hsp mpv tm f45 - .merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap

Download hsp mpv tm f45 - .merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap

Post on 17-Sep-2018

214 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    TANAMAN MAKANAN TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KUALA LUMPUR2002

  • RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • KATA PENGANTAR

    Para 1 (kosong)

    Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Tanaman Makanan untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru melaksanakan kurikulum Tanaman Makanan dalam ladang penanaman dan bengkel pertanian. Guru diharap dapat merancang strategi yang lebih sesuai dengan kebolehan, minat dan persekitaran murid supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

    Para 3 (kosong)

    ( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

  • iv

    Contoh Jadual Rancangan Tanaman Tingkatan 4

  • Huraian Sukatan Pelajaran Tanaman Makanan

    Tanaman Makanan adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

    Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktivit i negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang teknotani.

    Penaw aran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan aw al ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitalit i, perikanan dan haiw an, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

    Dalam kurikulum Tanaman Makanan tumpuan diber i kepada kemahiran teknologi dan pengetahuan dalam pengurusan penanaman, pemprosesan hasil serta komunikasi dan keusahaw anan. Jenis tanaman yang dikeluarkan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulam, cendaw an dan tauge. Kemahiran ini membolehkan mur id meneruskan kehidupan sebagai pengusaha industri pertanian secara produktif, yakin diri serta berdikar i.

    Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inovatif. Penerapan nilai murni, sikap yang posit if dan budaya kerja yang baik turut disepadukan ke dalam mata pelajaran ini.

    Matlamat mata pelajaran Tanaman Makanan adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan produktif dalam pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendir i atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di dalam industri pengeluaran makanan.

    Apakah Mata

    Pelajaran Tanaman

    Makanan?

    Matlamat Mata

    Pelajaran Tanaman Makanan

    PENDAHULUAN

    MATLAMAT

  • Huraian Sukatan Pelajaran Tanaman Makanan

    Kurikulum Tanaman Makanan adalah untuk membolehkan mur id :

    1. Mengusahakan penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulam, cendaw an dan tauge

    2. Mempraktikkan kemahiran dalam tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulam, cendaw an dan tauge

    3. Mempraktikkan kemahiran dalam bidang pengendalian lepas tuai tanaman, penyimpanan rekod ladang dan pemasaran hasil

    4. Menghasilkan pelbagai produk dari hasil tanaman untuk tujuan pemasaran

    5. Memilih jenis buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulam, cendaw an dan tauge yang berpotensi untuk diusahakan

    6. Mengaplikasikan teknologi yang efisien dalam tanaman makanan untuk tujuan komersil

    7. Mengamalkan pengurusan ladang yang cekap untuk mendapat hasil yang optimum

    8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.

    Mata pelajaran ini terbahagi kepada tujuh bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

    Deskripsi tujuh bidang pembelajaran bagi Tanaman Makanan adalah seperti ber ikut:

    Rangka Konsep

    OBJEKTIF ORGANISASI KANDUNGAN

    Objektif Mata

    Pelajaran Tanaman Makanan

    M EDIUM TA NA H

    PEN GU RU SAN LA D AN G

    M EDIUM T AN PA T AN AH

    KE US AH AW AN A N d an KOM U NIK ASI

    TANAMAN- Pisang- Tem bikai- Serai- Keled ek- Peg aga

    KAW ASA N BERSTRUK TUR

    TANAMAN- Sa wi - Baya m- Ulam raja- Selum

    TANAMAN- Tom ato - Cili- Cili sayur

    PENGELUARAN- Ce nd awa n- Taug e

    TANAMAN- Pisang- Tem bikai- Serai- Keled ek- Peg aga

    TANAMAN- Sa wi - Baya m- Ulam raja- Selum

    RA N G K A K O N SE P

    K AW AS AN BE RST R UK TU R

    K AW AS AN TE RB U KA

  • Huraian Sukatan Pelajaran Tanaman Makanan

    Deskripsi tujuh bidang pembelajaran bagi Tanaman Makanan adalah seperti berikut

    1. Pengurusan Ladang

    Dalam bidang ini murid diberi pendedahan tentang penggunaan sumber ladang yang terhad dan pelbagai penggunaan alternatif . Murid juga mempelajari konsep kos pengeluaran, jenis rekod ladang, simpan rekod ladang dan analisis rekod ladang. Mereka dibimbing dalam menyediakan belanjaw an sesuatu bidang usaha tanaman.

    2. Tanaman Buah-Buahan

    Dalam bahagian ini murid dibekal dengan pengetahuan dan kemahiran tentang menanam tanaman seperti pisang dan tembikai di kaw asan terbuka. Mereka membuat ker ja amali dalam penyediaan kaw asan, penyediaan bahan tanaman, penanaman, penjagaan, pemungutan hasil, pengendalian lepas tuai dan pemasaran hasil. Dalam penjagaan tumbuhan tanaman, murid mengenal pasti teknik dan langkah bagi setiap bidang kerja.

    3. Tanaman Sayur-Sayuran

    Tumpuan diberi terhadap beberapa jenis tanaman yang menggunakan teknologi pertanian di kaw asan berstruktur seperti penggunaan sistem fertigasi, sistem struktur pelindung hujan dan kalis serangga.

    Murid diperkenalkan kepada sistem penanaman dengan menggunakan medium tanpa tanah seperti coco peat yang diisi dalam beg politena. Dengan menggunakan medium ini murid diberi pengalaman belajar bagaimana mempertingkatkan produktivit i makanan dengan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.

    Melalui teknik tersebut, murid dapat mengaplikasikan teknologi yang telah didedahkan ini untuk pengeluaran hasil tanaman seperti tomato, cili sayur, sawi dan bayam yang bermutu. Di samping itu, murid juga diajar menghasilkan tanaman keledek di kaw asan terbuka dengan teknik penanaman yang efisien.

    4. Tanaman Herba dan Ulam

    Bidang ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran penanaman herba dan ulam seperti ulam raja dan selum di kaw asan berstruktur dengan menggunakan medium tanah. Murid juga menanam pegaga dan serai di kaw asan terbuka. Kerja amali yang dijalankan adalah seperti penyediaan kaw asan, penanaman dan penjagaan.

    5. Penanaman Cendawan

    Murid diperkenalkan dengan jenis cendaw an yang berpotensi untuk diusahakan. Mereka mempratikkan penanaman cendaw an dengan menggunakan medium tanpa tanah seperti habuk kayu yang diisi

  • Huraian Sukatan Pelajaran Tanaman Makanan

    dalam beg politena. Murid juga mempelajari teknik pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu dengan menggunakan medium tersebut, teknik penyimpanan sementara, menyediakan hasil dan penjualan hasil.

    6. Pengeluaran Tauge

    Murid diberi pendedahan tentang teknik pengeluaran tauge yang efisien. Mereka mempraktikkan kaedah penggunaan alatan dan bahan, cara memilih biji benih, penyediaan alatan dan proses pengeluaran tauge. Murid juga didedahkan kepada penyediaan hasil untuk jualan dan menjalankan penjualan hasil.

    7. Keusahawanan

    Aspek keusahaw anan diperkenalkan kepada murid untuk membolehkan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman makanan. Bidang ini mendedahkan murid kepada kemahiran berkomunikasi seperti menguasai kemahiran interpersonal dan melayan pel