teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)

Post on 14-Apr-2017

1.069 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MATEMATIK AWAL KANAK-KANAK (ECS 2153)

Disampaikan oleh:MUHAMMAD SAFAR BIN ABDURAHMAN

No. Tel : 0195451002 / 0134423750Email : m.safar07@unisel.edu.my

m.safar07@gmail.com

TEORI PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Cara Kanak-Kanak Belajar

Pendekatan Behaviorist

Pendekatan Konstruktivist

Pendekatan Behaviorist

I. V. PAVLOV

B. F. SKINNER

J. B. WATSON

A. THORNDIKE

Berdasarkan behaviorists, semua kelakuan belajar daripada persekitaran (termasuk matematik) melalui internalisasi (pembudayaan) dan pengukuhan (Miller, 2002)

Behavior : Tingkah laku

Gerak balas seseorang secara kelihatan terhadap rangsangan.

Pembelajaran berlaku apabila wujud pertalian antara Rangsangan (R) & Gerak balas (G)

Gerak BalasTindak balas emosi (takut,

seronok)

Tindak balas fisiologi

(ketegangan otot)

Peranan guru;

Gunakan ganjaran & peneguhan luaran

Kawal persekitaran utk memaksimumkan pembelajaran pelajar.

Bina persekitaran mempunyai kebarangkalian tinggi utk teguhkan gerak balas & tingkahlaku yg diingini.

Rangsangan daripada guru

(ganjaran, peneguhan

luaran, kawalan persekitaran)

Gerak balas pelajar

Pembelajar

an terben

tuk

Pendekatan Konstruktivist

L. Vygotsky

J. Piaget

J. Bruner

Pendekatan Konstruktivist

Membina pengetahuan dengan pengetahuan sedia ada murid.

Kaitkan pembelajaran baru dgn pembelajaran lama / pengetahuan yg sedia ada dlm minda

Pengetahuan, idea atau konsep yg baru dibina secara aktif berdasarkan kpd pengalaman lepas & pengetahuan sedia ada.

pengalaman lepas & pengetahuan sedia

ada

Pembelajaran / idea / maklumat

baru

Pengetahuan / idea /

konsep baru

Prinsip Asas:

• Pengetahuan dibina oleh murid.• Setiap pelajar memiliki idea & pengetahuan asas.• Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial.• Komunikasi antara guru dgn murid mungkin menimbulkan

perselisihan faham.• Guru = fasilitator dlm proses pembinaan pengetahuan pelajar.

Konsep diterima menerusi: maklumat & idea, melalui bantuan kendiri, interaksi sosial & persekitaran yang diselaraskan melalui proses metakognitif.

Implikasi Terhadap P&P Sediakan suasana P&P yg sesuai utk bina pengetahuan kanak-kanak

Kenalpasti nilai & pengetahuan sedia ada setiap kanak-kanak

Fasilitator: sediakan ABM, prob solving, try & error.

Galakkan interaksi – tukar idea, bina pengetahuan.

Galakkan pergerakan kanak² & tahap kebisingan yg dibenarkan.

Kelas disediakan dgn pelbagai bahan & media pembelajaran – utk galak & rangsang pembelajaran kanak².

Kurikulum fleksibel - kerana kanak² sukar dikawal & spontan. Kurikulum perlu penuhi keperluan, minat & kebolehan kanak².

Teori Lev Vygotsky

Perkembangan kognitif berlaku dalam persekitaran sosiobudaya.

Kemahiran kognitif terhasil daripada interaksi sosial (aspek yang paling penting dalam membentuk pengetahuan/pembelajaran)

Pada pandangan Vygotsky, pembelajaran kanak-kanak memerlukan bantuan daripada seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu mereka mengembangkan kemahiran kognitif (scaffolding)

Scaffoldingsokongan sementara kepada proses pembelajaran .

Pembelajaran berlaku dalam Zon Perkembangan Proximal

Zon Perkembangan Proximal

Tahap sebenar Tahap potensi

Ditentukan dengan bantuan orang dewasa@kolaborasi antara rakan-rakan yang berkebolehan.

• Jarak dalam zon perkembangan proximal merupakan jarak dimana kanak-kanak cuba menyelesaikan tugasan yang diberi dengan bantuan guru / pengalaman.

• (jumlah bantuan / scaffolding berkurang apabila kanak-kanak mampu menyelesaikan masalah sendiri)

Jean Piaget

• Piaget menganggap kanak-kanak sebagai ‘Solitary Scientists’ (kanak-kanak membina pengetahuan mereka melalui penerokaan sendiri dan membentuk gambaran sendiri.

• Contoh: guru hanya sediakan pengalaman yang merangsangkan kanak-kanak dan perkembangan kognitif akan berkembang melalui penerokaan mereka. Guru tidak akan menilai sama ada aktiviti yang dijalankan betul @ salah, tetapi melihat tindakan singkat mereka dalam berfikir.

Persekitaran penting dalam teori ini untuk matematik.

Peranan persekitaran

Interaksi

sosial

Konteks

pemboleh ubah

Penglibatan keluar

ga

kepercayaan

Latar belaka

ng etnik

• 4 konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru mengikut teori piaget iaitu; skema (schema), penyerapan (asimilation), akomodasi (accomodation), dan keseimbangan.

Skema

• Skema = pra konsep tentang sesuatu objek melalui pengalaman yg dilaluinya hari demi hari; mungkin tidak tepat

• Skema bermaksud satu struktur kognitif • Skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif • Kanak-kanak membina skemata hari demi hari • Skemata berubah dan bertambah melalui proses

adaptasi (asimilasi dan akomodasi)• Contoh: Fatin melihat arnab, anak kucing. Fatin akan

membina skema: arnab = anak kucing (lembut, kecil)

Asimilasi

• Asimilasi : Proses memasukkan maklumat ke dalam skemata sedia ada.

• Merupakan proses kognitif yang menyatukan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.

• Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.

• Contoh: Apabila saya mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.

Akomodasi

• Akomodasi = mengubahsuai skema sedia ada untuk memahami maklumat baru

• Contoh atas: Bapa terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapa membetulkannya. Tengok dia melompat, tidak mengiau, makan karot.

• Fatin mendapat maklumat baru • Fatin mengubahsuai struktur kognitifnya kepada 2

skemata; skema kucing dan skema utk arnab • Contoh lain: bola dan belon, ayam dan itik.

Keseimbangan

• Maklumat baru yang berjaya diserap oleh kanak-kanak menunjukkan tahap keseimbangan tercapai.

• Sebaliknya jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru.

• Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.

4 Tahap Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Piaget berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat ke peringkat lain.

Peringkat sensorimotor (lahir hingga 2 tahun)

•Dikenali sebagai deria motor•Pembelajaran bergantung kepada pengalaman sensoridan motor•Cth: suka melihat, sentuh dan genggam sesuatu objekuntuk mengetahui

• Semasa baru lahir, bayi boleh interaksi dengan sekeliling melalui refleksi yang mudah

• Daripada refleksi ini, kanak-kanak mula kembangkan refleksi tersebut dan menjadi sesuatu tindakan @tingkah laku (skema)

• skema : potensi am yang sedia ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu

Peringkat Praoperasi (2-6 Tahun)

• Kanak-kanak mula guna simbol dan tanda untuk mewakili sesuatu benda.

• Cth: – perkataan (tulisan/lisan) mewakili sesuatu objek

dalam pandangan dunia mereka. – guna jari untuk tunjukkan berapa bilangan kasut

yang ada– guna blok kayu untuk mewakili telefon

Ciri-ciri peringkat praoperasi

Peringkat Operasi konkrit (7-11 tahun)• Kanak-kanak mula fikir logik tapi tidak

sistematik atau abstrak seperti peringkat operasi formal.

• Guna akal logik untuk selesai masalah• Faham konsep konkrit tetapi belum faham

perkara-perkara abstrak seperti: kenegaraan dan ketuhanan.

• Mempunyai kemahiran untuk mengelas, menyusun dan membeza objek

• Memahami jisim, panjang, sifat dan proses matematik

Ciri-ciri peringkat operasi konkrit

1) Conservation (pengekalan)

• Melalui konsep ini, kanak-kanak belajar konsep pengekalan pada peringkat ini

• Kanak-kanak dapat mengetahui bahawa jumlah @ kuantiti sesuatu bahan yang sama apabila berpindah ke bentuk yang lain, akan mempunyai pandangan yang berbeza

2) Trial and error thinking (cuba jaya)• Mengambil masa yang lama tetapi berjaya juga

akhirnya

3) Main dengan peraturan• Pada tahap ini, kanak-kanak suka bermain

dengan peraturan• Cth: permainan congkak• Pengenalan awal kepada kanak-kanak bahawa

setiap yang berlaku ada sebab dan penjelasan tertentu

• Latih kanak-kanak berfikir logik dan atur strategi

Peringkat operasi formal (12 tahun dan keatas)

• Penaakulan fikiran secara abstrak• Kebebasan• Prihatin kepada identiti diri & isu sosial

Kepentingan Teori Piaget dalam matematik

Persekitaran yang memberangsangkan

Dapat mencapai keseimbangan

Kanak-kanak bina pengetahuan sendiri

Dapat merangsang ingatan kanak-kanak

Jerome Bruner

Pandangan Bruner

• Bruner berpendapat sama seperti Piaget iaitu peringkat kognitif melalui peringkat-peringkat tertentu.

• Terdapat tiga peringkat penyampaian a) enaktif (berasaskan tindakan)b) peringkat ikonik (berasakan imej)c) peringkat simbolik (berasaskan bahasa)

• Mengutamakan pemikiran yang bersifat analisis dan kesedaran.

Peringkat Enaktif (0-2 tahun)

• Kanak-kanak banyak menggunakan anggota untuk menyelesaikan masalah

• Pembelajaran melalui tindakan manipulatif (rangsangan) dan tidak melibatkan bahasa

• Bahan yang boleh dilihat perlu dipegang dan digunakan untuk memperoleh pengetahuan

Peringkat Ikonik (2-4 tahun)

• Kanak-kanak tidak lagi terbatas pada pergerakan yang bersifat enaktif

• Kanak-kanak sudah mampu menggambarkan sesuatu dalam fikiran mereka

• Cth: kanak-kanak boleh menulis angka tanpa melihatnya kerana kanak-kanak menulis berdasarkan imej yang tersimpan dalam otaknya

Peringkat Simbolik (5-7 tahun)

• Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah memasuki peringkat kognitif terakhir sebagai peringkat perkembangan atau simbolik.

• Kanak-kanak sudah berupaya berfikir dengan menggunakan bahasa dan tidak lagi terkongkong oleh gerakan enaktif atau bayangan ikonik.

• Pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi pengalaman pada permulaan kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol atau bahasa.

Implikasi Bruner

• Guru memupuk motivasi pelajar• Guru membangkitkan rasa ingin tahu pelajar• Guru menyusun isi pelajaran sistematik

mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar• Guru membimbing pelajar dengan menyuun

konsep-konsep yang berkaitan secara susunan.

Kostruktivisme dan Matematik• Idea matematik yang dibina melalui interaksi dengan persekitaran kita

dan bukan semata-mata melalui pendekatan pengajaran langsung adalah pusat kepada pemahaman kita tentang bagaimana untuk mengajar matematik kepada kanak-kanak sekarang.

• Kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza pada umur yang berbeza, teori konstruktivisme menerangkan bahawa kita perlu menyesuaikan diri bagaimana kita mengajar matematik bagi peringkat umur yang berbeza.

• Zon perkembangan proksimal Vygotsky memberikan satu rangka kerja bagi pengajaran rakan sebaya dan membantu kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran matematik tertentu dengan bantuan rakan sebaya yang lebih berpengalaman atau dewasa.

• Kita tidak boleh memperkenalkan konsep matematik kepada kanak-kanak yang jauh melebihi kefahaman mereka. Begitu juga, memaksa pelajar melakukan tentang apa yang mereka sudah boleh lakukan tanpa bantuan adalah membuang masa.

• Kanak-kanak memerlukan sokongan untuk mengukuhkan dan membina konsep dan idea tentang matematik.

Sekian, Terima Kasih

top related