pengenalan pendidikan moral (ipts) - bab 1

Post on 20-Jun-2015

952 Views

Category:

Education

14 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pendidikan moral. Pengenalan kepada moral, etika, nilai. Pernyataan normatif serta deskriptif. Menggunakan buku: Muthualagan et. al (2009). Pendidikan Moral. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

TRANSCRIPT

BAB 1Pemahaman Konsep Moral

Disediakan oleh:Nor Izzuddin Bin Norrahman

Pensyarah Pengurusan, Perbankan dan Kewangan Islam

Kolej Astin, Puchong

ISI KANDUNGAN… Pemahaman Konsep Moral

Etika, Nilai dan MoralPernyataan Normatif & DeskriptifPrinsip asas nilaiPerbezaan asas nilai etika

ETIKA Etika atau ethics berasal dari perkataan

yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud adat atau kegunaan.

Etika membawa maksud perwatakan, tingkah laku dan SEKUMPULAN PRINSIP MORAL yang mempengaruhi KELAKUAN.

Etika juga didefinisikan sebagai suatu SET nilai, norma serta asas moral yang menentu dan MEMBEZAKAN SESUATU TINDAKAN MANUSIA itu sama ada betul atau salah, baik atau buruk.

Berdasarkan definisi etika tersebut, maka kod etika ditakrifkan sebagai etika yang dibentuk secara formal, ditulis dengan jelas dan dinyatakan dalam bentuk yang sistematik.

MORAL Perkataan Moral berasal dari Bahasa Latin

iaitu ‘mores’ yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi.

Moral merupakan pengetahuan tentang budi pekerti manusia yang beradab. Moral juga bererti ajaran yang baik dan buruk perbuatan dan kelakuan (akhlak).

Moralisasi, bererti huraian (pandangan, ajaran) tentang perbuatan dan kelakuan yang baik.

Demoralisasi, bererti kerosakan moral.

NILAI Kamus Dewan (1995) mendefinisikan Nilai

sebagai taksiran harga, harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian, contohnya pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain.

Nilai adalah sesuatu yang abstrak, bukan konkrit.

Nilai hanya boleh difikirkan, difahami, dan dihayati.

Nilai juga berkaitan dengan cita-cita, harapan, keyakinan, dan hal-hal yang bersifat batiniah.

Menilai bererti menimbang, iaitu kegiatan manusia yang menghubungkan sesuatu dengan sesuatu yang lain untuk mengambil satu keputusan.

PERBEZAAN MORAL & ETIKA Moral juga bersifat praktikal kerana

moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat

Etika pula bersifat teoretikal kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.

PERNYATAAN NORMATIF

PERNYATAAN NORMATIF Pernyataan Normatif

Boleh dikategorikan kepada dua: Normatif Moral Normatif bukan moral

PERNYATAAN NORMATIF MORAL

PERNYATAAN NORMATIF MORAL Pernyataan normatif moral adalah

penegasan atau pernyataan yang melahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai kita.

Menggunakan pernyataan ini untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat, benar atau salah.

CONTOH: Mengigit telinga adalah salah Mencuri adalah salah Menderma ialah baik Membantu merupakan perbuatan yang

baik

SAMBUNGAN… Menurut Abd. Rahman Aroff (1999) :

terdapat 2 cara untuk menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah dan sebagainya.

2 Cara tersebut ialah:a) Menilai PERBUATAN individub) menilai CIRI perwatakan ataupun

MOTIF

A) MENILAI PERBUATAN Juga dikenali sebagai pertimbangan nilai

obligasi atau deontic Tidak mengambil kira KESAN perbuatan

tersebut. Contoh:

Kita sepatutnya menepati janjiKita tidak boleh paksa orang untuk ikut

arahan

B) MENILAI MOTIF Juga dikenali sebagai pertimbangan

moral aretaic. Contoh:

Ali ialah seorang budak yang baikMenggantung penjenayah adalah perbuatan

yang baik.

MEMBUAT PERNYATAAN NORMATIF Terdapat dua kaedah apabila membuat

pernyataan normatif ini.a) Menasihati / menentukan patut atau tidak

“Jangan malas berusaha”b) Memerintahkan / arahan

“Peraturan kolej ini mesti dipatuhi”

PERNYATAAN NORMATIFBUKAN MORAL

PERNYATAAN NORMATIF BUKAN MORAL Pernyataan atau ayat yang mempunyai

nilai selain dari nilai moral. Domain bukan moral. Domain yang

merujuk kepada:Agama atau rohaniEstestika (keindahan/keselesaan)Ekonomi IntelekKebendaan dan fizikal

(Keselamatan/pembangunan)PolitikSosial

SAMBUNGAN… Frankena (1973) : istilah-istilah nilai

bukan moral digunakan untuk menilai sesuatu BENDA lain.

Contoh:Buku ini sangat baik

PERNYATAAN DESKRIPTIF

PERNYTAAN DESKRIPTIF Abd. Rahman Aroff (1999):

Pernyataan deskriptif = Pernyataan Bukan Normatif

BEBAS daripada sebarang NILAI atau tidak berkatian dengan nilai moral

Pernyataan value-neutralBerbentuk LAPORANPernyataan yang menyatakan FAKTA atau

LOGIK

CONTOH: Contoh bagi pernyataan deskriptif:

Bas ini berwarna kuningBas ini besar

PRINSIP ASAS NILAI

PRINSIP ASAS NILAI Moral = Nilai, tetapi bukan semua nilai

adalah moral. Rokeach, M. (1973): Nilai boleh

BERUBAH tetapi masih stabil dalam kehidupan seseorang dan masyarakat.Contoh:

Nilai masyarakat di Malaysia berbeza dengan masyarakat di England.

FUNGSI-FUNGSI NILAI Eow B.H. (2001) – Nilai mempunyai

pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi nilai:

Sebagai satu KRITERIA, piawaian, garis panduan (Standard)

Sebagai satu TUNJUK ARAH, rujukan dan panduan.

Sebagai BATASAN (Restriction).

PERBEZAAN ASAS NILAI ETIKA

PERBEZAAN ASAS NILAI ETIKA Dalam asas nilai etika, terdapat banyak CARA

atau konteks dalam menggunakan sesuatu nilai. Berikut merupakan tiga konteks utama yang

membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:

Nilai yang digunakan untuk menunjukkan HUBUNGAN antara nilai: Nilai instrumental / Ekstrinsik Nilai Intrisik

Nilai yang menunjukkan PANDANGAN: Nilai subjektif Nilai Objektif

Nilai untuk menunjukkan APA YANG DINILAI: Nilai Relatif Nilai Absolute / Mutlak

NILAI INSTRUMENTAL / EKSTRINSIK Kualiti yang diterima / ditolak sebagai

alat untuk mencapai matlamat. BERGANTUNG kepada nilai lain untuk

mencapai sesuatu matlamat. Nilai peringkat kedua (Second order

value) seperti berani, rajin dan sebagainya.

Contoh:Mengenakan hukuman bunuh (1) kepada

pengedar dadah bagi menghapuskan kegiatan dadah(2).

NILAI INTRINSIK Kualiti yang diterima atau ditolak semata-

mata kerana PERBUATAN itu baik atau buruk TANPA mengira KESAN.

Tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat. Nilai tersebut sendiri adalah matlamat akhir.

Dipanggil sebagai first order value

Contoh: Membunuh ialah perbuatan yang tidak baik.

NILAI SUBJEKTIF Kualiti yang diterima atau ditolak

melalui pandangan INDIVIDU.

Pandangan PERIBADI menentukan sesuatu itu baik ataupun buruk.

Contoh:Ali tidak menyukai Program Latihan

Khidmat Negara (PLKN)

NILAI OBJEKTIF Kualiti yang bernilai atau sebaliknya

yang bebas daripada pandangan peribadi.

Ditentukan dengan PANDANGAN UMUM/ORANG ramai tentang baik atau buruk sesuatu nilai tersebut.

Contoh:Masyarakat Malaysia tidak bersetuju

dengan pencerobohan Israel dalam negara Palestin.

NILAI RELATIF Nilai yang diterima atau ditolak oleh

PERATURAN sesuatu MASYARAKAT untuk mencapai matlamat masyarakat tersebut.

Ianya tidak sempurna, berbeza-beza dan selalu berubah-ubah.

Contoh:Di Belanda (Netherlands) membolehkan

rakyatnya berkahwin sesama jenis.

NILAI MUTLAK (ABSOLUTE) Nilai yang TIDAK TERIKAT dengan

peraturan umum masyarakat. Nilai ini diterima umum pelbagai

masyarakat dan TERBUKTI sebagai baik atau buruk.

Contoh:Mengambil dadah itu perkara yang tidak

baik.

SEKIAN, TERIMA KASIH

TUTORIAL Berikan maksud Moral. Berikan maksud Etika. Berikan perbezaan antara moral dan

etika.

TUTORIAL

Tuliskan 2 pernyataan normatif tentang rumah tersebut.

Tuliskan 2 pernyataan deskriptif tentang rumah tersebut.

PETA MINDA BAB 1

Bab 1

top related