tesis prof.hamdan
Post on 07-Aug-2015
58 Views
Preview:
TRANSCRIPT
IMPAK PRASARANA SEKOLAH TERHADAP MURID…
(AKADEMIK,JASMANI,EMOSI,SOSIAL,ROHANI)
Bab 1 Pendahuluan
1. Pengenalan
Pembangunan pendidikan adalah penting di dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Ini kerana pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan sosial negara.
Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan akan
menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Kepentingan pendidikan di dalam negara
Malaysia dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun.
Ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pendidikan yang ada sekarang kepada sistem yang
lebih maju dan terkini. Pelabagai aspek disentuh dalam bidang pendidikan termasuk
kemudahan prasarana di sekolah yang diperlukan oleh masyarakat. Perancangan berterusan
ini dianggap satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan bagi meningkatkan kualiti
pendidikan yang sedia ada di negara ini. Di antara matlamat utama dalam pembangunan
pendidikan ialah menjadiakan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau
( PIPP 2006 ). Bidang pendidikan memainkan peranan utama dalam membentuk modal insan
serta mewujudkan potensi pekerja yang mempunya jati diri yang kukuh, berketrampilan,
berkeribadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mencapai aspirasi
kerajaan dalam wawasan 2020. Ini terbukti dengan usaha kerajaan membangunkan dan
memperingkatkan kemudahan pendidikan dari peringkat terendah iaitu pra sekolah hingga ke
peringkat pengajian tinggi (RMK9 2007).
Kementerian pelajaran memainkan peranan utama dalam mendukung harapan dan
aspirasi rakyat serta berdepan dengan cabaran yang mendatang, Kementerian perlu
mentransformasikan susunan bahagian-bahagiannya serta cara beroperasi bagi merapatkan
jurang antara pembentukan dasar dan keupayaan pelaksanaan. Perkara utama di sini ialah
pulangan atas pelaburan (ROI) dapat dioptimumkan, lebih-lebih lagi bagi dua pelaburan
Kementerian yang menggunakan modal paling tinggi iaitu infrastruktur sekolah dan ICT.(
http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/Blueprint/Preliminary-Blueprint-
BM.pdf)
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan
belanjawan yang besar kepada sektor pendidikan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Sejumlah RM38.7 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran bagi
perbelanjaan mengurus dan pembangunan. “Sememangnya sejak merdeka, kerajaan telah
menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda utama negara. Kerajaan juga menyedari
pelaburan dalam bidang ini adalah prasyarat kepada sebuah negara yang makmur dan
pembangunan rakyat yang sejahtera.
Pada pembentangan Belanjawan 2012, Kerajaan telah menyediakan sejumlah RM1
bilion untuk Tabung Penambahbaikan Prasarana dan Fizikal Sekolah-Sekolah Luar Bandar.
“Pada pembentangan Bajet 2012, Kerajaan telah menyediakan sebanyak 1 bilion ringgit di
bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi
keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian
peralatan dan pembinaan blok tambahan”( Sedutan Teks Ucapan Perdana Menteri Bajet
2013).Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan taraf infrastruktur
sekolah untuk memberikan keselesaan kepada warga sekolah dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka.Keseluruhan bajet yang diluluskan ini adalah untuk kepentingan
pembangunan pendidikan dan penyumbang kearah kemenjadian murid dan pembangunan
modal insan.
Namun begitu kemenjadian murid juga bergantung kepada kesungguhan para
pendidik menyampaikan ilmu supaya dapat membetuk modal insan kelas pertama dan
sokongan kewangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ilmiah, kemudahan prasarana yang
disediakan di sesebuah sekolah. Menurur Zabidi Dun dan Mamah Muhammad (1996)
organisasi memerlukan tiga sumber utama untuk perlaksaan fungsinya iaitu sumber fizikal,
kewangan dan sumber manusia. Tanpa ketiga-tiga sumber ini, organisasi tidak akan mampu
mencapai matlamat dengan berkesan terutamnya bagi negara sedang dalam proses peralihan
ke arah Negara berpendapatan tinggi seperti Malaysia.
1.1 Latar Belakang Masalah
Prasarana sekolah yang telah dibina oleh kerajaan samaada infrastruktur mahupun
infostruktur ICT yang telah dibekalkan di sekolah adalah untuk member keselesaan yang
kondusif kepada semua pelajar untuk belajar dengan lebih baik lagi mencapai kejayaan di
dalam pelajaran. Namun ketidakseragaman infrastruktur dan infostruktur yang telah dibina di
sekolah menyebabkan masih ada lagi pelajar yang tertinggal dalam mendapat kemudahan
yang lengkap. Untuk menikmati kejayaan yang cemerlang kemudahan dan persekitaran yang
kondusif di perlukan oleh pelajar bagi mencapai kejayaan di dalam pelajaran. Jika suatu masa
dahulu, hanya di sekolah elit atau sekolah di bandar dapat menikmati kemudahan yang
lengkap, kini senario itu sudah tidak lagi begitu. Hampir keseluruhan sekolah menengah
tanpa mengira kedudukan samaada sekolah bandar atau luar bandar sudah menyediakan
kemudahan-kemudaha asas untuk keselesaan pelajar. Kelengkapan infrastruktur di sekolah
sangat penting sebagai pemakin kepada kemenjadian pelajar yang lebih berdisiplin dan
seterusnya mampu meningkatkan prestasi akademik mereka.
Saban tahun kerajaan memperuntukkan bajet yang besar untuk pembangunan pendidikan
yang berterusan terutama dalam pembinaan infrastruktur bangunan instisusi. Ini adalah hasrat
kerajaan untuk memastikan semua murid mendapat kemudahan yang selesa untuk belajar
seterusnya dapat melahirkan insan yang berjaya dari segi akedemik, kokurikulum mahupun
sahsiah. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, kementerian telah
mengenal pasti beberapa kemudahan infrastruktur yang perlu ditingkatkan pelaburannya
dalam tempoh terdekat. Antara kemudahan yang dikenalpasti ialah (i) bekalan elektrik; (ii)
air bersih yang selamat diminum; (iii) makmal komputer; (iv)makmal sains, dan (v) bilik
darjah dan bangunan yang mencukupi untuk membolehkan pelaksanaan persekolahan satu
sesi namun pengurusan kemudahan prasarana sekolah yang tidak baik akan memberi impak
yang negatif terhadap kemenjadian murid. Justeru itu kementerian pelajaran telah
melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi
memastikan sistem pendidikan negara akan mampu mengoptimumkan potensi setiap anak
Malaysia.(Teks ucapan Perdana Menteri Bajet 2013). Semua sekolah perlu mencapai
sekurang-kurangnya keperluan asas yang penting untuk iklim yang baik, selamat, bersih serta
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Pembangunan prasarana yang giat dibangunkan mestilah seiring dengan keberkesanan
kemenjadian murid dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Kemajuan infrastruktur
tidaklah menjamin kemenjadian murid yang diharapkan sekiranya ada pihak yang tidak
bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat kerajaan. Prasarana sekolah serba lengkap adalah
tidak bermakna sekiranya kualiti pembelajaran tidak dititikberatkan dalam usaha
meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai kemudahan prasarana telah disediakan kerajaan
demi mewujudkan suasana selesa dalam pengajaran para guru dan pembelajaran para pelajar.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Malaysia beruntung kerana usaha kerajaan
berjaya menjadikannya sebagai antara negara dunia yang dapat menyediakan akses
pendidikan kepada lebih 90 peratus rakyatnya berbanding negara lain seperti
Indonesia."Prasarana tidak sehebat mana tetapi kualiti pembelajaran,kesungguhan ibu bapa
memberi perhatian, pengajaran terbaik guru dan tumpuan pelajar sendiri menjadikan ia
sekolah yang hebat," katanya.
(http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120504/dn_28/Kualiti-pembelajaran-
seiring-pembangunan-prasarana-sekolah---Muhyiddin#ixzz2EijRvmIp)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 dicadangkan peda ketka ini
antaranya ialah penekanan dalam aspek kemenjadian murid. Melalui dimensi Aspirasi Murid
dengan menyasarkan enam ciri utama murid dalam usaha mengukuhkan lagi erti
kemenjadian murid seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Enam
ciri utama murid yang dihasratkan adalah;
1. Murid yang mempunyai pengetahuan
2. Murid yang mempunyai kemahiran berfikir
3. Murid yang mempunyai kemahiran memimpin
4. Murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa
5. Murid yang mempunyai etika dan kerohanian
6. Murid yang mempunyai identiti nasional
Aspek kemenjadian murid ini sangat dititik beratkan sepertimana yang terkandung di
dalam PPPM demi mencapai matlamat utama pendidikan negara.tersebut. Penghayatan
kurikulum dan kokurikulum yang optimum dituntut perlaksanaannya oleh seluruh warga
sekolah ke arah menghasilkan murid yang mempunyai pengetahuan, berkemahiran berfikir,
memimpin dan dwibahasa. Kerajaan juga sentiasa mengambil berat mengenai kurikulum
persekolahan kebangsaan supaya ianya kekal relevan mengikut peredaran masa. Pada tahun
2010 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) mula dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut tahun menggantikan
sistem kurikulum yang iaitu Kurikulum Bersepandu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Penyediaan kurikulum dan kokurikulum baru ini
bermatlamat menghasilkan garis pandu yang holistik dan seimbang bagi memperkembang
kepelbagaian potensi individu untuk kemenjadian insan.UM DAN KOKURIKULUM
Kemenjadian murid diperkukuhkan lagi dengan penghayatan akidah dan nilai murni
bagi mencapai aspirasi murid yang mempunyai etika dan kerohanian. Sahsiah yang unggul
merupakan nilai yang perlu ada dalam diri setiap warga Malaysia. Karakter murid merupakan
satu aset yang paling berharga bagi menentukan modal insan yang dilahirkan memiliki
sahsiah unggul. Keperluan memiliki modal insan seperti ini akan dapat digarap melalui
penghayatan akidah. Penghayatan akidah akan menjadi benteng yang dapat mengawal
tingkah laku murid secara intrinsik. Pengawalan tingkah laku secara instrinsik ini akan
mengurangkan masalah sosial dan jenayah dalam negara. Tenaga, masa, kewangan dan
pemikiran akan dapat ditumpukan kepada pembangunan negara kerana masalah dalaman
negara telah pun dapat diselesaikan melalui pendidikan yang memberikan penekanan kepada
penghayatan akidah. Bagi mencapai aspirasi murid yang mempunyai identiti nasional,
gagasan perpaduan berasaskan semangat 1Malaysia diterapkan terus di sanubari murid,
dengan Membina Negara Bangsa menjadi teras yang dikembangkan melalui pelbagai aktiviti
seperti memperkasakan Bahasa Kebangsaan dan memupuk kecintaan murid terhadap
kesenian, budaya dan sukan.
Dasar satu murid menyertai sekurang-kurangnya satu sukan dilaksanakan mulai tahun
2011. Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Pembangunan Sukan.
Dasar 1Murid 1Sukan merupakan usaha KPM menggalakkan penyertaan aktif setiap murid
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan khususnya bagi murid-murid yang kurang atau
tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan berdaya
saing. Di samping itu, dasar 1Murid 1Sukan ini juga menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aktiviti sukan di sekolah merupakan satu landasan yang
dapat mendorong murid ke arah budaya hidup aktif dan sihat di samping menggalakkan
mereka ke arah kecemerlangan sukan melalui program-program sukan berprestasi tinggi.
Dalam memastikan pembangunan pendidikan yang seimbang dan meningkatkan
ekuiti dalam pendidikan, penyediaan prasarana sekolah merupakan satu elemen penting yang
diberikan perhatian dalam perancangan pendidikan di Malaysia. Kepentingan perancangan
dan penyediaan kemudahan infrastuktur yang baik tidak dapat dinafikan amat kritikal dalam
menyokong kejayaan agenda pendidikan negara. Infrastruktur yang mencukupi dan selesa ini
amat penting untuk membolehkan proses pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang
berkesan. Inisiatif kerajaan seharusnya memberi tumpuan terhadap usaha berterusan dan
menyeluruh bagi memantapkan kemudahan fizikal dan infrastruktur institusi pendidikan di
seluruh negara. Justeru kemudahan asas iaitu bekalan air bersih dan bekalan elektrik ke
sekolah terutamanya di kawasan pedalaman perlu disegerakan dengan alternatif apa sekalipun
bagi menjamin kesejahteraan murid di luar bandar dan seterusnya menyumbang ke arah
kemenjadian murid.
Menerjah ke era persaingan global, prasarana infostruktur di sekolah bukan lagi suatu
kehendak tetapi telah menjadi suatu keperluan. Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan sekolah dan institusi pendidikan adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi
negara yang maju berpendapatan tinggi. Seiring dengan itu sistem e-pembelajaran
diperkenalkan. E-pembelajaran merupakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan,
menerusi media elektonik seperti internet, intranet, setelit, pita audio dan video, televisyen
interaktif dan CD-ROM. Pengajaran boleh disampaikan pada waktu yang fleksibel dengan
fokus utama e-pembelajaran ialah murid perlu berdikari pada masa-masa tertentu serta
bertanggungjawab dan berperanan lebih aktif ke atas pembelajarannya dengan cara membuat
perancangan dan persediaan rapi untuk mencari bahan maklumat berkaitan dengan
pembelajaran atas daya usaha dan inisiatif sendiri. Jelasnya disini, e-pembelajaran
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dapat
mengurangkan penggunaan teknologi maklumat bagi kegunaan negatif yang lain
1.2 Penyataan Masalah
Prasarana sekolah yang lengkap memainkan peranan yang penting dalam
membangunkan aspek-aspek kemenjadian murid sama ada dilihat dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan berketrampilan. Sehubungan dengan itu, penggunaan kemudahan yang sedia
ada di sekolah perlu dioptimumkan oleh guru dan dapat memberi impak yang positif kepada
kemenjadian murid.murid. Walaubagaimanapun,secara amnya boleh dikatakan bahawa
seseorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik , kokurikulum dan sahsiahnya
menunjukkan bahawa pelajar ini mendapat segala kemudahan yang ada di sekolah dengan
sempurna. Rupa-rupanya tanggapan ini adalah tidak benar kerana ada pelajar yang masih
gagal walau sehebat manapun infrastruktur di sekolah tersebut.
Mewajarkan perngagihan belanjawan negara terhadap sektor pendidikan dengan peratusan
tertinggi peruntukan pada setiap tahun, memberi petunjuk bahawa pembangunan prasarana
pendidikan di Malaysia berlaku pada kadar yang pesat dan tekal. Penyediaan kemudahan
infrastruktur dan infostruktur berlangsung dengan giat sekali bagi rata-rata seluruh sekolah di
Malaysia, walaupun masih terdapat masalah keciciran pembangunan di beberapa lokasi sekolah. Ini
termasuklah pembinaan sekolah baru bagi lokasi yang masih tidak mempunyai sekolah demi
memberi akses kepada pendidikan terutamanya di kawasan luar bandar, dan pembinaan bilik darjah
tambahan bagi sekolah yang berkeperluan untuk mengurangkan kesesakan kelas iaitu maksimum 35
orang murid setiap kelas, terutama di bandar utama. Hal ini dilaksanakan bagi memastikan
keselesaan murid. Usaha meningkatkan kualiti kemudahan fizikal di sekolah terutamanya yang telah
beroperasi selama 30 tahun akan terus diberi tumpuan. Hal ini merangkumi keperluan kemudahan
tambahan atau gantian seperti bilik darjah baru, makmal sains, bengkel kemahiran, perpustakaan
dan bilik pentadbiran yang lebih selesa. (Pelan Strategik Interim, 2010-2020).
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 turut membentangkan
kejayaan penambahbaikan prasarana sekolah dengan peratusan kenaikan tahap pembangunan yang
memberangsangkan. Bagi runut rekod 2005 hingga 2011, prasarana sekolah seperti bekalan elektrik,
bekalan air bersih, sekolah dua sesi dan makmal komputer mencatat penambahbaikan yang positif.
Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak RM19.771 juta untuk menampung perbelanjaan
pembangunan sekolah dengan 80% darinya untuk pembangunan infra fizikal, manakala selebihnya
untuk infra IT, utiliti dan infra lain.
Namun, di sebalik kebanggaan kita terhadap pembangunan prasarana yang pesat ini,
matlamat utama pendidikan iaitu kemenjadian murid seolah-olah tidak seiring dengan limpahan
pembangunan infrastruktur dan infostruktur. Terdapat pelbagai laporan yang mengaitkan kegagalan
kemenjadian murid, antaranya dari aspek keseimbangan emosi di mana berdasarkan Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa 14.4% remaja
berusia 16 tahun hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan mental berbanding dengan
golongan dewasa yang mencatatkan 11.2% kes. Kajian itu juga menunjukkan bahawa secara
keseluruhan, 11% golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun pernah terfikir untuk
membunuh diri (Dewan Siswa, April 2012). Gangguan emosi boleh ditakrifkan sebagai suatu situasi
yang menunjukkan satu atau lebih karakter oleh murid, akibat dari konflik yang tidak dapat
diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu,
seterusnya menunjukkan suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil.
Selain itu turut dilaporkan aspek negatif dari segi kesihatan dan jasmani murid dengan fakta
peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah di antara 6.6%
hingga 13.8%. Sebanyak 12.8% daripada masalah obesiti tersebut ialah dalam kalangan kanak-kanak
lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan
keadaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kesihatan kronik pada masa hadapan.
Masalah kemenjadian murid juga ditimbulkan menyentuh aspek sahsiah apabila kes disiplin
pelajar dilaporkan semakin meningkat. Pada tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia mengenal
pasti seramai 76,300 orang pelajar atau 1.09 % daripada 7 juta orang pelajar di negara ini terbabit
dengan masalah disiplin. Menurut laporan Azizi et al. (2007), pada tahun 2003 terdapat sebanyak
456 buah sekolah berada dalam perhatian Polis kerana kegiatan samseng dan jenayah lain. Laporan
Persidangan Dewan Rakyat (2007) pula menyatakan hampir 70% pelajar yang dikenakan hukuman
buang sekolah didapati melakukan kesalahan ponteng sekolah di mana sejak 2003 hingga 2007, dan
seramai 21,011 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dikenakan hukuman buang sekolah
kerana terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah.
Namun demikian apa yang lebih membimbangkan ialah kesalahan disiplin termasuk
penyalahgunaan dadah, telah menular dari peringkat sekolah rendah lagi. Ini terbukti apabila
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (2009) mendedahkan bahawa walaupun
peningkatan sekolah rendah hanya daripada 0.78% kepada 0.79% namun pihak kementerian tetap
menganggapnya sebagai serius. Pada keseluruhannya isu yang melibatkan disiplin berada dalam
situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul buli, gaduh dan ponteng tegar.
Statistik tahun 2009 KPM menunjukkan terdapat 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar
sekolah menengah di seluruh negara. Walau bagaimanapun jumlah aduan disiplin murid diterima
bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun 2009 ialah 65 kes tetapi menurun 31 kes berbanding 96 kes
bagi tempoh sama tahun 2008 (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009) .
Mendepani cabaran dunia semasa tahap intelek pelajar Malaysia turut diukur dan dibanding
pada peringkat antarabangsa. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
dilaporkan kedudukan pencapaian pelajar Malaysia berada dalam kelompok satu pertiga ke bawah
dalam 74 buah negara yang menyertai PISA (Programme for International Students Assesement) dan
menurun daripada kedudukan di atas purata pada tahun 1999 kepada di bawah purata antarabangsa
pada tahun 2007 dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study). Ini
bermakna, sepanjang penyertaan Malaysia dalam kajian tersebut prestasi pelajar dalam tiga bidang
yang diukur iaitu kebolehan Membaca, Matematik dan Sains adalah semakin menurun. Hampir 60%
murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam
Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains. Jika dibandingkan dengan negara
Asia yang lain, Malaysia mencatat perbezaan 38 mata yang bersamaan ketinggalan setahun dengan
Thailand, tiga tahun dengan Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong, malah empat tahun di
belakang Shanghai.
Oleh itu memandangkan tidak ada lagi kajian seperti ini dijalankan di kawasan
terpilih maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah pembangunan
prasarana yang ada disekolah memainkan peranan dalam membantu kecemerlangan dari
aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Kajian juga dilakukan untuk melihat
hubungan antara pembangunan prasarana sekolah dengan dimensi kemenjadian murid
sekolah dalam aspek kurikulum, kokurikuum dan sahsiah.
1.2 Objektif
i. Mengenalpasti tahap kemudahan infrastruktur sekolah yang sedia ada.
ii. Mengenalpasti tahap kemudahan infostruktur sekolah yang sedia ada.
iii. Mengenalpasti tahap kemenjadian murid dari aspek kurikulum, kokurikulum dan
sahsiah
iv. Mengenalpasti terdapat hubungan yang signifikan antara pembangunan prasarana
sekolah dan kemenjadian murid
1.3 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap kemudahan infrastruktur yang sedia ada di sekolah.
ii. Apakah tahap kemudahan infostruktur yang sedia ada di sekolah.
iii. Apakah tahap kemenjadian murid dari aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemudahan prasarana sekolah
dan kemenjadian murid.
1.4 Hipotesis Kajian
2 H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara prasarana sekolah dengan kemenjadian
murid.
3 HA : Terdapat hubungan yang signifikan antara prasarana sekolah dengan kemenjadian
murid.
3.1 Rasional/kepentiangan kajian
Kajian ini dijalankan kepada guru-guru sekolah-sekolah felda daerah Kota Tinggi.
Kajian ini amat wajar memandangkan kepentingannya kepada mereka yang terlibat
dengan pembangunan kemenjadian murid sekolah seiring dengan kemudahan
infrastruktur sekolah yang telah disediakan.
1.6 Skop / Kekangan
1.7 Definisi istilah
Kemenjadian Murid
Definisi kemenjadian ialah perihal (proses) menjadikan, menciptakan dan
mewujudkan sesuatu yang baru ( kamus Dewan, 1984). Menjadi pula bermaksud untuk
dikenali, dianggap atau diiktiraf terhadap sesuatu yang sebenar-benarnya telah berlaku.
Murid ialah harta negara yang perlu dibimbing dan dikembangkan. Tidak ada harta
negara yang lebih berharga daripada murid jika mereka dididik dan diasuh mengikut hasrat
negara ( Kamarudin Hj Kachar, 1981)
Kemenjadian murid yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah perkara yang sebenar-
benarnya telah berlaku terhadap murid dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Aspek Akademik
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007), pencapaian akademik bermaksud apa
yang telah dicapai, dihasil, dan diperolehi dalam peperiksaan yang dijalankan dalam
pendidikan formal. Menurut Wallman(1969) menyatakan bahawa akademik adalah sesuatu
yang berkaitan dengan pendidikan formal dan pencapaian pula merujuk kepada tingkat
kecekapan dalam pelajaran.
Aspek Kokurikulum
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007), kokurikulum didefinisikan sebagai
sebahagian daripada kurikulum asas iaitu kegiatan atau aktiviti selain matapelajaran yang
diajar dalam bilik darjah tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada kegiatan pendidikan di
sekolah seperti kegiatan persatuan, kegiatan kesukanan dan lain-lain lagi.
Selain itu menurut Sofian (2002) aktiviti kokurikulum yang dimaksudkan sebagai aktiviti
terancang dan berstruktur di luar bidang akademik. Aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah dan di
luar waktu persekolahan bagi membantu perkembangan individu kumpulan untuk mendapat
keseimbangan. Perkembangan mental dalam perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Aspek Sahsiah
Sahsiah didefinisikan sebagai keperibadian yang dimiliki oleh pelajar untuk menjadi
indan yang berguna. Sahsiah mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi ( Kamus
Dewan, 2001). Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu.
Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah
lebih kurang sama dari sehari ke sehari (Siti Fatimah, 1993:50) Kagan (1988) mentakrifkan
sahsiah sebagai corak keseluruhan individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa,
bertingkahlaku dan cara berhubungnya dengan alam sekitar. Begitu juga menurut takrigan Ee
Ah Meng (1997) yang menyatakan sahsiah merujuk kepada pembentukan psikoligi seseorang
individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentiment, sikap, minat,
kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.
Bab 2
Kemudahan prasarana penting dalam pendidikan dan dianggap sebagai usaha yang dapat
memberi kesan positif ke arah pencapaian matlamat organisasi sekolah. Kemudahan
prasarana merujuk kepada infrastruktur dan infostruktur yang ada di sekolah. kemudahan
top related