perdagangan tingkatan 5 (jenis insurans)

Post on 04-Jul-2015

852 Views

Category:

Education

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Jenis insurans terdiri daripada Insurans am dan insurans hayat

TRANSCRIPT

JENIS INSURANS

JENIS

INSURANS

INSURANS AM

INSURANS HAYAT

A. INSURANS AM

Terdiri daripada :

(1) INSURANS KEMALANGAN

(2)INSURANS KEBAKARAN

(3)INSURANS MARIN/PENERBANGAN

(4)LAIN-LAIN INSURANS

INSURANS KEMALANGAN

1. Insurans kenderaan bermotor

2. Insurans kemalangan peribadi

3. Insurans lialibliti awam

4. Insurans lialibiti majikan

INSURANS KENDERAAN BERMOTOR

INSURANS MOTOR PIHAK

KETIGA

INSURANS MOTOR

KOMPREHANSIF

(a) INSURANS KENDERAAN BERMOTOR:

(i)INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA

• Melindungi insured daripada tuntutanpihak ketiga yang cedera/mati/rosakkenderaan akibat kemalangan denganinsured.

Pihak ketiga ialah pengguna jalan raya.

Kecederaan atau kerosakan kenderaaninsured tidak dibayar ganti rugi.

Premium murah

Semua kenderaan diwajibkan memilikisekurang-kurangnya insurans ini.

(ii) Insurans motor komprehensif

Melindungi kecederaan/kematian dankerosakan kenderaan pihak ketiga daninsured sendiri.

Premiumnya lebih mahal.

Semua kenderaan yang dibeli secara sewabeli mesti membeli polisi ini.

Tuntutan ganti rugi berasaskan ‘fasallebihan’ (excess clause) – iaitu kerosakandi bawah nilai RM500 ditanggung sendirioleh insured.

(b) INSURANS KEMALANGAN PERIBADI

Melindungi insured yang terlibat dalamkemalangan seperti kemalangan dalamperjalanan/pembunuhan/kejadianrusuhan/keracunan dan serangan.

Boleh diambil juga secara berkumpulanseperti menyertai rombongan.

(c) INSURANS LIABILITI AWAM

Melindungi pemilik perniagaan sepertipasar raya daripada tuntutan orangawam yang cedera/mati semasamembeli belah dalam premis yang disebabkan kecuaian peniaga.

Insurans

Liabiliti

Awam

InsuransLiabilitiProduk

InsuransLiabiliti

Profesional

InsuransLiabiliti

Golf

Insurans liabiliti awam

Insurans Liabiliti Produk :

Melindungi pengeluar produk

Insurans Liabiliti Profesional :

Kecuaian semasa melaksanakantugas profesional. Cth : doktortersalah beri ubat

Insurans Liabiliti Golf :

Lindungi daripada tuntutanpihak yang cedera/alamikerosakan harta benda akibatterkena bola golf

(d) INSURANS LIABILITI MAJIKAN

Melindungi majikan daripadatuntutan pekerjanya yang cedera/mati semasa bekerja.

Premium dibayar oleh majikan.

Perlindungan ialah :

Skim Pencen Ilat : melindungi risikokehilangan keupayaan untuk bekerjaakibat kemalangan yang berlaku di tempatkerja.

Skim Bencana Pekerjaan : melindungirisiko kecederaan, kematian, kecacatananggota akibat kemalangan.

(2) INSURANS KEBAKARAN

Memberi perlindungan terhadapkerugian yang berpunca daripadakebakaran premis/mesin/stok/wangringgit dan harta benda

Terdapat 3 jenis polisi insuranskebakaran iaitu :

(i) Polisi bernilai

Menyatakan jumlah nilai harta yang diinsuranskan.

Gantirugi dibayar menurut nilai hartabenda itu yang telah musnah.

(ii) Polisi tidak bernilai

Tidak menyatakan nilai benda yang diinsuranskan.

Nilai harta benda akan ditaksir selepaskebakaran.

(iii) Polisi terapung/terbuka

Nilai harta benda berubah dari masa kesemasa.

Contoh : menginsuranskan gudangyang mempunyai nilai stok yang berubah.

Faktor menentukan kadar premium kebakaran

(i) Jenis bangunan

Kadar premium rumah kediamanlebih rendah di banding denganbangunan kilang.

(ii) Bahan binaan bangunan

Samada diperbuat daripada kayu ataubatu. Jika diperbuat daripada kayu, kadar premium lebih rendah keranakayu mudah terbakar.

(iii)Kegunaan bangunan

Samaada menyimpan bahan mudahterbakar atau tidak.

(iv)Tempoh dan skop lindungan

Lebih lama tempoh/lebih luaslindungan

(v) Kelengkapan keselamatan

Jika premis dilengkapi dengankelengkapan keselamatan, makakadar premium lebih murah

(3) INSURANS MARIN/PENERBANGAN

(i) INSURANS MARIN

Memberi perlindungan kepada kapaldan muatan termasuk anakkapal/penumpang /kargo terhadaprisiko semasa di laut seperti kebakaran, kecurian, perlanggaran, lanun dan lain-lain.

(ii) INSURANS PENERBANGAN

Memberi perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan penerbangan seperti kematian, pelanggaran (seperti insurans marin)

Kerosakan kargo atau barang.

Setiap penumpang diberi insurans kemalanganperibadi secara kelompok.

(4) JENIS INSURANS LAIN

(a)INSURANS KECURIAN

Melindungi insured daripadakerugian disebabkan olehkecurian, rompakan dan pecahrumah.

(b)INSURANS KESIHATAN

Memberi perlindungan kepadakos belanja hospital insured yang sakit disebabkanpenyakit/kecederaan kemalangan.

(c) INSURANS GADAIAN

Sejenis insurans hayat sementara.

Contoh : Jika insured beli keretabaru dan membeli insurans ini, jikainsured meninggal dunia, insurer akan menyelesaikan jumlah hutangkeretanya.

(d) INSURANS JAMINAN SETIA

Melindungi majikan yang kerugianakibat penipuan/ketidakjujuranpekerja.

Lazimnya diambil oleh bank atauinstitusi kewangan.

(e)INSURANS PENDIDIKAN

Membiayai perbelanjaanpendidikan insured/anak diuniversiti.

INSURANS HAYAT

Membayar pempasan ke atas kerugian di sebabkanoleh kematian, kecacatan dan hilang upaya.

Insurans hayat terkecuali daripada prinsip indemnitikerana nyawa tidak dapat diganti dengan wangringgit.

Seseorang boleh menginsuranskan diri denganseberapa banyak polisi daripada insurer yang berlainan.

Jumlah yang diinsuranskan akan dibayar penuhapabila berlaku kematian, kehilangan upaya kekalatau mengidap penyakit kritikal.

Insurans hayat memberi faedah perlindungan sepertiberikut :(i) Menyediakan sumber pendapatan berterusan

kepada keluarga jika dia meninggal dunia.(ii) Menyediakan satu pelan simpanan masa depan

untuk insured dan keluarga(iii) Sebagai sumber pendapatan apabila bersara

Terdapat 3 jenis insurans hayat :1. Insurans hayat seumur hidup2. Insurans endowment3. Insurans hayat sementara

(i) INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP

Bayar premium dengan 2 cara iaitu :

(i) membayar premium sepanjang hayatnya

(ii) membayar premium untuk tempoh tertentusahaja.

Contoh : 15 tahun (Skim Seumur HidupBayaran Terhad)

Jumlah pampasan dan bonus akan dibayar kepadawaris insured apabila insured meninggal dunia.

Faedah polisi juga boleh dibayar apabila berlakukejadian hilang upaya kekal dan penyakit kritikal

Sesuai diambil oleh seorang ketua keluarga untukmemberi perlindungan kepada isteri dan anak-anaknya.

Tujuan : memberi perlindungan kepada waris.

(ii) INSURANS ENDOWMEN

Bayar premium untuk tempoh perlindungan tertentuterhadap risiko kematian.

Contoh : 15 tahun atau 20 tahun

Genap tempoh perlindungan, polisi insurans itudikatakan matang dan jumlah yang diinsuranskandan beserta bonus akan dibayar kepada insured.

Jika insured meninggal dunia sebelum genaptempoh perlindungan, bayaran akan dibuat kepadapewaris.

Merupakan satu polisi tabungan.

Tarikh matang boleh disesuaikan dengan keperluanmasa depan seperti membiayai pendidikan anak, persaraan dan sebagainya.

(iii) INSURANS HAYAT SEMENTARA

Memberi perlindungan kepada insured untuktempoh tertentu sahaja.

Contoh : 15 tahun

Jika insured meninggal dunia dalam tempohperlindungan, pampasan akan dibayar kepadapewaris.

Jika insured masih hidup selepas tempohperlindungan, tiada bayaran akan dibuat kepadanya.

Bukanlah satu cara tabungan kerana insured akanhilang semua premiumnya tanpa sebarang bayarandaripada insurer apabila polisi itu tamat.

Premium polisi adalah yang termurah.

PERBEZAAN INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP, ENDOWMEN DAN SEMENTARA

SEUMUR HIDUP ENDOWMEN SEMENTARA

TEMPOH Seumur hidup atauuntuk tempoh tertentu

Tempoh tertentu sahaja Tempoh tertentusahaja

PAMPASAN Dibayar kepada warisapabila insured meninggal dunia

Dibayar kepada warisapabila insured meninggal dunia atauapabila tempoh matangwalaupun risiko tidakberlaku.

Dibayar kepada warisapabila insured meninggal dunia.Tempoh perlindungantamat, tiadapampasan diberi.

PREMIUM Lebih murah dariendowmen

Lebih mahal Paling murah

LAIN-LAIN Baik untuk ketuakeluarga

Berbentuk tabungan Bukan berbentuktabungan

FAKTOR DIPERTIMBANGKAN DALAM PENGIRAAN PREMIUM INSURANS HAYAT

(1) JENIS INSURANS

Premium insurans endowmen lebih tinggidaripada insurans hayat sementara.

(2) UMUR INSURED

Lebih lanjut umur , lebih tinggi premium.

(3) PEKERJAAN

Pekerjaan yang berisiko tinggi dicaj premium yang lebih tinggi.

(4) KESIHATAN

Pemohon yang kurang sihat dikenakan cajtambahan.

(5) JANTINA

Perempuan dikenakan premium yang kurangdaripada lelaki kerana jangka hayat perempuanlebih panjang.

Nyatakan polisi insurans yang diperlukan bagisituasi berikut:

(a) Encik Kim bimbang tentang kos rawatan perubatanyang semakin meningkat.

(b) Puan Jihan membeli sebuah rumah bernilaiRM250 000 melalui pinjaman bank

(c) Syed Malik bimbang tentang kos pengajian anak-anaknya di institusi pengajian tinggi pada masahadapan

(d) Akauntan syarikat ABC telah menyeleweng wangsyarikat

(e) Encik Razman membeli kereta baru SUPRIMA S daripada Proton Edar Sdn Bhd

(f) Encik Mathan telah mengupah seorang juruwang dikedai runcitnya.

(g) Melindungi kerugian yang dialami oleh insured dantuntutan pihak lain akibat kemalangan jalanraya

(h) Encik Kandasamy mengalami kecederaan tulangbelakang yang parah semasa membeli belah di PasarRaya Mewah. Kecederaan tersebut berpunca daripadakeadaan lantai yang licin.

(i) Encik Haslam telah membeli insurans yang memerlukannya membayar sehingga berumur 50 tahun

(j) Semasa hujan lebat, kereta yang dipandu oleh Yong telah terlanggar sebuah lori. Dalam kemalanganitu, Yong dan suaminya cedera parah. Keretamereka rosak. Pemandu lori patah tangan danlorinya remuk .

(k) Encik Leman bekerja sebagai jurutera binaandengan pendapatan RM10 000 sebulan. Beliaubimbang anak dan isterinya tidak dapat menyarakehidupan sekiranya beliau ditimpa kemalangan. Di samping itu, beliau mahukan jenis insuransyang juga merupakan simpanan.

(l) Syarikat RTZ menyimpan stoknya yang bernilaiRM20 000 di gudang miliknya yang terletak diKawasan Perindustrian Pasir Gudang

(m) Encik Fifi menjalankan perniagaan barangankemas di Pusat Bandar Pasir Gudang

(n) Syarikat KOBENA mempunyai pekerja seramai 100 orang yang bertugas di bahagian teknikal danpengurusan

(o) Premis perniagaan Encik Razmi terletakberhampiran dengan stesen minyak

(p) Puan Hamimah bimbang wang jualannya hilangsemasa menghantar wang untuk disimpan di bank setiap hari

(q) Encik Ehsan telah membeli rumah banglowbernilai RM1 juta di Taman Johor Jaya. Beliaubimbang tidak dapat selesaikan bayaran jika beliaumeninggal dunia.

LATIHAN 1

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik John.Encik John seorang ketua pegawai eksekutif yangberjaya. Beliau sering meninggalkan keluarga untukmenguruskan perniagaannya. Tugasnya memerlukanbeliau berada di luar negara, menyebabkan beliaubimbang akan masa hadapan isteri dan anak-anaknyayang masih kecil. Isterinya pula telah menguruskanpembelian tiga polisi insurans kebakaran untukmelindungi rumah Encik John daripada tiga syarikatinsurans.Terangkan lima jenis polisi insurans yang sesuai dibeli olehEncik John. (10 m)

Berikut adalah maklumat sebuah syarikatperniagaan

Bilangan pekerja : 3 orang

Kenderaan : Sebuah van untuk menghantar

tempahan ubatan ke klinik di

sekitar Sungai Petani.

Stok perniagaan : Bernilai RM500 000

Sewa bulanan kedai : RM2 000

Cadangkan lima jenis polisi insurans yang sesuai

diambil oleh syarikat tersebut untuk melindungi

perniagaannya. (10m)

top related