rancangan pengajaran individu ( rpi ) kump 1

Post on 29-Jul-2015

1.376 Views

Category:

Education

15 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN

INDIVIDU ( RPI )DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 1NOR FARHANIS BINTI

MOHD TURMIZIAMANINA ZAIDATINA BINTI

ABU ZAKI

DEFINISI DAN KONSEP

Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas.

Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.

Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi.

Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu.

Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya.

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai.

Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas itu.

Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan.

RPI juga menentukan penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid.

CIRI - CIRI

a) KomprehensifRPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatanyang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

b) SpesifikMatlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapatdiperhatikan dan diukur.

c) Mengikut urutanRPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d) Realistik dan sesuaiMatlamat dan objektif yang dinyatakan dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dankadar perkembangan sedia ada setiap murid.

e) DifahamiRPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibu bapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.

f) DipersetujuiRPI adalah program yang dipersetujui ibu bapa, guru, murid dan professional lainyang terlibat.

PEMBENTUKAN

RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan RPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid itu menerima sebarang perkhidmatan ataupun diberi pendidikan khas.

Semua RPI perlu disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi ibu bapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.

ELEMEN-ELEMEN

a) KerjasamaBekerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.

b) b) Berkongsi MaklumatPerancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

c) Keputusan BersamaIbu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

d) KebolehpercayaanObjektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

e) DokumentasiRPI perlu di dokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

f) Proses dan hasilRPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.

JAWATANKUASA PEMBENTUKAN

PENTADBIR SEKOLAH

• Wakil pihak sekolah selain daripada guru murid itu, yang berkelayakan bagi menyediakan perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembelajaran murid,juga berkelayakan memantau pelaksanaan program.

GURU

• Pada peringkat permulaan, kemungkinan guru itu bukan guru bagi murid terlibat kerana murid itu belum mempunyai gurunya sendiri. Oleh itu, guru yang sesuai adalah guru yang berkelayakan mengikut tahap umur murid.

IBU BAPA ATAU PENJAGA

• Ibu bapa ataupun penjaga perlu diberi peluang melibatkan diri dalam pembentukan dan perkembangan RPI anak mereka. Sekiranya kerjasama ibu bapa sukar diperoleh, jawatankuasa yang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai.

PROSESMerujuk dan mengumpul maklumat

Mengadakan mesyuarat

Menjalankan apa yang dirancang

Menilai pembelajaran yang telah dijalankan

MERUJUK PIHAK TERLIBAT

- Guru Khas- Guru mata pelajaran- Ibu bapa / keluarga- Pentadbir sekolah- Pengamal perubatan- Jurupulih pertuturan- Jurupulih anggota- Ahli Psikologi Pendidikan- Kaunselor- Pihak-pihak lain

SEMAKAN

Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan matlamat dan objektif, penambahan atau penamatan perkhidmatan, penambahan ataupun perubahan penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan.

Persetujuan ibu bapa perlu diperoleh bagi sebarang perubahan, penempatan ataupun penambahan perkhidmatan.

KEPENTINGAN

RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancangkan samaada yang telah diadaptasi atau di modifikasi dengan lebih berkesan. Dalam konteks ini, RPI bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut :-

a) jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asalb) perkara yang perlu dipelajari oleh muridc) jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakand) penilaian pencapaian kemahiran

KEBAIKAN

MURID

a) setiap perancangan pendidikan digubal bertujuan membantu murid dalam proses pembelajaran.

b) memberi peluang untuk terlibat dalam program pembelajaran yang dirangka

c) menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas

GURU

a) menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelasb) memberi peluang untuk mendapatkan maklumat tentang

muridc) menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, sokongan

dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.d) Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan

dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan e) Menyediakan bantuan dalam menyelesaikan masalahf) Mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka yang

berhubung dengan murid.

PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN

1 )Rujukan Pihak Yang TerlibatPada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan :· antara guru· antara ibu bapa dan sekolah· antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan

2) Pengumpulan DataMengumpul segala maklumat berkaitan dengan

kekuatan, kelemahan dan keperluan murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Maklumat dikumpul melalui :· borang biodata murid· sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan· borang kaji selidik akademik· ujian diagnostik· pemerhatian ke atas murid

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ini ialah :· cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid· individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan· jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat· sejauh mana penglibatan murid· sejauh mana penglibatan ibu bapa· sejauh mana penglibatan khidmat sokongan

Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis, di rumus dan dicatat dalam borang rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat ahli jawatankuasa RPI.

3 )MesyuaratMesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama, iaitu : Aspek Tugasan

· berkongsi maklumat· menyediakan matlamat dan objektif· menyenaraikan strategi pengajaran· membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran· menyediakan kriteria penilaian· menetapkan tarikh penilaian / semakan semula

Tanggungjawab· pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat· menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain· menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan

Dalam peringkat ini, perkara-perkara berikut perlu dilakukan :· Wujudkan jawatankuasa· Mengedar maklumat yang di perolehi kepada semua ahli yang terlibat· Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau salah seorang dari Guru Penolong Kanan di sekolah.

PENYEDIAAN Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah

pendokumentasian. Perlu diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut.

Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut :· Objektif yang khusus untuk murid· Strategi pengajaran yang terperinci· Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.· Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.· Prosedur penilaian yang terperinci.

PELAKSANAAN

Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu di sedia, di selaras dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:· penyelarasan penggunaannya.· mengenal pasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan· penyelarasan program· bantuan dan sokongan kepada guru.· pemantauan dan penilaian program.

PENILAIAN

Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli. Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu di bentang oleh guru.

Segala maklumat ini perlu di bincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan. Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan yang seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

PENULISAN

Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut :

Jawatankuasa· guru besar· guru khas· ibu bapa· para profesional dan lain-lain

Matlamat· jangka panjang· jangka pendek

Pencapaian Murid· jangka masa untuk mencapai objektif· pilih bidang-bidang yang penting sahaja· tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.

Objektif· objektif merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan· objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat· objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.

Prosedur dan Kriteria Penilaian· kriteria Penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif

Strategi Pengajaran· bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran· perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.

Resos· guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakan dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.

Orang yang Bertanggungjawab· menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.

Inklusif· harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa murid-murid berkenaan di inklusif ke kelas biasa

Catatan· digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan· digunakan sebagai rekod· digunakan untuk mencatat penggunaan resos· ditulis selepas penilaian dijalankan

SEKIAN..~ TERIMA KASIH ~

top related