surat pekeliling bahagian pentadbiran · 2.7. anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak...

35

Upload: others

Post on 15-Jan-2020

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di
Page 2: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di
Page 3: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN BILANGAN 02 TAHUN 2018

GARIS PANDUAN PENGURUSAN

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

(SHPB)

Page 4: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

1

s

1.0. PENDAHULUAN

Garis Panduan ini sebagai panduan kepada kakitangan RISDA / Syarikat

Milikan RISDA (SMR) / NARSCO / KARISMA, pesara dan Ahli Pihak

Berkuasa RISDA (APB) / Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Milikan RISDA

(ALP) untuk menyertai Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (SHPB)

bagi tempoh satu (1) tahun perlindungan insurans berkuatkuasa.

2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN

2.1. Penyertaan SHPB adalah wajib kepada semua kakitangan RISDA dan

terbuka kepada kakitangan SMR / NARSCO / KARISMA yang

berjawatan tetap dan menerima gaji bulanan.

2.2. Penyertaan SHPB juga dibuka kepada pesara dan APB / ALP.

2.3. Kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan perkhidmatan

serta APB / ALP yang dilantik selepas tarikh perlindungan insurans

berkuatkuasa iaitu 1 Mei tahun semasa juga boleh menyertai SHPB.

2.4. Penyertaan juga terbuka kepada pasangan (suami / isteri) termasuk

isteri kedua, ketiga dan keempat dan anak-anak yang masih di bawah

tanggungan kakitangan dan APB / ALP yang berumur di bawah 60

tahun untuk menyertai SHPB.

2.5. Bagi pasangan pesara dan APB / ALP yang berumur 60 tahun hingga

satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 65, SHPB hanya boleh disertai

suami dan seorang isteri tidak termasuk anak-anak yang masih di

bawah tanggungan.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

Page 5: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

2

2.6. SHPB hanya boleh disertai oleh APB / ALP sahaja yang berumur 65

tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 75 tidak termasuk

pasangan dan anak-anak yang masih di bawah tanggungan.

2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai

SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

sisi undang-undang termasuk anak berstatus Orang Kelainan Upaya

(OKU) yang masih belum bekerja atau belum berkahwin.

2.8. Pasangan yang berkahwin, anak yang dilahirkan atau anak yang

menyambung pengajian di Tingkatan Enam (6) atau Institut Pengajian

Tinggi (IPT) dalam negara selepas tarikh perlindungan insurans

berkuatkuasa iaitu 1 Mei tahun semasa juga boleh menyertai SHPB.

2.9. Umur penyertaan SHPB mengikut kategori adalah seperti berikut:

BIL. KATEGORI UMUR PENYERTAAN

a. Kakitangan Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 60.

b. Pesara Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 65.

c. APB / ALP Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 75.

d. Pasangan (suami / isteri termasuk isteri ke-2, ke-3 dan ke-4) kakitangan, pesara dan APB/ ALP.

Mulai umur 18 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 65.

e. Anak-anak di bawah tanggungan yang belum bekerja dan belum berkahwin:

i. Bayi hingga anak tamat Sekolah Menengah Tingkatan Lima (5)

ii. Anak belajar di Tingkatan Enam (6) atau menyambung pengajian di IPT dalam negara.

Mulai umur 15 hari hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 18.

Mulai tarikh pendaftaran Tingkatan Enam (6) atau IPT hingga tamat belajar atau satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 26 mengikut mana yang terdahulu.

Page 6: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

3

2.10. Pasangan (suami / isteri) kakitangan yang berkhidmat di RISDA

hendaklah menyertai SHPB secara berasingan. Bagaimanapun, anak

kakitangan hanya dibenarkan menyertai SHPB sekali sahaja sama ada

mengikut penyertaan ibu atau bapa.

2.11. Tarikh penentuan had umur penyertaan SHPB bagi setiap kategori

ialah pada tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1 Mei

setiap tahun.

3.0. PENAMATAN KEAHLIAN

Kelayakan seseorang sebagai ahli SHPB akan tamat apabila:

3.1. Kakitangan atau pesara atau APB / ALP meninggal dunia.

3.2. Kakitangan bersara atau menamatkan perkhidmatan dan berhenti

mencarum.

3.3. Kakitangan meninggalkan perkhidmatan.

3.4. Kakitangan meletak jawatan.

3.5. Kakitangan ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

3.6. Perkhidmatan APB / ALP tamat.

3.7. Gagal mencarum dua (2) bulan berturut-turut.

3.8. Kakitangan atau pesara atau APB / ALP boleh menamatkan keahlian

anak-anak di bawah tanggungan yang telah bekerja atau telah

berkahwin atau telah menamatkan pengajian dengan memaklumkan

secara bertulis kepada Urus Setia SHPB dan caruman SHPB yang

telah dibayar sebelumnya tidak akan dikembalikan.

Page 7: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

4

4.0. SKOP PERLINDUNGAN

4.1. SHPB memberi perlindungan 24 jam di mana-mana sahaja seluruh

dunia kepada ahli yang menetap di Malaysia atau mengembara ke luar

negara bagi tempoh tidak melebihi 90 hari berturut-turut melainkan

telah mendapat kelulusan Syarikat Insurans.

4.2. SHPB memberi perlindungan bagi rawatan di hospital seperti berikut:

a. Menerima rawatan akibat penyakit atau kemalangan sebagai

pesakit dalam.

b. Menjalani pembedahan kecil sebagai pesakit luar.

c. Menerima rawatan kecemasan akibat penyakit di antara 10 malam

hingga 8 pagi keesokan hari.

d. Menjalani rawatan susulan bagi tempoh 60 hari dari tarikh discaj

hospital.

5.0. MANFAAT DAN PELAN PERLINDUNGAN

5.1. Kadar perlindungan setiap manfaat berbeza mengikut pelan dari A, B,

C, D, E dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

5.2. Bagi kakitangan berumur bawah 60 tahun boleh memilih di antara lima

(5) pelan perlindungan iaitu pelan A, B, C, D dan E seperti di lampiran

1.

5.3. Kakitangan juga boleh memilih di antara beberapa kategori penyertaan

yang terdapat pada setiap pelan A, B, C, D dan E untuk menyertai

SHPB seperti berikut:

BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN

a. Kakitangan sahaja A01, B01, C01, D01, E01

b. Kakitangan dan pasangan A02, B02, C02, D02, E02

c. Kakitangan dan anak-anak di bawah tanggungan A03, B03, C03, D03, E03

d. Kakitangan, pasangan dan anak-anak di bawah tanggungan A04, B04, C04, D04, E04

e. Isteri kedua / ketiga / keempat A05, B05, C05, D05, E05

Page 8: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

5

5.4. Pasangan (suami / isteri) termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat

dan anak-anak yang masih di bawah tanggungan kakitangan yang

menyertai SHPB hanya boleh memilih pelan perlindungan yang sama

dengan pelan pilihan kakitangan.

5.5. Bagi pasangan (suami / isteri) kakitangan yang bekerja di RISDA /

SMR / NARSCO / KARISMA boleh memilih pelan perlindungan yang

berbeza. Bagaimanapun, anak kakitangan yang menyertai SHPB

hanya boleh memilih satu pelan perlindungan sahaja sama ada

mengikut pelan pilihan ibu atau bapa.

5.6. Pesara berumur bawah 65 tahun juga dibenarkan memilih di antara

lima (5) pelan perlindungan iaitu pelan A, B, C, D dan E untuk

menyertai SHPB seperti di lampiran 2.

5.7. Walau bagaimanapun, pesara berumur bawah 65 tahun hanya boleh

memilih di antara dua (2) kategori penyertaan yang terdapat pada

setiap pelan A, B, C, D dan E untuk menyertai SHPB seperti berikut:

5.8. Pasangan (suami / isteri) pesara yang menyertai SHPB hanya boleh

memilih pelan perlindungan yang sama dengan pelan pilihan pesara.

5.9. Bagi APB / ALP berumur di bawah 60 tahun hanya boleh memilih

pelan E untuk menyertai SHPB seperti di lampiran 1.

5.10. Bagaimanapun, APB / ALP berumur bawah 60 tahun dibenarkan

memilih di antara empat (4) kategori penyertaan seperti berikut:

BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN

a. Pesara sahaja A06, B06, C06, D06, E06

b. Pesara dan pasangan A07, B07, C07, D07, E07

Page 9: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

6

5.11. Bagi APB / ALP berumur 60 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang

tahun ke 65 hanya boleh memilih pelan E seperti di lampiran 2.

5.12. APB / ALP berumur 60 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun

ke 65 hanya boleh memilih di antara dua (2) kategori penyertaan

seperti berikut:

5.13. Pelan perlindungan bagi APB / ALP berumur 65 tahun hingga satu (1)

hari sebelum ulang tahun ke 75 pula adalah seperti di lampiran 3.

5.14. Hanya APB / ALP yang berumur 65 tahun hingga satu (1) hari sebelum

ulang tahun ke 75 sahaja boleh menyertai SHPB dengan memilih

pelan E12.

5.15. Ahli SHPB tidak dibenarkan menukar mana-mana pelan yang telah

dipilih sepanjang tempoh satu (1) tahun perlindungan.

5.16. Ahli SHPB juga dinasihatkan supaya memastikan kadar caj bilik

penginapan yang dikenakan semasa dimasukkan ke hospital tidak

melebihi kelayakan mengikut pelan yang dipilih bagi mengelak

sebarang caj tambahan dikenakan.

BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN

a. APB / ALP sahaja E01

b. APB / ALP dan pasangan E02

c. APB / ALP dan anak-anak di bawah tanggungan

E03

d. APB / ALP, pasangan dan anak-anak di bawah tanggungan

E04

BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN

a. APB / ALP sahaja E06

b. APB / ALP dan pasangan E07

Page 10: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

7

6.0. MANFAAT ASAS

SHPB melindungi caj rawatan dan perubatan ahli seperti berikut:

6.1. Penginapan dan bilik hospital

a. Wad (Ordinary room)

Melindungi kos harian sebenar yang dikenakan oleh pihak hospital

bagi bilik, makanan dan perkhidmatan biasa jururawat tidak

termasuk penyediaan jururawat khas dan perkhidmatan doktor

yang tidak melebihi 120 hari dan kelayakan maksima bagi setiap

kehilangan upaya (disability).

b. Unit Penjagaan rapi (ICU)

Melindungi kos harian sebenar yang dikenakan oleh pihak hospital

bagi bilik Intensive Care Unit (ICU), Coronary Care Unit (CCU),

High Dependency Unit (HDU) atau wad pengasingan (Isolation

Ward) semasa rawatan yang tidak melebihi 20 hari dan kelayakan

maksima bagi setiap kehilangan upaya (disability) dan tiada

perlindungan untuk kemudahan wad bagi tempoh rawatan yang

sama.

6.2. Peralatan hospital dan lain-lain perkhidmatan

Melindungi kos sebenar yang dikenakan oleh pihak hospital semasa

rawatan tetapi tidak melebihi kelayakan maksima bagi setiap

kehilangan upaya (disability) bagi perkhidmatan berikut:

a. Oksigen dan segala urusan yang berkaitan

b. X-ray, electrocardiograms dan penggujian makmal

c. Ubat, pembalut luka dan pemindahan darah

6.3. Pembedahan

Melindungi kos sebenar yang dikenakan oleh Pakar Bedah bagi

pembedahan yang dilakukan tetapi tidak melebihi kelayakan maksima

bagi setiap kehilangan upaya (disability).

Page 11: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

8

6.4. Perkhidmatan Bius

Melindungi kos sebenar yang dikenakan oleh Pakar Bius semasa

melakukan pembedahan tetapi tidak melebihi kelayakan maksima bagi

setiap kehilangan upaya (disability).

6.5. Penggunaan Dewan Bedah

Melindungi kos sebenar penggunaan Dewan Bedah semasa

pembedahan dilakukan tetapi tidak melebihi kelayakan maksima bagi

setiap kehilangan upaya (disability).

6.6. Lawatan Doktor

Melindungi kos sebenar yang dikenakan oleh doktor bagi setiap hari

lawatan dan rawatan yang dilakukan di wad bagi pesakit yang

kehilangan upaya tidak melibatkan pembedahan termasuk hari

dibenarkan keluar dari wad tetapi tidak melebihi kelayakan maksima

bagi setiap kehilangan upaya (disability).

6.7. Elaun Tunai Harian Hospital Kerajaan Malaysia

Elaun tunai harian mengikut bilangan hari rawatan di hospital kerajaan

Malaysia tetapi tidak melebihi kelayakan maksima bagi setiap

kehilangan upaya (disability).

6.8. Perkhidmatan Diagnosis Sebelum Pembedahan

Melindungi kos sebenar penggunaan X ray dan ujian makmal untuk

tujuan diagnosis penyakit yang disyorkan oleh doktor bertauliah dalam

tempoh 60 hari sebelum pesakit dimasukkan ke hospital bagi penyakit

atau kecederaan yang sama tetapi tidak melebihi kelayakan maksima

bagi setiap kehilangan upaya (disability).

6.9. Rundingan Doktor Pakar Sebelum Pembedahan

Melindungi kos sebenar bagi perkhidmatan nasihat doktor pakar yang

dirujuk oleh doktor bertauliah dalam tempoh 60 hari sebelum pesakit

dimasukkan ke hospital bagi penyakit atau kecederaan yang sama

Page 12: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

9

tetapi tidak melebihi kelayakan maksima bagi setiap kehilangan upaya

(disability).

6.10. Pandangan Kedua Pakar Bedah

Melindungi kos sebenar perkhidmatan rundingan dan pandangan

kedua doktor pakar berhubung prosedur rawatan yang akan dilakukan

dalam tempoh 60 hari sebelum pesakit dimasukkan ke hospital bagi

penyakit atau kecederaan yang sama tetapi tidak melebihi kelayakan

maksima bagi setiap kehilangan upaya (disability).

6.11. Rawatan Susulan Selepas Keluar Hospital

Melindungi kos sebenar rawatan susulan dengan doktor yang sama

merawat sebelumnya akibat pembedahan atau bukan bagi tempoh

tidak melebihi 60 hari dari tarikh keluar hospital tetapi tidak melebihi

kelayakan maksima bagi setiap kehilangan upaya (disability).

6.12. Rawatan Kecemasan Kemalangan

Melindungi kos sebenar rawatan kecemasan yang dikenakan oleh

pihak hospital akibat kecederaan kemalangan dan menerima rawatan

pesakit luar dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Perlindungan

juga meliputi rawatan susulan dengan doktor dan pusat perubatan

yang sama bagi tempoh 60 hari dari tarikh kemalangan tetapi tidak

melebihi kelayakan maksima bagi setiap kehilangan upaya (disability).

6.13. Rawatan Pergigian Akibat Kemalangan

Melindungi kos sebenar rawatan kecemasan pergigian yang dikenakan

oleh pihak hospital atau Klinik Pergigian Berdaftar dan menerima

rawatan pesakit luar dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

Perlindungan juga meliputi rawatan susulan dengan Doktor Gigi yang

lama bagi tempoh 14 hari dari tarikh kemalangan tetapi tidak melebihi

kelayakan maksima bagi setiap kehilangan upaya (disability).

Page 13: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

10

6.14. Prosedur Penjagaan Harian

Melindungi kos sebenar rawatan pesakit luar termasuk kos tambahan

yang dikenakan oleh hospital atau Pusat Rawatan Pakar dan

Penjagaan Harian tidak melebihi kelayakan maksima bagi setiap

kehilangan upaya (disability).

6.15. Caj Ambulan

Melindungi caj sebenar yang dikenakan oleh hospital atau Syarikat

Ambulan Persendirian bagi perkhidmatan ambulan dan rawatan

kecemasan yang diberi tidak melebihi kelayakan maksima RM300.00

bagi setiap kehilangan upaya (disability).

6.16. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar

Melindungi kos sebenar rawatan kecemasan pesakit luar yang diterima

selepas pukul 10.00 malam hingga pukul 8.00 pagi keesokan harinya

yang dikenakan oleh hospital atau Klinik 24 jam yang berdaftar dan

tidak melebihi kelayakan maksima bagi setiap kehilangan upaya

(disability).

6.17. Bayaran Balik Caj Laporan Perubatan

Melindungi kos sebenar bagi Laporan Perubatan yang diperlukan bagi

setiap kehilangan upaya tidak melebihi kelayakan maksima bagi setiap

kehilangan upaya (disability).

7.0. MANFAAT KEMATIAN

Pampasan sebanyak RM2,000 kepada waris ahli SHPB yang meninggal

dunia atas sebarang sebab akan dibayar sekali sahaja untuk perbelanjaan

menguruskan jenazah.

8.0. PENGECUALIAN PERLINDUNGAN

8.1. Rawatan dan pembedahan kosmetik atau apa-apa rawatan komplikasi

yang berkaitan kecuali rawatan dan pembedahan kosmetik akibat

Page 14: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

11

kecederaan kemalangan dalam tempoh 6 bulan selepas rawatan

pertama kemalangan dilakukan.

8.2. Rawatan dan penjagaan untuk tujuan pengujian dan penyelidikan yang

dilakukan tidak menurut piawaian professional atau diperlukan untuk

perubatan.

8.3. Kecederaan kerana terlibat kegiatan jenayah, di bawah pengaruh

alkohol dan dadah atau mencederakan diri sendiri dalam keadaan

sedar atau tidak sedar.

8.4. Penjagaan jururawat peribadi dan perkhidmatan rawatan pemulihan

akibat keletihan fizikal atau fikiran.

8.5. Ubat dan alat mencegah kehamilan, prosedur dan rawatan komplikasi

yang berkaitan, prosedur dan rawatan kemandulan, pembedahan

penukaran jantina dan rawatan pemindahan hormon.

8.6. Berkhatan kecuali rawatan akibat penyakit.

8.7. Jangkitan penyakit kelamin, AIDS dan jangkitan AIDS atau sekuela,

atau penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh kerajaan

Malaysia.

8.8. Rawatan alternatif seperti akupuntur, osteopathy, refleksologi,

pengurutan, terapi aroma, herba, rawatan atau perunding pemakanan

dan sebagainya.

8.9. Semua jenis vitamin, krim sapuan, minyak angin, makanan tambahan,

produk herba, produk menurun berat badan, produk pembersihan kulit

muka, produk kosmetik dan produk sebagainya yang dibeli dari kaunter

atau kedai menjual produk kecantikan dan kesihatan.

Page 15: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

12

8.10. Psikotik, kecelaruan mental atau gangguan saraf dan keadaan tingkah

laku termasuk segala jenis penyakit mental dan gangguan tidur.

8.11. Rawatan kecacatan fizikal atau keganjilan konjanital sejak dilahirkan

atau dalam tempoh 6 bulan selepas dilahirkan.

8.12. Penyakit atau kehilangan upaya anak yang baru dilahirkan dalam

tempoh 15 hari pertama selepas dilahirkan.

8.13. Pemeriksaan am fizikal yang dilakukan secara berjadual, pemeriksaan

kesihatan, rawatan dan vaksin pencegahan, ujian diagnosis bukan

untuk rawatan.

8.14. Terapi pekerjaan yang bukan sebahagian dari program pemulihan

kerana dimasukkan hospital akibat trauma.

8.15. Pemeriksaan dan rawatan pembetulan mata seperti pemakaian cermin

mata atau kanta sesentuh atau lasik atau pembedahan penukaran

kanta, pemasangan anggota palsu, alat bantuan pendengaran atau

apa-apa rawatan bagi membetulkannya.

8.16. Apa-apa rawatan atau pembedahan pergigian seperti pemeriksaan,

tampal, cabut atau buang gigi terbenam dan penjagaan am kecuali

pembedahan pergigian akibat kecederaan kerana kemalangan.

8.17. Rawatan secara langsung atau tidak langsung akibat terdedah kepada

bahan radioaktif, bahan letupan atau kemalangan yang disebabkan

oleh bahan-bahan tersebut.

8.18. Peperangan, terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam

mogok, rusuhan, pemberontakan atau aktiviti ketenteraan, kekecohan

awam, letupan senjata atau menjadi tawanan.

Page 16: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

13

8.19. Penyediaan kemudahan lain selain perkhidmatan rawatan oleh hospital

seperti kemudahan televisyen, telefon, fax, radio dan lain-lain.

8.20. Rawatan terapi fizikal atau pemulihan anggota atau physiotherapy

sebagai pesakit luar.

8.21. Rawatan pemulihan sebagai pesakit luar, chemotherapy, radiation

therapy, immunotherapy, photodynamic therapy, kidney dialysis dan

lain-lain.

8.22. Perbelanjaan kerana menderma atau menerima apa-apa organ badan

termasuk perbelanjaan pemindahan organ.

8.23. Penyakit atau kecederaan yang dialami akibat aktiviti penerbangan

kecuali penumpang perkhidmatan Syarikat Penerbangan Awam atau

penumpang kapalterbang sewa khas yang dikendali dan diselenggara

oleh anggota penerbangan professional dengan baik.

8.24. Pengujian darah untuk pengujian alahan atau alergi.

9.0. TEMPOH PEMISAHAN (DISABILITY SEPARATION PERIOD)

9.1. Tempoh Pemisahan bermaksud suatu tempoh untuk menentukan nilai

had baru bagi penyakit atau rawatan (disability) yang sama dalam satu

(1) tahun perlindungan.

9.2. Tempoh Pemisahan ini bergantung kepada penyakit atau rawatan

(disability) dan tempoh sesuatu rawatan seperti berikut:

a. Empat belas (14) hari selepas tarikh keluar wad (discharge) bagi

penyakit atau rawatan (disability) biasa yang tidak memerlukan

rawatan susulan.

Page 17: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

14

b. Enam puluh (60) hari selepas tarikh keluar wad (discharge) bagi

penyakit atau rawatan (disability) yang memerlukan rawatan

susulan.

c. Sepanjang tempoh perlindungan bagi penyakit kritikal atau rawatan

(disability) yang memerlukan jangka masa panjang seperti buah

pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

10.0. PENGAMBILALIHAN POLISI (TAKE OVER POLICY)

Ahli akan dilindungi mengikut pelan di bawah polisi lama jika menghidap

penyakit atau mengalami kemalangan dan memerlukan rawatan sebelum

polisi baru berkuatkuasa atau pada masa polisi baru hendak bermula dan

terdapat manfaat untuknya dalam polisi lama.

11.0. KOS RAWATAN DAN PERUBATAN TIDAK DILINDUNGI INSURANS

11.1. SHPB hanya akan mendahulukan bayaran kos rawatan dan perubatan

yang tidak dilindungi insurans bagi kakitangan dan tanggungannya

sahaja.

11.2. SHPB akan mendahulukan perbezaan bil hospital kakitangan dan

tanggungannya yang tidak dilindungi oleh insurans sehingga

RM20,000.00 sahaja. Apa-apa perbezaan melebihi RM20,000 perlulah

dijelaskan sendiri oleh kakitangan kepada pihak hospital.

11.3. Kuasa meluluskan pendahuluan kos rawatan dan perubatan yang tidak

dilindungi oleh insurans adalah seperti berikut:

BIDANG KUASA HAD NILAI KUASA MELULUS

Melulus pendahuluan kos rawatan dan perubatan hospital yang tidak dilindungi insurans

RM20,000

1. Pengarah Bahagian Pentadbiran, ATAU

2. Ketua Unit Khidmat Sokongan Logistik dan Kebajikan, ATAU

3. Ketua Seksi Tabung.

Page 18: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

15

11.4. Bayaran balik pendahuluan bil hospital yang tidak dilindungi insurans

kepada SHPB akan diurus melalui potongan gaji kakitangan RISDA

atau bayaran penuh oleh SMR / NARSCO / KARISMA dan potongan

gaji kakitangan akan diurus diperingkat SMR / NARSCO / KARISMA

masing-masing.

11.5. Kadar potongan gaji bulanan kakitangan RISDA adalah seperti berikut:

11.6. Bagaimanapun, nilai dan bilangan ansuran potongan gaji di atas

adalah tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan kakitangan.

11.7. Rayuan ke atas nilai potongan gaji bulanan hendaklah dibuat secara

bertulis dan dihantar kepada Urus Setia SHPB untuk pertimbangan.

12.0. TUNTUTAN INSURANS

Setiap tuntutan kepada pihak insurans mestilah dilengkapkan dengan

dokumen-dokumen berikut:

12.1. Bayaran balik bil rawatan hospital

a. Borang tuntutan insurans MediExpress yang telah lengkap diisi.

b. Laporan perubatan bagi prosedur atau rawatan yang berkaitan.

c. Laporan polis jika terlibat kemalangan.

d. Resit asal.

e. Bil terperinci hospital yang asal.

f. Salinan Kad Pengenalan kakitangan dan pesakit yang disahkan.

g. Nombor akaun bank.

BIL. NILAI BIL HOSPITAL NILAI

POTONGAN GAJI RM / BULAN

BILANGAN ANSURAN

1. RM120.00 dan ke bawah

Ikut nilai bil 1 bulan

2. RM120.01 hingga RM5,000.00

RM120.00 Maksima 42 bulan

3. RM5,000.01 hingga RM10,000.00

RM140.00 Maksima 72 bulan

4. RM10,000.01 hingga RM20,000.00

RM175.00 Maksima 114 bulan

Page 19: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

16

12.2. Elaun harian tunai hospital kerajaan

a. Borang tuntutan insurans MediExpress yang telah lengkap diisi.

b. Laporan perubatan bagi prosedur atau rawatan yang berkaitan.

c. Ringkasan pelepasan (Discharge Summary)

d. Nota pelepasan (Discharge note)

e. Salinan Kad Pengenalan kakitangan dan pesakit yang disahkan.

f. Nombor akaun bank.

12.3. Manfaat kematian

a. Borang tuntutan insurans ETIQA Takaful Berhad yang telah

lengkap diisi.

b. Laporan perubatan bagi prosedur atau rawatan yang berkaitan.

c. Laporan polis jika terlibat kemalangan.

d. Salinan Sijil Kematian yang disahkan.

e. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan.

f. Salinan Kad Pengenalan kakitangan dan si mati yang disahkan.

13.0. CARUMAN

13.1. Caruman keahlian SHPB adalah termasuk kenaan GST sebanyak 6%.

13.2. Kadar caruman ahli SHPB yang perlu dibayar oleh kakitangan RISDA /

SMR mengikut pelan dan kategori penyertaan yang dipilih setelah

ditolak sumbangan pengurusan RISDA adalah seperti di lampiran 4.

Kadar caruman ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke

semasa.

13.3. Bagi kakitangan selain RISDA / SMR kena mencarum mengikut kadar

caruman penuh mengikut pelan dan kategori penyertaan yang dipilih di

lampiran 4. Kadar caruman ini adalah tertakluk kepada perubahan

dari masa ke semasa.

Page 20: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

17

13.4. Bagi APB / ALP berumur di bawah 60 tahun kena mencarum mengikut

kadar caruman penuh di antara E01 hingga E04 di lampiran 4 untuk

tempoh satu (1) tahun perlindungan. Kadar caruman ini adalah

tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

13.5. Semua kakitangan RISDA diwajibkan mencarum sekurang-kurangnya

kadar yang paling minima iaitu pelan A kategori penyertaan kakitangan

sahaja kod A01.

13.6. Caruman penyertaan isteri kedua, ketiga dan keempat tiada

sumbangan pengurusan RISDA dan perlu memilih kategori Isteri ke-2

hingga ke-4 di antara pelan A hingga E iaitu kod A05 atau B05 atau

C05 atau D05 atau E05 seperti di lampiran 4. Kadar caruman ini

adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

13.7. Caruman kakitangan kepada SHPB akan dibuat secara potongan gaji

pada setiap bulan oleh majikan masing-masing.

13.8. Ahli SHPB yang bercuti tanpa gaji hendaklah menguruskan caruman

SHPB secara tunai atau kaedah lain yang sesuai bagi tempoh cuti

tanpa gaji tersebut.

13.9. Bagi ahli SHPB yang bersara semasa tempoh perlindungan insurans

berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang

keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari

tarikh persaraan sehingga tamat tempoh perlindungan insurans.

13.10. Kadar caruman pesara yang perlu dibayar mengikut pelan

perlindungan dan kategori penyertaan yang dipilih adalah seperti di

lampiran 5. Kadar caruman ini adalah tertakluk kepada perubahan

dari masa ke semasa.

13.11. Bagi APB / ALP berumur 60 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang

tahun ke 65 kena mencarum mengikut kadar caruman penuh di

Page 21: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

18

lampiran 5 untuk tempoh satu (1) tahun perlindungan. Kadar caruman

ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

13.12. Pesara kena mencarum sekaligus untuk tempoh perlindungan kepada

SHPB dan membuat bayaran melalui cek / cek bank / deraf bank /

pindahan secara dalam talian atas nama Skim Hospital Dan

Pembedahan Berkelompok akaun Bank Muamalat nombor 1403-

0000916-719. Pesara dikehendaki mengemukakan salinan dokumen

kepada Urus Setia SHPB dan menyatakan nama serta no. kad

pengenalan sekiranya caruman dibayar secara pindahan dalam talian.

13.13. Kadar caruman APB / ALP berumur 65 tahun hingga 1 hari sebelum

ulang tahun ke 75 yang perlu dibayar adalah sebanyak RM10,789.80

setahun. Kadar caruman ini adalah tertakluk kepada perubahan dari

masa ke semasa.

13.14. Apa-apa perubahan pelan dan kadar caruman SHPB adalah tertakluk

kepada Syarikat Insurans yang dilantik oleh pihak pengurusan RISDA.

14.0. SUMBANGAN PENGURUSAN RISDA

14.1. Sumbangan pengurusan RISDA adalah subsidi kepada jumlah

caruman yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan.

14.2. Sumbangan pengurusan RISDA hanya diberi kepada kakitangan

RISDA dan SMR tetapi terhad kepada seorang isteri sahaja.

14.3. Kadar sumbangan adalah tertakluk kepada kelulusan pengurusan

RISDA dari masa ke semasa.

15.0. TEMPOH PERLINDUNGAN

Tempoh perlindungan insurans kepada ahli SHPB adalah satu tahun bermula

dari 1 Mei tahun semasa hingga 30 April tahun berikutnya atau 1 hari

sebelum had umur penyertaan ahli mengikut mana yang terdahulu.

Page 22: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

19

16.0. CARA MEMOHON DAN MEMBAHARUI KEAHLIAN

16.1. Kakitangan RISDA, SMR, NARSCO dan KARISMA yang ingin

memohon menjadi ahli atau membaharui keahlian SHPB bagi tempoh

perlindungan polisi baharu hanya perlu mengemaskini maklumat

kakitangan, pasangan (suami / isteri) dan anak dalam Sistem

e-Tabung dengan melayari laman sesawang di

www3.risda.gov.my/etabung.

16.2. Bagi pesara yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui

keahlian SHPB bagi tempoh perlindungan polisi baharu perlu mengisi

borang.

16.3. Bagi kakitangan yang dilantik atau bersara, pasangan yang berkahwin,

anak yang dilahirkan atau anak yang menyambung pengajian selepas

1 Mei setiap tahun yang ingin menyertai SHPB juga perlu mengisi

borang yang boleh dicetak dari Menu Garis Panduan SHPB yang

terdapat dalam Sistem e-Tabung.

16.4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia

SHPB di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe,

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

17.0. BORANG DAN KEGUNAAN

BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN

18.1. SHPB 01/2016 Borang Penyertaan SHPB Bagi Kakitangan / APB / ALP (Umur < 60 tahun)

18.2. SHPB 02/2016 Borang Penyertaan SHPB Bagi Pesara / APB / ALP (Umur 60 – 65 tahun)

18.3. SHPB 03/2016 Borang penyertaan SHPB Bagi APB / ALP (Umur 65 – 75 tahun)

18.4. SHPB 04/2016 Borang Kebenaran Penyelesaian Hutang

Page 23: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

20

18.0. URUS SETIA

Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia

SHPB di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu

Pejabat RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.

Page 24: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

21

Lampiran 1

MANFAAT SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

BAGI KAKITANGAN / APB / ALP BERUMUR BAWAH 60 TAHUN TERMASUK PASANGAN DAN ANAK

THE SCHEDULE OF BENEFITS PLAN A PLAN B PLAN C PLAN D PLAN E

RM RM RM RM RM

1. Hospital room & board (Daily max. up to 120 days) 120 190 210 250 400

2. Intensive Care Unit (Daily max. up to 20 days) 240 300 380 420 600

3. Hospital miscellaneous services

4. Surgical fees

5. Anaethetist's fees

6. Operating theatre

7. In-hospital Physician's visit

(Daily max. up to 120 days)

8. Reimbursement of GST

9. Pre-surgical/Medical Specialist consultation

(Within 60 days prior to hospitalisation)

10. Pre-surgical/Medical Diagnostic services

(Within 60 days prior to hospitalisation)

11. Second Surgical opinion

(Within 60 days prior to hospitalisation)

12. Follow-up treatment (Max. up to 60 days)

13. Outpatient accidental treatment

(Within 24 hours & follow-up 60 days)

14. Accidental dental treatment

(Within 24 hours & follow-up 14 days)

15. Ambulance services

(Emergency & non-emergency services)

16. Medical report fee reimbursement 80 80 80 80 150

17. Government daily cash allowance

(Daily max. up to 120 days)

18. Emergency Out-Patient treatment (10 pm to 8 am)

19. Daycare procedure (Inclusive all incidental costs)

20. Therapeutic equipment (wheel chair & others)

21. Orthopedic appliances

22. Death benefit (all causes) 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000

16,500 20,500 25,500 30,500 50,000

23. Long term care :

Outpatient cancer treatment

Outpatient kidney dialysis treatment

As charged

As charged

As charged

As charged

As charged

6% of room and board charges

As charged

As charged

As charged

As charged

As charged

As charged

300 300 300 300 300

50 150 200 250 350

As charged

As charged

Rental charge during confinement

As charged up to max. of RM1,500 only

Overall limit per disability / per member

As charged up to RM15,000 per annum / per

member

Page 25: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

22

Lampiran 2

MANFAAT SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

BAGI PESARA / APB / ALP BERUMUR BAWAH 65 TAHUN TERMASUK PASANGAN DAN ANAK

THE SCHEDULE OF BENEFITS PLAN A PLAN B PLAN C PLAN D PLAN E

RM RM RM RM RM

1. Hospital room & board (Daily max. up to 120 days) 120 190 210 250 400

2. Intensive Care Unit (Daily max. up to 20 days) 240 300 380 420 600

3. Hospital miscellaneous services

4. Surgical fees

5. Anaethetist's fees

6. Operating theatre

7. In-hospital Physician's visit

(Daily max. up to 120 days)

8. Reimbursement of GST

9. Pre-surgical/Medical Specialist consultation

(Within 60 days prior to hospitalisation)

10. Pre-surgical/Medical Diagnostic services

(Within 60 days prior to hospitalisation)

11. Second Surgical opinion

(Within 60 days prior to hospitalisation)

12. Follow-up treatment (Max. up to 60 days)

13. Outpatient accidental treatment

(Within 24 hours & follow-up 60 days)

14. Accidental dental treatment

(Within 24 hours & follow-up 14 days)

15. Ambulance services

(Emergency & non-emergency services)

16. Medical report fee reimbursement 80 80 80 80 80

17. Government daily cash allowance

(Daily max. up to 120 days)

18. Emergency Out-Patient treatment (10 pm to 8 am)

19. Daycare procedure (Inclusive all incidental costs)

20. Therapeutic equipment (wheel chair & others)

21. Orthopedic appliances

22. Long term care :

Outpatient cancer treatment

Outpatient kidney dialysis treatment

23. Death benefit (all causes) 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000

15,000 20,000 25,000 30,000 40,000

As charged

As charged

As charged

6% of room and board charges

As charged

As charged

As charged

As charged

As charged

As charged

As charged

As charged

350

Overall limit per annum / per member

As charged

As charged

Rental charge during confinement

As charged up to max. of RM1,500 only

As charged

300 300 300 300 300

50 150 200 250

Page 26: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

23

Lampiran 3

MANFAAT SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

BAGI APB / ALP BERUMUR 65 TAHUN HINGGA 75 TAHUN

THE SCHEDULE OF BENEFITS PLAN E

RM

1. Hospital room & board (Daily max. up to 120 days) 250

2. Intensive Care Unit (Daily max. up to 20 days) As charged

3. Hospital miscellaneous services As charged

4. Surgical fees As charged

5. Anaethetist's fees As charged

6. Operating theatre As charged

7. In-hospital Physician's visit

(Daily max. up to 120 days)

8. Reimbursement of GST 6% of room and board charges

9. Pre-surgical/Medical Specialist consultation

(Within 60 days prior to hospitalisation)

10. Pre-surgical/Medical Diagnostic services

(Within 60 days prior to hospitalisation)

11. Second Surgical opinion

(Within 60 days prior to hospitalisation)

12. Follow-up treatment (Max. up to 60 days) As charged

13. Outpatient accidental treatment

(Within 24 hours & follow-up 60 days)

14. Accidental dental treatment

(Within 24 hours & follow-up 14 days)

15. Ambulance services

(Emergency & non-emergency services)

16. Medical report fee reimbursement 80

17. Government daily cash allowance

(Daily max. up to 120 days)

18. Emergency Out-Patient treatment (10 pm to 8 am) As charged

19. Daycare procedure (Inclusive all incidental costs) As charged

20. Therapeutic equipment (wheel chair & others) Rental charge during confinement

21. Orthopedic appliances As charged up to max. of RM1,500 only

22. Long term care :

Outpatient cancer treatment

Outpatient kidney dialysis treatment

23. Death benefit (all causes) 2,000

20,000

As charged

As charged

As charged

As charged

Overall limit per annum

300

100

As charged

As charged

As charged

Page 27: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

24

Lampiran 4

KADAR CARUMAN SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

BAGI KAKITANGAN / APB / ALP BERUMUR BAWAH 60 TAHUN TERMASUK PASANGAN DAN ANAK

KOD KATEGORI CARUMAN SUMBANGAN CARUMAN

PELAN PENUH PENGURUSAN KAKITANGAN

+ GST RISDA + GST

(TIADA

SUMBANGAN

RISDA)

(TOLAK

SUMBANGAN

RISDA)

RM RM RM

A01 Kakitangan 68.05 30.00 38.05

A02 Kakitangan & pasangan 169.15 30.00 139.15

A03 Kakitangan & anak 171.40 30.00 141.40

A04 Kakitangan & keluarga 272.70 30.00 242.70

A05 Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 68.05 - 68.05

B01 Kakitangan 89.85 30.00 59.85

B02 Kakitangan & pasangan 223.65 30.00 193.65

B03 Kakitangan & anak 225.90 30.00 195.90

B04 Kakitangan & keluarga 359.95 30.00 329.95

B05 Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 89.85 - 89.85

C01 Kakitangan 111.95 30.00 81.95

C02 Kakitangan & pasangan 278.90 30.00 248.90

C03 Kakitangan & anak 281.10 30.00 251.10

C04 Kakitangan & keluarga 448.30 30.00 418.30

C05 Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 111.95 - 111.95

D01 Kakitangan 129.60 30.00 99.60

D02 Kakitangan & pasangan 323.05 30.00 293.05

D03 Kakitangan & anak 325.25 30.00 295.25

D04 Kakitangan & keluarga 518.95 30.00 488.95

D05 Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 129.60 - 129.60

E01 Kakitangan 142.85 30.00 112.85

E02 Kakitangan & pasangan 356.15 30.00 326.15

E03 Kakitangan & anak 358.40 30.00 328.40

E04 Kakitangan & keluarga 571.95 30.00 541.95

E05 Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 142.85 - 142.85

Page 28: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

25

Lampiran 5

KADAR CARUMAN SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK

BAGI PESARA / APB / ALP BERUMUR BAWAH 65 TAHUN TERMASUK PASANGAN

KOD KATEGORI CARUMAN CARUMAN

PELAN SATU SATU

BULAN TAHUN

+ GST + GST

RM RM

A06 Pesara 66.55 798.60

A07 Pesara & pasangan 165.40 1,984.80

B06 Pesara 72.10 865.20

B07 Pesara & pasangan 179.35 2,152.20

C06 Pesara 73.95 887.40

C07 Pesara & pasangan 183.95 2,207.40

D06 Pesara 76.95 923.40

D07 Pesara & pasangan 191.45 2,297.40

E06 Pesara 86.50 1,038.00

E07 Pesara & pasangan 215.30 2,583.60

Page 29: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

26

SHPB 1/2016

Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu 3. No. Pekerja (jika berkaitan)

- -

4. Tarikh Lahir 5. Pendapatan Sebulan (Gaji asas + elaun tetap)

- - R M .

6. Jawatan

7. Tempat Bertugas

8. Alamat

Poskod Bandar

9. No. Telefon Kediaman 10. No. Telefon Bimbit

- -

1. Pilihan bagi kakitangan RISDA / SMR sahaja (Tandakan [ X ] pilihan anda)

RM RM RM RM RM

Kakitangan 01

Kakitangan & pasangan 02

Kakitangan & anak-anak 03

Kakitangan & keluarga 04

Isteri ke-2 hingga ke-4 05

Jumlah Caruman

2. Pilihan bagi kakitangan NARSCO / KARISMA dan APB / ALP sahaja (Tandakan [ X ] pilihan anda)

RM RM RM RM RM

Kakitangan 01

Kakitangan & pasangan 02

Kakitangan & anak-anak 03

Kakitangan & keluarga 04

Isteri ke-2 hingga ke-4 05

Jumlah Caruman

BORANG PENYERTAAN SHPB (UMUR BAWAH 60 TAHUN KECUALI PESARA)

MAKLUMAT KAKITANGAN / APB / ALP

PELAN PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SATU BULAN

PENYERTAAN PELAN A PELAN B PELAN C PELAN D PELAN E

139.15 193.65 248.90 293.05 326.15

38.05 59.85 81.95 99.60 112.85

195.90 251.10 295.25 328.40

242.70 329.95 418.30 488.95 541.95

PELAN E

68.05 89.85 111.95 129.60 142.85

141.40

PENYERTAAN PELAN A PELAN B PELAN C PELAN D

448.30 518.95 571.95

68.05 89.85 111.95 129.60 142.85

169.15 223.65 278.90 323.05 356.15

68.05 89.85 111.95 129.60 142.85

171.40 225.90 281.10 325.25 358.40

272.70 359.95

Page 30: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

27

SHPB 1/2016

BIL. NAMA ANAKNO. KAD PENGENALAN

BAHARU / MYKIDHUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT NO. PELAJAR

MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)

BIL.

MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)

TEMPAT BERTUGAS

(Nyatakan jika berkhidmat di RISDA / SMR / NARSCO / KARISMA)HUBUNGAN

NO. KAD PENGENALAN

BAHARUNAMA PASANGAN

Page 31: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

28

SHPB 1/2016

Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SHPB serta *membenarkan gaji bulanan

saya dipotong / membayar caruman SHPB secara *tunai / pindahan / cek sebanyak Ringgit Malaysia

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . atas nama "SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK"

akaun Bank Muamalat nombor 1403-0000916-71-9.

- -

Tarikh

* Potong mana yang tidak berkenaan.

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Tarikh

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

# NOTA:

1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan dan anak yang layak dan akan menyertai SHPB sahaja.

1.1. Umur maksima penyertaan pasangan sehingga 1 hari sebelum 65 tahun.

1.2. Umur maksima penyertaan anak dari 15 hari hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolah dan hingga

1 hari sebelum 26 tahun jika menyambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam / swasta dalam negara.

2. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SHPB.

3. Sertakan salinan Kad Pelajar anak yang masih belajar di IPT awam / swasta dalam negara yang menyertai SHPB.

4. Sertakan salinan slip deposit tunai / pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.

5. Kadar caruman bagi kakitangan NARSCO / KARISMA dan APB / ALP tidak ditolak sumbangan pengurusan RISDA.

Tandatangan Kakitangan / APB / ALP

PENGESAHAN

Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi

PENGAKUAN

Page 32: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

29

SHPB 2/2016

Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu

- -

3. Tarikh Lahir 4. Tarikh Bersara (jika berkaitan)

- - - -

5. Tempat Bertugas Terakhir (jika berkaitan)

6. Alamat

Poskod Bandar

7. No. Telefon Kediaman 8. No. Telefon Bimbit

- -

RM RM RM RM RM

Pesara 06

Pesara & pasangan 07

Kiraan caruman sebahagian : RM _______ (Nilai pelan pilihan) X ______ (Bilangan bulan)

Jumlah caruman dibayar = RM _______

# NOTA: Tandakan ( X ) pilihan anda

BIL

12

2583.60

798.60 865.20 887.40 923.40 1038.00

BORANG PENYERTAAN SHPB (UMUR BAWAH 65 TAHUN)

MAKLUMAT PESARA / APB / ALP

MAKLUMAT PASANGAN

NAMA PASANGAN NO. KAD

PENGENALAN

BAHARU

TEMPAT BERTUGAS (Nyatakan jika berkhidmat di

RISDA / SMR / NARSCO /

KARISMA)

PELAN PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SATU TAHUN

PENYERTAAN PELAN A PELAN B PELAN C PELAN D PELAN E

1984.80 2152.20 2207.40 2297.40

Page 33: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

30

SHPB 2/2016

Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SHPB dan membayar caruman SHPB

secara *tunai / pindahan / cek sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . atas nama

"SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0000916-71-9.

- -

Tarikh

* Potong mana yang tidak berkenaan.

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Tarikh

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

# NOTA:

1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan yang layak dan akan menyertai SHPB sahaja.

- Umur maksima penyertaan pasangan sehingga 1 hari sebelum 65 tahun.

2. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli dan pasangan yang menyertai SHPB.

3. Sertakan salinan slip deposit tunai / pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.

PENGAKUAN

Tandatangan Pesara / APB / ALP

PENGESAHAN

Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi

Page 34: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

31

SHPB 3/2016

Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu 3. Tarikh Lahir

- - - -

4. Alamat

Poskod Bandar

5. No. Telefon Kediaman 6. No. Telefon Bimbit

- -

Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SHPB.

- -

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Nama:

Jawatan:

Cop Jabatan:

# NOTA:

1. Kadar caruman SHPB RM10,789.80 bagi tempoh 1 tahun perlindungan.

2. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli yang menyertai SHPB.

PENGAKUAN

BORANG PENYERTAAN SHPB (UMUR 65 TAHUN KE ATAS)

MAKLUMAT APB / ALP

PENGESAHAN

Tandatangan Ketua Jabatan Tarikh

Tandatangan APB / ALP Tarikh

Page 35: SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · 2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di

32

SHPB 4/2016

Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIA

Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :

Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :

1. Nama (mengikut kad pengenalan)

2. No. Kad Pengenalan Baharu

- -

Saya faham dan bersetuju membenarkan Urus Setia Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (SHPB)

untuk mengurus penyelesaian hutang bil hospital saya dan tanggungan yang tidak dilindungi oleh insurans

(jika ada) hingga selesai melalui potongan seperti berikut:

1. Gaji bulanan, ATAU

2. Wang pampasan yang layak diterima dari Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR), ATAU

3. Manfaat kematian yang layak diterima dari Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (SHPB), ATAU

4. Khairat kematian dari Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA (TKKR), ATAU

5. Bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR), ATAU

6. Peruntukan perubatan tahunan RISDA, ATAU

7. Tuntutan kepada ahli keluarga atau waris yang terdekat.

- -

Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

- -

Nama:

No. KP:

TarikhTandatangan Ketua Jabatan / Saksi

BORANG KEBENARAN PENYELESAIAN HUTANG

MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA

PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA

PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI

TarikhTandatangan Kakitangan / Pesara