sajak: kecek

Post on 22-Jul-2015

281 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sajak : Kecek-Athirah & Syakirah-

Kecek

Seorang pengarahmembuka akaun semasanyadi sebuah bank ternamaTetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lainKedalam amanahnya yang telah lama pecah

DikampungSeorang petaniMembuka akaun kemiskinannyaDi ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknyadi dalam pagar sengsaraTetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lainKedalam getirnya yang sudah lama berumbi

Di pantaiSeorang nelayanMembuka akaun sengsaranyaDi rahang laut terngangaDan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaranasibTapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lainKedalam kegusarannya yang teklah sekian lama berlumutdi papan hidupnya

Tuhan tidak pernah mungkirMemcatatkan setiap angka dan nulai hitungan paling kecilKedalam akaun-Nya di rumah keadilan

Maksud sajak

Rangkap 1 : seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana menyelewengkanhak milik orang lain untuk kepentingan diri .

Rangkap 2 : seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifanuntuk membesarkan dua belas anaknya. Namun begitu, petani tersebut tiakpernah mengharapkan belas ehsan daripada orang lain untuk meringankanbeban yang dipikulnya sekian lama

Rangkap 3 : seorang nelayan di kawasan pantai memcari rezeki di laut yang sabanhari bergantung pada nasib dan keadaan cuaca di laut . Namun begitu, nelayan itu tidak pernah memointa simpati daripada orang lain keranakeadaan cuaca di laut sudah sebati dengan jiwanya

Rangkap 4 : Tuhan sentiasa berpegang pada janjinya . Setiap inci perbuatan baikatau jahat yang dilakukan oleh manusia akan di catat dan dihitung untuk diadili di akhirat kelak

TEMA

* Sifat manusia yang berbeza dalam melakukansesuatu pekerjaan mempengaruhi kehidupanseseorang.

Persoalan

• Kepayahan hidup kaum tani yang dilaluidengan tabah

• Kegigihan kaum nelayan mencari rezeki yang halal

• Setiap perbuatan baik dan buruk akanmenerima balasan daripada Allah S.W.T

• Kesenangan hidup yang diperoleh daripadasumber rezeki yang tidak berkat

Unsur BahasaPERSONAFIKASI

• Di rahang laut ternganga

METAFORA

• Pagar sengsara

• Pusara nasib

ALITERASI

• tetapi dalam diam

• Tuhan tidak pernah mungkir

N I L A I• Kejujuran

• Ketabahan

• Kegigihan

• Keadilan

PENGAJARAN

-Kita hendaklah sabar dalam menghadapidugaan

-Kita mestilah gigih berusaha demi memperolehrezeki yang halal

-Kita haruslah tabah menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan

-Kita hendaklah bersifat jujur dan a,anah dalammelakukan setiap perkara

top related