wacana

Post on 14-Jul-2016

22 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

wacana

TRANSCRIPT

WACANAWACANABAHASA MELAYU

NAMA GURU PELATIH : SITI NORLIZA BINTI AZIZSITI MAHFUZAH BINTI AB MALIK

NAMA PENSYARAH : PN. NARITA

Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.yang utuh dan melebihi batas ayat.

Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.ayat.

Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Ayat Wacana Ayat Wacana

Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan.Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan.

Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato, ucapan, khutbah, dan dialog.ucapan, khutbah, dan dialog.

Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaanya.

Contoh ayat “Mengapa bising sangat” :Daripada segi struktur merupakan ayat tanya Dalam konteks di bilik darjah, ayat ini ialah ayat perintah, iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan pelajarnya supaya senyap.

Oleh hal yang demikian, huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan hingga tahap wacana. Sehubungan dengan itu, kemampuan menghasilkan wacana menjadi kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang.

Dalam bentuk tulisan pula terdiri daripada laporan, surat, rencana, cerpen, novel, dan puisi.

WACANWACANAA

Mempunyai tema BermotifGaya bahasaKohesi dan koherensTiada ayat tautologiElemen-elemen yang logikal dan realistikTerdiri daripada andaian (subjek) dan inferensi (komen/aseri)

Pengarang atau penulis berkesempatan

menentukan etika dan prosedur penghasilan

penulisan.

Penulisan bertujuan untuk pebaca menilai dan mengenalpasti

hubungan hasil bacaan dengan pembaca.

Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya,

gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa biasa) dalam pertuturan.

Ayat-ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar

ayat-ayat tersebut berkohesi (makna tautan)

dan koherens (logik).

Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan

sebelumnya) tidak perlu diulang.

Hasil penulisan perlu bersifat kenyataan, logik dan realistik, bukanlah

rekaan individu semata-semata.

Kucing Parsi itu comel.ANDAIAN INFERENSI

Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

Contoh : Keluar!

WACANAWACANA

PENANDA WACANA

Bermaksud kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran.

Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.

CONTOH PENANDA WACANA

TambahanSelanjutnya, seterusnya, selain itu, di samping itu,

tambahan lagi, demikian juga, begitu juga

Tambahan dan PenegasanLebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan,

bahkan, lagipun

Sebab, Kesan atau LanjutanOleh sebab itu, dengan itu, dengan demikian, jadi,

sebagai akibatnya, sebagai hasilnya

Pertentangan Namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walaupun,

akan tetapi, sungguhpun begitu

Perkaitan Sehubungan dengan itu, dalam hal ini, berhubung dengan, dari segi, sejajar dengan, selaras dengan, merujuk kepada

WaktuSebelum itu, kini, pada masa ini, sementara itu, kemudian,

pada waktu yang sama, lama-kelamaan, akhirnya

TempatDisini, di sana, di samping, berhampiran dengan,

bersebelahan dengan, bertentangan dengan

ContohMisalnya, sebagai contoh, contohnya

PerbandinganDalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga,

serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

Pernyataan semulaYakni, dengan kata lain

Tujuan dan MaksudUntuk tujuan ini, hal ini bermaksud, hal ini bererti,

hal ini membawa pengertian, maksudnya

UrutanPertama, kedua, selepas itu, kemudian, akhirnya

HarapanSemoga, moga-moga, mudah-mudahan

RumusanKesimpulannya, akhir kata, sebagai penutup,

sebagai rumusan, secara keseluruhannya.

PendahuluanSebagai pendahuluan, sebagai permulaan, mulanya,

pertamanya, sebagai mukadimah

SingkatanRingkasnya, pendek kata, secara ringkasnya

Penekanan atau PenegasanSesungguhnya, sebenarnya, sememangnya,tentulah,

Pastilah, jelaslah, tidak dapat dinafikan

GeneralisasiPada umumnya, secara amnya, secara umumnya

Bahasa KlasikHatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian,

Sebermula, sekali peristiwa, arakian

Terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana

Ciri ini sangat penting kerana cirri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.

Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu :

terdapatnya runtuhan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan

dapat difahami) ; dan wujudnya tautan atau kohesi, (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan

unsur linguistik yang lain).

Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik.

Bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.

Hubungan sebab dan akibat

Contoh = Lelaki itu terbabit dalam pengedaran dadah. Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati

Hubungan sebab dan hasil

Contoh = Pelajar itu rajin berusaha. Dia mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.

Hubungan latar dan kesimpulan

Contoh =

Halaman rumah Cikgu Mohamad sentiasa hijau dengan pokok-pokok bunga yang menyegarkan. Rupa-rupanya isteri beliau yang pandai menanam dan mengurus tanaman

Hubungan syarat dan hasil,

Contoh =

Rakyat harus tekun bekerja. Ketekunan rakyat menentukan kemajuan negara

Hubungan perbandingan

Contoh = Soalan analisis ayat susah. Soalan analisis wacana lagi susah

Hubungan memperkuat isi atau hubungan penjelasan

Contoh =

Bencana Tsunami sungguh dasyat. Ombak besar itu mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia serta banyak memusnahkan harta benda

Hubungan semantik antara bahagian wacana juga dapat ditimbulkan oleh unsur-unsur fonologi dalam sesuatu wacana. Antaranya termasuklah hentian, intonasi, dan nada suara.

CONTOH :

Ayat Ibu bapa Ali telah meninggal dunia mengandung ketaksaan makna, bergantung pada hentian atau kesenyapan suara yang berlaku.

Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ali, maka ayat ini membawa maksud ”kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia”. Akan tetapi, sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan Ibu dan perkataan Ali, maka ayat ini bermaksud ”nenek Ali

telah meninggal dunia”.

Begitu juga halnya dengan intonasi yang berbeza. Misalnya, dengan tingkat nada yang meninggi di akhir ayat, ayat penyata Ali menulis surat akan menjadi ayat tanya Ali menulis surat? Seterusnya, ayat minimal duduk, sekiranya diucapkan dengan nada yang lembut, maka ayatnya ialah silaan. Tetapi, jika diucapkan dengan nada yang keras, ayat ini merupakan ayat suruhan yang membawa perasaan marah.

Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Antara caranya termasuklah, pertama, dengan mengulang kata yang sama,

CONTOH :

”Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi. Tampaknya dia memang gemar termenung”.

Dengan menggunakan sinonim

CONTOH :”Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu”.

Dengan menggunakan antonim

CONTOH :

”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Dengan menggunakan hiponim

CONTOH :

”Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya termasuklah keli, haruan, tilapia dan puyu”.

Dengan menggunakan kolokasi

CONTOH :

”Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula jadi”.

Dengan memanfaatkan unsur bersambut

CONTOH :

”Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan”.

Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal.

1. Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa.

2. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung.

Penanda Rujukan.

1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk.

2. Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana.

3. Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka, :

a) ”Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan negara”.

4. Yang berikut ini pula ialah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama tunjuk :

a) ”Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang lalu”.

Penanda Penggantian.

1. Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain.

2. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama (nominal), kata kerja (verbal), dan klausa.

3. Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal:

a) ”Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah”.

Penanda Penghubung.

1. Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat.

2. Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda penghubung menjalin semua yang dinyatakan itu :

a) ”Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan hiburan.

i. Dalam hal ini, rancangan yang paling ketara banyak merojakkan bahasa Melayu ialah drama dan siri komedi tempatan yang sengaja merojakkan bahasa Melayu dengan alasan untuk memperlihatkan realiti masyarakat Malaysia.

b) Sebagai contoh, dlam siri komedi tempatan, kita sering mendengar kata-kata atau ungkapan –ungkapan seperti :

i. ”Cuba terai”, ”You ni teruk la”, ”Saya contact awak nanti”,

”You dah lunch?”, ”I nak pergi shopping”, dan sebagainya.

• Ungkapan-ungkapan seperti ini memberikan kesan negatif terhadap penggunaan bahasa anak-anak muda kerana merekalah golongan yang kerap menonoton rancangan hiburan seperti ini.

top related