anak yang baik

1
Sejak dilahirkan ke dunia fana ini, ibu bapa telah mencurahkan keringat berkorban masa dan tenaga demi memberikan kehidupan yang terbaik. Insan yang mulia ini telah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Malangnya, saban hari terpapar di dada-dada akhbar tempatan tentang isu yang melibatkan anak-anak yang sanggup melakukan perbuatan yang menggores hati ibu bapa mereka. Persoalannya, apakah tanggungjawab kita untuk menjaga hati ibu bapa? Apakah pula kriteria yang harus ada pada seorang anak yang baik? Sebagaimana yang kita ketahui, anak-anak yang baik mesti mengambil inisiatif dengan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa dan menjaga hati ibu bapa. Realitinya, hadiah segulung ijazah merupakan hadiah terbaik yang boleh kita berikan kepada ibu bapa. Bagi mencapai matlamat ini, kita mesti menggunakan masa lapang secara berguna iaitu untuk menelaah dan mengulang kaji pelajaran. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pula, kita mesti memberikan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bertanya. Peribahasa segan bertanya sesat jalan harus kita ingati. Sekiranya kita berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, ibu bapa pasti akan berasa bangga. Oleh itu, seorang anak yang baik mesti belajar dengan bersungguh- sungguh. Jika ditinjau dari perspektif yang berlainan, seorang anak yang baik juga perlu mengorak langkah yang bijak supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang gejala sosial. Sekiranya kita terjebak dalam gejala sosial, kita telah membawa malu kepada keluarga kita. Nama baik keluarga pula telah dicemari. Malangnya, kebanyakan remaja dalam era yang serba mencabar sering berada dalam ketidakpastian. Mereka seolah-olah tiada hala tuju kehidupan yang jelas bagai layang-layang putus tali. Remaja sebegini berasa keliru dan mudah terpengaruh oleh anasir-anasir negatif yang kini menular. Salah satu cara terbaik untuk memastikan diri kita tidak terjebak dalam gejala sosial ialah mempunyai pergaulan yang sihat. Kita mesti bertindak bijak bagai menarik rambut dari tepung ketika memilih rakan. Umumnya, rakan yang dipilih seharusnya mampu membimbing kita ke arah kebaikan dan menjauhi keburukan yang menjadi batu penghalang untuk menjadi seorang anak yang baik. Satu lagi hakikat yang tidak boleh kita ketepikan ialah pegangan agama yang kukuh. Seorang anak yang baik pasti akan menggembleng segala tenaga dan sumber untuk memastikan diri kita mempunyai dan memperoleh ajaran agama yang sempurna. Setiap agama di dunia ini pasti menuntut penganutnya agar berbuat kebajikan dan mentaati ibu bapa mereka. Anak-anak yang soleh pasti akan memastikan setiap nasihat, pesanan dan ajaran ibu bapa tersemat dalam ingatan mereka. Anak sedemikian juga akan menzahirkan sikap yang lebih baik dan seterusnya menjadi seorang insan yang lebih sempurna dan berguna. Hakikatnya, untuk menjadi seorang anak yang baik dan soleh, kita mesti mengikut ibu bapa ke tempat beribadat. Bagi mengenali agama dengan lebih mendalam pula, kita juga mesti rajin mengaji kitab-kitab suci. Jelasnya menunjukkan bahawa seorang anak yang soleh ialah seorang anak yang baik. Seterusnya, jika skop perbincangan kita dicapahkan, ibu bapa kita hidup dalam era yang penuh dengan cabaran ini. Mereka terpaksa bekerja keras menunaikan tuntutan kerjaya mereka semata-mata untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada kita. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab seorang anak yang baik untuk membantu meringankan beban ibu bapa. Salah satu perkara yang harus kita lakukan ialah jangan menjadi pembawa masalah yang akan mengecewakan dan menghancurkan harapan ibu bapa terhadap kita. Di samping itu, kita harus cuba untuk memahami masalah yang dihadapi oleh keluarga kita dan seterusnya berusaha untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini. Misalnya, kita boleh membantu ibu bapa menjaga kebersihan dan keselamatan di rumah. Tanggungjawab menjaga keselesaan rumah kita sebenarnya bukan terletak pada bahu ibu bapa kita sahaja. Sebagai penutup wacana, kita mesti bertindak dengan bijak dan berhati-hati supaya jasa dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sia-sia. Setiap tindakan yang dilakukan pula mesti bertujuan untuk menjaga hati, membalas jasa dan menghargai pengorbanan insan yang mulia ini. Sikap melupakan jasa ibu bapa bagai kacang lupakan kulit mesti kita ingati supaya tidak menjadi seorang anak yang derhaka. Akhrnya, harapan ibu bapa supaya kita menjadi seorang insan yang berguna mesti kita realisasikan dengan sebaik mungkin selaku seorang anak yang baik.

Upload: kwongyaw

Post on 31-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Karangan tentang peranan anak

TRANSCRIPT

Page 1: Anak Yang Baik

Sejak dilahirkan ke dunia fana ini, ibu bapa telah mencurahkan keringat berkorban masa dan tenaga demi memberikan kehidupan yang terbaik. Insan yang mulia ini telah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Malangnya, saban hari terpapar di dada-dada akhbar tempatan tentang isu yang melibatkan anak-anak yang sanggup melakukan perbuatan yang menggores hati ibu bapa mereka. Persoalannya, apakah tanggungjawab kita untuk menjaga hati ibu bapa? Apakah pula kriteria yang harus ada pada seorang anak yang baik?

Sebagaimana yang kita ketahui, anak-anak yang baik mesti mengambil inisiatif dengan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa dan menjaga hati ibu bapa. Realitinya, hadiah segulung ijazah merupakan hadiah terbaik yang boleh kita berikan kepada ibu bapa. Bagi mencapai matlamat ini, kita mesti menggunakan masa lapang secara berguna iaitu untuk menelaah dan mengulang kaji pelajaran. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pula, kita mesti memberikan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bertanya. Peribahasa segan bertanya sesat jalan harus kita ingati. Sekiranya kita berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, ibu bapa pasti akan berasa bangga. Oleh itu, seorang anak yang baik mesti belajar dengan bersungguh-sungguh.

Jika ditinjau dari perspektif yang berlainan, seorang anak yang baik juga perlu mengorak langkah yang bijak supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang gejala sosial. Sekiranya kita terjebak dalam gejala sosial, kita telah membawa malu kepada keluarga kita. Nama baik keluarga pula telah dicemari. Malangnya, kebanyakan remaja dalam era yang serba mencabar sering berada dalam ketidakpastian. Mereka seolah-olah tiada hala tuju kehidupan yang jelas bagai layang-layang putus tali. Remaja sebegini berasa keliru dan mudah terpengaruh oleh anasir-anasir negatif yang kini menular. Salah satu cara terbaik untuk memastikan diri kita tidak terjebak dalam gejala sosial ialah mempunyai pergaulan yang sihat. Kita mesti bertindak bijak bagai menarik rambut dari tepung ketika memilih rakan. Umumnya, rakan yang dipilih seharusnya mampu membimbing kita ke arah kebaikan dan menjauhi keburukan yang menjadi batu penghalang untuk menjadi seorang anak yang baik.

Satu lagi hakikat yang tidak boleh kita ketepikan ialah pegangan agama yang kukuh. Seorang anak yang baik pasti akan menggembleng segala tenaga dan sumber untuk memastikan diri kita mempunyai dan memperoleh ajaran agama yang sempurna. Setiap agama di dunia ini pasti menuntut penganutnya agar berbuat kebajikan dan mentaati ibu bapa mereka. Anak-anak yang soleh pasti akan memastikan setiap nasihat, pesanan dan ajaran ibu bapa tersemat dalam ingatan mereka. Anak sedemikian juga akan menzahirkan sikap yang lebih baik dan seterusnya menjadi seorang insan yang lebih sempurna dan berguna. Hakikatnya, untuk menjadi seorang anak yang baik dan soleh, kita mesti mengikut ibu bapa ke tempat beribadat. Bagi mengenali agama dengan lebih mendalam pula, kita juga mesti rajin mengaji kitab-kitab suci. Jelasnya menunjukkan bahawa seorang anak yang soleh ialah seorang anak yang baik.

Seterusnya, jika skop perbincangan kita dicapahkan, ibu bapa kita hidup dalam era yang penuh dengan cabaran ini. Mereka terpaksa bekerja keras menunaikan tuntutan kerjaya mereka semata-mata untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada kita. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab seorang anak yang baik untuk membantu meringankan beban ibu bapa. Salah satu perkara yang harus kita lakukan ialah jangan menjadi pembawa masalah yang akan mengecewakan dan menghancurkan harapan ibu bapa terhadap kita. Di samping itu, kita harus cuba untuk memahami masalah yang dihadapi oleh keluarga kita dan seterusnya berusaha untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini. Misalnya, kita boleh membantu ibu bapa menjaga kebersihan dan keselamatan di rumah. Tanggungjawab menjaga keselesaan rumah kita sebenarnya bukan terletak pada bahu ibu bapa kita sahaja.

Sebagai penutup wacana, kita mesti bertindak dengan bijak dan berhati-hati supaya jasa dan pengorbanan ibu bapa bukanlah sia-sia. Setiap tindakan yang dilakukan pula mesti bertujuan untuk menjaga hati, membalas jasa dan menghargai pengorbanan insan yang mulia ini. Sikap melupakan jasa ibu bapa bagai kacang lupakan kulit mesti kita ingati supaya tidak menjadi seorang anak yang derhaka. Akhrnya, harapan ibu bapa supaya kita menjadi seorang insan yang berguna mesti kita realisasikan dengan sebaik mungkin selaku seorang anak yang baik.

Page 2: Anak Yang Baik