refleksi hari kesihatan 2013
Post on 14-Aug-2015
71 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
REFLEKSI HARI KESIHATAN 2013
HIDUP SIHAT PILIHAN BIJAK
PJ PIAGOS
Pada 7 Mac 2013, Hari Kesihatan 2013 telah diadakan bertempat di Dewan
Dato’ Razali Ismail dengan tema ‘Hidup Sihat Pilihan Bijak’. Program ini dianjurkan oleh
kumpulan guru pelatih PISMP ambilan Januari 2011 Semester 5 pengkhususan
Pendidikan Jasmani (PJ PIAGOS). Program ini adalah sebahagian daripada tugasan
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE 3104)
di bawah seliaan Puan Jamaliyah binti Ahmad. Program ini bermula pada pukul 9 pagi
hingga pukul 2 petang. Tuan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas, Puan Rohana Binti Kamaruddin telah merasmikan Hari Kesihatan 2013. Terdapat
pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya pameran, pemeriksaan kesihatan, ceramah,
jualan dan permainan kecil. Antara agensi yang terlibat sepanjang program ini ialah
PROSTAR, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Tabung Darah Hospital Klang,
IPD Pudu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Bulan Sabit Merah Malaysia, KPJ
Ampang Puteri dan Eye Riz Optometriz.
Antara kekuatan yang saya peroleh sepanjang mengendalikan program ini ialah
saya dapat belajar cara surat menyurat dengan pihak dan agensi luar. Saya telah
dilantik sebagai setiausaha program dan ini merupakan kali pertama saya mendapat
jawatan sebegini. Banyak perkara yang saya belajar terutamanya apabila melibatkan
pihak atasan institut serta cara-cara membuat permohonan rasmi dengan pihak luar.
Saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada para pensyarah dan juga para kakitangan
pejabat pentadbiran institut sepanjang menyiapkan surat-surat yang perlu dihantar
kepada agensi luar. Kekuatan seterusnya ialah saya dapat melatih diri saya
menguruskan masa saya sebagai seorang guru pelatih. Memandangkan beban kerja
yang bertambah, saya perlu bijak menguruskan tanggungjawab saya sebagai guru
pelatih dengan komitmen yang lain. Seterusnya, saya dapat menambahkan kandungan
pengetahuan dan pengalaman saya sebagai seorang bakal guru mengenai program
kesihatan. Program ini merupakan program wajib untuk dikendalikan oleh setiap guru
Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Jadi, pengalaman dan pengetahuan yang saya
peroleh hari ini pasti berguna kelak. Saya juga dapat menambahkan pengetahuan saya
apabila saya melawat setiap agensi yang membuat pameran pada Hari Kesihatan
2013. Paling mendapat perhatian saya adalah pameran Agensi Anti Dadah
Kebangsaan yang dibuat di dalam bas bergerak. Yang terakhir, saya dapat membuat
pemeriksaan kesihatan pada tubuh badan saya. Saya dapat mengetahui kondisi dan
tahap kesihatan tubuh badan saya apabila saya membuat pemeriksaan kesihatan.
Terdapat beberapa kelemahan yang saya kesan sepanjang mengendalikan
program ini. Yang pertama, kekurangan pengalaman dan pengetahuan dalam urusan
surat-menyurat menyebabkan beberapa kali surat ditolak pihak atasan. Hal ini
menyebabkan urusan membuat permohonan kepada agensi luar tergendala.
Seterusnya, kelemahan seterusnya adalah berlaku kesilapan komunikasi antara pihak
kami dan HEP yang menyebabkan ramai guru pelatih tidak berpeluang mengunjungi
program kami. Hal ini juga berpunca kerana kekurangan hebahan dan hebahan hanya
dibuat pada saat-saat akhir.
Namun, rata-rata pengunjung berpuas hati dengan program yang kami anjurkan
kerana lebih banyak agensi yang terlibat. Sebagai penambahbaikan, saya perlu
memastikan semua urusan surat menyurat dibuat terlebih awal agar dapat
mengenalpasti kesilapan. Pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh sepanjang
program ini akan saya gunakan jika saya perlu mengendalikan program lain pada masa
akan datang. Selain itu, saya perlu sentiasa mengambil tahu perkembangan setiap
jawatankuasa agar segala persiapan program berjalan lancar. Ini dapat mengelakkan
ahli jawatankuasa tidak membuat kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka.
Selain itu, hebahan perlu dibuat lebih awal samada melalui poster ataupun melalui
media social agar lebih ramai warga institut datang ke program ini.
GAMBAR SEMASA HARI KESIHATAN 2013
Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Puan Rohana Binti Kamaruddin melawat agensi yang
membuat pameran sempena Hari Kesihatan 2013
Guru pelatih Semester 5 yang terlibat sebagai pembantu agensi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Aktiviti menderma darah yang dikendalikan oleh Tabung Darah Hospital Klang
Guru pelatih Semester 5 menunjukkan demonstrasi pertolongan cemas kepada para pengunjung
pameran
top related