universiti teknologi malaysia...2. perpustakaan universiti teknologi malaysia dibenarkan membuat...
Post on 15-Apr-2021
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISTJUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK
EKSPERIMEN DAN MENGEKSPERIMEN DALAMKALANGAN PELAJAR TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya: NOOR LIY(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malays ia dengan syarat-syarat berikut:
l. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi4. ** Sila Tandakan ( { )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdadah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERIIAI)Disahkan Oleh:
7(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATAAIGAN PENYELIA)
D
B
Alamat Tetap:
34, JLN SUASANA 5/3A,BDR TUN HUSSEIN ONN.43200 CHERAS,SELANGOR
Tarikh:2 MEI2008
PROF' MADYA DR. SHAHAROMNOORDIN
Nama Penyelia
rarikh: w4Pl24C2ttF
PSZ 19:16 (Pind. l/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
' Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atauLaporan Projek Sarjana Muda(PSM)
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK
EKSPERIMEN DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN
PELAJAR TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK
NOOR LIYANA BINTI SHAMSUDIN
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
PENGESAHAN PENYELIA
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya,
karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)"
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
111
PENGAKUANI
tr$aya e*ni bah*yrr knrya ini adahh hasil kerJ* sryr sendlri ks+uali n[kilan
dan ringkascn y*ng tiap satunya ielah rrya
ielaekeu oumbernylo
Tnndrtengnn
Nrma penulic
?arikh
Noor Liyan* Binti $hamgudin
Mei 2008
iv
DEDIKASI
Ditujukan khas buat papa dan mama yang banyak memberikan dorongan untuk terus
tabah dalam mengharungi cabaran hidup.
Jasa dan kasih sayangmu tidak dapat diganti dengan harta dunia, hanya ALLAH
S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
Segala pengorbanan yang dicurahkan untuk kejayaan anakmu ini akan kukenang dan
kubalas…
Sehingga akhir hayatku..
Buat adik-adikku,
Teruskan perjuangan dan semoga kejayaanku ini akan menjadi semangat buatmu
untuk terus cemerlang di masa hadapan…
Buat Faizal Rizdha Ibrahim,
terima kasih di atas keperihatinan dan nasihat daripadamu…
Dan untuk rakan-rakanku,
Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua tunjuk ajar, dorongan dan nasihat
sepanjang persahabatan kita.
Akan ku kenang kenangan kita bersama.
v
PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia, petunjuk serta
keizinanNya, kajian ini dapat disempurnakan mengikut jadual.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya
Dr. Hj.Shaharom Bin Noordin selaku penyelia projek di atas segala bimbingan,
tunjuk ajar, dan teguran yang membina sehingga projek ini sempurna disiapkan.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Penilai Projek Sarjana Muda
iaitu Profesor Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali dan Tuan Haji Meor Ibrahim Bin
Kamarudin di atas kerjasama dan komen yang diberikan sepanjang tempoh
penyelidikan ini.
Seterusnya, pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Fizik (3SPF dan 3SPP)
yang sudi memberi kerjasama bagi kajian ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan
seperjuangan 4SPF yang setia saling membantu dalam proses menyiapkan projek ini.
vi
ABSTRAK Tahap kefahaman di dalam Kemahiran Proses Sains dalam kalangan bakal
guru fizik mendapat perhatian penyelidik. Penyelidik menumpukan kajian ini
kepada dua kemahiran iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran
mengeksperimen. Pembolehubah manipulasi bagi kajian ini ialah jantina dan
program pengajian yang terdiri daripada pelajar Tahun Tiga Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik). Manakala pembolehubah bersandar pula ialah tahap kefahaman subjek
kajian dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen.
Seramai 36 orang pelajar tahun tiga Program Pendidikan Fizik terlibat sebagai subjek
kajian iaitu 13 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Ujian Pencapaian Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen merupakan alat kajian
bagi kajian ini. Kebolehpercayaan bagi alat kajian ini diuji menggunakan alpha
cronbach (α) = .82. Analisis data bagi kajian ini menggunakan statistik deskriptif
iaitu dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kefahaman subjek kajian di dalam kedua-dua kemahiran adalah
baik. Tiada perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian di dalam
kedua-dua kemahiran. Dapatan kajian juga mendapati tiada perbezaan tahap
kefahaman merentas jantina di dalam kedua-dua kemahiran. Secara keseluruhan,
tahap kefahaman pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Fizik, Universiti,
Teknologi Malaysia Skudai dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
kemahiran mengeksperimen adalah baik. Usaha perlu ditingkatkan bagi menjamin
kecemerlangan bakal guru di dalam Kemahiran Proses Sains.
vii
ABSTRACT
The level of understanding in Science Process Skills among pre-service
teacher has created interest of the researcher. This study focused on two skills which
are designing experiment skill and experimenting skill. Manipulated variables in this
study are gender and program of study which are third year students from Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) and Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Fizik). While the dependent variables are the level of understanding of
designing experimenting skill and experimenting skill. The respondents for this
study are 36 third year students which comprised of 13 male and 23 female. The
instrument used in this study is Ujian Pencapaian Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen. The reliability of this instrument was
tested with the alpha cronbach (α) = .82. The descriptive statistics in the form of
mean, standard deviation, maximum and minimum was used in the data analysis.
The result of this study found that the level of understanding for designing
experiment skill and experimenting skill among third year Physics Education
Program was good. There is no difference between the level of understanding in
these two skills with regard to program of study. The result also showed that there is
no difference in the level of understanding in these two skills with regard to gender.
Overall, the result of this study showed that the level of understanding for designing
experiment skill and experimenting skill among third year Physics education students
at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai was good. Action should be taken in
ensuring the pre-service teachers are excellence in Science Process Skills.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
ix
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Masalah dalam penguasaan KPS dalam 6
Kalangan guru dan bakal guru
1.2.2 Guru Fizik Kurang Melibatkan Pelajar 7
Di Dalam Aktiviti Amali
1.2.3 Persepsi ibu bapa serta sikap pelajar 9
terhadap penekanan KPS
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Rangka Kerja Konsep 13
1.7 Kepentingan Kajian 15
1.7.1 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) 15
1.7.2 Fakuti Pendidikan UTM Skudai 15
1.7.3 Pensyarah 16
1.7.4 Bakal Guru serta Guru Sekolah 16
1.8 Skop Kajian 17
1.9 Andaian Kajian 18
1.10 Batasan Kajian 19
1.11 Takrifan 19
1.11.1 Tahap Kefahaman 20
1.11.2 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 20
1.11.3 Kemahiran Mengeksperimen 22
1.11.4 Program Pengajian 23
1.12 Rumusan 24
x
2 SOROTAN PENULISAN 25
2.1 Pendahuluan 25
2.2 Teori-teori Tentang KPS 26
2.2.1 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 30
2.2.2 Kemahiran Mengeksperimen 34
2.3 Kajian Dalam Negara Tentang 38
Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen
Dan Kemahiran Mengeksperimen
2.3.1 Kajian Dalam Negara Tentang 38
Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen
Dan Kemahiran Mengeksperimen
Di Peringkat Maktab Dan
Institut Pengajian Tinggi
2.3.2 Kajian Dalam Negara Mengenai 43
Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen
Dan Kemahiran Mengeksperimen
Di Peringkat Sekolah Menengah
2.4 Kajian Luar Negara Tentang Kemahiran 44
Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen
2.4.1 Kajian Luar Negara Tentang Kemahiran 45
Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen Di Institut Pengajian Tinggi
2.4.2 Kajian Luar Negara Berkaitan Kemahiran 49
Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen Di Peringkat Sekolah Menengah
2.5 Rumusan 51
xi
3 PENGKAEDAHAN 52
3.1 Pendahuluan 52
3.2 Reka Bentuk Kajian 52
3.3 Subjek Kajian 53
3.4 Alat Kajian 54
3.5 Tatacara Kajian 57
3.5.1 Kajian Rintis 57
3.5.2 Kajian Sebenar 57
3.6 Analisis Data 58
3.7 Rumusan 61
4 DAPATAN KAJIAN 62
4.1 Pendahuluan 62
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk 63
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Secara Keseluruhan
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk 65
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Program Pengajian
4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk 67
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Jantina
4.5 Rumusan 69
xii
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN 70
DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 70
5.2 Ringkasan 70
5.3 Kesimpulan 72
5.4 Perbincangan 73
5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka 73
BentukEksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen
5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka 76
BentukEksperimen Dan Kemahiran
MengeksperimenMerentas Program
Pengajian
5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka 79
BentukEksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen Merentas Jantina
5.5 Implikasi 81
5.5.1 Bakal Guru 82
5.5.2 Pensyarah 83
5.5.3 Pembantu Makmal 84
5.5.4 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi 85
Malaysia
5.5.5 Universiti Teknologi Malaysia 85
5.6 Cadangan 86
5.7 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 89
5.8 Rumusan 91
RUJUKAN 92
LAMPIRAN 98
xiii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Analisis Keputusan Peperiksaan 5 Fizik SPM
1.2 Skala Tahap Kefahaman Pelajar 20
2.1 Penerangan Mengenai KPS 27 2.2 Konstruk dan Petunjuk Prestasi,(JKPP) 31 3.1 Jadual Taburan Subjek Kajian Mengikut 53
Jantina Dan Program Pengajian
3.2 Skala Tahap Kefahaman KPS Pelajar 58 Secara Keseluruhan
3.3 Skala Tahap Kefahaman Pelajar Bagi Setiap KPS 58
4.1 Analisis Statistik Tahap Kefahaman Kemahiran 63
Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen
4.2 Analisis Statistik Tahap Kefahaman Kemahiran 65
Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen Merentas Program Pengajian
4.3 Analisis Statistik Tahap Kefahaman Kemahiran 67
Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran
Mengeksperimen Merentas Jantina
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep Kajian 13
1.2 Subskala Kemahiran Mereka Bentuk 21
Eksperimen Bagi Konteks Kajian
1.3 Subskala Kemahiran Mengeksperimen 23
Bagi Konteks Kajian
3.1 Subskala Kemahiran Mereka Bentuk 55
Eksperimen
3.2 Subskala Kemahiran Mengeksperimen 56
xv
SENARAI SINGKATAN
et al. - And Others
JKPP - Jadual Konnstruk dan Petunjuk Prestasi
KM - Kemahiran Manipulatif
KPS - Kemahiran Proses Sains
KS - Kemahiran Saintifik
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SPF - Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPP - Program Sarjana Muda Sains Dan Komputer (Fizik)
SPSS - Statistical Package for the Social Science
UPKMBEM - Ujian Penilaian Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI SIMBOL
X - Min
∑ - Jumlah
Xi - Markat
N - Bilangan Subjek
f - Bilangan Kekerapan
M - Markat Min
SL - Sisihan Lazim
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Item Ujian Pencapaian Kemahiran 98
Mereka Bentuk Eksperimen Dan
Kemahiran Mengeksperimen
( UPKMBEM)
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam proses menuju ke arah era negara maju, Malaysia memerlukan
masyarakat yang berilmu pengetahuan dan serba boleh terutamanya dalam bidang
sains dan teknologi. Untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, maka
ibu bapa dan guru merupakan ejen yang terpenting untuk mendidik anak-anak serta
pelajar. “Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu
ingin melahirkan rakyat Malaysia yang mampu merealisasikan matlamat negara yang
ingin mencapai kemajuan menjelang tahun 2020 (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2002).”
“Untuk merealisasikan hasrat negara, Malaysia perlu melahirkan generasi-
generasi yang celik Sains. Untuk mencapai hasrat ini, maka pelajar sekolah di
Malaysia perlu menguasai Sains dengan baik. Berikutan keperluan negara ini, maka
kurikulum Fizik telah digubal berlandaskan ilmu-ilmu sains agar mutu pendidikan
negara dapat ditingkatkan. Antara yang ditekankan di dalam kurikulum ini ialah
penguasaan pelajar di dalam kemahiran saintifik (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2002).”
2
Berdasarkan perenggan di atas, ini menunjukkan bahawa pendidikan di
Malaysia amat mengambil berat tentang pentingnya ilmu Fizik untuk dikuasai oleh
pelajar sekolah di Malaysia. Dengan ilmu Fizik, Malaysia bakal melahirkan
generasi-generasi muda yang mampu membawa Malaysia ke arah negara maju.
Kurikulum Fizik juga memberi penekanan kepada kemahiran saintifik (KS) di mana
ia terbahagi kepada kemahiran proses sains (KPS) dan juga kemahiran manipulatif
(KM). “Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya membantu pelajar untuk mempelajari
mata pelajaran Fizik dengan lebih bermakna di samping melahirkan pelajar yang
sentiasa berfikir kerana Fizik merupakan mata pelajaran yang mengutamakan kaedah
inkuiri dan penyelesaian masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).”
“Kemahiran ini boleh dipupuk dalam kalangan pelajar dengan memberi
peluang kepada mereka melalui pembelajaran secara bereksperimen. Pembelajaran
secara bereksperimen memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari Fizik
secara “hands-on” di mana boleh membantu mereka memahami ilmu Fizik dengan
lebih mudah. Ini kerana mereka terlibat di dalam pembelajaran yang aktif. Melalui
eksperimen juga, ia dapat membantu pelajar untuk menyedari kepentingan Fizik di
dalam kehidupan seharian ( Exploration: A Way Of Learning Science, 1990).”
Abu Hassan (2003) di dalam bukunya bertajuk Kurikulum Sains Sekolah
Malaysia ada menyatakan mengenai istilah Sains. Berikut adalah pernyataannya:
Istilah sains perlu digunakan dalam bentuk kata kerja – bertindak,
membuat dan menyiasat; bukannya sebagai kata nama yang melibatkan
fakta-fakta untuk dihafal.
(Abu Hassan, 2003:40) Daripada pernyataan ini, pelajar perlu mempelajari Fizik secara “hands-on”
yang melibatkan KPS kerana Fizik tidak boleh dipelajari secara berpusatkan guru
sahaja. KPS terdiri daripada beberapa kemahiran yang perlu pelajar kuasai untuk
membantu mereka mendalami Fizik dengan lebih bermakna serta boleh
mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. “Antara kemahiran-kemahiran
yang terlibat di dalam KPS ialah kemahiran memerhati, kemahiran mengelas,
3
kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah dan kemahiran
mengeksperimen (Abu Hassan, 2003).” Mempelajari Fizik secara “hands-on”
sebenarnya dapat melatih pelajar supaya berfikiran terbuka, kreatif dan kritis dan
mampu merealisasikan hasrat negara untuk maju menjelang tahun 2020.
Seterusnya, Abu Hassan (2003) menyatakan Kurikulum Sains seperti berikut:
Kurikulum Sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran
yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang
berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Kemahiran saintifik
merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang
aktiviti penyiasatan dengan menggunakan kaedah saintifik – misalnya,
eksperimen, penyelidikan dan projek. Selaras dengan ini, kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif diberi penekanan yang
sewajarnya dalam kurikulum sains. Kedua-dua jenis kemahiran ini
hendaklah dilihat secara bersepadu dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran sains.
(Abu Hassan, 2003:84) Berdasarkan pernyataan di atas, matapelajaran Fizik memang memerlukan
pembelajaran yang melibatkan KPS di mana pelajar akan terlibat di dalam
eksperimen. “Semasa mengeksperimen, pelajar akan dilatih untuk menguasai
kemahiran menyusun serta memasang radas mengikut pengkaedahan, kemahiran
mengambil dan membaca ukuran dan kemahiran mengendalikan radas dan bahan
mengikut pengkaedahan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004).”
4
Menurut Lilia et al. (2002) di dalam bukunya bertajuk Starategi Pengajaran
Fizik Untuk Guru Sains menyatakan:
Pembelajaran Fizik yang bermakna akan berlaku jika aktiviti makmal
diintegrasikan dalam pembelajaran teori. Sesungguhnya pemisahan
aktiviti makmal dan dalam pembelajaran Fizik terutama pada peringkat
menengah atas adalah tidak memenuhi aspirasi pengajaran
pembelajaran Fizik yang sebenar.
(Lilia et al. 2002:48)
Berdasarkan petikan di atas, pembelajaran Fizik akan lebih berkesan dengan
adanya eksperimen di samping pembelajaran teori. Ini kerana KPS yang terlibat
semasa pelajar menjalankan eksperimen boleh membantu mereka untuk memahami
mata pelajaran Fizik dengan lebih mudah dan secara tidak langsung, melatih pelajar
untuk menjana idea dan sentiasa berfikir.
“Sarojini (2003) menyatakan untuk memastikan pembelajaran secara
bereksperimen adalah berkesan dan dapat merealisasikan impian negara, maka adalah
wajar untuk mengenal pasti persekitaran sebenar di dalam makmal iaitu dari segi
persediaan dan pengajaran guru semasa mengendalikan pembelajaran di dalam
makmal.” “Penguasaan KPS adalah penting kerana Fizik mengutamakan kaedah
inkuiri dan penyelesaian masalah dengan menggunakan kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).”
1.1.1 Latar Belakang Masalah
“Fizik merupakan mata pelajaran yang penting kerana ia merupakan salah
satu bidang yang diperlukan untuk melahirkan jurutera dan ahli-ahli sains untuk
keperluan negara akan datang. Fizik merupakan mata pelajaran yang berkait rapat
dengan kehidupan harian. Jadi, pelajar mempunyai serba sedikit pengetahuan
mengenai Fizik walaupun mereka belum diajar oleh guru mengenai konsep Fizik.
5
Namun, mengapakah mata pelajaran Fizik dianggap susah bagi kebanyakan pelajar?
Tanpa pengetahuan asas yang kukuh, maka agak sukar bagi pelajar untuk memahami
konsep Fizik dengan baik dan seterusnya mempengaruhi minat mereka untuk
melanjutkan pelajaran mereka di dalam bidang Fizik (Lilia et al., 2002).” Jadual 1.1
menunjukkan analisis SPM bagi mata pelajaran Fizik pada tahun 2005 dan 2006
diikuti penerangan lanjut mengenai analisis tersebut.
Jadual 1.1: Analisis Keputusan Peperiksaan Fizik SPM
PERINGKAT GRED
CEMERLANG KEPUJIAN
1A 2A 3B 4B 5C TAHUN
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
2005 599 8.80 549 8.00 570 8.30 652 9.50 773 11.30
2006 431 6.40 438 6.50 561 8.30 603 8.90 683 10.10
JUMLAH 1030 15.20 987 14.50 1131 16.60 1255 18.40 1456 21.40
PERINGKAT GRED
KEPUJIAN LULUS GAGAL
6C 7D 8E 9G TAHUN
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
2005 821 12.00 1583 23.20 1077 15.80 205 3.00
2006 870 12.90 1595 23.60 1263 18.70 311 4.60
JUMLAH 1691 24.90 3178 46.80 2340 34.50 516 7.60
Sumber: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah
Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa peratus bagi pelajar yang
mendapat 1A dan 2A adalah kecil iaitu dengan peratusan sebanyak 15.20% dan
14.50%. Peratusan bagi pelajar yang mendapat gred ini juga semakin menurun dari
tahun 2005 hingga 2006. Daripada jadual di atas juga, dapat dilihat peratusan
tertinggi ialah pada gred 7D iaitu 46.80% di mana peratusan ini meningkat dari tahun
2005 hingga 2006. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar mendapat gred 7D
pada tahun 2005 dan 2006. Persoalannya, mengapa kebanyakan pelajar mendapat
6
gred ini? Apakah yang menyebabkan hampir 50.00% pencapaian pelajar di dalam
mata pelajaran Fizik berada pada tahap lulus sahaja? Permasalahan ini telah
disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
1.2.1 Masalah Dalam Penguasaan KPS Dalam Kalangan Guru Dan Bakal
Guru
“Mata pelajaran Fizik merupakan satu bidang yang luas. Ini menyebabkan
graduan yang berkelulusan di dalam bidang ini lebih cenderung untuk tidak memilih
guru sebagai pekerjaan mereka. Secara tidak langsung, sekolah akan kekurangan
guru yang berkelulusan Fizik. Untuk mengatasi masalah ini, mata pelajaran Fizik
diajar oleh guru yang bukan berkelulusan Fizik. Ada di antara mereka yang
menghadapi masalah untuk memahami konsep Fizik dan tidak berpengalaman di
dalam pengendalian makmal. Ini menyebabkan pelajar akan merasakan bahawa
Fizik merupakan mata pelajaran yang sukar dan mereka akan menghadapi masalah
juga untuk memahami konsep asas Fizik (Lilia et al., 2002).” Di sini, adalah wajar
jika guru ditanggungjawabkan untuk mengajar bidang masing-masing supaya tidak
mendatangkan masalah kepada pelajar. Antaranya dengan menggalakkan generasi-
generasi muda untuk memilih bidang pendidikan Fizik dan seterusnya menjadi guru
Fizik yang terlatih serta bersedia untuk mengajar mata pelajaran Fizik di sekolah.
“Mohamed Isa (2001) dalam kajiannya berkaitan penguasaan KPS dalam
kalangan guru pelatih di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh menyatakan bahawa antara
masalah dalam pelaksanaan mata pelajaran Fizik ialah guru kurang mempunyai
kemahiran dalam mengendalikan alatan radas dalam makmal. Ini kerana guru yang
mengajar mata pelajaran Fizik bukan merupakan guru yang terlatih di dalam mata
pelajaran Fizik.” Jika ini adalah situasi yang berlaku di sekolah, bagaimana guru
hendak memastikan bahawa pelajarnya dapat menguasai KPS?
“Mohemed Isa (2001) menyatakan bahawa secara keseluruhannya
penguasaan guru pelatih di dalam KPS adalah lemah di mana kira-kira 48.00% guru
7
pelatih berada di bawah pencapaian min keseluruhan.” Bayangkan apakah situasi
yang bakal dihadapi oleh bakal guru ini di sekolah nanti dan apakah hasil
pengajarannya?
1.2.2 Guru Fizik Kurang Melibatkan Pelajar Di Dalam Aktiviti Amali
Jamil (1993) dalam kajiannya yang bertajuk Tinjauan Mengenai Kekangan-
Kekangan Dalam Pelaksanaan Sains KBSM Di Sekolah-Sekolah Menengah Di
Negeri Kedah Darul Aman menyatakan masalah utama guru Sains:
Masalah utama guru-guru sains pula ialah dari segi kursus orientasi
atau pendedahan terhadap sains KBSM tidak mencukupi dan guru
menghadapi masalah melaksanakan pengajaran secara inkuiri kerana
bilangan pelajar terlalu ramai dalam kelas.
(Jamil, 1993:9)
Guru seharusnya diberi pendedahan secukupnya mengenai Fizik KBSM. Ini
mungkin dapat membantu mereka dalam memilih cara pengajaran yang sesuai untuk
pelajar mereka. “Guru bukan hanya berperanan sebagai pemberi maklumat, malah
berperanan sebagai pembimbing dan berkebolehan untuk merangsang pembentukan
idea dan pembinaan konsep pelajar (Azman et al., 2002)”. Kurangnya pendedahan
ini mungkin menjadi salah satu sebab mengapa guru-guru tidak berminat untuk
melibatkan pelajar-pelajarnya belajar secara bereksperimen. Mereka lebih berminat
untuk mengajar secara teori atau secara konvensional, sedangkan pembelajaran
secara bereksperimen banyak membantu pelajar untuk lebih memahami tentang
aplikasi prinsip fizik dalam bidang teknologi dan kehidupan harian selain menguasai
kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Bilangan pelajar yang terlalu ramai juga
mempengaruhi guru dalam proses pelaksanaan pembelajaran secara bereksperimen
kepada pelajar.
8
“Rohani (2003) telah membuat kajian mengenai amalan sains dalam
pengajaran dan pembelajaran sains teras dalam kalangan pelajar telah menyatakan
bahawa dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa aktiviti amali yang
dilaksanakan di kebanyakan sekolah adalah sangat kurang iaitu hanya 25.00% waktu
Fizik digunakan untuk amali walaupun waktu Fizik sering dikendalikan di dalam
makmal Fizik.”
Menurut pernyataan di atas, didapati guru kurang melibatkan pelajarnya di
dalam pembelajaran secara eksperimen. Akhirnya pelajar akan menjadi kurang
mahir terhadap KPS. Namun, apa yang penting, guru perlu menguasai KPS terlebih
dahulu sebelum membimbing pelajar agar ilmu yang diterima tidak bercanggah dan
guru lebih kreatif dalam membantu pelajar mereka.
Di Malaysia, sains diajar melalui pendekatan inkuiri terpimpin -
sebagai proses, bukannya hasil akhir. Sehubungan dengan ini, pelajar
perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran
serta diberi peluang untuk melakukan penyelidikan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah; bukan secara mendemonstrasi
atau mengesahkan sesuatu teori, konsep, prinsip, atau maklumat.
(Abu Hassan, 1999:510) Berdasarkan perenggan di atas, pembelajaran bereksperimen sangat penting
kepada pelajar dalam memahami konsep-konsep Fizik. Guru tidak boleh hanya
mengajar secara teori kerana pelajar akan sukar untuk mengaitkan teori yang
dipelajari dengan kehidupan harian sekaligus mengambil masa yang lama untuk
memahami subjek fizik. Ia juga sebenarnya boleh mempengaruhi minat pelajar
terhadap subjek Fizik. “Pembelajaran sebenarnya lebih berkesan apabila pelajar
terlibat di dalam proses pembelajaran tersebut dan bukan guru sahaja yang memberi
maklumat kerana dengan cara ini, pelajar akan menjadi pasif (Azman et al., 2002).”
9
Kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti pelajar seperti
menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains
dan kemahiran manipulatif dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun
guru harus menyebut kemahiran proses yang digunakan agar pelajar
menyedari tentang kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan
eksperimen serta membuat laporan eksperimen yang lengkap dengan
setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat membantu
meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003:7)
Berdasarkan pernyataan di atas, guru sebenarnya memainkan peranan yang
penting dalam membantu pelajar semasa menjalankan eksperimen. Pelajar perlu tahu
apakah KPS dan KM yang terlibat contohnya mentafsir data atau maklumat,
mentafsir secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan
mengeksperimen. “Pembelajaran Fizik secara eksperimen membantu pelajar dalam
menguasai KPS namun jika eksperimen itu dijalankan dengan berpandukan guru,
maka pelajar hanya menunggu arahan guru tanpa berfikir mengapa mereka
melakukan eksperimen tersebut. Di sini, dapat dilihat cara guru mengendalikan
pelajar di dalam proses pembelajaran amat penting. Sebelum itu, guru perlu
menguasai KPS supaya tidak mempunyai masalah semasa pengajaran dan pelajar
akan memahami KPS dengan lebih baik. “Lilia et al. (2002) menyatakan bahawa
jika guru menghadapi masalah dalam KPS maka pelajar juga akan menghadapi
masalah semasa menjalani eksperimen.” “Guru juga perlu banyak bertanya kepada
pelajar dengan menyoal soalan yang merangsang pelajar untuk berfikir dan mencari
jawapan (Azman et al., 2002).”
1.2.2 Persepsi Ibu Bapa Serta Sikap Pelajar Terhadap Penekanan KPS
Peranan ibu bapa adalah memastikan anak-anak mereka berjaya dengan
cemerlang. Namun adakah konteks berjaya dengan cemerlang ini hanya berunsurkan
akademik?
10
Ibu bapa kurang mengambil berat pelajaran anak-anak di rumah,
terlalu mementingkan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan
daripada penguasaan kemahiran proses sains dan aplikasi sains serta
tidak faham matlamat pendidikan sains KBSM.
(Jamil, 1993:8)
Berdasarkan pernyataan di atas, ibu bapa tidak seharusnya terlalu
mementingkan anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan sahaja. Penguasaan
KPS dan aplikasi sains sangat penting untuk melahirkan pelajar yang
bertanggungjawab serta menghargai apa yang ada di dalam kehidupan harian. Tidak
semua pelajar yang boleh cemerlang dalam bidang akademik, sesetengah pelajar
boleh cemerlang dalam bidang kemahiran dan oleh itu ibu bapa perlu bijak
mencungkilnya. “Ibu bapa perlu menyedari iaitu dengan menguasai KPS, ia akan
membantu pelajar belajar Fizik dengan lebih bermakna kerana pelajar terlibat dalam
mencari maklumat sendiri secara saintifik (Azman et al., 2002).”
Dari segi pelajar, didapati pelajar kurang membuat rujukan tambahan,
hanya bergantung kepada buku teks sahaja, tidak membuat persediaan
awal sebelum mengikuti pelajaran sains, kurang aktif dalam kelas dan
tidak faham Falsafah Pendidikan Negara serta matlamat dan objektif
pendidikan sains KBSM.
(Jamil, 1993:8)
Cara pelajar belajar tidak berkembang kerana hanya menumpukan pada buku
teks. Ini menimbulkan kesan buruk di mana ilmu pengetahuan yang diperolehi
mereka adalah terhad. Mereka seharusnya terlibat dengan eksperimen serta membuat
rujukan tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang sains.
Pelajar perlu menjalankan proses penyiasatan iaitu melalui eksperimen dan guru pula
sebagai pembimbing. Ini kerana, melalui eksperimen, pelajar akan memperoleh
pengalaman dan melalui pengalaman ini, ia boleh menambah minat pelajar terhadap
mata pelajaran Fizik.
11
Pelajar seharusnya terlibat dengan eksperimen dan bukan hanya menerima
ilmu daripada guru sahaja. Dengan eksperimen, pelajar akan lebih memahami
kemahiran saintifik yang terlibat di dalam mata pelajaran Fizik. Adalah menjadi
tanggungjawab guru dalam mendidik dan membimbing pelajar menguasai KPS di
samping menerapkan nilai-nalai murni. Ini akan membuatkan pelajar sentiasa
bersemangat ingin tahu dan mengetahui kepentingan sains serta hubung kaitnya di
dalam kehidupan seharian. Dalam membincangkan tanggungjawab guru dalam
membimbing pelajar untuk menguasai KPS, persoalannya di sini ialah adakah tahap
kefahaman guru dan bakal guru mencukupi untuk membudayakan pelajar di dalam
KPS?
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan pernyataan yang telah dibincangkan di atas, penyelidik ingin
mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan
Fizik (3 SPF dan 3 SPP) yang juga merupakan bakal guru.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan di atas, berikut adalah
tujuan-tujuan khusus kajian ini dijalankan:
1) Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen
dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga
Program Pendidikan Fizik ( 3 SPF dan 3 SPP ) di UTM Skudai.
12
2) Membandingkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen
dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga
Program Pendidikan Fizik merentas program pengajian iaitu di antara 3
SPF dan 3 SPP.
3) Membandingkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen
dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga
Pendidikan Fizik merentas jantina iaitu di antara lelaki dan perempuan.
1.5 Persoalan Kajian
Walaupun subjek kajian telah mengambil kursus Pendidikan Amali Fizik I
dan telah selesai menjalani latihan mengajar, namun begitu masih terdapat beberapa
persoalan yang masih boleh ditimbulkan. Jadi, kajian ini dijalankan adalah bertujuan
untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
1) Apakah tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga
Program Pendidikan Fizik?
2) Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka
bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan
pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Fizik merentas program
pengajian?
3) Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka
bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan
pelajar Tahun Tiga Program Program Pendidikan Fizik merentas
jantina?
top related