perancangan & kurikulum pj
Post on 02-Aug-2015
286 Views
Preview:
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
1.0 Faktor perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani 2
1.1 Faktor insfrastruktur 3
1.2 Faktor murid 5
1.3 Faktor persekitaran 8
1.4 Rumusan 9
2.0 Reka bentuk kurikulum Pendidikan Jasmani 10
2.1 Berpusatkan subjek 11
2.2 Berpusatkan pelajar 12
2.3 Berpusatkan masalah 13
2.4 Rumusan 14
3.0 Bibliografi 15
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Soalan 1
Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop yang
tersusun dan mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang baik kepada
murid bagi memupuk gaya hidup aktif dan sihat demi mencapai matlamat yang
ditetapkan. Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani
berbagai faktor perlu dititik beratkan. Faktor utama perancangan perlu diteliti
dengan baik dan perlu dilihat sebagai aset utama yang bakal menentukan
kejayaan perlaksanaan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.
Berdasarkan petikan di atas, klasifikasikan faktor utama perancangan aktiviti
yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang terancang
di sekolah.
1.0 Faktor perancangan aktiviti Pendidikan Jasmani
Menurut Dauer (1995), Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program
pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui
pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan
keseluruhan kanak-kanak. Manakala menurut Freeman (1977, 1992), Pendidikan Jasmani
adalah meliputi pembangunan fizikal dan mental. Ia juga menumpukan kepada tiga
domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Lumpkin (1990) pula
berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan
individu mempelajari kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang
tinggi. Manakala Colfer (1986) pula menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan
satu bentuk pembelajaran yang bersifat holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari
pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar.
Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh
yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan
emosi. Melalui Pendidikan Jasmani, setiap pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan
2
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
mengalami sendiri pengalaman menjalankan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani juga
berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat.
Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop pengalaman
pembelajaran yang rapi dan berturutan serta mampu mendedahkan kanak-kanak kepada
gaya hidup aktif dan sihat untuk berupaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
Terdapat beberapa faktor di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
Pendidikan Jasmani di sekolah yang perlu diambil kira. Faktor-faktor utama yang harus
diteliti ialah faktor infrastruktur, faktor perkembangan murid dan faktor persekitaran.
Ketiga-tiga faktor ini merupakan faktor utama kejayaan di dalam perlaksanaan sesuatu
aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah.
1.1 Faktor Insfrastruktur
Faktor insfrastruktur merupakan antara salah satu faktor penting yang perlu di
ambil kira di dalam perancangan sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani yang terancang di
sekolah. Antara perkara yang perlu dititik beratkan di dalam konteks insfrastruktur ini
ialah dari segi kemudahan, peralatan dan kepakaran.
Dari segi kemudahan, perkara yang perlu difikirkan ialah dari sudut kedudukan
sesebuah sekolah itu. Terdapat sekolah yang berada dikawasan bandar dan juga sekolah
yang berada dikawasan luar bandar. Seperti yang kita ketahui, sekolah yang berada di
bandar mempunyai banyak kelebihan berbanding sekolah yang berada di luar bandar.
Kewujudan sesuatu pertubuhan yang terdapat di bandar memberi peluang kepada pihak
sekolah untuk menggunakan kepakaran yang mereka ada untuk menjalankan aktiviti
Pendidikan Jasmani di sekolah mereka. Bukan itu sahaja, di bandar juga tedapat guru-
guru yang mempunyai kepakaran khas di dalam sesuatu bidang. Ini kerana, terdapat
persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh badan kerajaan yang membolehkan guru
mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil kemahiran di dalam bidang Pendidikan
3
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Jasmani yang tertentu. Tetapi berlainan pula dengan sekolah yang berada di luar bandar.
Kepakaran di kalangan guru dan orang luar amat terhad dan ini menyebabkan tidak
banyak aktiviti yang boleh dibuat. Bukan itu sahaja, aktiviti yang hendak dilaksanakan
juga perlu mengikut pekerjaan ibu bapa jika mahukan mereka terlibat sama di dalam
aktiviti sekolah anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, kegiatan di luar kelas juga terhad
dan seterusnya akan menghadkan penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal tersebut.
Selain daripada kedudukan sekolah, kemampuan kewangan sekolah juga perlu
diambil kira di dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani.
Sesebuah sekolah akan diberi peruntukan kewangan berdasarkan kepada jumlah
pelajarnya. Ini bermakna, sekolah yang mempunyai ramai murid akan mempunyai
banyak wang untuk membuat aktiviti. Bukan itu sahaja, faktor sosioekonomi seseorang
pelajar juga merupakan faktor penyumbang kepada kemajuan sesebuah sekolah. Ini
kerana jika pihak sekolah ingin meminta sumbangan kewangan dan kerjasama daripada
ibu bapa, mereka tidak akan mempunyai masalah untuk memberi bantuan kewangan dan
sumbangan tenaga. Selain itu, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah juga
perlu difikirkan sewaktu merancang sesebuah aktiviti. Ini kerana jika kemudahan itu
tidak mencukupi, pihak sekolah perlu memikirkan alternatif yang lain untuk membuat
penambahbaikan bagi mengelakkan aktiviti yang dirancang terganggu kelancarannya.
Manakala dari sudut peralatan, pemilihannya perlulah berdasarkan kepada
spesifikasi umur seseorang individu itu. Ini kerana alatan yang dibuat adalah berdasarkan
kemampuan seseorang pelajar mengikut peringkat umur mereka. Contohnya ialah ada
alatan yang dibuat khusus untuk murid bedasarkan tahap umur mereka seperti baton
untuk acara lari berganti-ganti, bola lontar peluru dan sebagainya. Bukan itu sahaja,
terdapat juga spesifikasi yang perlu dipatuhi sekiranya ada diantara pelajar yang
bertanding di dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan. Ini kerana jika alatan yang
digunakan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, ia boleh mengundang kepada
kecelakaan dan kemudaratan kepada penggunanya.
4
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Selain itu, kepakaran seseorang tenaga pengajar juga merupakan salah satu
daripada faktor yang perlu diambil kira di dalam merancang sesebuah aktiviti Pendidikan
Jasmani. Ini kerana guru-guru Pendidikan Jasmani seharusnya memahami bahawa skop
bidang tugas mereka ini mempunyai risiko. Keperluan tenaga pengajar yang pakar dalam
sesuatu matapelajaran juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah sekiranya mereka ingin
melaksanakan sesebuah aktiviti Pendidikan Jasmani dengan jayanya. Pihak sekolah
memberikan mereka liabiliti yang perlu dipertanggungjawabkan semasa menjalankan
tugas mereka. Disebabkan itu, setiap guru Pendidikan Jasmani perlu mempunyai
kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan sesuatu yang tidak diingini mungkin
terjadi kepada pelajar mereka. Bukan itu sahaja, sikap para guru juga perlu selari dengan
bidang tugas mereka untuk mengelakkan terjadinya kejadian yang boleh mencemarkan
karier perguruan mereka.
Selain itu, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh guru
Pendidikan Jasmani seperti yang telah digariskan oleh pihak kementerian. Antaranya
ialah, memastikan bahawa murid yang menjalankan aktiviti cergas, aktiviti yang dipilih
perlu bersesuaian dengan umur dan kebolehan murid, aktiviti yang dipilih perlu
diluluskan oleh badan profesional dan sekolah, guru yang menggendalikan aktiviti fizikal
atau kokurikulum mempunyai kepakaran, arahan yang diberikan jelas, betul dan pelakuan
memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama akitviti
yang berisiko seperti permainan ragbi dan kemudahan dan peralatan yang digunakan
bersesuaian dengan aktiviti yang hendak dijalankan.
1.2 Faktor murid
Faktor kedua yang perlu di ambil kira di dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah ialah faktor murid. Pendidikan Jasmani
mementingkan aspek perkembangan diri setiap individu. memberi penekanan kepada
perkembangan kognitif, perkembangan afektif, perkembangan psikomotor dan juga
5
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
perkembangan sosial setiap pelajar. Perkembangan setiap pelajar boleh dikategorikan
kepada empat domain. Domain yang pertama ialah domain kognitif yang melibatkan
perkembangan pemikiran pelajar. Domain yang kedua ialah domain afektif yang
melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain ketiga ialah domain
psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar dan domain yang
terakhir ialah domain sosial yang melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.
Domain yang pertama ialah domain kognitif. Ia merupakan fokus utama di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia boleh dibahagikan kepada enam
peringkat iaitu daripada tahap yang boleh dicapai dan seterusnya kepada tahap yang sukar
dicapai. Perkembangan domain kognitif melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.
Perancangan kognitif ini disusun mengikut keupayaan pelajar seperti pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pelajar akan didedahkan dengan
ilmu pengetahuan untuk membina kefahaman mereka di dalam sesuatu aktiviti.
Kemudian mereka akan cuba untuk mengaplikasikannya. Setelah itu, mereka akan
membuat analisis, sintesis dan penilaian terhadap aktiviti yang mereka lakukan. Guru
perlu menggunakan domain ini sewaktu pengajarannya supaya pelajar boleh memahami
dan seterusnya mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru dengan jayanya.
Domain yang kedua ialah domain afektif. Domain ini mempunyai hubungan
dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai pelajar. Domain ini boleh
dikelaskan kepada peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang
paling tinggi. Peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat penerimaan, gerakbalas,
penilaian, organisasi dan perwatakan. Dalam penggunaan domain ini, pelajar perlu
bersedia untuk menerima pelajaran dan seterusnya memberikan tindakbalas. Seterusnya,
pelajar akan membuat penilaian berdasarkan perlakuannya dan akhirnya menyusun
perlakuan tersebut untuk membentuk perwatakan yang sesuai. Penggunaan domain ini di
dalam pengajaran Pendidikan Jasmani akan dapat membantu pelajar merasa seronok dan
gembira sewaktu melakukan sesuatu aktiviti.
6
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Domain psikomotor pula merupakan domain yang ketiga. Ia merupakan
kemahiran yang berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal seseorang individu. Pada
peringkat prasekolah dan sekolah rendah, pelajar diajar untuk menguasai pergerakan
yang biasa dilakukan dalam kehidupan seharian dan pergerakan baru dalam senaman.
Terdapat tujuh peringkat di dalam domain psikomor ini iaitu daripada susah kepada
mudah. Peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat persepsi, persediaan, pergerakan
terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan kompleks, pergerakan suaian dan
pergerakan cipta. Pelajar akan membuat persepsi berdasarkan kepada perlakuan yang
dibuat oleh guru dan seterusnya membuat persedian untuk melakukan perlakuan tersebut.
Kemudian, pelajar akan membuat pergerakan yang terkawal, pergerakan mekanistik dan
seterusnya kepada pergerakan kompleks. Akhir sekali, pelajar akan cuba untuk membuat
pergerakan suaian dan pergerakan cipta dengan dibantu oleh guru. Domain ini penting
untuk dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani kerana ia mampu menghasilkan pelajar
yang berkemahiran tinggi di dalam menguasai sesuatu kemahiran.
Domain yang terakhir ialah domain sosial. Menurut Dettmer (1997), domain ini
khusus untuk hubungan atau tingkah laku sosial. Ia terdiri daripada lapan peringkat
objektif iaitu berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama,
menghakim, memulakan dan menukar. Pelajar akan berhubung dan berkomunikasi
bersama rakan di dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Seterusnya mereka akan
melibatkan diri, berunding dan bekerjasama bersama rakan untuk melakukan sesuatu
aktiviti. Kemudian, pelajar akan menghakimi apa yang telah dilakukannya dan kemudian
mereka akan memulakan dan menukar anggapan dan aktiviti mereka supaya ia boleh
menjadi suatu aktiviti yang lebih berjaya. Domain ini mampu menghasilkan pelajar yang
mempunyai sikap dan sifat dari sudut kemanusiaan, kemasyarakatan dan saling bantu
membantu sesama rakan.
Sekiranya kesemua domain ini dapat diterapkan dan dilaksanakan, ia akan dapat
menwujudkan aktiviti Pendidikan Jasmani yang lebih terancang dan seterusnya
menghasilkan pelajar yang seimbang dari sudut kognitif, afektif, psikomotor dan sosial.
7
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Faktor persekitaran
Faktor terakhir yang perlu di ambil kira di dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah ialah faktor persekitaran. Antara perkara yang
perlu dititik beratkan di dalam konteks persekitaran ini ialah dari segi budaya setempat,
pengaruh politik dan penyelarasan program sukan.
Seorang guru Pendidikan Jasmani yang mahir, mampu memanipulasi sesebuah
aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Budaya setempat mampu memupuk
minat, meningkatkan prestasi dan menggalakkan pelajar untuk bergiat aktif di dalam
aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang terlibat
di dalam proses sosialisasi pelajar seperti kepercayaan, pembentukan sosial, bangsa,
agama dan kumpulan sosial. Projek khas seperti kem kemahiran dianggap berkesan untuk
memupuk keseimbangan perkembangan mental pelajar dengan perkembangan rohani,
jasmani dan sosial mereka. Ia juga boleh merangsang penglibatan masyarakat setempat
yang mempunyai kemahiran untuk sama-sama memberikan sumbangan. Selain itu, jika
pelajar terlibat dengan aktiviti fizikal ia akan dapat memupuk gaya hidup yang sihat.
Hasilnya akan lahirlah masyarakat yang mempunyai kecergasan fizikal dan mental yang
membawa kepada pembentukan budaya setempat yang positif.
Selain daripada budaya setempat, pengaruh politik juga perlu diambil kira di
dalam merancang sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani. Ini kerana, setiap aktiviti yang
dijalankan seharusnya mampu memperkukuhkan interaksi antara pelajar dan memupuk
integrasi antara kaum di negara ini seperti yang dihasratkan oleh pemerintah sekarang. Ia
juga boleh membentuk dan melatih pelajar menjadi warganegara yang berguna dengan
memiliki sifat kesopanan, berdikari dan mematuhi undang-undang negara. Bukan itu
sahaja, setiap aktiviti Pendidikan Jasmani yang ingin dilaksanakan perlu mengambil kira
keadaan politik semasa supaya tidak berlaku masalah dikemudian hari.
Penyelarasan program sukan juga boleh digunakan untuk merancang aktiviti-
aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Pendekatan yang boleh diperkenalkan ialah
8
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
program yang bersifat realistik. Terdapat Program Gerak Kerja Kokurikulum (Sukan)
yang merangkumi tiga aspek utama seperti Program Gerak Kerja Kokurikulum dalam
Lingkungan Sekolah (Intramurals), Program Gerak Kerja Kokurikulum Dalam dan Luar
(Extramurals) dan juga Program Antara Sekolah.
Selain daripada terlibat dengan aktiviti kurikulum di dalam kelas, pelajar juga
perlu melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum di luar waktu pembelajaran. Program
kokurikulum ini pula boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu program intramurals,
program extramurals dan program antara sekolah. Progran intramurals ialah program
pengukuhan dan pengayaan kurikulum yang melibatkan semua pelajar di dalam kelas
Pendidikan jasmani. Mereka wajib memilih persatuan dan unit beruniform yang diminati.
Manakala program extramurals pula ialah program yang melibatkan pelajar yang lebih
mahir. Contohnya seperti mewakili rumah sukan mereka di dalam acara sukan tahunan
sekolah. Program yang terakhir ialah program antara sekolah. Ia meliputi pertandingan
diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan. Program seperti ini dikendalikan oleh Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Negeri pada peringkat awal untuk memilih pelajar yang
berpotensi untuk mewakili negeri.
1.3 Rumusan
Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani, faktor
infrastruktur, faktor perkembangan murid dan faktor persekitaran perlu dititik beratkan
oleh mereka yang terlibat. Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu mempunyai
perancangan yang bersistematik dan dirancangkan dengan teliti bagi memastikan
kejayaan dalam perlaksanaan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah. Perancangan yang
teratur dan bersistematik akan menyediakan skop yang tersusun dan berturutan serta
mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang baik kepada murid bagi memupuk
gaya hidup aktif dan sihat demi mencapai matlamat yang ditetapkan.
9
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Soalan 2
Dalam membentuk kurikulum, terdapat beberapa reka bentuk yang boleh
dipilih oleh pembangun kurikulum. Reka bentuk itu perlu dijadikan asas
rujukan bagi memastikan keperluan kurikulum itu benar-benar sesuai dengan
keperluan murid.
Bincang dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian berdasarkan reka bentuk
yang dimaksudkan dalam pembentukan kurikulum.
2.0 Reka bentuk kurikulum Pendidikan Jasmani
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum
(khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan
negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu
pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah
negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang
kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras
dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).
Sebelum sesebuah kurikulum itu dibentuk, pembangun kurikulum perlu
mengkaji dan meneliti tentang teori yang berkaitan dengan kurikulum, falsafah
pembentukan kurikulum dan kriteria-kriteria yang perlu ada di dalam pembentukan
sesebuah kurikulum itu. Terdapat tiga teori utama dalam mereka bentuk sesebuah
kurikulum iaitu teori tradisional, teori konseptual dan teori rekonseptual. Teori tradisional
ialah teori yang memfokuskan kepada pendekatan tingkahlaku. Manakala teori
konseptual pula ialah teori yang memberi fokus kepada analisis situasi semasa. Manakala
teori rekonseptualis pula ialah teori yang menganggap kurikulum sebagai bahan penting
yang boleh membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat.
10
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Selain daripada teori, falsafah juga penting di dalam pembentukan sesebuah
kurikulum itu. Kandungan falsafah akan membolehkan pembina kurikulum memahami
dan menilai secara luaran dan dalaman arah tujuan pendidikan. Terdapat beberapa aliran
falsafah yang boleh mempengaruhi reka bentuk sesebuah kurikulum seperti falsafah
idealisme, realisme, paramatism, perianelisme, essentialisme, progressivesme,
rekonstrutionalisme dan eksistensialisme.
Bukan sahaja teori dan falsafah penting, kriteria pemilihan reka bentuk juga
penting di dalam pembentukan sesebuah kurikulum. Terdapat beberapa kriteria reka
bentuk yang perlu dikaji oleh pembangun kurikulum sebelum sesebuah kurikulum itu
dihasilkan. Kriteria-kriteria yang perlu dianalisis ialah reka bentuk berpusatkan subjek,
reka bentuk berpusatkan pelajar dan reka bentuk berpusatkan masalah.
2.1 Reka bentuk berpusatkan subjek
Reka bentuk berpusatkan subjek ialah sebuah reka bentuk yang berasaskan
kepada isi kandungan sesebuah pelajaran. Ia terdiri daripada reka bentuk matapelajaran,
reka bentuk disiplin, reka bentuk bersepadu dan reka bentuk korelasi.
Reka bentuk matapelajaran ialah reka bentuk yang berkaitan dengan isi
kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ia kerap juga digunakan dalam
mereka bentuk sesebuah kurikulum. Kurikulum ini disusun dengan teratur supaya ia
mempunyai peranan sebagai sebuah matapelajaran. Bukan itu sahaja, konsep juga
disusun daripada yang ringkas kepada yang kompleks dan ia memberi tumpuan kepada
proses mengingat dan memahami. Contohnya, kurikulum sesuatu matapelajaran yang
hendak dibentuk perlulah berdasarkan kepada kandungan yang terdapat di dalam buku
teks supaya ia boleh disusun dengan baik dan dapat membantu pelajar untuk memahami
sesuatu yang dipelajari.
11
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Reka bentuk disiplin pula menekankan kepada isi kandungan dan proses disiplin
sesuatu ilmu. Ini kerana setiap mata pelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri. Reka
bentuk ini dibina berdasarkan kepada proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin
sesuatu subjek dan kaedah yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.
Contohnya di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan Pendidikan Jasmani, pelajar
bukan sahaja diajar tentang kemahiran membuat sesuatu aktiviti malah mereka juga
diajar tentang disiplin sesuatu kemahiran yang hendak dipelajari.
Manakala reka bentuk bersepadu ialah reka bentuk yang mencantumkan dua
atau lebih subjek supaya menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Ia akan memberi
pelajar ilmu yang bersepadu, tidak terasing dan lebih bermakna. Ia juga menghilangkan
sempadan antara matapelajaran dan sesuatu disiplin. Contoh reka bentuk bersepadu ialah
di dalam matapelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani. Tajuk organ-organ dalam tubuh
manusia terdapat dalam kedua-dua subjek tersebut.
Reka bentuk yang seterusnya ialah reka bentuk korelasi. Reka bentuk ini
mengaitkan maklumat antara satu subjek kepada satu subjek yang lain dengan tujuan
untuk mengurangkan pemisahan antara subjek. Guru-guru bagi subjek yang berkaitan
perlu bekerjasama bagi merancang kursus bagi mengaitkan maklumat dari subjek-subjek
yang berlainan. Contohnya ialah guru Pendidikan Jasmani boleh bekerjasama dengan
guru matapelajaran Sains untuk menghasilkan kerja kursus yang saling berkaitan antara
kedua-dua matapelajaran ini.
2.2 Reka bentuk berpusatkan pelajar
Reka bentuk seterusnya yang perlu dikaji oleh pembangun kurikulum ialah reka
bentuk yang berpusatkan pelajar. Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan satu
elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Ia berdasarkan falsafah progressivesme.
Reka bentuk ini terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk yang berpusatkan pelajar,
berpusatkan pengalaman dan berpusatkan humanistik.
12
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Reka bentuk berpusatkan pelajar ialah berdasarkan kepada pendekatan
semulajadi pelajar ketika belajar. Ia menganggap pemikiran pelajar akan berkembang
sekiranya mereka diberi peluang untuk belajar berasakan kepada kegemaran dan
keperluan mereka. Contohnya ialah seperti sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar
mencuba sesuatu permainan yang baru, maka di dalam membina kurikulum Pendidikan
Jasmani, unsur permainan kecil diselitkan.
Reka bentuk berpusatkan pengalaman ialah sebuah reka bentuk yang memberi
penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum. Namun reka
bentuk ini tidak akan dapat dirancang kerana keperluan dan minat murid tidak dapat
dijangka. Ia hanya boleh dibina setelah pendidik benar-benar mengenali seseorang pelajar
itu. Contohnya, jika sesuatu kurikulum baru hendak digubal, maka pembina kurikulum
perlulah turun padang untuk lebih mengenali pelajar tersebut supaya kurikulum
berpusatkan pengalaman dapat dibentuk.
Manakala reka bentuk berpusatkan humanistik ialah reka bentuk yang
mementingkan konsep kendiri kepada pelajar yang akan membuat mereka belajar dan
membina tugasan atas kesedaran mereka sendiri. Ia juga menyepadukan unsur kognitif
dan unsur afektif. Reka bentuk ini mementingkan isi kandungan, kognitif, pengalaman
dan perasan. Bukan itu sahaja, reka bentuk ini juga menekankan kepada pendidikan dan
pembangunan insan secara keseluruhan. Contohnya ialah jika reka bentuk ini digubal, ia
perlulah menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan pelajar
sekolah supaya kurikulum ini berjaya dilaksanakan.
2.3 Reka bentuk berpusatkan masalah
Reka bentuk berpusatkan masalah ialah reka bentuk yang memberi fokus
kepada masalah dalam kehidupan. Ia meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan
pengalaman individu dan kemasyarakatan. Terdapat dua jenis reka bentuk berpusatkan
masalah iaitu reka bentuk situasi-kehidupan dan reka bentuk semula masyarakat.
13
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Reka bentuk situasi-kehidupan ialah reka bentuk yang berpendapat bahawa
pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam
kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan
masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini. Contohnya ialah kurikulum yang
dibina perlulah memberi penekanan dalam penyelesaian masalah di dalam kehidupan
manusia yang sebenar seperti yang terdapat di dalam kurikulum matapelajaran
Pendidikan kesihatan, iaitu tentang bagaimana hendak menjaga kebersihan diri.
Reka bentuk semula masyarakat ini pula berorientasikan masyarakat. Ia
mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial,
politik dan ekonomi. Kurikulum ini dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam
masyarakat. Kurikulum ini menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat
yang berkualiti. Contohnya yang terdapat di dalam matapelajaran Pendidikan Moral yang
banyak mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan di dalam hidup
bermasyarakat.
2.4 Rumusan
Sebelum merekabentuk sesebuah kuikulum, pembangun kurikulum perlu
mengkaji, menganalisis serta memilih teori-teori, falsafah-falsafah dan kriteria yang
berkaitan dengan pembentukan kurikulum. Reka bentuk yang dipilih perlulah dijadikan
asas rujukan bagi memastikan keperluan kurikulum itu benar-benar sesuai dengan
keperluan murid itu sendiri. Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan
dan perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain.
Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluan masyarakat dan
negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau
mencetuskan tamadun baru kepada pelajar-pelajarnya.
14
SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058
AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Bibliografi
1. Buku Panduan Guru Tingkatan I, II, III: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. (1988).
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Shahabuddin Hashim, Dr Rozaini Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi:
Stratergi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan, Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
3. Mohd Daud Hamzah. (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus
Diploma Perguruan Malaysia. Selangor: Pearson Education.
5. Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan, Hasnul faizal Hushin Amri. (2009).
HBPE1103 Pengenalan Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
15
top related