psv
Post on 22-Jul-2015
1.136 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MONTAJ
Definisi Montaj.
• Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar.
• Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
• Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
• Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk
menjadi satu komposisi ilustrasi
• imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
• hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam
gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
• komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
• Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
• Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
• Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni.
Alat dan media.
• Setiap pelukis mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila ingin menghasilkan kerja-kerja seni.
• Dalam penggunaan alatan dan media untuk menghasilkan satu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidak terganggu.
• Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:
–Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda
–Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi
–Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam
Contoh karya.
Teknik dalam menggambar :Montaj Tajuk : perempuan Alat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan
Teknik dalam menggambar : Montaj Tajuk : bercerita tentang kucing Alat dan bahan :gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas
lukisan,kertas warna.
Teknik dalam menggambar : Montaj Tajuk : minyak wangi Alat dan bahan : gunting, gam,gambar minyak wangi dari majalah,surat khabar,kertas lukisan
D E F I N I S I K O L A J
Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar. Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan. Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih. Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan mengikut keativiti sendiri. Murid boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj. Murid seronok membuat Kolaj.
A K T I V I T I : L A N G K A H P E R T A M A
Melihat gambar contoh buah-buahan dan warna yang sesuai.
L A N G K A H K E D U A
Anda perlu melakar gambar buah-buahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar contoh. Sila gunakan kertas lukisan dan pensel untuk melukis.
L A N G K A H K E T I G A
Bahan-bahan yang diperlukan ialah kertas warna, gunting, gam. Anda boleh menggunakan pelbagai warna mengikut kreativiti sendiri. Sebelum memulakan, anda digalakkan untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
L A N G K A H K E E M P A T
Murid mendengar lagu buah-buahan tempatan menyanyi bersama guru.
M U R I D D A N K O L A J
S E B E L U M D A N S E L E P A S . .
DEFINISI STENSIL
2. LANGKAH PENGHASILAN TEKNIK STENSIL
3. CONTOH GAMBAR TEKNIK STENSIL
Capan ialah..
>Teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu.
>Teknik capan juga tidak memerlukan blok cetakan.
>Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.
>Antara contoh bahan yang boleh digunakan dalam teknik capan termasuklah :
>Sayur-sayuran seperti bawang,daun pelepah pisang,bendi dan sebagainya.
>Cap jari dan permukaan tapak tangan juga boleh digunakan.
>Alam benda pula termasuklah tapak kasut,putik kapas,dan sebagainya lagi.
**************************************************************
Cara-cara menghasilkan capan menggunakan bahan semula jadi:
Langkah 1 : Bancuh warna air mengikut warna yang disukai.
Langkah 2 : Gunakan berus dan warna pada permukaan daun pelepah pisang yang telah dipotong dan capkan
atas kertas.
Langkah 4 : Cap atas kertas sehingga terjadinya hasil seperti di atas ini.Hasil boleh diperkemaskan lagi.
SEJARAH CATAN CAT AIR
SEJARAH DUNIA
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.
Greinburg in Grein watercolor 1910
Albrect durer, “a young hare”(1502)
Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang
mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. Di
Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah
Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
Laju pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi dan industri dewasa ini
memberikan pengaruh yang sangat besar bagi hidup dan perkembangan budaya bangsa,
termasuk didalamnya berbagai bidang seni rupa, mengkhususkan lagi dalam seni lukis dan
senimannya. Berbagai hasil produk hadir di dunia, didalam seni lukis saja misalnya dapat kita
jumpai berbagai jenis cat air yang kesemuanya ini merupakan produksi yang gemilang dari
perusahaan industri moden.Cat air mempunyai sifat-sifat dan keistimewaan tersendiri yang
padanya tersimpan potensi-potensi artistik. Akan tetapi seperti telah kita ketahui , cat air juga
telah dilupakan oleh seniman-seniman. Dengan demikian makin berkurang hasil karya
lukisan cat air, dan seandainya ada maka terbatas pada karya sebagai studi dalam lembaga
pendidikan sebab dipandang lebih praktis, murah dan ekonomi.
Akan tetapi terjadinya karya seni bukan hanya melimpahnya material yang tersedia, suatu
karya seni dapat terjadi, jika seniman kreatif dalam penyampaian idea, kemampuan teknik
yang sempurna, ketajaman persepsi, kedalaman intuisi, imaji dan mampu menggetarkan jiwa
serta yang paling asas adalah suara batin seniman itu sendiri. Memang cat air hanya material
biasa. Hal ini kerana tak akan bererti jika seniman tidak mampu mengolahnya sehingga
karyanya yang jadi tak lebih hanya sekadar komposisi.
Keberhasilan pelukis masa lampau seperti Turner, Constable John Marin, Wassily
Kandinsky, Affandi, Rusli kemudian lebih jauh lagi seniman Tiongkok mereka mampu
menguasai teknik. Dewasa ini yang menjadi persoalan ialah mampukah para pelukis
mem”peribadi”kan dirinya dalam lukisannya ? disamping ia harus sanggup menentang
segenap persoalan yang tumbuh dan berkembang sebagai akibat meningkatnya
perkembangan teknologi dan industri moden apabila hanya menggunakan material cat air,
sedang dilain pihak produksi cat minyak berbagai jenis lebih unggul dan daya tahannya yang
merupakan tandingan cat air. Akan tetapi cat air mempunyai kesan yang khusus yang tidak
dapat dicapai cat minyak. Nilai transparan yang sangat lembut meliuk, warna dof, texture
semua yang dapat dicapai satu kali sapuan kuat memberi kesan estetik yang sulit dicapai
material lain.
Dalam seni lukis khususnya cat air tidaklah begitu penting kerana seniman lebih
cenderung mengekspresikan idea-idekreatifnya dengan material yang lebih relevan.
Kenyataan menunjukkan bahawa cat air semakin terpisah dan hanya dilakukan sebagai
pelajaran di sekolah.
Perkembangan
Cat air sudah lama dikenali sejak beberapa abad yang lalu dan bukan merupakan material
yang baru. Hal ini dapat kita buktikan pada lukisan cat air pada dinding semen yang tetap
tahan iklim kering, walaupun dapat dimusnahkan dengan menyapukan span basah pada
permukaannya. Perkembangan cat air yang dihasilkan tidak hanya terbatas pada satu jenis
saja melainkan sudah pelbagai cat sintetis, acrilik dan cat tembok yang merupakan produk
terbaik di abad ini, bersama munculnya pelukis dari berbagai golongan dan negara terutama
dari negara barat, dengan berbagai corak lukisannya memberi makna yang bererti bagi
perkembangan seni lukis cat air.
Dari abad ke abad perkembangan cat air semakin menurun dan makin berkurang
produktivitas lukisan cat air, ditambah makin meningkatnya produksi cat minyak. Di
Indonesia masih dapat disebut beberapa tokoh yang melukis dengan cat air. Mereka ialah :
Raden Abdullah, Rusli, Zaini dan pameran lukisan studio lukis cat air berbentuk
perkembangan.
SENI CATAN CAT AIR DI TANAH AIR
TAHUN 1930
Era perkembangan seni catan Malaysia bermula pada tahun 1930.pelukis cat air pulau pinang
menjadi perintis catan moden Malaysia.Abdullah Ariff ,Yong mun sen,Kao ju ping,khaw
sia,dan tay hooi keat mengubah seni tradisi yang bersifat abstrak kepada seni moden melalui
konsep pembuatan,iaitu penyerapan pengaruh penjajahan terhadap seni yang bertemakan
pemandangan alam tempatan dan aktiviti harian melalui media cat air.Sapuan berus basah
digabungkan dengan ciri impresionis ,cenderung merakamkan kesan cahaya dan bayang yang
transperensi kelam di samping menggunakan warna yang harmoni dan bertindan.Antara
karya yang menonjol pada era ini termasuklah pemandangan di tepi sungai,kawasan
lombong,dan dalam hutan serta tepi pantai yang dirakamkan oleh Abdullah ariff.
TAHUN 1938
Setelah lahirnya seni cat air pulau pinang ,seni nanyang yang dipelopori oleh pelukis cina
mula berkembang di singapura.”Nanyang” bermaksud golongan pelukis yang berasal dari
china dan berhijrah ke asia tenggara pada awal tahun 1938.Pelukis ini kebanyakkan
mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap gaya seni cina dan barat menerusi
pendidikan formal seni lukis di china dan telah menubuhkan akademi seni halus nanyang di
singapura.Kebanyakkan pelukis nanyang ,seperti cheong soo peing dan chen wen itsi,yang
menghasilkan karya kombinasi stail barat seperti impresionisme,post
impresionisme,fauvisme,dan kubisme,di samping teknik kaligrafi cina yang spontan dan
ekonomi dengan stail horizontal dan monumental.contoh karya,perkampungan
nelayan,dilukis dia atas rice paper oleh cheong soo peing.
Sifat dan teknik cat air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat
lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal
sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan
ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan
beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas
seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk
mencuci berus.
Cat air memiliki sifat-sifat transparan dengan warna-warna lembut dan menarik dan
mempunyai ciri khas yang menandai dan menentukan baik teknik mahupun sebuah lukisan.
Mengenai sifatnya lambat kering, iaitu tidak bererti bahawa pelukis harus bekerja dengan
perlahan-lahan. Lebih dari itu cat air tidak mudah menutup, sehingga tidak dapat
menghilangkan warna dasar sifat, oleh demikian tidaklah mudah untuk diatasi, jika tanpa
latihan yang tekun dan baik, sebab selain bakat latihan juga menentukan berhasil tidaknya
penguasaan teknik untuk suatu konsep yang diciptakan. Maka tidaklah mudah kita bayangkan
jika kita akan melukis dengan cat air. Dan adalah tugas seniman kreatif untuk mengenal,
menghayati, mengetahui dan menguasai agar dapat mewujudkan ide-idenya.
sifat-sifat cat air sebagai berikut :
1. Cat air mempunyai sifat harus dicampur dengan air.
2. Cat air mempunyai sifat lambat kering sehingga memungkinkan ekspresif spontan.
3. Cat air mempunyai sifat tidak menutup, sehingga tidak dapat menghilangkan warna dasar.
4. Cat air mempunyai sifat transparan.
5. Cat air mudah terpengaruh oleh suasana sekitar, baik mengenai kelembaban udara,
kekeringan ataupun air dan masih banyak sifat lainnya.
Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.
Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.
Teknik berus kering
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.
Campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.
Teknik Kecatan
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
Dengan mengenal sifat-sifat tersebut diatas, maka seorang pelukis paling tidak
mempunyai bekal dalam menggunakan media ekspresi dalam melukis. Sifat material ini akan
menentukan teknik, dan teknik akan dipengaruhi alat. Variasi-variasi dan metode-metode
sangatlah banyak, pelukis Amerika sering mengelompokkan metode dengan
mengklasifikasikan metode basah dan kering. Berbagai teknik yang merupakan landasan
untuk berkarya bagi pelukis dapat kita saksikan pada pameran studio lukisan cat air ini
dengan berbagai eksperimen bahan sejenis cat air, yang mempunyai sifat-sifat yang spesifik,
yang tidak dimiliki media lain demikian pula menggunakan tekniknya.
KAJIAN TEKNIK PENGHASILAN CATAN CAT AIR
Terdapat beberapa kajian teknik penghasilan catan cat air.Antara kajian yang dibuat
berdasarkan kepada teknik yang sering digunakan dan popular dalam kalangan pelukis
amatur mahupun master.Antara tekniknya ialah teknik basah atas basah,basah atas
kering,kering atas basah dan kering atas kering.
BASAH ATAS KERING
KERING ATAS BASAH
KERING ATAS KERING
BASAH ATAS BASAH
PROSES KAJIAN PADA KARYA YANG DIHASILKAN
AKTIVITI RESIS DALAM MENGGAMBAR
Aktiviti Resis adalah merupakan satu aktiviti menggambar untuk menghasilkan sesuatu hasil karya dengan menggunakan medium warna basah dan gabungan contengan lilin dan juga bahan lain seperti krayon.Penggunaan bahan-bahan seperti lilin dan juga krayon lilin dapat bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan atau lakaran di atas kertas atau kain.Teknik ini akan membolehkan permukaan kertas yang disapu dengan lilin tidak akan menyerap warna dan bahagian ini akan diresiskan.
ROZEL'2010
Tema : Bahan OrganikTajuk : Alam Semula jadi 1
Bahan : Lilin, Canting, Kain putih, pensel, warna air ( untuk batik ) dan berus mewarna.Teknik : Resis dengan kain
Rozel'2010
Tema : Bahan OrganikTajuk : Alam Semula jadi II
Bahan : Lilin, Kertas lukisan, berus, warna air dan bekas air.Teknik : Resis dari warna air
Tema : Campuran bahan organik dan geometriTajuk : Corak tidak terancang
Bahan : Kertas lukisan, krayon, warna air, pensel, berus dan bekas air dan tisu.Teknik : Krayon resis batik
Tema : Bahan geometriTajuk : Kertas pembalut hadiah
Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin warna, warna air, pensel, berus dan bekas airTeknik : Krayon resis dengan warna air
Tema : Campuran Bahan Organik dan GeometriTajuk : Corak Batik
Bahan : Kertas lukisan, krayon lilin, warna air, berus mewarna dan bekas air.Teknik : Krayon Resis Batik
Tema : Bahan Geometri
Tajuk : Corak BebasBahan : Kertas lukisan, warna poster, lilin biasa, pensel, berus mewarna.
Teknik : Resis dengan warna poster
Tema : Bahan OrganikTajuk : Pemandangan
Bahan : Lilin biasa, warna air, kertas lukisan, berus mewarna dan bekas air.Teknik : Resis dengan warna air
Tema : OrganikTajuk : Alam Semulajadi
Bahan : Warna air, lilin biasa, kertas lukisan, berus dan bekas air.Teknik : Resis dari warna air dan lilin biasa.
REKAAN CORAK: PUALAMAN (MARBLING)
PENGENALANPualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.
Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menh=ghasilkan corak. Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang
(kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.
Contoh- Contoh Penggunaan Pualaman
Alatan yang diperlukan
1. Cat Minyak
2. Kaca
3. Pisau palet
4. Bekas berisi air
5. Kertas lukisan (yang agak tebal )
6. Penipis (Thinner)
Proses1. Bekas diisikan dengan air
2. bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri
3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki
4. Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan dengan cepat
5. Keringkan
top related