tajuk 7: perkembangan sosio-emosi - :: amaljaya.com 3102/tajuk 7... · teori perkembangan...
Post on 31-Jan-2018
284 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Perkembangan Sosial-Emosi
• Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain.
• Menurut kamus Advanced Learner‟s English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya.
• Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2
• Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain.
• Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi.
• Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan.
• Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami.
• Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 3
Teori Perkembangan Sosio-Emosi
• Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud.
• Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua.
• Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 4
Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
• Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.
• Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.
• Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 5
• Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan kriteria perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.
• Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 6
Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:
• Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.
• Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya.
• Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
• Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.
• Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 7
Lapan Peringkat Perkembangan: Peringkat Tahap umur Huraian
1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
Lahir ke 1 tahun Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan timbul.
2. Autonomi lawan keraguan
1 – 3 tahun Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.
3. Inisiatif lawan rasa bersalah
4 – 5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa bersalah
4. Industri lawan rasa rendah diri
6 – 11 tahun Kanak-kanak perlu menguasaikemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8
5. Identiti lawan
kekeliruan identiti
12 – 18 tahun Mencari identiti diri bagi golongan
remaja dalam perkerjaan,
kemahiran, jantina dan bersosial.
6. Keintiman lawan
keasingan
18 – 35 tahun Mula membentuk keintiman dalam
hubungan, menuju ke arah
perkhawinan dan membina kerjaya.
Kegagalan membawa kepada
perasaan terasing dan tersisih.
7. Generativiti lawan
kekakuan
35 – 65 tahun Kehidupan berkeluarga dan kerjaya
yang baik. Kegagalan membawa
kepada perasaan mementingkan diri
sendiri.
8. Integriti lawan
kekecewaan
65 ke atas Kejayaan dalam hidup berkeluarga
dan kerjaya. Kegagalan membawa
kepada kesedihan dan kekecewaan.
Peringkat Tahap umur Huraian
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9
Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
• Beliau berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang.
• Perkembangan moral oleh kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama.
• Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan moral.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10
Tahap 1: Pra- Konvensional
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi
Tahap 2: Konvensional
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika
peraturan
Tahap 3: Pos- Konvensional
Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11
Tahap 1: Pra- Konvensional
• Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
• Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri.
• Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13
Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi
• Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan.
• Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14
Tahap 2: Konvensional
• Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
• Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran.
• Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16
Peringkat 4: Akur Kepada Sistem Sosial Dan Etika Peraturan
• Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh masyarakat.
• Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-undang.
• Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan komuniti.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17
Tahap 3: Pos- Konvensional
• Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan moral.
• Mereka mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18
Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu
• Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
• Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu.
• Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam sesebuah masyarakat.
• Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan mempunyai alternatif. Undang-undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19
Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat
• Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang.
• Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat.
• Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 20
top related