tesis 1
Post on 08-Nov-2015
26 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
117
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR
PADA HURUF PERTAMA DI AWAL AYAT DAN HURUF PERTAMA
KATA NAMA KHAS, MENGGUNAKAN TEKNIK CAMAR.
Oleh:
Muhammad Izzudin Othman & Rosli Abdul Rahman
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail tipskerjaya@gmail.com & drrosliabrahman@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam
menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 5 Balqis di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam.
Seramai 5 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya
memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan pada
huruf awal kata nama khas. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian
pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan
penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik CAMAR
yang melibatkan penggunaan warna untuk mensifarkan kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada
permulaan ayat dan pada huruf awal kata nama khas semakin memuaskan
berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan minat dan sikap
yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: meningkatkan, penguasaan, huruf besar, Kata Nama Khas,
Teknik CAMAR
PENDAHULUAN
Semasa pengkaji berada di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, pengkaji telah
memasuki kelas tahun Lima Balqis untuk proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Kelas tersebut merupakan kelas di kedudukan terakhir antara tiga kelas keseluruhan.
Pengkaji telah melakukan pengajaran dan pembelajaran berkaitan murid mengimlak
berdasarkan teks karangan yang telah pengkaji baca. Apabila pengkaji menjalankan
pemeriksaan jawapan murid, pengkaji mendapati terdapat beberapa kesalahan terutama
kesalahan tidak menggunakan huruf besar untuk perkataan di permulaan ayat dan selepas
noktah, dan tidak menggunakan huruf besar untuk huruf pertama kata nama khas. Kemudian
pengkaji telah bersoal jawab secara lisan dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan
penggunaan huruf besar dalam ayat namun ramai murid tidak dapat menjawab dengan betul.
Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa, guru sebelum ini kurang memfokuskan
terhadap penulisan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat dan hanya menumpukan kepada
format penulisan karangan sahaja. Kebanyakan latihan yang dibuat, adalah berkaitan
tatabahasa dan pemahaman, dan apabila latihan karangan, fokus hanya kepada format
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
118
penulisan sahaja. Murid menulis ayat tanpa mengikut keperluan penggunaan huruf besar
yang betul iaitu bagi perkataan di awal ayat dan selepas noktah ,dan huruf pertama kata nama
khas.
Pada tahun lima, murid sepatutnya sudah boleh membezakan keperluan penggunaan
huruf besar pada tempat dan waktu yang betul. Penekanan terhadap aspek ini seharusnya
dilakukan supaya penulisan ayat murid adalah dalam keadaan yang betul. Selain itu, apabila
guru tidak menegur kesalahan ejaan murid, dan tidak cuba membaiki kesilapan itu, murid
akan berterusan mengulanginya.
Oleh itu, apabila pengkaji mengenal pasti masalah murid, pengkaji cuba membina
latihan soalan berkaitan masalah penggunaan huruf besar di awal ayat dan huruf pertama kata
nama khas. Hasil daripada latihan tersebut, pengkaji mendapati terdapat beberapa orang
murid yang jelas ketara kesalahan huruf besarnya. Murid tidak memulakan ayat dengan huruf
besar pada awal perkataan pertama, dan masih keliru untuk menggunakan huruf besar.
Penggunaan huruf besar ini adalah sangat penting dalam penulisan ayat, terutama
untuk karangan bahasa Melayu. Penulisan huruf besar amat dititikberatkan dan menjadi satu
kesalahan jika berlaku kesilapan. Selain itu, penulisan huruf besar juga penting untuk dikaji
supaya penulisan akan lebih baik dan betul. Dalam kertas peperiksaan, penggunaan huruf
besar dan huruf kecil yang salah diletakkan dalam kesalahan penggunaan ejaan. Dalam
Bahasa Melayu, ada peraturan tertentu dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Antara
peraturan bagi penulisan huruf besar ialah huruf besar perlu digunakan pada huruf pertama
pada awal ayat. Begitu juga huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain, iaitu selepas
tanda noktah.. Peraturan kedua, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam petikan
langsung. Terdapat beberapa faktor lagi yang menyebabkan penulisan huruf ditulis dalam
huruf besar, namun pengkaji memfokuskan kepada dua faktor ini kerana kesalahan ini sering
dilakukan oleh murid, sedangkan kedua-dua adalah faktor yang mudah. Format penandaan
Bahasa Melayu kertas juga menitik beratkan penggunaan huruf besar yang betul. Ini kerana,
penulisan huruf besar ini merupakan asas bagi penulisan bahasa Melayu, dan seharusnya
diketahui sejak murid berada di tahun satu lagi.
Oleh yang demikian, pengkaji perlu mengambil satu inisiatif untuk membuat tindakan
tentang permasalahan murid tidak menggunakan huruf besar untuk perkataan di permulaan
ayat serta selepas noktah dan tidak menggunakan huruf besar untuk huruf pertama kata nama
khas. Pengkaji telah bercadang menggunakan teknik CAMAR , iaitu singkatan perkataan
Cam dan Warna. Teknik ini merupakan satu teknik penggunaan warna untuk menunjukkan perbezaan antara huruf kecil dan huruf yang sepatutnya ditulis besar. Pengkaji
menggunakan teknik kepada murid-murid tahun lima berkenaan kerana ingin
memperbetulkan kesilapan pada peringkat awal, sebelum mereka melangkah ke tahun enam
dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pengkaji juga bercadang
untuk bekerjasama dengan guru-guru lain, terutama guru Bahasa Melayu untuk cuba
mengatasi semampu boleh masalah ini dari peringkat yang lebih rendah, terutama sejak
murid mula belajar tentang penulisan ayat dan juga kata nama khas di tahun satu.
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
119
Pemilihan teknik cam warna atau saya namakan teknik CAMAR ini adalah
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Greene, et al., (1983) dan Wilson (1996),
peningkatan pesat dalam teknologi yang menggunakan spektrum warna penuh seperti
televisyen, internet, dan telefon bimbit, telah meningkatkan penyelidikan mengenai kesan
warna pada proses psikologi seperti rangsangan. Justeru, kita dapat melihat bagaimana warna
dapat memberi kesan terhadap psikologi manusia sehinggakan banyak kajian telah dijalankan
mengenai kesan warna terhadap psikologi manusia. Berdasarkan pendapat tokoh di atas,
pengkaji percaya bahawa melalui teknik cam warna ini, psikologi murid akan menjadi
positif, dan mampu mengingat perkara tentang penulisan huruf besar dengan baik.
Pengkaji bercadang menggunakan teknik CAMAR kerana teknik ini dapat
membezakan secara lebih jelas tentang perbezaan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat.
Menggunakan teknik ini, aras pemahaman dan pengetahuan murid dapat diukur dan dilihat
perkembangannya dengan mudah.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam
penulisan huruf pertama di awal ayat, dan huruf pertama kata nama khas supaya murid tidak
lagi melakukan kesalahan-kesalahan asas seperti ini, dan dapat menulis menggunakan huruf
besar pada tempat yang betul. Jika murid lebih fokus untuk tidak mengabaikan penulisan
huruf besar bagi perkataan pertama di awal ayat dan berusaha mempelajari tentang jenis-jenis
kata nama khas, murid akan dapat menulis semula dengan baik dan mendapat markah yang
lebih baik dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu.Ujian pra telah dijalankan ke atas 5 orang
murid dan merujuk kepada keputusan analisis ujian tersebut menunjukkan tiada seorang pun
subjek kajian murid yang mampu menulis dengan betul huruf besar melebihi daripada 10
perkataan. Paling tinggi jumlah perkataan yang ditulis dengan betul ialah sembilan patah
perkataan iaitu seramai tiga orang daripada lima orang, dan paling sedikit sebanyak lima
patah perkataan iaitu seramai seorang murid sahaja.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian
Objektif kajian dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif
khusus.
Objektif Umum.
Meningkatkan penguasaan huruf besar dalam kalangan murid semasa penulisan ayat dan kata
nama khas.
Objektif Khusus.
Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf besar.
Membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar dalam ayat menggunakan teknik CAMAR.
Meningkatkan minat dan motivasi murid dalam menulis ayat menggunakan huruf besar dengan betul melalui teknik CAMAR.
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
120
Persoalan Kajian 1. Adakah murid sudah menguasai penulisan huruf besar? 2. Adakah teknik CAMAR dapat membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan
huruf besar dalam ayat?
3. Sejauh manakah teknik CAMAR dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk menulis ayat menggunakan huruf besar dengan betul?
KUMPULAN SASARAN
Pengkaji telah mengenal pasti lima orang subjek kajian yang akan menjadi sampel dalam
kajian ini. Subjek kajian kajian terdiri daripada dua orang lelaki dan tiga orang perempuan
daripada Tahun Lima Balqis, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Kuala
Terengganu, Terengganu. Selain itu, pengkaji telah mendapatkan butiran maklumat peribadi
subjek kajian daripada guru kelas mereka, dan telah menganalisis latar belakang keluarga dan
persekitaran mereka. Kebanyakan ibu bapa subjek kajian bekerja sebagai kakitangan
kerajaan, dan mereka tinggal di kawasan bandar. Justeru, subjek kajian merupakan murid
yang hidup dalam keluarga yang berpendapatan sederhana. Demi memastikan kajian dapat
memberi manfaat yang baik, pengkaji akan menggunakan teknik mengecam warna supaya
subjek kajian dapat dibantu dalam proses intervensi nanti.
TINDAKAN
Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu action research cycle merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama dalam
model ini iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak (action) dan memerhati
(observe). Kajian tindakan bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu-satu
isu pengajaran, dalam masalah ini, tentang penulisan huruf besar dalam ayat. Kemudian
pengkaji akan menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya. Seterusnya pengkaji melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaannya disamping melihat proses perkembangan hasil daripada tindakan yang
dibuat. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1). Apabila
masalah itu masih tidak dapat diatasi, maka pengkaji bolehlah memulakan proses semula ke
Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelung kedua, mesti
ada satu penambahbaikan supaya langkah yang diulang, lebih baik dan mampu memberi
perubahan kepada masalah.
Pengkaji telah memikirkan tindakan yang perlu diambil bagi menangani masalah ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan huruf besar CAMAR dalam Program
Cekap Cam. Dalam program ini, pengkaji akan melaksanakan intervensi yang pelbagai untuk
penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran mengenai penulisan huruf besar.
Dalam Program CekapCam ini, terdapat tiga teknik dan langkah yang pengkaji lakukan iaitu
Teknik Ops CAMAR dan CAMAR Kukuh. Kesemua langkah ini, pengkaji memberi fokus
kepada penggunaan warna sebagai satu cara untuk membuatkan murid lebih mampu
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
121
mengecam huruf yang perlu ditulis besar. Penggunaan warna sebagai satu cara untuk
menambah daya faham murid dan juga memudahkan murid untuk menghafal.
Teknik Ops CAMAR
Teknik Ops CAMAR ini merupakan teknik permulaan Program Cekap Cam. Teknik ini
menumpukan penggunaan proses mengecam warna dan pengulangan. Pengkaji
menggunakan dua kad berwarna , iaitu satu berwarna biru dan hijau. Kad berwarna biru
mengandungi contoh ayat-ayat perenggan yang menunjukkan penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat. Kad berwarna hijau pula mengandungi contoh penggunaan huruf besar pada
huruf awal kata nama khas dan juga contoh-contoh kata nama khas. Bagi kad hijau untuk
kata nama khas, kad tersebut terdiri daripada jenis-jenis kata nama khas, dan akan
menggunakan simbol dan gambar bagi menjelaskan lagi objek kata nama khas yang tertulis
di dalam setiap kad tersebut.
Kad ini adalah perkaitan dengan Teknik Ops CAMAR dan teknik seterusnya,
CAMAR Kukuh iaitu apabila murid melihat penggunaan huruf besar pada huruf pertama
perkataan awal ayat yang ditulis dengan warna biru, dan huruf pertama kata nama khas yang
ditulis dengan warna hijau. Apabila murid melihat tulisan huruf berwarna biru, murid akan
merujuk kad berwarna biru, dan akan mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang huruf besar
pada huruf pertama perkataan awal ayat, begitu juga apabila murid melihat tulisan berwarna
hijau, murid akan merujuk kepada kad berwarna hijau, supaya mendapat gambaran yang
lebih jelas tentang penulisan huruf besar untuk kata nama khas, beserta contoh-contoh
bergambar dan menggunakan simbol.
Pengkaji meneruskan Program Cekap Cam dengan teknik Ops CAMAR ini
menggunakan kemudahan ICT terkini, pengkaji mencadangkan satu langkah pendekatan
penggunaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif. Pengkaji
menggunakan kemudahan perisian Microsoft Power Point. Dengan penggunaan perisian ini,
pendedahan maklumat dapat dilakukan dengan betul dan berkesan. Langkah dalam teknik
ini, pengkaji akan menayangkan paparan tentang satu ayat penuh yang lengkap dan
mempunyai kata nama khas. Dalam ayat ini, huruf besar iaitu huruf awal permulaan ayat
akan ditulis dalam warna biru, dan huruf awal kata nama khas ditulis dengan warna hijau.
Murid akan diminta mengalihkan penunjuk atau cursor dan menekan pada huruf yang berwarna. Huruf yang berwarna tersebut akan membawa kepada pautan paparan seterusnya.
Apabila murid klik pada huruf besar berwarna biru, satu pautan akan keluar. Pautan
ini menerangkan tentang penulisan huruf besar pada permulaan ayat. Penerangan
merangkumi contoh-contoh penulisan huruf besar pada awal ayat yang lain. Seterusnya jika
murid menekan huruf berwarna hijau, akan keluar satu pautan yang menerangkan tentang
penulisan huruf besar pada perkataan kata nama khas. Penerangan juga merangkumi
maklumat tentang kata nama khas, dan juga contoh-contoh kata nama khas yang lain. Selain
itu juga, terdapat juga latihan pengukuhan tentang penulisan huruf besar dalam ayat. Latihan
dijalankan dengan pengkaji akan menayangkan latihan ayat dalam huruf kecil keseluruhan,
dan murid akan menyalin semula mengikut penulisan menggunakan penulisan huruf besar
pada tempat yang betul.
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
122
CAMAR Kukuh
CAMAR Kukuh adalah satu teknik akhir, iaitu bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid
tentang penulisan huruf besar. Murid akan diberi satu kad teks ayat, yang mengandungi kata
nama khas. Teks ayat tersebut adalah dalam tulisan huruf kecil bagi keseluruhan ayat. Murid
perlu menulis semula ayat tersebut menggunakan huruf besar yang betul, pada perkataan dan
tempat yang betul, iaitu pada huruf pertama perkataan permulaan sesuatu ayat, dan pada kata
nama khas.
Seterusnya, pengkaji akan menyemak penulisan murid dan merekod kesalahan
penggunaan huruf besar. Langkah kedua, pengkaji akan memberi teks yang sama iaitu teks
masih dalam tulisan huruf kecil keseluruhan namun pada huruf awal permulaan ayat dan
huruf awal kata nama khas, akan menggunakan tulisan berwarna selain warna hitam.
Pengkaji menggunakan warna biru untuk huruf awal perkataan pertama dalam ayat, dan
warna hijau untuk kata nama khas. Pengkaji menerangkan supaya murid menyalin semula
teks dan dalam teks tersebut, murid perlu menulis huruf besar untuk huruf berwarna biru dan
hijau berdasarkan penunjuk warna yang diberi pengkaji kepada murid. Untuk langkah ini,
pengkaji melihat bahawa dengan menggunakan warna yang berbeza, murid dapat mengenal
huruf yang mana perlu ditulis besar, dan sebab perlu menulis huruf besar, iaitu untuk huruf
awal permulaan ayat dan huruf awal kata nama khas. Murid juga akan mudah mengingat
tempat dalam ayat, dan perkataan yang perlu ditulis menggunakan huruf besar.
Setelah itu, pengkaji memberi semula teks ayat yang digunakan pada langkah
pertama,iaitu teks ayat dalam tulisan huruf kecil kesemuanya, tanpa penunjuk warna dan
tulisan keseluruhan berwarna hitam. Murid diminta menyalin semula ayat tersebut
menggunakan penggunaan huruf besar yang betul. Pengkaji kemudian akan merekod
keberhasilan teknik ini.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bahagian ini membincangkan cara data-data mentah dianalisis berdasarkan instrumen Ujian
Pra, temu bual dan soal selidik yang telah dijalankan ke atas 5 orang subjek kajian tahun 5
Balqis di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, Terengganu.
Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian. Oleh itu, analisis ini dapat
menyatakan sama ada objektif kajian berjaya dicapai atau tidak.
Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penulisan huruf besar.
Analisis Ujian Pra
Merujuk kepada keputusan analisis tersebut menunjukkan tiada seorang pun subjek
kajian murid yang mampu menulis dengan betul huruf besar melebihi daripada 10 perkataan.
Paling tinggi jumlah perkataan yang ditulis dengan betul ialah sembilan patah perkataan iaitu
seramai tiga orang daripada lima orang, dan paling sedikit sebanyak lima patah perkataan
iaitu seramai seorang murid sahaja. Berdasarkan keseluruhan analisis data, jelas
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
123
menunjukkan bahawa murid sememangnya masih belum menguasai penulisan huruf besar di
awal ayat dan huruf besar bagi huruf pertama kata nama khas.
Teknik CAMAR dapat membantu murid meningkatkan penguasaan penulisan huruf
besar dalam ayat.
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Setelah pengkaji menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pos, hasil dapatan telah diperoleh
dan dianalisis. Bagi memudahkan proses analisis dilakukan, pengkaji telah membuat satu
skema markah untuk melihat aras pencapaian subjek kajian. Berdasarkan skema markah ini,
pengkaji akan melihat kepada keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos. Keputusan ini
memudahkan pengkaji membuat satu tahap pengukuran keberkesanan intervensi yang
digunakan.
Jadual Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos 1
Bil Jumlah Jawapan Betul
Ujian Pra Ujian Pos 1 Aras
Subjek kajian 1 7 9 Memuaskan
Subjek kajian 2 5 6 Memuaskan
Subjek kajian 3 9 17 Cemerlang
Subjek kajian 4 9 14 Baik
Subjek kajian 5 9 13 Baik
Analisis Data Temu bual
Hasil temu bual ini mendapati bahawa subjek kajian tahu huruf awal ayat dan huruf pertama
kata nama khas perlu ditulis menggunakan huruf besar dan pengkaji membuat kesimpulan
tidak tahu huruf yang perlu ditulis besar bukanlah punca utama subjek kajian tidak dapat
mencapai tahap cemerlang dalam menjawab Ujian Pos 1.
Berdasarkan permasalahan ini pengkaji telah melakukan sedikit pengubahsuaian pada
intervensi sebelum ini. Pengkaji telah menukarkan soalan dalam Teknik CAMAR Kukuh
iaitu membuatkan beberapa soalan mengandungi perkataan kata nama khas yang terdiri
daripada jenis-jenis kata nama khas iaitu manusia, binatang, benda dan tempat. Setiap
daripada jenis-jenis kata nama khas ini ditulis menggunakan warna yang berbeza-beza pada
setiap huruf permulaan perkataan tersebut. Setelah melakukan gelungan yang kedua, iaitu
Ujian Pos 2, pengkaji mendapati berlaku peningkatan lagi berbanding keputusan dalam Ujian
Pos 1.
Bil Jumlah Jawapan Betul
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2
Subjek kajian 1 7 9 16
Subjek kajian 2 5 6 19
Subjek kajian 3 9 17 18
Subjek kajian 4 9 14 15
Subjek kajian 5 9 13 16
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
124
Analisis Soal Selidik
Soal selidik yang dijalankan mendapati hasil pemahaman subjek kajian tentang penggunaan
huruf besar pada kata nama khas dan huruf pertama awal ayat. Semua subjek kajian dapat
memahami apa yang telah diajarkan. Subjek kajian juga masing-masing telah mengetahui
tentang kata nama khas, perkataan yang perlu dimulakan dengan huruf besar dan huruf awal
ayat yang perlu ditulis dengan huruf besar. Namun terdapat seorang subjek kajian yang
menjawab tidak bagi persoalan tentang kata nama khas yang perlu ditulis dengan huruf besar. Subjek kajian tersebut masih kurang jelas dengan jenis kata nama khas.
Walaubagaimana pun, keseluruhan teknik CAMAR init telah membantu subjek kajian
mengecam kata nama khas mengikut warna justeru memantapkan pengetahuan dan
pemahaman subjek kajian tentang jenis-jenis kata nama khas. Terbukti di sini teknik
CAMAR telah berjaya meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar dalam kalangan
subjek kajian-subjek kajian.
Teknik CAMAR dapat meningkatkan minat dan motivasi subjek kajian untuk menulis
ayat menggunakan huruf besar.
Analisis Pemerhatian
Selepas pengaplikasian Teknik CAMAR dalam pengajaran dan pembelajaran, didapati
berlaku perubahan kepada tingkah laku subjek kajian. Masalah tingkah laku dan disiplin
subjek kajian berkurangan, dan dilihat semua subjek kajian menunjukkan minat yang tinggi
terhadap pengajaran. Dan disebabkan itu, kesalahan penulisan huruf besar berjaya
dikurangkan.
Analisis Soal Selidik
Analisis mendapati minat subjek kajian terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu meningkat
selepas menggunakan Teknik CAMAR. Data soal selidik menunjukkan lima orang subjek
kajian bersetuju bahawa mereka meminati pelajaran Bahasa Melayu. Dalam soalan kedua,
empat orang subjek kajian telah bersetuju mengatakan bahawa pengajaran guru sewaktu
dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan hanya seorang yang
berpendapat sebaliknya. Bagi soalan ketiga, kesemua subjek kajian bersetuju bahawa aktiviti
yang dilakukan adalah sangat menarik. Hasil dapatan data ini, menunjukkan Teknik CAMAR
dapat menarik minat subjek kajian untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu terutama
tentang penggunaan huruf besar ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan aktiviti yang lebih menarik.
Analisis Temu bual
Hasil temu bual menunjukkan selepas penggunaan Teknik CAMAR dalam pengajaran dan
pembelajaran, subjek kajian menjadi lebih berminat dan suka akan mata pelajaran Bahasa
Melayu. Kelima-lima subjek kajian yakni subjek kajian, masing-masing memberikan
jawapan positif dan kelihatan teruja untuk mempelajari Bahasa Melayu setelah jelas tentang
penggunaan huruf besar yang telah diajar menggunakan Teknik CAMAR.
-
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013
125
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Hasil daripada keputusan Ujian Pra mendapati sememangnya subjek kajian sememangnya
masih belum menguasai penulisan huruf besar di awal ayat dan huruf besar bagi huruf
pertama kata nama khas dan ini menjawab persoalan kajian pertama. Menjawab persoalan
kajian kedua, jelas menunjukkan setelah melakukan gelungan kedua, hasil data menunjukkan
peningkatan berdasarkan data dari Ujian Pos 2 jelas bahawa Teknik CAMAR sememangnya
dapat meningkatkan penguasaan penulisan huruf besar dalam kalangan subjek kajian-subjek
kajian. Tercapainya juga persoalan ketiga setelah melihat keputusan soal selidik dan temu
bual yang jelas menunjukkan murid teruja dan berminat untuk mempelajari penulisan huruf
besar dalam ayat khususnya dan Bahasa Melayu amnya setelah penggunaan Teknik
CAMAR.
RUJUKAN
Buku
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am, Selangor : PTS Professional, PTS Media Group
Sdn Bhd
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja
di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun 2008.
Abdul Rasid Jamian. (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu
Asmah Hj Omar. (2008).Nahu Kemas Kini, Selangor : PTS Professional, PTS Media Group
Sdn Bhd
Greene, T. C., Bell, P. A., & Boyer, W. N. (1983). Coloring the environment: Hue, arousal,
and boredom. Bulletin of the Psychonomic Society, 21, 253-254.
Jurnal
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Siti Nazifah Binti Mohd Nor (2009). Laporan Kajian Tindakankemahiran Mengenal Bentuk
Huruf Kecil Dalam Kalanganmurid Pemulihan Melalui Kaedah Nyanyi Dan Lukis. (1)
Zaridah binti Zuber (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid
Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna.
top related