penulisan reflektif
Post on 13-Dec-2015
254 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENULISAN REFLEKTIF
Saya Latha Raj Rajandren berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursus WAJ
3131 Kokurikulum-Persatuan telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pada
umumnya, kerja kursus ini dibahagikan kepada tiga komponen yang utama iaitu pengurusan
persatuan , pengelolaan projek, serta penulisan reflektif berkaitan dengan tugasan yang
dijalankan. Saya sangat gembira kerana saya telahpun menjejak kaki dalam komponen
terakhir kerja kursus iaitu menulis refleksi. Pada pendapat saya, penulisan refleksi ini telah
memberi peluang dan bertindak sebagai satu medium bagi saya untuk merenung,
menganalisis dan membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri sebelum,
semasa dan selepas mengendalikan kerja kursus saya.
Berdasarkan kehendak kursus WAJ 3131, kami perlu merancang dan membina satu
persatuan. Oleh itu, kami telahpun membina satu Persatuan Sains kerana Sains adalah
matapelajaran major kami. Agenda persatuan diteruskan dengan pelantikan ahli
jawatankuasa. Bagi mencipta logo persatuan kami telah mengadakan satu pertandingan
kecil dalam kelas dan di bawah satu persefahaman kami memilih logo yang sesuai dan
bermakna. Kami juga mengadakan satu sesi perbincangan untuk menentukan aktiviti-aktiviti
persatuan. Hasil perbincangan menyimpulkan bahawa persatuan kami akan mengadakan
dua projek mini dalam kawasan kampus dan satu projek major di luar kawasan kampus.
Kami mengutarakan idea dan isi perancangan kepada pensyarah kami dan beliau bersetuju
untuk meneruskan cadangan projek ini.
Dua kumpulan yang dipertangungjawabkan untuk melaksanakan projek minor telah
memenuhi matlamat mereka dengan jayanya. Pertamanya, kumpulan yang diketuai oleh
Kohila a/p Krishnasamy telah membuat aktiviti mencipta objek daripada dengan bahan-
bahan kitar semula. Kami diminta untuk mengumpulkan bahan-bahan kitar semula seperti
kertas, bahan plastik, dan tin. Walaupun mereka hanya mengendalikan aktiviti ini di dalam
kelas namun mereka juga mengambil inisiatif untuk mengedarkan ‘flyers’ tentang kelebihkan
dan kebaikan jika kita mengamalkan nilai kitar semula kepada rakan-rakan kelas lain.
Hasilnya, pelajar guru daripada kumpulan lain juga mendapat gambaran tentang projek-
projek yang kami buat. Setelah mencipta bahan-bahan dari bahan kitar semula kami
mempersembahkan hasil kami di hadapan kelas. Aktiviti ini dapat merangsangkan minda
kemahiran berfikir pelajar guru sains dan membantu mereka menghasilkan objek baharu
yang kreatif. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk mendapat idea-idea
berguna yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran nanti. Aktiviti mencipta bahan
daripada bahan kitar semula menyedarkan diri saya betapa pentingnya memelihara dan
memulihara alam sekitar yang semakin tercemar. Dengan ini, selesainya projek minor
pertama.
Seterusnya kumpulan kedua yang diketuai oleh Nivetha a/p Kannapan telah
mengendalikan suatu permainan bertemakan ‘running man’ di kawasan kampus.
Keseluruhan aktiviti projek mereka yang menarik dan seronok menyebabkan kami
menunjukkan penglibatan yang optimum. Dalam aktiviti tersebut kami perlu mencari benda-
benda yang tersembunyi dengan bantuan nota-nota ringkas yang mereka bekalkan.
Kumpulan saya telah memenangi permainan ini. Kumpulan saya telah mencari segala
benda dan jawapan dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, kumpulan saya memenangi
tempat johan dengan mendapat markah bonus. Melalui permainan ini, semangat
berpasukan dapat disemaikan dalam setiap individu.
Seterusnya, tibanya masa untuk merancang dan melaksanakan projek major.
Kumpulan saya telah merancang satu permainan yang bertemakan ‘Explore Race’. Taman
Belia, Pulau Pinang menjadi tapak pemilihan kami untuk melaksanakan projek ini. Pengajur
projek ini terdiri daripada tujuh orang. Kami bertujuh membahagikan segala kerja untuk
merancang dan mengelolahkan aktiviti ini.
Kejayaan sesuatu projek bergantung kepada sokongan moral yang ditunjukkan oleh
setiap ahlinya. Begitu jugalah dengan pihak penganjur bersama saya dalam pelaksanaan
projek ini telah berganding bahu dan bertungkus lumus untuk merealisasikan hasrat dan
mencapai matlamat yang diingini. Sumbangan setiap individu dalam usaha untuk
menjayakan projek ini adalah amat dihargai dan mereka dapat menunjukkan komitmen yang
sangat tinggi secara keseluruhannya. Dalam pelaksaan projek major ini saya berpeluang
untuk menjawat jawatan sebagai setiausaha. Pelantikan saya sebagai setiausaha projek
bertindak sebagai satu medium yang membantu saya untuk memberikan sumbangan
kepada kejayaan projek. Dalam hal ini saya melaksanakan tanggungjawab saya untuk
memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat, mencatat dan menyediakan minit
mesyuarat bagi tujuan pendokumentasian, mewujudkan semangat kekitaan dan kerja
berkelompok dalam kalangan AJK dan menyediakan kerta kerja yang diperlukan untuk
program. Penyediaan kertas kerja merupakan tugas utama saya selepas perancangan
projek kerana kertas kerja merupakan satu bentuk komunikasi bertulis yang mengandungi
idea untuk dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu secara rasmi. Dalam hal ini, saya
dapat memberi sumbangan saya dari segi penyediaan kertas kerja yang lengkap. Saya
menyedari bahawa ini merupakan satu langkah permulaan yang baik dan penyediaan kertas
kerja telah menyenangkan urusan-urusan yang hendak dilaksanakan kemudian.
Saya juga menyumbangkan idea semasa perancangan aktiviti projek kerana projek
kami lebih terjurus kepada aktiviti berstesen. Oleh itu, kami dikehendaki merancang dan
menyediakan permainan stesen yang bervariasi dan mampu menjadi sesuatu yang
mencabar serta menarik minat peserta. Sumbangan dari segi tenaga dan masa juga saya
berikan demi kejayaan projek kami di mana saya mengurus masa dengan sewajarnya
kerana kami dikehendaki membuat perbincangan dan perancangan dalam kumpulan
penganjur. Selain daripada itu, saya menyumbangkan tenaga dengan sedaya upaya
sebelum, semasa dan selepas projek dilaksanakan. Saya pasti bahawa komitmen yang
saya telah tunjukkan dan sumbangan yang dihulurkan dalam bentuk idea, masa dan tenaga
bersama-sama dengan kumpulan penganjur saya dapat membawa projek ini ke arah
kejayaan.
Pengurusan dan pengolelaan satu persatuan merupakan satu pengalaman
pemmbelajaran yang yang baharu untuk saya. Melalui pelaksanaan projek ini saya
mendapat dimensi baharu dalam minda mengenai prosedur-prosedur rasmi yang perlu
dilakukan semasa merancangkan sesuatu projek seperti penyediaan kertas kerja dan
kelulusan kertas kerja. Perancangan yang rapi dan juga teratur dari segi kewangan, alatan
dan teknikal, atur cara, makanan dan minuman, kebersihan dan keceriaan, keselamatan,
pengangkutan, fotografi, dan hadiah merupakan kefahaman yang saya dapati melalui
pelaksanaan projek ini. Bagi memastikan tugasan dalam setiap bidang di atas berjalan
dengan lancar kami telah menubuhkan kumpulan AJK kecil bagi setiap bidang bagi
melicinkan lagi urusan. Sebagai seorang ketua stesen saya menyedari kepentingan
memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dan peserta dalam
melaksanakan tugas dan aktiviti.
Pengaplikasian nilai dalam kehidupan kita merupakan sesuatu yang amat penting.
Saya dapat menyedari beberapa nilai penting telah saya peroleh dengan penglibatan saya
dalam projek ini. Pertamanya ialah nilai kepimpinan di mana sebagai seorang setiausaha,
saya telah memimpin segala mesyuarat dan ini membantu saya untuk menguasai sifat-sifat
kepimpinan seperti keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri agar saya dapat
memberi penglibatan yang maksimum untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Selain
daripada itu, semangat bekerjasama dalam kumpulan juga antara nilai penting yang dapat
saya semai dalam diri saya sepanjang pelaksanaan projek. Nilai menghormati pandangan
dan sedia menerima pandangan rakan sejagat menjadi antara nilai yang saya praktikkan
untuk memastikan tidak berlakunya perselisihan faham dan diskriminasi dalam kalangan
pihak penganjur.
Sebagai kesimpulannya, saya ingin memberikan pandangan saya bahawa tugasan
projek WAJ 3131 ini menjadi kayu ukur yang mengukur sejauhmana aktiviti yang dirancang
dan dijalankan dapat membantu merealisasikan hasrat FPK untuk menghasilkan pelajar
guru yang seimbang dari segi di samping mengutamakan penerapan nilai dan etika dalam
diri kami. Saya pasti akan menjadikan segala input ini sebagai pembelajaran bermakna dan
akan aplikasikan pada masa akan datang.
top related