tugasan sintaksis sem4
Post on 30-Dec-2014
160 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KURSUS:
BML 3063
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TUGASAN
GROUP: UPSI03( A121PJJ )
PENSYARAH: DR NORLIZA BINTI JAMALUDDIN
NAMA & NO. MATRIK:
SUHAIMIE BIN ENDAH
D20102040183
No Kad Pengenalan: 720517-12-5427 No H/P:019-8832221
1
Pengenalan
Tugasan ini memberi tumpuan kepada sintaksis bahasa Melayu yang perlu dilaksanakan oleh
guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjawab tugasan ini, para pelajar
diminta memberi pandangan dan ulasan dalam jawapan mengikut kehendak soalan yang telah
dsediakan.tugasan ini telah siapkan dengan berpandukan buku-buku rujukan dan sumber
daripada media eletronik terutamannya dalam laman internet dan seumpamannya serta
beberapa orang rakan guru cemerlang untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi bagi
melengkapkan jawapan-jawapan yang dikehendaki oleh soalan.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan
soalan yang dikemukakan dengan mengikut panduan yang telah diberikan oleh tutor. Perkara
yang akan saya bincangkan dalam tugasan ini ialah tentang sintaksis iaitu mengenai frasa
nama, kata nama majmuk, kata adjektif, yang mana ini sebahagian tugasan yang telah
disediakan dan beberapa soalan lain
Tuntasnya saya sedar bahawa tugasan yang saya siapkan ini mempunyai banyak kelemahan
dan kecacatan dan perlu dibetulkan. Namun saya bersyukur kerana bahan-bahan yang menjadi
rujukan saya kini menambahkan pengetahuan yang saya boleh aplikasikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran kelak. Oleh itu pengajaran saya kelak harus dirancang dengan
teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid-murid dapat menyampaikan idea
dengan tepat dan berkesan. Kemahiran membina amat penting untuk dikuasai kerana
penulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang penting dalam kehidupan harian. Di
samping itu dalam sistem peperiksaan am di negara ini, pelajar-pelajar diuji dalam bentuk
penulisan.
2
1). Huraikan ciri yang membezakan frasa dan kata majmuk. Setiap ciri perlu
diberikan dua contoh yang relevan.
Jawapan
1 Definisi frasa
Menurut Linguistik Melayu, frasa ialah kategori yang lebih tinggi daripada kategori kata.
Hasil gabungan daripada kata membentuk frasa. Frasa adalah konstituen kepada klausa iaitu
mengikut Tatatingkat Tatabahasa Bahasa Melayu. Frasa menjadi unit kepada klausa. Frasa
boleh dibentuk dari satu atau lebih unit atau konstituen. Perbezaan antara frasa dan klausa
adalah frasa hanya terdiri daripada subjek atau hanya predikat. Menurut Tatabahasa Dewan
Edisi Ketiga, frasa dapat difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai
potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Tatabahasa Dewan
mempunyai empat frasa yang dapat dikenalpasti iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif
dan juga frasa sendi nama. Nahu Melayu Mutakhir pula menyatakan enam jenis frasa iaitu
frasa nama, frasa kerja, frasa sifat, frasa preposisi, frasa adverba, dan juga frasa bilangan.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji persamaan dan perbezaan di antara frasa-frasa yang
terdapat di dalam kedua-dua buah buku tersebut
Oleh itu frasa berfungsi sebagai unsur yang terdapat dalam sesuatu ayat yang mempunyai
unsur-unsur yang tersendiri yang terdiri daripada unsur frasa yang lebih kecil dan setiap satu
unsur frasa yang kecil itu mengandungi unsur perkataan, misalnya:
Subjek Predikat
(Frasa Nama) + (Frasa Kerja)
Bayi itu sedang tidur.
Dalam binaan tersebut, dimasukkan juga fungsi kata atau frasa sebagai pembentuk frasa
tersebut. Misalnya frasa bayi itu, terdiri daripada kata bayi dan kata itu. Kata bayi merujuk
kata nama yang berfungsi sebagai inti, dan kata itu merujuk kata ganti tunjuk yang berfungsi
sebagai penerang. Oleh yang demikian, dalam frasa terdapat inti frasa dan penerang frasa.
Urutan kata sangat penting kerana perbezaan urutan kata dapat menimbulkan perbezaan
makna frasa. Contohnya, frasa lima jam tidak sama dengan jam lima, begitu juga antara tidur
lagi dan lagi tidur merupakan dua binaan yang berbeza maksud.
3
2 Jenis-Jenis Frasa Berdasarkan Buku Tatabahasa Dewan
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan terdapat empat jenis frasa iaitu:
• Frasa Nama
• Frasa Kerja
• Frasa Adjektif
• Frasa Sendi Nama
2.2.1 Frasa Nama
Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek
dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa
Melayu terdiri:
i. Frasa Nama + Frasa Nama
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Contoh :
1. Encik Zainal + pengurus syarikat.
2. Anak mereka + sedang tidur.
3. Baju itu + merah.
4. Rumah saya + di Negeri Sembilan.
4
2.2.2 Frasa Kerja
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya
kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja
transitif. Kata kerja transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan
perkataan, manakala kata kerja trasitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.
Antara binaan frasa kerja adalah terdiri:
i. Frasa kerja tanpa objek
ii. Frasa kerja dengan objek
iii. Frasa kerja dengan Kata Bantu
iv. Frasa kerja dengan Ayat Komplemen
Contoh:
1. Pokok itu tumbang.
2. Mesin itu mengepam air.
3. Ibu sedang memasak nasi.
4. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.
2.2.3 Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan
yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai intinya. Kata inti merupakan bahagian
utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi
sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Sebagi unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang,
kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Antara binaan frasa adjektif ialah:
i. Frasa Adjektif + Unsur pengisi frasa adjektif
ii. Kata Bantu dalam Frasa Adjektif
5
Contoh:
1. Pelayan kedai Pak Ali rajin.
2. Anak kucing masih kecil.
2.2.4 Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan
satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah
bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi yang sering
digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah:
di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan,
bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai
Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu.
Antara binaan frasa sendi nama ialah:
i. Kata Sendi Nama + Frasa Nama
ii. Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah+ Frasa Nama
iii. Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)
Contoh:
1. Abang pulang dari Johor Bahru.
2. Ayah berkebun di belakang rumah.
3. Rosli melancong ke utara negeri Jepun pada tahun lalu.
6
2.3 Analisis frasa-frasa berkaitan petikan
Untuk kajian ini, saya telah memilih sebanyak empat petikan iaitu satu daripada buku teks
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 2 [Jilid 2], dua petikan daripada buku teks
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 5 dan satu petikan daripada buku teks Bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 6 sebagai bahan kajian (rujuk lampiran).
Analisis tentang frasa adalah mengikut perkara yang berikut:
• frasa nama
• frasa kerja
• frasa adjektif
• frasa sendi nama
a) Frasa Nama
i) Frasa Nama + Frasa Nama
Nabilah, Haikal dan Saraswati ialah murid tahun dua.
ii) Frasa Nama + Frasa Kerja
Mereka suka menabung.
iii) Frasa Nama + Frasa Adjektif
Tangkai daunnya pendek dan berwarna ungu kemerah-merahan.
iv) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Pulau itu terletak di utara pekan Semporna.
b) Frasa Kerja
i) Frasa Kerja Tanpa Objek
Mereka suka menabung.
7
ii) Frasa Kerja Dengan Objek
Misai kucing dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan.
iii) Frasa Kerja Dengan Kata Bantu
Ibu bapa murid sudah lama menanti anak-anak mereka.
iv) Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
Pemandu bot mengatakan bahawa bot mengalami kerosakan kecil di bahagian enjin.
c) Frasa Adjektif
i) Frasa Adjektif + Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Wajah anggota rombongan menunjukkan reaksi cemas.
ii) Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Anggota rombongan amat resah.
d) Frasa Sendi Nama
i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kira-kira sejam perjalanan, kami pun tiba di pulau.
ii) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
Sementara itu, pemandu bot dan pembantunya terus berada di dalam bot untuk menunggu
bantuan daripada majikan mereka.
iii) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Wabak ini disebarkan oleh nyamuk aedes yang biasanya membiak di dalam air jernih yang
bertakung.
8
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah kata dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu
kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur
bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuk kata majmuk
1. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang
bersempang.
2. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja
bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
3. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada,
jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
4. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur
tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
5. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata
nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun
telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
9
(b) kata bilangan majmuk;
Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima
puluh.
(c) kata adjektif majmuk;
Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah
perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut
.
(d) kata kerja majmuk;
Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
Kata kerja majmuk ada juga yang terikat:
Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi,
mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu,
berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
(e) kata sendi majmuk;
Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan
sedari.
(f) kata keterangan majmuk;
Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian,
kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
(g) Kata hubung majmuk.
Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
10
Tugas kata majmuk
Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
11
Makna kata majmuk
1. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;
Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui
daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah
yang bernama anggur
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
12
(b) kata majmuk kiasan
Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada
pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan
buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
(10 markah)
13
Ciri yang membezakan antara frasa dengan kata nama majmuk
Frasa boleh terdiri daripada satu kata dan diperluaskan manakala kata majmuk terhasil
daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata
majmuk ini terdiri daripada rangkai kata bebas, istilah khusus, dan maksud kiasan. Rangkai
kata ini tidak boleh dipisahkan kerana jika dipisahkan akan membawa maksud yang berlainan.
Frasa mempunyai unsur penggantian seperti ayat “air panas” boleh digantikan dengan “air
sejuk dan air milo”. Kata majmuk tidak mempunyai unsur penggantian seperti kata
“setiausaha” kerana kata majmuk ini sudah dianggap mantap.
Frasa boleh disisipkan dengan kata relatif iaitu “yang” seperti “air panas” menjadi “air yang
panas”. Kata majmuk pula tidak boleh disisipkan dengan kata relatif seperti “jalan raya” tidak
boleh menjadi “jalan yang raya”. Jika kata majmuk ini disisipkan dengan kata relatif, maka
ayat tersebut tidak difahami.
Satu aspek tatabahasa bahasa Melayu yang selalu menimbulkan keraguan di kalangan pelajar
ialah perbezaan antara bentuk frasa nama dengan kata nama majmuk. Sebagai contoh, antara
“dinding putih” dan “papan putih”, yang manakah frasa nama dan yang manakah kata nama
majmuk?
Rasanya elok juga dihuraikan sedikit perkara ini, dengan harapan akan mengurangkan
kekeliruannya.
Frasa nama ialah deretan perkataan yang kata intinya ialah kata nama. Dalam ungkapan
“dinding putih” kata intinya ialah “dinding”, iaitu kata nama, manakala “putih” ialah kata
adjektif yang menerangkan kata nama. Ini contoh frasa nama, contoh frasa nama lain ialah
“rumah besar” dan “pelajar baharu”.
Dalam bidang pendidikan, terdapat sejenis alat yang digunakan untuk mengajar, yang
berwarna putih dan disebut “papan putih”. Alat ini tidak semestinya diperbuat daripada papan,
tetapi pada suatu ketika mungkin demikian. Dulu warnanya hitam, maka disebut “papan
hitam”, kemudian berwarna hijau, disebut “papan hijau”. Kini warnanya putih, maka disebut
“papan putih”.
Dalam kes ini, oleh sebab percantuman perkataan “papan” dengan “putih/hitam/hijau” telah
menimbulkan makna yang tersendiri daripada maksud perkataan “papan” /putih/hitam/hijau,
14
maka rangkaian perkataan ini, iaitu “papan putih”, “papan hitam” dan “papan hijau”, tidak
lagi bersifat frasa nama tetapi sebaliknya, kata nama majmuk.
Itulah perbezaan antara frasa nama (misalnya dinding putih) dengan kata nama majmuk
(papan putih). Dalam frasa nama terdapat rentetan perkataan yang kata intinya kata nama
dengan maksudnya sebagaimana tergambar melalui perkataan yang digunakan. Dalam contoh
ini, frasa nama terdiri daripada kata nama diikuti oleh kata adjektif.
Frasa nama boleh juga terdiri daripada kata nama diikuti oleh kata nama, misalnya “rumah
batu”, “simpang kanan”, dan “meja kayu”. Dalam hal ini, kata nama pertama menjadi kata inti
dengan kata nama kedua berfungsi sebagai penerang.
Kata majmuk pula ialah percantuman dua perkataan atau lebih yang membawa pengertian
baharu, terlepas daripada maksud asal perkataan yang membentuknya. “Meja” dan “bulat”
masing-masing mempunyai erti tersendiri, tetapi percantuman kedua-dua perkataan ini
menghasilkan “meja bulat” yang bererti satu pertemuan antara pihak yang terbabit bagi
penyelesaian masalah. Contoh lain kata majmuk ialah “nasi minyak”, “bom tangan”, “biru
laut”, “kuning langsat”, “kertas kerja”, “meja tulis”, “anak emas”, dan “kaki bangku”.
Dalam contoh “nasi minyak” dan “bom tangan”, rangkaian kata ini terdiri daripada dua kata
nama. Dalam contoh “biru laut” dan “kuning langsat”, susunan katanya ialah kata adjektif
diikuti oleh kata nama. Jenis ketiga, “kertas kerja” dan “meja tulis”, berupa kata nama diikuti
kata kerja, manakala jenis kata majmuk yang terakhir, “anak emas” dan “kaki bangku” ialah
yang berbentuk simpulan bahasa.
Satu ciri penting tentang kata majmuk ialah tidak dapat diselitkan apa-apa perkataan pertama
dengan perkataan kedua. Tidak terdapat, misalnya, “nasi yang minyak” atau “bom dengan
tangan”. Tetapi boleh didapati “papan yang putih” dan “rumah kepunyaan saya”. Dua contoh
yang akhir ini ialah frasa nama, yang tidak terikat dengan peraturan itu. Itulah perbezaan
besar antara kata nama majmuk dengan frasa nama.
Kadang-kadang satu deretan perkataan dapat berfungsi sebagai frasa nama dan juga kata
nama majmuk. Contohnya ialah “rumah putih”. Sebagai frasa nama, maksudnya ialah rumah
yang berwarna putih. Tetapi sekiranya huruf pertama dalam kedua-dua perkataan dalam
rangkaian itu ditulis dengan huruf besar, “Rumah Putih”, maka yang terhasil ialah kata nama
majmuk, iaitu nama khas yang merujuk rumah kediaman rasmi.
15
2). Berdasarkan ayat yang berikut, jelaskan fungsi frasa yang bergaris dan
nyatakan alasan.
Jawapan
i. Pelajar-pelajar Darjah 5 dan 6 terpaksa berkongsi kelas kerana bilangan pelajar yang
kecil.
Kata adjektif ukuran
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah,
dan kecil.
Frasa adjektif kecil berfungsi sebagai predikat dalam ayat yang berkenaan dan
sebagai unsur penerang kerana hadir sesudah kata nama.
ii. Tinggi beting pasir di kawasan sungai itu.
Kata adjektif ukuran
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah,
dan kecil.
Frasa adjektif tinggi berfungsi sebagai subjek, binaan kata adjektif yang terdiri
daripada (kata adjektif) + (kata nama) terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti
frasa dengan kata nama sebagai peneranganya.
16
iii. Pemilihan calon pilihan raya dilakukan kelmarin.
Kata adjektif waktu
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Frasa adjektif kelmarin berfungsi sebagai predikat dalam ayat yang berkenaan dan
sebagai unsur penerang kerana hadir sesudah kata nama.
iv. Keluarga pengacara itu telah menetap di Felda Koyan sejak lima tahun yang lalu.
Perkataan bergaris merupakan frasa sendi nama di Felda Koyan yang menjadi unsur
keterangan bagi frasa nama, antara lain mendukung makna keterangan tempat seperti
yang terdapat dalam ayat.
Namun demikian frasa adjektif yang terdapat dalam ayat ini ialah sejak lima tahun
yang lalu. Frasa adjektif yang lalu berfungsi sebagai predikat dalam ayat yang
berkenaan dan sebagai unsur penerang kerana hadir sesudah kata nama.
v. Nelayan itu hanya berbaju lusuh semasa menghadiri kenduri kesyukuran di kampung
itu.
Kata adjektif pancaindera
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau,
dan rasa.
Indera pandang
comel buruk
hodoh tampan
molek lusuh
17
Frasa adjektif lusuh berfungsi sebagai predikat dalam ayat yang berkenaan dan
sebagai unsur penerang kerana hadir sesudah kata nama.
(5 markah)
3). Bina ayat bagi setiap fungsi FA yang berikut:
Jawapan
i. FA sebagai penerang
SUBJEK PREDIKAT
Dia (FN) budak pandai (FA)= (penerang)
Harimau bintang (FN) Liar (FA)=( penerang)
Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai
unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif
hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata
nama.
ii. FA sebagai predikat
Predikat
Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek. Predikat ayat terdiri daripada frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
i. Predikat frasa nama.
SUBJEK PREDIKAT
Burung sejenis haiwan.
Buku itu kepunyaan saya.
ii. Predikat frasa kerja.
18
SUBJEK PREDIKAT
Budak-budak itu mandi di sungai.
Guru sedang mengajarkan bahasa Melayu.
iii. Predikat frasa adjektif.
SUBJEK PREDIKAT
Rumah nenek terlalu besar.
Bunga Ros sungguh wangi.
iv. Predikat frasa sendi nama.
SUBJEK PREDIKAT
Buku itu di atas meja.
Bapa dari pasar.
iii. FA sebagai unsur keterangan
SUBJEK PREDIKAT
Dia berjalan (FK) sangat cepat (FA) keterangan
Mereka pulang (FK) segera (FA) keterangan
Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.
19
iv. FA sebagai pelengkap
KKTT berpelengkap ialah KK yang perlu diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Perhatikan contoh ayat di bawah:-
Bapa / beransur – Ayat ini tidak lengkap dan tergantung. Oleh sebab itu
KK beransur memerlukan pelengkap supaya ayat itu gramatis (betul).
Ayat itu dianggap gramatis seperti contoh di bawah:-
Bapa / beransur baik.
Perkataan baik berfungsi sebagai pelengkap (bukannya keterangan).
Pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata sendi nama, atau
kata adjektif.
Perhatikan contoh ayat di bawah:-
Ahmad tinggal di Kuala Lumpur. (kata sendi nama sebagai pelengkap)
Pemburu itu berbantalkan lengan. (kata nama sebagai pelengkap).
Azman berbuat baik kepada orang tua. (kata adjektif sebagai pelengkap)
v. FA sebagai subjek
Setiap ayat mesti terdiri daripada konstituen;
SUBJEK PREDIKAT
a. Subjek
- Subjek ayat biasanya terdiri daripada frasa nama.
- Frasa kerja dan frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama juga boleh menjadi
subjek dalam ayat.
- Frasa nama subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, kata
nama terbitan, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tunjuk dan kata adjektif.
20
i. Kata nama am sebagai subjek.
SUBJEK PREDIKAT
Buku itu amat bermutu.
Pelajar ini perlu diberi bimbingan.
ii. Kata nama khas sebagai subjek.
SUBJEK PREDIKAT
Abdul Wahab pegawai yang bijaksana.
Hotel Grand Palace terletak berhampiran Stadium Negara.
iii. Kata nama terbitan sebagai subjek.
SUBJEK PREDIKAT
Masakan Ibu sedap.
Penderitaan orang itu mendapat simpati orang ramai
Penderaan perlu dibanteras.
iv. Kata ganti nama diri sebagai subjek.
SUBJEK PREDIKAT
Dia sedang membaca buku.
Mereka sudah ke sana kelmarin.
v. Kata ganti nama tunjuk sebagai subjek.
SUBJEK PREDIKAT
Itu rumah bapa saudara saya.
Ini memeningkan kepala saya.
21
vi. Kata kerja yang berfungsi sebagai subjek.
SUBJEK PREDIKAT
Bersenam dapat menyihatkan tubuh badan.
Melukis kegemaran saya.
vii. Kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek.
SUBJEK PREDIKAT
Merah lambang keberanian.
Besar tidak bererti kuat.
(5 markah)
4) Nyatakan subjek, predikat dan pola ayat di bawah.
i. Agak besar rumah banglo setingkat milik bakal adik iparnya. (ayat pasif)
Bakal adik iparnya / memiliki rumah banglo setingkat yang agak besar. (ayat aktif)
ii. Di dalam belukar itu, telah dijumpai barang-barang yang diseludup oleh tiga orang
pemuda Thailand.(ayat pasif)
Pihak polis / telah menjumpai barang-barang yang diseludup oleh tiga orang pemuda
Thailand. (ayat aktif)
iii. Dalam berita itu tadi, lapan buah kereta mewah milik Syarikat Damai Biru telah disita
oleh pihak polis. .(ayat pasif)
Pihak polis / telah menyita lapan buah kereta mewah milik Syarikat Damai Biru dalam
berita itu tadi. (ayat aktif)
iv. Sejak menuntut di UPSI, anaknya agak pandai berbahasa Inggeris.(ayat pasif)
Anaknya / agak pandai berbahasa Inggeris, Sejak menuntut di UPSI.(ayat aktif)
v. Sejak akhir-akhir ini, rambut di kepalanya semakin memutih. (ayat pasif)
Rambut / di kepalanya semakin memutih, sejak akhir-akhir ini. (ayat aktif
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Rumus Pola Ayat
22
i) Bakal adik
iparnya
memiliki rumah
banglo setingkat
yang agak besar.
Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA
ii) Pihak polis
telah menjumpai
barang-barang
yang diseludup
oleh tiga orang
pemuda Thailand
Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Frasa NamaFA + FS + FN
iii) Pihak polis
telah menyita
lapan buah kereta
mewah milik
Syarikat Damai
Biru dalam berita
itu tadi.
Frasa NamaFrasa Kerja
Frasa AdjektifFN + FK+FA
iv) Anaknya
agak pandai
berbahasa
Inggeris, Sejak
menuntut di
UPSI
Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA
V) Rambut
di kepalanya
semakin
memutih, sejak
akhir-akhir ini
Frasa Nama Frasa Adjektif FA + FA
(10 markah)
23
5) Tuliskan AA untuk ayat aktif dan AP untuk ayat pasif. Nyatakan alasan
pemilihan anda.
i. Perempuan muda itu sedang mengelamun. [ AA ]
ii. Rumah orang tua itu kami perbetulkan semalam. [ AP ]
iii. Ikan gelama kering itu sudah bersusun di dalam kotak. [ AP ]
iv. Muhammad ingin menjadi pegawai daerah di Tampin. [ AA ]
v. Razak tersepak pengemis tua yang baring di tepi jalan itu. [ AP ]
(5 markah)
6) Nyatakan jenis songsangan ayat-ayat yang berikut.
i. Telah saya jual akhbar-akhbar lama itu. [susunan songsang]
ii. Masih cantik ibu saudaranya itu walaupun sudah berusia. [susunan biasa]
iii. Kesunyian dia apabila ditinggalkan oleh kawan-kawanya. [susunan biasa]
iv. Kami gubahkan barang hantaran itu bagi pihak pengantin lelaki. [susunan biasa]
v. Mengorek lubang bawah tanah pekerja Syarikat Menara Kaya itu. [susunan songsang]
24
(5 markah)
7. Dengan memberikan dua contoh yang sesuai bagi setiap aspek, bandingkan
antara :
Jawapan
i. Ayat Tunggal dengan Ayat Dasar
Ayat inti, ayat dasar dan ayat tunggal
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam skala sususan
tatabahasa. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai intonasi pengucapan yang sempurna.
Setiap ayat mengandungi makna yang lengkap.
Ayat dikatakan juga sebagai suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya
sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian, iaitu bahagian subjek dan bahagian
predikat. Jumlah ayat tidak terbatas, namun semuanya itu terbahagi kepada dua golongan,
iaitu golongan ayat inti dan ayat terbitan (transformasi).
Ayat inti ialah ayat yang paling sederhana bentuknya. Oleh sebab kesederhanaan
bentuknya itu, kadang-kadang dinamai ayat mudah, dengan maksud bahawa bentuk binaan
dan makna ayat sungguh mudah difahami. Pendeta Za’ba menamai ayat ini ayat selapis.
Ayat inti menjadi dasar bagi ayat-ayat lain yang tidak terhitung banyaknya. Oleh itu, ayat inti
ini disebut juga sebagai ayat dasar kerana daripadanya dapat dibentuk atau diterbitkan
pelbagai ayat lain. Pelbagai ayat lain yang terbentuk daripada ayat inti itu disebut ayat
terbitan. Ayat contoh di bawah ini ialah ayat inti:
1. Fazli polis.
2. Ayah di madrasah.
3. Harga rumah itu mahal.
Harus diingat ayat inti terbina daripada satu klausa. Klausa ialah satu unit rangkaian
perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kapada sesuatu
ayat. Ayat (1) terbina daripada satu klausa, iaitu klausa fazli polis. Subjek klausa berkenaan
ialah fazli, dan predikatnya polis. Sekiranya klausa fazli polis ini diucapkan dengan intonasi
yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat yang lengkap: Fazli polis.
Walaupun klausa ini sudah bertaraf ayat, subjeknya masih tetap satu, iaitu Fazli dan
predikatnya satu juga, iaitu polis.
25
Demikian juga halnya dengan ayat (2) dan ayat (3). Kedua-duanya terbina daripada
satu klausa. Klausa yang menjadi konstituen atau unsur ayat (2) dan (3) ini ialah ayah di
madrasah (ayat 2), dengan unsur ayah sebagai subjek dan unsur di madrasah sebagai predikat;
dan harga rumah itu mahal, dengan rumah itu sebagai subjek dan di madrasah sebagai
predikat. Jikalau kedua-dua ayat ini diucapkan dengan lagu bahasa yang sempurna dan betul,
maka klausa tersebut akan menjadi ayat yang lengkap.
Oleh sebab ayat (1), (2) dan (3) mengandungi satu klausa, maka ayat inti atau ayat
dasar ini dinamai juga sebagai ayat tunggal. Yang dikatakan tunggal itu kerana ayat-ayat
berkenaan hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat.
Jadi, ayat inti, ayat dasar dan ayat tunggal merupakan satu golongan yang serupa bentuknya
kerana mempunyai satu benda (subjek) dan satu cerita (predikat).Telah dinyatakan tadi
bahawa ayat dasar dan ayat tunggal mempunyai persamaan bentuk. Apakah ciri persamaan
kedua-duanya itu? Pertama, kedua-duanya terdiri daripada satu klausa. Kedua, kedua-duanya
mengandungi satu subjek dan satu predikat. Namun, antara kedua-duanya juga ada ciri
perbezaan yang ketara.
Jika diperhatikan, binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek mendahului
konstituen predikat, dan semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, yakni ayat yang
diucapkan dengan maksud membuat penyataan. Tetapi, tidak semua ayat tunggal terdiri
daripada susunan subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza, yakni unsur
predikat, sama ada sebahagian atau seluruh, mendahului subjek. Misalnya:
4. Puan Asmah berceramah di dewan kuliah. (ayat dasar/ayat tunggal; jenis: ayat penyata;
ragam: ayat aktif)
4a. Berceramah di dewan kuliah Puan Asmah. (ayat tunggal, yakni ayat songsang predikat
mendahului subjek)
5. Ayah ke Kangar malam tadi. (ayat dasar/ayat tunggal; jenis: ayat penyata; ragam: ayat
aktif)
5a. Ke Kangar ayah malam tadi. (ayat tunggal, yakni ayat songsang sebahagian predikat
mendahului subjek)
5b. Malam tadi, ayah ke madrasah. (ayat tunggal, yakni ayat songsang dengan unsur
keterangan masa dalam sebahagian predikat mendepani subjek.
Bentuk susunan ayat contoh (4) dan (5) merupakan bentuk ayat penyata, tetapi ayat 4(a), 5(a)
dan 5(b) ialah bentuk ayat songsang atau ayat pasif. Jelas bahawa persamaan ayat dasar
dengan ayat tunggal kedua-duanya mengandungi satu kostituen subjek dan satu konstituen
predikat. Kedua-duanya terdiri daripada ayat penyata dan ayat aktif. Jika ayat tunggal
26
mengalami perubahan kedudukan subjek-predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi
menjadi ayat dasar, melainkan ayat tunggal sahaja namanya.Demikian huraian tentang ayat
inti, ayat dasar dan ayat tunggal bahasa Melayu. Masing-masing ayat serupa dan berbeza
ii. Ayat Pasif dengan Ayat Songsang
AYAT PASIF
(a) i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek
ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh
menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua
yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
i. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa
saudara saya.
ii. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana
sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh
guru disiplin yang garang tersebut.
iii. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit
tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca
mata tebal itu.
iv. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
v. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
27
CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan
gadis tersebut.
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal
bulan lalu.
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari
Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat
tentang pelaburan saham tersebut.
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di
bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah
diproses itu ke dalam bekas plastik.
i. Ayat aktif transitif
SUBJEK PREDIKAT
KATA KERJA
TRANSITIF
OBJEK
Tukang kebun menebas lalang
Pengetua menyampaikan ucapannya
Ridzuan membaiki Kereta saya
28
ii. Ayat aktif tak transitif
Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak diikuti oleh objek.
Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif bboleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan.
SUBJEK PREDIKAT
KATA KERJA TAK
TRANSITIF
KETERANGAN
Keluarganya pulang Ke kampung
Mereka bermastautin Di Ipoh
c. Ayat songsang
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat
dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –
kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan
biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
29
(a) Pendepanan Frasa Kerja
i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)
iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)
iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
30
i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)
ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan
songsang)
FORMULA AYAT SONGSANG.
Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1 2 3
Dia membeli buku di kedai itu.
KGND - Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan
Subjek Predikat
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i. 2+3+1
ii. 2+1+3
iii. 3+1+2
iv. 3+2+1
Ayat Biasa:
1 2 3
31
Dia membeli buku di kedai itu.
Contoh ayat songsang (i)
2 3 1
Membeli buku di kedai itu dia
Contoh ayat songsang (ii)
2 1 3
Membeli buku Dia di kedai itu
Contoh ayat songsang (iii)
3 1 2
Di kedai itu Dia membeli buku
Contoh ayat songsang (iv)
3 2 1
Di kedai itu membeli buku dia
(10 markah)
32
RUJUKAN
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood
(2004).Tatabahasa Dewan – Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Ahmad Khair Mohd Nor (2003).Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa: Ayat).
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Darwis Harahap Mohamad (2004).Perbincanan Bahasa.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala
Lumpur
Abdullah Jumain Abu Samah (1991).Pengayaan Struktur Ayat dan Frasa.Mahir Publication
Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Haji Hamzah Hj. Mahmood (1997).Pembentukan Tatabahasa Melayu Mengikut Proses
Hukum Morfologi dan Sintaksis.Koperasi Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa (M)
Berhad, Petaling Jaya
Abdul Jalil bin Othman, Faizul Mashura binti Ismail (2003). Buku Teks Bahasa Melayu SK
Tahun 2 [Jilid 2]. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Mohd. Nasar b. Sukor, Zainal Arifin b. Yusof, Kamarudin b. Jeon, Khadijah bt. Yusof
(2006).Buku Teks Bahasa Melayu SK Tahun 5.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
33
34
top related