tingkatan 3 note

Post on 27-Jun-2015

929 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1.1 KECERGASAN FIZIKAL

1. Kecergasan fizikal mempunyai dua jenis iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kemahiran motor.

2. Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan komposisi badan.

3 Manakala kecergasan berlandaskan kepada kemahiran moto ialah kelajuan, ketangkasan, kuasa otot, imbangan, koordinasi dan masa tindak balas.

1.1.1 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

1. Bermaksud keupayaan jantung, salur darah, dan system respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan ketika melakukan aktiviti.

2. Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, paru-paru, rangkaian arteri dan vena.

3. Antara aktiviti yang dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah :

(a) Latihan Paarlauf

(b) Latihan Piramid

(c) Lompat Tali (jump rope)

4. Aktiviti latihan parlauf ialah berlari berganti-ganti secara berpasangan di atas dua kawasan padang yang dipisahkan oleh satu garisan penengah. Aktiviti ini dilakukan dalam 20 minit.

5. Latihan Piramid ialah satu larian bersiri yang melibatkan pelbagai jarak atau masa larian.

6. Lompat tali ialah satu aktiviti bersifat aerobic yang dilakukan sekurang-kurangnya 10 minit daripada kadar 70% - 80% Kadar Nadi Maksima. Aktiviti ini dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

7. Antara otot yang terlibat ketika menjalani latihan parlauf, latihan pyramid, dan lompat tali ialah :

(a) deltoid

(b) Biseps

(c) Brachioradialis

(d) Quadriceps

(e) Gluteus

(f) Hamstring

(g) Gastrocnemius

(h) Flexor dan extensor tangan

(i) Triceps

top related