pendidikan sivik dan kewarganegaraan tahun 5 makanan seimbang (brochure)
Post on 04-Aug-2015
145 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PROJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Tajuk : Tema 1 Sayangi Diri, Unit 2
Pengurusan Diri,Makanan Seimbang
Nama : Khairul Imran Bin Khalip
Kelas : 4 AL -FARABI
Guru Matapelajaran : CIKGU SALWATI
PENGHARGAAN
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan kartinah , guru mata
pelajaran Sivik yang telah memberikan panduan dan tunjuk ajar dalam
menyiapkan tugasan projek ini. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ibubapa saya yang telah
membantu saya dalam menyiapkan projek ini.
PENGENALAN
Makanan seimbang bermaksud makanan yang mengandungi zat, vitamin dan
mineral yang mencukupi. Hasil pemakanan seimbang akan menjadikan seseorang itu
sihat dan cergas. Makanan seimbang amat penting dalam diet seharian.
OBJEKTIF PROJEKa) Saya mendapat pengelaman
mencari maklumat daripada pelbagai sumber.
Maklumat Makanan Seimbang
Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin,
tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini
dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan
hasil tenusu, lemak dan gula-gula.
Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi
membantu mengatasi stres.
Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang
diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu
mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan
seperti piramid makanan.
PIRAMID MAKANAN Berdasarkan piramid makanan seseorang perlu mengambil
makanan mengikut kadar berikut:
1. Makan paling banyak tediri dari karbohidrat seperti nasi, roti,
mee, bijirin dan lain-lain.
2. Makan banyak terdiri dari vitamin seperti pisang, lobak,
oren, kacang panjang, betik dan lain-lain.
3. Makan sederhana terdiri dari protein seperti ikan, ayam, daging,
susu dan lain-lain.
4. Makan paling sedikit terdiri dari lemak seperti minyak, planta,
gula dan lain-lain.
PENUTUP RUMUSAN
Setelah bertungkus-lumus menyiapkan projek ini. Saya mendapat lebih
pengetahuan tentang permakanan dari sumber-sumber maklumat yang
diambil untuk melengkapkan projek ini. Saya juga mendapat pengetahuan bahawa makanan karbohidrat adalah
makanan yang paling banyak perlu diambil.Saya telah mendapat
pengajaran bahawa kita perlu makan berpandukan piramid makanan.
*SEKIAN TERIMA KASIH*
top related