an keceriaan dan kebersihan kelas

Upload: rudae-minuk

Post on 16-Jul-2015

182 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

SMK TEBEDU JALAN PENGKALAN AMO 94700 SERIAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 2012

UNIT HAL EHWAL MURIDDISEDIAKAN OLEH RUDAE MINUK KETUA GURU DISIPLIN

Disahkan Oleh:

.......................................................... Pengetua

1

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS 2012PROGRAM : PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS 1.0. PENGENALAN Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan, sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Rasional Suasana bilik darjah yang bersih dan ceria serta kondusif dapat mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menyeronokan. Matlamat Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.

Objektif i. Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat. ii. Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan ceria. iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormatmenghormati, menghargai dan tolong-menolong serta rasa kepunyaan terhadap bilik kelas mereka. Sasaran Semua kelas dan pelajar. Jangka masa April hingga November 2012/ Sepanjang tahun.

2

Format Pemberian Anugerah Pemenang mingguan dan bulanan akan dimumkan semasa perhimpunan sekolah. Pemenang mingguan akan menerima sebuah plak/piala pusingan yang akan dipamerkan di kelas sepanjang minggu beserta satu sijil yang akan dipamerkan di sudut pengiktirafan kelas masing-masing. Pemenang bulanan akan diberi hadiah berupa hamper makanan dan juga sijil. Pemenang keseluruhan tempat pertama, kedua dan ketiga akan diumumkan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan pada hujung tahun. Bentuk hadiah akan ditentukan kemudian. Untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya sentiasa menjaga keceriaan dan kebersihan kelas, bilik kelas yang mendapat markah terendah atau dibawah 60% akan diwajibkan menjalankan kerja amal untuk satu minggu berikutnya. Tugas kelas tersebut ialah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa bebas sampah sepanjang minggu tersebut. Tugas mereka akan dimulakan setiap pagi dengan program Kempen 5 Minit iaitu mengutip sampah di sekitar kawasan blok akademik, pentadbiran dan kantin selama 5 minit selepas Perhimpunan Pagi.

Anggaran kos 1. Membeli plak pertandingan kebersihan kelas = RM100.00 2. Sijil- RM1.00 X 28 minggu = RM28.00 Sumber kewangan i. PIBG

Sumber tenaga i. Guru ii. Pekerja sokongan iii. Pelajar Jadual pelaksanaanJan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis B Aktiviti M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M il 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 2 3 4 1 1 2 3 4 Keceriaa 1 n kelas 2 Penilaian Penyamp 3 aian hadiah

3

Syarat-syarat Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas i. Pertandingan melibatkan semua kelas. ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding. b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan papan kenyataan belakang: -visi dan misi -peraturan kelas -jadual waktu -pelan kebakaran -jadual bertugas -sudut mata pelajaran -carta organisasi -sudut ilmu -senarai pelajar -sudut pengiktirafan kelas -senarai inventori -matlamat/ objektif/ slogan c. Hiasan dan kata-kata motivasi d. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari, dll) termasuk selepas waktu persekolahan e. Disiplin pelajar di dalam kelas (bonus) -kedatangan baik / salah laku minimum / keluar kelas dengan kebenaran dsb. iii. Penilaian dibuat oleh kumpulan panel penilai sepanjang minggu. Penilaian boleh dibuat semasa sesi persekolahan ataupun selepas sesi persekolahan. iv. Anugerah sijil penghargaan serta piala pusingan berbentuk plak akan disampaikan kepada kelas yang mendapat markah tertinggi setiap minggu semasa perhimpunan sekolah. v. Kelas yang mendapat markah paling rendah atau markah dibawah 60% diwajibkan membuat kerja amal memastikan kawasan sekolah bebas sampah setiap hari sepanjang minggu berikutnya.

4

LEMBAGA PANEL PENILAI PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS 2012 PENASIHAT ENCIK JUNAIDI B. HJ ZULKIPLI (PENGETUA)

PENGERUSI EN. ADRIAN ROY NOEB (PK HEM)

SETIAUSAHA CIK SENIAH BT KADIR

KETUA PANEL PENILAI EN. WILLIE ESTHER

AHLI-AHLI PANEL PENILAI 1. PN. BIBI ZILAWATI BT MUHAMMAD 2. EN. BISMELLAH B RASIDIN 3. EN. CHANGAN AK BUGOL 4. PN. ELSY AK HENRY AHGUK 5. EN. JACKSON BONG 6. PN. MUNTIA BT TERIMAN 7. CIK NUR AFFIZA BT WET 8. EN. PAJOS B ALIONG 9. PN. ROSLINATY BT MOR 10. CIK SITI KHATIJAK BT CUKI 11. EN. LANYEH SAGER 12. PN. MYRRA @ MARIA SIM

5

Panel Penilai Minggu 1 -1. PN. BIBI ZILAWATI BT MUHAMMAD -2. EN. BISMELLAH B RASIDIN -3. EN. CHANGAN AK BUGOL Minggu 2 -4. PN. ELSY AK HENRY AHGUK -5. EN. JACKSON BONG -6. PN. MUNTIA BT TERIMAN Minggu 3 -7. CIK NUR AFFIZA BT WET -8. EN. PAJOS B ALIONG -9. PN. MYRRA @ MARIA SIM Minggu 4 -10. PN. ROSLINATY BT MOR -11. CIK SITI KHATIJAK BT CUKI -11. EN. LANYEH SAGER

6

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Ketua Panel Penilai i) Menyelaras dan memantau kelancaran pertandingan. ii) Memastikan setiap ahli panel penilai menjalankan tugas membuat penilaian pertandingan. iii) Mengumumkan keputusan pertandingan pada masa perhimpunan dan Hari Anugerah Cemerlang. iv) Membuat penyesuaian dalam format pertandingan sekiranya perlu. 2. Setiausaha i) Mengurus dan menyediakan hadiah serta sijil untuk pemenang mingguan, bulanan serta keseluruhan pertandingan. ii) Menyediakan dan mengedarkan borang-borang penilaian kepada ahli panel penilai. iii) Membuat rumusan mingguan, bulanan dan keseluruhan pertandingan dan diserah kepada Ketua Panel Penilai. 3. Ahli Panel Penilai i) Membuat penilaian pertandingan menggunakan borang yang telah disediakan. ii) Memberi komen dan pandangan untuk memperbaiki keadaan. iii) Menyerahkan borang penilaian kepada setiausaha untuk tindakan selanjutnya.

7

CARTA ALIRAN PERTANDINGAN

Ahli panel penilai -Membuat penilaian dan menyerahkan keputusan harian kepada Setiausaha .

Setiausaha -Membuat rumusan mingguan, bulanan dan keseluruhan. -Mennyerahkan rumusan kepada Ketua Panel untuk diumumkan. -Menyediakan sijil serta hadiah pertandingan.

Ketua Panel Penilai -Mengumumkan keputusan pertandingan semasa Perhimpunan Sekolah serta Majlis Anugerah Cemerlang.

8