refleksi lawatan ke bomba dan penyelamat seremban 2
Post on 02-Jan-2016
140 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
REFLEKSI PKE 3102:PENDIDIKAN KESELAMATAN
Nor Mazitah Binti Mahussin
840110-05-5128
PPG PJM (B)
Pendidikan Keselamtan (PKE) merupakan salah satu mata pelajaran elektif bagi
pelajar PPG Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah semester 4. Program ini dirancang
bersama-sama pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melicinkan
program. Program ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung
dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pendidikan Keselamatan). Program ini juga dapat
memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang aspek-aspek keselamatan dan
kepentingannya dalam pengurusan dan terhadap individu yang terlibat.
Objektif yang ingin dicapai adalah Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung
dalam subjek Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan Pendidikan Keselamatan.
Memahami dengan lebih mendalam tentang Pendidikan Keselamatan. Memenuhi
tugasan mata pelajaran wajib yang membawa kepada markah akhir kursus.
Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan Pendidikan
Keselamatan. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber
untuk memperolehi pemahaman tentang teori dan amalan.
Selepas menerima tugasan kerja kursus ini, perancangan dibuat dengan
menubuhkan satu jawatankuasa penggerak program bertujuan untuk merancang dan
seterusnya melaksanakan program ini dengan jayanya. Akhirnya pendekatan diambil
dengan mengemukan cadangan untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Seremban 2.
. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh kami ialah diberikan taklimat terlebih
dahulu pada 8.00a.m hingga 9.00 a.m. oleh seorang pegawai bomba mengenai
perjalanan program di Balai Bomba dan Penyelamat. Kemudian, kami telah didedahkan
mengenai tugas-tugas Bomba dan menjelaskan mengenai carta organisasi Bomba.
Taklimat diberikan oleh Encik Tajuddin. Beliau merupakan Pengawai Jabatan Bomba
dan Penyelamat di , Seremban 2. Pertama sekali, beliau telah memperkenalkan diri dan
mengalukan kedatangan kami iaitu pelajar dari Institu Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Raja Melewar. Seterusnya ialah beliau juga menerangkan mengenai tugas
sebagai anggota Bomba. Apa yang utama sekali, kami tahu talian yang digunakan
ketika berlakunya kecemasan dengan adanya penjelasan tentang carta aliran apabila
berlakunya kecemasan.
Kemudian, aktiviti ditangguhkan kerana memberi laluan kepada waktu rehat
untuk minum pagi. Pada pukul 10.30a.m kami telah didedahkan dengan peralatan
kebombaan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kami dapat mengenal jentera bomba yang
telah meletakkan barang-barang keperluan untuk menyelamat. Banyak yang telah kami
pelajari. Selain itu, apa yang menjadi pengalaman kami dalam aktiviti ini ialah mencuba
menggunakan alat semasa menghadapi asap tebal dengan berbekalkan oksigen. Kami
perlu berjalan-jalan sambil memakai alat tersebut. Kami juga dapat merasa menaiki
jentera bomba. Kami juga berpeluang mengambil gambar sepanjang melakukan aktiviti
yang dijalankan.
Pada pukul 12.30 p.m kami berehat dan bersolat zohor seketika dan makan
tengahari sekali. Selepas waktu rehat, kami telah didedahkan dengan alat pemadam
api. Bagaimana untuk menggunakan alat pemadam api dan demonstrasi kebakaran
dilakukan. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api.
Seterusnya pada pukul 3.00p.m hingga 4.00p.m ialah detik kami belajar tentang
demo jentera berat dan cara membawa hos. Terdapat pelajar dari Institut Pendiidkan
Guru Malaysia Kampus Raja Melewar telah membuat amali hos ini.
Apa yang saya dapati adalah, pekerjaan seorang bomba adalah bukan mudah.
Mereka melakukan sesuatu yang amat berisiko bagi menyelamat nyawa seseorang.
Mereka lebih mementingkan keselamatan mangsa daripada diri mereka. Selain itu,
saya juga dapat menambahkan ilmu saya berkaitan dengan ilmu bantu mula. Dengan
adanya ilmu bantu mula, saya sebagai seorang guru berasa ia amat berguna jika
sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku pada anak murid saya di sekolah dan
dengan adanya ilmu ini saya mungkin dapat menyelamatkan nyawa atau
mengurangkan risiko berlaku kecederaan kepada anak didik saya.
top related