abm kepentingan (matematik) penambahbaikan

26
SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492) PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108) Pengenalan Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Asas-asas kecerdasan ini perlu diperkaya dengan alam sekeliling yang baik supaya ianya dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapai peringkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalaman tetapi semenjak saat tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya inilah dan dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia.

Upload: siti-hajar

Post on 28-Oct-2015

309 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Pengenalan

Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan

ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling

mereka. Asas-asas kecerdasan ini perlu diperkaya dengan alam sekeliling yang baik

supaya ianya dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Biasanya, asas kecerdasan

yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar

bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapai peringkat

optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalaman

tetapi semenjak saat  tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan

daripada alam sekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya inilah dan

dengan pertolongan pancaindera, mereka mula menganggap dan memproses

rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yang bermakna.

            Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran.

Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh

kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman.

Sungguhpun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua

rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar

ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang

demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan,

ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang

berkesan.

            Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu

merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan

bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan

supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Page 2: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan

bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap

prestasi para pelajar.

Definisi Alat Bantu Mengajar (ABM)

Alat bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau

murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan

mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-

gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran

yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,

merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif

khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa

penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan

penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.

Atan Long (1982:174) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu

mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau

slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian

pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’.

Menurut Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963), hanya alat bantu

mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar

memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah

dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Page 3: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam sesuatu

pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran. Alat

bantu mengajar juga boleh menimbulkan ransangan dan keinginan pelajar untuk

mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan

pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Objektif Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Menurut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964:65), jika alat bantu

mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai dalam sesuatu situasi

pengajaran, objektif-objektif berikut mungkin tercapai :

1. ABM menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.

2. ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.

3. ABM menghasilakn pembelajaran yang lebih kekal.

4. ABM member pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sensiri di

kalangan pelajar.

5. ABM membina pemikiran yang berterusan, terutama melalui penggunaan filen-

filem bergerak.

6. ABM membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

7. ABM menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui

bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Page 4: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Prinsip Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Pelbagai bahan bantu mengajar – berbagai ABM dapat mempelbagaikan kegiatan

atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada

mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan

rekaan, pengalaman, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-

filem dan sebagainya.

Mutu bahan bantu mengajar - Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada

pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan

bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat.

Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa

– sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk

huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari

bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-

jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

Kecekapan Menggunakan ABM - Kecekapan seseorang guru menggunakan ABM

adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan

atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan ABM dan tidak

mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. ABM sentiasa

berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Guru harus

pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan

teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan

Page 5: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Kesesuaian ABM - ABM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang

hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-

sia sahaja

Kepentingan Alat Bantu Mengajar

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan

pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman

maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan  berinteraksi

dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang

dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap

masalah yang diberi. 

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan

ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri

di kalangan pelajar

Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem

bergerak.

Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata

pelajar.

Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih

mendalam dan beragam.

Page 6: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan ABM seperti

berikut:

memberi rangsangan dan minat murid-muird.

menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak

pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan

daripada murid-murid.

membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan

pembelajaran mereka lebih kekal.

menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh

cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam

dan beragam.

dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat

menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Page 7: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Ciri-ciri ABM yang Sesuai untuk Murid Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran

Penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran bukanlah dibuat dengan sewenag-wenangnya. Setiap alat bantu

mengajar yang akan digunakan dalam pengajaran matematik, terlebih dahulu perlu

diteliti kriteria pemilihannya.

Erickson dan Curl ( 1972:66) memberikan kriteria pemilihan alat bantu mengajar

seperti berikut :

1. Isi kandungannya berguna dan penting kepada pelajar.

2. Isi boleh menarik minat pelajar.

3. Format dan corak persembahan boleh member kesan kepada organisasi

dan susun atur aktiviti pelajar.

4. Bahan yang digunakan sah, mudah didapati dan muktahir.

5. Fakta dan konsep dikaji dari sudut kepadatannya.

6. Berkaitan dengan objektif khusus atau aktiviti menyelesaikan masalah.

7. Isi kandungan dan persembahannya sesuai dengan keadaan dan nilai

semasa.

8. Kualiti teknikal yang memuaskan.

9. Isi kandungan dan struktur sesuatu ABM menunjukkan perancangan

yang rapi.

10.Bahan tersebut telah pernah diuji dan menilainnya.

Page 8: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Alat Bantu Mengajar Matematik

Rajah 2 : Kad Bergambar

Rajah 3 : Pembilang

Page 9: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Rajah 3 : Papan Selit

Page 10: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Masalah pembelajaran dalam matematik

Ramai pendidik percaya yang ramai pelajar yang gagal uttuk menguasai konsep,

kemahiran dan strategi penyelesaian masalah dalam matematik (Cawley & Miller,1989;

Schid,1990).

Mengikut perspektif metakognitif, pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran

dikenalpasti mempunyai kesukaran dalam :

a) kebolehan menyelesaikan masalah

b) mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai

c) menyusun maklumat yang telah dipelajari

d) menjalankan proses penyelesaian masalah

e) menghuraikan masalah untuk ketepatan dan

f) membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai

(Charles-Julkowski,1985 ; Goldman,1989).

Metakognitif merujuk kepada pengetahuan pelajar tentang kemahiran, strategi-strategi

dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan dan kebolehan

untuk digunakan semasa menjalankan tugas ( Baker & Broen,1984). Berdasarkan

kajian, kesalahan kecuaian pengiraan dan kelemahan dalam mengingat kembali fakta

penambahan dan pendaraban dalam semua tahap kebolehan. Algoritma termasuk

langkah-langkah yang spesifik untuk menyelesaikan masalah matematik

(Roberts,1968).

Majoriti kesalahan yang dilakukan oleh pelajar kerana mereka gagal untuk memahami

Page 11: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

konsep pendaraban dan bahagi (Cox,1975). Dalam kajian yang dijalankan ke atas 213

pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, majoriti kesalahan yang dilakukan

adalah disebabkan kesilapan pada kemahiran terdahulu (prerequisite skills). Kesilapan

dalam pendaraban pula disebabkan kurang pengetahuan fakta darab dan kemahiran

menambah. Kesilapan yang biasa dilakukan dalam bahagi termasuk kesilapan dalam

menolak dan mendarab.(Miller & Milan, 1987)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka pelbagai program untuk membantu

murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Program 3M (Membaca,

Menulis dan Mengira) telah diperkenalkan semenjak tahun 1960-an bagi memantapkan

usaha membantu kira-kira 100,000 murid sekolah rendah dikenal pasti belum

menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Pada tahun 1983, apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

diperkenalkan, satu usaha telah diwujudkan untuk membantu murid yang tidak dapat

menguasai 3M melalui Program Pemulihan Khas. Bagi memastikan sasaran semua

murid sekolah rendah yang tidak mempunyai masalah kesihatan menguasai kemahiran

3M akhir Tahap Satu iaitu selepas tamat persekolahan Tahun Tiga itu tercapai, satu

garis panduan berkenaan antara lain menekankan kepentingan penubuhan

Jawatankuasa Pemulihan Khas peringkat jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat

pelajaran daerah (PPD) dan sekolah bagi memantau perkembangan pelaksanaannya.

Pengenalan garis panduan itu juga diharap dapat memastikan pelaksanaan program

lebih sistematik, sekali gus mengurangkan jumlah murid normal yang masih belum

menguasai kemahiran 3M. Selain itu, ia turut membolehkan murid berkeperluan khas

iaitu yang mempunyai masalah kesihatan seperti disleksia dan masalah pembelajaran

lainnya dikenal pasti sejak awal lagi.

Bermula tahun 2010, Program LINUS telah dilaksanakn bagi menggantikan Program

Page 12: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

KIA2M (Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis). Program LINUS adalah

singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance

Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan

untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan

rendah menjelang 2012. Literasi adalah merujuk kepada kebolehan untuk membaca,

menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta

mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Numerasi pula adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta

memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta

kemahiran matematik dalam kehidupan seharian. Program ini akan dilaksanakan

bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan

melalui Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September).

Pada dasarnya, kurikulum pendidikan untuk murid berkeperluan khas masih lagi

mengalami pelbagai kekurangan iaitu daripada guru terlatih dalam bidang pendidikan

khas, kewangan, kemudahan, pakar dan termasuk kurikulum yang sesuai. Di samping

itu, belum lagi wujud program intervensi awal yang teratur dan komprehensif bagi

membantu kanak-kanak istimewa ini dan juga ibu bapa mereka sebelum mereka masuk

ke sekolah.

Penggunaan Bahan BantuMengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

satu alternatif dalam usahamenjayakan agenda tersebut. Guru seharusnya kreatif

dalam pengajaran mereka supaya dapat menarikminat pelajar terhadap proses

pembelajaran. Peranan guru adalah penting untukmewujudkan kreativiti di dalam bilik

darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telahmenyatakan bahawa; “ kreativiti di dalam

bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan

mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang

boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah: Pertambahan minat murid-murid

Page 13: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

dalam mata pelajaran yang diajar. Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama

antara satu sama lain. Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam

pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.” Berdasarkan

apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat pentingsekali bagi guru-guru

matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yangkreatif serta sesi

pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terusbelajar dengan

penuh keyakinan.

Page 14: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Selasa Masa : 8.45 – 9.45 pagi Mata pelajaran : Matematik

Tarikh : 26/2/2013 Tingkatan : Khas Gemilang Bil. Murid : 6 orang

Tema : Matematik

Tajuk : Operasi tambah dalam lingkungan 10

Standard Kandungan : 3.2 Menambah sebarang dua nombor.

Standard Pembelajaran : 3.2.2 Menambah sebarang dua nombor 0 hingga 10 tanpa

mengumpul semula dengan menggunakan gambar.

Objektif : 1. Murid dapat menjumlahkan dua kumpulan gambar.

2. murid dapat mengira bilangan gambar secara menaik.

Hasil Pembelajaran : Murid dapat melakukan operasi tambah sebarang dua nombor 0

hingga 10 dengan menggunakan gambar.

Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan

Nilai : Keberanian, kerjasama dan bertanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar : Kad tingkap, gula-gula

Page 15: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Langkah /

masa

Isi Pelajaran Aktiviti Guru Akriviti Murid Catatan

Set

Induksi

(5 Minit)

Aktiviti

Meneka

Benda

Guru meminta murid

meneka benda yang

berada di dalam dua

genggaman guru.

Guru menunjuk

gula-gula yang

terdapat dalam

genggaman guru.

Guru meminta

murid-murid

mengira bilangan

gula-gula di atas

tangan kiri dan

tangan kanan lalu

menjumlahkan.

Guru menyatakan

tajuk pembelajaran

pada hari ini.

Murid meneka benda

yang berada dalam

genggaman guru.

Guru melihat gula-

gula yang terdapat

dalam genggaman

guru.

Murid mengira

bilangan gula-gula

dan

menjumlahkannya.

Murud mendengar

penerangan guru.

BBM :

Gula-gula

Langkah 1

(10 Minit)

Aktiviti kad

tingkap

Guru tunjuk

cara

Guru menggunakan

kad tingkap untuk

mengajar murid cara

mengira

menggunakan

gambar.

Guru memasukkan

Murid melihat cara

guru mengira

menggunakan

gambar.

Murid mengira

gambar lebah dan

menjumlakan

BBM:

Kad

Tingkap

Page 16: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

kad bergambar ke

dalam kad tingkap.

Guru meminta murid

mengira bersama-

sama dengan guru.

Guru membimbing

murid mengira dan

berbincang jawapan

bersama-sama

murid.

gambar lebah

bersama-sama guru.

Langkah 2

(20 Minit)

Aktiviti kad

ringkap antara

guru dengan

murid.

Guru menggunakan

kad tingkap yang

bergambar ayam.

Guru meminta

seorang murid

bangun secara

rawak dan datang

ke hadapan untuk

mengira dan

menjumlahkan

jumlah ayam yang

terdapat dalam

operasi tambah kad

tingkap tersebut.

Aktiviti diulang

dengan kad tingkap

bergambar

kumbang dan

burung.

Murid melihat kad

tingkap yang

ditunjukkan oleh

guru.

Seorang murid keluar

ke hadapan untuk

mengira dan

menjumlahkan

bilangan gambar

ayam pada kad

tingkap.

Murid dibimbing oleh

guru untuk menjawab

soalan yang

diberikan oleh guru.

BBM :

Kad

tingkap

Page 17: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Murid dipanggil

secara rawak untuk

menjawab soalan

sambil dibimbing

oleh guru.

Langkah 3

(15 Minit)

Aktiviti

lembaran

kerja

Guru mengedarkan

lembaran kerja

kepada setiap murid

mengikut aras

masing-masing.

Guru menerangkan

kepada murid

tentang arahan dan

cara menjawab

soalan yang

diberikan.

Guru membimbing

murid menjawab

solan apabila

diperlukan.

Murid menerima

lembaran kerja

daripada guru.

Murid mendengar

penerangan daripada

guru.

Murid menjawab

soalan sambil

dibimbing oleh guru.

BBM :

Lembaran

Kerja.

Penutup

(10 Minit)

Guru

mengumpulkan

lembaran kerja yang

telah disiapkan oleh

murid.

Guru bertanya murid

tentang aktiviti

pelajaran yang telah

Murid menyerahkan

lembaran kerja

kepada guru.

Murid menjawab

soalan yang

diberikan oleh guru.

Murid bersoal jawab

bersama-sama

Page 18: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

diajar.

Guru bersoal jawab

dengan muriddan

mengira bersama-

sama gambar

haiwan pada kad

tingkap dan

menjumlahkan.

dengan guru.

Page 19: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Rumusan

Rumusannya, telah jelas membuktikan bahawa penggunaan alat Bantu mengajar

(ABM) adalah penting kerana dengan penggunaannya bukan sahaja pembelajaran

pelajar menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di

diperkembangkan lagi; ia juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta dapat

menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Apabila

pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi berkesan , bererti objektif kurikulum telah

tercapai.

Page 20: ABM KEPENTINGAN (Matematik) Penambahbaikan

SITI HAJAR BINTI HJ MOHD ZAKI (821124-07-5492)

PPG PENDIDIKAN KHAS SEMESTER 4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK (PKP 3108)

Bibliografi

Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri

Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam

Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd

Newby, Stepich, Lehman&Russell. (2006). Educational Technology for Teaching and Learning. (3rd ed.) New Jersey : Pearson.

Raja Sabaruddin Abdullah & Suliman Miskon. (1988). Panduan Teknologi Pendidikan. Petaling Jaya : Percetakan Solai Sdn. Bhd.

Razali Nor. (1994). Teknologi Pendidikan 1 Media Bukan Unjuran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1986). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Smaldino, Russell, Heinich &Molenda. (2005). Instructional Technology and Media for Learning. (8th ed.) New Jersey : Pearson

Yusup Hashim. (1996). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Penerbitan Fajar Bakti SDN BHD. Selangor Darul Ehsan.