modul ting 4 kertas 1 bahagian a

Post on 12-Apr-2017

78 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHASA MELAYU SPMKERTAS 1

KARANGAN BAHAGIAN A

(KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)

Pengenalan / Pendahuluan

1.Ayat Utama2.Ayat Huraian3.Pendapat Tokoh4.Ayat Rumusan

Ayat Utama

Pada zaman ini ___(isu)____________ semakin dilupakan / diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Ayat HuraianMengapakah hal ini berlaku? Hal ini berlaku kerana masyarakat terlalu sibuk dalam urusan harian.

Pendapat TokohMenurut Mantan Perdana Menteri / Perdana Menteri _____(isu)_____ sangat penting/tidak penting.

Ayat RumusanOleh itu, terdapat banyak ______ tajuk ________. Antaranya ____ (isi 1)____, ____ (isi 2)____ dan _____ (isi 3)_____.

Pengenalan Lengkap1. Pada zaman ini amalan menabung semakin

dilupakan oleh masyarakat Malaysia.2. Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini berlaku kerana

masyarakat terlalu sibuk dalam urusan harian.3. Menurut Mantan Perdana Menteri/Perdana Menteri

amalan menabung sangat penting.4. Oleh itu, terdapat banyak kebaikan amalan

menabung seperti melanjutkan pelajaran, bayaran perubatan dan bekalan hari tua.

TEKNIK “ASIBIDIBAM”•APA

•SIAPA BILA•DI MANA•BAGAIMANA•MENGAPA•KESANNYA

ISI1. Ayat Utama (Apa) – Isi 1

2. Ayat Huraian (Mengapa) – 2 sebab3. Ayat Contoh – (Bagaimana)

4. Ayat Kesan – Peribahasa5. Ayat Penegas – ulangan ayat utama

Perenggan 2 – Isi 1 (Ayat Utama)

Antara _______________(tajuk)________________ ialah ___________(isi 1)______________.

Ayat Huraian1. Hal ini kerana _____(isu)_________boleh membantu

_____________.

2. ___________(isu)_________juga boleh digunakan untuk ____________________.

Ayat Contoh

Sebagai contoh, wang tabungan digunakan untuk __________, ________ dan __________.

Ayat KesanKesannya, pelajar boleh ________________________.

Ayat PenegasOleh itu, jelaslah bahawa/benarlah bahawa/terbuktilah bahawa _____(tajuk)________ ialah ______(isi 1)_______.

Jawapan Lengkap Isi 11. Antara kebaikan amalan menabung ialah melanjutkan pelajaran.2. Hai ini kerana amalan menabung boleh membantu pelajar belajar di

universiti.3. Wang tabungan juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai

bayaran.4. Sebagai contoh, wang tabungan digunakan untuk membeli buku

rujukan, alat tulis dan membayar yuran.5. Oleh itu, benarlah bahawa melanjutkan pelajaran merupakan

kebaikan amalan menabung.

Penutup 1.Ayat Cadangan2.Ayat Harapan3.Ayat Penegasan

Ayat CadanganKesimpulannya/Tuntasnya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyokong _____(isu)_____________.

Ayat HarapanHal ini demikian agar, kita dapat melahirkan masyarakat yang suka ________(isu)__________.

Ayat PenegasanWalaupun terdapat banyak masalah dalam usaha _____(isu)__________ namun ingatlah bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni.

Penutup Lengkap1. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai

aur dengan tebing untuk menyokog amalan menabung.2. Hal ini agar, kita dapat melahirkan masyarakat yang suka

menabung.3. Walau pun terdapat banyak masalah dalam usaha

memupuk amalan menabung namun ingatlah bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni.

Karangan LengkapKebaikan Amalan Menabung

Pada zaman ini amalan menabung semakin dilupakan oleh masyarakat Malaysia. Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini berlaku kerana masyarakat terlalu sibuk dalam urusan harian. Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia amalan menabung sangat penting. Oleh itu, terdapat banyak kelebihan amalan menabung seperti melanjutkan pelajaran, bayaran perubatan dan bekalan hari tua.

Antara kebaikan amalan menabung ialah melanjutkan pelajaran. Hal ini demikian kerana amalan menabung boleh membantu pelajar belajar di universiti. Wang tabungan juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai bayaran. Sebagai contoh, wang tabungan digunakan untuk membeli buku dan peralatan untuk belajar, membayar yuran dan asrama. Kesannya, pelajar boleh mengulang kaji pelajaran menggunakan buku yang dibeli. Oleh itu, benarlah bahawa melanjutkan pelajaran merupakan kebaikan amalan menabung.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyokong amalan menabung. Hal ini demikian agar, kita dapat melahirkan masyarakat yang suka menabung. Walau pun terdapat banyak masalah dalam usaha memupuk amalan menabung namun ingatlah bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki dan tiada lurah yang tidak dapat dituruni.

top related