topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3

Post on 19-Jul-2015

13.532 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Terhadap

Guru, murid, sekolah dan kurikulum

Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Terhadap Guru

Dilihat daripada aspek :

MuridSekolahMasyarakatRakan sejawat

Aspek Murid

- Kepelbagaian gaya pembelajaran murid Seorang guru perlu bijak dalam memotivasikan

pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat tugasan yang diberikan

- Kepelbagaian tahap kecerdasan / penerimaan murid Terdapat pelbagai tahap kecerdasan murid, guru

perlu gunakan strategi dan teknik yang berbeza untuk mengajar(guna muzik,permainan dll) dan soalan-soalan (enrichment dan reinforcement)

- Kepelbagaian latar belakang muridTerdapat murid yang berasal dari keluarga yang

bermasalah, tahap sosioekonomi yang berbeza

Guru perlu memahami tentang keadaan / situasi murid dan cuba mengatasi masalah dengan baik dan berdedikasi

- Kepelbagaian minat murid dalam sukan

Guru perlu memperkembangkan bakat pelajar dalam sukan dan tidak menghadkan minat mereka

Guru perlu bijak merancang satu aktiviti yang menarik minat murid terhadap sukan

Aspek Masyarakat

o Contoh 1: budaya hidup

Bandar : mementingkan ‘privacy’ dan kurang mementingkan cara hidup bermasyarakt serta sifat kejiranan

Luar bandar: kurang mementingkan ‘privacy’ dan mementingkan cara hidup bermasyarakt serta sifat kejiranan

Guru perlu menyesuaikan diri dengan cara hidup masyarakat setempat

Guru perlu bijak merancang satu aktiviti yang menerapkan nilai kerjasama antara murid.

o Contoh 2: cara pergaulan

Bandar : kurang menitik beratkan pergaulan antara lelaki dan perempuan

Luar bandar: amat menitik beratkan pergaulan antara lelaki dan perempuan

Guru perlu bijak merancang satu aktiviti yang boleh melibatkan semua murid tetapi masih menitik beratkan pergaulan murid.

Aspek sekolah

o Contoh 1: kemudahan-kemudahan yang disediakan

Guru perlu menyediakan jadual penggunaan bilik komputer.

o Contoh 2: lanskap di sekolah yang cantik dan kondusif

Guru perlu bijak merancang pengajaran dengan menggunakan persekitaran sekolah yang menggalakkan

- Budaya kerja di sekolah

- Sekolah mementingkan budaya kerja yang cekap dan sistematik

Guru perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan seterusnya bertindak mengikut keadaan

Aspek Rakan Sejawat

- Kepelbagaian sikap rakan sekerja

Guru perlu membuat pembahagian tugas dengan adil dan saksama.

Sentiasa membuat semakan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah.

Guru menerima kelemahan dan kelebihan rakan sekerja.

Implikasi Kepelbagaian Budaya Terhadap Murid

Dilihat daripada aspek:

Agama dan adat resam Kecerdasan dan kemahiran murid Kelas sosial murid Guru (Sikap dan kaedah pengajaran)

Aspek Agama dan Adat Resam

Murid haruslah berfikiran terbuka dan menerima rakan sebaya seadanya dari segi adat resam dan cara hidup

Sentiasa menghormati rakan sebaya dan tidak memperlekehkan adat resam dan budaya semua kaum

Aspek Kecerdasan dan Kemahiran

Terdapat murid pelbagai kecerdasan dalam kelas di mana murid yang pandai hanya bergaul dengan murid pandai sahaja dan rakan yang lemah di abaikan

Murid perlu belajar berkerja sebagai satu pasukan.

Aspek kelas sosial

Terdapat rakan yang berasal dari keluarga yang bermasalah, tahap sosioekonomi yang berbeza

Murid perlu belajar bergaul antara satu sama lain tanpa mengira darjat dan kedudukan dan sedia membantu rakan di dalam kesusahan

Aspek Guru

- Kepelbagaian sikap dan kaedah pengajaran guru

Murid perlu belajar bertoleransi dan menyesuaikan diri dengan sikap guru supaya dapat belajar dengan baik dan seronok.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP INSTITUSI SEKOLAH

Sekolah dan persekitaran

Sekolah dan keluarga

Sekolah dan Keperluan

kepelbagaian kehendak

Sekolah dan komuniti

masyarakat

Sekolah dan Persekitaran

Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya.

Faktor-faktor pesekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.

Mata pelajaran harus disesuaikan dengan pasaran kerja dan ekonomi.

Michael Fullen ( 1998 ) sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi.

Penubuhan sekolah wawasan, sekolah bestari , penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

Agenda nisbah sains sastera merupakan perubahan pendidikan yang perlu dilaksanakan segera.

Sekolah dan Keluarga

Titik pertemuan antara sekolah dan rumah merupakan aspek perhubungan keluarga-komuniti yang paling dipentingkan.

Hubungan ibubapa-sekolah yang kukuh akan menguntungkan kanak-kanak terutamanya dari segi perkembangan akademik dan pembentukan sahsiah.

Sekolah dan komuniti masyarakat

Faktor komuniti seperti lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan komuniti menjadikan ahli komuniti yang berdekatan sebagai agen sosialisasi kepada pelajar sekolah berkenaan.

Komuniti juga boleh memainkan peranan dalam menyediakan suasana yang menggalakkan kejayaan persekolahan Contoh:- penyediaan program kemasyarakatan yang menggalakkan perkembangan akademik - penyediaan biasiswa ataupun bantuan kewangan untuk pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan melalui PIBG.

Sekolah dan Kepelbagaian Kehendak

Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza.

Contohnya: Pembinaan bangunan sekolah berasaskan ”design on

site” dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , citarasa masyarakat sekitarnya dan warga sekolah lebih sayang kepada sekolah kerana ada ciri-ciri yang membezakannya dengan sekolah lain.

Teknologi Maklumat

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin penting. Semakin banyak syarikat swasta dan institusi pendidikan menyediakan teknologi bercorak pendidikan. Sistem pendidikan harus bersedia menghadapi era baru ini.

- CD ROM- Multimedia (gambar, bunyi , animasi ,

kuiz dan pelbagai aktiviti lain )- Animasi- Internet

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA TERHADAP KURIKULUM TERSIRAT

Dilihat daripada aspek:Interaksi sosialPeperiksaanPengajaran pembelajaranKawalan sosialNilai

Definisi Kurikulum Tersirat

Kurikulum tersirat adalah perlakuan, perancangan dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat.

Aspek Interaksi Sosial

Murid sekolah berkenalan pada hari pertama persekolahan.

Murid dididik untuk memberi salam apabila guru masuk ke kelas.

Murid mengucapkan terima kasih setelah guru tamat mengajar.

Dalam aktiviti gotong-royong di sekolah, kesepakatan dapat dilihat antara murid, guru, pekerja sekolah dan ibu bapa.

Panggilan nama yang sopan digunakan apabila berinteraksi. Cth: kak, abg, pak cik, mak cik.

Aspek Peperiksaan

Penjadualan masa ketika peperiksaan dipaparkan lebih awal bagi memudahkan murid membuat ulangkaji dan bersedia sebelum peperiksaan.

Murid diajar untuk menerima kegagalan dan tidak bersikap putus asa.

Murid yang cemerlang diberikan anugerah bagi menaikkan semangat murid lain untuk turut berjaya.

Sokongan moral diberikan kepada semua murid, terutama murid yang agak lemah.

Aspek Pengajaran dan Pembelajaran

Guru menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kebolehan murid.

Motivasi diberikan kepada murid untuk belajar dengan tekun.

Rakan sebaya membantu rakan lain yang bermasalah dalam pelajaran.

Kepelbagaian cara belajar diaplikasikan di kalangan murid bagi memberikan hasil yang diharapkan. Cth: Pengaplikasian IT dalam p&p.

Kumpulan belajar murid melibatkan murid pelbagai kebolehan dari pelbagai kaum.

Aspek Kawalan Sosial

Terdapat batas pergaulan bagi murid berlainan jantina.

Etika berpakaian digariskan kepada guru dan murid.

Guru sebagai model yang akan memberikan contoh yang baik kepada murid.

Murid lelaki perlu berambut pendek supaya tampak kemas.

Murid sentiasa diingatkan akan peraturan sekolah.

Aspek Nilai

Kem bina semangat sebagai motivasi kepada murid untuk gigih belajar.

Pemupukan nilai-nilai murni dalam diri murid oleh guru. Cth:

Hormat-menghormati Tolong-menolong Bertanggungjawab Rajin dsb.

Terima kasih

top related