAN TAJUK

Page 5: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis AbstrakAnalisis AbstrakTajuk Artikel Huraian

Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

Maklumat yang dinyatakan oleh pengkaji di dalam abstrak :- Kajian ini tertumpu kepada pembangunan perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu.- Instrumen kajian berdasarkan Megan Davis, Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv dan Stuart D. Powell di dalam kajian mereka yang bertajuk The Narrative Construction of Our (Social) World: Steps towards an Interactive Learning Environment for Children with Autism- Sampel kajian : lima orang kanak-kanak autisme pada aras ringan di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur- Dapatan kajian dianalisis secara kualitatif.- Hasil kajian mendapati perisian kursus yang telah dibangunkan berdasarkan metodologi pembangunan ADDIE ini mampu menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu

Page 6: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis AbstrakAnalisis AbstrakTajuk Artikel HuraianTahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang autisme.

Kanak-kanak autisme menghadapi kecelaruan perkembangan yang memberi kesan terhadap kemampuan komunikasi dan interaksi sosialnya. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru pendidikan khas tentang autisme. Guru-guru pendidikan khas mempunyai tahap keyakinan yang rendah dalam mendidik kanak-kanak dengan autisme. Kursus perguruan formal didapati kurang berkesan dalam melatih guru pendidikan khas untuk memahami dan mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme. Kualiti latihan dalam perkhidmatan bagi pendidikan autisme hanya pada tahap sederhana tetapi lebih baik daripada latihan perguruan formal. Oleh itu, kursus ini perlu ditambah baik melalui tambahan latihan tentang autisme. Guru harus didedahkan dengan latihan perkhidmatan mengenai autisme kerana bidang ini sentiasa berkembang dengan teknik dan strategi terkini tentang autisme. Kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan-kelemahan latihan , pengetahuan dan keyakinan guru untuk mendidik kanak-kanak autisme.

Page 7: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis AbstrakAnalisis AbstrakTajuk Artikel Huraian

Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosio-emosi Dalam Kalangan Murid Autisme

• Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran sosio-emosi pada diri responden bagi memudahkan responden menjalani proses pengajaran dan pembelajaran selain membantunya berinteraksi dan berhubung dengan persekitarannya melalui kemahiran sosio-emosi yang berkesan dengan menggunakan alat “Dynamic Interactive Icon”.

• Seorang responden telah dipilih daripada kelas Dahlia di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh, Kuala Terengganu.

• Dalam kajian ini pengkaji menggunakan instrumen untuk mengumpul data antaranya melalui kaedah pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur.

• Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah “Dynamic Interactive Icon” dapat meningkatkan tahap kemahiran sosio-emosi dari segi aspek tingkah laku yang positif, komunikasi dan emosi yang bertambah baik melalui aktiviti intervensi yang dijalankan.

• Penambahbaikan boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti penggunaan alat ini.

Page 8: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis AbstrakAnalisis AbstrakTajuk Artikel Huraian

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-kanak Austik

• Mempunyai kata kunci• Mempunyai abstrakMaklumat yang dinyatakan oleh pengkaji di dalam abstrak :1. Kajian ini melihat ciri-ciri kanak-kanak autistik yang mempunyai

masalah pertuturan dan Bahasa.2. Punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa dikalangan kanak-

kanak Autistik.3. Strategi yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran

terhadap kanak-kanak autistik.4. Bagi pandangan pengkaji aktiviti-aktiviti tertentu diharap dapat

membantu kanak-kanak Autistik meningkatkan kemahiran bertutur.5. Kolaborasi antara pihak guru dan ibu bapa juga boleh memain

peranan dalam membantu kanak-kanak Autistik.

Page 9: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis AbstrakAnalisis AbstrakTajuk Artikel Huraian

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

Maklumat yang dinyatakan oleh penkaji di dalam abstrak :1.kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid-murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. 2.Kajian inimenggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data-data. 3.Seramai dua puluh satu orang respoden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada seorang Guru Besar yang kemudiannya digantikan oleh Guru Penolong Kanan, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran, tiga orang Guru Pendamping dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM), tiga orang guru mata pelajaran, tiga orang murid autistik dan sepuluh orang murid normal. 4.Dapatan kajian mendapati guru-guru kelas dan guru mata pelajaran menjalin kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping dari (NASOM) untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-murid autistik.

Page 10: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Ditulis dalam satu perenggan. Kesemua prosiding dan artikel mempunyai abstrak yang

ringkas dan padat memberi idea/ kefahaman awal kepada pembaca.

Kesemua prosiding dan artikel mempunyai dwibahasa. Mempunyai tujuan kajian dan menyatakan hasil kajian. Kesemua abstrak mempunyai kata kunci. Kesemua prosiding dan artikel berbentuk hasil kajian.

RUMUSAN ABSTRAKRUMUSAN ABSTRAK

Page 11: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis PengenalanAnalisis PengenalanTajuk Artikel Huraian

Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

• Berdasarkan artikel ini, kanak-kanak autisme dikategorikan sebagai murid-murid berkeperluan khas dan bermasalah dalam pembelajaran di mana kategori ini turut merangkumi murid-murid yang mempunyai down syndrome, palsi serebral, hiperaktif, tumpuan perhatian singkat (ADD/ADHD), kerencatan akal, masalah emosi dan tingkah laku, masalah komunikasi, kerencatan anggota, pintar cerdas atau berbakat, epilepsy, disleksia dan murid-murid yang mempunyai keupayaan mental yang rendah (portal rasmi Pendidikan Khas, 2009).

• Perisian kursus multimedia interaktif merupakan inisiatif yang diambil dalam mengadaptasi penggunaan teknologi komputer dalam aktiviti P&P melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan bermain sambil belajar merupakan sebahagian dari matlamat yang telah digariskan oleh KPM melalui sukatan pelajaran oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 2003 kerana pendekatan sebegini dikatakan mampu untuk merangsang keupayaan kognitif, membantu kanak-kanak supaya lebih aktif dan menjana kemahiran yang kritis dan kreatif.

Page 12: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis PengenalanAnalisis PengenalanTajuk Artikel Huraian

Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme

- Menurut National research Council, A.S (2001), latihan guru merupakan elemen yang paling lemah dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang efektif untuk kanak-kanak yang mengalami autisme dan keluarga mereka.

- Latihan guru yang kurang mantap merupakan satu isu besar yang menghalang penyediaan guru yang cukup dan terlatih dalam bidang autisme. Mereka perlu berkemahiran untuk bekerjasama dengan guru arus perdana dalam usaha menyediakan pendidikan inklusif selain selain bekerjasama dengan ibu-bapa dan para profesional lain seperti pakar pertuturan, pakar terapi cara kerja dan lain-lain (Scheuermann et al.2003).

- Guru-guru pendidikan khas perlu dibekalkan asas kemahiran perguruan arus perdana dan pendidikan khas termasuklah kemahiran khas dalam bidang autisme. Antara ilmu dan kemahiran yang harus mereka kuasai adalah kefahaman tentang ciri autisme, penaksiran, diagnosis dan penilaian kanak-kanak autisme.

Page 13: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis PengenalanAnalisis PengenalanTajuk Artikel Huraian

Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

• Pengkaji telah menemui responden (murid autisme) di tempat kajian semasa latihan praktikal fasa

• Sepanjang tempoh praktikal, pengkaji dapati responden X telah menunjukkan beberapa tingkah laku yang kurang menyenangkan ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan.

• Responden ini sering menunjukkan ketidakupayaan dalam perkembangan sosial, komunikasi dan juga tingkah laku.

• Tingkah laku responden berbeza seperti seringkali mengamuk atau menjerit apabila terdapat perkara yang tidak disenanginya. Selain itu, dia juga seringkali bersendirian dan tidak berinteraksi dengan baik terhadap orang di sekelilingnya. Dia suka bersendirian dan mengelak apabila menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

• Pengkaji telah mencari alternatif dan kaedah yang bersesuaian untuk membantu murid ini supaya membantunya meningkatkan kemahiran sosioemosi dan perubahan tingkah laku yang positif.

Page 14: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis PengenalanAnalisis PengenalanTajuk Artikel Huraian

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-kanak Austik

• Satu perenggan sahaja

• Pada bahagian pengenalan pengkaji menceritakan tentang definisi Autistik :

1. Autisme bermakud kecacatan mental seumur hidup yang disebabkan oleh kegagalan fungsi otak. (Zharulnizam Shah, 2010).

2. Austisme adalah gangguan perkembangan kompleks yang gejalanya muncul sebelum seseorang kanak-kanak itu berusia tiga tahun (Yayasan Autisme Indonesia, 2008).

3. Autisme sebagai ketidakupayaan dalam kemahiran social dan komunikasi serta mempunyai minat dan aktiviti yang terhad. (White, et. Al., 2012).

Page 15: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis PengenalanAnalisis PengenalanTajuk Artikel Huraian

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

• Pelaksanaan Program pendidikan Inklusif ini memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif.

• Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan Pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalahpendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik.

• Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

• Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

Page 16: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Tidak melebihi 2 halaman. Tiada unsur prejudis. Laras bahasa yang mudah. Mempunyai huraian yang jelas tentang tajuk kajian dan

mempunyai sokongan daripada kajian- kajian lepas. Mempunyai kesinambungan antara setiap perenggan yang

baik. Setiap pengenalan membawa pembaca ke dalam penulisan

RUMUSAN PENGENALANRUMUSAN PENGENALAN

Page 17: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis Penyataan MasalahAnalisis Penyataan MasalahTajuk Artikel Huraian

Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

• Berdasarkan artikel yang dibaca, pengkaji telah menghuraikan ciri-ciri kanak-kanak autisme mengikut enam bidang iaitu komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, tingkah laku dan emosi. Ini adalah kerana kanak-kanak autisme menghadapi cabaran unik dalam proses pembelajaran khususnya ketika belajar membaca kerana mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi yang melibatkan bahasa percakapan berdasarkan Jamila (2005).

• Namun begitu, satu kaedah instruksional yang sesuai perlu dikenal pasti dalam membangunkan aplikasi multimedia yang sesuai dengan golongan sasaran. Ini adalah kerana kanak-kanak autisme menghadapi cabaran unik dalam proses pembelajaran khususnya ketika belajar membaca kerana mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi yang melibatkan bahasa percakapan.

• Sehubungan dengan itu, Menurut Reed (2004) teknologi assistive dikatakan berperanan dalam membantu murid-murid kurang upaya khususnya di dalam proses P&P di mana ia mampu mengurangkan perbezaan jurang pendidikan dan ia dilihat lebih berfokus dan berkesan. Teknologi assistive juga telah didefinisikan sebagai peralatan yang digunakan untuk meningkatkan, mengekalkan atau membaik pulih fungsi kemampuan murid-murid pendidikan khas (Individual with Disabilities Education Act atau IDEA, 1997).

Page 18: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis Penyataan MasalahAnalisis Penyataan MasalahTajuk Artikel Huraian

Tahap latihan, Pengetahuan, dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang autisme.

- Stone dan Resenbaum (1988) dalam kajiannya tentang kefahaman mengenai autisme di kalangan ibu-bapa dan guru-guru di Amerika Syarikat mendapati para responden mempunyai salah faham mengenai autisme. Ibu-bapa dan guru-guru juga mempunyai fahaman yang berbeza yang mungkin mempunyai impak yang negatif ke atas usaha koloborasi mereka.

- Hasil kajian Schwartz dan Drager (2008) yang mengadaptasi soal-selidik Stone dan Rosenbaum (1988) tentang keberkesanan latihan dan tahap pengetahuan mengenai autisme di kalangan ahli Terapi pertuturan di Amerika Syarikat mendapati mereka yang terlibat tidak menerima latihan mencukupi dan kurang berkeyakinan menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak mengalami autisme.

- Kajian yang dilakukan di Malaysia oleh Susanna Philips (2005) kepada guru-guru arus perdana mengenai tahap pengetahuan tentang autisme, mendapati mereka kurang pengetahuan mengenai aspek kognitif, sosial dan emosi murid autisme. Guru-guru ini juga tidak dapat dapat mengenal pasti jenis perkhidmatan sokongan atau jenis ahli profesional yang diperlukan oleh kanak-kanak ini.

Page 19: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis Penyataan MasalahAnalisis Penyataan MasalahTajuk Artikel Huraian

Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

• Berdasarkan artikel yang dibaca, pengkaji telah menghuraikan ciri-ciri kanak-kanak autisme mengikut kelemahan berkomunikasi dan mengekspresikan perasaan mahupun keinginannya, hingga mengakibatkan masalah sosial, komunikasi dan tingkahlaku.

• Terdapat artikel-artikel yang menceritakan tentang kajian dan usaha penggunakan aplikasi teknologi maklumat dalam membantu kanak-kanak autisme mengenal perasaan gembira

• Ada artikel yang menceritakan tentang penggunaan telefon iphone dan ipad serta aplikasi berimej yang membantu mengenalkan kanak-kanak autisme dengan pelbagai emosi (mimik muka)

• Dalam buku Kaedah Santai Tutur Untuk Kanak-kanak Autisme oleh Jessica Ong Hai Liaw, satu kajian kes ke atas lima orang kanak-kanak autisme dan telah dapati bahawa Kaedah Santai Tutur (dengan muzik, nyanyian dan drama) adalah mod pembelajaran bahasa yang terbaik untuk kanak-kanak autisme.

• Tetapi masih belum ada kajian berkaitan Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii yang lebih mudah dijalankan di Kelas P&P

• Diharap kajian ini akan menjumpai satu kaedah tambahan untuk membantu Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

Page 20: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis Penyataan MasalahAnalisis Penyataan MasalahTajuk Artikel Huraian

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-kanak Autistik

• Pengkaji berpandangan bahawa kanak-kanak Autistik sering berhadapan dengan cabaran-cabaran dan masalah-masalah dalam pertuturan dan Bahasa seperti penggunaan Bahasa, perkataan, imaginasi dan penggunaan pemikiran yang abstrak dengan disokong beberapa kajian yang lepas.

• Pengkaji berpandangan peranan guru pendidikan khas penting dalam merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan kepada kanak-kanak Autistik.

Page 21: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis Penyataan MasalahAnalisis Penyataan MasalahTajuk Artikel Huraian

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

• Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran telah lebih sedekad dijalankan. Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

• Bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akanmengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula.

• Pelaksanaan PPI akhirnya, tidak memberi apa-apa kesan positif kepadamurid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

( Gargiulo, R.M. 2006 )• Program Pendidikan Inklusif murid-murid berkeperluan khas khususnya

murid kategori autistik, sedang dijalankan di sekolah rintis. Maka kajian ini dijalankan bagi melihat pelaksanaannya dan kesannya kepada murid autistik dan guru-guru yang terlibat.

Page 22: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

• Penyataan masalah bersandarkan kajian-kajian lepas.

• Terdapat ‘gap’ dalam semua aritkel dan prosiding.

RUMUSAN PENYATAAN MASALAHRUMUSAN PENYATAAN MASALAH

Page 23: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis MetodologiAnalisis MetodologiTajuk Artikel Rekabentuk Populasi/

SampelInstrumen Kajian Analisis Kajian

Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes.

• Sampel yang dipilih adalah terdiri dari lima orang kanak-kanak autisme aras ringan yang bersekolah di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

• Satu borang pemantauan khusus yang pernah digunakan oleh Megan Davis, Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv dan Stuart D. Powell di dalam kajian mereka yang bertajuk The Narrative Construction of Our (Social) World: Steps towards an Interactive Learning Environment for Children with Autism telah digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini dengan sedikit pengubahsuaian dilakukan agar ianya sesuai dengan keperluan kajian.

• Borang ini dilengkapkan sendiri oleh penyelidik sambil dibantu oleh guru kelas yang berpengalaman berdasarkan kepada tindak balas murid-murid autisme di dalam bilik darjah semasa perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ sedang digunakan.

Maklumat serta data dianalisis dengan menggunakan statistik melalui pendekatan deskriptif, iaitu dengan melihat kepada kadar kebolehgunaan perisian kursus ini.

Page 24: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis MetodologiAnalisis MetodologiTajuk Artikel Reka bentuk Populasi/ Sampel Instrumen Kajian Analisis Kajian

Tahap Latihan, Pengetahuan, dan keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme.

Reka bentuk kajian ini mengguna-kan kaedah tinjauan.

• Sampel kajian yang dipilih ialah Guru-guru Pendidikan Khas seramai 112 orang.

• Populasi yang dipilih merupakan peserta yang terlibat dalam sebuah bengkel yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Instrumen kajian yang digunakan ialah soal-selidik. Soal-selidik ini terbahagi kepada 4 bahagianiaitu :•Bahagian A- Demografi responden•Bahagian B- Latihan guru•Bahagian C- Tahap pengetahuan•Bahagian D- Keyakinan guru

• Kajian ini menggunakan soal selidik bagi memungut data. Data kemudian dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab persoalan tentang tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru tentang autisme

Page 25: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis MetodologiAnalisis MetodologiTajuk Artikel Rekabentuk Populasi/

SampelInstrumen Kajian Analisis Kajian

Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

Kaedah ini menggunakan kaedah eksperimen

Kajian ini melibatkan seorang murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh Kuala Terengganu

• Pengkaji telah menggunakan instrument temu bual berstruktur dan pemerhatian berstruktur di dalam kajian ini.

• Pengkaji telah memilih untuk menggunakan model kajian Kemmis & Mctaggart (1998) sebagai panduan asas bagi melaksanakan kajian tindakan ini secara teratur dan bersistematik

• Pengkaji menggunakan borang senarai semak yang mengandungi aspek-aspek yang akan diperhati oleh pengkaji.

• Antara aspek yang diperhatikan pada peringkat awal ialah aspek bahasa dan pertuturan, interaksi sosial atau komunikasi, emosi dan tingkah laku

Dapatan kajian diperolehi hasil daripada analisis data secara deskriptif menggunakan dua jenis instrumen kajian iaitu pemerhatian dan temu bual.

Page 26: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis MetodologiAnalisis Metodologi

Tajuk Artikel

Rekabentuk

Populasi/ Sampel

Instrumen Kajian Analisis Kajian

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-kanak Autistik

perbincangan

tiada tiada 1. Membincangankan ciri-ciri kanak-kanak autistik dan pertuturan.

2. Membincangkan punca-punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak autistik

3. Membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran guru terhadap kanak-kanak autistik bermasalah pertuturan dan bahasa

Page 27: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis MetodologiAnalisis MetodologiTajuk Artikel Rekabentuk Populasi/ Sampel Instrumen Kajian Analisis Kajian

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

Pengkaji menggunakan gabungan kaedah kajian secara kualitatif.Dua kaedah pungutan data telah digunakan iaitu temubual dan pemerhatian melaluisenarai semak.

Populasi kajian ini ialah Sekolah A iaitu sebuah sekolah rendah berenrolmenrendah di Kuala Lumpur. Sekolah A merupakan sebuah sekolah yang menjalankanProgram Pendidikan Inklusif yang dinamakan “Projek Rintis Pendekatan Inklusif BagiMurid-murid Autistik”.

Senarai Semak Pemerhatian Kelas Inklusif. (Lampiran A)Instrumen ini melihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagimelihat bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah yangdipilih. Senarai semak ini telah diubahsuai dan diadaptasi dari senarai semak Vandercook(1990) yang dipetik daripada Saravanan (1997). Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaituseperti berikut:Bahagian A : Mengenai persekitaran fizikal kelas dan mengandungi 4 itemBahagian B: Mengenai aktiviti pembelajaran dan mengandungi 4 itemBahagian C: Mengenai Sosiolisasi dan Komunikasi dan mengandungi 7 itemSet Temu Bual- Protokol Temu Bual Guru Besar ( Lampiran B )- Protokol Temu Bual Guru Matapelajaran dan Guru Pendamping PendidikanInklusif ( Lampiran C )- Protokol Temu Bual Guru Penyelaras Pendidikan Khas (Lampiran D)

Analisis kajian melalui pungutan data telah digunakan iaitu temubual dan pemerhatian melaluisenarai semak.

Page 28: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Metodologi jelas kerana menyatakan kaedah kajian,instrumen, responden dan kaedah analisis data.

RUMUSAN METODOLOGIRUMUSAN METODOLOGI

Page 29: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Dapatan KajianDapatan KajianDapatan Kajian Huraian

Berdasarkan Persoalan Kajian :1. Adakah perisian kursus ini berjaya menyediakan keselesaan, menarik perhatian dan memberi pengalaman kepada kanak-kanak autisme?

Ya. Kesemua responden menunjukkan tingkah laku yang positif sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisian kursus. Ini terbukti apabila beberapa orang responden berasa sangat teruja dan seronok untuk memberi respon apabila perisian kursus dijana pada skrin di hadapan bilik darjah. Animasi dan karektor yang terdapat pada halaman menu utama telah memberikan rangsangan yang positif kepada responden untuk terus menggunakan perisian kursus ini, terutamanya pada modul aktiviti. Walaupun terdapat sedikit kekeliruan ketika memilih menu, ianya tidak menjadi masalah dengan adanya bantuan dari guru.

2. Adakah perisian kursus ini sentiasa berada dalam perhatian kanak-kanak autisme sehingga mereka berasa seronok berinteraksi dengan perisian kursus melalui tugas yang telah diberikan dan tidak menghadapi sebarang masalah apabila menggunakan komputer atau laptop?

Ya. Kebanyakan responden berupaya berinteraksi dengan perisian kursus kerana mereka hanya perlu mengklik objek yang mengeluarkan label semasa tetikus dilarikan pada mana-mana bahagian di atas imej situasi Majlis Hari Lahir dan Berkelah Di Pantai. Terdapat juga responden yang cuba untuk mengklik objek yang tidak berlabel. Responden yang kurang berkemahiran untuk menggunakan komputer dan tetikus telah dibantu oleh guru di mana guru akan mengklik menu pilihan selepas ditunjukkan oleh mereka. Sedikit kekeliruan berlaku ketika menggunakan butang navigasi pada peringkat awal penggunaan perisian kursus kerana ianya baru pertama kali digunakan. Namun begitu, kanak-kanak tetap teruja menggunakan modul latihan dan berusaha-sedaya upaya untuk menguasai kemahiran ‘drag & drop’ dengan bantuan guru dengan cara guru akan menunjukkan contoh terlebih dahulu.

Page 30: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Dapatan KajianDapatan KajianDapatan Kajian Huraian

- Tahap latihan- Pengetahuan- Keyakinan

- 50% responden mendapat pendidikan formal dalam bidang pendidikan khas.- Mereka menunjukkan pengetahuan yang baik mengenai beberapa perkara tentang autisme, tetapi keliru tentang beberapa maklumat penting seperti mengenai diagnosis autisme.- Guru-guru pendidikan khas menyatakan bahawa latihan perguruan yang diperolehi masih kurang dan ini menyebabkan mereka kurang berkeyakinan semasa berhadapan dengan kanak-kanak autisme ketika mengajar.- Oleh itu, dapatan kajian ini boleh memberi implikasi ke atas latihan perguruan pendidikan khas di negara ini.-Latihan berbentuk praktikal perlu diperbanyakkan untuk memberi peluang kepada guru-guru pelatih mendapat pengalaman secara langsung dengan kanak-kanak yang mengalami autisme.

Page 31: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Dapatan KajianDapatan KajianDapatan Kajian Huraian

Melalui Pemerhatian • Hasil pemerhatian secara keseluruhannya responden menunjukkan peningkatan dan perubahan pada ketiga-tiga aspek iaitu emosi, komunikasi dan tingkahlaku. Borang skor tingkahlaku, komunikasi dan emosi yang digunakan mengandungi ciri-ciri seperti minat, aspek perubahan tingkahlaku, sikap yang positif dan tumpuan murid terhadap aktiviti intervensi DII yang dijalankan.

• Keputusan selepas intervensi ini juga menunjukkan peningkatan pada aspek tingkah laku berbanding aspek emosi dan komunikasi.

• Berdasarkan ketiga-tiga peningkatan aspek ini, pengkaji mendapati responden telah menunjukkan perubahan dan kemahiran sosioemosi responden juga telah dapat ditingkatkan

Melalui Temubual • Analisis temubual telah dijalankan bersama dengan beberapa orang yang terlibat dalam kajian ini seperti guru-guru PPKI, ibu responden dan pembantu murid di PPKI

• Hasil temubual bersama beberapa orang guru PPKI di sekolah tersebut memberikan maklum balas yang positif berkaitan penggunaan alat “Dynamic Interactive Icon” dalam meningkatkan tingkahlaku positif, minat dan fokus murid terhadap sesuatu

Page 32: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Dapatan KajianDapatan KajianDapatan Kajian Huraian

Berdasarkan Persoalan Kajian :

1. Ciri-ciri kanak-kanak autistik bermasalah Pertuturan dan Bahasa.

1. Dalam kajian oleh Schlosser dan Wendt, 20018 menyatakan bahawa Di Amerika Syarikat dianggarkan 25% - 61% kanak-kanak autistik mengalami masalah komunikasi yang serius. Pengkaji berpandangan kanak-kanak autistic menganggap komunikasi adalah tidak penting.

2. Perkembangan yang lewat berbanding kanak-kanak normal menyebabkan kanak-kanak autistic mengalami masalah pertuturan dan Bahasa.

3. Kerosakan saraf amyglada dan hippocampus di dalam otak mengakibatkankana kegagalan menyimpan maklumat dalam memori serta menyebabkan tiada babbling, gerak laku, isyarat dan pertuturan kanak-kanak autistik.

2. Punca-punca masalah pertuturan dan bahasa kanak-kanak autistik

1. Faktor genetik. Kemungkinan pasangan kembar seiras untuk menghadapi autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa adalah tinggi.

2. Jangkitan virus, keracunan makanan boleh mempengaruhi sel otak dan seterusnya menggagu fungsi otak bayi.

3. Faktor pencernaan4. pencernaan

3. Strategi P&P terhadap kanak-kanak Autistik

1. P&P mediatif amat sesuai seperti komputer2. Penggunaan symbol-symbol grafik3. Peneguhan terhadap yang dipelajari4. Aktiviti berkumpulan5. Strategi pemusahan murid

Page 33: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Dapatan KajianDapatan KajianDapatan Kajian Huraian

1. Bagaimanakah pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi murid pendidikankhas kategori autistik di Sekolah A dari segi:a. Murid autistik1) Ciri-ciri penempatan murid autistik di kelas inklusif.2) Ciri-ciri pemilihan murid autistik ke kelas inklusif3) Program persediaan dan bantuan yang diperlukan olehmurid autistik. dikelas inklusif.4) Kemajuan yang dapat di kesan dari murid autistikb. Guru-guru

• Program ini berjaya mencapai matlamatnya kerana telah menjalankan beberapa perkara asas yang menjadi prasyarat kepada kejayaan Program Pendidikan Inklusif. Antaranya ialah hanya memilih murid autistik yang menguasai kemahiran asas 3M sahaja mengikuti program ini.

• Selain daripada itu murid-murid autistik yang terpilih boleh berkomunikasi dan tiada masalah tingkah laku berat yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

• Kelas-kelas inklusif di sekolah A mempunyai enrolmen yang rendah dan kemasukkan murid-murid autistik tidak membebankan.

• Murid-murid autistik yang terpilih ini mendapat bantuan dan kerjasamadaripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh semua pihak seperti NASOM, Jabatan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pihak sekolah A

Page 34: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Hasil dapatan dalam bentuk penerangan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

RUMUSAN DAPATAN KAJIANRUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Page 35: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis RujukanAnalisis RujukanBil Tajuk Artikel Huraian

1 Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

• Rujukan yang dibuat mengikut gaya APA (American Psychological Association)

• Semua rujukan adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu • Rujukan yang digunakan dari tahun 1993 hingga 2010.

2 Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme.

• Rujukan Yang dibuat mengikut gaya APA (American Psychological Association)

• Semua rujukan kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit rujukan dalam Bahasa Malaysia.

• Rujukan yang digunakan dari tahun 1970 – 2008.

3 Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

1) Mempunyai 14 rujukan yang terdiri daripada buku-buku, melalui laman web di internet dan jurnal-jurnal

2) Rujukan terdiri dari 4 buah, 5 jurnal dalam negara dan 5 jurnal dari luar negara

3) Semua rujukan adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu4) Rujukan yang digunakan dari tahun 2000 hingga 2014

Page 36: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Analisis RujukanAnalisis RujukanBil Tajuk Artikel Huraian4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-kanak Austik

• Sumber rujukan terdiri daripada jurnal, buku dan laman web.

• Terdapat 25 rujukan daripada dalam dan luar negara.

• 16 rujukan dari Bahasa Inggeris dan 8 Bahasa Melayu

• 16 rujukan daripada jurnal, 5 daripada buku dan 3 daripada laman web.

• Rujukan diambil dari tahun 2006 – 2012.• Disusun mengikut abjad.

5 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

Semua rujukan adalah dari Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu .

Rujukan juga dari Artikel dalam jurnal elektronik:•http://www.autcom.org/criteria.html•http://www.autism.org/styles.html•http://www.autism-resources.com/autismfaq-defi.html•http://www.educationnext.org/20041/42.html•http://puterakembara.org•http://www.researchmethods.com/

Page 37: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Semua artikel dan prosiding mengunakan rujukan lebih dari 20 rujukan.

Rujukan terdiri daripada pelbagai sumber bermula tahun 1979 hingga 2012.

Menggunakan rujukan dari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Rujukan yang dibuat mengikut gaya APA (American Psychological

Association) dan gaya penulisan UKM Penggunaan rujukan yang terlalu lama iaitu terdapat rujukan dari tahun

1979. Susunan rujukan mengikut abjad.

RUMUSAN RUJUKANRUMUSAN RUJUKAN

Page 38: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Perbincangan Perbincangan Bil Tajuk Artikel Huraian

1 Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

• Perbincangan menjurus kepada objektif kajian dan disokong dengan hasil kajian lepas.

• Perbincangan mengaitkan hasil kajian adalah selari dengan hasil-hasil kajian lepas.

2 Tahap Latihan Pengetahuan, Dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas Tentang Autisme

• Perbincangan menjurus kepada objektif kajian dan disokong dengan hasil kajian lepas.

• Perbincangan mengaitkan hasil kajian adalah selari dengan hasil-hasil kajian lepas.

3 Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

• Perbincangan menjurus kepada objektif kajian dan disokong dengan hasil kajian lepas.

• Perbincangan mengaitkan hasil kajian adalah selari dengan hasil-hasil kajian lepas.

PerbincanganPerbincangan

Page 39: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Perbincangan Perbincangan Bil

Tajuk Artikel Huraian

4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-kanak Autistik

• Perbincangan menjurus kepada objektif kajian dan disokong dengan hasil kajian lepas.

• Perbincangan mengaitkan hasil kajian adalah selari dengan hasil-hasil kajian lepas.

5 Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

• Perbincangan menjurus kepada objektif kajian dan disokong dengan hasil kajian lepas.

• Perbincangan mengaitkan hasil kajian adalah selari dengan hasil-hasil kajian lepas.

Page 40: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Empat prosiding dan artikel berjaya mengaitkan hasil kajian dengan permasalahan yang hendak dikaji.

Satu prosiding tidak menyatakan perbincangan secara spesifik kerana tiada persoalan kajian dinyatakan dalam kajian.

RUMUSAN PERBINCANGAN

Page 41: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

KesimpulanKesimpulanTajuk Artikel Huraian

Pembangunan Perisian Kursus “Saya Suka Belajar” Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-kanak Autisme

Melalui kajian yang dijalankan, terbukti bahawa kanak-kanak autisme sememangnya mempunyai pelbagai kecerdasan yang unik serta berbeza di antara satu sama lain. Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh juga dapat dinyatakan bahawa perisian kursus yang dibina telah mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian seperti yang telah ditetapkan. Melihat pada reaksi, tingkah laku dan komitmen yang ditunjukkan oleh responden pada sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisian kursus ini, boleh disimpulkan bahawa kanak-kanak autisme sangat berminat untuk menggunakannya dan boleh belajar menggunakan komputer dengan baik.

Tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru tentang autisme.

Melalui kajian ini, kursus perguruan formal didapati masih kurang berkesan melatih guru-guru pendidikan khas bagi memahami dan mendidik kanak-kanak mengalami autisme. Latihan dalam perkhidmatan hanya sederhana kualitinya. Para guru juga mempunyai keyakinan yang rendah tentang kanak-kanak autisme.

Aplikasi Kaedah Dynamic Interactive Icon Atau Dii Bagi Meningkatkan Kemahiran Sosioemosi Dalam Kalangan Murid Autisme

Secara keseluruhannya penggunaan kaedah “Dynamic Interactive Icon” ini telah menunjukkan perubahan kepada kemahiran sosioemosi murid autisme terutamanya aspek tingkahlaku dan kawalan emosi. Pengkaji mencadangkan penambahbaikan pada alat kedua intervensi iaitu Blog DII dengan menambahkan unsur hiburan seperti meletakkan hiasan warna warni di blog tersebut, menambahkan elemen muzik pada alat tersebut. Elemen muzik ini membantu menarik perhatian murid dan menggalakkan murid untuk mengikut dan menyanyi bersama dengan muzik yang dipasang pada alat tersebut.

Page 42: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

KesimpulanKesimpulanTajuk Artikel Huraian

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Dalam Menangani Masalah Pertuturan Dan Bahasa Kanak-kanak Autistik

Pengkaji membincangkan ciri-ciri kanak-kanak autistik yang bermasalah pertuturan dan bahasa dan punca berlakunya masalah pertuturan dan bahasa di kalangan kanak-kanak tersebut.

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah

Kajian ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistik. Kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaannya adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Hasil dari kajian tersebut mendapati perspektif baru.Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

Page 43: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

RUMUSAN KESIMPULAN RUMUSAN KESIMPULAN

Secara keseluruhan setiap kesimpulan yang dibuat untuk setiap artikel dan prosiding mempunyai cadangan dan saranan.

Pengukuhan hujah mengunakan fakta yang sesuai.

Kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dan menyatakan sokongan terhadap dapatan.

Kesimpulan artikel dan prosiding adalah ringkas dan padat dengan mengaitkan hasil kajian serta persoalan kajian.

Page 44: Analisi jurnal kump pa (a) (lan) cha selepas bentang

Sekian, terima kasih.Sekian, terima kasih.