ulasan kajian tindakan

10
KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan) 1.0 PENGENALAN Bagi tugasan pertama kursus KPR 5063, kami telah mengulas dan melaporkan jurnal kajian tindakan bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui Pendekatan Permainan Domino” yang telah dilaksanakan oleh Cikgu Aida Ibrahim daripada Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang, Johor. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu dan beliau telah memperuntukkan selama 1 jam setiap hari mulai hari Isnin hingga Khamis. Kajian tindakan ini kami perolehi daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf Tujuan kajian ini dilakukan bagi membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 melalui pendekatan permainan domino. Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Kumpulan sasaran dalam kajian tindakan ini adalah seramai enam orang murid daripada Tahun 5 Arif dan melibatkan seorang guru penyelidik iaitu Cikgu Aida Ibrahim. Di antara kaedah yang digunakan bagi meninjau masalah ini adalah melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, guru dapat mengenalpasti masalah di mana murid-murid mengalami kesukaran dalam mengingat fakta asas darab dan kurang mahir dalam mengongak fakta asas darab. Dalam ulasan jurnal ini juga, kami telah mengunakan Model Somekh (1989) bagi menerangkan lapan langkah bagi mengatasi masalah dalam kajian tindakan ini. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, Cikgu Aida Ibrahim telah membuat latihan mencongak ke atas semua murid Kelas 5 Arif. Hasil daripada latihan yang telah dilakukan, enam orang (16%) murid 1

Upload: hamidah-samsiah

Post on 24-Jul-2015

928 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Kajian Tindakan

KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)

1.0 PENGENALAN

Bagi tugasan pertama kursus KPR 5063, kami telah mengulas dan melaporkan jurnal kajian

tindakan bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab Melalui

Pendekatan Permainan Domino” yang telah dilaksanakan oleh Cikgu Aida Ibrahim daripada

Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang, Johor. Kajian ini dilaksanakan dalam

tempoh 4 minggu dan beliau telah memperuntukkan selama 1 jam setiap hari mulai hari

Isnin hingga Khamis. Kajian tindakan ini kami perolehi daripada

http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf

Tujuan kajian ini dilakukan bagi membantu murid-murid dalam meningkatkan

kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 melalui pendekatan permainan

domino. Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan

pembelajaran murid. Kumpulan sasaran dalam kajian tindakan ini adalah seramai enam

orang murid daripada Tahun 5 Arif dan melibatkan seorang guru penyelidik iaitu Cikgu Aida

Ibrahim.

Di antara kaedah yang digunakan bagi meninjau masalah ini adalah melalui

pemerhatian, temubual, soal selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil daripada

pemerhatian yang dilakukan, guru dapat mengenalpasti masalah di mana murid-murid

mengalami kesukaran dalam mengingat fakta asas darab dan kurang mahir dalam

mengongak fakta asas darab. Dalam ulasan jurnal ini juga, kami telah mengunakan Model

Somekh (1989) bagi menerangkan lapan langkah bagi mengatasi masalah dalam kajian

tindakan ini.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, Cikgu Aida Ibrahim telah membuat latihan

mencongak ke atas semua murid Kelas 5 Arif. Hasil daripada latihan yang telah dilakukan,

enam orang (16%) murid daripada 37 orang murid tidak dapat menjawab dalam tempoh

masa yang telah ditetapkan.

3.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab supaya

murid dapat menyelesaikan masalah Matematik dengan cepat dan tepat. Selain itu, secara

tidak langsung kajian ini dapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas

darab.

1

Page 2: Ulasan Kajian Tindakan

KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am

Membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 di kalangan

murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat.

Objektif Khusus

Murid dapat mencongak fakta asas darab secara bertulis dangan cepat dan tepat. Hal ini

juga diharapakan dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik

dan kemahiran mencongak. Sehubungan dengan itu, dapat mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

5.0 MODEL SOMEKH (1989)

Sepanjang proses melaporkan kajian ini kami telah mengaplikasikan model Somekh (1989)

dimana kami telah mengkaitkan teori dalam model Somekh dengan kajian sebenar yang

telah dibuat oleh Cikgu Aida Ibrahim.

2

Page 3: Ulasan Kajian Tindakan

KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)

Langkah 1 : Mengenalpasti Masalah / Memfokuskan kajian yang diminati.

Langkah pertama dalam Model Somekh adalah mengenalpasti masalah dan

memfokuskan kajian yang diminati. Dalam kajian ini, Cikgu Aida Ibrahim telah membuat

refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya di mana masalah dapat

dikenalpasti. Cikgu Aida Ibrahim telah mengenalpasti masalah di mana setiap kali

menjalankan latihan mencongak, terdapat murid yang hanya mendapat markah di antara

50% hingga 60% sahaja. Enam orang murid (16%) tidak dapat menjawab dalam tempoh

masa yang ditetapkan. Hal ini telah menimbulkan minat Cikgu Aida Ibrahim untuk membuat

kajian terhadap masalah ini dan cuba untuk menanganinya.

Langkah 2 : Mengumpul Data

Kesinambungan dari langkah pertama, langkah kedua dalam Model Somekh adalah

mengumpul data. Terdapat pelbagai kaedah dalam mengumpul data diantaranya melalui

pemerhatian, temu bual, soal selidik dan ujian pra. Pemerhatian selalunya dibuat semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, kaedah temu bual

secara tidak formal juga dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu sebelum dan selepas kajian.

Di samping itu, borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid

untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan masalah mencongak fakta asas darab dalam

mata pelajaran Matematik. Kaedah terakhir adalah ujian pra yang dijalankan bagi menguji

tahap sebenar pencapaian murid-murid. Ujian pra selalunya dijalankan sebelum sesi

bimbingan bermula. Soalan ujian pra terdiri daripada 10 soalan objketif di mana pelajar

harus menunjukkan jalan kerja kira diatas kertas ujian dalam tempoh 15 minit.

Langkah 3 : Menganalisis data / Membentuk hipotesis

Langkah seterusnya adalah menganalisis data atau membentuk hipotesis. Cikgu

Aida Ibrahim telah membuat analisis terhadap data yang dikumpul dalam langkah 2. Hasil

daripada pemerhatian yang dibuat, didapati enam orang murid kelas 5 Arif tidak dapat

mengunakan kaedah yang betul dalam mencongak. Mereka telah mengunakan teknik

hafalan fakta asas darab yang berbeza-beza. Tiga orang (50%) daripada mereka

mengunakan jari, manakala tiga orang lagi (50%) membaca secara berturutan.

Kaedah temubual secara tidak formal juga telah dijalankan dan didapati semua

murid(100%) minat terhadap mata pelajaran Matematik. Lima orang murid (83%) meminati

tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang murid sasaran (100%)

mengatakan mereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah,

3

Page 4: Ulasan Kajian Tindakan

KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)

banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang murid (67%) daripada enam orang

mengatakan teknik hafalan yang mereka amalkan adalah membosankan.

Soal selidik mengandungi 6 soalan berkaitan dengan mata pelajaran Matematik telah

diedarkan. Hasil daripada soal selidik tersebut, enam orang murid (100%) tidak berupaya

mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Empat orang murid (67%) mudah lupa fakta asas

darab. Empat orang murid (67%) juga merasa bosan dalam aktiviti manghafal asas darab.

Soalan terakhir dalam teknik ini menyimpulkan bahawa semua murid sasaran bersetuju

dapat menjawab dengan tepat soalan pendaraban sekiranya tempoh masa menjawab

dipanjangkan.

Ujian pra juga telah dijalankan ke atas 6 orang murid sasaran untuk mengukur

pencapaian murid-murid. Hasil daripada kaedah ini, daripada 37 orang murid di kelas 5 Arif,

enam orang murid (16%) mendapat gred C dimana tindakan segera perlu dibuat bagi

membantu pencapaian yang lebih baik lagi.

Langkah 4 : Merancang Pelan Tindakan

Sebanyak empat aktiviti telah dirancang oleh Cikgu Aida Ibrahim bagi membantu

meningkatkan kemahiran mengcongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid

kumpulan sasaran. Aktiviti tersebut adalah:

AKTIVITI HURAIAN

Permainan Domino Fakta

Asas Darab

Dilaksanakan mengikut konsep permainan domino tetapi dalam

permainan ini, padanan adalah kepada soalan fakta asas darab

dengan hasil darabnya atau sebaliknya.

Ujian Cepat Kira Fakta

Asas Darab – 5 minit

Merupakan aktiviti bertulis di mana satu set soalan yang

mengandungi 60 soalan dan murid-murid dikehendaki

menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit. Soalan Cepat

Kira Fakta Asas Darab ini diuji sehingga 9 x 9 dan masa habis

menjawab akan direkodkan.

Ujian Cepat Kira Fakta

Asas Darab – 4 minit

Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2, tetapi murid dikehendaki

menjawab set soalan yang sama dalam tempoh masa 4 minit

dan masa akan direkodkan.

Ujian Cepat Kira Fakta

Asas Darab – 4 minit

Aktiviti ini sama seperti aktiviti 2 dan 3, tetapi murid dikehendaki

menjawab semua soalan dalam tempoh masa 3 minit dan

masa akan direkodkan.

4

Page 5: Ulasan Kajian Tindakan

KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)

Langkah 5: Melaksanakan Pelan Tindakan

Melaksanakan pelan tindakan merupakan langkah ke-5 dalam Model Somekh

(1989). Dalam kajian tindakan ini, Cikgu Aida Ibrahim telah menggunakan 4 tindakan untuk

meningkatkan kemahiran murid mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan

domino. Dalam aktiviti 1, 6 orang murid sasaran didedahkan dengan permainan domino

sambil diselia oleh guru. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap

kumpulan diberikan 50 keping kad berkembar yang mengandungi soalan fakta asas darab

dan hasil darab. Walau bagaimanapun, nilai nombor yang terdapat pada kad tidak

mempunyai kaitan sama sekali.

Kad permulaan diletakkan di tengah-tengah medan permainan. Ketua kumpulan

akan melontar buah dadu untuk menentukan giliran bermain. Kumpulan yang memulakan

permainan akan membuat padanan kad fakta asas darab pada hujung kad permulaan. Kad

boleh disusun sama ada secara menegak atau melintang. Kumpulan yang lebih dahulu

dapat menghabiskan 50 keping kad akan dikira sebagai pemenang manakala kumpulan

lawan perlu terus bermain sehingga kad habis.

Aktiviti 2 dilaksanakan setelah aktiviti 1 dijalankan. Dalam aktiviti 2, Cikgu Aida

Ibrahim mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. Murid-murid

kemudiannya dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 5 minit. Selepas itu, aktiviti

3 dijalankan dengan mengedarkan set soalan yang sama dalam aktiviti 2 tetapi masa

menjawab dikurangkan kepada 4 minit. Dalam aktiviti 4, murid-murid diberikan set soalan

yang sama dalam aktiviti 2 dan 3. Masa menjawab dikurangkan kepada 3 minit. Cikgu Aida

Ibrahim akan merekod masa menjawab setiap murid.

Langkah 6: Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan

Melalui langkah ke enam dalam Model Somekh (1989), Cikgu Aida Ibrahim

mengumpul data untuk mengesahkan perubahan oleh murid-murid setelah melaksanakan

aktiviti 1 hingga aktiviti 4. Pendekatan belajar sambil bermain yang dilaksanakan bukan

sahaja memberi keseronokan belajar kepada murid-murid, malah dapat merangsang minat

mereka untuk mencongak fakta asas darab. Dalam aktiviti 1, murid-murid bersaing untuk

menghabiskan kad masing-masing untuk menjadi pemenang.

Selain itu, Cikgu Aida Ibrahim mendapati murid-murid sasaran akan bermain

permaian domino sekiranya ada waktu terluang dimana proses pengajaran dan

5

Page 6: Ulasan Kajian Tindakan

KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)

pembelajaran dapat dilakukan dengan baik.. Melalui aktiviti 2, 3 dan 4 iaitu ujian cepat kira

fakta asas darab, murid-murid menunjukkan perubahan yang sangat positif kerana mereka

dapat menjawab set soalan yang diberikan dengan cepat dan tepat. Walaupun diberikan

tempoh masa menjawab sehingga 5 minit, semua murid sasaran dapat menjawab 60 soalan

yang diberikan dengan tepat kurang daripada 2 minit.

Langkah 7: Menganalisis dan menilai

Langkah ke tujuh dalam Model Somekh (1989) ialah menganalisis dan menilai.

Dalam langkah ini kami telah membuat perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos.

Melalui tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Aida Ibrahim, pendekatan permainan domino

dan aktiviti ujian cepat kira ke atas 6 orang murid sasaran untuk meningkatkan kemahiran

mereka dalam mencongak fakta asas darab amat berkesan. Aktiviti- aktiviti ini telah

dilaksanakan selama 4 minggu dalam sesi bimbingan dengan menggunakan set soalan

ujian cepat kira yang berbeza juga telah dilaksanakan dimana semua pelan tindakan

menunjukkan impak yang positif keatas murid-murid sasaran.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas kerana dalam ujian pra, 6 murid sasaran hanya

mendapat gred C kerana tidak berupaya untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9.

Namun, selepas pendekatan permainan domino dan ujian cepat kira dilaksanakan, murid-

murid dapat menjawab soalan fakta asas darab hingga 9 x 9 dengan tepat dan cepat.

Semua murid sasaran mendapat gred A dalam ujian pos yang dijalankan pada akhir kajian

ini. Ternyata, kaedah ini amat berkesan kerana murid bukan sahaja dapat meningkatkan

kemahiran mencongak fakta asas darab, malah pendekatan permainan domino memberikan

keseronokan dan semangat berpasukan di antara murid yang terlibat.

Langkah 8: Putaran seterusnya

Putaran seterusnya merupakan langkah terakhir dalam Model Somekh (1989).

Melalui kajian tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Aida Ibrahim, beliau sangat gembira

dengan prestasi dan perubahan positif yang ditunjukkan oleh murid-murid sasaran dalam

menjawab soalan fakta asas darab. Beliau berpendapat pendekatan permainan domino ini

berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid-murid menjawab soalan Matematik dan

memenuhi slogan ’Mathematics is fun and easy’. Dalam langkah terakhir Model Somekh,

sekiranya kajian tindakan yang dibuat tidak mencapai objektif, guru seharusnya mengulangi

proses 8 kitaran dalam Model Somekh dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

6

Page 7: Ulasan Kajian Tindakan

KPR 5063 (Kajian Tindakan Dalam Pendidikan)

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan oleh Cikgu Aida Ibrahim ke atas 6

orang murid tahun 5 Arif di Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah, Kluang Johor, kami

mendapati kajian tindakan yang dijalankan telah mencapai objektif kajiannya. Semua murid

sasaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang cemerlang setelah pendekatan

permainan domino dan ujian cepat kira dilaksanakan.

Keberkesanan kajian tindakan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan

perbandingan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang

dijalankan dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid-murid serta

menimbulkan minat terhadap mata pelajaran Matematik.

Melalui kajian tindakan ini juga, Cikgu Aida Ibrahim dapat menjadi lebih kritikal dan

reflektif terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beliau menjadi lebih

peka dengan perubahan persekitarannya dan berpeluang menambah pengetahuan dan

kemahiran dalam kaedah yang dilaksanakan.

Berdasarkan keberkesanan kajian tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Aida Ibrahim,

kami juga menyokong dan mencadangkan agar pendekatan permainan domino ini

diaplikasikan kepada kumpulan sasaran lain yang menghadapi masalah dalam mata

pelajaran Matematik. Beliau turut bercadang untuk mencuba pendekatan permainan domino

kepada kumpulan murid sasaran yang lain di sekolah dan meluaskan kaedah ini kepada

fakta asas tambah, tolak dan bahagi. Kami juga mencadangkan agar soalan latih tubi dalam

aktiviti ujian cepat kira fakta asas darab (aktiviti 2 hingga 4) menggunakan set soalan yang

berbeza untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid menjawab soalan fakta asas darab.

7