14 selasa, 1 oktober 2019 nasional pelbagaikan bantuan ... · malah chin chin saya anggap seperti...

5
Nasional 14\ Selasa, 1 Oktober 2019 Bantu rakan cerebral palsy, Jameyah Sheriff sentuh hati ramai pihak Oleh Adriana Mroon Ambrose KUALA LUMPUR: Nilai dan erti persahabatan tidak harus dinilai dengan kekayaan tetapi diiukur dengan rasa tanggungjawab, sifat murni, rasa sayang serta keikhlasan dalam satu perhubungan di antara kawan-kawan. Kisah Jameyah Sheriff yang ikhlas membantu rakan sekuliahnya, Tan Chin Chin, 37, iaitu seorang penghidap cerebral palsy pastinya menyentuh hati ramai pihak dan sudah tentu dia dianggap sebagai wirawati apabila terpi- lih antara lima peneri- ma Anugerah My Hero 3.0. Menurut Jameyah, pada 2003, beliau berpe- luang melanjutkan pela- jaran ke Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Kemasyarakatan. Semasa minggu pertama kuliah, terdapat beberapa pengumuman oleh pensya- rah tentang seorang pelajar kelainan upaya (OKU) yang memerlukan bantuan pen- gangkutan ke kuliah. “Ketika itu saya tidak tahu yang pelajar ini menghidap celebral palsy sehinggalah pada hari ketiga, Chin Chin sendiri bercakap di depan kuliah memohon bantuan. Apabila terpandang wajahnya dan keadaan fizikalnya yang begitu, saya terus turun ke bawah dan menawarkan bantuan kepada beliau. “Selepas itu, bermulalah persahabatan saya bersama Chin Chin. Memandangkan saya tidak tinggal di asrama, maka setiap hari saya akan menjemput beliau untuk bersarapan dahulu. “Banyak pengalaman ma- nis yang kami lalui sepan- jang tempoh pembelajaran, malah Chin Chin saya anggap seperti anak saya sendiri. Anak-anak saya juga mempu- nyai hubungan yang baik dengan Chin Chin dan beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak saya,” katanya ketika ditemu bual wartawan Utusan Borneo. Tambah Jameyah lagi, hubungannya bersama Chin Chin masih lagi akrab walau- pun selepas tamat pengajian berikutan mereka masih bersua muka untuk bertanya khabar. “Saya juga cuba membantu Chin Chin untuk mendapat pekerjaan di USM, dan seh- ingga kini dia masih bertugas di USM sebagai Pegawai Penyelidik Sosial. Saya amat bersyukur kerana akhirnya Chin Chin mempunyai peker- jaan dan mampu membeli sebuah rumah untuk beliau dan ibunya tinggal bersama. “Sebenarnya banyak kisah- kisah menarik yang kami lalui bersama sehingga kini. Chin Chin seorang yang berpandangan luas tentang kehidupan. “Walaupun mempunyai masalah pertuturan kami selalu berbincang dan adaka- lanya berdebat tentang pel- bagai isu. “Saya harap masyarakat dapat menerima OKU se- bagai salah seorang anggota masyarakat yang produktif dan dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara,” ka- tanya lagi. Ditanya apakah perasaan beliau saat dinobatkan sebagai salah seorang peneri- ma Anugerah My Hero 3.0, Jam- eyah melahirkan rasa amat gembira dan syukur. Ini kerana katanya, anuge- rah itu disifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada beliau dan rakan-rakan lain yang sentiasa prihatin terhadap kehidupan masyarakat di sekeliling. “Tetapi ia bukanlah sebab utama kenapa saya melaku- kan kerja-kerja kesukarela- wanan. Apa yang penting saya harap melalui anugerah ini ialah masyarakat akan lebih membuka mata tentang pentingnya sikap prihatin ditanam dalam diri manusia supaya bantuan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa,” jelasnya. Melalui pengiktirafan ini, Jameyah telah menerima had- iah tunai bernilai RM5,000 serta trofi dan sijil penghar- gaan. Pada masa sama, beliau turut dilantik menjadi Duta Perpaduan oleh Jabatan Per- paduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Walaupun sudah meniti usia 59 tahun, Jameyah ini masih aktif melaku- kan aktiviti sukarelawan membantu masyarakat yang memerlukan. Menurut ibu ke- pada enam orang anak itu, selain melakukan aktiviti sukarelawan di Kuala Lumpur, beliau turut menjalankan be- berapa aktiviti sukarelawan di Sabah. “Saya menjalankan be- berapa program pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen, melalui sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana. “Setiap tiga bulan sekali saya akan ke sana untuk melatih sukarelawan dan menjalankan pelbagai ak- tiviti dengan kanak-kanak ini. Kami juga telah dapat menubuhkan sebuah perpus- takaan untuk mereka dengan bantuan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia. “Memandangkan anak- anak ini tidak dapat belajar di sekolah biasa, pembelajaran di Pusat Alternatif ini lebih fokus kepada kemahiran- kemahiran yang boleh mem- bantu mereka meneruskan kelangsungan hidup apabila dewasa kelak. “Saya juga cuba menan- amkan nilai murni dalam diri kanak-kanak ini, supaya mereka akan menjadi orang yang berguna walaupun den- gan keadaan status kerakya- tan mereka,” katanya. Anugerah My Hero merupakan program ker- jasama antara Kuala Lumpur and Selangor Chinses Cham- ber Industri (KLSCCCI) dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Na- sional (JPNIN) dalam usaha untuk mengiktiraf dan meng- hargai individu yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah MyHero 3.0. WIRAWATI ANUGERAH MY HERO 3.0: Jameyah (empat kiri) menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan daripada tetamu kehormat, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis Anugerah My Hero 3.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini. MELAKA: Dari jauh, keli- hatan seorang lelaki berusia lewat 40-an sedang as- yik memandikan beberapa ekor lembu di sebuah kan- dang kecil yang terletak di Kampung Sungai Badau, Krubong. Sesekali Bahari Said, 48, menjerit ‘baaaaa…,baaaa.. baaa’ memberi arahan agar haiwan ternakannya itu bergerak ke kanan bagi mem- bolehkannya membersihkan lantai di kandang yang hanya mampu memuatkan antara lima hingga tujuh ekor lembu sahaja. “Masalah sukar mendapat rumput dan harga makanan lembu yang tidak menentu adalah perkara utama yang dihadapi penternak lembu kecil-kecilan seperti saya. Jika kerajaan bercadang untuk memperkenalkan bantuan baka lembu secara percuma, ia ibarat ‘durian runtuh’ bagi kami. “Dengan modal yang sedikit, sukar bagi saya un- tuk tambah bilangan lembu, untung yang diperoleh hanya cukup-cukup dijadikan modal pusingan,” katanya kepada Bernama di sini. Bahari berkata demikian apabila ditanya tentang hasrat kerajaan menerusi Kemente- rian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperk- enalkan Skim Rezeki Ternak pada tahun depan bagi me- narik lebih ramai penternak baharu sekali gus mengurang- kan kebergantungan kepada daging import. Sambil menyambut baik usaha kerajaan itu kerana dapat membantu penternak Pelbagaikan bantuan kepada penternak lembu Penternak kecil-kecilan berdepan masalah sukar mendapatkan rumput, harga makanan tidak menentu Dengan modal yang sedikit, sukar bagi saya untuk tambah bilangan lembu, untung yang diperoleh hanya cukup- cukup dijadikan modal pusingan. Bahari Said Penternak kecil mengembangkan lagi perusahaan mereka yang tidak seberapa, dia berhas- rat untuk memajukan lagi penternakan lembunya jika terpilih, tambahan pula dia telah mempunyai kandang lembu sendiri. “Kalau ingin harapkan modal sendiri dengan keadaan ekonomi hari ini, hanya ini yang mampu saya lakukan… bela dua atau tiga ekor lembu sahaja,” katanya. Turut berkongsi pendapat yang sama, Ramlan Ismail, 44, berharap pihak yang diberi tanggungjawab untuk melak- sanakan skim tersebut dapat melakukan agihan secara telus dan hanya memilih peserta yang berkelayakan sahaja. “Saya yakin kerajaan mam- pu membaiki kelemahan yang ada pada sistem sebelum ini dan peserta yang dipilih nanti perlu amanah dan bersung- guh-sungguh dalam menjay- akan skim ini,” katanya. Sementara itu, penternak lembu, Zulkifli Omar, 31 dari Melaka Pindah, Alor Gajah berkata pihak berwajib yang diberi kepercayaan untuk menjalankan usaha ini perlu membuat tapisan dengan teliti agar hanya mereka yang benar- benar layak sahaja dipilih untuk menerima bantuan itu. “Bagi saya ini satu usaha yang baik, namun peserta yang dipilih perlulah dari- pada mereka yang berminat dengan penternak lembu dan tidak hanya berminat untuk dapat lembu secara percuma dan mengambil kesempatan daripadanya,” katanya yang mentenak lebih 70 ekor lembu yang diusahakan bersama dua orang rakan kongsinya. Katanya sekiranya pemi- lihan dilakukan secara tepat, hasil daripada usaha ini turut dapat membantu penternak lain mengembangkan pe- rusahan mereka ke skala yang lebih besar. “Saya cadangkan agar pihak berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap pe- mohon sama ada mempunyai kandang sendiri, tanah serta mempunyai minat terhadap bidang ini sebelum dipilih untuk menyertai skim ini,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam penternakan lembu. Zulkifli turut mencadang- kan agar kerajaan mempel- bagaikan bantuan kepada penternak lembu, antaranya dari segi nasihat kesihatan dan penggunaan teknologi baharu agar mereka dapat bertahan lama dalam industri ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasa- tan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya. Nour Shafinar Harun, 36, berkata dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan menerima keputusan sekiran- ya Lembaga Siasatan TDM dan keluarga suaminya ingin membuat proses inkues. “Saya serahkan segala- galanya tentang apa yang ingin dilakukan (termasuk proses inkues). Ini disebabkan (saya) memahami apa yang telah terjadi disamping menerima risiko sebagai anggota tentera dalam apa juga situasi ter- masuk latihan. “Apa yang berlaku, itu sudah takdir dan saya percaya kejadian tersebut adalah tidak disengajakan. “Lagipun, tidak mungkin sahabat Allahyarham sendiri ingin menembaknya, walhal setiap latihan ada risikonya termasuk penggunaan peluru hidup,” katanya selepas hadir bagi menerima sumbangan dari Bank Muamalat di Kem Wardieburn, Setapak, di sini semalam. Inkues: Balu Mej Mohd Zahir akan reda terima keputusan Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak bank, terhadap insiden yang menimpa Allahyarham dan keluarga. “Bank Muamalat menyam- paikan sumbangan RM15,000 sebagai tanda menghargai pengorbanan anggota tentera terhadap negara dan juga sebahagian daripada tang- gungjawab sosial korporat institusi kewangan itu, bagi meringankan beban yang di- tanggung,” katanya. Pada Khamis lalu, Lembaga Siasatan TDM mengklasifi- kasikan kematian Allahyarham Mej Mohd Zahir ketika dalam latihan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada 2 Sept lepas se- bagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan. Anggota komando 11 Reji- men Gerak Khas itu terkena tembakan jarak dekat, semasa demonstrasi itu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. — Bernama GUA MUSANG: Lebih 10,000 penduduk Orang Asli di Kelantan mahu kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar untuk melaksanakan pel- bagai projek pembangunan di perkampungan mereka dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Okt ini. Antara harapan mereka pada belanjawan kali ini adalah peru- bahan dalam projek khususnya pembinaan jalan perhubungan berturap di setiap kampung yang selama ini terhalang laluan dengan keadaan jalan berselut dan rosak terutama pada musim tengkujuh. Penghulu Orang Asli Kam- pung Sendrop, Lojing, Andol Busu Jamin, 51, berkata kaum Orang Asli memerlukan ban- yak kemudahan kerana ke- banyakan penempatan mereka terletak di kawasan pedalaman dan jauh dari bandar. Kerajaan harus meneliti setiap keperluan kemudahan asas yang diperlukan kaum berkenaan dan peruntukan lebih besar untuk membawa segala perubahan termasuk aktiviti ekonomi sebagaimana yang dinikmati kaum lain. Beliau berkata, kerajaan juga perlu melihat untuk memberikan peruntukan besar bagi membawa perubahan itu kerana masih ramai penduduk Orang Asli hidup terpinggir. “Kami memang menghara- pkan pembentangan Belanja- wan 2020 bulan hadapan ada kelegaan kepada kami yang memerlukan lebih banyak projek kemudahan asas,” katanya. Penghulu Orang Asli Kam- pung Aring 5, Raina Anjang, 52, pula berkata, keutamaan dalam belanjawan itu juga di- tumpukan kepada pembinaan lebih banyak rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR). Ini kerana terdapat ramai kaum itu yang sudah beru- mah tangga tinggal di merata tempat kerana belum mem- punyai rumah PBR dan masih tinggal di bangsal yang dibina sendiri. “Keadaan itu tidak memberi keselesaan kerana bangsal itu sebagai tempat berteduh sementara dan tidak lama ia semakin rosak,” katanya. Beliau berkata, Orang Asli tidak sabar untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2020 yang lebih positif un- tuk kemajuan semua kaum termasuk dalam pendidikan. — Bernama Orang Asli mahu belanjawan lebih besar kepada mereka KAJANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyi- fatkan Allahyarham Datuk Engku Hamzah Tuan Mat sebagai seorang individu yang berdedikasi dan berintegriti, dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN). Katanya walaupun men- genali Allahyarham dalam tempoh yang singkat, namun beliau amat mengagumi Engku Hamzah kerana beliau seorang contoh penjawat awam yang berdedikasi, serta komited dalam menjalankan tugasnya. “Allahyarham seorang yang baik hati dan bersifat rendah diri, berdedikasi serta komited terhadap tugasnya sebagai penjawat awam. “Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalan- gan para solihin. Kita tahu pemergian beliau secara mengejut, perasaan sedih yang dirasai keluarga sangat mendalam, saya berharap mereka bersabar dan reda,” katanya kepada pemberita di sini. Dr Wan Azizah turut menunaikan solat jenazah Allahyarham Engku Hamzah pada pagi ini berkata beliau terkejut dan bersedih dengan pemergian Allahyarham yang meninggal dunia, petang kelmarin. Allahyarham berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Serdang (HS) kira- kira jam 7.30 malam kelmarin dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham meningg- alkan seorang balu Datin Rohana Che Hassan serta seorang anak lelaki dan dua perempuan. Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau turut berasa sedih atas pemergian seorang sahabat karibnya yang disifatkan seorang yang berintegriti serta berkredi- biliti dalam menjalankan tugas di MKN. Beliau berkata MKN ke- hilangan seorang ketua yang berdedikasi serta komited, selain merupakan seorang individu yang mudah dideka- ti perlu menjadi contoh kepada penjawat awam. — Bernama Engku Hamzah berdedikasi, berintegriti tinggi: TPM SUMBANGAN: Mohd Redza (dua kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM15,000 kepada Nour Shafinar (tiga kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bank Mualamat Malaysia Berhad di Kem Wardieburn semalam. — Gambar Bernama

Upload: others

Post on 14-Feb-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14 Selasa, 1 Oktober 2019 Nasional Pelbagaikan bantuan ... · malah Chin Chin saya anggap seperti anak saya sendiri. Anak-anak saya juga mempu-nyai hubungan yang baik dengan Chin

Nasional14\ � Selasa, 1 Oktober 2019

Bantu rakan cerebral palsy, Jameyah Sheriff sentuh hati ramai pihakOleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Nilai dan erti persahabatan tidak harus dinilai dengan kekayaan tetapi diiukur dengan rasa tanggungjawab, sifat murni, rasa sayang serta keikhlasan dalam satu perhubungan di antara kawan-kawan.

Kisah Jameyah Sheriff yang ikhlas membantu rakan sekuliahnya, Tan Chin Chin, 37, iaitu seorang penghidap cerebral palsy pastinya menyentuh hati ramai pihak dan sudah tentu dia dianggap sebagai wirawati apabila terpi-lih antara lima peneri-ma Anugerah My Hero 3.0.

Menurut Jameyah, pada 2003, beliau berpe-luang melanjutkan pela-jaran ke Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Sains Kemasyarakatan.

Semasa minggu pertama kuliah, terdapat beberapa pengumuman oleh pensya-rah tentang seorang pelajar kelainan upaya (OKU) yang memerlukan bantuan pen-gangkutan ke kuliah.

“Ketika itu saya tidak tahu yang pelajar ini menghidap celebral palsy sehinggalah pada hari ketiga, Chin Chin sendiri bercakap di depan kuliah memohon bantuan. Apabila terpandang wajahnya dan keadaan fizikalnya yang begitu, saya terus turun ke bawah dan menawarkan bantuan kepada beliau.

“Selepas itu, bermulalah persahabatan saya bersama Chin Chin. Memandangkan saya tidak tinggal di asrama,

maka setiap hari saya akan menjemput beliau untuk bersarapan dahulu.

“Banyak pengalaman ma-nis yang kami lalui sepan-jang tempoh pembelajaran, malah Chin Chin saya anggap seperti anak saya

sendiri. Anak-anak saya juga mempu-nyai hubungan yang baik dengan Chin Chin dan beliau juga menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak saya,” katanya ketika ditemu bual wartawan Utusan Borneo.

Tambah Jameyah lagi, hubungannya bersama Chin Chin masih lagi akrab walau-pun selepas tamat pengajian berikutan mereka masih bersua muka untuk bertanya khabar.

“Saya juga cuba membantu Chin Chin untuk mendapat pekerjaan di USM, dan seh-ingga kini dia masih bertugas

di USM sebagai Pegawai Penyelidik Sosial. Saya amat bersyukur kerana akhirnya Chin Chin mempunyai peker-jaan dan mampu membeli

sebuah rumah untuk beliau dan ibunya tinggal bersama.

“Sebenarnya banyak kisah-kisah menarik yang kami lalui bersama sehingga kini. Chin Chin seorang yang berpandangan luas tentang kehidupan.

“Walaupun mempunyai masalah pertuturan kami selalu berbincang dan adaka-lanya berdebat tentang pel-bagai isu.

“Saya harap masyarakat dapat menerima OKU se-bagai salah seorang anggota

masyarakat yang produktif dan dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara,” ka-tanya lagi.

Ditanya apakah perasaan beliau saat dinobatkan

sebagai salah seorang

peneri-ma Anugerah

My Hero 3.0, Jam-eyah melahirkan rasa amat gembira dan syukur.

Ini kerana katanya, anuge-rah itu disifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada beliau dan rakan-rakan lain yang sentiasa prihatin terhadap kehidupan masyarakat di sekeliling.

“Tetapi ia bukanlah sebab utama kenapa saya melaku-kan kerja-kerja kesukarela-wanan. Apa yang penting saya harap melalui anugerah ini ialah masyarakat akan lebih membuka mata tentang pentingnya sikap prihatin

ditanam dalam diri manusia supaya bantuan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa,” jelasnya.

Melalui pengiktirafan ini, Jameyah telah menerima had-iah tunai bernilai RM5,000 serta trofi dan sijil penghar-gaan. Pada masa sama, beliau turut dilantik menjadi Duta Perpaduan oleh Jabatan Per-paduan Negara dan Integrasi

Nasional (JPNIN).Walaupun sudah meniti

usia 59 tahun, Jameyah ini masih aktif melaku-kan aktiviti sukarelawan membantu masyarakat yang memerlukan.

Menurut ibu ke-pada enam orang anak

itu, selain melakukan aktiviti sukarelawan di

Kuala Lumpur, beliau turut menjalankan be-

berapa aktiviti sukarelawan di Sabah.

“Saya menjalankan be-berapa program pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen, melalui sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana.

“Setiap tiga bulan sekali saya akan ke sana untuk melatih sukarelawan dan menjalankan pelbagai ak-tiviti dengan kanak-kanak ini. Kami juga telah dapat menubuhkan sebuah perpus-takaan untuk mereka dengan bantuan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia.

“Memandangkan anak-anak ini tidak dapat belajar di sekolah biasa, pembelajaran di Pusat Alternatif ini lebih fokus kepada kemahiran-kemahiran yang boleh mem-

bantu mereka meneruskan kelangsungan hidup apabila dewasa kelak.

“Saya juga cuba menan-amkan nilai murni dalam diri kanak-kanak ini, supaya mereka akan menjadi orang yang berguna walaupun den-gan keadaan status kerakya-tan mereka,” katanya.

Anugerah My Hero merupakan program ker-jasama antara Kuala Lumpur and Selangor Chinses Cham-ber Industri (KLSCCCI) dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Na-sional (JPNIN) dalam usaha untuk mengiktiraf dan meng-

hargai individu yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah MyHero 3.0.

WIRAWATI ANUGERAH MY HERO 3.0: Jameyah (empat kiri) menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan

daripada tetamu kehormat, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis Anugerah My Hero 3.0 yang

berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MELAKA: Dari jauh, keli-hatan seorang lelaki berusia lewat 40-an sedang as-yik memandikan beberapa ekor lembu di sebuah kan-dang kecil yang terletak di Kampung Sungai Badau, Krubong.

Sesekali Bahari Said, 48, menjerit ‘baaaaa…,baaaa..baaa’ memberi arahan agar haiwan ternakannya itu bergerak ke kanan bagi mem-bolehkannya membersihkan lantai di kandang yang hanya mampu memuatkan antara lima hingga tujuh ekor lembu sahaja.

“Masalah sukar mendapat rumput dan harga makanan lembu yang tidak menentu adalah perkara utama yang dihadapi penternak lembu kecil-kecilan seperti saya. Jika kerajaan bercadang untuk

memperkenalkan bantuan baka lembu secara percuma, ia ibarat ‘durian runtuh’ bagi kami.

“Dengan modal yang sedikit, sukar bagi saya un-tuk tambah bilangan lembu, untung yang diperoleh hanya cukup-cukup dijadikan modal pusingan,” katanya kepada Bernama di sini.

Bahari berkata demikian apabila ditanya tentang hasrat kerajaan menerusi Kemente-rian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memperk-enalkan Skim Rezeki Ternak pada tahun depan bagi me-narik lebih ramai penternak baharu sekali gus mengurang-kan kebergantungan kepada daging import.

Sambil menyambut baik usaha kerajaan itu kerana dapat membantu penternak

Pelbagaikan bantuan kepada penternak lembuPenternak kecil-kecilan berdepan masalah sukar mendapatkan rumput, harga makanan tidak menentu

“ Dengan modal yang sedikit, sukar bagi saya untuk tambah bilangan lembu, untung yang diperoleh hanya cukup-cukup dijadikan modal pusingan.

Bahari SaidPenternak

”kecil mengembangkan lagi perusahaan mereka yang tidak seberapa, dia berhas-rat untuk memajukan lagi penternakan lembunya jika terpilih, tambahan pula dia telah mempunyai kandang lembu sendiri.

“Kalau ingin harapkan modal sendiri dengan keadaan ekonomi hari ini, hanya ini yang mampu saya lakukan… bela dua atau tiga ekor lembu sahaja,” katanya.

Turut berkongsi pendapat yang sama, Ramlan Ismail, 44, berharap pihak yang diberi tanggungjawab untuk melak-sanakan skim tersebut dapat melakukan agihan secara telus dan hanya memilih peserta yang berkelayakan sahaja.

“Saya yakin kerajaan mam-pu membaiki kelemahan yang ada pada sistem sebelum ini dan peserta yang dipilih nanti perlu amanah dan bersung-guh-sungguh dalam menjay-

akan skim ini,” katanya.Sementara itu, penternak

lembu, Zulkifli Omar, 31 dari Melaka Pindah, Alor Gajah berkata pihak berwajib yang diberi kepercayaan untuk menjalankan usaha ini perlu membuat tapisan dengan teliti agar hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dipilih untuk menerima bantuan itu.

“Bagi saya ini satu usaha yang baik, namun peserta yang dipilih perlulah dari-pada mereka yang berminat dengan penternak lembu dan tidak hanya berminat untuk dapat lembu secara percuma dan mengambil kesempatan daripadanya,” katanya yang mentenak lebih 70 ekor lembu yang diusahakan bersama dua orang rakan kongsinya.

Katanya sekiranya pemi-lihan dilakukan secara tepat,

hasil daripada usaha ini turut dapat membantu penternak lain mengembangkan pe-rusahan mereka ke skala yang lebih besar.

“Saya cadangkan agar pihak berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap pe-mohon sama ada mempunyai kandang sendiri, tanah serta mempunyai minat terhadap bidang ini sebelum dipilih untuk menyertai skim ini,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam penternakan lembu.

Zulkifli turut mencadang-kan agar kerajaan mempel-bagaikan bantuan kepada penternak lembu, antaranya dari segi nasihat kesihatan dan penggunaan teknologi baharu agar mereka dapat bertahan lama dalam industri ini. — Bernama

KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan inkues, sekiranya ia dijalankan Lembaga Siasa-tan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung kematian arwah suaminya.

Nour Shafinar Harun, 36, berkata dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan menerima keputusan sekiran-ya Lembaga Siasatan TDM dan keluarga suaminya ingin membuat proses inkues.

“Saya serahkan segala-galanya tentang apa yang ingin dilakukan (termasuk proses inkues). Ini disebabkan (saya) memahami apa yang telah terjadi disamping menerima risiko sebagai anggota tentera dalam apa juga situasi ter-masuk latihan.

“Apa yang berlaku, itu sudah takdir dan saya percaya kejadian tersebut adalah tidak disengajakan.

“Lagipun, tidak mungkin sahabat Allahyarham sendiri ingin menembaknya, walhal setiap latihan ada risikonya termasuk penggunaan peluru hidup,” katanya selepas hadir bagi menerima sumbangan dari Bank Muamalat di Kem Wardieburn, Setapak, di sini semalam.

Inkues: Balu Mej Mohd Zahir akan reda terima keputusan

Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan pihak bank, terhadap insiden yang menimpa Allahyarham dan keluarga.

“Bank Muamalat menyam-paikan sumbangan RM15,000 sebagai tanda menghargai pengorbanan anggota tentera

terhadap negara dan juga sebahagian daripada tang-gungjawab sosial korporat institusi kewangan itu, bagi meringankan beban yang di-tanggung,” katanya.

Pada Khamis lalu, Lembaga Siasatan TDM mengklasifi-kasikan kematian Allahyarham Mej Mohd Zahir ketika dalam latihan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu,

Sabah pada 2 Sept lepas se-bagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Anggota komando 11 Reji-men Gerak Khas itu terkena tembakan jarak dekat, semasa demonstrasi itu dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. — Bernama

GUA MUSANG: Lebih 10,000 penduduk Orang Asli di Kelantan mahu kerajaan menyediakan peruntukan lebih besar untuk melaksanakan pel-bagai projek pembangunan di perkampungan mereka dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Okt ini.

Antara harapan mereka pada belanjawan kali ini adalah peru-bahan dalam projek khususnya pembinaan jalan perhubungan berturap di setiap kampung yang selama ini terhalang laluan dengan keadaan jalan berselut dan rosak terutama pada musim tengkujuh.

Penghulu Orang Asli Kam-pung Sendrop, Lojing, Andol Busu Jamin, 51, berkata kaum Orang Asli memerlukan ban-yak kemudahan kerana ke-banyakan penempatan mereka terletak di kawasan pedalaman dan jauh dari bandar.

Kerajaan harus meneliti setiap keperluan kemudahan asas yang diperlukan kaum berkenaan dan peruntukan lebih besar untuk membawa segala perubahan termasuk aktiviti ekonomi sebagaimana yang dinikmati kaum lain.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu melihat untuk memberikan peruntukan besar

bagi membawa perubahan itu kerana masih ramai penduduk Orang Asli hidup terpinggir.

“Kami memang menghara-pkan pembentangan Belanja-wan 2020 bulan hadapan ada kelegaan kepada kami yang memerlukan lebih banyak projek kemudahan asas,” katanya.

Penghulu Orang Asli Kam-pung Aring 5, Raina Anjang, 52, pula berkata, keutamaan dalam belanjawan itu juga di-tumpukan kepada pembinaan lebih banyak rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

Ini kerana terdapat ramai kaum itu yang sudah beru-mah tangga tinggal di merata tempat kerana belum mem-punyai rumah PBR dan masih tinggal di bangsal yang dibina sendiri.

“Keadaan itu tidak memberi keselesaan kerana bangsal itu sebagai tempat berteduh sementara dan tidak lama ia semakin rosak,” katanya.

Beliau berkata, Orang Asli tidak sabar untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2020 yang lebih positif un-tuk kemajuan semua kaum termasuk dalam pendidikan. — Bernama

Orang Asli mahu belanjawan lebih besar kepada mereka

KAJANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyi-fatkan Allahyarham Datuk Engku Hamzah Tuan Mat sebagai seorang individu yang berdedikasi dan berintegriti, dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya walaupun men-genali Allahyarham dalam tempoh yang singkat, namun beliau amat mengagumi Engku Hamzah kerana beliau seorang contoh penjawat awam yang berdedikasi, serta komited dalam menjalankan tugasnya.

“Allahyarham seorang yang baik hati dan bersifat rendah diri, berdedikasi serta komited terhadap tugasnya sebagai penjawat awam.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalan-gan para solihin. Kita tahu pemergian beliau secara mengejut, perasaan sedih yang dirasai keluarga sangat mendalam, saya berharap mereka bersabar dan reda,” katanya kepada pemberita di sini.

Dr Wan Azizah turut menunaikan solat jenazah Allahyarham Engku Hamzah pada pagi ini berkata beliau terkejut dan bersedih dengan pemergian Allahyarham yang meninggal dunia, petang kelmarin.

Allahyarham berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Serdang (HS) kira-kira jam 7.30 malam kelmarin dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham meningg-alkan seorang balu Datin Rohana Che Hassan serta seorang anak lelaki dan dua perempuan.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau turut berasa sedih atas pemergian seorang sahabat karibnya yang disifatkan seorang yang berintegriti serta berkredi-biliti dalam menjalankan tugas di MKN.

Beliau berkata MKN ke-hilangan seorang ketua yang berdedikasi serta komited, selain merupakan seorang individu yang mudah dideka-ti perlu menjadi contoh kepada penjawat awam. — Bernama

Engku Hamzah berdedikasi, berintegriti tinggi: TPM

SUMBANGAN: Mohd Redza (dua kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM15,000 kepada Nour Shafinar (tiga kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bank Mualamat Malaysia Berhad di Kem Wardieburn semalam. — Gambar Bernama

Page 2: 14 Selasa, 1 Oktober 2019 Nasional Pelbagaikan bantuan ... · malah Chin Chin saya anggap seperti anak saya sendiri. Anak-anak saya juga mempu-nyai hubungan yang baik dengan Chin

/9Nasional Selasa, 8 Oktober 2019

WKB2030: Hasrat lahir Bumiputera berintegriti

“ Matlamat akhir segala usaha kerajaan ini adalah untuk memastikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum mengecapi taraf hidup wajar menjelang 2030.

Tun Dr Mahathir MohamadPerdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat melahirkan generasi Bumiputera baharu yang berpe-gang teguh kepada nilai moral dan integriti melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang dilancarkan Sabtu lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Ma-hathir Mohamad berkata mela-lui WKB2030 itu, kerajaan mahu generasi Bumiputera bersikap rajin, berusaha, bermaruah dan bersemangat kental nasionalisme yang ingin menyelamatkan negara serta tidak bergantung kepada orang asing.

“Peluang akan diberikan kepada Bumiputera yang membukti ke-layakan dan kemampuan mereka. Bagi mereka yang masih belum layak pula, bantuan dan latihan serta sokongan sewajarnya akan diberi-kan bagi meningkatkan peluang kejayaan mereka.

“Matlamat akhir segala usaha kerajaan ini adalah untuk memas-tikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum mengecapi taraf hidup wajar menjelang 2030,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Dr Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi dan sosial di antara Melayu Bumi-putera dengan bukan Bumiputera melalui WKB2030.

Selain itu, Dr Mahathir berkata dasar baharu WKB2030 itu akan mengatasi kekurangan yang berlaku semasa pentadbiran sebelum ini antaranya mengenai pembolotan harta oleh sesetengah kaum lain serta salah guna di institusi Bumi-putera seperti Tabung Haji.

Peluang akan diberikan kepada Bumiputera yang membuktikan kelayakan dan kemampuan mereka

“Semua kesalahan dilakukan dahulu yang menyebabkan gagal-nya wawasan yang dicipta waktu itu akan dihapuskan apabila kita melaksanakan dasar WKB2030. Kita tahu Dasar Ekonomi Baru itu gagal mencapai matlamat, jadi kali ini kita tentukan mereka yang dapat peluang hanya yang memang berupaya untuk guna peluang sepenuhnya.

“Hanya kita minta ada kesang-gupan rakyat menerima dasar ini yang bukan lagi untuk beri kekayaan mudah dan segera, tetapi kekayaan lebih mampan dan men-ingkat sepanjang masa. Ini cara kita uruskan wawasan ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demi-kian semasa menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahu adakah dasar baharu itu dapat menyelesaikan masalah pembo-lotan harta oleh sesetengah kaum termasuk elit Bumiputera yang menekan golongan pertengahan dan bawahan Bumiputera.

Sabtu lepas, Dr Mahathir berkata WKB2030 adalah pendekatan ba-haru bagi memantapkan pencapaian ekonomi negara menerusi inisiatif yang dapat memastikan rakyat dan negara menikmati Kemakmuran Bersama. — Bernama

Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Sibuk den-gan urusan kuliah dan mengu-ruskan perniagaan sendiri bu-kanlah penghalang buat Richard Wong Yew King, 42, melakukan aktiviti sukarelawan membantu masyarakat yang memerlukan terutamanya golongan gelan-dangan.

Pengalaman semasa melan-jutkan pelajaran dalam bidang ke-juruteraan elektrik dan komputer di Monash University, Australia mendorong Richard untuk mem-bantu golongan kurang bernasib baik itu.

Berpegang kepada ajaran agama Islam yang menuntut umatnya su-paya sentiasa bersedekah, Richard yang juga seorang saudara baharu atau mualaf berpendapat, inisiat-ifnya membantu golongan gelandangan adalah sebagai satu ben-tuk perkongsian rezeki.

“Semasa berada di Austral-ia, saya p e r l u b e r j i -mat. Ke-hidupan saya d i sana ibarat seperti se-orang gelan-dangan dan hanya mampu tinggal di se-buah bilik yang kecil. Saya pernah berada di tempat mereka pada suatu ketika dahulu.

“Sejak itu, saya tekad untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Bagi saya, usaha ini juga adalah satu pekerjaan yang dituntut dalam agama Islam atas nama sedekah. Harta dan kes-enangan yang saya perolehi hari ini, saya ingin kongsi bersama golongan yang memerlukan,” katanya.

Mula bantu golongan gelan-dangan bersama keluarga

Menurut Richard yang juga merupakan Pengasas kumpulan ‘Food For Gelandangan’ atau FFG, beliau mulanya membantu golongan gelandangan dengan menyediakan makanan dengan dibantu keluarga serta rakan-

ANJURAN BERSAMA

英雄奖ைம�ேரா

வ�

DISOKONG OLEH

PENAJA PRESTIJ PENAJA

RAKAN MEDIA

Pernah hidup susah di luar negara dorong Richard bantu gelandangan

rakan.Cerita Richard, mereka menye-

diakan makanan panas namun mendapati perkara itu kurang praktikal kerana ia tidak tahan lama.

“Selain itu, apabila kita agihkan makanan, ada sebahagian gelan-dangan yang sudah tidur. Apabila makanan itu ditinggalkan, ia ke-mudian dihurungi lipas dan ini tidak bersih untuk dimakan.

“Justeru, kami tukarkan bentuk bantuan dengan memberi mereka makanan kering seperti biskut, buah dan sebagainya.

“Selain makanan, kami turut menyumbang pelbagai jenis ban-tuan lain seperti barangan mandi, baju terpakai dan khidmat peru-batan di seluruh lembah Klang,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai projek gunting rambut untuk gelandangan, ayah kepada tiga anak ini berkata, ada empat in-dividu termasuk dirinya sendiri akan bertindak sebagai sukarela-wan untuk menggunting rambut golongan yang kurang bernasib baik ini.

“Pada masa sama FFG bakal membuat satu program bagi go-longan gelandangan yang mahir atau ingin belajar untuk meng-gunting rambut, kita merancang untuk membantu mereka mewu-judkan peluang pekerjaan untuk mereka jana pendapatan dengan kemahiran tersebut.

“Program yang bakal kami buat ini juga adalah untuk memberi

motivasi hidup kepada mereka kerana ada di antara golongan ini berasakan mereka tidak menyum-bang pada masyarakat. Melalui program seperti ini, mereka akan menjadi lebih yakin pada diri sendiri,” katanya.

Tambah anak jati Petaling Jaya itu, selain memberi bantuan pada golongan gelandangan, beliau turut aktif melakukan aktiviti sukarelawan di Hutan Lipur Be-lum, Perak.

“Antara bantuan yang kami berikan adalah seperti pema-sangan lampu solar, bantuan makanan, memberikan khidmat pemasangan sistem air bersih dan sebagainya,” jelas beliau.

Puas hati bantu golongan gelandangan

Walaupun melakukan aktiviti sukarelawan merupakan

tugas yang mulia, Ri-chard mengakui ada

segelintir rakan-nya mengang-

gap beliau m e l a k u -kan kerja tersebut semata-mata un-tuk men-dapatkan

balasan. “ S a y a

akui, ada di antara kawan

saya yang sinis dengan mengatakan

saya terlibat dalam aktiviti ini seolah-olah saya mempunyai ‘motif’ lain ibarat seperti ‘udang di sebalik batu.’

“Tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus aktif dalam aktiviti amal ini, saya ang-gap ini sebagai satu hobi. Orang lain mungkin ada hobi mereka tapi kalau tanya saya, saya puas melakukan ‘hobi’ ini dengan membantu orang lain.

“Saya juga percaya bahawa semangat saling bantu-membantu dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa adalah teras pada keharmonian diantara kaum,” katanya.

Tidak sangka terima Anuge-rah My Hero 3.0

Ditanya perasaan beliau apabila dinobatkan sebagai salah seorang penerima Anugerah My Hero 3.0, Richard berkata, beliau terkejut namun bersyukur apabila diumumkan sebagai penerima anugerah itu.

“Saya tidak pernah menyangka akan jadi salah seorang penerima kerana calon-calon lain yang turut tercalon dilihat lebih hebat dan berkaliber. Pada masa sama, saya juga amat berbangga dan gembira dengan anugerah ini,” katanya.

Melalui pengiktirafan ini, Rich-ard telah menerima hadiah tunai bernilai RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan. Pada masa sama, beliau turut dilantik men-jadi Duta Perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Anugerah My Hero merupakan program kerjasama antara Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber Industri (KLSCCCI) dan JPNIN dalam usaha mengiktiraf dan menghargai individu-individu yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyar-akat pelbagai kaum di negara ini.

Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah My Hero 3.0.

TAHNIAH: Richard (empat kiri) menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan dari tetamu

kehormat, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis Anugerah My Hero 3.0 yang ber-

langsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PUTRAJAYA: Program Subisidi Petrol (PSP) akan dilaksana ber-mula 1 Januari 2020 yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkenderaan di Seme-nanjung Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal,” katanya pada sidang media men-genai Program Subsidi Petrol di sini semalam.

Berikutan pelaksanaan PSP pada 1 Januari 2020, Saifuddin Nasution berkata harga petrol RON95 akan diapungkan bermula serentak.

“Penyelasaran harga RON95 akan diapung secara berperingkat dan tidak akan membebankan pengguna,” katanya.

Saifuddin Nasution menjelaskan

subsidi petrol sedia adalah secara pukal yang dinikmati semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan, akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia berpenda-patan rendah yang sangat memer-lukan bantuan tersebut.

Dengan tanggungan pelak-sanaan PSP sebanyak RM65.4 juta sebulan, beliau berkata kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bu-lan sekali dengan bayaran pertama akan dibuat pada April 2020.

“Kriteria penerima PSP adalah merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di Semenanjung Malaysia yang memiliki kenderaan atas nama sendiri dan cukai jalan yang sah,” katanya.

Menghuraikannya, Saifud-din Nasution berkata penerima PSP perlu memenuhi kriteria

pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1600cc dan ke bawah dan bagi kereta melebihi 1600cc, ia berumur 10 tahun dan ke atas.

Kategori motosikal yang layak pula ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas, katanya.

“Individu yang mempunyai leb-ih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi,” katanya.

Bagi rakyat di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, Saifuddin Nasu-tion berkata mereka akan menik-mati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter setelah kerajaan mengambil kira keperluan mereka yang kebanyakannya menggu-nakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel. — Bernama

Program Subsidi Petrol dilaksana 1 Jan 2020

CERIA: Tun Dr Mahathir hadir pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. — Gambar Bernama

Page 3: 14 Selasa, 1 Oktober 2019 Nasional Pelbagaikan bantuan ... · malah Chin Chin saya anggap seperti anak saya sendiri. Anak-anak saya juga mempu-nyai hubungan yang baik dengan Chin

Nasional14\ � Selasa, 15 Oktober 2019

KUALA NERUS: Graduan diingatkan supaya sentiasa menjiwai semangat patriot-isme dan sayangkan negara dalam setiap pendirian serta tindakan, titah Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Baginda turut meni-tahkan golongan itu supaya mengetepikan perbezaan agama, ideologi serta bangsa yang boleh memberi kesan negatif kepada perpaduan rakyat.

“Nilai ini (patriotisme) te-

lah termaktub kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi asas kepada per-paduan rakyat Malaysia.

“Meskipun kita hidup dalam realiti kepercayaan dan budaya, nilai toleransi perlu sentiasa dipupuk agar perpaduan dapat dikeka-lkan.

“Justeru perbezaan agama, ideologi dan rasa yang boleh membawa kesan negatif perlu dikesampingkan se-cara total,” titah Sultanah Nur Zahirah pada Istiadat Pembukaan Majlis Idul Ilmi

(Konvokesyen) UniSZA Kali Ke-11 di Dewan Al Muktafi Billah Shah di sini, semalam.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke ma-jlis berkenaan.

Pada majlis itu, Sultanah Nur Zahirah berkenan men-yampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan ke-pada Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil atas jasanya dalam bidang pengurusan perniagaan dan perbankan di Malaysia.

Majlis Idul Ilmi yang ber-

langsung selama empat hari bermula hari ini melibatkan 3,474 graduan termasuk 61 penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana (102 penerima), Ijazah Sarjana Muda (1,992 penerima) dan Diploma (1,319 penerima) dalam pelbagai bidang. — Bernama

JIWAI PATRIOTISME: Sul-tanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan titah uca-pan pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Ke-11 semalam. — Gambar Bernama

Graduan perlu jiwai semangat patriotisme: Canselor UniSZA

KUALA NERUS: Kemiski-nan dan masalah perpisa-han ibu bapa tidak men-jadi halangan buat seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), untuk cemerlang dalam pelajaran.

Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: “Ibu merupakan inspirasi saya setiap kali membuat kerja-kerja amal kerana walaupun sudah berumur 60 tahun, beliau tetap aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sukarelawan,” kata Md. Her-man Saidin, 38, Pengerusi Persatuan Bagi Orang-Orang Istimewa Labuan yang telah dinobatkan sebagai salah se-orang pemenang Anugerah My Hero 3.0, baru-baru ini.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Herman berkata, sejak kecil lagi, be-liau sering menemani ibunya, Fatimah Yahya menghadiri program-program sukarela-wan.

“Ibu saya sudah berkhid-mat selama 25 tahun dalam aktiviti sukarelawan dan juga merupakan penyelia bagi persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Labuan.

“Kesabaran dan ketabahan beliau dalam membimbing serta mengajar anak-anak orang kelainan upaya (OKU) membuatkan saya kagum sekali gus mendorong saya un-tuk menjadi seperti beliau.

“Saya berasa puas kera-na dapat berbakti kepada masyarakat yang sentiasa memerlukan. Saya sedar yang saya tidak dapat membantu mereka dari segi kewangan tapi punya tenaga untuk membantu mereka,” ka-tanya pada wartawan Utusan Borneo.

MERSING: Perkhidmatan kesihatan pergigian meli-batkan murid sekolah rendah termasuk prasekolah dalam kalangan Orang Asli di Johor mencapai tahap 100 peratus pelaksanaannya, pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pencapaian itu sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam menyampaikan mak-lumat berkaitan kesihatan pergigian secara meluas tanpa meminggirkan golongan itu.

“Perkhidmatan kesihatan pergigian ini telah diberikan kepada 10 buah sekolah ren-dah dan 18 prasekolah secara ‘incremental’ iaitu sekali dalam tempoh setahun yang mana tahap kesihatan mulut mereka turut menunjukkan peningka-tan sejak 10 tahun lepas.

“Selain itu, sebanyak 37 daripada 58 kampung telah dilawati dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan per-gigian termasuk aktiviti pro-mosi seperti pameran penjagaan pergigian, langkah pengesanan awal kanser mulut, ceramah kesihatan pergigian dan kaedah memberus gigi yang betul,” ka-tanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ‘Jom Jaga Gigi dan Kesihatan’ serta Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat Johor 2019 bertemakan ‘Sayangi Orang Asli’ di Kampung Orang Asli Tanah Abang dekat sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Kesi-hatan Negeri Johor Dr Sela-huddeen Abd Aziz.

Mengulas lanjut, Mohd Khuzzan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata kerajaan negeri akan terus mendekati Orang Asli dalam usaha meningkatkan kes-edaran mereka mengenai kepentingan pemeriksaan gigi secara berkala.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Orang Asli cenderung untuk mendiami kawasan yang terletak agak jauh dari bandar yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kera-jaan termasuk kesihatan bagi memudahkan mereka mencari sumber makanan dan men-jalankan aktiviti ekonomi.

“Oleh itu, kesukaran men-dapatkan perkhidmatan ini telah menyebabkan tahap kesihatan mereka kurang memuaskan, malah terdapat kes yang dirujuk ke hospital antaranya kanser mulut pada tahap kritikal berikutan tidak mendapat pendedahan awal selain memandang mudah isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata penyak-it berkenaan boleh diubati sekiranya pesakit mengenal pasti tanda-tanda awal dan menurutnya kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan memberikan rawatan dan mempromosikan amalan penjagaan kesihatan gigi yang betul.

Dalam pada itu, beliau ber-kata kerajaan negeri juga akan memfokuskan kepada amalan pemakanan yang seimbang dalam memastikan masyarakat Orang Asli memiliki gigi yang kekal sihat dan bebas daripada kaviti ataupun karies gigi. — Bernama

LANGKAWI: Seramai 42 pelajar dan kakitangan Kolej UNITI, Port Dickson Negeri Sembilan merasai pengalaman baharu apabila bersama-sama penduduk setempat bergot-ong-royong di sekitar Pantai Chenang di sini.

Mereka bersama-sama sukarelawan Trash Hero Langkawi dan Sahabat Alam Langkawi, Majlis Pengu-rusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Chenang serta kakitangan Langkawi Destinasiku Travel and Tours Sdn Bhd membersihkan lokasi tumpuan pelancong itu.

Dalam tempoh 45 minit, aktiviti sukarela berjaya men-gumpul 5,425 puntung rokok dibuang di sekitar lokasi terse-but, jumlah yang disifatkan tinggi oleh peserta terlibat.

Menurut Penasihat Kelab Kembara Kolej UNITI, Mu-hamad Norazwan Mohamed Ali menerusi program tersebut pela-jar didedah mengenai kepentin-gan menjaga alam sekitar.

“Hari ini kita melaksanakan Program Tanggungjawab So-sial Korporat (CSR) bersama peneraju utama iaitu Trash Hero Langkawi.

“Menerusi program ini kita dedahkan kepada pelajar kepentingan menjaga alam sekitar, sebagai contoh hari ini kita bersihkan pantai, berjaya mengumpul 5,425 puntung rokok dalam tem-poh 45 minit jadi perlu ada kesedaran supaya sampah atau puntung rokok tidak dibuang sewenang-wenangnya,” ka-tanya. — Bernama

ANJURAN BERSAMA

英雄奖ைம�ேரா

வ�

DISOKONG OLEH

PENAJA PRESTIJ PENAJA

RAKAN MEDIA

Kemiskinan tidak halang cipta kejayaan Kekurangan jadi pendorong graduan sehingga layak terima Anugerah Pelajaran Diraja

“ Selepas ditinggalkan ayah, ibu terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada saudara mara dan menjual semua barang kemas, bagi memastikan kami sembilan beradik tidak kelaparan.

Mohd Aswan Mohd AminGraduan

”Sebaliknya kekurangan

tersebut mendorong Mohd Aswan Mohd Amin, 24, un-tuk terus bekerja keras, demi menggenggam segulung ijazah sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Pelajaran Diraja, pada Majlis Idul Ilmi (Konvokesyen) UniSZA Kali Ke-11 di sini, semalam.

Berkongsi kisah hidupnya, Mohd Aswan yang merupa-kan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antro-pologi dan Dakwah) ber-kata beliau berasal daripada keluarga yang susah, dengan bilangan adik-beradik yang agak ramai iaitu sembilan orang.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan perpisahan ked-ua-dua ibu bapanya ketika beliau berusia 11 tahun, yang bukan sahaja memberi kesan kepada keadaan ekonomi keluarga, malah mengganggu

ketenangan emosinya.“Selepas ditinggalkan

ayah, ibu terpaksa menebal-kan muka meminjam wang daripada saudara mara dan menjual semua barang ke-mas, bagi memastikan kami sembilan beradik tidak ke-

laparan.“Pernah saya terjaga di

waktu malam melihat ibu duduk di sejadah mena-dah tangan kepada Allah, sambil menangis mengadu tentang kesusahannya tetapi tidak pernah ditunjukkan kesedihan itu di depan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Idul Ilmi (Konvoke-syen) Kali Ke-11 UniSZA di Dewan Muktafi Billah Shah, di sini, semalam.

Menurut Mohd Aswan, beliau amat bersyukur kerana segala penderitaan ibunya be-rakhir, selepas berjaya menja-wat jawatan sebagai Pegawai Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, selepas tamat pengajian di UniSZA April lalu.

“Kejayaan saya hari ini juga turut disokong oleh keluarga sebelah bapa, yang mem-

bantu dari segi kewangan, kerana ibu tidak bekerja.

“Tidak dilupakan kepada ibu angkat, Siti Salwa Ahmad yang merupakan guru saya ketika di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, kerana bersusah payah membiayai sepenuhnya pengajian saya semasa di tingkatan enam dan tahun pertama di UniSZA,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sebanyak 3.75.

Sementara itu bagi peneri-ma Ijazah Aegrotat, Nur Husna Md Lazim, 28, be-liau amat bersyukur kerana dapat menerima sendiri Ijazah Sarjana Muda Dietatik, walaupun dalam keadaan berkerusi roda.

Nur Husna berkata sejak

disahkan menghidap penyak-it kegagalan buah pinggang peringkat akhir pada 2009, kesihatannya tidak menentu dan terpaksa berulang-alik ke hospital, bagi menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

“Pada 2009 saya telah mendapat tawaran biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke Jepun dalam bidang far-masi, tetapi terpaksa ditolak kerana masalah kesihatan.

“Ketika belajar di UniSZA saya terpaksa menahan ke-sakitan memandu sendiri ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tiga kali seminggu untuk menjalani rawatan, memandangkan

keluarga semuanya di Pulau Pinang,” katanya yang mem-peroleh CGPA 3.37.

Nur Husna berkata kesi-hatannya semakin merosot sehingga tidak dapat bangun dan berjalan, ketika beliau menjalani latihan praktikal di Hospital Pulau Pinang, pada Februari tahun ini.

Untuk rekod, Nur Hu-sna dianugerahkan Ijazah Aegrotat kerana tidak da-pat menghabiskan tempoh empat tahun pengajian dis-ebabkan masalah kesihatan, tetapi telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya 75 per-atus daripada jumlah kredit bergraduat, bagi program pengajian yang diikuti untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. — Bernama

CEMERLANG: Graduan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian, Wan Alif Asyraf Wan Nor Rudin (kanan) dan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) Mohd Aswan Mohd Amin menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-11 semalam. — Gambar Bernama

Ibu sumber inspirasi untuk lakukan kerja amal: Herman

TAHNIAH: Herman (empat dari kiri) menerima hadiah RM5,000 serta tro� dan sijil penghargaan daripada tetamu kehormat, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis Anugerah My Hero 3.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun turut menga-lami masalah OKU pen-dengaran, namun ia bukan penghalang kepada Herman untuk menjadi tutor bahasa isyarat pertama dan tunggal di Labuan.

“Saya sendiri pekak OKU, tetapi saya ingin membantu anak-anak OKU pekak di Labuan dengan mengajar mereka bahasa isyarat supaya lebih mudah untuk mereka berkomunikasi, mendap-atkan pendidikan yang sewa-jarnya dan mencari kerja.

“Sehubungan itu, selepas

tamat sekolah menengah, saya mula bergiat aktif dalam persatuan untuk membantu rakan-rakan OKU yang lain untuk mengajar bahasa isyarat dan pada 2005, saya tekad meneruskan pembe-lajaran yang lebih mendalam mengenai bahasa isyarat di Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

“Ibu saya juga banyak memberikan galakan untuk membantu rakan-rakan sena-sib seperti kami. Pada masa sama, saya mahu melihat anak–anak pekak di Labuan

Perkhidmatan kesihatan pergigian libatkan Orang Asli capai 100 peratus pelaksanaan

Kutip 5,425 puntung rokok dalam masa 45 minit

mendapatkan pendidikan yang sama dengan rakan-rakan di Semenanjung Ma-laysia,” katanya.

Tambah beliau lagi, seha-rusnya sebagai seorang OKU haruslah yakin dengan diri sendiri dan fokus pada mat-lamat hidup.

“Walaupun kita ini OKU, jangan anggap kecacatan diri kita ini sebagai peng-halang bagi melakukan ses-uatu perkara. Jangan tengok kelemahan diri, tapi yakin dengan sumbangan yang kita boleh buat untuk negara dan masyarakat sekeliling.

“Selama 28 tahun saya menjadi tutor bahasa isyarat, saya telah membimbing sera-mai 18 OKU pekak, 20 murid bermasalah pembelajaran dan sembilan kanak-kanak austime.

“Kesemuanya dibantu melalui Persatuan Bagi Orang Istimewa Labuan dan Per-

satuan Orang Pekak Labuan. Saya berasa gembira kerana ada di antara mereka ini sudah bekerja dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” jelas beliau.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu turut terharu dengan Anugerah My Hero 3.0 yang diterimanya kerana beliau tidak menyangka akan diberi penghormatan berkenaan, apatah lagi dilantik menjadi Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

“Saya rasa bersyukur ke-pada Tuhan kerana terpi-lih menjadi salah seorang penerima anugerah ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah mencalonkan saya dan melihat hasil kerja saya selama ini,” katanya.

Mendapat pendidikan di Cybernetics International College Of Technology dalam

bidang Diploma Pengurusan Sumber Manusia, Herman kini aktif menjalankan kerja-kerja sukarelawan fokus pada keperluan anak-anak OKU Labuan.

Anugerah My Hero merupakan program ker-jasama antara Kuala Lumpur and Selangor Chinese Cham-ber Industri (KLSCCCI) dan Jabatan Perpaduan Ne-gara dan Integrasi Nasion-al (JPNIN) dalam usaha mengiktiraf dan menghargai individu-individu yang telah banyak berkorban dan berja-sa dalam usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah My Hero 3.0.

Page 4: 14 Selasa, 1 Oktober 2019 Nasional Pelbagaikan bantuan ... · malah Chin Chin saya anggap seperti anak saya sendiri. Anak-anak saya juga mempu-nyai hubungan yang baik dengan Chin

Nasional14\ � Selasa, 22 Oktober 2019

Permulaan baharu buat Ganesh selepas mengenali AimanKUALA LUMPUR: Perk-enalan lima bulan lepas antara Aiman Manan se-orang pembekal makanan tambahan semula jadi den-gan seorang penghantar barangan bebas yang amat bertanggungjawab dan bersopan santun, Ganesh Mootthy telah memulakan satu perhubungan yang unik.

Aiman seorang pengurus sebuah syarikat makanan tambahan semula jadi, meng-gambarkan Ganesh yang bekerja sebagai seorang penghantar barangan se-bagai seorang yang bersopan santun, bercakap dengan penuh hormat dan jujur serta seorang yang amat efisien dalam menyempurnakan tugas menghantar barangan kepada pelanggan.

“Saya bagi tahu dia (Ganesh) yang kami ada penghantaran setiap hari dan bertanya jika dia boleh menguruskan penghantaran di kawasan Lembah Kelang. Kami cuba menggunakan perkhidmatan beliau beberapa kali dan be-liau amat tepat dengan masa penghantarannya.

“Tidak pernah sekali lewat dan apabila kami bertanya ke-pada pelanggan kami, mereka bercakap perkara yang sama. Bersopan santun, bercakap dengan penuh hormat dan

Latar belakang berbeza bukan halangan bantu antara satu sama lain

“ Tidak pernah sekali lewat dan apabila kami bertanya kepada pelanggan kami, mereka bercakap perkara yang sama. Bersopan santun, bercakap dengan penuh hormat dan tepat pada masa.

Aiman Manan Pembekal makanan tambahan semula jadi

Dua sahabat bersatu bantu Orang AsliOleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Siapa sangka perkenalan dua sa-habat semasa sama-sama melanjutkan pelajaran di menara gading membawa kepada rencana yang lebih besar dalam hidup mereka.

Dua individu itu, Rajen-dran Velu, 62, dan Cheah Kim Hock, 57, menyifatkan pertemuan mereka di sebuah kolej di Kuala Lumpur sekitar tahun 1980-an adalah detik permulaan kepada inisiatif program sukarelawan yang diusahakan mereka.

Cerita Rajendran, dia dan Kim Hock memulakan pro-gram kesukarelaan dengan masyarakat Orang Asli den-gan menganjurkan kelas tadi-ka bersama anak-anak Orang Asli di sebuah kampung pedalaman di Raub, Pahang.

“Kami ke-luar dari zon selesa mas-ing-mas-ing untuk mengam-bil peduli m a s y a r -akat yang lebih me-m e r l u k a n bantuan dan pertolongan.

“Inilah detik per-mulaan ke arah usaha kami berdua menolong masyarakat Orang Asli,” katanya kepada wartawan Utusan Borneo, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rajen-dran berkata, dari tahun

2002 hingga 2004, dia, Kim Hock bersama beberapa sukarelawan lain mengajar beberapa kanak-kanak di kampung berkenaan sebelum mendaftarkan mereka di se-buah sekolah di pekan Sang Lee yang terletak di Raub, Pahang.

“Semua didaftar-kan masuk ke kelas mengikut umur mereka. Dari situ, be rmula-lah pen-d e d a h a n anak-anak Orang Asli t e r h a d a p bidang pen-didikan,” ka-tanya.

Menurut Rajendran, mere-ka kemudiannya mengambil langkah seterusnya dengan mendaftarkan kerja amal itu di bawah Pendaftar Pertubu-

han (RoS) pada tahun 2010 menerusi nama SEMOA.

Katanya, nama SEMOA adalah gabungan kepada singkatan per-

kataan Seme-nanjung dan akronim bagi Orang Asli.

“ P e n -d a f t a r a n

dibuat dengan RoS adalah untuk

mempermudahkan pengurusan serta dan

pentadbiran kerja amal ini.

“Sehingga sekarang, kami sudah ada 92 anak Orang Asli berusia antara lima ke 17 tahun dan kesemua mereka dihantar bersekolah ke enam buah sekolah rendah dan

menengah di sekitar Raub.“Saya juga berasa bangga

kerana 12 anak Orang Asli yang berada bawah jagaan

kami sebelum ini j u g a

kini s e d a n g

melanjutkan pelajaran di Tunku Abdul Rahman (TAR) University College, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan beberapa kolej komuniti di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Anugerah My Hero 3.0 diharap dapat buka mata

Sebagai salah seorang penerima Anugerah My Hero 3.0, Rajendran berkata, beliau bersyukur apabila diu-mumkan sebagai penerima anugerah itu.

“Saya dan Kim Hock amat

gembira dan rasa dihargai. Kami harap, apabila kami menjadi duta perpaduan nanti ia dapat membuka mata ramai pihak untuk membantu Orang Asli ini mendapatkan pendidikan lebih baik dan

kemudahan buat mereka pada masa depan.

“ M a s y a r a k a t Orang Asli perlu

diberi kepent-i n g a n d a n d i u t a m a -kan seperti b a n g s a -bangsa lain di Malay-sia. Kami juga ingin

mengucap-kan terima

kasih kepada Kuala Lumpur

and Selangor Chi-nese Chamber Industri

(KLSCCCI) dengan Jaba-tan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),” katanya.

Melalui pengiktirafan ini, Rajendran dan Kim Hock telah menerima hadiah tunai bernilai RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan. Pada masa sama, mereka turut dilantik menjadi Duta Per-paduan oleh JPNIN.

Anugerah My Hero merupakan program anjuran bersama KLSCCCI dan Nan-yang Siang Pau serta menda-pat sokongan daripada JPNIN dan The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (AC-CCIM) dalam usaha untuk mengiktiraf dan menghargai

individu-individu yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah My Hero 3.0.

Sementara itu, pertandin-

gan esei My Hero kini dibuka penyertaannya kepada pelajar berumur 10 hingga 12 tahun. Tajuk esei adalah bebas ber-gantung kepada persepsi pe-serta terhadap artikel peme-nang anugerah My Hero dan panjang tidak melebihi 300 patah perkataan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 November 2019 dan untuk maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/myheroaward

TERUS BANTU: Rajendran komited terus membantu anak-anak Orang Asli untuk

mendapatkan pendidikan.

tepat pada masa,” katanya dalam hantaran dalam akaun Facebooknya baru-baru ini.

Hantaran tersebut mena-rik perhatian dan mendapat ‘tanda suka’ daripada ramai netizen yang kemudiannya mendoakan yang terbaik untuk Aiman dan Ganesh, dua orang asing, seorang berbangsa Melayu dan se-orang berbangsa India, yang saling menghargai satu sama lain, sesuatu yang amat jarang berlaku pada masa ini.

Ketika dihubungi Bernama mengenai hantaran Aiman di Facebooknya itu, Ganesh yang berasal di Puchong itu berkata: “Saya memang berterima kasih sampai bila-bila kepada Abang Aiman, tidak sangka orang yang tidak mengenali saya, boleh tolong saya.”

Sebagai seorang yang kehi-langan ibunya dua bulan se-lepas beliau lahir dan berhenti

bersekolah selepas tingkatan tiga, ucapan Aiman yang baik dan memberikan semangat itu tentunya amat bermakna untuk Ganesh.

Ganesh, 26, mula bekerja di restoran makanan segera pada umur 16 tahun dan pada tahun 2016 mula membuat kerja-kerja penghantaran secara be-bas. Sejak pertengahan tahun 2018, beliau mula membuat penghantaran Grab Food.

Katanya, beliau percaya untuk memberikan yang ter-baik atas apa juga yang dilaku-kan dan sebab itu ketepatan masa dan komitmen akan menunjukkan segalanya.

Ketika bekerja untuk Aim-an selama dua bulan, beliau terus bekerja secara sambilan membuat penghantaran Grab Food, dan Ganesh berkata, jumlah pelanggannya te-lah meningkat daripada tiga hingga empat pelanggan se-hari kepada 10 orang sehari.

ANJURAN BERSAMA

英雄奖ைம�ேரா

வ�

DISOKONG OLEH

PENAJA PRESTIJ PENAJA

RAKAN MEDIA

TAHNIAH: (Dari empat kiri) Kim Hock dan Rajendran (tengah) menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan

daripada tetamu kehormat isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis Anugerah My Hero 3.0 yang

berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika beliau membuat kerja secara sendirian, pen-dapatan beliau hanya kira-kira RM500 sebulan, tidak termasuk penghantaran Grab Food, dan kini selepas mem-buat kerja untuk Aiman, beliau boleh mendapat pen-dapatan sehingga RM2,000 sebulan.

Malah ia tidak terhenti di situ, apabila Aiman mena-warkan Ganesh bekerja di syarikatnya di mana beliau akan menguruskan inventori dan tempahan. Ganesh telah menerima tawaran tersebut.

“Dengan cara ini beliau akan dapat belajar benda baharu, mendapat gaji tetap daripada kami dan saya be-narkan beliau untuk terus membuat Grab dan servis penghantarannya.

“Apa yang perlu beliau lakukan ialah rancang perger-akan hariannya. Saya per-caya inilah yang terbaik dan Ganesh akan mampu untuk melakukannya.

“Seorang anak muda yang berpotensi besar, bijak. Se-moga berjaya anak muda,” kata Aiman.

Di sebalik cerita ini, tern-yata masih terdapat ramai dalam kalangan rakyat Ma-laysia yang bersedia untuk membantu antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang. — Bernama

JITRA: Angkatan Perta-hanan Awam Malaysia (APM) meminta penduduk yang terjejas dalam kejadian puting beliung di Mukim Jeram, Tunjang petang kelmarin segera membuat pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mem-bolehkan mereka menerima bantuan sewajarnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Dae-rah Kubang Pasu, Kapten Kamalruzaman Kasa berkata, setakat ini jumlah rumah yang terlibat meningkat kepada 29 buah berbanding 20 rumah yang dilaporkan kelmarin.

“Kita minta yang belum buat laporan segera berbuat demikian, walaupun kero-sakan kecil. Laporan polis itu nanti akan digunakan untuk proses pendaftaran dengan JKM kerana kita akan gu-nakan maklumat daripada JKM untuk selaraskan bantu-an bersama pejabat daerah.

“Lain-lain agensi seperti pejabat zakat, pejabat kesi-hatan daerah, Majlis Pengu-rusan Komuniti Kampung dan penghulu juga bergerak turun ke kampung untuk mengumpul maklumat sekali gus mendaftar penduduk ter-jejas untuk tindakan lanjut,” katanya selepas program gotong-royong membersi-hkan rumah seorang pen-duduk, Mohd Azmi Ajin, 32, yang terjejas akibat kejadian itu di Kampung Pida 4 Deli di sini, semalam.

Dalam pada itu, Kamalru-zaman berkata pihaknya sen-tiasa bersiap sedia mengha-dapi sebarang kemungkinan ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Kita bersedia dengan kemungkinan yang tiba dan sekiranya berlaku kita akan pantas ke lokasi bagi mengen-dalikan kes-kes kecemasan dengan melihat kecederaan, serta mengambil maklumat

mangsa untuk tindakan se-lanjutnya,” katanya.

Katanya, penduduk juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan peka dengan keadaan cuaca bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, puting beliung merosakkan 29 rumah di Kampung Pida 4 Deli, Kam-pung Kepala 10, Kampung Permatang Keriang, Sungai Korok dan Kampung Dalih.

Kejadian itu mendapat perhatian Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang berge-gas ke lokasi bagi meninjau kesan kerosakan dan men-yampaikan bantuan awal bagi meringankan beban keluarga terlibat.

Tinjauan Bernama semalam juga mendapati, sebahagian rumah masih belum dibaiki kerana menunggu bantuan daripada agensi berkaitan. — Bernama

KUALA LUMPUR: Fasa peralihan monsun yang mem-bawa hujan dan ribut petir diramal berlaku melibatkan seluruh negara sepanjang minggu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia) Jailan Simon ber-kata fasa peralihan monsun itu tidak membawa banjir besar, sebaliknya berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan yang tidak mempun-yai sistem saliran yang baik.

Katanya hujan lebat hanya berlaku pada waktu petang di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat dan pedalaman

Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.

“Hujan dan ribut petir memang lumrah atau biasa berlaku semasa musim pera-lihan monsun.

“Biasanya negeri-negeri di pantai barat Semenanjung dan pedalaman pantai timur serta barat Sabah dan Sarawak memang akan mengalami hujan atau ribut petir pada se-belah petang atau awal malam semasa musim peralihan monsun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jailan berkata Monsun Timur Laut dijangka bermula

pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan dan sepanjang waktu itu, kemung-kinan beberapa kawasan akan mengalami banjir.

Beliau berkata hujan leb-at turut dijangka berlaku antara pertengahan Novem-ber hingga hujung Disember di Kelantan dan Terengganu manakala Pahang dan Johor akan mengalami keadaan sama pada Disember hingga awal Januari.

“Pada awal Januari hingga Februari nanti hujan (di-jangka) beralih ke Sarawak dan Sabah,” katanya. — Ber-nama

APM minta mangsa puting beliung daftar dengan JKM

Hujan, ribut petir diramal berlaku sepanjang minggu ini

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Pro-gram Restorasi Tebing Sungai Perak sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat negeri Perak 2019 di Persiaran Tebing Sungai Perak, Sayong, di sini, se-malam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Mo-hamed Zin Yusop dan barisan exco kerajaan negeri.

Ahmad Faizal dalam uca-pannya berkata pemilihan lokasi perasmian selari den-gan hasrat untuk memban-gunkan kawasan itu sebagai Taman Botani Diraja Kuala Kangsar iaitu yang pertama

seumpamanya di Perak.“Bagi merealisasikan pe-

nubuhan Taman Botani Diraja ini, pelbagai jenis pokok akan ditanam di ka-wasan sepanjang lima kil-ometer ini.

“Sehingga kini, sebanyak 300 pokok Ara telah berjaya ditanam dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya dalam sembah ucapan pada perasmian program sambutan bertemakan Hutan dan Pen-didikan itu di sini, semalam.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata Program Bantuan Peningkatan Ekonomi B40 menerusi Skim Insentif Pen-jualan Anak Pokok seliaan Jabatan Perhutanan neg-eri dengan kerjasama Jaba-tan Kemajuan Orang Asli

Negeri Perak dan Kedah akan dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli berteraskan kelestarian sumber alam di persekitaran mereka.

Sebagai permulaan, ka-tanya sebanyak 1,000 anak pokok akan ditanam di ka-wasan Pos Kuala Mu, Sungai Siput sebelum ia diperluaskan di kawasan yang lain.

Mengenai pengurusan hu-tan, menteri besar itu berkata kerajaan negeri telah berjaya mengekalkan dan mengurus sejumlah lebih 988,603 hek-tar kawasan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) dengan 474,882.34 hektar sebagai hutan perlindungan dan 513,721.60 hektar sebagai

hutan pengeluaran.Dalam pada itu, beliau

berkata Jabatan Perhutanan Perak telah menyumbang sebanyak RM56 juta kepada hasil negeri, melebihi sasaran awal sebanyak RM50 juta selain berjaya melaksanakan Program Penghijauan melalui Aktiviti Penanaman Pokok sebanyak tiga juta pada tahun lepas.

Hari Perhutanan Sedunia disambut secara serentak di seluruh dunia pada 21 Mac setiap tahun sebagai simbolik kepada usaha-usaha mening-katkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu berkaitan pengurusan, pentadbiran, pemuliharaan, penguatkua-saan dan pembangunan hu-tan. — Bernama

Sultan Nazrin Shah berkenan rasmi Program Restorasi Tebing Sungai Perak

ROSAK: Sepasukan APM Kubang Pasu bertungkus-lumus membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat puting beliung di Kampung Pida 4 Deli semalam. — Gambar Bernama

Page 5: 14 Selasa, 1 Oktober 2019 Nasional Pelbagaikan bantuan ... · malah Chin Chin saya anggap seperti anak saya sendiri. Anak-anak saya juga mempu-nyai hubungan yang baik dengan Chin

JELI: Kesemua 10 jajahan di Kelantan berisiko dilanda banjir, kata Ketua Polis Ke-lantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Beliau berkata justeru, polis mengambil langkah berjaga-jaga sejak Julai lepas dengan mengadakan pelbagai latihan termasuklah menye-lamat dan pengendalian logistik.

“Tiada kawasan khusus (dilanda banjir). Semua kawasan di negeri ini harus dianggap berisiko banjir dan semua anggota perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal.

“Justeru, cuti kira-kira 3,000 pegawai dan ang-gota akan dibekukan (jika

perlu),” katanya pada sidang akhbar berkaitan rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini, semalam.

Akhbar sebe lum in i melaporkan negeri-negeri di pantai timur dijangka menga-lami empat hingga enam epi-sod hujan lebat bermula awal November hingga Januari depan berikutan kedatangan monsun Timur Laut yang ser-ing mengakibatkan banjir.

Beliau turut meminta masyarakat melakukan per-siapan awal untuk berpindah bagi mengelak kesukaran agensi keselamatan memberi-kan bantuan.

“Begitu juga warga emas yang tinggal seorang diri,

seboleh-bolehnya berpindah ke rumah ahli keluarga yang lain bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Sementara itu, Hasanuddin berkata pihaknya menahan seorang peniaga habuk kayu berusia 47 tahun bersama 1,800 biji pil yaba berni-lai RM18,090 dalam satu serbuan di Kampung Batu Melintang, Jeli pada jam 3 pagi kelmarin.

“Kesemua pil itu disem-bunyikan di dalam sebuah kereta yang berada di kawasan rumah terbabit dan siasatan awal mendapati pil berkenaan diperoleh dari Tanah Merah untuk diedarkan di sekitar Jeli. — Bernama

KUANTAN: Sikap dan rasa tanggungjawab masyarakat dalam menjaga kebersihan dapat membantu men-gurangkan risiko kerosakan berlaku termasuk banjir ki-lat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata selain kurang aspek penyeleng-garaan terhadap sistem per-paritan dan saliran, banjir kilat boleh berlaku akibat sikap segelintir masyarakat tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan parit dan sistem saliran menjadi tempat pengumpulan sampah hingga tersumbat.

“Kita diberitahu bahawa infrastruktur (peparitan dan saliran) adalah baik walaupun ada aspek penyelenggaraan yang perlu diperbaiki selain amalan menjaga kebersihan perlu dijadikan budaya dan diterapkan sebagai tang-gungjawab bersama dalam masyarakat.

“Kita sudah hadapi perkara ini (banjir kilat) untuk tem-poh yang lama namun untuk mengubah sikap masyarakat supaya mereka juga ada rasa tanggungjawab itu men-gambil masa yang panjang,” katanya pada sidang media selepas meninjau persediaan menghadapi Monsun Timur Laut Pahang 2019/2020 di Depoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kom-pleks Penyayang di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehud-din Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Zakaria Shaaban dan Penga-rah JKM Pahang Zulkhairi Zainol Abidin.

Dr Wan Azizah berkata mentaliti segelintir masyar-

SETIU: Polis Terengganu telah mempersiapkan sera-mai 710 petugas termasuk pegawai dan anggota di seluruh negeri bagi meng-hadapi bencana banjir yang diramal berlaku pertengahan November ini.

Ketua Polis Datuk Aidi Ismail berkata jumlah terse-but termasuk anggota dari-pada pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Marin Wilayah Tiga dengan jumlah keseluruhan seramai 146 orang.

Beliau berkata bagi meng-hadapi sebarang kemung-kinan, hanya 10 peratus anggota serta pegawai dibe-narkan bercuti pada masa ini manakala selebihnya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga memandangkan terdapat amaran kemungki-nan berlaku banjir besar di Terengganu tahun ini.

“Kita juga telah memper-siapkan sebanyak 1,183 aset

dan keperluan logistik ter-masuk bot, trak, lori, treler dan van bagi mengangkut serta memindahkan mangsa banjir.

“Difahamkan sebanyak 554 pusat pemindahan yang mampu menampung seramai 131,875 mangsa banjir telah dipersiapkan di seluruh neg-eri dan polis akan cuba sedaya upaya memberi khidmat ter-baik untuk masyarakat agar semua urusan menyelamat dan pemindahan berjalan lancar,” katanya selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Setiu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, semalam.

Asisten Supt Burhanuddin Mustapha dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Dae-rah Setiu bagi menggantikan bekas Ketua Polis Daerah Se-tiu, Deputi Supt, Zulkifli Mat Deris yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah

dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan.

Selain itu, Aidi berkata polis juga akan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan banjir bagi mengelak kecurian dan kes pecah rumah.

Berikutan itu katanya, orang ramai tidak perlu risau dengan keselamatan harta benda mereka dan perlu segera berpindah jika diarahkan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan diri serta keluarga.

“Alhamdulillah tahun lepas tidak berlaku kes pecah di kawasan rumah yang diting-galkan kerana anggota kita jalankan rondaan secara berkala.

“Kepada mereka yang ada anak-anak kecil sentiasa awasi mereka dan elakkan bermain di kawasan banjir, tepi sun-gai atau parit besar kerana banyak kes lemas berlaku di lokasi tersebut,” katanya. — Bernama

KUANTAN: Timbalan Per-dana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang melakukan lawatan ke Pahang semalam, melawat projek

Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Ke-beranian dan tindakan pantas seorang guru yang sanggup menggadai nyawa menyela-matkan enam pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor daripada menjadi mangsa amuk 20 tahun lalu menjadikan beliau layak diiktiraf sebagai pemenang Anugerah My Hero 3.0, baru-baru ini.

Mengimbau kembali per-istiwa itu, Norzah Abd Gani berkata, kejadian amuk meli-batkan seorang lelaki bersen-jatakan parang yang telah memecah masuk sekolah terbabit itu berlaku pada hari Jumaat semasa pertukaran sesi persekolahan daripada sesi pagi ke sesi petang.

“Suasana pada ketika itu agak sibuk dan ramai murid berada di pekarangan se-kolah. Pada masa itu, saya be-rada di tingkat atas bangunan sekolah dan terdengar ada jeritan orang meminta tolong yang mengatakan ada orang ingin membunuhnya.

“Apabila saya melihat keluar, ada seorang lelaki berbadan besar berjalan menuju ke kelas dan mene-tak beberapa orang murid di pekarangan sekolah. Sebe-lum itu, lelaki tersebut telah membakar sebuah motosikal dan keadaan menjadi agak huru-hara,” katanya pada wartawan Utusan Borneo dalam satu wawancara khas Anugerah My Hero 3.0, baru-baru ini.

Norzah yang juga penerima Sijil Penghargaan Kemente-rian Pelajaran Malaysia pada

Sikap bertanggungjawab elak banjir kilat lebih burukMasyarakat harus jaga kebersihan elak parit dan saliran tersumbat

MENCUKUPI: Wan Azizah (dua kiri) melihat barang keperluan mangsa banjir ketika melawat Depot Simpanan Kuantan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi Monsun Timur Laut semalam. — Gambar Bernama

Kita sudah hadapi perkara ini (banjir kilat) untuk tempoh yang lama namun untuk mengubah sikap masyarakat supaya mereka juga ada rasa tanggungjawab itu mengambil masa yang panjang.

”Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailTimbalan Perdana Menteri

akat yang beranggapan ‘tidak mengapa’ juga menyebabkan mereka kurang mengambil berat akan keperluan men-jaga kebersihan kerana be-rasakan kejadian banjir kilat tidak akan berlaku terhadap mereka.

Sikap bertanggungjawab itu juga menurut Dr Wan Azizah, perlu dipraktikkan oleh mereka yang menghuni pusat pemindahan semen-tara (PPS) banjir kerana melibatkan penggunaan ke-mudahan secara berkongsi termasuk tandas.

Mengulas mengenai per-siapan menghadapi banjir di Pahang, Dr Wan Azizah berkata beliau berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat bagi berdepan bencana banjir ekoran Monsun Timur Laut yang telah bermula 24 Okt lalu dan diramal sehingga Mac depan.

“Terdapat 429 kawasan berisiko banjir yang dikenal-pasti di Pahang dan setakat ini, kekuatan anggota bagi berdepan bencana ini ialah seramai 7,174 orang daripada pelbagai agensi termasuk polis, bomba, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sebanyak 171 bot pelbagai

jenis dan 421 kenderaan pel-bagai guna siap untuk diger-akkan apabila banjir berlaku selain 245 lokasi pendaratan helikopter telah dikenalpasti untuk tujuan penghantaran bantuan,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan Persekutuan juga telah memberi peruntukkan sebanyak RM1 juta bagi pembelian barangan keper-luan asas dan RM3 juta un-tuk makanan kering kepada mangsa banjir yang akan ditempatkan di 662 PPS yang sudah dikenalpasti di seluruh Pahang.

Di Pahang, sebanyak 429 kawasan dikategorikan se-bagai berisiko tinggi banjir dengan sebahagian besar ban-tuan barangan keperluan asas telah dihantar ke pangkalan

hadapan bagi membolehkan proses pengagihan kepada mangsa banjir dilakukan segera, katanya.

“Stok keperluan setakat ini adalah mencukupi untuk me-nampung keperluan mangsa banjir termasuk bantuan segera yang dilihat cukup untuk tempoh antara tiga ke lima hari jika mangsa dipin-dahkan ke PPS sementara menanti bantuan seterus-nya,” katanya.

Sebagai contoh, Dr Wan Azizah merujuk kepada De-poh JKM di sini, yang siap dibina pada 14 Sept 2018 dengan peruntukan RM3,7 juta telah sedia dilengkapi dengan stok selimut, tuala, susu tepung bayi, air minu-man, makanan kering dan kit bencana. — Bernama

Guru sanggup gadai nyawa demi selamatkan pelajar

TAHNIAH: Norzah (empat kiri) menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan sijil penghargaan daripada tetamu kehormat, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis Anugerah My Hero 3.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih 700 pegawai dan anggota polis Terengganu bersiap sedia hadapi banjir

Semua jajahan di Kelantan berisiko banjir

Wan Azizah lawat RTB Sungai Belat Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Belat, di sini.

Dalam lawatan itu, beliau diberi taklimat mengenai perkembangan projek ber-

nilai kira-kira RM118.4 juta itu oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang Ir Mohd Noor Bidin. — Bernama

ANJURAN BERSAMA

英雄奖ைம�ேரா

வ�

DISOKONG OLEH

PENAJA PRESTIJ PENAJA

RAKAN MEDIA

tahun 1999 berikutan ke-beraniannya itu berkata, dia tidak berfikir panjang dan cuba menggunakan segala ke-mahiran yang ada termasuk pendekatan psikologi untuk mendekati lelaki tersebut.

“Ketika itu saya marah lebih-lebih lagi melihat anak murid saya tercedera. Saya sudah tidak berfikir panjang dan cuba berbahasa Cina un-tuk memberhentikannya.

“Koko shen me shi? (abang kenapa?) dan waktu itu sudah seperti babak drama kerana dia cuba menyerang saya

setiap kali ingin bercakap dengannya,” katanya.

Biarpun diserang beberapa kali, Norzah tetap tidak berputus asa dan terus cuba berkomunikasi dalam bahasa Cina dalam usaha memujuk dan meredakan amukan lelaki itu.

“Saya memberanikan diri dan mengajak lelaki itu ke kantin bagi membolehkannya bertenang.

“Saya berjaya membuat lelaki itu duduk di bangku kantin sekolah dan saya menyuruh dia berehat. Saya

bawa dua tin minuman un-tuk memujuk lelaki itu,” imbaunya.

Bercerita lanjut, Norzah berkata lagi, pada masa sama, dia meminta guru lain menyelamatkan para pela-jar yang telah ditetak dan memindahkan mereka ke tempat lebih selamat.

“Semasa kami duduk berbincang, dia masih me-megang parang dan mengacu-acukannya ke arah saya.

“Akhirnya saya terpaksa mengguna ‘reverse psycholo-gy’ dengan menyokong lelaki itu bagi meredakan keadaan selain meminta parang untuk teruskan ‘perjuangan’ dan tidak disangka taktik tersebut berjaya,” katanya.

Ditanya apa yang mendor-ong Norzah menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan enam pelajar lain daripada menjadi mangsa, beliau ber-kata, dia hanya memikirkan keselamatan anak-anak mu-

ridnya sahaja.Menurutnya, perasaan

sayang terhadap pelajar se-kolah yang sudah dianggap seperti anak sendiri juga yang mengatasi rasa panik, cemas dan takut yang membelenggu dirinya ketika itu.

“Perasaan saya ketika itu marah kerana anak-anak saya disakiti dan saya tidak boleh membenarkannya perkara itu berlaku.

“Saya tidak mempedulikan diri saya kerana merasakan adalah penting anak-anak saya di sekolah ini selamat. Apabila orang yang kita sayang dicederakan, tidak ada apapun yang member-hentikan saya daripada terus melawan,” jelasnya.

Norzah bagaimanapun berkata, jika anda berdepan situasi sedemikian, anda perlu tahu keupayaan diri dan jangan panik.

“Dalam s i tuas i i tu , saya menggunakan pen-

dekatan psikologi dengan cuba berkomunikasi dan meyakinkan orang terse-but bagi tujuan mendapat kepercayaannya seterusnya melengahkan tindakannya dan akhirnya meredakan kemarahan lelaki tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, Norzah yang kini merupakan Penga-rah Latihan MindRevolution Ent. berkata, beliau tidak pernah menyangka akan dipilih untuk menerima Anugerah My Hero 3.0.

Beliau bagaimanapun men-zahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan dan menyifatkan ia satu pengiktirafan bukan sahaja untuk dirinya tetapi kepada semua individu bergelar pen-didik di negara ini.

“Saya sebenarnya terkejut dengan pemilihan tersebut kerana peristiwa itu berlaku 20 tahun yang lalu.

“Namun begitu, saya san-

gat gembira dan amat meng-hargainya. Tugas guru sangat mencabar tetapi mereka sentiasa memastikan pelajar mereka mendapat pendidikan dan layanan terbaik tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya.

Anugerah My Hero merupakan program anjuran bersama Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber Industri (KLSCCCI) dan Nanyang Siang Pau serta mendapat sokongan dari-pada Jabatan Perpaduan Ne-gara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta The Associ-ated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) dalam usaha untuk mengiktiraf dan menghargai individu-individu yang telah ban-yak berkorban dan berjasa dalam usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah My Hero 3.0.

Sementara itu, pertandin-gan esei My Hero kini dibuka penyertaannya kepada pela-jar berumur 10 hingga 12 ta-hun. Tajuk esei adalah bebas bergantung kepada persepsi peserta terhadap artikel pem-nang anugerah My Hero dan panjang tidak melebihi 300 patah perkataan.Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 November 2019 dan untuk maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/myheroa-ward

Nasional14\ � Selasa, 29 Oktober 2019