analisa jurnal pn jusiah

7
MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN TUGASAN TZ 20106 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 Pensyarah: PN. JUSIAH IDANG Oleh: MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN NO. MATRIK: CT10210496 soalan tugasan: Baca satu artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu teknologi. Berikan komen secara kritis dalam 5 muka surat sahaja. Tarikh serahan : 30 APRIL 2013 Program Pensiswazahan Guru (PPG) SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1 CT10210496

Upload: mohdsahidin

Post on 27-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisa Jurnal Pn Jusiah

MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN

TUGASAN TZ 20106PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

Pensyarah:

PN. JUSIAH IDANG

Oleh:

MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMINNO. MATRIK: CT10210496

soalan tugasan:

Baca satu artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu teknologi.Berikan komen secara kritis dalam 5 muka surat sahaja.

Tarikh serahan :

30 APRIL 2013

Program Pensiswazahan Guru (PPG)SEKOLAH PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1CT10210496

Page 2: Analisa Jurnal Pn Jusiah

MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN

Tajuk Jurnal           : Disgrafia dan cara membantu: Kajian kes ke atas murid program integrasI pendidikan khas.

Sumber                : Jurnal penyelidikan tindakan, jilid 4 tahun 2010, yang diterbitan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak.

Penyelidik            : Yusuf Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Jiniti.

1.     PENGENALAN

Jurnal ini meperihalkan kajian tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas dalam kemahiran tulisan mekanis murid yang berkaitan dengan disgrafia.. Responden yang dipilih dalam kajian ini adalah seorang murid bernama Kamal dari kelas bermasalah pembelajaran Program Integrasi Pendidikan Khas di sebuah sekolah kebangsaan di Kuching. Kata kunci yang dinyatakan dalam kajian ini ialah Disgrafia, Pendidikan Khas, Masalah pembelajaran, tulisan mekanis, motor halus.

2.     ANALISA JURNAL.

Dalam menganalisa jurnal ini, saya mendapati penulis menggunakan MODEL SPIRAL KURT LEWIN. Dalam model Spiral Kurt Lewin, terdapat 7 langkah yang perlu di ambil dalam menjalankan sesuatu kajian iaitu:

1. Mengenalpasti idea.2. Pencarian fakta.3. Perancangan pelan tindakan.4. Perlaksanaan tindakan.5. Penilaian tindakan yang diambil.6. Ulangkaji pelan tindakan7. Mengambil langkah tindakan seterusnya.

2.1 Mengenalpasti idea/ masalah.

Isu yang hendak dikaji oleh pengkaji ialah masalah dalam kemahiran tulisan mekanis murid yang dikaitkan dengan disgrafia. Disgarfia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta menghadapi masalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Masalah penulisan dikalangan murid peringkat rendah merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Untuk mengatasi masalah disgarfia dikalangan murid sekolah rendah pengkaji telah mengaplikasikan teknik menyalin semula perkataan dan juga membina ayat yang bertujuan membantu murid supaya berupaya menulis dengan baik.

2.2 Pencarian Fakta.

2CT10210496

Page 3: Analisa Jurnal Pn Jusiah

MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN

Pencarian fakta merupakan objektif bagi sesuatu kajian. Dalam kajian ini pengkaji ingin mengenalpasti tiga perkara utama iaitu:

i. adakah tulisan responden menunjukkan ciri-ciri disgrafia berdasarkan teori dan pemerhatian yang telah dilakukan.

ii. Melihat punca kepada masalah penulisan responden dalam konteks disgrafia.

iii. Menggunakan kaedah yang sesuai bagi membanti responden menulis dengan lebih baik

2.3 Perancangan pelan tindakan.

Dalam melaksanakan kajian, pengkaji telah memilih seorang murid bernama Kamal dari kelas bermasalah pembelajaran Program Integrasi Pendidikan Khas di sebuah sekolah kebangsaan di Kuching sebagai responden kajian. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan penilaian dalam mendapatkan maklumat tentang sejauh mana perkaitan respondan dengan masalah yang dikaji.

Responden diperhatikan bermula dari cara memegang pensel sehingga ke proses pembentukan huruf, perkataan dan ayat. Kaedah ini memberi fokus kepada kesilapan yang dilakukan respoden semasa menulis. Pengkaji mengambil masa selama 12 minggu untuk memerhatikan responden.

Setelah diperhatikan, penilaian dilakukan terhadap responden. Penilaian ini dilakukan melalui kekemasan tulisan tangan dan melihat kesalahan-kesalahan perkataan dan ayat yang dilakukan responden dalam membuat lembaran kerja. Data tulisan responden di rekod menggunakan senarai semak bagi tujuan menyemak maklumat yang dikumpul.

Dalam proses perancangan pelan tindakan ini pengkaji mendapati beberapa masalah yang dihadapi responden dalam aspek penulisan dikesan, iaitu:

i. masalah ejaan dikenalpasti dalam setiap satu baris daripada lima baris ayat dalam lembaran kerja yang diberikan.

ii. Responden tidak tahu menggunakan rangkap yang sepatutnya.iii. Ruang di antara dua perkataan dalam ayat yang dibina amat

dekat dan sukar untuk dibezakan.iv. Perkataan tidak lengkap dari segi ejaan (seperti contoh-contoh

yang ditunjukkan dalam jurnal.

2.4 Perlaksanaan tindakan.

Semasa perlaksanaan kajian (intervensi), pengkaji telah menggunakan kad huruf atau abjad untuk membantu responden membina perkataan dan meningkatkan pemahaman huruf. Pengguanaan kad huruf juga boleh meningkatkaan fokus atau tumpuan yang lebih terhadap yang diambil dan dibina.

Bagi mengatasi ruang diantara perkataan pengkaji telah menggunakan pensel atau sebatang kayu kecil sebagai pengukur jarak diantara dua perkataan. Ketebalan pensel atau batang kayu adalah mewakili jarak diantara dua perkataan. Dengan demikian keseragaman jarak atara dua perkataan

3CT10210496

Page 4: Analisa Jurnal Pn Jusiah

MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN

dapat diwujudkan. Pengkaji mendapati responden kelihatan lebih selesa menggunakan cara ini.

Kaedah memotivasikan responden digunakan oleh pengkaji untuk mengatasi masalah ejaan dan ayat yang tidak lengkap perkataannya. Ini amat berkesan dalam memberikan pemahaman kepada responden tentang apa yang ditulis sama dengan apa yang desebut. Responden memberi tumpuan yang lebih kepada kerja yang dilakukan jika ganjaran diberikan. Ini terbukti melalui pemerhatian pengkaji dimana responden berhati-hati terhadap apa yang ditulis terutama ejaan dan juga ayat yang tidak lengkap perkataannya.

Menurut Graves (1983) kepantasan menulis mempunyai kaitan dengan cara memegang pensel. Terdapat empat kesilapan yang biasa dilakukan semasa memegang pensel iaitu posisi lengan, penggunaan ibu jari dan jari ketika meyokong dan menggerakkan alat tulis. Faktor ini mempengaruhi kualiti mengaris dan membentuk huruf. Pemerhatian menunjukkan bahawa guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis. Pengkaji telah memberikan penekanan terhadap teknik pegangan pensel yang betul terhadap responden bagi membantunya menghasilkan keseragaman dari segi saiz huruf yang di tulis dan secara tidak langsung mengelakkan daripada kesilapan pemilihan abjad.

2.5 Penilaian tindakan yang diambil.

Setelah melakukan intervensi, beberapa dapatan hasil daripada penilaian yang dilakukan oleh pengkaji. Didapati cara memegang pensel responden adalah normal dan menggunakan tangan kanan. Ini mengakibatkan responden berupaya membentuk huruf dengan baik iaitu menulis huruf pada titik permulaan yang tepat dan terus menulis dengan menggunakan arah pergerakan yang betul.

Bagaimanapun, responden didapati mengalami kesukaran untuk membentuk ruang antara perkataan serta saiz huruf yang tidak konsisten iaitu bercampur aduk pengunaan huruf kecil dan huruf besar. Postur atau kedudukan badan yang terlalu membongkok semasa menulis menimbulkan ketidakselesaan kepada badan sekaligus mengurangkan fokus terhadap pemilihan penggunaan huruf besar dan kecil. Perhatian oleh responden terhadap ruang antara perkataan juga tidak dapat diberikan.

2.6 Ulangkaji pelan tindakan.

Ulangkaji pelan tindakan merujuk kepada kekangan yang dihadapi dalam menjalankan kajian ini. Kekangan utama yang dihadapi ialah jangka masa yang singkat iaitu sekitar 4 bulan sahaja. 4 bulan hanya cukup untuk mengkaji seorang pelajar sahaja. Jika masa yang lebih panjang diambil, mungkin penkaji dapat mengenalpasti lebih ramai murid mengalami masalah tulisan mekanis. Masa yang panjang diperlukan untuk menganalisis hasil kerja murid yang lebih daripada seorang murid.

Pengkaji juga tidak dapat menggunakan ujian pengukuran IQ sepertimana yang dilakukan di negara maju dalam mengkaji masalah diagrafia. Penggunaan alat pengukur IQ seperti Stanford-Binet Intelligence

4CT10210496

Page 5: Analisa Jurnal Pn Jusiah

MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN

Scales, Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC), Wechsler Adult Intelligence Scale®—Third Edition (WAIS®–III) dan WechslerPreschool and Primary Scale of Intelligence™—Third Edition (WPPSI™–III) dapat meberikan maklumat yang lebih lengkap terhadap kajian diagrafia terutama yang berkaitan dengan koordinasi visual dan persepsi. Bagaimanapun dalam konteks Malaysia, alat ini tidak dapat digunakan kerana kekurangan maklumat dan ketiadaan manual yang lengkap berkaitan alat tersebut.

2.7 Mengambil langkah tindakan seterusnya.Langkah tindakan seterusnya ialah langkah penyelesaian umum yang

diambil semasa berhadapan masalah yang serupa dengan responden yang dikaji. Secara umumnya beberapa cadangan tindakan pemulihan boleh dilakukan terhadap murid-murid disgrafia adalah seperti berikut:

a. isu ruang : diselesaikan dengan menggunakan pensel sebagai alat menjarakkan setiap perkataaan dalam setiap ayat.

b. Keseragaman huruf : menggunakan buku petak atau bergaris.c. Pembentukkan huruf: diatasi mengikut kaedah tatacara yang betul

dalam menulis(huruf besar dan huruf kecil).d. Masalah ejaan : diatasi dengan cara membaca sambil menulise. Teknik pegangan pensel: memegang pensel mengikut kaedah yang

betul dan selesa bagi murid.f. Perkataan tidak lengkap : memberikan kosentrasi , motivasi dan

memberi masa yang lebih kepada murid untuk menulis berbanding murid yang lain.

3.0 Kesimpulan .

Jurnal ini sangat sesuai dibaca oleh para guru dan ibu bapa. Dalam jurnal ini dihuraikan secara terperinci masalah kanak-kanak disgrafia. Guru dan ibubapa boleh berkerjasama membantu memulihkan masalah disgrafia dengan menggunakan kaedah pemulihan yang telah digunakan oleh pengkaji. Pengkaji telah menggunakan hasil kajian lepas tentang masalah yang di kaji untuk menyokong kekuatan kaedah yang digunakan. Masalah disgrafia dikalangan kanak-kanak adalah masalah kebanyakan kanak-kanak menghadapinya. Intervensi diperingkat awal akan membantu kanak-kanak menghadapi pembelajaran peringkat yang lebih tinggi lagi dengan berkesan.

5CT10210496

Page 6: Analisa Jurnal Pn Jusiah

MOHD SAHIDIN BIN JAN JALUMIN 6CT10210496