week 2 kenegaraan.ppt

Post on 29-Nov-2015

124 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

nationhood ok bye.

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN

ASAS KEFAHAMAN NEGARA DAN KENEGARAAN

PERJALANAN KULIAHPengenalanK, D, R, T, SAnalisa Keperluan BernegaraPeranan dan Tanggungjawab KerajaanRumusan

PENGENALAN

NEGARA - ????

Kehidupan oleh sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar

Elemen NEGARA – K, D, R, T, S

Elemen Negara

KeDaulatan

Kerajaan Rakyat Tanah Sempadan

NEGARA

KerajaanInstitusi pemerintahan sesebuah negara yang

bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti Parlimen, Majlis Raja-Raja, Kabinet, Kementerian dan Mahkamah.

Kerajaan sebagai satu rangkaian institusi yang mentadbir masyarakat dan negara serta merupakan alat atau jentera negara yang antara fungsinya ialah untuk mencapai matlamat, dasar dan cita-cita negara (Syed Ahmad Hussein)

Kerajaan sebagai satu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem peraturan ke atas masyarakat (Mac Iver)

Kerajaan sebagai lembaga yang mempunyai kewibawaan yang sah dalam merancang dan melaksanakan dasar-dasar bagi pembangunan sesebuah negara (David E. Apter)

• Bentuk kerajaan dan corak pemerintahan yang wujud dalam sesebuah negara bergantung kepada sistem yang diguna pakai. Antaranya:

1.Demokrasi2.Monarki3.Oligarki4.Aristokrasi

• Malaysia ??????

• Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

• Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.

• Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita.

• Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

KERAJAAN

EKSEKUTIF PERUNDANGAN KEHAKIMAN

Melaksanakan dan

menguatkuasakan

undang-undang

Membuat dan menggubal

undang-undang

Mengadili danmentafsir

undang-undang

KABINET PARLIMEN MAHKAMAH

KedaulatanDEFINISI :

• Keagungan atau keunggulan

– kuasa sesebuah negara membuat dan menguatkuasakan undang-undang, hak sepenuhnya ke atas pemerintahan sendiri, tidak terikat dengan mana-mana pihak dalam menentukan hala tuju pemerintahan (merdeka)serta bebas bertindak dan mempertahankan maruah negara.

Kepentingan Kedaulatan

Menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Menjamin negara bangsa yang kuat.

Menjaga martabat bangsa dan negara.

Rakyat

?Siapakah RAKYAT Malaysia?????

Sekumpulan manusia yang disatukan oleh satu rasa persamaan

- dilihat dari aspek status sebagai warganegara di sesebuah wilayah yang diduduki bersama dan terikat dengan undang-undang yang sama.

• Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik.

• Di Semenanjung Malaysia etnik yang dominan ialah Melayu, cina, India.

• Di Sabah dan Sarawak pula ada pelbagai etnik. 32 di Sabah dan 20 di Sarawak.

Tanah dan Sempadan

MALAYSIA

SAIZ : 329,847 KM2

• Tanah = wilayah/ tempat tinggal rakyat sesebuah negara

• Sempadan = sempadan tanah (fizikal), perairan dan udara

• Negara Malaysia terletak di Asia Tenggara dan keluasannya ialah 329,847 km2.

• Tanah dan sempadan memudahkan negara menentukan kerakyatan dan mengesahkan kewujudan serta lokasi sesuatu negara.

Analisa Keperluan Bernegara

Kenapa kita perlukan NEGARA?

1. Rakyat memerlukan negara untuk menghadapi cabaran – negara berperanan untuk melindungi rakyat daripada sebarang ancaman (penjajahan dalam pelbagai bentuk).

2. Negara diperlukan bagi mengharungi kemajuan.- kerajaan akan menguruskan kehidupan dan pembangunan rakyat dalam negara.

3. Negara berperanan dalam memberi imej dan identiti kepada rakyat Malaysia – Imej, identiti yang ada menjadi pegangan dan jati diri masyarakat Malaysia apabila berhubung dengan masyarakat dunia.

Peranan & Tanggungjawab Kerajaan

Melaksanakan peraturan dan dasarMenjaga kebajikan rakyatMemastikan sistem politik dan sosial berjalan

lancarMentadbir dan menjaga keamananMenggalakkan pembangunan

RumusanNEGARA bermaksud

Kehidupan suatu masyarakat yang didalamnya terdapat:

PEMERINTAH = KERAJAANUNDANG-UNDANG = KEDAULATANPENDUDUK = RAKYATDAERAH & KAWASAN = TANAH/ SEMPADAN

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related