ringkasan eksekutif projek kik
Post on 02-Oct-2021
26 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1 | P a g e
Ringkasan Eksekutif Projek KIK
Projek ini merupakan usaha sama semua pihak di dalam Kumpulan KIK B.E.N.A.K. Sri
Aman untuk menambah baik pengunaan bahan maujud dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
guru prasekolah semasa mengajar di dalam kelas.
Tugasan kerja guru dan pembantu pengurusan murid prasekolah adalah pelbagai seperti
penyediaan menu, permainan kecil, pembelajaran dan pemudahcaraan dan lain-lain. Kumpulan
kami percaya bahawa dengan wujudnya F4L, maka dapatlah membantu pihak guru serta PPM
supaya lebih senang dalam penyediaan tugasan dan kerja di prasekolah.
Seperti mana yang kita faham, guru prasekolah sentiasa terlibat dalam pelbagai kursus serta
bengkel. Demi melindungi masa instrusional, PPM boleh menggunakan F4L untuk terus mengajar
dalam kelas walaupun ketiadaan guru prasekolah dalam kelas. Bukan itu sahaja, ketiadaan bekalan
elektrik dan penggunaan genset sering menjadi isu utama kepada para guru yang mengajar di
sekolah pedalaman Sri Aman. Dengan adanya F4L, guru-guru prasekolah yang mengajar di
pedalaman masih boleh meneruskan pengajaran walaupun ketiadaan bekalan elektrik atau
kerosakkan genset.
Berdasarkan statistik pertengahan tahun 2018, daripada kesemua 41 sekolah yang terdapat
di daerah Sri Aman, terdapat 10 sekolah rendah yang masih menggunakan genset dan
ketidakstabilan bekalan elektrik. Peratus sebanyak 24.3% sekolah yang mengalami ketidastabilan
elektrik adalah tinggi jika berbanding dengan sekolah dari daerah yang lain.
Cadangan penyelesaian kepada permasalahan tersebut ialah diwujudkan F4L yang dapat
digunapakai oleh guru prasekolah semasa ketiadaan bekalan elektrik. F4L dipilih adalah
berdasarkan faktor kos yang rendah, mudah difahami dan senang digunakan. Borang maklum balas
yang berkenaan dengan penggunakan F4L telah diisi oleh semua guru prasekolah daerah Sri Aman
dan telah dikumpul untuk dijadikan sebagai eviden. Lebih daripada 83% guru prasekolah telah
memberi pandangan yang positif kepada penggunaan F4L dalam PdPc semasa mengajar dalam
kelas.
Dengan adanya penggunaan F4L ini, secara keseluruhannya telah berjaya menghasilkan
mutu kerja yang lebih berkualiti dan tahap fokus guru yang lebih efisien dalam menjalankan
tugasan setiap hari. Hala tuju yang begitu positif di dalam penggunaan F4L ini, memberi harapan
besar kepada Kumpulan KIK B.E.N.A.K. untuk mengembangkan penggunaannya kepada seluruh
warga pengajar serta yang lain.
2 | P a g e
LATAR BELAKANG KUMPULAN:
B.E.N.A.K. adalah merupakan akronim yang dipilih untuk dijadikan nama kumpulan KIK
(Kumpulan Inovasi Kreatif) yang mewakili Pejabat Pelajaran Daerah bersesuaian dengan fenomena
air pasang yang berlaku di bandar Sri Aman. B.E.N.A.K. merupakan singkatan untuk Better
Education for National Aspiration and Knowledge.
Sejarah penubuhan K.I.K Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman telah ditubuhkan pada 10
September 2018 bagi menggantikan ahli Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (K.M.K). Kumpulan ini
dinamakan B.E.N.A.K simbolik kepada fenoma alam yang wujud di Sungai Batang Lupar.
B.E.N.A.K merupakan singkatan untuk Better Education For National Aspiration and Knowledge.
Jumlah ahli di dalam kumpulan adalah seramai 6 orang yang iaitu 4 orang guru prasekolah dan 1
orang Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru serta di bawah seliaan seorang pegawai
penyelaras dari Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman.
Berikut merupakan senarai ketua dan ahli kumpulan B.E.N.A.K.
NAMA JAWATAN KiK GRED ALAMAT BERTUGAS
Bahruddin Bin Jair Ketua Kumpulan DG 44 SK JAONG SRI AMAN
Dennis Ha Yee
Heng
Ahli DG 41 SJK CHUNG HUA LINGGA SRI
AMAN
Law Kuing Yit Ahli DG 41 SJK CHUNG HUA PANTU SRI
AMAN
Liza Kristy Anak
Acam
Ahli DG 44 SK MELUGU SRI AMAN
Timah anak Jiui Ahli DG 34 PUSAT KEGIATAN GURU SRI
AMAN
Zainal bin Surat Pegawai Penyeralas DG 48 PEJABAT PELAJARAN
DAERAH SRI AMAN
3 | P a g e
(LAMPIRAN A)
Pencapaian kumpulan sepanjang tahun 2018/2019
Penganugerahan (LAMPIRAN B)
TARIKH AKTIVITI PENCAPAIAN
23-24 Januari 2019 Pertandingan Inovasi K-Novasi
Peringkat Kebangsaan Pengajaran
dan Pembelajaran dan Symposium
Education 4.0 bertempat di UKM
Bangi Selangor
Pingat Gangsa
26-27 April 2019 Karnival Mai Tah Bainovasi
@Labuan Peringkat Kebangsaan
WP Labuan
Pingat Gangsa (Kategori
Profesional)
21-22 Ogos 2019 Pertandingan Intervensi Amalan
Bilik Darjah Peringkat
Kebangsaan bertempat di IPGK
Perempuan Melayu Melaka
Pingat Perak
4 | P a g e
PENGHARGAAN (LAMPIRAN C)
TARIKH AKTIVITI PENCAPAIAN
22 Disember 2018 English Showcase Symposium Sri
Aman District
Peserta Pameran
11-12 Mac 2019 Taklimat Pengurusan Prasekolah
bagi PPD Sri Aman dan Bengkel
Perkongsian KIK
Penceramah
8-10 Mei 2019 Sambutan Hari Guru ke 48 2019
Peringkat Negeri Sarawak
Peserta Pameran
Penyertaan dan komitmen ahli dan penyiapan projek
Beberapa siri perjumpaan bersama telah diadakan bermula dengan fasa penubuhan kumpulan
KIK dengan mencalonkan ahli-ahli yang dapat memberi komitmen dalam menjayakan projek KIK
ini pada bulan September. Pada awalnya bilangan yang disenarai pendek untuk menjadi ahli KIK
adalah seramai 6 orang yang terdiri daripada semua guru prasekolah. Siri mesyuarat bersama
Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman , beliau menyarankan bilangan ahli ini kemudiannya
ditambah menjadi 10 orang kepada jumlah maksimum mengikut syarat penubuhan KIK yang
ditetapkan oleh pihak penganjur. Latarbelakang pekerjaan individu di dalam KIK ini terdiri dari
guru prasekolah, pembantu pengurusan murid, juruteknik makmal komputer sekolah dan pemandu
kenderan PPD Sri Aman. Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seramai 4 ahli kumpulan
menarik diri ekoran tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam perjumpaan KIK
akhirnya ahli yang tinggal hanya 6 orang sahaja sehingga pelaporan dokumen ini disiapkan
sepenuhnya. Dari segi perjumpaan ahli KIK, telah dipersetujui bersama pada setiap hari Selasa 2
minggu sekali perjumpaan diadakan bertempat di bangunan Pusat Kegiatan Guru Sri Aman dan
jumlah perjumpaan adalah 18 kali. Berikut merupakan peratus kehadiran perjumpaan ahli KIK :
5 | P a g e
JADUAL DAN PERATUS KEHADIRAN DALAM PERJUMPAAN KIK (LAMPIRAN D)
2018
SEPT OKT NOV DIS
88.9% 77.8% 88.9% 0%
2019
JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEPT
88.9% 88.9% 77.8% 88.9% 88.9% 0% 77.8% 88.9% 100%
SIGNIFIKAN PROJEK
TAJUK PROJEK : F4L – Flexible Flip Fun File for all Learning
F4L adalah satu medium bahan bantu mengajar bercorak tradisional dalam menyampaikan sesuatu
slot PdP yang tersusun dan teratur bagi menjimatkan masa guru prasekolah. Selain itu ,
kegunaannya boleh dipelbagaikan bukan hanya untuk satu subjek/tunjang sahaja bagi peringkat di
prasekolah malahan ianya boleh digunakan untuk ke peringkat yang seterusnya dalam dunia
pendidikan.
Ilham tercetusnya inovasi ini diperolehi :
1. Situasi apabila berlakunya ketiadaan bekalan elektrik.
2. Liputan sumber internet di kawasan sekolah.
3. Istilah “teach-in” yang memerlukan guru meninggalkan bahan PdP dengan pihak
sekolah ketika menghadiri sesuatu kursus atau mesyuarat bagi Melindungi Masa
Intsruksional.
F4L merupakan singkatan kepada berikut:
Flexible – boleh digunakan untuk pelbagai subjek @ mataFlexible – boleh digunakan untuk
pelbagai subjek @ matapelajaran
Flip – senang dibawa kerana ianya mudah dilipat
Fun – menarik dan senang digunakan dalam mengenal pasti penguasaan kemahiran yang diajar
File – kandungan fail yang memudahkan guru dan pelajar untuk mengakses
6 | P a g e
for all Learning – boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur dlm penyampaian PdPc
pelajaran
KENAPA DAN BAGAIMANA MASALAH INI DIKENALPASTI (LAMPIRAN E)
1. Kaitan dengan fungsi jabatan, visi dan misi jabatan, piagam pelanggan dan seruan Yang
berhormat
Bahan bantu mengajar ini dibuat rentetan akibat daripada kekurangan bekalan elektrik atau
genset di kebanyakkan sekolah luar bandar dan pedalaman. Seperti yang kita ketahui, majoriti
sekolah-sekolah di Sri Aman masih menggunakan genset sebagai bekalan tenaga elektrik.
Sehubungan dengan itu, penggunaan genset dicatukan di setiap sekolah yang masih
menggunakannya. Hal ini kerana bekalan bahan api yang disalurkan tidak mencukupi untuk
digunakan sepanjang masa.
Selain daripada itu, projek ini dibuat bagi memudahkan pembelajaran dan pemudahcara
apabila ketiadaan guru di sekolah. Pada masa tertentu, guru prasekolah akan keluar dari sekolah
sama ada menghadiri kursus, mengikut program Jabatan Pendidikan atau keluar bercuti. Bagi
memudahkan perlaksanaan pembelajaran dan pemudahcara, guru perlu menyediakan lembaran
kerja atau bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Sekiranya lembaran kerja terlalu banyak
ditinggalkan, maka guru terpaksa mengambil masa untuk menyemak latihan tersebut setelah
kembali ke sekolah.
Dalam pada yang sama, faktor penggunaan genset turut memainkan peranan mengapa
inovasi ini diwujudkan. Guru memerlukan bekalan elektrik untuk membuat lembaran kerja ataupun
mencetak lembaran kerja kepada murid. Penggunaan genset yang amat terhad dan masa tidak
mencukupi untuk menggunakannya juga menimbulkan masalah kepada guru bagi menyediakan
lembaran kerja.
Oleh sebab itu, kami membuat Bahan bantu mengajar ini bagi memudahkan guru
meninggalkan aktiviti di dalam kelas. Bahan Bantu Mengajar ini dibina bagi memudahkan guru
prasekolah meninggalkan kelas dengan lembaran yang sedia ada dan tidak perlu dicetak. Guru lain
yang „teach in‟ atau pembantu pengurusan murid Prasekolah (PPM) boleh memantau dan terus
menyemak hasil kerja murid ketika aktiviti dijalankan dengan penggunaan F4L ini. Justeru, guru
yang „teach in‟ boleh mengajar dengan mudah melalui bahan bantu mengajar yang telah disediakan.
Di sekolah, guru-guru diberi pemahaman mengenai penggunaan F4L ini, malah ada juga guru di
kelas perdana yang menggunakan bahan ini untuk pemudahcara di dalam kelas.
7 | P a g e
Selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysi (KPM), kumpulan kami bersetuju
dan bergiat menyahut cabaran itu. Dalam Visi Pendidikan Malaysia, ia menyatakan bahawa
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA. Dengan adanya
projek ini, ia sedikit sebanyak mampu membina pendidikan yang berkualiti untuk mendidik insan
yang dibimbing bagi melahirkan negara yang sejahtera. Bahan Bantu Mengajar k ini digunakan
sebagai bahan Pembelajaran dan pemudahcara di dalam kelas tanpa guru matapelajaran yang
sebenar, namun ia mampu membantu proses pembelajaran dan pemudahcara yang hakikatnya boleh
dijadikan rutin di dalam kelas prasekolah.
Dalam Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tercatat ungkapan
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
Sebagai guru, kami menyahut cabaran melestarikan Sistem Pendidikan yang berkualiti dengan
mencipta bahan bantu menagajar F4L ini bagi memudahkan perlaksanaan tugas guru di dalam kelas
mahupun semasa ketiadaan guru. Kami sebagai guru meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Penggunaan bahan bantu mengajar F4L ini mampu membangunkan potensi individu tidak mengira
guru mahupun murid malah orang luar di Jabatan lain. Ianya turut memenuhi aspirasi negara kita,
Malaysia.
Di dalam pernyataan Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Negara, terdapat tiga daripada
pernyataan kata kunci utama aspirasi tersebut menjurus kepada pembinaan bahan bantu mengajar
ini. Kata kunci yang ketiga dalam lima Aspirasi tersebut ialah Ekuiti. Pembinaan bahan bantu
mengajar ini selari dengan pengurangan jurang pencapaian sekolah sama ada di banadar ataudi luar
bandar tanpa mengira taraf sosioekonomi dan gender menjelang tahun 2020 nanti.
Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat digunapakai pada setiap kelas dengan mudah.
Murid yang mahir atau pintar boleh membantu murid yang kurang mahir atau kurang pintar semasa
menjalankan aktiviti di dalam kelas. Ketika murid sedang membuat aktiviti secara kumpulan, murid
yang lemah boleh dibantu oleh murid yang pandai. Kemahiran interpersonal seseorang mruid dapat
dilahirkan pada masa yang sama. Murid turut belajar memimpin di dalam kelompok kumpulan.
Murid yang lemah dapat dibantu dalam pembelajaran mereka mengikut matapelajaran yang diajar
pada waktu tersebut. Penggunaan bahan bantu mengajar ini tidak memilih taraf murid tetapi
menggalakan lagi murid bekerjasama di dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah yang diberi
secara individu ketika aktiviti atau tugasan diberi oleh guru.
Kata kunci dalam Lima Aspirasi Negara yang keempat iaitu Perpaduan di mana Sistem
Pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
8 | P a g e
menghargai kepelbagaian. Kami sebagai guru berkongsi dengan ciptaan ini. Melalui ciptaan bahan
bantu mengajar ini, kepelbagaian kaedah dan cara belajar yang
mudah diterapkan kepada guru dan murid sekolah. Sehubungan dengan itu, memudahkan guru
menyediakan lembaran kerja murid dan melaksanakan pembembelajaran dan pemudahcara dengan
lebih berkesan di dalam kelas. Selain daripada itu, kami ingin berkongsi kepelbagaian tersebut
dengan Sistem Pendidikan Negara malah kepada agensi-agensi di Jabatan lain. KAmi berkongsi
dengan rakan guru untuk memudahkan mereka menyediakan lembaran kerja tanpa menyediakan
cetakan lembaran yang terlalu banyak dan mahal malah menjimatkan penggunaan kertas di alam
semesta ini.
Selain itu, Kecekapan turut tercatat dalam Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Negara.
Sistem Pendidikan mahu memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan yang sedia
ada. Seperti yang sedia maklum, bajet pendidikan Negara Malaysia tidak begitu memberansangkan
untuk menyediakan kesemua kelengkapan aat tulis seperti buku latihan atau lembaran kerja yang
percuma. Oleh sebab itu, guru terpaksa menyediakan sendiri lembaran kerja yang bersesuaian
dengan tahap keupayaan dan tahap pencapaian murid.
Maka, guru sendiri menyediakan bahan mengikut kemampuan dan mengikut situasi
persekitaran di sekolah. Dengan penyatuan genset yang sedikit pada sekolah, guru terpaksa
menanggung beban menyediakan sendiri lembaran kerja bertulis dan mencetak sendiri lembaran
kerja tersebut mengikut jumlah murid dan keperluan semasa. Bagi mengurangkan masalah
penyediaan lembaran kerja maka dihasilkan bahan bantu mengajar ini. Guru boleh menyediakan
master copy yang berwarna hanya sekali. Dangan satu lembaran kerja, guru boleh menggunakannya
banyak kali dan murid boleh menggunakan lembaran berwarna yang sama mengikut giliran.
Sehubungan dengan itu, guru dapat menjalankan pentaksiran bilik darjah di dalam kelas
ketika aktiviti kelas dengan menggunakan bahan bantu mengajar F4L ini. Beban guru dan Jabatan
dan secara tak langsung peruntukan sedia ada mampu diminimumkan dengan mengurangkan
penggunaan kertas dan bahan cetak yang lain. Malah bahan bantu mengajar ini dapat digunakan
untuk jangka masa yang panjang kerana ianya agak tahan lama dan boleh digunakan secara
berulang-ulang.
Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Sistem Pendidikan Negara
memerlukan 11 anjakan Utama. Anjakan yang pertama mahu menyediakan kesaarataan akses
9 | P a g e
endidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Bahan Bantu mengajar F4L ini dihasilkan bagi
memudahkan tugas guru, mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan memberi peluang kepada
semua murid menggunakannya. Ianya mudah dihasilkan dan mudah digunakan oleh tenaga
pendidik. Dengan tersetusnya idea bahan bantu mengajar ini, ia memudahkan proses pembelajaran
dan pemudahcara dilaksanakan di dalam kelas.
Murid mampu belajar sendiri mengikut tahap keupayaan dan tahap kemampuan. Lembaran yang
efektif dan selaras dengan objektif mata pelajaran yang diajar serta pelbagai aras mampu disediakan
oleh guru tanpa membazir peruntukan yang ada. Sistem pendidikan di negara lain juga boleh
mencuba dengan menggunakan bahan bantu mengajar ini.
Di dalam anjakan kedua, Sistem Pendidikan Negara mahu memastika setiap murid profisien
dalam penggunaan komunikasi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penggunaan 50 peratus
dalam pembelajaran dan pemudahcara kelas prasekolah seiring dengan penggunaan bahan bantu
mengajar ini. Guru boleh menyediakan aktiviti atau lembaran kerja dalam kedua-dua bahasa
Malaysia dan juga bahasa Inggeris. Kedua-dua tunjang bahasa dan komunikasi di prasekolah dapat
diperkayakan di dalam kelas . Penggunaan bahan bantu mengajar prasekolah ini mampu memberi
keyakinan kepada murid untuk melengkapan aktiviti yang diberikan kepada setiap murid mahupun
secara berkumpulan.
Dalam anjakan keenam, kumpulan kami mampu mengupayakan Jabatan Pendidikan NEgeri
(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan semasa. Akibat daripada percatuan genset, kekurangan bahan api untuk
bekalan elektrik, kekurangan peruntukan untuk bahan api dan kekurangan peruntukan untuk alat
tulis murid, maka kumpulan kami mengahasilkan bahan bantu mengajar ini. Dengan binaan bahan
ini, ianya mampu mengupayakan Jabatan dan membantu para guru dan murid dalam pembelajaran
dan pemudahcara harian di sekolah samada dengan adanya kehadiran guru mahupun ketiadaan guru
di sekolah.
Anjakan kelapan seterusnya memainkan peranan untuk mentransformasikan
kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian dalam Sistem Pendidikan Negara. Melalui
penghasilan bahan bantu mengajar ini, kapasiti penyampaian dalam Sistem Pendidikan Negara
dalam dimaksimumkan dengan kaedah pembelajaran dan pemudahcara yang mudah. Bukan sahaja
murid prasekolah, malah guru-guru perdana atau sekolah menengah mahupun di pengajian tinggi
dapat menggunakan bahan bantu mengajar yang sama untuk pelbagai cara dan tujuan yang berbeza
dalam penyampaian pendidikan. Bahan bantu mengajar ini mampu melonjakkan cara dan kaedah
pengajaran masa kini.
10 | P a g e
Dalam Sistem pendidikan Negara, anjakan kesembilan mahukan sistem pendidikan
bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Ibubapa boleh
menggunaka bahan bantu mengajar ini di rumah dengan pemantau ibubapa atau penjaga murid
masing-masing sebagai latihan pengayaan di rumah. Bahan bantu mengajar ini
juga sesuai digunakan di Jabatan lain. Sebagai contoh, ianya boleh digunakan sebagai display
folder untuk menu makanan atau display folder di kaunter mahupun di papan kenyataan mudah alih
sesuatu agensi, display match untuk Sukan dan permainan. Bahan bantu mengajar ini telah dibuat
pelbagai saiz untuk keperluan semasa. Samada ianya dijadikan set pembelajaran bersama kits mata
pelajaran atau nota pembelajaran. Pembekal turut meraih keuntungan dengan bekerjasama
menghasilkan bahan bantu mengajar ini bagi memenuhi keperluan semasa orang ramai.
Melalui bahan bantu mengajar ini, dalam anjakan kesepuluh, ianya dapat memaksiukan
keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Bagaimana ia dapat membantu? Melalui lembaran kerja
yang diberi contohnya, murid dapat membuat latihan dan dinilai secara berterusan untuk tugasan
yang diberi secara individu mahupun secara berkumpulan. Selain daripada tidak membazir dan
meminimumkan peruntukan yang sedia ada, ia dapat meningkatkan keberhasilan murid dengan
memberi latihan dan bimbingan terhadap murid melalui penggunaan bahan ini.
Di dalam Surat Khabar Utusan Borneo Sarawak pada tarikh 2 November 2017, pernah
dicetak satu petikan ucapan perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Sri Aman daripada Yang Berhormat Francis Harden Anak Hollis, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN), N27 Simanggang. (LAMPIRAN F) Beliau kini memegang Jawatan
Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti. Topik Ucapan yang diucapkan di Bandar Sri Aman adalah
Guru kreatif dan inovatif mampu melahirkan generasi pelajar cemerlang sejajar dengan wawasan
negara.
Di dalam ucapan tersebut, Beliau telah menggesa agar pendidik di negeri ini mengubah cara
pengajaran dahulu kepada lebih kreatif dan inovatif. Hal yang demikian adalah kerana guru
memiliki dua ciri berkenaan yang sentiasa memikirkan pembaharuan yang dapat membawa
perubahan dalam sistem pengajara mereka. Beliau juga turut menjelaskan bahawa cara kreatif dan
inovatif secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.
Menurut beliau, guru juga harus bijak membawa perubahan kepada suasana pengajaran dengan
lebih kondusif agar setiap pengajaran dicurah sampai kepada sasaran iaitu urid sekolah yang diajar.
Beliau menyifatkan ianya penting penting kerana murid atau pelajar akan menunjukkan minat
mempelajari mata pelajaran sekiranya cara penyampaian guru mereka mengikut peredaran zaman.
11 | P a g e
Oleh yang demikian, kami membina bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat
murid untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran yang diajar. Sehubungan dengan itu, kami
menganggap bahawa bahan bantu mengajar ini memboleh murid atau pelajar
menyentuh sendiri bahan pembelajaran dan menggunapakai di dalam pembelajaran dan
pemudahcara.
Selain memberi lembaran kerja berbentuk latihan atau sentuhan hasil kerja murid, guru juga
dapat membuat penilaian pentaksiran seseorang murid secara individu dan kerja berkumpulan.
Dengan yang demikian, guru boleh menyingkatkan masa pembelajaran dan pentaksiran dalam satu
jangka masa yang diperlukan. Guru dapat membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid,
kerjasam murid dan hasil kerja murid secara individu.Maka, dengan ini bahan bantu mengajar ini
dihasilkan sejajar dengan kehendak Visi, Misi serta kehendak pengguna.
Dalam proses penambahbaikan F4L ini, kumpulan kami telah menggunapakai teknik percambahan
buah fikiran antara semua ahli kumpulan. Semua ahli kumpulan telah mengeluarkan buah fikiran
masing-masing tentang masalah yang ingin diatasi atau diselesaikan dan berbincang bersama-sama.
Setelah semua masalah telah dikemukakan, maka semua ahli telah berbincang bersama-sama
tentang cara mengatasinya serta memikir sesuatu inovasi bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Penambahbaikan F4L ini telah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan setelah perbincangan supaya
F4L dapat dihasilkan untuk mengatasi masalah pengajaran para guru terutamanya bagi guru yang
mengajar di sekolah pedalaman.
Beberapa contoh telah dihasilkan sebelum wujudnya F4L edisi terbaru iaitu F4L
yang dihasilkan dengan hanya menggunakan kotak, tidak tahan lama, tidak stabil apabila dimainkan
oleh kanak-kanak dan lain-lain. Maka dengan itu, semua ahli kumpulan B.E.N.A.K. telah
bertungkus lumus untuk menambahbaikkan kelemahan-kelemahan yang wujud pada F4L yang
dihasilkan sebelum edisi terbaru. Dengan adanya semangat yang tidak berputus asa, maka wujudlah
F4L edisi yang terbaharu yang telah mengatasi segala kelemahan berbanding dengan F4L yang
dihasilkan sebelum ini. Untuk membuktikan kelebihan dan kekuatan penggunaan F4L dalam
pengajaran guru, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk mengadakan bengkel bagi
mengajar para guru prasekolah untuk menghasilkan F4L masing-masing dan digunapakai dalam
kelas semasa PdPc dijalankan. Kumpulan BENAK telah membuat perbandingan berdasarkan
keputusan borang soal selidik yang telah diedarkan sebelum dan selepas penggunaan F4L oleh para
12 | P a g e
guru berdasarkan bahan inovasi. Kajian pra dan pos telahpun dilaksanakan kepada para guru
prasekolah daerah Sri Aman untuk mendapatkan data sebelum dan selepas penggunaan F4L.
Keputusan Pra telah menunjukkan bahawa sebilangan besar daripada murid
prasekolah lemah dalam subjek Bahasa Malaysia dan Matematik. Oleh itu, kumpulan kami telah
menitikberatkan empat aspek dalam Bahasa Malaysia iaitu Mengenal huruf A-Z, Suku Kata,
Perkataan serta Ayat Ringkas manakala Mengenal nombor 1-19, Seriasi, Operasi Tambah dan
Operasi Tolak bagi subjek Matematik.
Terdapat sejumlah 395 orang murid yang terlibat sebagai responden dalam kajian pra dan
post yang diambil kira pada tahun 2018/2019. Keputusan dari segi subjek Bahasa Malaysia,
seramai 181 orang murid yang telah mengenal huruf A hingga Z sebelum penggunaan F4L
berbanding dengan 316 orang murid yang telah menguasai huruf A-Z selepas penggunaan F4L.
Terdapat 136 orang murid yang menguasai suku kata sebelum penggunaan F4L di mana 262 orang
murid yang menguasai suku kata selepas penggunaan F4L. Hanya 103 orang murid yang menguasai
perkataan Bahasa Malaysia berbanding 232 orang murid selepas penggunaan F4L dalam kelas.
Sebelum menggunakan F4L, terdapat 77 orang murid telah menguasai ayat ringkas berbanding
dengan 187 murid selepas penggunaan F4L. (LAMPIRAN G)
Kumpulan BENAK telahpun mengumpul data berdasarkan subjek Matematik dari 4 aspek
yang berbeza iaitu Mengenali nombor 1-19, Seriasi, Operasi tambah dan operasi tolak. Hanya 168
daripada 395 responden telah menguasai nombor berbanding dengan 281 murid selepas
penggunaan F4L. 162 orang murid telah menguasai Seriasi bagi matematik manakala 284 orang
murid dapat menguasai Seriasi selepas penggunaan F4L. Hanya 112 orang responden yang dapat
menguasai operasi tambah berbanding dengan 251 orang murid yang Berjaya menguasai operasi
tambah selepas penggunaan F4L. Bagi operasi tolak pula, 103 orang murid berbanding dengan 237
orang murid telah menguasai operasi tolak selepas penggunaan F4L dalam PdPc. (LAMPIRAN H)
Dengan adanya penggunaan F4L ini, secara keseluruhannya telah berjaya menghasilkan
mutu kerja yang lebih berkualiti dan tahap fokus guru yang lebih efisien dalam menjalankan
tugasan setiap hari. Hala tuju yang begitu positif di dalam penggunaan F4L ini, memberi harapan
besar kepada Kumpulan KIK B.E.N.A.K. untuk mengembangkan penggunaannya kepada seluruh
warga pengajar serta yang lain.
Setelah berjaya menghasilkan F4L edisi terkini, semua guru prasekolah daerah Sri Aman
telah diberi pendedahan tentang penggunaan F4L dan diminta untuk menggunakan dalam PdPc
mereka. Para guru prasekolah telahpun diberi peluang untuk membuat F4L sendiri semasa bengkel
13 | P a g e
prasekolah. Proses penggumpulan data tentang F4L telah dilaksanakan selepas para guru
prasekolah berjaya menggunakan F4L dalam PdPc mereka. Para guru prasekolah daerah Sri Aman
telah diberi jangka masa sepanjang dua
minggu untuk melihat kesan pengajaran kepada murid prasekolah selepas menggunakan F4L dalam
kelas. Dengan itu, persampelan bertujuan telah digunakan sebagai kaedah memilih sampel iaitu
hanya guru prasekolah yang akan dipilih untuk menjadikan sampel dalam kajian.
Borang soal selidik telah diedarkan kepada para guru untuk mengisi setelah menggunakan
F4L dalam pengajaran mereka. Berdasarkan analisis data SPSS, telah menunjukkan angka 1.18
bagi pengiraan min yang dapat membuktikan bahawa para guru berpuas hati dengan kesan
pengajaran menggunakan F4L dalam kelas. Jadual berikut menunjukkan feedback ringkas para
guru berdasarkan angka.
Jadual 1.1 Angka dan maklumbalas para guru prasekolah
Angka Maklumbalas
1 Baik
2 Tidak Baik
3 Tidak Pasti
Maka secara keseluruhan, pengiraan min yang menunjukkan 1.18 telah membuktikan
bahawa kebanyakan guru prasekolah telah memberi komen secara positif berdasarkan pengunaan
F4L dalam kelas prasekolah semasa pengajaran. Namun begitu, masih terdapat 6 orang guru
prasekolah daripada 31 orang yang telah mengisi soal selidik masih berada di peringkat eksplorasi
di mana mereka masih kurang pasti terhadap kesan penggunaan F4L. Graf berikut merupakan
ringkasan keseluruhan kepuasan para guru prasekolah daerah Sri Aman terhadap penggunaan F4L
dalam PdPc mereka.
0
10
20
30
Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
Kepuasan guru prasekolah daerah Sri Aman terhadap penggunaan F4L dalam PdPc
Series 1
14 | P a g e
Akta/ Peraturan/ Garis Panduan terlibat (pematuhan) (LAMPIRAN I)
MMI (Melindungi Masa Instruksional) didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya
digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Melindungi masa instruksional merupakan
satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di
sekolah. Melindungi masa instruksional perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan
keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan
inovatif. Sekolah merangka masa instruksional yang ideal. Namun, masa berkenaan tidak
sepatutnya menjanjikan pembelajaran yang berkualiti atau pembelajaran yang berkesan disebabkan
faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang
sentiasa terlibat dengan pelbagai mesyuarat serta tugasan individu yang lain akan menyebabkan
masa instruktional mereka terganggu. Guru yang sentiasa tidak masuk ke kelas akan
mengakibatkan silibus mereka tidak habis diajar kepada para murid.
Objektif pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) ialah untuk memastikan semua
peringkat pengurusan pendidikan termasuk pentadbir sekolah dan guru memahami konsep MMI,
memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah
untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dan sentiasa memastikan peningkatan masa
pembembelajaran berkesan dalam kalangan murid sekolah. Peningkatan masa instruksional perlu
dipastikan untuk mengoptimumkan keberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid dan ini
merupakan hak mereka sebagai seorang murid sekolah yang ingin menuntut ilmu di sekolah. Oleh
itu, F4L telah dihasilkan bagi para guru mencapai matlamat dalam pengajaran iaitu dapat
memastikan masa instruktional dijaga dengan baik semasa guru tidak dapat menjalankan PdPc.
Sebagai keseluruhan, semua pihak perlu memahami kepentingan menjaga masa
instruktional supaya murid sekolah berpeluang untuk belajar walaupun guru tidak berkesempatan
untuk masuk ke kelas mereka. Penyediaan pendidikan yang berkualiti akan melahirkan modal insan
yang berpotensi untuk memajukan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara pada masa akan
datang.
15 | P a g e
TINDAKAN PENYELESAIAN
PELAN DAN STRATEGI TINDAKAN PENYELESAIAN SERTA KAEDAH ATAU KONSEP
YANG DIGUNAPAKAI:
METODOLOGY PENGHASILAN F4L
(FLEXIBLE FLIP FUN FILE for all LEARNING)
MODEL THE BIG6
Model ini digunakan sebagai asas dalam penghasilan inovasi F4L yang mana merupakan satu set
kemahiran yang lengkap, strategi yang efektif dan cekap. Model ini dibangunkan oleh Micheal
Eisenberg dan Bob Berkowitz. Model The Big6 ini digunakan untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan menyempurnakan tugasan serta akhirnya kejayaan penghasilan inovasi
F4L.
16 | P a g e
Model the Big6
mengandungi 6 langkah utama iaitu:
i. Menentu (task definition)
Menggambarkan skop isu atau masalah iaitu genset, liputan rangkaian internet dan MMI
(Melindungi masa Instruksional) yang diselesaikan melalaui inovasi F4L. Mengenalpasti
maklumat penting dari sekolah kerana setiap sekolah ada isu yang tersendiri. Memahami
penentuan jenis maklumat yang ada dari sumber yang berlainan iaitu sekolah luar andar dan
pedalaman. Mengaitkan setiap isu dan permasalahan dengan sumber-sumber yang ada.
ii. Mencari (information seeking strategies)
Memilih sumber yang sesuai dan mengetahui kelebihan dan kekurangan sumber dalam setiap
aspek kajian dari segi budaya sekolah, iklim sekolah, kemudahan prasarana sekolah, lojistik
dan kedudukan sekolah dari segi geografinya.
iii. Mengguna (location and access)
Menggunakan kemahiran belajar dan membaca dengan meluas, fleksibel dan bermatlamat.
Memilih dan menggunakan kaedah atau teknologi yang sesuai untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan dalam membuat kajian sebelum penghasilan inovasi dan penambahbaikan
inovasi F4L. Kaedah SQ$R (Servay, Question, Read, Reflect, Recite and Review)
iv. Mencatat (use of information)
Memilih cara membuat nota mengikut kajian dengan mengenal isi penting, isu penting dan
“smart thinking”. Mengumpul dan menyusun maklumat mengikut keutamaan fakta serta isu
dan menghasilkan kajian yang sistematik dan berkesan agar penghasilan inovasi F4L
mempunyai nilai hasil yang tinggi, kebolehgunaan yang yang pelbagai, produktif dan berimpak
tinggi.
v. Melapor (synthesis)
17 | P a g e
Berkomunikasi dengan tepat dengan mengambil kira media, mesej dan sasaran. Menyedari
tanggungjawab sebagai pengkaji yang boleh menilai strategi dan kemahiran di setiap
peringkat kajian dengan kebolehan dan keyakinan yang tinggi bahawa penghasilan F4L amat
membantu warga pendidik dalam pembelajaran dan pemudahacaraan dan seterus kepada
jabatan lain sama ada kerajaan negeri, persekutuan, agensi atau dunia perniagaan.
vi. Menilai (evaluate)
Mengenalpasti sasaran pengguna F4L dan mengimbas kembali proses kajian, dapatan dan
pengalaman serta kepuasan dalam penghasilan inovasi F4L dan
langkah seterusnya atau “in advance action” serta “F4L in advance” kerana keyakinan yang
tinggi bahawa F4L penghasilan inovasi yang sentiasa bergerak dan berkembang seiringan
dengan perkembangan teknologi, arus permodenan dan sentiasa “up to date with no end”.
SQ4R (Survey, Question, Read, Reflect, Recite and Review)
Pengertian Metodologi SQ4R : Metodologi dapat boleh dimaksudkan sebagai cara yang digunakan untuk mengimplementasikan
bahan yang sudah disusun dalam bentuk aktiviti yang nyata, jelas dan praktikal bagi mencapai
tujuan atau objektif tertentu. (Sudrajat, 2008)
Salah satu methodology yang biasa digunakan adalah dalam kajian adalah yang memberi
ruang kepada kajian dan penghasilan F4L untuk membaca, berfikir, merungkai masalah, belajar
untuk mengaplikasi pengetahuan, konsep dan ketrampilan adalah dengan menggunakan SQ4R
(Survey, Question, Read, Reflect, Recite, Review). SQ4R amat popular kaedah pembelajaran
teknik membaca. Kumpulan K.I.K B.E.N.A.K. mengaplikasikannya dalam pencarian maklumat
mengikut Model The Big6 bagi menghasilkan inovasi F4L.
i. Survey (Menentu) :
Langkah penentuan dengan memninjau, menjejaki dan mengesan keterangan, isu dan
permasalah dijalankan dengan teliti dan harus sesuai mengikut keperluan dalam penghasilan
inovasi F4L.
ii. Question (Mencari) :
18 | P a g e
Setelah melakukan Survey, penemuan beberapa pertanyaan dapat dikesan dan ini dapat
membimbing dan membantu kumpulan B.E.N.A.K. dalam meneliti dan memahami isu dan
permasalah yang berlaku.
iii. Read (Membaca) :
Hasil penentuan, pencarian, pertanyaan dan memahami masalah banyak catatan dari
penemuan-penemuan penting dan setiap hasil pembacaan yang teliti pengembangan satu
idea pokok iaitu penghasilan F4L diyakini benar-benar memberi manfaat, produktif dan
sangat berimpak tinggi dalam mambantu mengatasi masalah atau isu yang dihadapi.
iv. Reflect (Mengguna) :
Setelah mengaitkan segala informasi yang telah diketahui, diselidiki dan perkaitan dengan
konsep utama yang dikehendaki dan isu atau permasalahan maka bahan atau penghasilan
F4L amat sesuai dan relevan untuk digunapakai dengan meluas.
v. Recite (Melapor) :
Pelaporan di atas penemuan yang telah disusun mengikut keperluan, isu dan permasalahan
perlu dilaporkan dan pelaporan harus dan diambil tindakan mengikut idea yang difikir
sesuai, relevan dan harus mampu mengatasi masalah atau isu yang dihadapi.
vi. Review (Menilai) :
Akhirnya penilaian yang teliti amat perlu dilakukan melalui pengujian dan tinjauan terhadap
kelengkapan setiap fasa yang telah dilaluidan dilaksanakan. Noktahnya maka tersusun
sebuah penghasilan inovasi yang lengkap berfakta, jitu dan tepat . Terciptanya F4L adalah
dari hasil kajian yang amat mendalam, relatif dan mempunyai nilai hasilan yang sangat
kreatif, inovatif dan berimpak tinggi.
Analisis kos (Prototype yang asal)
BIL BAHAN KUANTITI KOS JUMLAH
1 Kotak besar 1 0 0
2 Pembalut Plastik Buku 2 1.00 2.00
19 | P a g e
3 Kad manila / Pocket Fail 2 0.40 0.80
4 Clear sloytape 1 1.70 1.70
JUMLAH BESAR 4.50
Analisis kos (PENAMBAHBAIKAN)
BIL BAHAN KUANTITI KOS JUMLAH
1 A3 Mounting Board 5 2.50 12.50
2 Card Case A3 Size 5 3.40 17.00
3 Plastic File Pocket 5 0.90 4.50
4 Binding Tape 42 mm
36 mm
1
1
1.70
2.30
1.70
2.30
5 Double Tape 1 3.00 3.00
6 Kertas sticker 1 roll 9.00 9.00
JUMLAH BESAR RM50.00
PENGHASILAN PROTOTYPE
Pada fasa pembinaan prototype projek, ianya telah melalui 4 fasa sehingga terhasilnya sebuah
prototype yang berkualiti dan tahan lasak digunakan. Faktor pemilihan bahan yang digunakan
dititikberatkan dalam mengenalpasti bahan yang paling sesuai digunakan dalam menentukan aspek
berkenaan disamping kos yang minimum bagi menghasilkan prototype berkenaan.
20 | P a g e
PENGHASILAN PROTOTYPE 2 (PENAMBAHBAIKAN)
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN : 5 KEPING KAD TEBAL/MOUNTING BOARD SAIZ A3 5 KEPING PLASTIC CARD CASE SAIZ A3 5 KEPING DOCUMENT PLASTIC FILE SAIZ A4 3 NOS BINDING TAPE SAIZ 36MM 1 NOS BINDING TAPE SAIZ 42MM 2 NOS DOUBLE SIDED TAPE PISAU & GUNTING
21 | P a g e
PENGHASILAN PROTOYPE FASA 3 & 4 (PENAMBAHBAIKAN DARI ASPEK BAHAN
MATERIAL YANG DIGUNAPAKAI)
22 | P a g e
PENGEMBANGAN PROJEK
Penyeragaman di peringkat jabatan dan organisasi.
Satu sesi slot perkongsian berkenaan F4L telah dijalankan bersama semasa Kursus
Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Asas Literasi dan Numerasi Guru Prasekolah Daerah
Sri Aman pada 22-23 Oktober 2018. Dan pada 11-12 Mac 2019, satu bengkel membina F4L
bersama guru prasekolah telah dianjurkan oleh pihak PPD bertempat di bilik mesyuarat serbaguna
SJK Chung Hua Simanggang. Penglibatan aktif para peserta dalam membina F4L adalah amat
memberangsangkan. Di akhir sesi berbengkel, peserta kemudiannya berkongsi idea bagaimana F4L
akan digunapakai di peringkat prasekolah.
Bagi Sesi Perlaksanaan di semua 41 kelas pra sekolah di daerah Sri Aman, Para Guru Pra
sekolah telah menjalankan aktiviti penggunaan F4L di kelas masing-masing.
Langkah-langkah perlindungan inovasi (Harta Intelek)
Projek Inovasi ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia Bangsar
Kuala Lumpur pada 25 Januari 2019 dengan no pendaftaran My IPO LY2019000276.
(LAMPIRAN J)
Tindakan Replikasi atau Pengkomersilan.
Untuk replikasi adalah perkongsian berbengkel membina F4L bersama guru-guru di prasekolah
pada bulan Mac 2019. (LAMPIRAN K)
23 | P a g e
Kekangan projek dan pembelajaran diperolehi.
1. Pengurusan ahli dalam memberikan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan projek ini.
Pemilihan ahli untuk KIK B.E.N.A.K. telah melalui 3 fasa pembubaran dan penetapan ahli
yang benar-benar memberi komitmen mereka dari segi masa, wang ringgit dan tenaga.
2. Faktor sumber kewangan merupakan sebab mengapa ada kalangan ahli KIK dalam
kumpulan awal menarik diri mereka dari kumpulan ini.
3. Penjimatan masa dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid
sekaligus membolehkan guru di prasekolah dapat mengelolakan PdPc matapelajaran yang
pelbagai.
.
24 | P a g e
TAJUK : F4L – FLEKSIBLE FLIP FUN FILE for all LEARNING
JABATAN : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SRI AMAN SARAWAK
top related