persepsi guru-guru mpv dalam melaksanakan … · smk sekolah menengah kebangsaan ... pengajian...
Post on 26-May-2019
283 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI GURU-GURU MPV DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM MATA
PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK
HARIAN BIASA DI NEGERI KEDAH-SATU TINJAUAN
ISMAHANA BINTI ISMAIL
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam).
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _________________________
Nama Penulis : ISMAHANA BINTI ISMAIL.
Tarikh : APRIL 2006.
iii
DEDIKASI
Buat keluarga dan rakan-rakan yang disayangi,
Buat Ibu dan Ayah yang sentiasa disayangi ....
En. Ismail Bin Ibrahim dan Pn. Habsah Binti L. Omar,
Terima kasih di atas dorongan dan sokongan yang sentiasa dihulurkan untukku.
Buat semua ahli keluarga....
Pn. Ismahanani & En. Mohd Rafi, Pn. Ismahanim & En. Mohd Shukri, Cik
Ismahanes, En. Mohd Isman Hadi dan En Mohd Isman Hafiz.
Mohd Faiz Aiman, Farah nabila, Mohd Danial Aiman, Mohd Hafizin Aiman,
Mohd Syamil, Mohd Syahir, Mohd Syahmi dan Mohd Amjad Fawwaz.
Kalian semua adalah penyeri hidupku.
Buat semua sahabat karib....
Rosnani, Rabiah, Ragwant, Norida, Jurita dan Hanani.
Terima kasih di atas semangat setia kawan dan motivasi yang dihulurkan.
Buat kalian semua....
Terima kasih untuk segalanya. Semoga ALLAH S.W.T sentiasa merahmati dan
membalas budi kalian di dunia dan akhirat.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Cik Sarimah
Binti Ismail yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan
nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui
dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan buat pengetua-pengetua
sekolah yang terlibat serta guru-guru yang banyak memberikan kerjasama yang tidak
terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.
Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan dalam meniti
perjuangan menuntut ilmu ini, iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir
hayat dipanjatkan pada Allah S.W.T.
Terima kasih juga kepada pensyarah penilai, Tn. Haji Kandar B. Selamat dan
Dr. Muhammad Sukri B. Saud, yang sudi membaca dan menilai penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga khas buat kawan-kawan yang sentiasa memberi
pertolongan dan kata-kata semangat, juga kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru MPV dalam
melaksanakan program MPV di sekolah menengah akademik harian biasa. Alatan kajian
yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik. Borang soal selidik ini
terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian A berhubung maklumat latar belakang
responden sementara Bahagian B mengandungi 40 item yang dipecahkan mengikut
empat persoalan kajian utama. Item-item tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan, α
= 0.87. Seramai 34 orang guru MPV sebagai responden kajian daripada 16 buah sekolah
menengah dari tiga buah daerah di Negeri Kedah terlibat dalam kajian ini. Data
dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Packages for Social
Sciences) versi 13. Data dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min.
Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru-guru MPV dari aspek minat, kemahiran,
kemudahan disediakan di sekolah dan penyelenggaraan bengkel dalam melaksanakan
program MPV di sekolah menengah akademik harian biasa berada pada tahap
sederhana.
vi
ABSTRACT
This research is conducted to identify the perception of MPV’s teachers in daily
academic secondary school. Research instrument used for data collecting of this research
was questionnaire. This questionnaire was divided into two sections. Section A consisted
of the background of respondent while Section B consisted 40 items that divided
according four research questions. The reliability value of those items was α = 0.87. 34
MPV’s teachers from 16 secondary schools in three districts in Kedah State were chosen
as research respondent. Data have been analyzed using computer software SPSS
(Statistical Packages for Social Sciences) version 13. The data was presented in a form
of frequency, percentage and mean. Finding of this research shown that perceptions of
MPV’s teachers in implementing MPV program in daily academic secondary schools in
term of teacher’s interest, skill, facilities provided and workshop maintenance was at the
moderate level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Penyataan masalah 7
1.4 Objektif kajian 8
1.5 Persoalan kajian 9
1.6 Kepentingan kajian 9
1.7 Skop dan batasan kajian 10
1.8 Definisi operasional 10
1.9 Penutup 12
viii
II SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 13
2.2 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 14
2.2.1 Penawaran dan Pelaksanaan Program (MPV) 15
2.2.2 Perihal dan Status Program 17
2.3 Minat 19
2.4 Kemahiran guru 20
2.5 Kemudahan disediakan 21
2.6 Pengurusan dan penyelenggaraan bengkel 22
2.7 Penutup 23
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk kajian 24
3.3 Prosedur kajian 26
3.4 Populasi kajian 28
3.5 Instrumen kajian 29
3.5.1 Bahagian A : Latar belakang responden 30
3.5.2 Bahagian B : Berhubung dengan persoalan kajian 30
3.6 Kesahan 32
3.7 Kebolehpercayaan 33
3.8 Kajian rintis 33
3.9 Analisis data 35
3.9.1 Skala Likert 37
3.9.2 Pekali korelasi Pearson 37
3.10 Penutup 38
ix
IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Bahagian A – latar belakang responden 40
4.2.1 Jantina 40
4.2.2 Bangsa 40
4.2.3 Umur 41
4.2.4 Pengalaman mengajar 42
4.2.5 Kelulusan akademik tertinggi 43
4.2.6 Tempat latihan perguruan 44
4.2.7 Ikhtisas tertinggi 44
4.2.8 Bidang ikhtisas 44
4.2.9 Mata pelajaran yang diajar di sekolah 45
4.3 Bahagian B – analisis persoalan kajian 46
4.3.1 Minat 46
4.3.2 Kemahiran 50
4.3.3 Kemudahan disediakan 54
4.3.4 Menyelenggara bengkel 58
4.4 Taburan min bagi keseluruhan pembolehubah
yang terlibat 61
4.5 Perhubungan di antara pembolehubah 62
4.5.1 Hubungan antara minat dengan
kemahiran, kemudahan disediakan dan
menyelenggara bengkel 62
4.5.2 Hubungan antara kemahiran dengan kemudahan
disediakan dan menyelenggara bengkel 63
4.5.3 Hubungan antara kemudahan disediakan dengan
menyelenggara bengkel 64
4.6 Penutup 64
x
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan kajian 65
5.2.1 Adakah guru-guru MPV mempunyai minat
dalam melaksanakan program MPV di sekolah. 65
5.2.2 Adakah guru-guru MPV mempunyai kemahiran
dalam sesuatu mata pelajaran MPV di sekolah. 67
5.2.3 Adakah kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah mencukupi dalam melaksanakan
program MPV di sekolah. 68
5.2.4 Adakah guru-guru MPV berkebolehan dalam
mengendali dan menyelenggara bengkel MPV
di sekolah. 69
5.3 Rumusan kajian 70
5.4 Cadangan 71
5.4.1 Cadangan tindakan 71
5.4.2 Cadangan kajian lanjutan 72
5.6 Penutup 73
BIBLIOGRAFI 74
LAMPIRAN 77
xi
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk Halaman
1.1 Jadual tahun penawaran MPV di sekolah menengah
akademik harian biasa dalam tiga buah daerah
di Negeri Kedah. 7
2.1 Jadual perlaksanaan mata pelajaran vokasional
di sekolah menengah akademik harian biasa
(Tahun 2002 – 2005). 16
3.1 Senarai sekolah dan jumlah guru yang terlibat 28
3.2 Pembahagian Item bahagian A mengikut faktor
demografi responden 30
3.3 Senarai item soalan mengikut persoalan kajian 31
3.4 Skor Skala Likert 5 mata 32
3.5 Senarai sekolah dan jumlah guru yang terlibat dalam
kajian rintis 34
3.6 Pekali Alpha Cronbach 34
3.7 Perubahan Mata Skala Likert 36
3.8 Skor Min Purata 36
3.9 Interprestasi nilai Korelasi 37
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 40
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 40
4.3 Taburan responden berdasarkan umur 41
4.4 Taburan responden berdasarkan pengalaman mengajar 42
4.5 Taburan responden berdasarkan kelulusan akademik
tertinggi 42
4.6 Taburan responden berdasarkan tempat mendapat
latihan perguruan 43
xii
4.7 Taburan responden berdasarkan pendidikan ikhtisas
Tertinggi 44
4.8 Taburan responden berdasarkan bidang ikhtisas 44
4.9 Taburan responden berdasarkan mata pelajaran yang
diajar di sekolah 45
4.10 Analisis data terhadap minat dan sikap guru-guru MPV 46
4.11 Analisis data terhadap kemahiran guru-guru MPV 50
4.12 Analisis data terhadap kemudahan yang disediakan
oleh pihak sekolah kepada guru-guru MPV 54
4.13 Analisis data terhadap menyelenggara bengkel oleh
guru-guru MPV 58
4.14 Taburan min keseluruhan pembolehubah yang terlibat 61
4.15 Nilai pekali pearson bagi minat dan sikap 62
4.16 Nilai pekali pearson bagi kemahiran 63
4.17 Nilai pekali pearson bagi kemudahan disediakan 64
xiii
SENARAI RAJAH
Rajah Tajuk Halaman
3.1 Carta aliran prosedur kajian 26
xiv
SENARAI NAMA SINGKATAN
MPV Mata Pelajaran Vokasional
PMR Penilaian Menengah Rendah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
SKK Sekolah Ke Kerjaya
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
ERT Ekonomi Rumah Tangga
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
EPRD Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
PSM Projek Sarjana Muda
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS Statistic Package For Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
UPM Universiti Putra Malaysia
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A - Borang Soal Selidik
Lampiran B - Surat Kebenaran dari Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lampiran C - Surat Kebanaran dari Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah adalah tempat pendidikan seseorang itu berkembang secara formal dan
tidak formal. Pendidikan yang dimaksudkan itu termasuklah pendidikan dunia mahupun
akhirat.
Pendidikan di kalangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu sebelum
kedatangan British berupa pengajian Al-Quran dan didikan agama Islam. Selepas waktu
Subuh, Zohor dan Asar, murid-murid diajar pendidikan tidak formal seperti berladang,
bersawah, pertukangan kayu dan logam seperti mengukir dan membuat keris,serta kerja
tangan seperti membuat bakul.
Setelah British menduduki Tanah Melayu, era pendidikan tidak formal masih
dikekalkan dengan kewujudan konsep aperantis, di mana Bangsa Melayu mempelajari
tulisan Jawi serta belajar berkebun dan menangkap ikan di laut. Bangsa Cina diajar
dalam perniagaan dan melombong bijih timah. Manakala Bangsa India pula, diajar
menoreh getah.
2
Selepas itu, pendidikan formal diperkenalkan dengan konsep sekolah majmuk,
iaitu mencampurkan semua bangsa di dalam satu kelas yang diajar oleh sukarelawan
Islam atau Kristian. Namun begitu, sekolah ini tidak mempunyai objektif yang jelas
(NM Nazier, 2000).
Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1914, pendidikan
bercorak praktikal masih diwujudkan, seperti melukis, berkebun, menganyam dan
memasak. Penumpuan masih lagi diberikan kepada membaca, menulis dan mengira
disamping subjek keusahawanan dan perdagangan (NM Nazier, 2000).
Kemudian Sekolah Pelajaran Lanjutan diwujudkan untuk memberi peluang
kepada kanak-kanak menyambung pelajaran selama tiga tahun dengan menitik beratkan
mata pelajaran seni perusahaan. Ia adalah sekolah khas untuk murid-murid yang lulus
untuk menyambung pelajaran ke sekolah menengah termasuk dari sekolah pedalaman.
Pelajar yang gagal pula, akan dimasukkan ke sistem Sekolah Lanjutan Kampung. Ia
boleh dirumuskan bahawa Sekolah Pelajaran Lanjutan adalah lebih kepada akademik
manakala Sekolah Lanjutan Kampung lebih kepada kemahiran (NM Nazier, 2000).
Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dan ditukar nama kepada
Malaysia, banyak perubahan dalam pendidikan telah dilakukan. Salah satu daripadanya
ialah mengimplimentasikan pendidikan vokasional dan menaikkan umur keluar sekolah
sehingga 15 tahun. Pada tahun 1964, Bahagian Teknik dan Vokasional ditubuhkan
dengan memperkenalkan Sistem Aneka Jurusan dengan menawarkan mata pelajaran
vokasional untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3. Antara mata pelajaran elektif yang
diwujudkan adalah Seni Perusahaan, Perdagangan, Sains Rumah Tangga dan Sains
Pertanian. Sistem Aneka Jurusan ini diwujudkan untuk membantu ekonomi negara
dalam struktur tiga serampang iaitu sekolah vokasional untuk melatih pekerja separa
mahir, politeknik untuk melatih pelajar menjadi juruteknik dan universiti untuk melatih
pelajar menjadi jurutera (Akta Pelajaran, 1961).
3
Pada tahun 1968, sekolah menengah vokasional diperkenalkan iaitu untuk
membolehkan pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah
Rendah (PMR) untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 dan 5 mengikut jurusan yang
diminati. Pada tahun 1997, semua sekolah menengah vokasional dinaik taraf menjadi
sekolah menengah teknik dengan mengekalkan aliran vokasional dan ditambah dengan
aliran teknik (NM Nazier, 2000).
Pada tahun 2002, program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) telah
diperkenalkan di sekolah menengah akademik biasa. MPV adalah singkatan nama
kepada 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran vokasional yang ditawarkan
kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Sebelum ini subjek elektif vokasional ini hanya ditawarkan di sekolah menengah teknik
dan vokasional sahaja, tetapi sekarang ia terbuka dengan lebih luas. Perubahan ini dapat
menyediakan tenaga kerja yang dapat memenuhi keperluan pada masa hadapan
terutamanya dalam menuju wawasan 2020 nanti, sebagaimana amanat Dato’ Seri Tun
Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 :
“Sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran,
daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih
berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Malaysia
mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang
amat penting ini” (Ibrahim Abu Shah et al. 1994)
Penawaran pelbagai jenis mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah
menengah akademik biasa ini adalah berdasarkan kepada matlamat program MPV untuk
melahirkan pelajar berkemahiran. Ini untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan,
memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2003).
4
1.2 Latar belakang masalah
Demi untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020, mutu sistem pendidikan yang sedia ada perlu ditingkatkan
khususnya di dalam bidang vokasional. Pendidikan vokasional yang dirancang oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi
latihan dari segi kemahiran, akademik dan pendedahan yang sesuai bagi menghadapi
alam pekerjaan.
Bagi meneruskan pendidikan vokasional, KPM telah mewujudkan satu program
berteraskan kemahiran di sekolah menengah akademik pada peringkat menengah atas
dan membuka peluang yang lebih baik kepada pelajar yang lemah dari segi akademik
dan KPM telah menggantikan program Sekolah Ke Kerjaya (SKK) dengan program
MPV (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Matlamat program MPV adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran
dalam bidang yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka mendapat
pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih
tinggi. Program ini bukan sahaja disasarkan kepada kumpulan pelajar yang lemah tetapi
juga yang mempunyai pencapaian yang sederhana.
Dalam program MPV, pihak sekolah boleh menawarkan 2 atau 3 mata pelajaran
vokasional dengan mengambil kira kemudahan dan alat kelengkapan sedia ada,
keupayaan tenaga pengajar dan enrolmen pelajar yang sesuai. Setiap mata pelajaran
harus dikendalikan dalam 1 atau 2 kelas dengan kapasiti pelajar adalah antara 20 hingga
25 orang pelajar bagi setiap kelas. Masa yang diperuntukan untuk mata pelajaran ini
adalah 12 waktu seminggu kecuali mata pelajaran Produksi Multimedia dan Grafik
Berkomputer yang dikendalikan dalam masa 8 waktu seminggu. Pembelajaran adalah
berdasarkan kepada modul yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
5
Bagi memastikan program MPV ini mencapai matlamatnya, perlu dipastikan
sekolah yang terlibat mendapat kemudahan yang sesuai seperti bengkel, bekalan perabot
dan mesin dan alatan tangan yang sesuai dengan mata pelajaran yang ditawarkan untuk
membolehkan pelajar menjalankan kerja amali dengan selesa, lancar dan selamat. Jika
sekiranya, kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan tidak mencukupi atau tidak
diselenggarakan dengan baik, dikhuatiri matlamat untuk memberikan kemahiran kepada
pelajar akan terjejas dan kurang berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Kemahiran yang hendak diberikan kepada pelajar akan dapat disampaikan
dengan lebih berkesan sekiranya guru-guru yang mengajar subjek MPV mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang cukup dalam mata pelajaran yang diajar. Pemilihan
guru yang terdiri daripada mereka yang mempunyai latarbelakang opsyen yang berbeza
untuk mengajar MPV tidak dapat menjanjikan pengajaran yang berkesan walaupun telah
diberikan latihan kemahiran berpusat latihan tempatan (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2003).
Semenjak program MPV diperkenalkan pada awal tahun 2002, guru-guru yang
terlibat untuk mengajar MPV hanya diberikan kursus jangka pendek selama 3 minggu
iaitu pada bulan November tahun 2001. Bagi persediaan untuk tahun 2003 pula, pihak
KPM telah menganjurkan kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu kepada guru-
guru yang berminat dan terpilih (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Dengan itu
untuk melaksanakan pengajaran MPV berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang
dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, guru-guru ini hanya bergantung kepada
ilmu yang diperolehi semasa kursus serta pengetahuan dan kemahiran bidang
pengkhususan mereka semasa di maktab perguruan atau di universiti sebelum ini.
Persoalannya adalah, adakah kursus yang diberikan berkesan dan kemudahan
yang disediakan oleh pihak sekolah mencukupi dan dapat menjadikan guru-guru yang
mengajar MPV bersedia untuk mengajar mata pelajaran ini?. Adakah pembolehubah-
pembolehubah yang dikaji mempengaruhi pelaksanaan program MPV ini?.
6
Jangka masa latihan yang panjang adalah perlu untuk memperolehi ilmu
pengetahuan dan memperkemaskan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Pengetahuan
atau kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minat dan sikap guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (Ishak dan Koh Bon Boon ,1983).
Ryan dalam (Crow dan Crow, 1980) menyenaraikan ciri-ciri guru yang efektif
sebagai guru yang mempunyai sifat-sifat berikut :-
i. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam matapelajaran yang
diajarnya.
ii. Mempunyai imaginasi yang tinggi iaitu yang membolehkan ia membuat
pelbagai contoh yang dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep
dengan mudah.
iii. Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dengan baik dalam
pengajarannya.
Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa latihan yang khusus adalah perlu
untuk memastikan seseorang guru itu benar-benar bersedia untuk mengajar sesuatu mata
pelajaran yang diamanahkan dan ia amatlah penting bagi guru-guru yang bakal mengajar
bidang kemahiran seperti program MPV ini.
Jadual 1.1 menunjukkan tahun MPV ditawarkan di sekolah menengah akademik
harian biasa dalam tiga daerah di Negeri Kedah. Oleh kerana ia merupakan mata
pelajaran baru maka segala data berkaitan guru-guru dan pelajar-pelajar MPV masih
dalam proses kemas kini.
7
Jadual 1.1 : Tahun penawaran MPV di sekolah menengah akademik harian biasa
dalam tiga buah daerah di Negeri Kedah.
BIL NAMA SEKOLAH TAHUN
1 SMK Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang 2002
2 SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar 2002
3 SMK Seri Mahawangsa, Jitra 2002
4 SMK Simpang Kuala, Alor Setar 2002
5 SMK Tanjung Pauh, Jitra 2003
6 SMK Kubang Rotan, Alor Setar 2003
7 SMK Mergong, Alor Setar 2003
8 SMK Syed Ibrahim, Pendang 2003
9 SMK Tunku Putra, Pulau Langkawi 2003
10 SMK Tengku Laksamana, Alor Setar 2004
11 SMK Kubor Panjang, Pendang 2004
12 SMK Tunku Abdul Aziz, Alor Setar 2004
13 SMK Pokok Sena, Pendang 2004
14 SMK Permatang Bonglai, Kubang Pasu 2004
15 SMK Pulau Nyior, Kubang Pasu 2004
16 SMK Ayer Hangat, Pulau Langkawi 2004
Jumlah sekolah 16
1.3 Penyataan masalah
Guru adalah elemen penting dalam pendidikan. Pengajaran yang berkualiti
terhasil daripada guru-guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan bagi sesuatu disiplin ilmu. Banyak masalah akan dihadapi oleh guru-guru
MPV jika mereka tidak benar-benar bersedia untuk mengajar dan menyelaras keperluan
mata pelajaran MPV ini.
8
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tanggapan guru-guru MPV dalam
melaksanakan mata pelajaran berorientasikan vokasional di sekolah menengah akademik
harian biasa di negeri Kedah dari segi :-
i. Minat
ii. Kemahiran
iii. Kemudahan yang disediakan
iv. Pengurusan dan penyelenggaraan bengkel
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan bagi melihat tanggapan guru-guru MPV dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kemahiran vokasional di
sekolah akademik harian biasa. Antara objektif utama dalam menghasilkan kajian ini
adalah :-
i. Mengenalpasti tahap minat guru-guru MPV dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran program MPV ini.
ii. Mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru MPV dalam membantu
melaksanakan program MPV ini.
iii. Mengenalpasti tahap kemudahan yang disediakan dalam membantu guru-guru
MPV untuk melaksanakan program MPV di sekolah.
iv. Mengenalpasti tahap kebolehan mengendali dan menyelenggara bengkel oleh
guru-guru MPV dalam melaksanakan program MPV ini.
v. Mengenalpasti hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah di dalam
kajian ini.
9
1.5 Persoalan kajian
Berpandukan latar belakang masalah, tujuan utama kajian ini adalah untuk
mengkaji beberapa persoalan yang telah digariskan terlebih dahulu, di antara persoalan
tersebut adalah :-
i. Adakah guru-guru MPV mempunyai minat terhadap bidang kemahiran dalam
melaksanakan program MPV di sekolah?
ii. Adakah guru-guru MPV mempunyai pengetahuan dalam mata pelajaran MPV di
sekolah?
iii. Adakah kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah mencukupi dalam
melaksanakan program MPV di sekolah?
iv. Adakah guru-guru MPV berkebolehan dalam mengendali dan menyelenggara
bengkel MPV di sekolah?
1.6 Kepentingan kajian
Memandangkan mata pelajaran berbentuk kemahiran adalah berbeza dari segi
perlaksanaannya berbanding mata pelajaran bukan kemahiran. Kajian ini diharap dapat
menjadi satu garis panduan dalam memperbaiki perlaksanaan program MPV yang
berbentuk kemahiran mengenai keperluan dan kesediaan guru-guru MPV dalam
melaksanakan program MPV di sekolah menengah akademik harian biasa.
Matlamat umum kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mendedahkan kepada
pihak yang berkaitan seperti KPM, JPN, Bahagian Pendidikan Guru dan pihak sekolah
mengenai tanggapan guru-guru MPV dalam melaksanakan program MPV di sekolah
menengah akademik harian biasa. Saranan-saranan yang berguna juga diberikan dalam
mencari pendekatan yang lebih sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru-
top related