perbezaan
Post on 21-Dec-2015
219 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran seorang guru mestilah mengambil kira
perkara seperti kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza. Sahsiah seseorang
murid mempengaruhi gaya pembelajaran. Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah
murid bagi merancang kaedah dan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai
hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru mestilah membuat kepelbagaian kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mengambilkira kemudahan yang sedia ada
dan juga masa yang diperuntukkan untuk mengajar.
Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
1. guru dan murid
2. guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
3. hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
4. melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
5. melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
6. ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
7. boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-
murid serta berpusatkan sumber,
8. meliputi rancangan mengajar
9. proses yang melibatkan interaksi dua hala,
10.ada unsur sains dan seni.
Apa dia pembelajaran?
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau
kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran
dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan
membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan
tindak balas yang baru.
Pembelajaran :
1. Satu proses yang berterusan,
2. Secara formal dan tak formal,
3. Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
4. Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
5. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
6. Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah mengenai pendekatan semasa pengajaran
dan pembelajaran. Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru iaitu
pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid.
Pendekatan Berpusatkan Guru
Pendekatan berpusatkan guru adalah merujuk kepada pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran yang
dilakukan, guru memainkan peranan yang sangat penting iaitu guru yang menguasai
dan mengawal semua aktiviti pembelajaran. Ini bermakna, guru lebih banyak memberi
penerangan sementara murid-murid hanya mendengar apa yang disampaikan. Kaedah
keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan
sesetengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro
menjadi pertimbangan semasa menggunakan pendekatan berusatkan guru.
Ciri-Ciri Pendekatan Berpusatkan Guru
1. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang
sangat penting sementara murid hanya sekadar mendengar dan menonton
sahaja.
2. Komunikasi dan interaksi di antara guru dengan murid adalah sehala kerana
guru lebih banyak bercakap berbanding murid yang lebih banyak mendengar.
3. Guru memperlihatkan ciri kepimpinan yang bersifat autokratik kerana guru lebih
banyak bertindak seperti mengawal dan memberi arahan.
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pengajaran guru.
5. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai
murni atau perkembangan emosi.
6. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan.
7. Teknik mengajar guru lebih kepada bentuk penyampaian fakta-fakta seperti
menghafal. Ini bermakna, murid lebih banyak mengingat dan menghafal tetapi
kurang berupaya membuat interpretasi.
8. Interaksi di antara murid adalah pasif dan dari segi sosial murid adalah kurang.
9. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari
segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.
10.Di bawah pendekatan pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan
tidak berinisiatif.
Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan berpusatkan murid merujuk kepada pembelajaran berpusatkan
murid di mana guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja. Ini
bermakna, murid memang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses
pembelajaran. Dalam pembelajaran, murid-murid adalah digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi melancarkan lagi sesi
pembelajaran, guru membimbing murid ketika menjalankan aktiviti pembelajaran secara
individu atau dalam kumpulan. Dari segi pengagihan masa dalam perancangan guru,
kebanyakan masa lebih banyak digunakan oleh murid untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Antara kaedah pembelajaran yang
menggunakan pendekatan berpusatkan murid adalah seperti :
i . Kaedah Koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar
bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli
kumpulannya (SuhaidaAbdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif
ialah sekumpulan pelajar bo leh d i kuasa i o leh seorang ah l i saha ja i a i t u
ke tua kumpu lan . Wa laupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah
merupakan pandangan seorang sahaja,semua ah l i da lam kumpu lan akan
beker jasama un tuk menye lesa ikan masa lah tersebut, juga dalam
pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsid i k a l a n g a n p e l a j a r .
G u r u p e r l u p r i h a t i n u n t u k m e m b e r i k a n g a n j a r a n
d a n pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang
baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru
hendakalah m e m u p u k s i k a p p o s i t i f s e p e r t i b e k e r j a s a m a ,
b e r t o l a k a n s u r d a n t i d a k mementingkan diri agar objektif kumpulan
tercapai serta guru juga hendaklah me la t ih kemah i ran sos ia l dan
memupuk konsep kend i r i un tuk memban tu ah l i kumpulan mencapai objektif
dan mengekalkan hubungan positif.
i i . P e n d e k a t a n K u m p u l a n
Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi
kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara
kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran
secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik,
tanggung jawab guru un tuk mengena l pas t i t a juk yang sesua i un tuk
ke r ja kumpu lan , penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja
kumpulan yang berkesanakan wujud jika individu diberi tanggungjawab,
Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu, kelebihan
pengajaran secara kumpulan ialah membo lehkan pe la ja r , mengena lpas t i ,
mengana l i s i s dan menye lesa ikan masalah secara koperatif
iii. Tekn ik Perb incangan
Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar
berinteraksi s e s a m a m e r e k a d a n m e m b i n c a n g k a n s e s u a t u i s u
a t a u m a s a l a h . C i r i - c i r i p entingnya, pelajar berpeluang mengemukakan
isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama
pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan
memberi reaksi atau tindakbalas tentangtop ik a tau masa lah dan
pe rb incangan d i l aksanakan d ibawah kawa lan gu ru , pe rb incangan
dapa t d i l aksanakan da lam semua mata pe la ja ran dan sebarang
s i tuas i b i l i k da r jah dan tu juan u tama perb incangan ia lah un tuk
mengga lakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam
mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela
Abdullah, 2009).
iv. Penye lesa ian Masa lah
Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang
itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-
langkah te r ten tu un tuk menga tas i kekurangan dan se te rusnya
menye lesa ikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan
daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan,
menghasilkan sesuatu yang diingini dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Aspek
penting yang perlu diketahui ialah tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan
pelajar berfikir secara rasional, logic dan objektif apabila menghadapi masalah,
mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya
adalah memujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan
mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.
v . K a e d a h S i m u l a s i
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri
Pentingnya, ia merupakan sa tu pembe la ja ran me la lu i penga laman.
peser ta be la ja r da r ipada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri
dalam situasi yang berikutnya d a l a m s i m u l a s i p e r a n a n p e s e r t a a g a k
l u a s k e r a n a p e s e r t a b u k a n s a h a j a dikehendaki memegang peranan
sebagaimana yang di tentukan tetapi mereka perlu be rb incang dan member i
sumbangan kepada perse r ta -pe rse r ta bag i membua t keputusan,
peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem
yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi,
tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih
berfungsi dan member pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir
secara kreatif, analisis dan kritis.
vi. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-
pengajaran ialah manipulative, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulative
termasuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congkak. Permainan fizikal
dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal di gunakan dalam pergerakan, kordinasi,
kecekapan dan kemahiran fizikal, permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-
pembelajaran bahasa mengandungi unsur be rma in dengan menggunakan
bahan-bahan dan daya k rea t i v i t i pe la ja r u n t u k m e w u j u d k a n
s u a s a n a b e l a j a r y a n g m e n y e r o n o k k a n d a n b e r m a k n a , keba ikan
tekn ik i n i i a lah merangsangkan mot i vas i be la ja r kesan da r ipada
keseronokkan be rma in dan ia j uga mengembangkan daya imag inas i
un tuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.
vii. Kaedah Projek
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu
eksperimenatau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan
sesuatu (Ee. A.M.1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh
pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses
menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri pentingnya, tujuan kaedah projek ialah
memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar
semasa menjalankan projek, ia membantu pelajar bekerjasama dan
menanamkan sifat positif dalam menghasilkan projek, memperkembangkan
pembelajaran melalui pengalaman me laksanakan ak t i v i t i , p ro jek yang
hendak d ibua t hendak lah bermakna dan membawa manfaat kepada
pelajar, bahan-bahan yang diperlukanuntuk projek hendaklah mudah
diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pe la ja ran , ke leb ihan
kaedah p ro jek ia lah pe la ja r mempero leh ke jayaan dan perasaan dan
kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan
berkesan.
viii. Kaedah Lawatan
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati
apa y a n g m e r e k a t e l a h b e l a j a r d a l a m s i t u a s i s e b e n a r . P e l a j a r
d a p a t m e n g u m p u l maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar
sesuatu yang tidak boleh d i b a w a m a s u k k e d a l a m b i l i k d a r j a h ,
t u j u a n l a w a t a n i a l a h m e n i n g k a t k a n pemahaman sesuatu konsep
kerana pengalaman secara langsung menggalakkan penggunaan pe lbaga i
de r ia dan in i membawa kesan kepada pembe la ja ran , memberi peluang
kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses
yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk menga i t kan
penga laman d i l ua r b i l i k da r jah dengan pembe la ja ran kandungan di
sekolah.
Ciri-Ciri Pendekatan Berpusatkan Murid
1. Melibatkan penglibatan secara aktif murid di dalam pembelajaran di mana guru
hanya sebagai pembimbing ketika menjalankan aktiviti.
2. Wujudnya komunikasi dan interaksi antara guru dan murid secara dua hala.
Kaedah penyoalan boleh digunakan untuk membantu murid berfikir secara kritis
ketika memberikan jawapan.
3. Amalan demokratik wujud di mana murid digalakkan member pandangan ketika
melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.
4. Wujudnya perkembangan secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani, sosial dan jasmani.
5. Strategi pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pencapaian hasil
pembelajaran.
6. Penilaian formatif selalu digunakan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam
sesuatu tajuk.
7. Murid berpeluang berinteraksi dengan banyak sesama murid bertujuan
menyemai semangat kawan supaya pandai bekerjasama, tolong-menolong dan
bertolak ansur.
8. Sifat kreatif dan ada inisiatif semasa melakukan aktiviti.
9. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya
murid-murid dapat memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka
berupaya membuat kesimpulan.
Perbezaan antara Pendekatan Guru dan Pelajar
Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan
objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber
pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid,
pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan
hala tuju proses pembelajaran.
Perbezaan Peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Berpusatkan guru Berpusatkan Murid
Guru sebagai penyebar
ilmu.Murid kurang peranan
dalam proses pembelajaran
Gaya Penyampaian Guru sebagai fasilitator.
Murid terlibat dalam proses
pengajaran dan
pembelajaran
Guru aktif
Murid pasif
Penyertaan Murid aktif
Guru sebagai fasilitator
Ujian dan penilaian formal
secara berkala
Penilaian Pemantauan tidak formal
secara berterusan
Terhad dalam bilik darjah Tempat Tidak terhad
Pemikiran lebih tertumpu
pada bahan pengajaran
dan pembelajaran
Kadar Reflektif Pengamal reflektif yang
peka terhadap situasi bilik
darjah
Contoh : Senario A dan B yang menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan guru
dan berpusatkan pelajar
SENARIO A
Cikgu Ahmad sedang mengajarkan kemahiran menulis karangan kepada sekumpulan
pelajar tahun lima. Beliau menulistajuk karangan “Pencemaran udara di negara kita” di
papan tulis. Cikgu Ahmad menulis rangka dan isi-isi utama karangan di papan tulis dan
setiap kumpulan diminta berbincang tentang isu-isu yang telah diberi oleh guru.
Sesudah itu, pelajar diminta menulis karangan dalam buku karangan masing-masing.
SENARIO B
Cikgu Budin sedang mengajarkan kemahiran menulis karangan kepada sekumpulan
pelajar tahun lima. Tema karangan yang diberi ialah berkaitan dengan pencemaran.
Pelajar diarahkan membentuk 5 kumpulan dan setiap kumpulan dibenarkan memilih
tajuk sendiri berkaitan dengan tema yang diberi. Dengan menggunakan pelbagai
sumber maklumat, pelajar membina rangka karangan. Pelajar kemudiannya
mencatatkan isi-isi karangan di kertas sebak dan wakil kumpulan membentangkan isi-isi
karangan masing-masing. Bagi setiap pembentangan perbincangan bersama diadakan
untuk meningkatkan mutu rangka karangan.
Berpusatkan Guru Perbezaan Berpusatkan Murid
Senario A Senario B
Guru menentukan tajuk Cara Penentuan Tajuk Murid berbincang dan
menentukan tajuk sendiri
Guru menulis rangka Cara membina rangka karangan
Murid berbincang dan
menulis rangka
Guru menulis isi-isi
karangan di hadapan
papan tulis
Cara Pengumpulan bahan-bahan
Murid membina rangka
selepas perbincangan
Rendah / Sedikit Tahap Penyertaan Murid Tinggi
Tidak dilakukan Penilaian kendiri Dilakukan sendiri oleh
murid
Kesimpulan
Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang di perolehi guru, guru harus
menyesuaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kemampuan
muridnya sendiri. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan
kehendak pelajar secara individu. Guru harus memberi peluang dan membuka ruang
kepada murid di dalam merialisasikan impian dalam kehidupan seharian mereka. Di
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain
supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi
Bibliografi
Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (1992). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan skim perkhidmatan
guru. Bahagian II : Kompetensi fungsi/khusus (Pengurusan pengajaran dan
pembelajaran), Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah, kaedah
& strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. KualaLumpur:
Heinemann, ctk. 4.
Atan Long (1981). Kaedah am mengajar . Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
top related