pengertian refleksi ppt

Post on 02-Jan-2016

124 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

selamat membaca

TRANSCRIPT

REFLEKSIDAN PELAPORAN

PENGERTIAN REFLEKSI

Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.

“reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that support it and the further conclusions toward which it tends”.

(Dewey dalam Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and development, Oxford: Heinemann,p.89)

Satu aspek “central” bagi refleksi kritis dalam pendidikan ialah (bila pendidik) merefleksi secara kritis terhadap segala amalan pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan dengan persekolahan, dan bagi menemui cara-cara mengatasi percanggahan di antaranya untuk menghasilkan bentuk amalan baru.

APAKAH ITU REFLEKSI?

Terdapat pelbagai takrifan tentang konsep refleksi seperti yang diberikan oleh tokoh-tokoh seperti Dewey (1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shulman (1987). Shulman (1987) dalam Wong et al (2000: m.s. 13), sebagai contohnya, mendefinisikan refleksi sebagai satu fasa di mana guru pelatih [guru] meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah, yakni refleksi secara umumnya adalah berkenaan dengan:

pembelajaran daripada pengalaman proses yang dipandukan oleh data yang ada

Fokus refleksi

amalan/ tingkah laku pengajaran hasil/ akibat/ kesan kepercayaan, pegangan andaian kewajaran, kerasionalan

Hasil

kefahaman ‘baru’ kesedaran keinsafan perubahan persepsi

Prasyarat

keterbukaan minda/fikiran kesungguhan penanggungjawaban

Prosedur

Kembali kepada pengalaman (“locating oneself in an action frame…” Kemmis (1987) iaitu melihat apa yang kita lakukan, apakah yang terjadi kepada murid dsb.

Teliti perasaan Teliti kewajaran/ kerasionalan Apakah alasan bagi amalan tindakan

Alat bantu refleksi

diari / jurnal

Kesan/ akibat Melakukan Refleksi

Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang: tingkah laku atau amalan pengajarannya makna atau pengertian tingkah laku/amalan

pengajarannya tabiat atau kebisaannya – tabiat ‘melihat sesuatu, tabiat

berfikir, tabiat bertindak perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk

tanggapan atau bertindak kecekapannya membuat tanggapan, membentuk

makna/memberi pengertian, atau mengenal pasti sebab kepada sesuatu

perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi penghakiman (value judgement) memberi nilai/label terhadap sesuatu mengatakan sesuatu sebagai positif/negatif

Transformasi perspektif

Refleksi dalam konteks penyelidikan tindakan

Refleksi berlaku sepanjang kitar penyelidikan namun tumpuan ialah pada dua peringkat.

Di peringkat memulakan penyelidikan tindakan

membuat tinjauan atau analisis situasi

menentukan isu dan bidang keprihatinan

menentukan fokus penyiasatan atau perubahan

menganalisis kefahaman semasa kendiri dan orang lain

Di peringkat post tindakan dan pemantauan (berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul) penyelidik

mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan murid

menilai kembali kefahaman dan tanggapan

menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat

menentukan tindakan selanjutnya

Sedutan artikel Goh Lay Huah (2000), sebagai contohnya,

menjelaskan maksud refleksi.

I was no longer the central figure in their learning. In the first place, place, I was in control of the teaching-learning situation. I was comfortable with that. But at this stage, I no longer control the learners’ work pace and direction. Collaboration happened among them. I think that the metacognitive awareness I had of carrying out my role as facilitator enabled me to carry out intera[c]tion and input systematically, and this may have contributed the fact that the learners settled in well, which explained why.

“…I did not do as much facilitation today, because the groups have become more focused, more oriented on the task on hand. I felt that they had a lot to discuss after having understood what they had to do…. In that sense, I felt that perhaps my input to them the past week had been successful enough to put them on the right track” (300300, journal).

(Goh, 2000: m.s. 27)

Refleksi dibuat berdasarkan aspek-aspek dalam borang seperti berikut:

ASPEK-ASPEK REFLEKSI CATATAN

1.Pengalaman/PerasaanIsu etikaDilemaMasalah pelaksanaan penyelidikanCara-cara mengatasi masalah penyelidikan

1.Kesan PedagogiKelemahanKekuatan

1.Tindakan lanjutMembuat pilihan sama ada:(a)meneruskan tindakan atau(a)mengubah suai tindakan atau(a)menukar tindakan

1.Pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh dalam proses penyelidikan tindakan

PELAPORAN PANDUAN MENULIS LAPORAN PENYELIDIKAN

TINDAKAN Langkah dalam proses kajian terakhir sebelum hasil

kajian ditelitikan dan diterbitkan adalah penulisan pelaporan. Melalui proses pelaporan, guru-guru dapat mengemukakan pengetahuan yang diperolehi daripada kajian. Maklum balas dan komen-komen mengenai dapatan kajian membolehkan refleksi kendiri dilaksanakan.

Walaupun terdapat beberapa cara atau gaya penyampaian dan penulisan laporan penyelidikan tindakan, format penulisan pelaporan yang dicadangkan di sini adalah umum dan boleh digunakan sebagai rujukan. Guru pengkaji juga digalakkan mengkaji cara dan gaya penulisan laporan kajian kes yang lain untuk memperdalami pengetahuan dan kemahiran menulis laporan penyelidikan tindakan.

1. Tajuk kajian, Nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan

Pada muka surat pertama laporan tulis tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidik dan tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan

2. Penghargaan Penghargaan kepada pihak yang membantu

melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan3. Abstrak

Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian

4. Halaman KandunganSenaraikan isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk

5. Latar Belakang Kajian Terangkan latarbelakang kajian seperti

sejarah, isu, perkembangan, refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

6. Pernyataan masalah/ Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji beserta sokongan daripada kenyataan-kenyataan, penulisan, data dan sebagainya.

7. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian8. Tinjauan Bahan-bahan kajian9.

9.Metodologi Kajian Huraikan rekabentuk kajian, sasaran

kajian, batasan kajian, alat kajian, jenis penganalisisan data.

10.Perancangan Tindakan Huraikan perancangan yang anda ingin

laksanakan. Perancangan anda mungkin dalam bentuk kaedah pengajaran baru, modul, aktiviti dan sebagainya.Perancangan anda perlu bersesuaian dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.

11.Perlaksanaan Perancangan Tindakan Huraikan cara anda melaksanakan

perancangan anda serta kekangan yang dihadapi

12.Dapatan Kajian Huraikan dan bincangkan dapatan yang diperolehi.

13.Refleksi Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi

dan apakah maklumbalas ang diterima daripada proses renungan ini.

14.Kesimpulan dan Cadangan Tindakan seterusnyaBuat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan seterusnya

15.RujukanNyatakan segala rujukan yang telah anda gunakan

16.Lampiran Sertakan segala bahan yang digunakan dalam

kajian sebenar sebagai lampiran contoh: soal selidik, soalan interviu dan lain-lain

Rumusan Kuliah

2 BIDANG – i. pengenalan

penyelidikan pendidikan ii. Kajian tindakan

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN(PP)

DEFINISI PP SEBAB-SEBAB JALANKAN PP MENGENAL PASTI MASALAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF PENYELIDIKAN KUALITATIF PERBANDINGAN P. KUALI DAN KUANTI PERSAMPELAN

KAJIAN TINDAKAN

DEFINISI KONSEP, CIRI, PRINSIP PROSES-FASA,LINGKARAN REFLEKSI

top related