perancangan stategik pendidikan khas 2011.docx
Post on 21-Jul-2016
74 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERANCANGAN STRATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2014 – 2016
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Jaya. Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh Guru Besar pertama sekolah
ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh. Motif ini
diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ. Pada asalnya
sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada
peringkat perancangan awal SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan
berpindah ke sini sepenuhnya. Sehubungan dengan ini pada peringkat permulaannya
semua urusan mesyuarat dan perundingan dikendalikan oleh En. Aboo Hassan b.
Ahmad selaku Guru Besar Sek. Keb. Tasek Gelugor.
Namun begitu pada 08 November 2000 suatu mesyuarat khas telah
diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Utara/Tengah bersama semua guru yang
terpilih untuk ditempatkan ke SKPJ sebagai kumpulan pertama yang meneroka
sekolah baru ini. Ianya terdiri daripada Tuan Haji Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin -
Guru Besar, En. Noor Azhar b. Mansor – Pen. Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Sabri b.
Hj. Sulaiman – Pen. Kanan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fuaad b. Ismail – Pen. Kanan
Kokurikulum, bersama tenaga pengajar 17 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir
serta seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini muncul secara
‘tiba-tiba’ maka pada tahun 2001 banyak kemudahan yang tidak lengkap tetapi
dibekalkan secara beransur-ansur. Persekitaran lokasi sekolah kosong kerana tiada
peruntukan landskap. Sebanyak 11 buah kelas dibuka dan beroperasi bermula dari
Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja dengan bilangan pelajar seramai 384 orang yang
dipindahkan sebahagian besarnya dari Sek. Keb. Tasek Gelugor dan selebihnya dari
Sek. Keb. Padang Menora berdasarkan alamat terdekat. Tahun 1 (3 kelas), Tahun 2 (3
kelas), Tahun 3 (2 kelas) dan Tahun 4 (3 kelas).
Berikut adalah beberapa rentetan tentang latarbelakang pembinaan
struktur bangunan sekolah. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Kejora Aman Sdn.
1
Bhd. Beralamat 171 & 172, Kompleks Alor Setar, Lebuh raya Darulaman, 05100 Alor
Setar. Harga kontrak asal ialah RM3,282,918.00. Tarikh milik tapak bina ialah 01 Mac
1999 manakala tarikh mula kerja sebenar ialah pada 04 Mac 1999. Tarikh siap bagi
semua kerja ialah 16 Mac 2000 – (72 minggu). Tempoh lanjutan pertama sehingga 16
Disember 2000 dengan polisi 99 EAS 000014 tempoh kuatkuasa dari 01 Mac 1999
sehingga 16 Julai 2001. Kerja-kerja penyelenggaraan asas oleh kontraktor utama
berjalan sehingga April 2001. Persatuan Ibu Bapa dan Guru berjaya ditubuhkan
dengan jawatankuasanya diterajui oleh Tuan Haji Abu Bakar b. Mansor selaku Yang
Dipertua.
Bagaimana SKPJ mendapat nama;
Pada 30 Oktober 2000 - hari Isnin jam 9.00 pagi, Tn. Hj. Abdul Rahman b. Hj.
Jamaludin (Guru Besar pertama) telah bermesyuarat di tingkat 3 - Jabatan Pendidikan
Negeri. Beliau telah menerima surat perlantikan sebagai Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Tasek Gelugor II yang nama asalnya ialah Sekolah Kebangsaan Sri
Manggis - pihak pegawai Jabatan Pendidikan Negeri meminta Tn. Hj. Abdul Rahman
mencari nama lain atau nama baru yang lebih sesuai untuk sekolah ini.
Pada 30 November 2000 - hari Khamis jam 9.00 pagi, bertempat di tingkat 9 bilik
mesyuarat JPN, satu mesyuarat penyelarasan dan penyelenggaraan untuk sekolah
baru dibuat antara juruteknik dan pihak kontraktor pembinaan sekolah baru ini.
Pertukaran nama dari Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kepada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai (U).
2
Senarai Nama Guru Besar
Bil. Nama Tahun
1 Tn. Hj. Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin 01.02.2003 – 16.11.2003
2 Tn. Hj. Hassan b. Hj. Ahmad 01.02.2003 – 16.11.2003
3 En. Mohamad Abass b. Roban 16.11.2003 – 01.07.2004
4 En. Saidin b. Hamid 01.07.2004 – 31.03.2008
5 Pn. Hjh. Siti Rohani bt. Ismail 01.03.2008 – 09.04.2013
6 Pn. Sabariah Binti Adam 10.04.2013 - sekarang
Enrolmen Murid
Tahun 6 - 150
Tahun 5 - 141
Tahun 4 - 157
Tahun 3 - 167
Tahun 2 - 151
Tahun 1 - 132
Pra sekolah - 75
Pendidikan khas - 24
Jumlah - 91
Maklumat Disiplin Murid
Murid dapat mengurus diri sendiri.
3
Demografi Penduduk
Murid berasal daripada
1. Kampung 80%
2. Taman Perumahan 20%
Penjaga Terdiri Daripada
1. Kakitangan kerajaan
2. Kakitangan swasta
3. Pekerja sendiri
Pendapatan Penjaga
1. 42% dibawah RM1,000.00
2. 32% dibawah RM2,000.00
3. 26% lebih RM2,000.00
Persekitaran Organisasi
Sekolah kawasan luar bandar
Kemudahan Fizikal Kelas
1. Bangunan khas untuk Pendidikan Khas
2. Bilik tandas
3. Dapur
4. Bilik pengurusan
5. Bilik darjah
6. Bilik pengurusan diri / permainan
4
SUMBER MANDAT
Rujuk akta pendidikan 1996
Pekeliling Ikhtisas
PKPA
Perintah Am
Arahan Perbendaharaan
Surat Siaran JPN dan PPG
dll
HALA TUJU SEKOLAH KEBANGSAAN
MISI SEKOLAH
Memastikan seluruh warga SKPJ sentiasa bedaya maju, cekap, efisyen, mempunyai
daya ketahanan fizikal dan mental yang kental. Berupaya menguasai ilmu terkini
mungkin, termasuk Teknologi Maklumat.
VISI SEKOLAH
Mewujudkan keseimbangan dari pelbagai segi untuk mencapai wawasan negara iaitu
memberikan pendidikan yang terbaik, menguasai apa saja teknologi serta
perkembangan ilmu, pembentukan intelektual di samping sahsiah yang baik dan sesuai
juga mewujudkan suasana persekitaran serta budaya sekolah yang kondusif lagi
menarik dalam menuju kecemerlangan di alaf baru
5
SLOGAN SEKOLAH
“Sekolah ini akan merupakan institusi pendidikan formal dalam menyediakan insan
masa hadapan yang lengkap dari segi intelektual, kesempurnaan rohani, kecerdasan
fizikal dan mental, mempunyai sahsiah yang baik serta pendidikan agama yang tulen”
MOTTO SEKOLAH
‘BERDAYA MAJU’
LOGO SEKOLAH
6
PENGERTIAN LOGO
7
BENDERA SEKOLAH
8
PIAGAM SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya akan berusahan bersungguh-sungguh dalam
memastikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut dapat diberi terbaik mungkin;
Setiap murid boleh menguasai kemahiran 3M setelah tamat pengajian Tahun 6
Semua murid akan diberi peluang setinggi mungkin dalam penglibatan mereka di
bidang ko-kurikulum.
Memupuk “Budaya Cintakan Ilmu” di kalangan murid serta guru-guru.
Memastikan semua murid bersahsiah tinggi, bertaqwa dan mempunyai disiplin yang
baik.
Menyediakan para pendidik yang bermotivasi, kreatif, mempunyai daya saing yang
tinggi, ikhlas dan rajin.
Mewujudkan iklim sekolah yang tenang, aman, menarik dan selamat.
Menyelesaikan semua masalah dalaman atau luaran secara keluarga, harmoni dan
bersikap professional.
9
SEJARAH KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK PENGKALAN JAYA
Kelas Pendidikan Khas Integrasi SK Pengkalan Jaya mula dibuka pada 3 Mac 2008.
Dua minggu pertama pembukaannya pengajaran dan pembelajaran belum dijalankan.
Pada 17 Mac 2008 kelas ini mula menerima pelajar. Di peringkat awal pembukaannya,
kelas ini menempatkan 5 orang pelajar sahaja.
Guru Besar pada mula pembukaannya ialah En. Saidin Bin Hamid. Tetapi pada
31 Mac 2008, beliau telah ditukarkan ke SK Paya Keladi dan diganti oleh Pn. Hjh Siti
Rohani Binti Ismail.
Guru yang meneroka Kelas Pendidikan Khas ini ialah Pn. Hjh Hawillah Binti Man.
Beliau adalah Guru Tahun 5 UKM di sekolah ini. Beliau dengan rela hati membuat
permohonan untuk mengajar di Kelas Pendidikan Khas ini.
Pihak sekolah bernasib baik seorang guru GST Pada 17 Mac 2008 Pn. Zariah
Binti Sapiyin mula melapor diri bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid. Beliau
bertukar dari SK Long Jaafar Kemunting, Perak.
T telah ditempatkan di sekolah ini pada 23 Jun 2008 hingga 14 November 2008 iaitu
Cik Suratminingseh Binti Abbas. Selepas tamat perkhidmatannya pada 14 November,
pada 15 November beliau terus mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
Mode Kursus Dalam Cuti dan ditempatkan di SKPJ.
Sepanjang sesi persekolahan 2008, Kelas Pendidikan Khas ini banyak tertumpu
kepada P&P kerana masih belum menerima sebarang peruntukan. Pada 18 November
2008, Kelas Pendidikan Khas ini telah menerima seorang lagi PPM iaitu Pn. Salina Binti
Razali yang bertukar dari SK Seri Mutiara, Ipoh Perak.
Sesi persekolahan 2009, kelas ini masih menempatkan 5 orang murid yang
sedia ada. Tetapi bilangan guru bertambah seorang lagi iaitu Pn. Norizah Binti Hj. Said
dari SK Mengkuang. Jadi Sesi persekolahan 2009 dimulakan dengan lima orang murid
(empat bermasalah pembelajaran dan seorang murid Cerebral Palsy), tiga orang guru
dan dua orang PPM. Pada bulan Februari dan berikutnya murid kian bertambah
sehingga peningkatan menjadi 14 orang murid. Pertambahan murid ini adalah hasil
10
pertukaran murid dari sekolah berdekatan yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di
aliran perdana sekolah masing-masing.
Tanpa diduga malang telah menimpa Pn.Norizah Bt. Hj.Said. Pada 15 Mac 2009 beliau
telah disahkan mengidap kanser. Mulai tarikh tesebut beliau telah bercuti sehingga
akhir tahun. Beliau memulakan tugas semula pada sesi persekolahan 2010.Kelas bagi
sesi 2009 terpaksa digerakkan dengan 2 orang guru dan 2 orang PPM beserta 14
orang murid.
Sesi persekolahan 2010 bermula pada 4 Januari dengan penambahan seorang
murid cerebral palsy. Oleh itu, kelas bagi 2010 dimulakan dengan 15 orang murid, 3
orang guru dan 2 orang PPM.
Pada 1 Mac 2010 Pn.Noraini Bt.Sulaiman telah melaporkan diri sebagai guru
GSTT dan kemudian ditawarkan kursus KPLI-KDC (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-
Kursus Dalam Cuti) model sekolah rendah. Pn.Zamzarina Bt.Mahmud telah melaporkan
diri pada 1 Jun 2010.Dengan penempatan Pn.Zamzarina bilangan guru telah
mencukupi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian iaitu 5 orang guru. Manakala
bilangan murid terus bertambah kepada 19 orang sehingga sesi persekolahan 2010
tamat. Bagi tahun 2010, dua orang murid iaitu Zulkifli B Ahmad dan Mohamad Nur
Hisyam B. Nordin telah didaftarkan untuk ke Sekolah Menengah Kepala Batas. Inilah
pertama kalinya kelas ini menempatkan murid ke sekolah menengah.
Sesi persekolah 2011 bermula pada 3 Januari. Bilangan guru masih 5 orang
dengan dibantu oleh seorang guru agama beredar iaitu Ustaz Sulaiman B.Jab.Berikut
adalah senarai kategori murid pendidikan khas :
Jenis Masalah Pembelajaran Bilangan MuridMasalah Pembelajaran 13Sindrom Down 1Cerebral Palsy 2ADHD 1Terencat Akal 1Disleksia 1Jumlah 19
11
MISI PENDIDIKAN KHAS
“Menjana Perkhidmatan berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas melalui
pengurusan pendidikan terlatih dan produktif”.
VISI PENDIDIKAN KHAS
“Melahirkan murid-murid berkeperluan khas ke arah hidup berdikari, berkemahiran dan
mampu menguruskan kehidupan sebagai seorang individu yang bermasyarakat”.
MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS
Program Pendidikan Khas ini bertujuan memberi peluang kepada semua kanak-kanak
untuk menerima pendiidkan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun
perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Individu berkeperluan khas yang berada
dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) merupakan mereka
yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat,
Autisme dan Hiperaktif. Kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-
murid PKBP. Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat
menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel,
menarik, berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP.
12
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
Kurikulum PKBP membolehkan murid:
i. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.
ii. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam
kehidupan seharian.
iii. Mempunyai kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya
iv. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi
dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat
majmuk.Mengamalkan nilai-nilai lslam kehidupan seharian bagi yang beragama
Islam.
vi. Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk
melibatkan diri dalam aktiviti riadah
vii. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya
viii. Bersedia mengembang kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring
dengan perkembangan semasa.
13
ANALISIS PERSEKITARAN
ANALISIS SWOT
KEKUATAN (STRENGTH – S)
S1 – Guru mencukupi – 80% terlatih
S2 – Pembantu Pengurusan Murid (PPM) mencukupi
S3 – Guru mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja
S4 – Bangunan khas untuk Program Pendidikan Khas
S5 – Kemudahan fizikal baik dan sempurna.
KELEMAHAN (WEAKNESS – W)
W1- Guru terlatih opsyen Pendidikan Khas Cuma 40%.
W2 – 20% murid dapat menguasai asas membaca (KVKVK)
W3 – Suasana bilik darjah yang tidak kondusif (tiada partisyen)
PELUANG (OPPORTUNITIES – O)
O1 – Jawatankuasa Permuafakatan waris menyokong aktiviti Pendidikan Khas.
O2 – Hubungan yang erat dengan ibubapa.
O3 – Bahan bacaan dan rujukan mencukupi
14
ANCAMAN (THREATS – T)
T1 – Segelintir waris tidak member kerjasama dalam hal ehwal kebajikan murid
T2 – Pengajaran di dalam kelas tidak berterusan di rumah
T3 – Terdapat waris yang tidak member fokus utama kepada anak-anak OKU
T4 – Gangguan bau busuk daripada parit berdekatan
T5 – Kurang kursus jangka pendek untuk guru-guru pendidikan khas
ISU, MATLAMAT DAN KPI
PELAN STRATEGIK
ISU STRATEGIK MATLAMAT STRATEGIK INDIKATOR PRESTASI
Bidang kurikulum Murid akan dapat
menguasai kemahiran asas
3M
53% murid dapat
menguasai 3M
OBJEKTIF
Sekurang-kurangnya 53% murid akan dapat menguasai kemahiran asas 3M
15
PENJANAAN STRATEGI MENGGUNAKAN (TOWS Matriks)
KEKUATAN (STRENGTH – S)S1 – Guru mencukupi – 80% terlatihS2 – Pembantu Pengurusan Murid (PPM) mencukupiS3 – Guru mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerjaS4 – Bangunan khas untuk Program Pendidikan Khas S5 – Kemudahan fizikal baik dan sempurna
KELEMAHAN (WEAKNESS – W)W1- Guru terlatih opsyen Pendidikan Khas Cuma 40%.W2 – 20% murid dapat menguasai asas membaca (KVKVK)W3 – Suasana bilik darjah yang tidak kondusif (tiada partisyen)
PELUANG (OPPORTUNITIES – O)O1 – Jawatankuasa Permuafakatan waris menyokong aktiviti Pendidikan Khas.O2 – Hubungan yang erat dengan ibubapa.O3 – Bahan bacaan dan rujukan mencukupi
S – OStrategies
W – OStrategies
ANCAMAN (THREATS – T)T1 – Segelintir waris tidak member kerjasama dalam hal ehwal kebajikan muridT2 – Pengajaran di dalam kelas tidak berterusan di rumahT3 – Terdapat waris yang tidak member fokus utama kepada anak-anak OKUT4 – Gangguan bau busuk daripada parit berdekatanT5 – Kurang kursus jangka pendek untuk guru-guru pendidikan khas
S – TStrategies
W – TStrategies
16
PENJANAAN STRATEGI
Strategi S – O
S4 – O1
Melibatkan waris dalam aktiviti yang dijalankan oleh Pendidikan Khas
S5 – O2
Meningkatkan keceriaan kelas dan persekitaran secara berkesan dalam proses
pembelajran di sekolah
Strategi W – O
W3 – O1
Memohon pihak JPN membuat petisyen untuk keselesaan P&P
W2 – O2
Gunakan peranan ibubapa untuk lebih prihatin kepada anak OKU
Strategi S – T
S3 – T3
Memohon kerjasama waris dan meminta waris beri tumpuan kepada anak-anak OKU
dalam pengurusan kehidupan harian dan pembelajaran
S5 – T2
Meminta waris memberi sokongan dalam membina keyakinan diri dan potensi murid.
17
Strategi W – T
W1 – T5
Memohon kursus pemantapan kerjaya Pendidikan Khas untuk keberkesanan P&P.
W2 – T3
Murid diberi pendedahan dengan aktiviti-aktiviti luar untuk membuka minda murid-murid
pendidikan khas.
TAKTIK
PEMBINAAN PELAN TAKTIKAL
ISU STRATEGIK Bidang kurikulum
MATLAMAT STRATEGIKMurid akan dapat menguasai kemahiran
asas 3M
INDIKATOR PRESTASI (KPI) 53% murid dapat menguasai asas 3M
OBJEKTIFSekurang-kurangnya 53% murid akan
dapat menguasai kemahiran asas 3M
STRATEGI
Mewujudkan hubungan antara
sekolah dengan waris supaya murid
dapat menguasai 3M
Membina keyakinan diri murid
supaya lebih berdikari.
18
19
top related