pokok periuk kera sem4

19
NAMA FARIZAL BIN AHMAD SEKOLAH SK SERI JAYA ( PONTIAN ) NO.TEL 013-356 8076 E-MAIL [email protected] NAMA RIZMAN BIN DAIN SEKOLAH SK TAMAN SEMARAK (NILAI) NO.TEL 012-6604461 E-MAIL [email protected] NAMA NOREZAYATI BINTI MD. LAZIM SEKOLAH SK SERI SINARAN CHOKOH ( PONTIAN ) NO.TEL 012-9555448 E-MAIL [email protected] NAMA ROHAIDAH BINTI SUBOH SEKOLAH SK KANGKAR PULAI 2 ( KULAI ) NO.TEL 013-7990355 E-MAIL [email protected] SENARAI AHLI KUMPULAN PEMBENTANGAN Copyright 2013 © RizFaRoNo

Upload: norezayati-mohd-lazim

Post on 30-Nov-2015

131 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NAMA FARIZAL BIN AHMADSEKOLAH SK SERI JAYA ( PONTIAN )NO.TEL 013-356 8076E-MAIL [email protected]

NAMA RIZMAN BIN DAIN SEKOLAH SK TAMAN SEMARAK (NILAI)NO.TEL 012-6604461E-MAIL [email protected]

NAMA NOREZAYATI BINTI MD. LAZIMSEKOLAH SK SERI SINARAN CHOKOH ( PONTIAN )

NO.TEL 012-9555448E-MAIL [email protected]

NAMA ROHAIDAH BINTI SUBOHSEKOLAH SK KANGKAR PULAI 2 ( KULAI )NO.TEL 013-7990355E-MAIL [email protected]

SENARAI AHLI KUMPULAN PEMBENTANGAN

Copyright 2013 © RizFaRoNo

RizFaRoNo PublicationMempersembahkan ….

Rizman + Farizal + Rohaidah + Norezayati

Assalammualaikum …Kak Mas .. Nanti bantu saya CPU ye

……

EX-SITU CONSERVATION PRESENTATIONAMALI 3 PPG SEM 3 SN1

EKOSISTEM EKOSISTEM DAN DAN

BIODIVERSITIBIODIVERSITI

KERA

POKOK

PERIUKSaya

sokong Firdaus

KO hingga Sem 8

Periuk kera adalah tumbuhan karnivor yang hidup melata . Pokok Periuk kera mempunyai nama sainsnya Nepenthes spp. .Pokok Periuk Kera biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur, kekurangan nitrogen. Pokok Periuk Kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya.Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengah sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan berwarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).

Pemuliharaan Pokok Periuk Kera

Pokok periuk kera yang juga dikenali dengan nama belanga kera biasanya tumbuh liar di kawasan lembab dan terbuka seperti paya. Pokok periuk kera sangat unik kerana mempunyai periuk dengan penutup yang menghalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya. Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Bahan kimia ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Pokok periuk kera membiak melalui pecahan rumpun.

Pemuliharaan Pokok Periuk Kera

Pemuliharaan Pokok Periuk Kera

Zoo dan taman botani adalah kaedah yang paling konvensional pemuliharaan pokok periuk kera , spesimen dilindungi untuk pembiakan dan pengenalan semula ke dalam hutan apabila perlu dan mungkin. Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja menyediakan perumahan dan penjagaan bagi spesimen spesies pokok periuk kera yang terancam, tetapi juga mempunyai nilai pendidikan. Mereka memaklumkan kepada orang awam status terancam spesies terancam dan faktor-faktor yang menyebabkan ancaman, dengan harapan mewujudkan kepentingan awam dalam menghentikan dan mengurangkan faktor-faktor yang menjejaskan survival spesies

Pemuliharaan Pokok Periuk Kera

Tumbuhan terancam juga boleh dipelihara dalam bahagian melalui seedbanks atau bank germplasma. Seedbank panjang kadang-kadang merujuk kepada kemudahan makmal kriogenik di mana benih spesies tertentu dapat dikekalkan sehingga ke abad atau lebih tanpa kehilangan kesuburan mereka. Ia juga boleh digunakan untuk merujuk kepada jenis khas arboretum di mana benih dituai dan tanaman diputar. Untuk tumbuhan yang tidak boleh dipelihara dalam seedbanks, satu-satunya pilihan lain untuk memelihara germplasm adalah in-vitro penyimpanan, di mana keratan tumbuhan disimpan di bawah syarat-syarat yang ketat dalam tiub kaca dan saluran.Sebuah tangki nitrogen cecair, digunakan untuk membekalkan beku kriogenik (untuk menyimpan sampel makmal pada suhu kira-kira -150 darjah Celsius).

Copyright 2013 © RizFaRoNo

Pokok Periuk Kera sebagai tumbuhan hiasan Kini , pokok ini dapat dibiakkan secara meluas dan digunakan sebagai penghias taman . Penjagaannya memerlukan siraman berjadual sekurang-kurangnya sekali sehari dan sistem pemasuan perlu mempunyai saliran yang baik.

“Tanaman ini memerlukan teduhan bagi mengekalkan kesuburan daun dan kendinya.Periuk kera sesuai sebagai tanaman pasu gantung dan tumbuhan penghias pergola dan wakaf,” katanya.

Sifat semula jadi tanaman itu yang menjalar dan memerlukan sokongan pokok lain untuk menyerlahkan keunikannya.

Menerusi penggunaan pasu gantung, kendi pokok periuk kera lebih menyerlah dan ia kelihatan menarik apabila berjuntai dan bergoyang ketika ditiup angin.

Disebabkan pokok ini adalah spesies unik dan liar, pembiakan tanaman ini perlu dilakukan dengan teliti dan kebiasaannya benihnya diambil dari hutan bersama tanahnya sekali. Jika tidak, ia sukar dibiakkan.

“Hanya anak pokok yang tumbuh di sekitar induk boleh diambil dan dipindahkan menerusi kaedah pemindahan cermat termasuk tidak mendedahkannya kepada sinaran matahari pada peringkat awal pemindahan.

Antara spesies periuk kera yang terdapat di Malaysia :

a) Nepenthes albormarginata turut dikenali N tomentella Miq yang boleh ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah. Spesies ini memiliki bingkai leher berwarna putih bersama bulu baldu di bawah peristomanya. Serlahan ini tidak dimiliki Periuk Kera lain. Kendinya pula memanjang sehingga 15 cm dengan keunikan teksturnya yang kebalduan. Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam. Tumbuhan ini ini gemar makan anai-anai. Apa pun, sehingga kini tiada kajian terperinci bagaimana pokok ini bertindak memerangkap anai-anai kecuali hanya menemui beribu-ribu anai- anai memenuhi kendi lamanya. Kacukan spesies ini dikenal pasti jarang ditemui.

b) Nepenthes ampullaria juga dipanggil N ampullaceae Low memang mudah dikenali kerana kendinya berbentuk bujur telur atau lonjong bersama serlahan peristoma yang lebar dan rekahan sempit penutup/tudung kendi yang tidak pernah menutup permukaan mulut kendinya. Spesies ini hanya ditemui memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya boleh ditemui di bahagian bawah dalam satu jambak yang sebahagiannya tertanam atau tertimbus dengan daun kayu reput. Kendi-kendi ini bertunas daripada susunan pucuknya dan mengeluarkan warna kilauan. Sementara kendi pada bahagian atas boleh ditemui pada celahan daunnya atau cabang sulur paut juga dalam serlahan berjambak. Kendi ini hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat serta jarang ditemui berbanding kendi di permukaan tanah. Pokok ini boleh memanjat pokok lain sehingga 15 meter.

c) Nepenthes bicalcarata boleh dibezakan dengan spesies lain kerana ia satu-satunya pokok Periuk Kera yang memiliki duri dari tudungnya. Duri ini adalah sebahagian daripada peristomanya. Kendinya berukuran 25cm panjang dan 16cm lebar. Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan sawah bertanah gambut sekitar ketinggian 950 meter dari paras laut dan tumbuh meliar di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga sesuai dikacuk dengan hybrid X ampullaria, X gracilis, X mirabilis dan X rafflesiana.

Copyright 2013 © RizFaRoNo

d) Nepenthes edwardsiana pula hanya boleh ditemui di kawasan bukit berlumut yang ketinggian antara 1500 hingga 2700 meter dari paras laut. Kendinya memang cantik dan menarik dengan saiz 50cm panjang dan 15cm lebar.

e) Nepenthes fusca yang memiliki kendi berukuran 20cm panjang dan 4cm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar.

Copyright 2013 © RizFaRoNo

f) Nepenthes rafflesiana adalah spesies Periuk Kera yang besar. Kendinya boleh membesar sehingga 40cm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung di sebalik susunan dedaun muda. Kendinya dikatakan sentiasa dilawati semut dan kelihatan seolah-olah bukan pokok insektivor. Bagaimanapun, cecair dalam kendinya sentiasa kelihatan likat untuk memerangkap mangsa. Spesies ini adalah tumbuhan liar yang biasa ditemui di kawasan tanah rendah di Brunei.

Sekian dari kami …terima kasih

Kelab Pencinta CPU sedunia memohon maaf … segala humor sekadar mengelak mengantuk dan mengukir senyuman cikgu – cikgu semua….

Copyright 2013 © RizFaRoNo