pedagogi produktif
Post on 27-Nov-2015
271 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
1.0 Pendahuluan
Pedagogi ialah kajian mengenai
pengajaran, khususnya pengajaran dalam
pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah
sains dan seni mengenai cara mengajar di
sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan
mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin
menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang
kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian
mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan
juga interaksi guru dengan pelajar.
Dari segi etimologinya,
perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa
Yunani paidagogos, hamba yang menghantar
dan mengambil budak-budak pergi balik dari
sekolah. (lihat Paideia.)
Mereka yang
mahu menjadi
guru mesti tahu
mengenai
pedagogi.
2
Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-
kanak, yang menjadikan sebab kenapa
sebahagian orang cenderung membezakan antara
pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi
(mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani
untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan
dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya
boleh ditukar guna.
Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi
pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang
dimaksudkan sebagai Taksonomi Bloom. Menurut
Taksonomi Bloom, pengajaran boleh terbahagi
kepada:
Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti
kefahaman, pengetahuan dan analisa.
Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti
kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
Pedagogi
Mengajar kanak-
kanak
Andragogi
Mengajar orang
dewasa
3
Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu
tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan
pengajaran dan pembelajaran semula jadi,
pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak
wujud.
Contohnya, apabila seorang guru ingin
mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu
mengajar pelajar itu cara memegang pensel
(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya
(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat
untuk belajar menulis (bidang afektif).
Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas
dan mendalam. Perbincangannya boleh dibahagi
kepada dua bahagian yang besar iaitu:
Perkaedahan pengajaran
Teori pembelajaran dan pengajaran
Pedagogi satu ilmu
yang sangat luas.
4
Pada lazimnya, seorang bakal guru akan
mendalami kedua-dua bidang ini sebelum menjadi
seorang guru. Tetapi disamping itu, bakal guru
juga harus mempelajari perkara-perkara seperti
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah,
kurikulum sekolah, cara mengajar , Interaksi guru
dengan pelajar dan sebagainya.
Seorang guru dalam menjalankan tugasnya
sebagai pendidik di sekolah, perlu mempunyai
satu set ilmu tentang bagaimana cara mendidik
murid-murid. Guru bukan hanya sekadar mahir
dalam menyampaikan pengajaran, tetapi guru juga
harus mampu membangunkan peribadi murid-
murid, mengembangkan watak mereka, serta
menajamkan pemikiran dan naluri murid-murid.
Pedagogi merupakan ilmu yang mengkaji
bagaimana cara untuk seorang guru membimbing
murid-murid, bagaimana harus berhadapan
dengan murid, apakah tugas seorang pendidik,
dan apakah tujuan pendidikan tu diberikan kepada
murid-murid.
Guru bukan hanya
mahir
menyampaikan
ilmu tetapi juga
harus mampu
membangunkan
sahsiah murid.
5
Secara umumnya, pedagogi boleh di anggap
sebagai ilmu pendidikan yang meniktik beratkan
kepada pemikiran, matlamat pendidikan serta
bagaimana guru harus membimbing dan mendidik
murid-murid.
Pedagogi merupakan suatu teori yang teliti,
kritis, dan mempunyai objektif mengembangkan
konsep-konsep mengenai hakikat proses
pendidikan.
Secara ringkasnya, pedagogi dapat
disimpulkan sebagai panduan ilmu pendidikan
untuk guru-guru menguasai kemahiran-kemahiran
dalam merancang, melaksana dan mentaksir
pengajaran dan pembelajaran serta bagaimana
mahu mewujudkan suasana yang kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih
berkesan dan bermakna.
Pedagogi satu ilmu
yang menitik
beratkan
pemikiran,
matlamat
pendidikan &
bagimana guru
membimbing
murid.
6
1.1 Latar Belakang Dan Konsep
Pedagogi Produktif
Pedagogi adalah strategi yang digunakan
oleh guru untuk mengajar murid secara
profesional, manakala Pedagogi Produktif adalah
kaedah yang digunakan di dalam bilik darjah yang
fokusnya adalah pada memberikan arahan yang
bertujuan untuk meningkatkan hasil pembelajaran
murid.
Pedagogi Produktif adalah nama yang
diberikan kepada model multidimensional latihan
bilik darjah. Ia juga dikenali sebagai rangka kerja
untuk pembangunan professional yang
memfokuskan kepada latihan bilik darjah dan
perhatian amat diberikan kepada kesaksamaan
dalam pendidikan. Sesetengah strategi yang
digunakan oleh guru hanya sesuai untuk teknik
Apakah yang
dimaksudkan
dengan Pedagogi
Produktif??
7
pengajaran yang tertentu sahaja dan bergantung
kepada kumpulan atau sebagainya dan guru
harus membuat pemilihan untuk menggunakan
teknik yang dirasakan sesuai.
Pedagogi produktif berbeza dengan
pendekatan lain. Ia sangat komprehensif dan
tidak hanya memfokuskan kepada satu aspek
atau kaedah pengajaran sahaja.
Pedagogi Produktif juga merupakan satu
rangka kerja umum dimana guru boleh memilih
dan mengembangkan strategi pengajaran dengan
Apa yang diajar?
Kepelbagaian gaya pendidikan
Latar belakang murid-murid mereka.
Pedagogi Produkrif merupakan projek tahap
pertama dari program pembelajaran dan
pembangunan bagi menyokong pembaharuan
kurikulum yang mula diperkenalkan di semua
sekolah di Queensland bermula tahun 2001.
Pedagogi produktif berbeza
dengan pendekatan lain.
Ia sangat komprehensif dan
tidak hanya memfokuskan
kepada satu aspek atau kaedah
pengajaran sahaja.
8
Ia merupakan strategi yang melibatkan
sekolah dalam pembangunan profesional dalam
pedagogi produktif dan penilaian produktif.
Pada asasnya, pedagogi produktif
menggunakan strategi dan konsep pembelajaran
yang sedia ada cuma diubah kepada modul yang
sederhana. Namun dengan berdasarkan kepada
penilaian faktor-faktor tersebut, peningkatan
kesedaran guru adalah yang paling penting kerana
ia menyumbang kepada kejayaan program
tersebut.
Menurut Profesor Jenny Gore dari University
Of Newcastle menyatakan bahawa pedagogi
produktif yang menarik adalah penting untuk
menarik minat pembelajaran murid. Beliau juga
menyatakan pendidikan dahulu lebih menekankan
persekitaran pembelajaran, kemahiran khusus dan
semua sukatan pelajaran. Tetapi sebenarnya kita
terlepas pandang tentang fokus dan cabaran
intelektual kepada semua pelajar.
pedagogi produktif
yang menarik
adalah penting
untuk menarik
minat
pembelajaran
murid
9
Peningkatan kepada kualiti intelektual
melibatkan pengenalan kepada pengetahuan dan
tidak hanya kepada matlamat semata-mata. Hal
ini menggalakkan pelajar untuk berfikir aras tinggi
dan pendekatan kepada pengetahuan di mana ia
melibatkan penyampaian idea dan hujah yang
bertentangan dengan pendekatan ‘memberi’. Hal
ini bertujuan untuk memastikan pelajar “belajar
bekerja daripada sibuk bekerja”. (Jenny).
“Belajar bekerja daripada
sibuk bekerja”. (Jenny).
10
1.2Ciri-Ciri Pedagogi Produktif
Dalam pedagogi produktif, guru sentiasa
akan dinilai sama ada guru itu mempunyai kualiti
yang tinggi atau guru itu berkualiti sederhana atau
berkualiti rendah. Guru yang mempunyai tahap
yang tinggi dikatakan sangat berbeza daripada
mereka yang mempunyai kualiti yang rendah.
Guru-guru yang dikatakan mempunyai kualiti
tinggi dapat dilihat daripada beberapa perkara
seperti rasa tanggungjawab kepada murid.
Guru bertanggungjawab bagi memastikan
murid memahami kemahiran yang diajar dan guru
juga bertanggungjawab untuk menarik minat murid
untuk belajar dan memperolehi ilmu pengetahuan.
Guru juga menggunakan pelbagai pendekatan
berdasarkan teori atau generalisasi yang tertentu.
Guru bertanggungjawab bagi memastikan murid memahami kemahiran yang diajar
11
Pendekatan pengajaran pedagogi produktif
sering digunakan oleh guru yang berkualiti tinggi
untuk mendekati murid dan memulakan proses
pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau
sesuatu kemahiran.
Selain itu, guru yang mempunyai kualiti yang
tinggi juga seorang yang sangat berkesan dalam
meningkatkan hasil pembelajaran murid. Guru ini
juga dapat menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran agar murid yang diajar
mempunyai kualiti yang tinggi seterusnya
melahirkan murid yang berkualiti. Contohnya,
katakanlah guru ingin mengajar menggunakan
teknik bercerita, sebelum guru mengajar teknik
tersebut guru tersebut haruslah menguasai dahulu
teknik tersebut dan mampu bercerita di hadapan
murid-murid. Sebagai seorang guru yang
berkualiti tinggi, guru amat menyedari peranan
mereka sebagai seorang guru.
Guru yang
berkualiti tinggi,
menyedari
peranan mereka
sebagai seorang
guru
12
Peranan sebagai seorang guru, bukan hanya
dari segi memberi ilmu pengetahuan malah lebih
dari itu. Guru haruslah menjaga penampilan
mereka di hadapan murid agar murid
mempercayai guru dan dapat berkongsi segala
hal. Terutamanya pelajar di sekolah rendah,
murid-murid sentiasa memerhatikan cara guru
bercakap, cara guru berpakaian dan perwatakan
guru.
Pemahaman yang mendalam tentang
kurikulum juga merupakan antara ciri seorang guru
yang berkualiti tinggi. Kurikulum merupakan satu
rancangan yang meliputi ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan unsur kebudayaan
masyarakat Malaysia.
Kurikulum berperanan untuk menyerlahkan
potensi pelajar dari segi intelektual, jasmani,
rohani, emosi dan sosial dengan seimbang dan
menyeluruh.
Murid-murid sentiasa memerhatikan cara guru bercakap, cara guru berpakaian dan perwatakan guru.
13
Oleh itu, guru yang mempunyai
pengetahuan yang mendalam terhadap kurikulum,
akan berusaha untuk menghasilkan pelajar yang
seimbang seterusnya menghasilkan tenaga mahir
dan terlatih untuk keperluan negara pada masa
akan datang.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga
bertujuan untuk meningkatkan tahap produktiviti
dan daya saing negara dalam menghadapi
cabaran dan tekanan besar persaingan pada abad
ke 21. Justeru itu, guru yang mempunyai ciri-ciri
berkualiti tinggi dalam pedagogi produktif
seharusnya bersedia untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai semua kualiti yang diperlukan
untuk menghadapi cabaran .
14
1.3 Kelebihan dan Kekurangan
Strategi Pembelajaran Pedagogi
Produktif
1.3.1 Kelebihan Kaedah Pedagogi Produktif
Dengan menggunakan kaedah ini, ia lebih
mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid
di mana guru- guru hanya sebagai fasilitator atau
pemudah cara sahaja. Hal ini akan menggalakkan
murid- murid untuk lebih berdikari dalam
melaksanakan sesuatu tugasan dan tidak
bergantung sepenuhnya kepada guru.
Selain itu juga,melalui penggunaan kaedah
pedagogi produktif ini menjadikan sesi pengajaran
dan pembelajaran lebih bersifat positif kerana guru
mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap semua
murid mereka. Hal ini akan lebih memotivasikan
murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang
selesa tanpa ada tekanan sekaligus akan memberi
kesan yang baik kepada prestasi akdemik mereka.
Apakah kelebihan
Strategi Pedagogi
Produktif??
15
Guru yang mengamalkan kaedah ini akan
memastikan semua murid mereka mendapat
peluang pendidikan yang sama rata. Guru yang
bermotivasi tidak akan menafikan hak murid untuk
belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan
kerana mereka sedar bahawa ilmu pengetahuan
yang akan menentukan hala tuju seseorang murid
tersebut. Guru-guru akan berusaha semaksimum
mungkin untuk memastikan murid-murid
mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya.
Hal ini akan menjadikan murid seseorang yang
lebih mencintai ilmu kerana cara guru tersebut
yang pandai menggunakan pendekatan bagi
menarik minat murid mereka untuk belajar.
Di samping itu, dengan adanya pelbagai
teknik pengajaran dan pembelajaran yang
diterapkan dalam sesi penyampaian ilmu,
pengajaran dan pembelajaran tersebut akan lebih
menarik minat murid- murid untuk belajar.
Penekanan yang paling penting di dalam kaedah
pedagogi produktif ini ialah guru tidak hanya
Guru yang bermotivasi tidak akan menafikan
hak murid untuk belajar bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan
16
mengutamakan kandungan pelajaran tetapi
lebih menekankan kepada konsep dan kemahiran.
Kaedah dan teknik yang digunakan ini juga
mengambil kira latar belakang murid, gaya
pembelajaran mereka, minat serta kebolehan
murid itu sendiri. Guru- guru tidak akan sesekali
menggunakan pendekatan paksaan yang
menyebabkan murid- murid menjadi takut untuk ke
sekolah.
1.3.1 Kekurangan Kaedah Pedagogi Produktif
Kebanyakkan guru- guru kurang mempunyai
motivasi yang tinggi untuk melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang menggunakan kaedah
pedagogi produktif kerana mereka menganggap
semua kaedah yang digunakan selama ini adalah
sama sahaja. Selain itu juga, kelemahan yang
paling ketara yang terdapat di dalam semua
kaedah ialah kesukaran guru untuk mengawal
kelas sekiranya jumlah murid yang ramai di dalam
sesebuah kelas itu.
Apa pula
kekurangan
Strategi ini???
17
Hal ini akan berlaku sekiranya aktiviti secara
berkumpulan dijalankan dan sudah tentu murid-
murid akan membuat bising dan tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi
perbincangan dalam kumpulan dijalankan.
Guru- guru yang malas menyelidik latar
belakang murid, minat, kebolehan dan seumpanya
merupakan penyebab yang menjadikan seseorang
guru itu tidak pandai untuk mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan pelajar mereka
sekaligus akan menggagalkan perlaksanaan
kaedah pedagogi produktif ini.
Guru yang malas
menyelidik akan
gagal mendidik.
18
1.4 Rumusan
Secara keseluruhannya dapatlah
disimpulkan bahawa pedagogi produktif ini
merupakan satu kaedah yang mula diperkenalkan
di Queensland di mana program ini merupakan
satu program baru yang dijalankan di negara
tersebut sebagai satu langkah kerajaan atau
kementerian pendidikan di negara tersebut bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara
Queensland.
Manakala di negara ini kaedah tersebut baru
diperkenalkan. Pada pendapat saya tidak semua
guru yang ada di negara ini mengetahui tentang
kaedah pedagogi produktif ini kerana ia masih lagi
di peringkat kajian. Sekiranya kaedah seumpama
ini dapat diterapkan dalam semua pengajaran
dan pembelajaran murid, sudah pasti negara ini
mampu melahirkan murid yang lebih berkualiti
berbanding dengan sebelum ini.
Adakah anda telah
tahu apa itu
strategi Pedagogi
Produktif??
19
Hal ini merujuk kepada hasil kajian yang
telah dijalankan oleh ‘Queensland School Reform
Longitudinal Study (QSLRS)’ menunjukkan
bahawa hasil pembelajaran murid yang diperolehi
setelah kaedah tersebut digunakan amat
memberangsangkan.
Oleh yang demikian jelaslah menunjukkan
bahawa kaedah pedagogi produktif ini amat wajar
diketengahkan kerana ia amat baik bukan sahaja
untuk perkembangan mutu pendidikan di negara
ini malah membantu murid lebih berusaha dan
berdikari. Secara tidak langsung ia membentuk
individu yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani , intelek dan sosial, selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan
individu yang kreatif, berkualiti sebagai generasi
pelapis masa hadapan.
20
2.0 Slaid Pembentangan
Kertas Kerja Strategi
Pembelajaran Pedagogi
Produktif
TAJUK : STRATEGI PEMBELAJARAN
PEDAGOGI PRODUKTIFDALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Disediakan oleh :Nor Azila Bt. Abdul Jamil – 160928
Asiah Bt. Johari – 160824Mohd Hafez B. Mat Jam - 160863
KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU SK RENDAH
EED3218
21
Pedagogi produktif berbeza dengan
pendekatan lain kerana ia tidak fokus kepada
satu kaedah pengajaran sahaja. Guru boleh
memilih dan mengembangkan strategi
pengajaran dengan kepelbagaian gaya,
pendekatan dan latar belakang murid-murid.
pengajaran yang tertentu sahaja dan
bergantung kepada kumpulan atau sebagainya.
Guru harus membuat pemilihan untuk
menggunakan teknik yang dirasakan sesuai.
Konsep Pedagogi Produktif
Menurut Profesor Jenny Gore dari
Universiti Of Newcastle, Pedagogi Produktif
yang menarik adalah penting untuk menarik
minat murid. Selain itu beliau juga menyatakan
pendidikan seharusnya menekankan
persekitaran pembelajaran, kemahiran khusus
dan sukatan pelajaran.
Persekitaran yang menyokong kelas
sosial adalah di mana pelajar mampu untuk
mempengaruhi sesuatu aktiviti dan bagaimana
Pedagogi
Produktif berbeza
dengan
pendekatan lain.
22
Guru dinilai
berdasarkan skor
iaitu skor tertinngi
dan terendah
23
Ciri-ciri Guru Dalam Skor Tertinggi
•Mengakui tidak boleh memaksa murid-murid
belajar
•Bertanggungjawab menyediakan peluang
untuk pembelajaran murid
•Menganggap diri sebagai fasilitator
•Memfokuskan kepada kandungan dan
kemahiran bukannya isi kandungan
pembelajaran
•Bersedia untuk bercakap tentang kelemahan
diri dan mengatasi kelemahan tersebut
Guru Dalam Kategori Skor Rendah
• Menganggap diri sebagai penyampai
maklumat
• Berkeyakinan murid bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka
• Menganggap bahawa hanya sesetengah
pelajar yang akan belajar dan selebihnya
tidak minat belajar.
• Hanya memberi fokus kepada kandungan
bukan kepada konsep dan kemahiran
Adakah anda
tergolong dalam
kategori Skor
Tertinggi?
24
Strategi Aktiviti
Tahap pemikiran yang tinggi -murid menyenaraikan isi-isi penting
berdasarkan petikan dalam bentuk
peta minta, peta konsep atau grafik
Pengetahuan yang mendalam -soal jawab tentang sesuatu topik dan
murid memberi pendapat mengenai
tajuk.
Perbualan substantif -perbincangan tentang gambar yang
dipamerkan
Masalah pengetahuan -memberi satu situasi kepada murid,
murid memberi pendapat dan idea
berdasarkan pengetahuan sedia ada
mereka.
Metabahasa Teka silang kata,sehari 10 perkataan
baru, kuiz
1. Kualiti Intelektual
Terdapat 4 dimensi
dalam strategi
Pedagogi
Produktif
25
Strategi Aktiviti
Pengintegrasian pengetahuan Keratan akhbar
Latar belakang pengetahuan
pelajar
Soal jawab, membaca pofil
Penghubungan dengan dunia Penggunaan teknologi maklumat
seperti internet.
Kurikulum berteraskan masalah Perbincangan dengan pelajar,rakan
sebaya
2. Relevansi (keterhubungan)
Strategi Aktiviti
Pengawalan murid Arahan yang jelas, tepat dan
mudah difahami
Sokongan sosial Penyediaan bilik darjah yang
kondusif
Penglibatan Aktiviti berkumpulan, berpasangan
Kriteria tersurat Membuat ujian rujukan kriteria
seperti lembaran kerja, kerja kursus
& latihan bertulis.
Pengetahuan kendiri Mendedahkan isu sebenar melalui
aktiviti membaca, menulis,
menganalisa dan mengkritik.
3. Persekitaran Bilik Darjah Yang Menyokong
26
Kelebihan Kaedah Pedagogi Produktif
•Berpusatkan murid
•P&P lebih bersifat positif kerana guru mempunyai
jangkaan yang tinggi terhadap semua murid
•Murid mendapat peluang pendidikan yang sama rata
•Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran
diterapkan
•Kandungan pelajaran tidak ditekankan, penekanan
lebih kepada penguasaan kemahiran dan konsep
•Kaedah p&p yang dirancang mengambil kira latar
belakang murid, gaya pembelajaran,minat dan
kebolehan murid.
Apakah Kelebihan
Strategi ini??
27
Bibliografi
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998) Psikologi II (Semester II). Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah laku. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam : Oxford Fajar
Mok Soon Sang. (2009). Teks Komprehensif P.T.K. Fungsi Pengajaran Dan
Pembelajaran(P&P). Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
(Pedagogi).Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
http://www.anglefire.com/linux/kapiljain/Productive Pedagogy.html
http://education.qld.gov.au/public_media/reports/curriculumframework/qsrls/
html/abt_ppc.html
Apakah
Kekurangan
Strategi ini??
28
3.0 Rancangan Pengajaran
Harian Strategi Pembelajaran
Pedagogi Produktif
Penyediaan rancangan pengajaran aktiviti
mendengar dan bertutur adalah berlandaskan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang
terkandung dalam KSSR. Kemahiran mendengar
dan bertutur merupakan dua kemahiran yang
saling lengkap-melengkapi. Kedua-dua
kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid
supaya mereka boleh memahami dan menghayati
perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas
melalui pengucapan yang gramatis. Sehubungan
itu, matlamat kemahiran mendengar dan bertutur
diajarkan kepada murid-murid adalah untuk
melengkapkan mereka dengan kebolehan
memahami dan menghayati perkara- perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi di samping
mampu berkomunikasi serta memberi
29
maklum balas dengan menggunakan sistem
bahasa yang mantap dan berkesan.
Antara contoh aktiviti- aktiviti kemahiran
mendengar dan bertutur yang boleh
dijalankan oleh guru di bilik darjah adalah
seperti jadual di bawah :-
Kemahiran Cadangan Aktiviti
Mengecam / mengenal bunyi
Mengenal bunyi-bunyi alam seperti
bunyi hujan,guruh,ombak,tiupan
angina,bunyi-bunyi binatang,
kenderaan dan sebagainya.
Membuat inferens
Menerangkan sebab musabab
kejadian sesuatu perkara.
Misalnya, jelaskan sebab-sebab
seseorang itu miskin?
Menganalisis maklumat
Mencari makna perkataan
berdasarkan konteks dengan
merujuk kamus.
Membuat rumusan
Membuat kesimpulan tentang
sesuatu perkara berdasarkan
maklumat yang telah dianalisis
Membuat penilaian
Memberikan pandangan atau
pendapat tentang sesuatu perkara
yang didengar atau dibincangkan.
Rajah 1.1 Contoh Aktiviti Kemahiran Mendengar &
Bertutur
Guru-guru disarankan menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran
pedagogi produktif yang merangkumi
kepelbagaian aktiviti dan penggunaan
sumber.
30
Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk
memilih, menyusun dan mengolah aktiviti
mengikut kesesuaian murid-murid.
Sehubungan itu, untuk memupuk
kemahiran berbahasa dalam diri murid-murid
khususnya kemahiran mendengar dan
bertutur, guru perlu melaksanakan satu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, lengkap dan teratur.
31
Contoh Rancangan Pelajaran untuk Strategi
Pembelajaran Pedagogi Produktif Kemahiran
Mendengar dan Bertutur.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 1 Semangat
Bil. Murid : 25 orang
Masa : 8.10 pagi – 9.10 pagi
Tarikh : 13/ 11 / 2013
Tema : Hidup Bahagia
Tajuk : Bunga-Bungaan
sk: 1.3 sp: 1.3.2
sk: 1.4 sp: 1.4.1
sk: 4.3 sp: 4.3.2
Objektif :
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,
murid-murid dapat:
i) Menamakan sekurang-kurangnya lima jenis
bunga dengan betul dari video yang
didengar
ii) Menyatakan isi kandungan cerita yang
didengar menggunakan laras bahasa yang
sesuai
iii) Menyusun sukukata dan membaca
perkataan yang dibentuk
iv) Menyusun perkataan menjadi ayat tunggal
yang gramatis
32
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas
Kurikulum:
Ilmu : Sains, Muzik
Nilai murni : Hormat-menghormati
Menghargai
Keyakinan
Kerjasama
Sistem Bahasa:
Sebutan dan Intonasi
Strategi:
KB : Menyelesaikan masalah, menaakul,
mengecam
TKP : Verbal-linguistik, interpersonal,
kinestatik, visual, muzik
BCB : Memproses maklumat mengenai jenis-
jenis bunga
Pembelajaran kontekstual : Menghubung
kait
ICT
Alat Bantu Mengajar:
Komputer riba
LCD
Bahan Bantu Mengajar:
Gambar
Slide Power Point
Tanah liat
Lagu
Kad Suku kata
Kad Perkataan
Pengetahuan Sedia Ada Murid :
Murid-murid pernah pergi ke taman bunga
33
Langkah Pengajaran :
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
Induksi Set
(5 minit)
Sampul Surat
mengandungi bunga
1. Guru meminta semua murid menumpukan perhatian. 2. Murid-murid diminta melihat adakah dibawah kerusi mereka ada sampul surat, Murid-murid diminta menunjukkan sampul surat yang diperolehi. 3. Guru minta murid tunjukkan kepada rakan apakah yang ada di dalam sampul. 4. Guru dan murid bersoal jawab mengenai bunga 5. Guru menyatakan tajuk pengajaran pada hari ini.
Teknik:
-soal jawab
-perbincangan
TKP:
-visual
-verbal
-interpersonal
BCB:
-k.mendengar
-k.bertutur
Soalan cadangan:
1. Pernahkan anda
melihat bunga
yang ada di dalam
sampul?
2. Apakah jenis
bunga yang kamu
ketahui?
34
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
Langkah
1
(15 minit)
1. Guru
menayangkan slide
powerpoint yang
mengandungi
beberapa jenis
bunga-bungaan
2. Murid menyebut
nama-nama bunga
yang diketahui
mereka
3. Soal jawab tentang
jenis-jenis bunga
yang diterangkan
seperti ciri-ciri bunga
dan bahagian-
bahagian bunga
BBB:
-Slide
powerpoint
-video
-komputer riba
Teknik:
-perbincangan
-sumbang saran
TKP:
-verbal
-intrapersonal
-interpersonal
-kinestetik
BCB:
-k.mendengar
-k.bertutur
Nilai:
-Hormat-
menghormati
-Hormat-
menghormati
-Prihatin
35
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
Langkah
2
(15 minit)
Aktiviti:
1. Menyusun kad
suku kata
2. Mengeja
perkataan
1. Murid-murid
mendengar cerita
‘Bunga Yang
Sombong’.
2. Soal jawab antara
guru dengan murid
tentang cerita yang
didengar.
3. Murid-murid
menceritakan semula
cerita secara ringkas
dan menyatakan
pengajaran yang
diperolehi daripada
cerita tersebut.
4. Setiap ketua
kumpulan diberikan
satu set kad suku
kata.
5. Murid-murid
dikehendaki
menyusun suku kata
supaya menjadi
perkataan yang betul.
BBB:
-Kad sukukata
KB:
-menaakul
Teknik:
-penerangan
-perbincangan
TKP:
-visual
-interpersonal
-intrapersonal
-verbal
BCB:
-k.bertutur
-k.mendengar
Nilai:
-Prihatin
-Kerjasama
36
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
6. Setiap kumpulan
menyebut perkataan
yang diperolehi.
7. Semua murid
dikehendaki mengeja
nama-nama bunga
yang telah diperolehi.
Langkah
3
(20 minit)
Aktiviti:
1. Menyusun kad-kad
perkataan supaya
menjadi ayat tunggal
yang betul.
1. Guru memberikan
pula kad-kad
perkataan dan
murid dikehendaki
menyusun perkataan
supaya menjadi ayat
tunggal yang betul.
2. Murid membaca
ayat yang disusun
Setiap kumpulan
dikehendaki
menampal ayat di
papan tulis.
BBB:
-kad perkataan
TKP:
-interpersonal
-intrapersonal
-verbal
-kinestatik
-muzik
37
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
3. Murid mendengar
lagu ‘Kebunku’
Murid menyanyikan
lagu sambil membuat
gerakan
4. Murid melakukan aktiviti membentuk taman bunga idaman menggunakan tanah liat. 5. Setiap kumpulan
membentangkan
hasil kumpulan
KB:
-mengecam
BCB:
-k.mendengar
-k.bertutur
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi
pelajaran
Kognitif:
Aktiviti memupuk kerjasama dikalangan murid
Menghargai bunga-bungaan ciptaan Tuhan
1. Guru bertanyakan
tentang pelbagai
jenis bunga-bungaan
yang telah disebut.
2. Murid-murid
dikehendaki
memberikan contoh
bunga-bungaan yang
telah dipelajari.
BBB:
-komputer riba
-pembesar
suara
-LCD
TKP:
-muzik
38
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
Menanam kan sifat hormat-mengormati antara satu sama lain
Sosial:
Nyanyian lagu ‘Kebunku’
3. Guru meminta
murid menyatakan
nilai-nilai murni yang
diperoleh dalam
PDP.
4. Guru dan murid
bersama-sama
menyanyikan lagu
‘Kebunku’.
KB:
-merumus
Nilai murni:
-perihatin
-bekerjasama
-bersyukur
-hormat-menghormati
Penilaian Kendiri:-
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Penilaian rakan / guru penyelia:-
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
39
4.0 Prinsip Pembinaan dan
Penggunaan Bahan
Pengajaran dan
pembelajaran Pedagogi
Produktif
Pembinaan dan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran amat penting
untuk mengajar kemahiran mendengar dan
bertutur. Perkara ini disebabkan oleh,
pengajaran dan pembelajaran yang hanya
berpusatkan guru tanpa bahan bantu
mengajar (BBM) akan menyebabkan murid
berasa bosan. Secara tidak langsung, kedua-
dua kemahiran tersebut akan menjadi sukar
dikuasai oleh murid-murid. Strategi
pembelajaran pedagogi produktif semestinya
memerlukan penggunaan BBM yang mampu
menjana minat, idea dan kreativiti dalam
mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Strategi ini memerlukan murid meneroka
40
dengan menggunakan BBM yang disediakan
oleh guru. Guru hanya sebagai fasilitator
yang memberikan penerangan dan memantau
aktiviti murid. Tanpa BBM yang menarik dan
sesuai pasti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan akan membosankan.
Berdasarkan rancangan pengajaran
yang telah disediakan, bahan pengajaran
yang digunakan adalah terdiri daripada
rakaman video, komputer riba,LCD, sistem
audio dan slaid power point. Bahan
pembelajaran pula terdiri daripada kad
perkataan dan suku kata, bahan bercetak,
kertas dan tanah liat. Kesemua bahan
pengajaran dan yang dinyatakan tadi penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan bertutur. Guru
akan menyampaikan pengajarannya dengan
lebih mudah serta berkesan. Murid-murid
pula boleh memahami pelajaran dengan lebih
bermakna.
Guru akan
menyampaikan
pengajarannya
dengan lebih
mudah serta
berkesan dengan
penggunaan BBM
& ABM
41
Dalam pengajaran yang telah
dilaksanakan, komputer merupakan
medium utama alat pengajaran yang
digunakan oleh guru. Manakala aplikasi
power point digunakan sebagai bahan
pembelajaran yang membantu meningkatkan
pemahaman murid. Melalui program power
point yang disediakan, murid-murid boleh
berlatih mendengar dan bertutur dengan baik.
Video cerita dan lagu telah disediakan bagi
memudahkan aktiviti mendengar dan bertutur
dilaksanakan. Selain itu, penggunaan bahan
berunsur teknologi ini juga membantu guru
menggunakan masa pengajaran dan
pembelajaran dengan semaksima yang
mungkin sama ada secara perbincangan
berpasangan, sumbang saran, projek, main
permainan dan sumilasi.
Berikut adalah contoh slaid power point yang
telah digunakan dalam sesi pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur.
42
BA
HA
N P
ENG
AJA
RA
N (
slai
d p
ow
er p
oin
t)
43
44
5.0 Rumusan Pengajaran
Dan Pembelajaran Strategi
Pedagogi produktif (Kemahiran Mendengar Dan
Bertutur)
Rumusan Sebelum, Semasa dan
Selepas Aktiviti Mendengar
Ketika melaksanakan aktiviti
mendengar, guru perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan kelicinan dan keberkesanannya.
Perancangan boleh dijalankan berdasarkan
tiga peringkat iaitu :
a) Peringkat pramendengar (sebelum)
b) Peringkat semasa mendengar (semasa)
c) Peringkat selepas mendengar (selepas)
Pada peringkat pramendengar, guru
memberikan tugasan atau soalan kepada
murid terlebih dahulu sebelum mereka mula
mendengar. Seterusnya, guru memberi
gambaran yang menyeluruh tentang apa yang
hendak diperdengarkan. Guru turut memberi
45
arahan yang jelas tentang apa yang hendak diperdengarkan. Guru juga
memberikan arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan
rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi. Akhirnya, guru
memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.
Seterusnya, pada peringkat semasa mendengar, guru memastikan
murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan
rangsangan. Dalam pengajaran yang dijalankan guru meminta murid
menumpukan perhatian terhadap tayangan video. Pada masa itu
adalah penting untuk memastikan tiada sebarang gangguan yang timbul.
Akhirnya, pada peringkat selepas mendengar pula, guru
menghuraikan tentang apa yang ditimbulkan dalam tayangan video.
Murid-murid menjelaskan apa yang dipertontonkan kepada mereka dan
guru memberikan penekanan kepada aspek-aspek penting dalam
tayangan video tersebut. Guru juga memastikan murid
menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan. Setelah itu,
aktiviti susulan akan dijalankan.
.
46
Pengajaran kemahiran mendengar ini telah digabung jalinkan
dengan satu kemahiran bahasa yang lain iaitu kemahiran bertutur. Ia
juga sebenarnya boleh digabung jalinkan dengan kemahiran membaca
dan menulis. Dalam pengajaran ini teknik bercerita, soal jawab,
pembentangan, perbincangan dan nyanyian dijalankan.
Rumusan Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Bertutur
Seperti juga aktiviti mendengar, aktiviti bertutur juga dilaksanakan
dalam tiga peringkat iaitu :-
a) Peringkat pelaksanaan (sebelum)
b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa)
c) Peringkat susulan dan penilaian (selepas)
Pada peringkat persediaan, terdapat tiga perkara yang telah
dijalankan oleh guru iaitu :-
a) Guru telah menerangkan tugasan yang akan dilakukan
b) Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan oleh murid
seperti kad-kad sukukata dan kad perkataan
c) Guru memastikan alatan atau bahan mencukupi .
47
Pada peringkat pelaksanaan aktiviti pula, terdapat tiga perkara
yang dilaksanakan iaitu :-
a) Murid-murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan
misalnya menyusun kad-kad suku kata menjadi perkataan dan
menyusun perkataan menjadi ayat tunggal yang bermakna secara
berkumpulan.
b) Guru menyelia dan membimbing setiap kumpulan semasa
menjalankan aktiviti menggunakan tanah liat.
c) Murid menjalankan aktiviti pembentangan menunjukkan dan
membentangkan hasil “ Taman Bunga Idaman Saya” yang
dibentuk menggunakan tanah liat.
Aktiviti susulan dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas untuk
aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid. Penilaian yang
dijalankan adalah dalam bentuk perbincangan. Untuk aktiviti
pengukuhan pula murid diberi kerja rumah yang berkaitan dengan
aktiviti bertutur yang dijalankan.
48
Semasa aktiviti berkaitan kemahiran bertutur,murid-murid telah
dibahagikan kepada kumpulan kecil tujuannya supaya semua murid
dapat mengambil bahagaian yang aktif dalam masa yang terhad.
Rumusan dalam bentuk kognitif dan sosial dijalankan agar dapat
mengukuhkan pemahaman murid tentang topik yang diajar.
49
Set Induksi
Murid-murid mencari benda tersembunyi
Murid menunjukkan dan memberitahu kepada rakan
barang yang diperolehi
50
Tayangan Slaid
Murid-murid mendengar arahan guru
Murid menyaksikan tayangan slaid berkaitan tajuk
51
Aktiviti Mendengar
Murid-murid mendengar cerita “Bunga Yang Sombong”
Murid mendengar dengan teliti dan sesi soal jawab
diadakan selepas tayangan video.
52
Aktiviti Menyusun kad suku kata
Murid-murid berbincang dengan rakan cara menyusun
suku kata
Murid mengeja setiap suku kata yang disusun
53
Aktiviti Menyusun Perkataan
Murid-murid berbincang dengan rakan menyusun
perkataan menjadi ayat tunggal yang betul.
Murid membaca ayat yang disusun dan menampal di
papan tulis
54
Aktiviti Membentuk Tanah Liat
Murid-murid membentuk tanah liat untuk dijadikan
“Taman Bunga Idaman”
55
56
Aktiviti Pembentangan
Murid-murid membuat pembentangan ‘Taman Bunga
Idaman” mereka.
57
Aktiviti Pembentangan
Murid-murid mempamerkan hasil kerja mereka
58
Penutup
Kognitif
murid dan guru bersoal jawab tentang apa yang
dipelajari
Sosial
Murid-murid menyanyikan lagu ‘Kebun Ku’
59
Kesimpulannya, faktor pencapaian
murid perlu diambil kira oleh guru ketika
memilih atau membina bahan-bahan yang
sesuai dengan murid yang lemah, sederhana
dan yang cemerlang. Jika murid yang lemah
dan sederhana diberikan bahan-bahan yang
sukar tentulah proses pengajaran dan
pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan
sempurna. Begitu juga jika murid yang
cemerlang diberikan bahan-bahan yang
mudah sudah tentu murid tersebut tidak dapat
memanfaatkan topik yang dipelajari.
Ini bertepatan dengan strategi
pembelajaran pedagogi produktif yang tidak
menekankan hanya pada satu aspek atau
kaedah tetapi kepada banyak cabang
kemahiran dengan menentukan apa yang
diajar, mengambil kira latar belakang murid
serta kepelbagaian gaya pengajaran bagi
memastikan murid “Belajar Bekerja daripada
Sibuk Bekerja” (Jenny Gore).
60
BIBLIOGRAFI
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998) Psikologi II (Semester II). Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam : Oxford Fajar
Mok Soon Sang. (2009). Teks Komprehensif P.T.K. Fungsi Pengajaran Dan Pembelajaran(P&P). Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Pengajaran Sekolah Jurnal Pendidikan Guru. Hlm 65-70 Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah, 2000.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI (Pedagogi).Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Tuan jah Tuan Yusof,Faridah Nazir.(2011). Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://www.anglefire.com/linux/kapiljain/Productive Pedagogy.html
http://education.qld.gov.au/public_media/reports/curriculumframework/qsrls/html/abt_
ppc.html
61
top related