presentation1 pengadilan moral

Post on 16-Jul-2015

1.104 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHSEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

PRINSIP, KAEDAH DAN FALSAFAH SEJARAH (TH10103)CIK DG NORIZAH BT AG KIFLEE@ DZULKIFLI

PENGADILAN MORAL (SOALAN 11)

LOURANCE DANATIUS BT10110098

NURAFIFAH BT SARIMIN BT10110144

FAZITAH BT ABDUL MALIK BT10110056

SOALAN 11SOALAN 11

Menurut Qasim Ahmad, “..lebih baik seorang

sejarawan yang terlatih membuat penilaian danmenjatuhkan hukuman moral daripada orangramai yang tidak terlatih membuat pengadilan..”.Bersetujukah anda dengan pendapat tersebut.

DEFINISI PENGADILAN MORAL

• Menurut Qasim Ahmad dalam bukunya, Karya Sejarah:

Pendekatan dan Persoalan (1991/1996), beliaumendefinisikan istilah pengadilan moral sebagai perlakuanmenjatuhkan hukuman atau mengenakan penilaian tertentuterhadap sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorangpelaku di dalam sejarah.

• Ini misalnya, dalam penulisan seseorang ahli sejarah wujudpernyataan – pernyataan yang mengatakan sesuatu peristiwaitu adalah tidak baik, individu tersebut bersalah, masyarakatpada zaman itu mundur dan sebagainya yang menunjukkanpenyataan atau penilaian terhadap sesuatu kejadian atauperistiwa dalam sejarah.

• Menurut Yusuf Ibrahim :

- golongan sejarah adalah mereka yang menyumbangkepada penulisan serta penerbitan karya-karya sejarahsama ada dalam bentuk buku, monograf atau makalah-makalah berdasarkan hasil penyelidikan.

- beliau turut berpendapat bahawa sesiapa yang melakukan penyelidikan dan menulis sejarah, walaudalam bidang apa sekalipun, mereka boleh dianggapsebagai sejarawan dan siapa yang sebaliknya sudah tentutidak boleh dianggap sejarawan.

• Masyarakat yang tidak terlatih :

- masyarakat yang bukannya terdiri daripadagolongan profesional atau golongan sejarawanyang terlatih.

- mereka mungkin mengikuti perkembangansejarah tetapi bukannya mengkaji sejarah secaramendalam.

• Kajian dan penyelidikan

Setelah mengkaji kepada persoalan mengenai siapakahsejarawan, maka kita dapati bahawa dalam menghasilkansesebuah karya sejarah, sudah tentulah seseorang sejarawanitu adalah mereka yang menjalankan banyak kajian ataupenyelidikan dalam sejarah.

Dengan kata lain, mereka inilah individu yang lebihmemahami sesuatu peristiwa atau kejadian – kejadian yangberlaku dalam sejarah.

Kajian yang dilakukan adalah terperinci, iaitu dari akar umbikepada pokok pangkalnya sesebuah sejarah itu.

Berdasarkan kepada kajian tersebut, maka mereka dapatmemahami perjalanan kisah sesebuah peristiwa, mengenaliindividu yang terlibat serta sebab – musabab berlakunyasesebuah peristiwa itu dan kesannya dalam sejarah.

• Fakta, sumber dan bukti

Kajian yang dilakukan oleh sejarawan adalah berdasarkankepada fakta serta bukti – bukti yang kukuh, yakni jelas dannyata.

Dalam melakukan penyelidikan, seseorang sejarawan itu akanmelakukan kajian terhadap sumber – sumber sejarah tidak kiradaripada sumber primer atau sekunder.

Kajian terhadap sumber – sumber tersebut dapat menjelaskankebenaran – kebenaran dalam sesebuah peristiwa sejarah.

Ini menjadikan seorang sejarawan itu lebih tahu dan arif dalammelakukan pengadilan dalam sesebuah peristiwa atau pelakudalam sejarah.

Sejarawan mampu menunjukkan bukti – bukti yang kukuh sertamemberikan hujah yang bernas dalam menegakkan sesuatupengadilan yang dilakukan.

• Kaedah penyelidikan

Seseorang sejarawan itu bukan hanya mengkaji sesuatusumber atau fakta berdasarkan kepada satu kaedah kajiansahaja tetapi turut menerapkan kaedah – kaedah sepertikaedah lisan, kaedah bertulis, kaedah arkeologi sertapandang dengar.

kaedah kajian melalui ilmu bantu seperti antropologi,sosiologi, politikologi, ekonomi dan sastera sertapelbagai ilmu bantu lain turut dipraktikkan dalam kajianmereka.

Ini menjadikan seseorang sejarawan itu bukan sahaja menilaiberdasarkan kepada satu sumber kajian sahaja, malah iamenggunakan maklumat daripada pelbagai sumber danmencari kesahihan di sebalik maklumat – maklumat yangdiperolehinya sebelum membuat pengadilan.

• Proses pentafsiran (kritikan) sumber

Tujuan sejarawan melakukan penafsiran atau kritikan adalahuntuk menentukan bahawa sesuatu sumber itu tulen ataupalsu.

Hal ini kerana, adakalanya sumber yang diperolehi itu tidaksemestinya benar dan biasanya wujud unsur – unsurpemalsuan dan tokok tambah.

Terdapat dua jenis kritikan yang dilakukan, iaitu kritikanluaran dan kritikan dalaman. Kritikan luaran biasanyadijalankan dengan membuat beberapa persoalan terhadapkewujudan sesuatu sumber; siapa,di mana, bagaimana, biladan mengapa.

Maka, dalam menyelesaikan persoalan tersebut, dari sinilahseseorang sejarawan itu akan mendapatkan bantuan daripadaahli – ahli sains tulen dan pakar lain dalam kajiannya.

Kritikan dalaman pula melibatkan penentuan kepada nilaibukti yang terdapat dalam isi kandungan sumber tersebut.

Setelah melalui proses penafsiran, maka barulah seorangsejarawan itu dapat memastikan bahawa bukti yang diberikandalam melakukan pengadilan adalah sahih atau benar.

• Unsur adil, rasional dan waras

seseorang sejarawan dapat lari daripada mengakui wujudnya unsur– unsur yang harus dielakkan dalam proses mentafsir sesuatusumber atau peristiwa sejarah.

Seseorang sejarawan itu sebenarnya terikat dengan unsur – unsurseperti bersikap adil, rasional serta waras dalam melakukanpenyelidikan.

Biasanya unsur inilah yang dipraktikkan oleh seorang sejarawanyang terlatih dalam membuat kesimpulan serta penilaian dalamsejarah.

Dalam membuat pengadilan, unsur adil dan tidak bias amatdigalakkan supaya pengadilan yang dilakukan adalah benar sepertiapa yang sewajarnya telah berlaku.

Pemikiran yang waras juga diambil kira bagi memastikan seorangsejarawan itu tidak menyeleweng daripada sesebuah peristiwasejarah.

• Sumber kedua (sekunder)

Daripada pemahaman yang diperoleh, golongan masyarakatbiasanya mengadili sesuatu kejadian hanya berdasarkankepada sumber – sumber yang telah diolah yang biasanyadigelar oleh ahli sejarawan sebagai sumber kedua atausekunder.

Sumber sekunder merujuk kepada bahan yang dikaji melaluipembacaan bertulis, yakni bahan yang ditulis oleh sejarawanatau pengkaji sejarah (karya sejarah).

Walaupun dianggap bahawa karya sejarah itu adalah benar,namun bukanlah semua karya tersebut yang ditulis olehsejarawan adalah benar seratus – peratus, masih wujud unsurtokok tambah dan sifat bias yang dilakukan oleh segelintirsejarawan yang kurang profesional.

Maka dengan itu, pemahaman masyarakat hanya terhadterhadap sesuatu sumber yang agak kurang jelaskebenarannya.

• Sumber internet

Walaupun dengan adanya kemajuan teknologi pada era ini, dangolongan masyarakat mampu mencari pelbagai maklumat danbahan sejarah daripada internet, namun seberapa banyakkah bahanyang mereka perolehi serta sejauh manakah kebenaran yang adadalam maklumat – maklumat tersebut ?

Ini tidak mungkin dilakukan oleh masyarakat biasa dengan mencarimaklumat dari pelbagai sumber semata – mata hanya untukmengadili sesebuah peristiwa.

Kalau adapun di antara mereka yang melakukannya, maka layaklahorang itu turut digelar sebagai sejarawan.

Dengan hanya merujuk kepada internet semata – mata, pengadilanyang dilakukan tidaklah sempurna kerana sukar untuk membuktikankebenarannya serta wujudnya penulis – penulis bebas yangbukanlah daripada golongan ilmuan sejarah tetapi mereka yangmenulis fakta sejarah hanya untuk menjalankan propaganda bagimempengaruhi orang ramai terhadap pengadilan yang telah merekalakukan.

• Sumber media

Masyarakat juga biasanya memperolehi maklumat daripadarancangan – rancangan televisyen dan sumber rakaman ataupenulisan media yang lain.Contohnya, History channel.

Biasanya maklumat yang diperolehi kurang jelas dan tidakdinyatakan sepenuhnya sesuatu kejadian atau perjalananperistiwa itu.

Yang dipaparkan hanyalah serba sedikit mengenai peristiwaitu dan sekadar untuk memberi maklumat kepada orang ramaibahawa peristiwa tersebut pernah berlaku suatu ketikadahulu.

Dengan membuat kesimpulan hanya berdasarkan kepadasumber – sumber tersebut amatlah tidak mencukupi bagimelakukan sebarang pengadilan.

• Sumber penceritaan

Adakalanya juga, masyarakat hanya membuatpengadilan berdasarkan daripada apa yang merekadengar melalui buah mulut penceritaan golongandaripada sesama mereka sendiri.

Golongan ini biasanya mudah dipengaruhi denganpernyataan – pernyataan yang telah dikemukakan olehorang lain, biasanya orang yang rapat dengan mereka.

Dalam hal ini amatlah sukar untuk menerima pengadilanyang mereka lakukan.

RUMUSAN

• Kesimpulannya, pernyataan Qasim Ahmad tersebutamatlah dipersetujui.

• Hal ini berikutan perbandingan kaedah pengadilan yangtelah dilakukan di antara kedua – dua pihak tersebut.

• Dapat dilihat bahawa seorang sejarawan yang terlatih itulebih menguasai sesuatu perjalanan kisah sejarah itudengan berdasarkan sumber – sumber serta kaedahkajian dan penyelidikan yang dilakukannya.

• Bukti – bukti yang diperolehi juga adalah sahih danbenar, maka pengadilan yang dilakukan amatlah sukardisangkal dan lebih mudah diterima.

• Berbanding golongan masyarakat biasa, mereka hanyamemperolehi sumber atau fakta sejarah melalui sumber –sumber yang tidak diketahui kebenarannya.

• Dengan hanya berdasarkan kepada fakta – fakta melaluiinternet, media atau karya sejarah, adalah amat tidakmemadai untuk melakukan sebarang pengadilan.

• Pengadilan mungkin boleh dilakukan, tetapi bukan semuapihak akan menerima pengadilan yang dilakukan olehmasyarakat tersebut, ini kerana fakta yang diberikan kurangjelas kesahihannya dan amatlah mudah disangkal. Malahmenimbulkan pertikaian dari pelbagai pihak.

• Oleh itu, tugas pengadilan moral itu lebih baik dilakukan olehsejarawan yang terlatih berbanding masyarakat yang tidakterlatih…..

TERIMA KASIH KERANA

MENGHABISKAN MASA DENGAN KAMI…!!!!

top related