nota pendidikan sivik

Post on 27-Jun-2015

11.479 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Nota Pendidikan Sivik

Tingkatan 2

Tema 1: Pencapaian Kendiri

Kecemerlangan Diri

Definisi kecemerlangan diri: Kecemerlangan diri merujuk kejayaan tahap

tertinggi yang dicapai oleh seseorang individu.

Murid yang cemerlang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam aspek-aspek berikut: Akademik. Kepemimpinan. Kecergasan. Sahsiah.

Cara-cara Mencapai Kecemerlangan Diri Fizikal

Amalan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, kebersihan diri, persekitaran, dan waktu tidur)

Membuat catatan harian.

Mental Bijak membahagikan masa. Mensyukuri anugerah Tuhan.

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASICara-cara Berkomunikasi dengan Bijak

Bertolak ansur dan bertoleransi.

Menggunakan intonasi/nada yang sesuai.

Menerima pendapat orang lain.

Menggunakan ungkapan yang sopan dan berhemah

KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSIMembuat Refleksi untuk Kejayaan Diri.Mengenal pasti potensi diri.Membuat analisis /pemerhatian.Menerokai bidang ilmu.Penetapan matlamat.Berbincang dengan individu yang berpengalaman.Berani mencuba.

Tema 2: Hubungan Kekeluargaan

Perpaduan Dalam Keluarga

Cara-cara Mencapai Perpaduan dalam Keluarga1) Sambutan hari khas keluarga Hari lahir. Majlis keagamaan. Hari keluarga. Perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan.

2) Berkongsi suka dan duka Menerima anugerah. Kematian. Menyertai pertandingan.

2) Sokongan anggota keluarga

Memberi nasihat/motivasi.Menyelesaikan konflik dalam keluarga.Sokongan moral dan material.Kasih sayang dan bimbingan.

3) Aktiviti keluarga

Melancong.Bergotong-royong.Beriadah bersama-sama.

Tema 3: Hidup BermasyarakatMenghormati Hak Orang Lain.

Peka Terhadap Perbezaan Individu

1)MENGHORMATI HAK ORANG LAIN

Berbincang dan membidas hujah dengan sopan. Meminta izin sebelum menggunakan barang

orang lain. Memberi/menyuarakan pendapat melalui

saluran yang betul.

2) PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAANPERPADUAN DAN PERMUAFAKATAN

Berbaik-baik dengan jiran tetangga.Membantu jiran ketika kecemasan.Menghormati budaya pelbagai bangsa.

3)KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

Menjamin keselamatan setempat.Menjaga keharmonian.Menjaga kebajikan anggota masyarakat

  TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN

BUDAYA MALAYSIA

1) MUZIKNobat

Makyung.Opera CinaDikir Barat.

2) ALAT MUZIKGambus.TablaSompoton.

3)TARIANTarian joget.Tarian Bharata Natyam.Tarian Ngajat.Tarian Singa. 4)SENI BINAIstana KenanganA FamosaIstana Budaya.

5)PERMAINAN TRADISIONAL Batu Seremban Bulu Ayam Congkak. Catur Cina. 6)LUKISAN DAN KRAF TANGAN Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar/Seramik Kaligrafi Cina Khat

TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

DEMOKRASI BERPARLIMEN Sistem pemerintahan yang memberi peluang

kepada rakyat untuk membuat keputusan. Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui

wakil yang dipilih. Raja/Sultan menjadi lambang taat setia

rakyat. Melahirkan sebuah kerajaan Adil, Stabil,

Sejahtera.

PILIHAN RAYAPROSES-PROSES PILIHAN RAYA

Pengumuman tarikh pilihan raya.Proses penamaan calon.Kempen pilihan raya.Hari mengundi.Proses pengiraan undi.Pengumuman keputusan pilihan raya.Ucapan calon yang menang.

PARLIMEN KOMPONEN PARLIMEN

Yang di-Pertuan Agong.Dewan Negara.Dewan Rakyat.

FUNGSI DAN PERANAN PARLIMENMemeriksa dasar-dasar kerajaan.Meluluskan perbelanjaan kerajaan.Membuat pindaan undang-undang yang sedia ada.Membuat dan melulus undang-undang Persekutuan.Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

FUNGSI DAN PERANAN YANG di PERTUAN AGONGMenjalankan kuasa pemerintahan berpandukan

perlembagaan .Ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja dan di

negeri baginda.Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.Memanggil Parlimen bersidang dan menangguh serta

membubarkan Parlimen.Melantik Peguam Negara, Ahli-ahli Dewan Negara dan

Yang Dipertua Negeri.Melantik Perdana Menteri dan timbalannya.

PERBEZAAN ANTARA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

DEWAN NEGARA DEWAN RAKYAT

Terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Terdiri daripada seramai 219 orang ahli.

Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 30 tahun

Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 21 tahun.

Jawatan dipegang selama satu penggal (tiga tahun)

Jawatan dipegang selama lima tahun

Ahli dewan dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai khidmat cemerlang dalam profesion masing-masing.

Ahli dewan dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)Terdapat 12 DUN di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.

SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ADUN

Waras akal fikiran.Berumur 21 tahun ke atas.Tidak diistiharkan muflis.Memenangi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri.Tidak memegang jawatan berpendapatan.

RAJA BERPERLEMBAGAANCIRI-CIRI RAJA BERPERLEMBAGAAN

Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Raja tidak berkuasa secara langsung. Raja dikehendaki menerima nasihat anggota

kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik.

MAJLIS RAJABIDANG TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan Agong.

Memelihara adat istiadat orang Melayu dan agama Islam di seluruh Persekutuan.

Merundingkan perlantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya.

Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.Membincangkan perkara-perkara diraja.Membincangkan dasar-dasar negara.

TUGAS TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI

Setiap warganegara mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap negara.

Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARAMenjaga keamanan.

Menyokong rancangan kerajaan.Taat setia kepada raja dan pemimpin.Menjaga imej dan nama baik negara.Mengundi.

AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARAMelibatkan diri dalam rancangan kerajaan.Menghargai kemudahan yang disediakan.Mengharumkan nama negara.Menjaga kelestarian alam sekitar.Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.Mengekalkan perpaduan.

TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA

STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIAYang di-Pertuan AgongPerundangan- Parlimen.Eksekutif- Kabinet.Kehakiman- Mahkamah.

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUANYang di-Pertuan AgongMajlis Raja-rajaPerundangan-Parlimen (Dewan Rakyat / Dewan Negara)Ketua Audit Negara.Eksekutif- Kabinet/ Kementerian/ Jabatan dan Badan-badan

Kerajaan.SuruhanjayaKehakiman- Mahkamah.

KEPIMPINAN BERWAWASAN

Kepelbagaian budaya. Koridor Raya Multimedia. Kemajuan Infrastruktur. Dasar-dasar ekonomi. Pentadbiran berpusat. Wawasan 2020.

CONTOH INFRASTRUKTUR MEGA YANG TERDAPAT DI MALAYSIAMenara Berkembar Petronas (KLCC)Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT)Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)Menara Kuala Lumpur.Litar Antarabangsa Sepang.Jambatan Pulau Pinang.

BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU DALAM MENGHADAPI PELBAGAI CABARANMALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA( ASEAN)Dibentuk pada 8 Ogos 1967.Bertujuan mempercepat pembangunan ekonomi, kemajuan

sosial dan perkembangan kebudayaan menerusi kegiatan bersama.

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)Pertubuhan Negara-negara Komanwel (KOMANWEL)Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Malaysia turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam.

Sekian, terima kasih

top related