tamadun islam pada zaman khulafa' ar-rasyidin : sosial

Post on 07-Aug-2015

137 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Tamadun Islam pada Zaman Khulafa’ ar-

Rasyidin : SosialDipersembahkan oleh :

Nuraqilah Yusra Nurizzah Husna

NurhidayahNur Syakirah

Pengertian

Perhubungan antara manusia dalam masyarakat dengan tujuan menjaga kepentingan bersama.

Persamaan Taraf

• Khulafa ar-rasyidin memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli hamba abdi daripada pembesar Quraisy.

• Khalifah Umar membahagikan harta rampasan perang kepada bekas hamba untuk menghormati mereka.

• Saidina Umar pernah melantik seorang wanita untuk menjadi pegawai penguatkuasa di pasar Madinah.

• Khalifah Umar tidak mengenepikan ahli zimmah untuk memegang jawatan dalam kerajaan yang tidak melibatkan polisi negara.

Pendidikan

• Menjadikan masjid sebagai tempat menyampaikan dakwah, pentadbiran dan pendidikan.

• : (Kuttab ) كتاب–Memperkenalkan sekolah rendah

untuk menempatkan kanak-kanak belajar membaca, menulis, mengira dan menghafaz.

– Sekolah rendah didirikan berhampiran masjid untuk memudahkan murid-murid mempraktikkan pelajaran seperti menunaikan solat berjemaah di masjid tepat pada waktunya.

Memelihara Agama

Seramai 70 orang huffaz al-Quran mati syahid ketika memerangi golongan murtad.

Oleh kerana itu, Khalifah Abu Bakar memerintah Zaid bin Thabit atas cadangan Saidina Umar untuk mengumpulkan Al-Quran.

Zaman Khalifah Abu Bakar

Zaman Khalifa

h Uthma

n

Umat Islam bertambah ramai yang terdiri daripada pelbagai

bangsa kerana penyebaran agama Islam.

Khalifah Uthman

mengarahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin az-

Zubair dan Abdurrahman

bin Harith menulis dan

membukukan semula al-Quran

dengan mengambil kira bacaan sohih.

Salinan al-Quran

dihantar ke setiap bandar dalam

wilayah-wilayah

Islam untuk dijadikan rujukan.

Keadilan Sosial

• Orang bukan Islam dijamin keselamatan harta benda, jiwa dan kebebasan beramal dengan agama mereka.

• Orang Islam dilarang menggunakan tempat ibadat orang bukan Islam untuk dijadikan tempat kediaman.

• Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menukar agama mereka. (Jaminan ini diberikan oleh عمرو

العاص dalam perjanjian ابنpembukaan Mesir).

Kebajikan

• Padang Ragut ( الحمى (ارض– Sebidang tanah diperuntukkan oleh

Khalifah Umar khusus untuk keperluan fakir miskin.

– Penternak-penternak secara kecil-kecilan digalakkan menggunakan kawasan padang ragut tersebut untuk memelihara binatang ternakan mereka.

– Seorang pengawal ditugaskan untuk mengawasi kawasan tersebut bagi menghalang penternak kaya menggunakannya.

• Orang Bukan Islam :– Khalifah Umar memerintahkan

pengurus baitul mal memberikan bantuan peruntukkan fakir miskin kepada seorang Yahudi yang buta.

– Khalifah Umar membatalkan jizyah yang dikenakan kepada orang Yahudi.

Peranan Pemimpin Memajukan Bidang Sosial

• Khalifah mengambil berat mengenai masalah-masalah rakyat agar rakyat dapat hidup selesa.

• Khalifah sentiasa memantau keperluan rakyat dari masa ke semasa supaya kemakmuran dapat dirasai oleh semua lapisan rakyat.

• Ketegasan pemimpin sangat penting bagi memastikan tugas-tugas yang dilakukan mencapai sasarannya.

Faktor Kejayaan Kepimpinan dalam Bidang Sosial

Semangat Pengorbanan Khalifah ar-rasyidin sanggup mengorbankan harta kekayaan untuk membiayai angkatan tentera dalam peperangan menentang musuh.

Kesederhanaan Bersifat seederhana dalam kehidupan seperti Khalifah Umar kadang-kadang hanya berehat di bawah pohon kurma.

Keadilan Bersikap adil terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa atau agama seperti memberikan jaminan keselamatan kepada orang kafir Zimmi.

Kecekapan Mempunyai ilmu dan pengalaman luas yang membolehkan mereka mentadbir negara dan menangani masalah dengan cekap.

Keprihatinan Prihatin terhadap kebajikan rakyat agar rakyat hidup dalam selesa.

Kesan Kemajuan Sosial• Berjaya mewujudkan masyarakat

bersatu padu agar rakyat hidup dalam keadaan selesa.

• Pemerintah dapat menyamakan taraf kedudukan masyarakat melalui persaudaraan Islam yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W.

• Masyarakat bukan Islam menikmati kebebasan hidup beragama dan memegang jawatan yang tidak terlibat dengan polisi negara.

top related