ulasan kajian tindakan
Post on 24-Jul-2015
928 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)
1.0 PENGENALAN
Bagi tugasan pertama kursus KPR 5063, kami telah mengulas dan melaporkan jurnal kajian
tindakan bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui
Pendekatan Permainan Domino” yang telah dilaksanakan oleh Cikgu Aida Ibrahim daripada
Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang, Johor. Kajian ini dilaksanakan dalam
tempoh 4 minggu dan beliau telah memperuntukkan selama 1 jam setiap hari mulai hari
Isnin hingga Khamis. Kajian tindakan ini kami perolehi daripada
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf
Tujuan kajian ini dilakukan bagi membantu murid-murid dalam meningkatkan
kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 melalui pendekatan permainan
domino. Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan
pembelajaran murid. Kumpulan sasaran dalam kajian tindakan ini adalah seramai enam
orang murid daripada Tahun 5 Arif dan melibatkan seorang guru penyelidik iaitu Cikgu Aida
Ibrahim.
Di antara kaedah yang digunakan bagi meninjau masalah ini adalah melalui
pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil daripada
pemerhatian yang dilakukan, guru dapat mengenalpasti masalah di mana murid-murid
mengalami kesukaran dalam mengingat fakta asas darab dan kurang mahir dalam
mengongak fakta asas darab. Dalam ulasan jurnal ini juga, kami telah mengunakan Model
Somekh (1989) bagi menerangkan lapan langkah bagi mengatasi masalah dalam kajian
tindakan ini.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, Cikgu Aida Ibrahim telah membuat latihan
mencongak ke atas semua murid Kelas 5 Arif. Hasil daripada latihan yang telah dilakukan,
enam orang (16%) murid daripada 37 orang murid tidak dapat menjawab dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan.
3.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab supaya
murid dapat menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat dan tepat. Selain itu, secara
tidak langsung kajian ini dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas
darab.
1
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 di kalangan
murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat.
Objektif Khusus
Murid dapat mencongak fakta asas darab secara bertulis dangan cepat dan tepat. Hal ini
juga diharapakan dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik
dan kemahiran mencongak. Sehubungan dengan itu, dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.
5.0 MODEL SOMEKH (1989)
Sepanjang proses melaporkan kajian ini kami telah mengaplikasikan model Somekh (1989)
dimana kami telah mengkaitkan teori dalam model Somekh dengan kajian sebenar yang
telah dibuat oleh Cikgu Aida Ibrahim.
2
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)
Langkah 1 : Mengenalpasti Masalah / Memfokuskan kajian yang diminati.
Langkah pertama dalam Model Somekh adalah mengenalpasti masalah dan
memfokuskan kajian yang diminati. Dalam kajian ini, Cikgu Aida Ibrahim telah membuat
refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya di mana masalah dapat
dikenalpasti. Cikgu Aida Ibrahim telah mengenalpasti masalah di mana setiap kali
menjalankan latihan mencongak, terdapat murid yang hanya mendapat markah di antara
50% hingga 60% sahaja. Enam orang murid (16%) tidak dapat menjawab dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Hal ini telah menimbulkan minat Cikgu Aida Ibrahim untuk membuat
kajian terhadap masalah ini dan cuba untuk menanganinya.
Langkah 2 : Mengumpul Data
Kesinambungan dari langkah pertama, langkah kedua dalam Model Somekh adalah
mengumpul data. Terdapat pelbagai kaedah dalam mengumpul data diantaranya melalui
pemerhatian, temu bual, soal selidik dan ujian pra. Pemerhatian selalunya dibuat semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, kaedah temu bual
secara tidak formal juga dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu sebelum dan selepas kajian.
Di samping itu, borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid
untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan masalah mencongak fakta asas darab dalam
mata pelajaran Matematik. Kaedah terakhir adalah ujian pra yang dijalankan bagi menguji
tahap sebenar pencapaian murid-murid. Ujian pra selalunya dijalankan sebelum sesi
bimbingan bermula. Soalan ujian pra terdiri daripada 10 soalan objketif di mana pelajar
harus menunjukkan jalan kerja kira diatas kertas ujian dalam tempoh 15 minit.
Langkah 3 : Menganalisis data / Membentuk hipotesis
Langkah seterusnya adalah menganalisis data atau membentuk hipotesis. Cikgu
Aida Ibrahim telah membuat analisis terhadap data yang dikumpul dalam langkah 2. Hasil
daripada pemerhatian yang dibuat, didapati enam orang murid kelas 5 Arif tidak dapat
mengunakan kaedah yang betul dalam mencongak. Mereka telah mengunakan teknik
hafalan fakta asas darab yang berbeza-beza. Tiga orang (50%) daripada mereka
mengunakan jari, manakala tiga orang lagi (50%) membaca secara berturutan.
Kaedah temubual secara tidak formal juga telah dijalankan dan didapati semua
murid(100%) minat terhadap mata pelajaran Matematik. Lima orang murid (83%) meminati
tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang murid sasaran (100%)
mengatakan mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah,
3
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)
banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang murid (67%) daripada enam orang
mengatakan teknik hafalan yang mereka amalkan adalah membosankan.
Soal selidik mengandungi 6 soalan berkaitan dengan mata pelajaran Matematik telah
diedarkan. Hasil daripada soal selidik tersebut, enam orang murid (100%) tidak berupaya
mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupa fakta asas
darab. Empat orang murid (67%) juga merasa bosan dalam aktiviti manghafal asas darab.
Soalan terakhir dalam teknik ini menyimpulkan bahawa semua murid sasaran bersetuju
dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab
dipanjangkan.
Ujian pra juga telah dijalankan ke atas 6 orang murid sasaran untuk mengukur
pencapaian murid-murid. Hasil daripada kaedah ini, daripada 37 orang murid di kelas 5 Arif,
enam orang murid (16%) mendapat gred C dimana tindakan segera perlu dibuat bagi
membantu pencapaian yang lebih baik lagi.
Langkah 4 : Merancang Pelan Tindakan
Sebanyak empat aktiviti telah dirancang oleh Cikgu Aida Ibrahim bagi membantu
meningkatkan kemahiran mengcongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid
kumpulan sasaran. Aktiviti tersebut adalah:
AKTIVITI HURAIAN
Permainan Domino Fakta
Asas Darab
Dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam
permainan ini, padanan adalah kepada soalan fakta asas darab
dengan hasil darabnya atau sebaliknya.
Ujian Cepat Kira Fakta
Asas Darab – 5 minit
Merupakan aktiviti bertulis di mana satu set soalan yang
mengandungi 60 soalan dan murid-murid dikehendaki
menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. Soalan Cepat
Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9 dan masa habis
menjawab akan direkodkan.
Ujian Cepat Kira Fakta
Asas Darab – 4 minit
Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2, tetapi murid dikehendaki
menjawab set soalan yang sama dalam tempoh masa 4 minit
dan masa akan direkodkan.
Ujian Cepat Kira Fakta
Asas Darab – 4 minit
Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3, tetapi murid dikehendaki
menjawab semua soalan dalam tempoh masa 3 minit dan
masa akan direkodkan.
4
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)
Langkah 5: Melaksanakan Pelan Tindakan
Melaksanakan pelan tindakan merupakan langkah ke-5 dalam Model Somekh
(1989). Dalam kajian tindakan ini, Cikgu Aida Ibrahim telah menggunakan 4 tindakan untuk
meningkatkan kemahiran murid mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan
domino. Dalam aktiviti 1, 6 orang murid sasaran didedahkan dengan permainan domino
sambil diselia oleh guru. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap
kumpulan diberikan 50 keping kad berkembar yang mengandungi soalan fakta asas darab
dan hasil darab. Walau bagaimanapun, nilai nombor yang terdapat pada kad tidak
mempunyai kaitan sama sekali.
Kad permulaan diletakkan di tengah-tengah medan permainan. Ketua kumpulan
akan melontar buah dadu untuk menentukan giliran bermain. Kumpulan yang memulakan
permainan akan membuat padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan. Kad
boleh disusun sama ada secara menegak atau melintang. Kumpulan yang lebih dahulu
dapat menghabiskan 50 keping kad akan dikira sebagai pemenang manakala kumpulan
lawan perlu terus bermain sehingga kad habis.
Aktiviti 2 dilaksanakan setelah aktiviti 1 dijalankan. Dalam aktiviti 2, Cikgu Aida
Ibrahim mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. Murid-murid
kemudiannya dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 5 minit. Selepas itu, aktiviti
3 dijalankan dengan mengedarkan set soalan yang sama dalam aktiviti 2 tetapi masa
menjawab dikurangkan kepada 4 minit. Dalam aktiviti 4, murid-murid diberikan set soalan
yang sama dalam aktiviti 2 dan 3. Masa menjawab dikurangkan kepada 3 minit. Cikgu Aida
Ibrahim akan merekod masa menjawab setiap murid.
Langkah 6: Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan
Melalui langkah ke enam dalam Model Somekh (1989), Cikgu Aida Ibrahim
mengumpul data untuk mengesahkan perubahan oleh murid-murid setelah melaksanakan
aktiviti 1 hingga aktiviti 4. Pendekatan belajar sambil bermain yang dilaksanakan bukan
sahaja memberi keseronokan belajar kepada murid-murid, malah dapat merangsang minat
mereka untuk mencongak fakta asas darab. Dalam aktiviti 1, murid-murid bersaing untuk
menghabiskan kad masing-masing untuk menjadi pemenang.
Selain itu, Cikgu Aida Ibrahim mendapati murid-murid sasaran akan bermain
permaian domino sekiranya ada waktu terluang dimana proses pengajaran dan
5
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)
pembelajaran dapat dilakukan dengan baik.. Melalui aktiviti 2, 3 dan 4 iaitu ujian cepat kira
fakta asas darab, murid-murid menunjukkan perubahan yang sangat positif kerana mereka
dapat menjawab set soalan yang diberikan dengan cepat dan tepat. Walaupun diberikan
tempoh masa menjawab sehingga 5 minit, semua murid sasaran dapat menjawab 60 soalan
yang diberikan dengan tepat kurang daripada 2 minit.
Langkah 7: Menganalisis dan menilai
Langkah ke tujuh dalam Model Somekh (1989) ialah menganalisis dan menilai.
Dalam langkah ini kami telah membuat perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos.
Melalui tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Aida Ibrahim, pendekatan permainan domino
dan aktiviti ujian cepat kira ke atas 6 orang murid sasaran untuk meningkatkan kemahiran
mereka dalam mencongak fakta asas darab amat berkesan. Aktiviti- aktiviti ini telah
dilaksanakan selama 4 minggu dalam sesi bimbingan dengan menggunakan set soalan
ujian cepat kira yang berbeza juga telah dilaksanakan dimana semua pelan tindakan
menunjukkan impak yang positif keatas murid-murid sasaran.
Situasi ini dapat dilihat dengan jelas kerana dalam ujian pra, 6 murid sasaran hanya
mendapat gred C kerana tidak berupaya untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.
Namun, selepas pendekatan permainan domino dan ujian cepat kira dilaksanakan, murid-
murid dapat menjawab soalan fakta asas darab hingga 9 x 9 dengan tepat dan cepat.
Semua murid sasaran mendapat gred A dalam ujian pos yang dijalankan pada akhir kajian
ini. Ternyata, kaedah ini amat berkesan kerana murid bukan sahaja dapat meningkatkan
kemahiran mencongak fakta asas darab, malah pendekatan permainan domino memberikan
keseronokan dan semangat berpasukan di antara murid yang terlibat.
Langkah 8: Putaran seterusnya
Putaran seterusnya merupakan langkah terakhir dalam Model Somekh (1989).
Melalui kajian tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Aida Ibrahim, beliau sangat gembira
dengan prestasi dan perubahan positif yang ditunjukkan oleh murid-murid sasaran dalam
menjawab soalan fakta asas darab. Beliau berpendapat pendekatan permainan domino ini
berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid-murid menjawab soalan Matematik dan
memenuhi slogan ’Mathematics is fun and easy’. Dalam langkah terakhir Model Somekh,
sekiranya kajian tindakan yang dibuat tidak mencapai objektif, guru seharusnya mengulangi
proses 8 kitaran dalam Model Somekh dalam mengatasi masalah yang dihadapi.
6
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)
6.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Aida Ibrahim ke atas 6
orang murid tahun 5 Arif di Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang Johor, kami
mendapati kajian tindakan yang dijalankan telah mencapai objektif kajiannya. Semua murid
sasaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang cemerlang setelah pendekatan
permainan domino dan ujian cepat kira dilaksanakan.
Keberkesanan kajian tindakan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan
perbandingan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid serta
menimbulkan minat terhadap mata pelajaran Matematik.
Melalui kajian tindakan ini juga, Cikgu Aida Ibrahim dapat menjadi lebih kritikal dan
reflektif terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beliau menjadi lebih
peka dengan perubahan persekitarannya dan berpeluang menambah pengetahuan dan
kemahiran dalam kaedah yang dilaksanakan.
Berdasarkan keberkesanan kajian tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Aida Ibrahim,
kami juga menyokong dan mencadangkan agar pendekatan permainan domino ini
diaplikasikan kepada kumpulan sasaran lain yang menghadapi masalah dalam mata
pelajaran Matematik. Beliau turut bercadang untuk mencuba pendekatan permainan domino
kepada kumpulan murid sasaran yang lain di sekolah dan meluaskan kaedah ini kepada
fakta asas tambah, tolak dan bahagi. Kami juga mencadangkan agar soalan latih tubi dalam
aktiviti ujian cepat kira fakta asas darab (aktiviti 2 hingga 4) menggunakan set soalan yang
berbeza untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid menjawab soalan fakta asas darab.
7
top related