perbincangan implikasi sistem pendidikan era british terhadap masyarakat tempatan
Post on 22-Dec-2015
25 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERBINCANGAN IMPLIKASI SISTEM PENDIDIKAN ERA BRITISH TERHADAP
MASYARAKAT TEMPATAN.
PENGENALAN
Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris telah memberi
impak yang besar ke atas masyarakat tempatan.
Sistem sekolah vernakular diperkenalkan apabila kerajaan British mula
mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri-negeri selat.
Penjajahan British telah membawa banyak kesan kepada masyarakat
tempatan.
ISI PERTAMA
Implikasi sistem pendidikan era British terhadap masyarakat tempatan ialah
mewujudkan pelbagai jenis sekolah yang memisahkan kaum.
Hal ini menyebahkan semua kaum tidak dapat berkomunikasi antara satu
sama lain dan tidak mewujudkan perpaduan.
berbagai-bagai jenis sekolah yang telah diwujudkan seperti sekolah
Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi
pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.
Hal ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja.
Kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang
lain.
Tanpa pergaulan dan persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan
tercapai.
Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India hanya berkesempatan
bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-
bandar sahaja. Hal ini kerana pendidikan di sekolah Inggeris terbuka untuk
semua orang.
Tidak mempunyai bahasa pengantar yang tunggal.
Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu
menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di
samping bahasa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan
sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.
Hal ini menyebahkan semua kaum hanya boleh berbual sesama kaum
sahaja. Hal ini menyebahkan perpaduan tidak tercapai dalam kalangan
semua kaum.
Disebabkan setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka
sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain. (boleh
melihat berdasarkan kedudukan geografinya)
sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa Kampung, Sekolah Cina pula
terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian .
Manakala sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana
penoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai
di Tanah Melayu. Penjajah Inggeris memisahkan semua kaum mengikut
bidang mengikut dasar yang diamalkan iaitu dasar pecah dan perintah. Hal ini
tidak mewujudkan perpaduan.
Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak
sehala. Masing-masing mempunyai kurikulum yang tersendiri.
Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum dan sukatan pelajaran dan
sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan oleh kanak-kanak di
England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Sekolah Cina dan India mengikut corak kurikulum yang ada di
Negara China dan India.
Hubungan etnik pada zaman Penjajahan Inggeris semakin hari semakin
menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa
berdarah pada 13 Mei 1963.
ISI KEDUA
Seterusnya adalah kesan pendidikan terhadap orang melayu. Secara
umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak
British telah gagal mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri.
Kehadiran anak-anak Melayu di sekolah-sekolah Melayu ketika itu bukanlah
atas dasar keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi disebabkan oleh
paksaan yang telah dikenakan oleh British.
Pencerobohan British ke atas sistem pengajian tradisional al-Quran sedikit
sebanyak telah menyinggung hati orang Melayu.
Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang
setanding dengan orang-orang yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu telah
tidak tercapai.
Anak-anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu, akan terus pulang ke
kampung halaman mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani, buruh,
guru, polis atau peon.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sememangnya pihak Inggeris hanya memperkenalkan sistem
pendidikan semata- mata untuk memenuhi keperluan dan kehendajk mereka
sahaja.
Mereka tidak begitu prihatin dengan pendidikan sehingga mengundang
kepada masalah perpaduan.
Kemuncak masalah ini adalah peristiwa 13 Mei 1963.
top related