pengarah hospital seperti lampiranaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2011/edaran_bil132011.pdf ·...

Post on 30-Jan-2020

29 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIABAHAGIAN AKAUNARAS 6, BLOK E7, KOMPLEKS E

IU-~. ._)J PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN-, ••••••• r : (. ee ' 62 90. ~..;.;..;.=~ 5 WP PUTRAJAYA

MSISO/EC17021:2006QS02U1!199CI 01

CERl1F1ED TO 150 9001 : 2001ICERT. NO. : A114U3

Telolon : 03-18833252Fax: 03-SSS91030Litman Web: hltp:/leccount.moh.lov,my

Ruj. Kami : (2~) dim KKA.173jUATjl00 Jld. 2Tarikh : J. '). Disember 2011

PENGARAH HOSPITALSEPERTI LAMPIRAN

Y. Bhg. Tan SrijDatukjDato'jDatinjTuanjPuan,

SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BIL. 13 TAHUN 2011

PENAMBAHBAIKAN KAWALAN DAlAMAN BAGI SISTEM PENGURUSANBIL PESAKIT DI HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .•

2. Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kes kehilangan wangkutipan hasil di hospital yang berpunca daripada pembatalan resit, pindaankepada bil pesakit dan pengeluaran resit manual yang tidak dikemaskini ke dalamsistem.

3. Kementerian memandang serius kes kehilangan wang dan menggariskanbeberapa penambahbaikan sebagai kawalan dalaman yang perlu dipatuhi olehsemua hospital yang menggunakan Sistem Pengurusan Bil Pesakit Di Hospitalseperti berikut:-

3.1 Pembatalan Resit dan Pindaan kepada Bil Pesakit

i) Pegawai yang diberi kuasa untuk mengeluarkan resit tidak bolehdiberi kuasa untuk membatalkan resit atau membuat pindaankepada bil pesakit. Peranan atau kod capaian untuk membatalkanresit dan membuat· pindaan kepada bil pesakit hanya bolehdiberikan kepada penyelia sahaja.

ii) Penyelia yang boleh melaksanakan proses pembatalan resit danpindaan bil pesakit perlulah dihadkan bilangannya bergantungkepada kesesuaian organisasi.

iii) Juruwang perlu mengisi borang permohonan untuk membatalkansesuatu resit dan mengemukakan borang tersebut berserta resitasal kepada penyelia. Sekiranya resit asal hilang, surat akuanbersumpah hendaklah dikemukakan kepada penyelia untuktujuan pembatalan.

Excellent Accounting @ Your Service

,

iv) Sebarang pindaan kepada bil pesakit hendaklah disokong dengandokumen sokongan dan disimpan bagi tujuan audit.

v) Pembatalan dan pindaan bil pesakit perlu dimaklumkan kepadapenyelia serta-merta atau dengan segera tanpa perlu menunggusehingga penghujung hari.

vi) Penyelia perlu menyemak Laporan Resit Batal, resit asal, borangpermohonan dan dokumen sokongan berkaitan pada setiaphujung hari sekiranya terdapat pembatalan resit atau pindaan bilpesakit hospital.

vii) Laporan Resit Batal serta resit asal hendaklah dikemukakanbersama-sama Akaun Tunai Bulanan ke Bahagian Akaun untukdisemak pada setiap bulan TANPA GAGAl.

3.2 Pengeluaran Resit Manual Yang Tidak Dikemaskini KeDalam Sistem

i) Pemantauan dan penyeliaan yang rapi ke atas penggunaan resitKew. 38 perlu dilakukan oleh Penyelia.

ii) Laporan Resit Manual, salinan audit resit Kew. 38 dan PenyataMengenai Borang-Borang Hasil Yang Digunakan (Kew. 68)hendaklah dikemukakan bersama-sama Akaun Tunai Bulanan keBahagian Akaun untuk disemak pada setiap bulan TANPAGAGAl.

3.3 Tanggungjawab Pegawai

i) Penyelia perlu membuat pemantauan setiap masa terhadapkutipan hasil, pembatalan resit dan pindaan kepada bil hospitalyang dibuat oleh juruwang.

ii) Individu adalah bertanggungjawab ke atas kata laluan(password) masing-masing.

iii) Tindakan segera perlu diambil sekiranya didapati pembatalanyang terlalu kerap atau keadaan-keadaan yang mencurigakan.

4. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama dan perhatiansemua pihak yang bertanggungjawab mengenai kutipan hasil di hospitalmematuhi kawalan dalaman yang telah digariskan di atas supaya kehilangan wangawam tidak berlaku lagi.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

enurut perintah,

(KAMARUDIN BIN Hl ABD GHANI)Setiausaha BahagianBahagian Akaunb.p Ketua SetiausahaKementerian Kesihatan Malaysia03-8883 3181

s.k

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)Kementerian Kesihatan Malaysia

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)Kementerian Kesihatan Malaysia

Setiausaha Bahagian (Kewangan)Kementerian Kesihatan Malaysia

PengarahJabatan Kesihatan Negeri PerlisTingkat 8, Bangunan PersekutuanPersiaran Jubli Emas01000 KangarPerlis Indera Kayangan

PengarahJabatan Kesihatan Negeri KedahJalan Sultanah05350 Alor SetarKedah Darul Aman

top related