modul sukses jpnpp ting 4.pdf

50
Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP 1 JPN PP @ 2015 TAJUK FOKUS TINGKATAN 4 TAHUN 2015 BAB KANDUNGAN REFLEKSI KENDIRI 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia - Tamadun Hwang Ho 2 Peningkatan Tamadun - Perluasan Kuasa - Pendidikan (Peperiksaan Awam di China & Pendidikan di India) - Ekonomi - Agama dan kepercayaan utama dunia 3 Tamadun Awal Asia Tenggara - Kerajaan Agraria (Angkor) - Kepentingan Tasik Tonle Sap - Pengaruh Hindu-Budha (Cara Kedatangan dan Pengaruh dalam pemerintahan) - Kepentingan Bahasa Sanskrit 4 Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah - Keperibadian Nabi Muhammad SAW - Kerasulan Nabi Muhammad SAW - Penyebaran Islam di Makkah 5 Kerajaan Islam di Madinah - Perjanjian Aqabah I dan II - Peristiwa Hijrah - Piagam Madinah - Peperangan dalam Islam 6 Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya - Kerajaan Bani Abbasiyah - Kerajaan Turki Uthmaniyah 7 Islam di Asia Tenggara - Teori Kedatangan Islam - Pengaruh Islam di Asia Tenggara (Kesenian) 8 Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat - Pengaruh Islam terhadap Sosiobudaya - Pengaruh Islam terhadap Ekonomi 9 Perkembangan di Eropah - Zaman Renaissance - Zaman Reformation - Penjelajahan dan Penerokaan 10 Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara - Institusi Kewangan dan Insurans - Pendidikan Vernakular - Masyarakat Majmuk - Sektor Perkilangan - Pengangkutan dan Perhubungan - Perlombongan - Perkhidmatan Kesihatan

Upload: little-zi-ling

Post on 01-Feb-2016

187 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

SEJARAH SPM

TRANSCRIPT

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

1

JPN PP @ 2015

TAJUK FOKUS TINGKATAN 4 TAHUN 2015BAB KANDUNGAN REFLEKSI KENDIRI

1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia- Tamadun Hwang Ho

2

Peningkatan Tamadun- Perluasan Kuasa- Pendidikan (Peperiksaan Awam di China &

Pendidikan di India)- Ekonomi- Agama dan kepercayaan utama dunia

3

Tamadun Awal Asia Tenggara- Kerajaan Agraria (Angkor)- Kepentingan Tasik Tonle Sap- Pengaruh Hindu-Budha (Cara Kedatangan

dan Pengaruh dalam pemerintahan)- Kepentingan Bahasa Sanskrit

4

Kemunculan Tamadun Islam danPerkembangannya di Makkah- Keperibadian Nabi Muhammad SAW- Kerasulan Nabi Muhammad SAW- Penyebaran Islam di Makkah

5

Kerajaan Islam di Madinah- Perjanjian Aqabah I dan II- Peristiwa Hijrah- Piagam Madinah- Peperangan dalam Islam

6

Pembentukan Kerajaan Islam danSumbangannya- Kerajaan Bani Abbasiyah- Kerajaan Turki Uthmaniyah

7Islam di Asia Tenggara- Teori Kedatangan Islam- Pengaruh Islam di Asia Tenggara (Kesenian)

8

Pembaharuan dan Pengaruh Islam di MalaysiaSebelum Kedatangan Barat- Pengaruh Islam terhadap Sosiobudaya- Pengaruh Islam terhadap Ekonomi

9

Perkembangan di Eropah- Zaman Renaissance- Zaman Reformation- Penjelajahan dan Penerokaan

10

Dasar British dan Kesannya Terhadap EkonomiNegara- Institusi Kewangan dan Insurans- Pendidikan Vernakular- Masyarakat Majmuk- Sektor Perkilangan- Pengangkutan dan Perhubungan- Perlombongan- Perkhidmatan Kesihatan

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

2

JPN PP @ 2015

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

TAMADUN MESIR PURBA

Mengapakah tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada sungai Nil?

• Limpahan air sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjayamenukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran lanar dan subur.

• Tanah lanar yang dibawanyapula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untukpertanian dan petempatan manusia.

Bagaimanakah Firaun Mesir mengekalkan kestabilan pemerintahannya?

• Firaun [atas sekali] – raja berkuasa mutlak, anggap suci diwarisi turun temurun• Firaun juga menjadi ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.• Firaun dibantu – bangsawan, rahib, tuan tanah, jurutulis.• Rakyat bebas – berperanan sebagai petani, pedagang dan artisan.• Hamba [bawah sekali] – menjadi orang suruhan.• Firaun yang dibantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga

keamanan, mengagih dan menguruskan hasil makanan.• Beliau juga dibantu oleh Rahib yang mentadbir hal keagamaan.• Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis [orang awam yang dilantik untuk

menulis rekod kerajaan].• Wanita juga pernah menjadi Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian

dan terusan.• Pemerintahan Firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan hingga ke Syria.

Namakan tuhan yang disembah oleh masyarakat tamadun Mesir Purba?

• Re / tuhan matahari• Ra-Atum / tuhan langit• Amun / tuhan angin

Nyatakan kepentingan sistem tulisan hieroglif tamadun Mesir Purba.

• Mencatat rekod aktiviti pertanian• Pengutipan cukai• Keagamaan• Amalan ritual kepercayaan

Apakah tujuan ilmu geometri, sains dan matematik diberi penekanan dalam sistempendidikan tamadun Mesir Purba?

• Melahirkan golongan terlatih• Mengurus hal ehwal pertanian• Mengawal air sungai Nil• Pembinaan bangunan• Pembinaan piramid

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

3

JPN PP @ 2015

Jelaskan sistem pemerintahan Firaun dalam tamadun Mesir Purba.

• Firaun mengetuai pentadbiran• Dibantu golongan bangsawan• Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat,

dan gabenor.• Rahib bertanggungjawab mentadbir hal keagamaan• Urusan pentadbiran dibantu oleh jurutulis• Jurutulis terdiri daripada orang awam

Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.

• Seni bina piramid• Daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada

Firaun Djoser• Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata• Kemajuan pendidikan• Mencipta kertas daripada pokok papyrus• Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah bangsa• Rekod yang bertulis dan terpahat dalam sistem tulisanya ialah hieroglif• Kemajuan dalam proses memumiakan mayat• Tahap keilmuan dan kemahiran• Dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan• Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi• Digunakan untuk mengawal banjir di sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun• Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan• Menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian• Firaun Senuusret III telah membina sebuah tembok pengairan• Menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah• Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik• Membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari

berdasarkan 12 bulan setahun

Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan Malaysia mewajibkan setiap kanak-kanak menerima pendidikan?

• Celik huruf• Pandai• Generasi wawasan• Moden• Teknologi• Inovatif• Kreatif

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

4

JPN PP @ 2015

Sebagai seorang pelajar berwawasan, cadangkan langkah-langkah untukmeningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran sejarah?

• Ada buku teks sejarah yang menarik• Ada buku rujukan sejarah• Menanam minat terhadap mata pelajaran sejarah• Rajin• Sering bertanya• Minggu sejarah• Persatuan sejarah

Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada kemajuan yang dicapai tamadun Mesir?

• Pengkhususan kerja penting untuk kepesatan ekonomi seperti menenun, membuattembikar, melombong emas

• Perdagangan antarabangsa dijalankan seperti eksport tekstil, kertas• Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut

Merah berlabuh di pelabuhan seperti Thebes, Memphis.• Percaya kepada agama dan tuhan• Mereka percaya hidup selepas mati• Sistem tulisan dikenali sebagai hieroglif untuk merekod• Mempunyai kemahiran seni bina piramid• Mampu membina bangunan menggunakan batu bata• Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus digunakan untuk menyimpan

khazanah bangsa• Pendidikan penting untuk kanak-kanak dan diberikan sejak umur rendah• Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat• Mereka memumiakan mayat atas kepercayaan orang Mesir• Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan• Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, air sungai Nil,

membina bangunan dan piramid• Mereka menggunakan ilmu ini umtuk mengawal banjir• Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan

pertanian hasil kemajuan pengairan• Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365

hari 12 bulan setahun

Warisan dunia amat rapuh dan mudah tercemar.Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat memelihara warisan dunia daripadamusnah?

• Warisan dunia di Malaysia seperti Bandar Bersejarah Melaka, Taman Negara Mulu diSarawak dan bangunan-bangunan di Pulau Pinang telah diiktiraf dunia

• Penggubalan undang-undang yang berkaitan supaya warisan negara tidak diubah suaiatau dijual beli oleh pihak yang berkepentingan

• Mesti dijaga rapi oleh pihak berkuasa tempatan dengan bantuan pakar-pakar arkeologi• Generasi muda harus diberi pendidikan supaya berkesedaran tinggi untuk memelihara

warisan dunia• Masyarakat juga perlu diberi kesedaran tentang kepentingan warisan dunia untuk

tatapan generasi akan datang• Kerajaan harus memperuntukan dana khas untuk memulihara warisan dunia• Warisan dunia menjadi kebanggaan dan mercu tanda negara

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

5

JPN PP @ 2015

TAMADUN HWANG HO

Namakan dinasti yang pernah memerintah dalam tamadun Hwang Ho.

• Dinasti Hsia• Dinasti Shang• Dinasti Han• Dinasti Chin• Dinasti Chou

Nyatakan ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Hwang Ho.

• Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan• Terdapat istana• Kuil• Pusat pentadbiran• Tempat tinggal raja / pembesar / golongan agama• Dilengkapi tembok pertahanan menghalang pencerobohan musuh

Senaraikan golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.

• Raja• Bangsawan• Pegawai Kerajaan• Petani• Artisan• Pedagang• Hamba

Jelaskan kemajuan yang telah dicapai oleh tamadun Hwang Ho dalam bidangpertanian?

• Pembinaan sistem pengairan / terusan• Kemajuan dalam teknologi pembajakan• Penciptaan cangkul / sabit• Penggunaan batas tanaman• Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi• Pengunaan tenggala untuk membuat batas• Penciptaan kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu• Sistem penanaman secara bergilir• Kawasan bukit diteres untuk kegiatan tanaman• Pembinaan terusan untuk mengawal banjir

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

6

JPN PP @ 2015

Apakah kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Hwang Ho?

• Animisme• Mandat daripada tuhan• Penyembahan roh nenek moyang• Raja yang adil: kerajaan dan rakyat hidup sejahtera kerana direstui tuhan• Raja zalim akan hilang mandat• Menyembah tuhan syurga [Shang-Ti]• Menyembah tuhan bumi [Tu]• Penyembahan sungai/bukit/gunung• Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik/tarian• Upacara korban• Politisme

Namakan pusat pentadbiran dalam Dinasti Shang.

• Anyang

Jelaskan bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan dalam Dinasti Shang?

• Pemerintahan beraja• Pengganti raja dilantik dalam kalangan saudara lelaki yang lebih muda/Anak lelaki• Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran• Raja-raja mempunyai kewibawaan politik/ekonomi/sosial/agama• Raja dianggap mendapat mandat daripada tuhan• Raja tidak perlu mendapat pengesahan politik• Mereka adalah daripda keturunan pemerintah agama• Pemerintah dibantu oleh golongan bangsawan

Apakah peranan pemerintah Dinasti Shang dalam memajukan bidang pertanian?

• Pembinaan terusan untuk mengairi kawasan pertanian• Terusan bertujuan mengelakkan banjir• Kemajuan teknologi pembajakan• Penciptaan cangkul/sabit• Batas untuk penanaman• Penggantian alatan pertanian daripada kayu kepada besi

Berikan ciri istimewa yang terdapat di bandar Anyang dalam Dinasti Shang?

• Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan• Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran• Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar• Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh• Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

7

JPN PP @ 2015

Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada DinastiChou?

• Kezaliman pemerintah Raja Shang• Kebangkitan golongan hamba• Kepercayaan kepada mandat daripada tuhan

Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapatkansokongan daripada pembesar negara?

• Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah• Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang• Diminta melindungi Raja• Memberikan bantuan tentera pada masa perang• Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Jelaskan peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho?

• Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja• Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri• Bertanggungjawab memungut cukai• Menguruskan pertahanan• Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing

Jelaskan sumbangan Tamadun Hwang Ho bidang politik/pemerintahan.

• Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hinggan ke zaman Dinasti Ching• Gelaran raja ditukar kepada maharaja• Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga• Amalan dinati diteruskan hingga abad ke-20• Raja dibantu oleh bangsawan• Raja dibantu oleh pegawai kerajaan

Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ekonomi :

• Pembinaan sistem pengairan• Mengairi pertanian dan mengelakkan banjir• Maju dalam teknologi pembajakan• Mencipta cangkul dan sabit• Membuat batas untuk penanaman• Membuat alat pertanian daripada besi menggantikan kayu• Mencipta barangan tembaga seperti bekas minuman, senjata dan tembikar• Mahir teknologi gangsa dalam penciptaan senjata perisai

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

8

JPN PP @ 2015

Apakah ciri-ciri Sistem Tulisan Tamadun Hwang Ho?

• Tulisan ideogram• Berbentuk simbol• Muncul daripada amalan menilik tulang oracle• Tulisan asal gambar kanak-kanak, matahari, bulan dan sungai• Diajar di sekolah China• Berkembang ke Korea dan Jepun

Bidang agama dan kepercayaan

• Konsep Yin dan Yang• Yin ialah kuasa pasif• Yang ialah kuasa aktif• Percaya alam semesta terdiri daripada unsur Yin dan Yang yang saling melengkapi• Dipengaruhi oleh kepercayaan satu kuasa, Tien• Tien, kuasa tertinggi alam semesta / syurga

• Feng Shui• Falsafah Taoisme• Berlandaskan falsafah alam semesta• Merujuk kepada hubungan antara manusia dengan alam semesta• Manusia hidup berharmoni dengan alam sekitar

• Pemujaan roh nenek moyang• Amalan sejak zaman Shang• Diubahsuai mengikut kesesuaian masa• Unsur korban manusia dihentikan• Digantikan dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan

• Sistem kalendar• Kalender dicipta semasa Dinasti Shang• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun• Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan menuai• Untuk menjalankan aktiviti harian• Untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Berdasarkan kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapatmeningkatkan pencapaian pertanian di negara ini?

• Membina sistem pengairan yang baik• Memulihkan tanah-tanah terbiar• Menggunakan biji benih yang berkualiti• Menggunakan teknologi / peralatan pertanian yang moden• Penggunaan baja• Meluaskan pasaran pertanian• Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan• Menggunakan teknik penanaman moden• Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi / pakar pertanian• Mengkomersialkan produk pertanian

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

9

JPN PP @ 2015

Nyatakan iktibar yang boleh diambil daripada kemajuan tamadun Hwang Ho bagimenjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang.

• Mempunyai pemimpin berwibawa• Pentingnya kestabilan politik• Mewujudkan pentadbiran yang licin• Mengutamakan ajaran agama• Memajukan bidang pertanian• Memelihara warisan negara• Mengekalkan keharmonian dalam masyarakat• Hidup bersatu padu• Kekalkan keamanan• Setia kepada negara

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

10

JPN PP @ 2015

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN

PERLUASAN KUASA

TAMADUN INDIA

Siapakah tokoh-tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa tamadun India?

• Chandaragupta Maurya• Asoka• Bindusara

Huraikan perluasan kuasa dalam tamadun India.

• bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya• mempunyai pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera

berkuda dan 10000 infantri• menguasai seluruh India Utara• menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus dan sempadan India Barat• Bindusara anak kepada Chandragupta meluaskan empayar Maurya ke Mysore di

selatan India• cara perluasan kuasa berubah semasa Asoka• tidak menekankan kekuatan tentera• gunakan dasar lemah lembut dan terbuka• memberi penekanan kepada agama Buddha• semasa Asoka seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya• berlaku kerana kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga

TAMADUN CHINA

Siapakah tokoh-tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa tamadun China?

• Shih Hwang Ti• Maharaja Ha Wu Ti

Huraikan perluasan kuasa yang dilaksanakan dalam tamadun China.•• Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China• beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak )• kuasa bangsawan dihapuskan• melantik gabenor serta panglima tentera sebagai pentadbir wilayah• beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar• Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim,

Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung.• pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China

diwujudkan.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

11

JPN PP @ 2015

Mengikut pandangan anda, mengapakah perluasan kuasa tidak harus digalakkanpada masa ini?

• Mengelakkan kematian / pengorbanan nyawa• Mengelakkan kemusnahan alam• Mengelakkan kemusnahan harta benda• Menjamin keamanan sejagat• Mewujudkan kesejahteraan hidup• Menghormati kedaulatan / kemerdekaan negara lain• Menghormati hak asasi manusia• Mengelakkan persaingan senjata

PENDIDIKAN

Jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun Indus.

• Peningkatan bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik• Pendidikan mementingkan keagamaan / tumpuan pendidikan adalah agama• Agama Hindu menjadi terasnya• Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki• Kaum wanita tiada peluang untuk menerima pendidikan• Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda• Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting• Menggunakan kaedah hafalan• Pendidikan berteraskan agama hindu dan buddha• Menyediakan manusia untuk menghadapi hari selepas mati• Hukum agama harus dipelajari• Supaya hidup sempurna dengan nilai-nilai agama yang diajar• Pendidikan tinggi diberi di Kolej Brahman• Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan di rumah• Abad ke-4, lahir universiti agama buddha, iaitu Nalanda• Untuk capai taraf sebagai brahmin, perlu hafal pelbagai buku agama / khususnya veda• Harus mempelajari karya saintifik dan falsafah• Pendidikan adalah untuk meningkatkan ilmu sains• Pendidikan bertujuan menambahkan ilmu• Mengatasi buta huruf• Mendapat jawatan dalam pemerintahan

Jelaskan tujuan pendidikan tamadun India.

• Untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati• Mempelajari hukum agama• Untuk capai taraf sebagai brahmin• Untuk meningkatkan ilmu sains.• Untuk menambah ilmu• Mengatasi buta huruf• Untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

12

JPN PP @ 2015

Terangkan perkembangan pendidikan dalam tamadun China.

• Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam• Peperiksaan dikendalikan dengan ketat• Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati• Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan• Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan di dalam bilik dengan makanan

disediakan• Mereka dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan• Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi• Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci• Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera• Peringkat tinggi – menterjemah buku suci• Peperiksaan awam 3 tahap – hsiu tai (ijazah pertama), chun – jen (sarjana) dan chin

shih (doktor falsafah)• Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota

empayar diadakan di istana / di hadapan maharaja)• Peluang kerjaya ialah menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan

menjadi pendidik• Waktu peperiksaan – tahap satu (3 tahun 2 kali), tahap dua dan tiga (3 tahun sekali)

EKONOMI

TAMADUN INDIA

Nyatakan dua jenis barang dagangan yang diperdagangkan di peringkat dalamantamadun India.• senjata• gading gajah• emas• berlian• mutiara

Apakah matlamat kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan di setiapBandar iaitu sresthin dalam tamadun India?

• Mengawal harga• Mengawal kualiti barangan• Gaji pekerja

Apakah hasil yang diperolehi oleh pedagang India dari Alam Melayu pada zamanGupta?

• rempah• bedak wangi• gading gajah• besi

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

13

JPN PP @ 2015

Apakah hasil yang diperolehi oleh pedagang India dari China pada zaman Gupta?

• Tekstil• Tembikar• Barang kaca• Minyak wangi

Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India.

• Melibatkan perdagangan dalaman• Perdagangan luaran• Pusat perdagangan penting Anga / Kalinga / Karusa• Menghasilkan senjata / gading gajah / emas / berlian / mutiara• Hubungan perdagangan dengan negara luar• Melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia / Sri Langka / rantau• Asia Tengah / Asia Tenggara• Pelabuhan pentingnya termasuk Tamralipti / Ghantashala / Kadura / Broach / Chaul/• Kalyan dan Cambay• Perkembangan ekonomi pesat merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan

perusahaan / sresthin di setiap bandar• Termasuk persatuan tukang kayu / tukang logam / tukang kulit• Matlamat persatuan ialah mengawal harga• Kualiti barangan• Gaji pekerja• undang-undang digubal untuk mengawal persatuan• pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja• matawang digunakan sebagai medium jual beli• Zaman Gupta, mata wang emas digunakan• Melaksanakan dasar kewangan• Melaksanakan dasar ekonomi yang sistematik• Perkembangan sejak zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam

sektor• Perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil / kain kapas / sutera• Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares• Terdapat perusahaan berasaskan barangan emas / mutiara / batu permata• Sejak Zaman Maurya, pelbagai cukai dikenakan• Terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil pertanian / hasil buah-buahan• Cukai untuk menyara anggota tentera / para pentadbir / raja• Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang sejak tahun

100 M• pedagang India memperoleh hasil seperti rempah / bedak wangi / gading gajah / besi

dari Alam Melayu• tekstil / tembikar / barang kaca / minyak wangi dari China• perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka turut berkembang

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

14

JPN PP @ 2015

TAMADUN CHINA

Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh tamadun China.

• Penggunaan tenggala• Kereta kuda• Penanaman bergilir• Sistem teres• Sistem pengairan• Pembinaan terusan kawalan banjir

Mengapakah perusahaan logam dan tembikar berkembang dalam tamadun China?

• Kegiatan perdagangan antara China dengan dunia luar• Dijalankan melalui Jalan Sutera Darat dan Jalan Laut• Penggunaan wang syiling• Kemunculan persatuan perdagangan• Perwujudan golongan peniaga yang kaya.

Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun China.

• Sejak Dinasti Han, tenggala diperkenalkan• Untuk membuat batas• Kolar kuda digunakan untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong

beroda dan penyisir tanah• Selepas itu, penanaman secara bergilir diperkenalkan• Untuk menjaga kesuburan tanah• Kawasan bukit diteres• Pembinaan terusan untuk pengairan• Untuk kawalan banjir• Perkembangan perusahaan logam dan tembikar• Hasil perusahaan didagangkan ke kawasan luar China• Seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat• Dibawa melalui jalan darat, Jalan Sutera Darat dan Jalan laut• Hasil perusahaan diperdagangkan di China• Muncul persatuan perdagangan• Menyebabkan kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar• Perkembangan ekonomi membawa kepada perkembangan sistem perhubungan• Contohnya pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta

kuda dan kereta lembu

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

15

JPN PP @ 2015

BAB 3 – TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

KERAJAAN AGRARIA

Jelaskan faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kemajuan pertanian kerajaanagrarian.

• Sistem pengairan yang baik• Bersumber dari Tasik Tonle sap• Peranan raja membina sistem pengairan• Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam sistem pengairan yang baik• Raja Indravarman I membina sistem pengairan dan baray• Hasil padi dapat menampunag keperluan beras kerajaan Angkor• Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap• Tanah yang subur• Iklim yang panas dan lembap• Sumber ikan air tawar dari Tonle Sap

Terangkan faktor yang menyebabkan Kerajaan Angkor mampu menjadi sebuahkerajaan agraria yang kuat.

• Perkembangan pertanian iaitu padi sawah dan padi huma• Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran• Sistem pengairan yang baik• Bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap• Mengairi tanah yang luas/ seluas 12.5 juta ekar• Menampung keperluan beras untuk keperluan asas rakyatnya• Penglibatan raja membina sistem pengairan• Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan• Raja Indavarman I membina sistem pengairan/ baray• Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Tonle Sap• Air tasik datang dari Sungai Mekong• Tanah di sekitarnya amat subur• Iklim panas lembab sepanjang tahun• Sesuai untuk pertanian padi• Punca air utama mengairi sawah• Menjadi punca bekalan air minum• Sumber ikan air tawar• Mampu menampung keperluan makanan penduduk

Sejauh manakah sumbangan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

• Mengawal banjir• Menampung limpahan air banjir Sungai Mekong• Tanah yang subur• Mendapan lumpur yang subur pada musim kemarau• Menampung keperluan makanan penduduk yang ramai• Membekalkan sumber protein/ ikan air tawar• Membekalkan sumber air minuman• Membekalkan air untuk terusan/ sistem pengairan• Punca air untuk mengairi sawah/ kawasan pertanian

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

16

JPN PP @ 2015

Industri pertanian mula dibangunkan secara lebih proaktif pada era pemerintahan TunAbdullah Ahmad Badawi melalui Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9).Sejauh manakah kepentingan industri pertanian pada hari ini?

• Meningkatkan pendapatan negara/ pengaliran wang masuk melalui eksport• Menambah peluang pekerjaan• Mengatasi masalah pengangguran• Penubuhan industri kecil sederhana (IKS)• Bekalan bahan mentah kepada ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan• Keperluan makanan dalam negara/ mengelakkan krisis makaan• Tidak bergantung import makanan/ keperluan sendiri• Mengekalkan keseimbangan alam sekitar• Dijadikan perniagaan melalui konsep agro-pelancongan

Kerajaan telah melakukan pelbagai transformasi sektor pertanian untuk menjadikansektor pertanian negara lebih moden, dinamik dan berdaya saing.Buktikan kebenaran pernyataan di atas.

• Transformasi ladang seperti projek kelompok/ pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok

• Skim Amalan Pertanian Baik (APB/ GAP) supaya keluaran pertanian berkualiti/selamat dimakan

• Program Plantation Integration Areas (TAC)• Pengrursan Ladang Moden / kemahiran teknikal dan teknologi• Mempelbagai pulangan pelaburan• Konsep jaminan kualiti / skim akreditasi• Pengezonan (zoning)• Insentif untuk Projek Pengeluaran Makanan• Kemudahan infrstrukur• Pemberian subsidi dan insentif pertanian/ Pemberian Subsidi Harga padi/ Subsidi

Benih Padi Sah• Dasar Agro Makanan Negara (DAN)• Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA)• Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) seperti di Gopeng, Perak / Wakaf

Che Yeh, Kelantan

Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan sektorpertanian sebagai satu sumber ekonomi Malaysia?

• Kekurangan tenaga buruh• Persaingan tenaga kerja dalam sektor perindustrian• Saiz ladang berskala kecil/ tidak ekonomik• Petani kurang berpendidikan/ kurang pengetahuan teknologi moden• Kekurangan modal / Sukar mendapat kemudahan kredit daripada institusi kewangan• Kekurangan benih di sektor-sektor kecil / diimport daripada luar negara• Kekurangan pelaburan swasta dalam sektor pertanian• Liberasi perdagangan oleh WTO dan AFTA

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

17

JPN PP @ 2015

BAB 4 – KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MADINAH

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Terangkan sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dicontohi oleh semua pihakmasa ini.

• Memiliki empat sifat terpuji utama• Sidddiq (berkata benar)• Amanah (dipercayai)• Tabliq(menyampaikan)• Fatanah (bijaksana)• Digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy• Kata-kata dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai• Tidak pernah berbohong• Sifat amanah menyebabkan Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal yang besar

kepada baginda untuk diperniagakan• Menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi

rintangan• Tokoh pemimpin yang unggul• Menyelesaikan masalah pertelingkahan dalam kalangan kabilah Arab/ peristiwa

perletakan semula Hajar Aswad• Bijak menyelesaikan masalah• Termeterai Perjanjian Hudaiiyah• Kandungan Perjanjian diterima dengan penuh hikmah• Ketua keluarga yang patut dicontohi• Pengasih dan timbang rasa• Membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak dan

membersih rumah• Memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak• Menjadikan dirinya sebagai teladan kepada anak-anak• Mengamalkan cara hidup yang sederhana• Sentiasa merendah diri• Bergaul dengan semua lapisan masyarakat• Bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak• Sifat pemaaf iaitu semasa peristiwa pembukaan semula kota Makkah pada tahun

630 M• Mengampun dan membebaskan orang Arab Quraisy yang menyerah diri• Sering memikirkan kehidupan masyarakatdi sekeliling yang tidak bermoral dan taasub

dengan amalan jahiliah• Berusaha mencari cara untuk mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat

sekeliling• Mengasingkan diri / bertahannuth kepada Allah di Gua Hirak

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

18

JPN PP @ 2015

Jelaskan faktor Nabi Muhammad s.a.w. bertahanuth di Gua Hirak

• Memikirkan tentang kehidupan masyarakat• Mencari kaedah untuk mengubah nilai hidup masyarakat Arab Jahiliah• Memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy/ kepincangan hidup

masyarakat• Mengasingkan diri daripada masyarakat Arab Jahiliah• Beribadat kepada Allah• Mencari tempat beribadat yang sunyi dan tenang• Menyerah diri kepada Allah

Bagimanakah peristiwa Hajar Aswad menonjolkan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammads.a.w.?

• Baginda mempunyai sikap kepimpinan yang bijaksana• Hal ini dapat dibuktikan apabila menyelesaikan perbalahan di antara ketua-ketua kaum

mengenai perletakan batu suci Hajar Aswad ke tempat asalnya iaitu di penjuru timurkaabah

• Batu tersebut telah jatuh semasa banjir melanda kota Makkah• Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik sebagai hakim yang membuktikan kepercayaan

kabilah Arab terhadap Nabi Muhammad s.a.w.• Baginda meletakkan batu Hajar Aswad di atas sehelai serban yang diangkat beramai-

ramai oleh wakil setiap bani• Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya• Semua pihak telah berpuas hati dengan cara tersebut• Membuktikan kebijaksanaan dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimanakah pengamalan sifat keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. bolehmengekalkan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

• Amalan bijaksana dalam membuat keputusan demi kepentingan bangsa dan negara• Bergaul dengan lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama• Pengamalan sifat penyayang dalam masyarakat• Amalan semangat hormat-menghormati antara kaum• Sifat pemaaf penting dalam mengekalkan keharmonian• Mengamalkan cara hidup sederhana• Tidak pernah berbohong boleh mengekalkan kepercayaan antara kaum/ perasaan

selamat• Bersikap amanah dalam menjalankan tugas memastikan keadilan untuk semua kaum

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

19

JPN PP @ 2015

PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

Terangkan cara Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan dakwah Islamiah di Makkah.

• Secara tersembunyi/ rahsia• Secara rahsia selama tiga tahun• Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada keluarga baginda• Sahabat rapat dan kaum kerabat baginda• Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib,

Zaid in Harithah, Abu Bakar• Melalui sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy lain

memeluk Islam• Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan Islam

untuk menyebarkan Islm• Ketinggian akhlak Nabi Muhammd s.a.w. dan kejujuran para sahabat telah

menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan• Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib iaitu kaum kerabat

baginda• Setelah turunnya ayat al-Quran• Nabi Muhammad s.a.w. bermusyawarah dengan para sahaba untuk melaksanakan

perintah ini• Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan Islam• Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa, dihadiri

oleh semua pentadbir kota Makkah• Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi dengan Abu Lahab, bapa saudara

baginda• Secara terbuka berjalan selama sepuluh tahun

REAKSI MASYARAKAT ARAB TERHADAP ISLAM

Jelaskan faktor-faktor orang Arab Quraisy menentang penyebaran dakwah Islam olehNabi Muhammad s.a.w.

• Perbezaan kepercayaan dan amalan jahiliah• Islam berteraskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa• Orang Arab Quraisy mengamalkan tradisi turun temurun iaitu mempercayai animisme

dn menyembah berhala• Prinsip persamaan taraf sesma manusia dalam Islam• Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbezaan darjat golongan atasan dan

bawahan• Menolak konsep persaudaraan Islam yang bertentangan dengan konsep assabiah

yang menjadi pegangan mereka• Prinsip akhlak dalam Islam• Orang Arab Jahiliah berakhlak keji• Mencuri dan menindas menjadi kebiasaan mereka dilarang dalam Islam• Mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w.• Bimbang terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.• Sejak dahlu sering bersaing untuk menjadi ketua/pemimpin Makkah• Bimbang pengaruh dan kedudukan tergugat

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

20

JPN PP @ 2015

• Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan orang yang menguasaikepimpinan kota Makkah

• Menggugat ekonomi orang Arab Qurasy• Menjejaskan perusahaan mengukir patung kerana Islam mewajibkan menyembah

Allah s.w.t

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Islam mudah diterima sebahagian daripadamasyarakat Arab.

• Layanan yang sama kepada semua manusia• Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah• Kemurnian ajaran Islam• Akhlak Nabi Muhammad s..w.• Pembelaan terhadap golongan bawahan/ wanita• Ajaran Islam mudah diamalkan• Ajaran Islam melarang penindasan• Tidak menggunakan paksaan dalam penyebaran Islam• Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah dengan cara lemah lembut• Berdakwah secara berhikmah• Memujuk dengan menggunakan akal untuk berfikir• Nabi menunjukkan teladan yang baik• Menggunakan pendekatan dengan membandingkan akhlak masyarakat Arab Jahiliah

dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam• Peribadi Nabi Muhammad s.a.w. yang bersifat mulia• Kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan dakwah

Jelaskan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadapdakwah Islamiah.

• Mengejek Islam melalui puisi• Tohmahan dan tuduhan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.• Memujuk Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan dakwah Islamiah• Tawaran kedudukan/ wanita cantik/ harta kekayaan• Pemulauan terhadap nabi dan keluarga baginda selama tiga tahun• Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi

Muhammad s.a.w.• Tidak memberikan sebarang pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.• Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w.• Menulis pernyataan pemulauan• Menggantung pernyataan pemulauan di Kaabah• Diganggu semasa beribadat/ letakkan benda kotor di tengkuk nabi ketika baginda

bersolat• Ancaman bunuh terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

21

JPN PP @ 2015

Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap sebagai rahmat yang besarkepada masyarakat Arab Jahiliah dan masyarakat dunia umumnya.Berikan pendapat anda.

• Pelantikan ini dianggap sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam• Nabi Muhammad s.a.w. terus menerus menerima wahyu dan baginda telah

menyampaikan seruan kepada semua orang Quraisy• Baginda mengasaskan tamadun Islam• Diangap sebagai penyinar sebuah tamadun• Agama Islam yang disebarkan oleh baginda adalah kesinambungan dengan agama

yang disebarkan oleh nabi-nabi sebelum ini• Perkara terawal yang ditekankan ialah usaha untuk membetulkan akidah masarakat

Arab• Menanam keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.• Menggesa umatnya mennggalkan amalan keji seperti menindas sesama manusia,

membunuh dan mencuri• Titik tolak dalam perkembangan Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya• Pengetahuan membaca dan menulis sangat penting dan asas dalam pendididkn Islam.

Terdpat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pendakwah dalam menyampaikandakwah Islamiah pada masa ini.Nyatakan cabaran-cabaran tersebut.

• Islamophobia/ takut kepada ajaran Islam• Hedonisme/ budaya bertuhankan kepada hiburan dan bernafsu kebendaan• Pengaruh media Barat• Orang Islam tidak menunjukkan contoh yang baik• Islam dikaitkan dengan keganasan dan militan Islam• Ajaran sesat/ ajaran bertentangan dengan dasar Islam• Murtad/ berpaling dari agama Islam• Globalisasi/ ledakan teknologi maklumat• Perpecahan antara umat Islam/ tiada semangat persaudaraan Islam yang sebenar• Kurang maklumat berkaitan dengan agama Islam dan tidak membuat kajian• Kemunculan pelbagai cabang fahaman/ wahabi/ syiah

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

22

JPN PP @ 2015

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA

Nyatakan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama.

• Suku Aus dan KHazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul• mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w• tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, berzina, minum arak

Nyatakan tiga isi penting Perjanjian Aqabah Kedua.

• Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad SAW.• Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah• Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal• Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah• Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam

Namakan seorang tokoh pendakwah yang dihantar ke Madinah selepas PerjanjianAqabah Pertama.

• Mus’ab bin Umair

Berikan sebab mengapa keadaan Madinah tidak aman sebelum penghijrahanNabi Muhammad s.a.w

• pergeseran berlaku dalam kalangan suku Arab• penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi

Apakah kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua terhadap perkembanganIslam?

• Islam tersebar ke Madinah• Umat Islam Makkah berhijrah ke Madinah• Madinah menjadi tapak penyebaran Islam yang baru• Suku Aus dan Khazraj telah memeluk Islam• Taat setia orang Islam kepada Nabi Muhammad SAW bertambah kukuh• Kesediaan suku Aus dan Khazraj mempertahankan Islam• Pembentukan kerajaan Islam Madinah• Perpaduan antara golongan Muhajirin dan Ansar• Pembinaan masjid Nabawi• Pengukuhan sistem ekonomi Islam• Pelaksanaan sistem perundangan Islam

• Perjanjian Aqabah Pertama

• Perjanjian Aqabah Kedua

Berlaku antara NabiMuhammad s.a.w dengan

suku kaum Aus dan Khazraj

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

23

JPN PP @ 2015

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua?

• Kesetiaan kepada pemimpin• Menepati janji• Perpaduan• Ikhlas• Berani• Tabah• Sabar• Kebijaksanaan• Berwawasan

HIJRAH

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan tiga konsep hijrah menurut Islam.

• perkataan Arab yang bermakna perpindahan• berlaku dari satu tempat ke tempat yang lain• konteks Islam, perpindahan orang Islam Makkah ke Madinah• Perpindahan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam• merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam• perjuangan untuk menegakkan kebenaran• meninggalkan keburukan dan kejahatan.• Hijrah merupakan lambang semangat ingin berubah.• perubahan dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

Jelaskan hujah yang boleh mematahkan hujah orientalis Barat yang mengatakanhijrah sebagai suatu pelarian.

• Berdasarkan jemputan dan persetujuan penduduk Madinah• disambut dengan rela dan meriah oleh orang-orang Madinah.• Mereka juga telah diberi tempat tinggal• Dijamin keselamatan• Nabi Muhammad SAW sendiri telah dilantik sebagai pemimpin Madinah• baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah

Nyatakan sebab dan tujuan hijrah.

• Bagi meneruskan dakwah Islamiah• Perintah Allah SWT menerusi wahyu• meneruskan penyebaran Islam kerana sewaktu di Makkah, ancaman, dan tentangan

daripada orang Quraisy telah menjejaskan penyebaran agama Islam.• strategi baru untuk mengukuhkan dan mengembangkan agama Islam.• jemputan penduduk Madinah dalam perjanjian Aqabah pertama dan kedua

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

24

JPN PP @ 2015

Apakah kepentingan hijrah kepada umat Islam?

• titik permulaan perkembangan agama Islam secara meluas dan pesat• kegiatan dakwah Islam dapat dilakukan secara aman tanpa halangan.• membentuk perpaduan masyarakat Islam• disatukan dibawah satu akidah• mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan Ansar• menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam

Madinah Pembentukan negara Islam yang pertama• melahirkan sebuah pemerintahan masyarakat Islam yang adil, stabil, dan maju.• Hijrah juga telah memulakan satu kalendar baru bagi umat Islam• telah dijadikan sebagai kalendar umat Islam• menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau yang bermaksud “Kota

yang Bercahaya”.• Hijrah juga telah menunjukkan sikap toleransi kaum dan semangat tolong menolong• Kesanggupan penduduk Madinah membantu golongan Muhajirin• sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Abu

Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Talib, dan Abdul Rahman bin Auf.• Peranan kaum wanita• Hijrah juga telah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad

SAW• sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan

Islam• tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan.• menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW mengatur strategi perjuangan• merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamakan Piagam

Madinah

Pada pendapat anda, mengapakah penghijrahan yang berlaku pada hari ini berbezadaripada penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah.

• Faktor politik• Akibat peperangan• Keselamatan• Dianggap pelarian• Pendatang tanpa izin• Dihantar pulang ke tempat asal• Faktor ekonomi• Mencari pekerjaan• Faktor sosial• Peluang menyambung pelajaran• Kemiskinan di tempat asal

(mana-mana jawapan yang munasabah)

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

25

JPN PP @ 2015

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat menerapkan semangat hijrahdalam kehidupan seharian?

• Bersikap rajin• Berbuat baik• Berfikiran positif• Menambah berilmu• Menepati masa• bervisi / berwawasan• belajar bersungguh-sungguh

(mana-mana jawapan yang munasabah)

PIAGAM MADINAH

Apakah Piagam Madinah?

• Perlembagaan bertulis pertama di dunia.• Dirangka oleh Nabi Muhammad S.A.W• Berpandukan wahyu Allah.• Asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah.• Mencatatkan peraturan, tanggungjawab ketua Negara dan rakyatnya.• Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam.• mengandungi 47 fasal• 23 fasal tentang tanggungjawab orang Islam• 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam• termasuk orang Yahudi

Terangkan perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah.

Politik

• Nabi Muhammad S.A.W ketua Negara Madinah• Ketua hakim

Agama

• Masyarakat Madinah bebas memilih agama• Menghormati agama lain

Sosial

• Masyarakat Madinah dianggap ummah• Hidup bersatu padu, bekerjasama tanpa mengira bangsa

Perundangan

• Undang-undang lslam dipakai secara menyeluruh.• Hukuman dikenakan dengan adil.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

26

JPN PP @ 2015

Ekonomi

• Tiada diskriminasi• Melarang riba, penipuan dan penindasan• Kerjasama masyarakat Madinah

Pertahanan Madinah

• Semua masyarakat wajib mempertahankan Madinah• kedudukan orang Yahudi• akui sebagai rakyat Madinah• hak sama• menikmati keselamatan dan kebebasan

Terangkan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan Islam.Politik

• Model kerajaan lslam yang unggul• Panduan pemerintahan lslam• Merangkumi peraturan dunia dan akhirat

Ekonomi

• Amalan riba / penipuan / rasuah / penindasan tidak dibenarkan• Sifat bertimbang rasa• Amalan bersedekah• Mementingkan keadilan dalam perniagaan

Perundangan

• Lengkap dan sempurna• Syariah lslam adalah adil

Sosial

• Masyarakat bersatu padu• Hidup aman• Konsep keadilan social dipraktikkan• Menekankan persamaan hak• Persaudaraan lslam

(mana-manajawapan yang munasabah)

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

27

JPN PP @ 2015

PEPERANGAN DALAM ISLAM

Berikan siri-siri peperangan yang melibatkan orang Quraisy Makkah denganorang Islam Madinah.

• Perang Badar• Perang Uhud• Perang Khandak• Perang Tabuk

Nyatakan dua prinsip peperangan yang digariskan oleh Islam.

• Allah SWT membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang olehmusuh.

• Allah SWT juga membenarkan berperang untuk mencari keamanan supaya tempatibadat mereka terjaga.

• Setiap pertempuran adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri

Berikan dua garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.

• Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah.• tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan tanaman.• dilarang memusnahkan rumah ibadat agama lain.

Senaraikan golongan orang yang lemah mengikut prinsip peperangan dalamIslam.

• orang tua• kanak-kanak• kaum wanita• orang sakit• orang yang menyerah diri

Apakah sifat yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar?

• mengampunkan tawanan Arab Quraisy, wanita dan kanak-kanak telah dibebaskan.• Sementara tawanan lelaki diberi syarat untuk membebas diri mereka.• Tawanan lelaki yang berjaya mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca

dan menulis sehingga pandai akan dibebaskan.

Nyatakan bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan.

• Nabi Muhammad SAW mengampunkan tawanan Perang Badar• Tawanan wanita dankanak-kanak dibebaskan• Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar• Sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

28

JPN PP @ 2015

Apakah pandangan anda peperangan yang berlaku pada hari ini?

• Membunuh golongan yang tak berdosa.• Merosakkan harta benda awam.• Merosakkan rumah ibadat.• Kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa.

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan peperangan daripadaberlaku?

• Mengamalkan akhlak yang mulia• Saling bertolak ansur• Menunjukkan teladan yang baik• Menghormati hak asasi• Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi beraja

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

29

JPN PP @ 2015

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Bagaimanakah Kerajaan Bani Abbasiyah mula terbentuk?

• Perkara ini berlaku kerana Kerajaan Bani Umaiyah mula menghadapi tentangan• Kerajaan Bani Umaiyah mula menghadapi tentangan pada akhir pemerintahan dari

dalam dan luar negeri.

Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penetangan tersebut?

• Orang Islam berbangsa Parsi dan Barbar (golongan Mawali) menganggap merekatelah didiskriminasikan oleh Kerajaan Bani Umaiyah

• Hal ini berlaku kerana mereka tidak dapat memegang jawatan yang selayaknyadiberikan kepada mereka.

• Mereka juga telah dikenakan kadar cukai yang tinggi.• Golongan Mawali juga telah memberi sokongan kepada gerakan Abbasiyah bagi

menentang Kerajaan Bani Umaiyah.• Khalifah pada akhir pemerintahan Bani Umaiyah juga telah mengabaikan

tanggungjawab mereka terhadap rakyat.• Khalifah juga telah mengabaikan ajaran Islam.• Pemilihan Khalifah berpandukan sistem warisan pada masa itu telah ditentang

golongan Khawarij dan Syiah.

Galurkan pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah secara kronologi?

• Gerakan Abbasiyah ditaja oleh Ali bin Abdullah dan bergerak secara sulit.• Mula bergerak secara terbuka semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz untuk

menumpaskan Kerajaan Bani Umaiyah.• Melancarkan kempen dengan menggunakan nama Ahlul Bait.• Ahlul Bait bermaksud menggunakan nama keluarga Nabi Muhammad s.a.w. untuk

mendapatkan sokongan.• Kufah, Khurasan dan Humaimah dijadikan pusat operasi gerakan ini.• Gerakan ini dikuatkan lagi dengan penyertaan dua pahlawan iaitu Abu Salamah al-

Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah.• Abu Muslimah al-Khurasani pula mengetuai gerakan di Khurasan.• Pada 750 M Revolusi Abbasiyah telah berjaya menggulingkan kerajaan Bani Umaiyah• Kerajaan Abbasiyah diasaskan sempena nama al-Abbas iaitu bapa saudara Nabi

Muhammad s.a.w.• Pusat pemerintahan pertama terletak di Damsyik.• Semasa pemerintahan Abu Jaafar pusat pemerintahan telah berpindah ke Baghdad.• Kerajaan ini mengamalkan pemerintahan secara warisan dan pemerintahan bercorak

sistem monarki.• Kerajaan ini runtuh akibat serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

30

JPN PP @ 2015

Senaraikan sumbangan-sumbangan Kerajaan Abbasiyah?

• Mencapai kegemilangan pada abad ke-9 semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya Al-Makmum.

• Kota Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual dan perkembangan ilmupengetahuan.

• Kegiatan penulisan seperti penterjemahan karya asing ke bahasa Arab berlaku.• Baitulhikmah telah ditubuhkan dan berkembang luas semasa al-Makmum memerintah.• Antara kegiatan yang dijalankan ialah menterjemah karya falsafah dan sains tamadun

Yunani kepada bahasa Arab• Kegiatan penulisan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu mencatat idea atau

percakapan, mengumpul idea yang serupa dan mengumpul hadis Nabi Muhammads.a.w. ke dalam sebuah buku.

• Golongan ulama terlibat dalam kegiatan penulisan dan mengarang buku.• Mereka menyusun hadis, menulis buku tentang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya.• Wujud juga ulama-ulama terkenal ketika itu.• Imam Malik menyusun buku Al-Muwatta.• Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.• Abu Hanifah menyusun buku fikah dan pendapat ijtihad.• Berlaku kegiatan penterjemahan daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani.• Hal ini telah mengembangkan bidang intelektual orang Arab.• Mereka juga mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah ke

bahasa Arab.• Membuat huraian dan penambahbaikan dalam karya mereka.• Juga membuat ulasan dan keterangan yang tinggi nilainya.• Usaha ini telah berjaya memelihara warisan ilmu zaman lampau melalui kegiatan

penterjemahan.• Pusat pengajian tinggi yang didirikan telah dapat meningkatkan kegiatan penyelidikan

dan kajian sarjana Islam.• Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan membawa kepada Zaman

Renaissance di Eropah.• Penulisan para ilmuan dan ulama telah meningkatkan pengetahuan manusia

sezaman.• Dari segi warisan pula telah meninggalkan nilai yang tinggi kepada generasi

kemudiannya.

Sebagai pelajar bagaimanakah kita dapat memajukan lagi bidang pendidikan dinegara kita.Berikan pendapat anda?

• Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.• Bersama-sama memartabatkan bidang ilmu.• Meletakkan ilmu sebagai keutamaan dalam apa sahaja yang dibuat.• Ilmu dijadikan panduan dalam melakukan sesuatu perkara.• Memastikan perkembangan ilmu sentiasa berlaku secara berterusan.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

31

JPN PP @ 2015

Terangkan apa yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anda memimpin sesuatumasyarakat?

• Mengutamakan ilmu dalam segala bidang.• Menggalakan penterjemahan sebagai hobi mengisi masa lapang.• Menghormati golongan cerdik pandai dan golongan agama.• Sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.• Menggalakkan rakyat memberikan sumbangan yang bernas dalam bidang ilmu.

KERAJAAN TURKI UTHMNIYAH

Nyatakan latar belakang Kerajaan Turki Uthmaniyah?

• Kerajaan ini bermula sebagai sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah baratAnatolia (Turki)

• Pemerintahan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dari segi pemerintahan danpentadbiran.

• Walaupun kecil kerajaan ini berjaya menguasai kerajaan lain dan membentuk kerajaanUthmaniyah.

Bagaimanakah Kerajaan Turki Uthmaniyah di bentuk?

• Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Uthrugul dari keturunan sukuQayi.

• Pada peringkat awal Uthman merupakan amir atau gabenor Saljuk di kawasan baratAnatolia yang bersempadan dengan empayar Bayzentine atau Rome Timur.

• Pada tahun 1301 Uthman telah mengalahkan tentera Byzantine dan telahmenyebabkan Gazi atau pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu.

• Berlaku perluasan jajahan takluk di bawah pimpinan Uthman.• Kawasan disekitar Anatolia di takluk oleh Uthman dan bandar Bursa dijadikan ibu

negeri.• Setelah Uthman meninggal dunia pada 1326 usaha perluasan kuasa telah diteruskan

oleh anaknya.• Orhan I dan pemerintah lain telah meneruskan perluasan kuasa.• Kawasan-kawasan yang ditakluki pada 1336 sehingga 1354 oleh Orhan I adalah

kawasan seperti Marmara, Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli.• Murad I dan Bayezid I berjaya menguasai Balkan Selatan dan Utara Bulgaria.• Antaranya Philipopolis, Sofea, Salonika, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.• Semasa Mehmed II, Istanbul telah berjaya ditawan.• Empayar Uthmaniyah mengalami pengukuhan semasa Mehmed II pada tahun 1451

sehingg 1481.• Berakhir apabila Sulaiman I meninggal dunia.• Empayar Turki Uthmaniyah berlanjutan sehingga Abad ke 20.• Sejak awal abad ke-20 empayar ini mulai mengalami kemerosotan.• Faktor kemerosan Kerajaan Turki disebabkan perkara seperti kelemahan pemimpin.• Masalah lain seperti pungutan cukai dan pemberontakan.• Kesukaran mengawal penduduk yang bertambah dengan pesat juga merupakan satu

faktor.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

32

JPN PP @ 2015

Nyatakan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah?

• Berjaya membentuk sebuah empayar yang luas.• Merupakan kesatuan Islam di dunia.• Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran dunia Islam.• Selepas Sultan Selim I menguasai Makkah pada 1517 kerajaan Uthmaniyah dianggap

sebagai pelindung umat Islam di dunia.• Sistem perundangan yang dikenali Kanun Sulaiman yang diperkenalkan oleh Sulaiman

I.• Kanun ini menekankan tentang mempertahankan serta membela nyawa.• Harta dan kehormatan individu juga ditekankan dalam kanun ini tanpa mengira bangsa

dan agama.• Dalam pentadbiran Islam jawatan kadi dan mufti diperkenalkan.• Sheikhul Islam iaitu ulama juga diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa.• Koleksi fatwa tersebut memberi sumbangan dalam agama dan sains.• Undang-undang tersebut juga digunakan sehingga kini.• Dalam bidang sosial ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan

penterjemahan telah berkembang dengan pesat.• Wujud sistem madrasah dan sekolah akademik.• Terdapat sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.• Sumbangan golongan intelektual pula adalah seperti menghasilkan ensiklopedia.• Mehmed al-Fanari dan Molla Lutfi menghasilakan ensiklopedia sains Islam yang

menjadi rujukan bagi keperluan praktikal.• Manakala Katip Celebi menghasilkan ensiklopedia yang masih menjadi rujukan

sehingga kini.• Masjid, hospital dan rumah terbina hasil daripada perkembangan ilmu.• Seni bina Masjid Biru kekal sehingga hari ini.

Bagaimanakah kita dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dipersada dunia?

• Menghantar pelajar Malaysia belajar ke luar negara.• Mengadakan program yang melibatkan pelajar Malaysia dengan pelajar luar.• Memartabatkan IPTA dan IPTS.• Mengadakan jalinan kerjasama dalam pendidikan yang berterusan.• Menganjurkan simposium dan seminar yang melibatkan negara luar di Malaysia.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

33

JPN PP @ 2015

BAB 7 – ISLAM DI ASIA TENGGARA

TEORI KEDATANGAN ISLAM

Nyatakan latar belakang bagaimanakah Islam dapat disebarkan ke Asia Tenggara.

• Sebelum kedatang Islam masyarakat di Asia Tenggara menganut agama Hindu danBuddha.

• Asia Tenggara merupakan kawasan perdagangan yang terkenal dalam kalanganpedagang Arab, India dan China sebelum kemunculan Islam di Makkah.

• Perkembangan Islam di Makkah sekitar abad ke-7 Masihi menyebabkan parapedagang Arab telah berdakwah di Asia Tenggara.

• Sejaran telah membuktikan bahawa Islam disebarkan melalui Semenanjung TanahArab, China dan India.

Kemukakan teori berserta bukti yang menunjukkan bahawa Islam telah tersebar keAsia Tenggara melalui Semenanjung Tanah Arab ?

• Dikemukakan oleh John Crowford.• Disokong oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas.• John Crowford telah mengemukan beberapa bukti bagi menyokong kenyataan beliau.• Islam berkembang melalui para pedagang yang datang berdagang di Asia Tenggara.• Catatan China menyatakan pedagang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat

perniagaan dan petempatan di Canton sejak tahun 300 M.• Pedagang telah menguasai laluan laut dari Pelabuhan Iskandariah sehinggalah ke

China.

• Setelah kemunculan Islam di Makkah mereka masih menguasai aktiviti perdagangan.• Mereka singgah di pelabuhan-pelabuhan utama sebelum sampai ke China.• Mereka singgah kerana menunggu perubahan angin monsoon sebelum ke China.• Kebanyakkan mereka menetap dan membina perkampungan di sini.• Mereka juga turut berkahwin dengan penduduk tempatan.• Mereka turut menyebar Islam kepada pedagang tempatan.• Masyarakat dan pedagang tempatan memeluk Islam kerana tertarik dengan tingkah

laku pedagang Arab.

• Catatan Islam pula menyatakan wujudnya perkampungan Islam seperti Ta Shih diSumatera.

• Antara bukti yang dinyatakan separti bahan penulisan dan kesusasteraan yangterdapat di Asia Tenggara sama seperti di Semenjung Tanah Arab.

• Perkataan Arab terdapat dalam tulisan Jawi berasal daripada Arab.• Kebudayaan dan adat resam di pengaruhi budaya Arab.• Kebanyakan karya menyatakan raja-raja di Asia Tenggara di Islamkan oleh ulama

Arab.

• Terdapat bukti menyatakan Hikayat Raja-Raja Pasai di mana Raja Pasai berjaya diIslamkan iaitu Merah Silu atau Malik al-Salih.

• Sheikh Said mengislamkan Raja Patani iaitu Phaya Tu Nakpa.• Dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula Syeikh Adullah Al-Yamani mengislamkan

Raja Kedah.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

34

JPN PP @ 2015

Kemukakan teori dan bukti yang menunjukkan bahawa Islam telah tersebar ke AsiaTenggara melalui China ?

• Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia.• Disokong oleh S.Q. Fatimi.• Emanuel Gadinho Eredia telah mengemukan beberapa bukti.• Canton merupakan pusat perdagangan sejak abad ke-9 M.• Canton merupakan pusat perdagangan utama bagi pedagang Arab yang beragama

Islam.

• Mereka menyebarkan Islam kepada pedagang China.• Pedagang China yang menjalankan perniagaan ke Asia Tenggara pula telah terlibat

menyebarkan Islam kepada masyarakat tempatan.• S.Q. Fatimi memberikan bukti seperti perpindahan beramai-ramai pedagang China

dari Canton ke Asia Tenggara sekitar 876 M.• Penemuan Batu Bersurat Terangganu di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang,

Terangganu.• Terangganu merupakan sebuah kerajaan tua yang menjalankan aktiviti perdagangan

sejak dahulu lagi.

• Terdapat juga bukti seperti unsur seni bina pada masjid di Nusantara sama seperti diChina.

• Bentuk bumbung juga dipengaruhi seni bina China.• Bentuk lain seperti pagoda dan hujung perabung atap yang melentik.

Nyatakan teori beserta bukti yang menunjukkan Islam datang daripada India?

• Teori dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.• Seorang sejarawan Belanda yang menyatakan bahawa Islam berkembang melalui

India.• Gujerat dan Pantai Koromandel sejak abad ke-13 merupakan pusat persinggah utama.• Bukti beliau disokong oleh Snouck Hurgronje.• Antara bukti adalah hubungan perdaganan yang telah lama wujud.• Gujerat merupakan pelabuahan penting semasa pemerintahan Alaudin Khilji di India.• Pedagang lain yang beragama Islam telah menyebarkan Islam melalui aktiviti

perdagangan.• Batu marmar pada batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa.• Batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India.• Unsur kebudayaan India telah wujud di Asia Tenggara yang membuktikan adanya

hubungan rapat sejak dahulu lagi.

Bagi mengaplikasikan pengetahuan anda berkaitan kesenian dan perdagangan sejakdahulu lagi.Apakah contoh-contoh lain yang dapat anda kemukakan tentang ini?

• Pemakaian inai oleh masyarakat Melayu menjadi trend apabila tibanya musimperayaan.

• Adat bersanding merupakan acara kemuncak dalam majlis perkahwinan masyarakatMelayu.

• Kenduri kendara diadakan majlis tepung tawar.• Kegiatan perdagangan terus mendapat tempat baik oleh orang Melayu mahupun India.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

35

JPN PP @ 2015

Sebagai pelajar, terangkan apa yang berlaku di Asia Tenggara selepas kegiatanperdagangan pada masa dahulu mencapai kemuncaknya?

• Aktiviti perdagangan dua hala terus berlaku sehingga kini.• Kegiatan perdagangan turut membawa kepada hubungan baik dalam aspek politik

juga sosial.• Kegiatan perdagangan hari ini masih menerapkan nilai baik seperti yang dibawa

pedagang Islam suatu ketika dulu.• Perkembangan ekonomi turut meningkatkan ekonomi negara Asia dari segi lain.

PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA

Bagaimanakah pengaruh Islam di Asia Tenggara turut mempengaruhi bidangkesenian?

• Kesenian telah mempengaruhi masyarakat Asia Tenggara.• Seni khat, seni ukir dan seni bina turut dipengaruhi unsur-unsur Islam.• Seni khat digunakan pada batu nisan dan ukiran kayu.• Juga terdapat penggunaan tulisan jawi.• Abjad Arab turut digunakan pada batu nisan.

• Kreativiti masyarakat menjadikan tulisan pada batu nisan lebih menarik.• Batu nisan Malik Ibrahim dibawa dari Gujerat.• Batu nisan tersebut berbentuk kapal terbalik dan menunjukkan pengaruh dari Parsi.• Batu nisan Naina Hisham al-Din mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi.• Tulisan Syair Parsi dan pola hiasan daun yang sama dengan hiasan permaidani Parsi.• Ayat suci Al-Quran, hadis dan catatan sesebuah kerajaan dirakamkan melalui seni

khat.• Seni khat juga terdapat pada bilah mata keris.• Ayat suci Al-Quran ditatahkan dengan emas, perak dan permata untuk menjadikannya

lebih menarik.

• Batu bersurat Terangganu merupakan seni khat tertua.• Dijumpai pada 1303M dan ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan

jawi.• Seni khat islam turut mempengaruhi seni ukiran kayu.• Seni kaligrafi mencontohi huruf Arab, ayat Al-Quran dan tulisan jawi.• Unsur seni dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan.• Seni khat menjadi hiasan utama di masjid, surau dan rumah kediaman.• Unsur Islam turut mempengaruhi binaan bangunan.• Masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan menerima pengaruh seni bina Islam.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

36

JPN PP @ 2015

Bagaimanakah kesenian Islam dapat memberikan kemakmuran kepada masyarakatMalaysia?Beri pandangan anda.

• Kesenian Islam seperti nasyid dapat meningkatkan martabat bangsa.• Penggunaan alatan muzik Islam seperti gabus lebih memberikan ketenagan.• Pertandingan diperingkat sekolah dapat merapatkan hubungan silaturrahim.• Kesenian Islam seperti corak gometri semakin banyak digunakan dalam pembinaan

bangunan• Pelajar sekolah dapat mengasah bakat mereka apabila menyertai pertandingan tulisan

khat.• Kaligrafi dan seni khat menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

37

JPN PP @ 2015

BAB 8 – PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUMKEDATANGAN BARAT

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA

Nyatakan dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu?

• Pendidikan formal• Pendidikan tidak formal

Jelaskan fungsi istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.

• Sebagai pusat pengajian agama.• Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar• Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Muaulana Sadar Jahan• Perkembangan pesat dalam pendidikan dipengaruhi oleh ramai ulama dan pendakwah

asing yang menetap di Melaka. Cth dari Arab dan Parsi• Minat pemerintah terhadap ilmu pengetahuan menjadi penarik fungsi istana• sebagai pusat ilmu pengetahuan• Kitab al-Dur al-Manzum (Mutiara Tersusun), diarak hingga ke balairung istana Melaka• Istana sebagai tempat menyimpan buku hikayat. Cth: Hikayat Amir Hamzah• Pendidikan diistana bukan sahaja melibatkan soal keagamaan tetapi juga hal

pentadbiran negara dan politik

Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.

• Kedatangan Islam telah memperkenalkan huruf Arab dan ini telah disesuaikan dengantulisan Melayu yang dikenali sebagai tulisan jawi

• Perbendahaean kata Bahasa Melayu bertambah, adat, adil, daulat, hakim dan hukum• Istilah-istilah dalam cabang ilmu Islam seperti fikah, tauhid dan tafsir• Dalam bidang kesusasteraan, penulisan karya telah berkembang• Karya yang dihasilkan berbentuk prosa dan puisi• Cth: Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah• Hikayat-hikayat tentang nabi-nabi lain, cth: Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa

a.s• Cerita tentang para sahabat cth: Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali

Hanafiah• Terhasilnya hikayat-hikayat saduran seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan

Damsyik

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

38

JPN PP @ 2015

Nyatakan kesan pengaruh Islam dalam gaya hidup masyarakat Melayu.

• Perubahan prinsip kepercayaan atau akidah, syariah dan akhlak• Amalan protokol ( hijabah) menunjukkan pengaruh bani Umaiyah• Kandungan pembacaan ciri dalam upacara pertabalan dimansuhkan• Adat pertabalan seperti lafaz ikrar (sama seperti baiah) dalam Islam diamalkan• Pengganti sultan yang mangkat dilantik sebelum pemakaman. Ini ditiru daripad

khalifah pada zaman Bani Umaiyah• Hubungan antara individu dan kekeluargaan menjadi lebih rapat• Orang yang lebih tua dihormati• Jiran dianggap sebagai anggota keluarga sendiri• Panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua• Bercakap dengan suara yang lebih rendah dengan orang yang lebih tua• Tetamu dilayan dengan baik. Dihidang makanan dan minuman• Memberi salam dan menjawab salam• Bersalam-salaman• Kanak-kanak mencium tangan orang yang lebih tua• Ungkapan bismillah dibaca sebelum makan dan minum• Majlis perkahwinan dijalankan secara Islam.• Majlis berkhatan• Majlis berkhatam• Amalan gotong royong diamalkan

PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI

Namakan pusat perdagangan di Tanah Melayu pada kurun ke-17 dan ke-18.

• Johor• Kedah• Terengganu• Melaka

Apakah ciri-ciri Islam dalam mata wang?

• Setiap mata wang tertera nama dan pangkat sultan yg memerintah• Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan spt Khalifatul Mukminin• Terdapat tarikh Islam dicatat• Bertulisan Jawi atau Arab spt Malik atau Sultan al-Adil

Mengapakah Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan dunia?

• Kedudukan strategik• Di laluan perdagangan antara China dan India• Terlindung daripada tiupan angin• Laut dalam• Kemudahan pelabuhan lengkap• Tempat membaiki kapal, gudang, tempat tinggal pedagang, bekalan makanan dan air• mencukupi serta buruh ramai• Pentadbiran pelabuhan cekap

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

39

JPN PP @ 2015

• Mewujudkan jawatan laksamana bg menjaga urusan kelautan• Syahbandar sbg ketua pelabuhan• Undang-Undang Laut Melaka menjadi landasan bg tugas-tugas nakhoda dan juru mudi• Tumpuan persinggahan pedagang asing• Dibuktikan dgn terdapatnya 84 bahasa yg dipertuturkan• Dua kaedah digunakan dlm urusan perdagangan, iaitu secara tukar barang dan mata

wang/• jual beli• Sistem timbang dan sukat menggunakan sistem tahil, kati serta bahara• Sistem bahara dilakukan dgn menggunakan dacing

Nyatakan jenis cukai yang diperkenalkan oleh Melaka kepada pedagang.

• Pedagang diwajibkan membayar cukai barang dagangan sblm urusan perdagangandilakukan

• Cukai tetap(cukai import) jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah• Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak

6%• Pedagang dari Jepun, dan China dikenakan cukai sebanyak 5%• Beras dan makanan tidak dikenakan cukai• Setelah cukai dibayar, barulah urusan jual beli dilakukan di bazaar-bazar yg

disediakan• Orang asing yg menetap di Melaka juga dikenakan cukai• Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3%• Orang asing lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6%

Bagaimanakah anda boleh menerapkan nilai-nilai Islam dalam perdagangan?

• Jujur/amanah• Mengamalkan unsur halal• Gigih• Tidak menindas• Bertolak ansur• Berjimat cermat• Menolak riba• Melakukan akad dalam urus niaga

Terangkan perkembangan mata wang selepas menerima pengaruh Islam

• Mata wang perantaraan nilai• Memudahkan jual beli• Alternatif kpd sistem barter• Mata wang timah• Berbentuk bulat• Beratnya satu kati lapan tahil• Nama sultan yg memerintah serta tarikh Islam dicatat• Mata wang Kartun mata wang Johor• Berbentuk bulat atau segi enam• Tidak mempunyai tarikh• Bertulisan Jawi atau Arab spt Malik atau Sultan al-Adil

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

40

JPN PP @ 2015

• Mata Wang timah negeri Kedah• Berbentuk seekor ayam jantan hinggap di atas beberapa bentuk cincin• Boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan• Mata wang emas• Digunakan di Kedah dan Johor pd abad ke-16• Di Kelantan dikenali sbg kijang krn terdapat gambar kijang• Di Johor digelar Kupang• Tertera nama dan gelaran sultan yg memerintah• Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan berkenaan spt Khalifatul• Muslimin• Mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka• Pedagang Eropah menggunakan wang perak• Pedagang India, China dan Arab menggunakan emas

Jelaskan faktor kepesatan kegiatan perdagangan di Melaka pada kurun ke-15.

• Kedudukan strategik• Di laluan perdagangan antara China dan India• Terlindung daripada tiupan angin• Laut dalam• Kemudahan pelabuhan lengkap• Tempat membaiki kapal, gudang, tempat tinggal pedagang, bekalan makanan dan air• mencukupi serta buruh ramai• Pentadbiran pelabuhan cekap• Mewujudkan jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan• Syahbandar sbg ketua pelabuhan• Undang-Undang Laut Melaka menjadi landasan bg tugas-tugas nakhoda dan juru mudi• Tumpuan persinggahan pedagang asing• Dibuktikan dgn terdapatnya 84 bahasa yg dipertuturkan• Dua kaedah digunakan dlm urusan perdagangan, iaitu secara tukar barang dan mata

wang/• jual beli• Sistem timbang dan sukat menggunakan sistem tahil, kati serta bahara• Sistem bahara dilakukan dgn menggunakan dacing

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

41

JPN PP @ 2015

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

ZAMAN RENAISSANCE

Berikan maksud zaman Renaissance

• Renaissance bermaksud kelahiran semula• Berasal dari perkataan Itali Renisciment• Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah• Penghargaan semula ilmu dalam tamadun Rom dan Yunani• Renaissance bermula di Itali• Bapa Humanisme ialah Francesco Pertrarch• Tokoh lain – Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio

Perkembangan Zaman Renaissance

• Masyarakat zaman ini mempunyai semangat inkuiri yang kuat (semangat ingin tahu)• Abad ke 14 bermula di Itali dan berkembang ke Eropah Barat.

• Muncul Bandar-bandar terkenal – Venice, Genoa, Rom dan Milan di Itali yang menjadipusat perdagangan antarabangsa

• Itali sangat strategik sebagai persimpangan utama dan pusat perdaganganantarabangsa – dikelilingi oleh Laut Mediterranean

• Aktiviti perdagangan di Itali membawa kepada kemunculan pedagang kaya

• Mereka gunakan kekayaan untuk mengindahkan Bandar• Pedagang kaya menjadi patron @ penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis

dan penulis• Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence• Patron berusaha menarik seniman dan cendiakawan yang terbaik ke Bandar mereka

sehingga berlaku persaingn antara Bandar• Terdapat juga seniman dan cendekiawan berkunjung dr Bandar ke Bandar

menyebarkan idea Renaissance ke suluruh Itali

• Di Rom – Paus menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.• Penguasa gereja di Rom cemburu dgn pencapaian Bandar Florence yang cantik dan

menarik ( dibina oleh Keluarga Medici) dan ingin menandinginya.• Tetapi penguasa gereja berselisih faham dengan saintis yang mencabar fahaman

tradisi gereja seperti kes Galileo Galilei• Oleh itu, gereja memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir• Paus Julius II telah mengupah Leonardo da Vinci, Raphael dan Michalelangelo

mencantikkan dan menghiasi gereja dan katederal di Rom dengan ukiran dan lukisan.

• Semangat dan amalan individualisme muncul apabila pelukis dan pengukir ingindikenali secara individu.

• Mereka juga mahir dalam ilmu pengetahuan• Tokoh Renaissance di England – Thomas More (1478 – 1535), Francis Bacon (1561 –

1626) dan William Shakespeare

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

42

JPN PP @ 2015

Berikan kesan kesan zaman Renaissance

• Politik• Munculnya monarki baharu dengan kerajaan pusat yang kuat• Kekuasaan monarki diperkukuhkan dengan amalam pembayaran cukai secara

langsung kepada kerajaan pusat.• Kesannya, kuasa raja bertambah kukuh• Kuasa gereja dan bangsawan berkurangan

• Ekonomi• Ekonomi sara diri semakin pupus dan perdagangan semakin berkembang• Kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang seiring dengan kemajuan dalam

bidang geografi, kartografi, astronomi dan matematik

• Sosial• Mereka lebih berani menzahirkan emosi melalui muzik, lukisan dan ukiran serta

membentuk budaya keyakinan diri.• Masyarakat mementingkan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik,

falsafah dan metafizik• Membentuk sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baharu bagi

mencapai kejayaan

Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Renaissance yang berlakudi Eropah.

• Semangat inkuiri.• Mendalami ilmu• Sedia berubah• Perubahan gaya hidup masyarakat• Perkembangan intelektual.• Yakin diri• Perdagangan maju• Ilmu baru diteroka• Mencari kebenaran

Mana-mana jawapan munasabah

REFORMATION

Maksud Zaman Reformation

• Berasal daripada perkataan ‘reform’ – melaksanakan perubahan atau pembangunanatau pembaharuan terhadap sesuatu yang baru

• Berkaitan dengan agama Kristian

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

43

JPN PP @ 2015

Mengapakah gerakan Reformation berlaku di Eropah pada abad ke 16?

• Berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan .• Pihak gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan• Amalan golongan penguasa Gereja Katholik tidak selari dengan kitab Bible• Masyarakat mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katholik• Lebih cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah/ bangsawan yang tidak

mencerminkan• kehidupan keagamaan

• Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences,/surat pengampunan• Penciptaan mesin cetak oleh Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan dalam

masa yang singkat dengan harga yang murah.• Tindakan Martin Luther menentang amalan Indulgences.• Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya• Mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi.• Pendirian dan ajaran MArthin Luther – Mazhab Protestan

Jelaskan kesan gerakan Reformation di Eropah

• Agama• Agama Kristian berpecah kepada Katholik dan Protestan.• Mazhab Protestan pimpinan Luther berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan

England• Di Switzerland, gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian

dipimpin pula oleh John Calvin• Berlaku perang keagamaan di Perancis dan Perang 30 tahun yang melibatkan

Sepanyol, German, Bohemia, Denmark dan Sweden• Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan

• Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian untukmempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka

• Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka• Kuasa gereja terhadap monarki berkurangan• Raja membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom.

Pada pendapat anda, apakah iktibar yang diperolehi daripada Zaman Reformationyang berlaku di Eropah kepada negara kita

• Bersatu pendapat dalam semua perkara• Kesederhanaan dalam kehidupan• Kemusnahan akibat perang• Berpegang kepada ajaran agama• Mengelakkan rasuah dan penyelewengan• Sikap bertoleransi akan membawa kemajuan• Tidak bersikap fanatik

Mana-mana jawapan munasabah

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

44

JPN PP @ 2015

PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

Nyatakan kuasa-kuasa Eropah yang unggul pada zaman penjelajahan danpenerokaan.

• Portugal, Sepanyol, England, Perancis dan Belanda• Kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru di lautan luas bagi membolehkan

mereka menuju ke Timur.

Terangkan sebab-sebab utama berlakunya penjelajahan dan penerokaan orangEropah ke Timur.

• Desakan ekonomi• Orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus

dari Timur• Keagamaan• Untuk sebarkan agama Kristian ke seberang laut tambahan Sepanyol pernah dikuasai

oleh orang Islam• Galakan pemerintah• Raja Sepanyol memberikan galakan kepada usaha ini• Perdagangan rempah• Mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah dan raja mereka• Monarki baru• Galakan monarki baru di England, Perancis, dan Belanda untuk penjelajahan dan

penerokaan• Kebanggaan Bangsa• Semangat kebanggaan bangsa mendorong orang Eropah menjelajah

Kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan masyarakat Eropah• Politik• Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah melalui

Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)• Ekonomi• Daerah di luar Eropah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah• Pusat emporium dunia seperti Melaka dikuasai oleh Portugal• Jalan pelayan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara dikuasai oleh Portugal• Sosial• Masyarakat tempatan mula terpengaruh denga gaya hidup orang Eropah• Agama Kristian diterima dan dianuti oleh masyarakat peribumi

Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada aktiviti penjelajahan danpenerokaan masyarakat Eropah.• Sikap berani• Semangat meneroka• Keyakinan diri• Semangat ingin tahu• Meluaskan pengetahuan• Suka meneroka ilmu• Semangat gigih berusaha• Sanggup menghadapi risiko• Kecekalan• Tidak mudah putus asa

Mana-mana jawapan munasabah

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

45

JPN PP @ 2015

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

PERLOMBONGAN

Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?

• Kegiatan pertanian atau perlombongan• Melibatlan lebihan pengeluaran• Untuk tujuan pemasaran lebih luas• Skala yang besar• Tenaga buruh yang ramai• Modal yang besar• Teknologi yang lebih tinggi• Pengurusan cekap

Senaraikan hasil galian di Tanah Melayu.

• Emas• Bijih timah• Arang batu• Bauksit• Antimoni• Bijih besi

Jelaskan peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayusebelum kedatangan British.

• Menjadi pemilik pelombong bijih timah• Memantau dan mengawal penglibatan orang-orang Cina dalam aktiviti perlombongan

bijih timah• Memberi kebenaran/persetujuan kepada pengusaha Cina• Mengawal dan menguasai kawasan perlombongan• Menjadi pembeli hasil bijih timah yang dilombong• Menentukan harga belian bijih timah yang dijual oleh pengusaha lombong bijih timah

kepada pengusaha Melayu

Apakah kelebihan pelombong British berbanding pelombong Cina dalam sektorperlombongan bijih timah?

• Kemampuan menyediakan modal yang tinggi• Penggunaan teknologi kapal korek• Menjalankan aktiviti secara besar besaran• Penguasaan kerajaan British terhadap sistem politik• Penggubalan Enakmen dan Undang-undang yang berpihak kepada pelombong

Eropah.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

46

JPN PP @ 2015

SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Huraikan sejarah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di TanahMelayu pada awal abad ke-20.

• Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian• Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan

perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport• Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada 1885• Menghubungkan Taiping dengan Port Swettenham• Kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson• Tapah Road dengan Telok Anson (Teluk Intan)

• Pada tahun 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak , Selangor danNegeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api

• Jalan kereta api menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telahdisiapkan pada tahun 1918

• Pada tahun 1931, jalan kereta api di bahagian Timur menghubungkan Gemas ,Pahangdan Kelantan ke sempadan Siam telah siap dibina

• Menjelang tahun 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga keSingapura

• Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasanpedalaman untuk penanaman getah

• Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnyapembinaan jalan kereta api.

• Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak• Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih

timah dan getah ke pengkalan sungai• Menjelang tahun 1895, Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400

kilometer.

• Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotorpada tahun 1902

• Jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkanperhubungan antara negeri-negeri di pantai Barat dengan negeri-negeri di pantaiTimur

• Sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan, pos,radio danperkhidmatan udara turut diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi

• Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan antara negara dapat dijalankandengan lebih cekap dan cepat.

Terangkan sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu padaawal abad ke-20.

• Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah• Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport• Jalan kereta api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,

Selangor dan Negeri Sembilan.• Menghubungkan bahagian Timur, Utara dan Selatan Tanah Melayu• Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah• Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

47

JPN PP @ 2015

• Kereta api dapat membawa muatan yang banyak• Hubungkan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap• Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dab bijih timah ke Eropah

PENDIDIKAN VERNAKULAR

Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada zaman penjajahanBritish telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.Apakah maksud pendidikan vernakular ?

• Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masingsebagai bahasa pengantar.

Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.

• Berorientasikan kaum.• Menggunakan pengantar bahasa ibunda.• Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.• Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.• Guru-guru juga diambil dari negara asal.• Buku teks dibawa dari negara asal.

Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayusemasa penjajahan British.

• Dibiayai oleh pengusaha (taukeh lombong dan pengusaha ladang)• Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar.• Guru dibawa dari negara asal.• Buku dibawa dari negara asal.• Sukatan pelajaran berasaskan sistem pendidikan di negara asal.

Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampumemupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?

• Pendidikan ini berorientasikan kaum.• Murid daripada pelbagai kaum telah dipisahkan.• Murid tidak melalui sistem pendidikan yang sama.• Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.• Sukatan pelajaran dan guru dibawa dari negara asal.• Tidak dilaksanakan hingga ke peringkat tinggi.

Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistempendidikan ?

• Menggunakan sukatan pelajaran yang sama.• Menggunakan pengantar Bahasa Melayu untuk pendidikan• Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum• Mewujudkan Sekolah Kebangsaan• Mana-mana jawapan munasabah

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

48

JPN PP @ 2015

Rajah di bawah menunjukkan sistem pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu padazaman penjajahan British.

SISTEMPENDIDIKAN

• Pendidikan Vernakular Cina

• Pendidikan Vernakular Tamil

• Sekolah Melayu

• Sekolah Inggeris

Terangkan ciri pendidikan Vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasapenjajahan British.

• Berorientasikan kaum.• Menggunakan pengantar bahasa ibunda.• Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.• Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.• Guru-guru juga diambil dari negara asal.• Buku teks dibawa dari negara asal.

Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahanBritish.

• Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.• Sekolah aliran Inggeris mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat• Penang Free School (18160) di Pulau Pinang• Malacca Free School (1826) di Melaka.• Sekolah Inggeris juga didirikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.• King Edward VII School (1883) di Taiping• Victoria Institution (1894) di Kuala Lumpur.• Sekolah Inggeris didirikan di bandar sahaja.• Pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.• Kurikulum sekolah Inggeris sistem pendidikan di England.• Pihak British menubuhkan universiti sebagai institusi lanjutan• Universiti Malaya di Singapura.

Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan sistem pendidikanvernakular Melayu di negara kita semasa penjajahan British?

• Sekolah Melayu mula ditubuhkan di Negeri Selat.• Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura pada 856 dan

seterusnya didirikan di Seberang Perai pada tahun 1871.• Sekolah Melayu didirikan di Negeri Melayu Bersekutu.• Didirikan di Perak iaitu di Kuala Kangsar dan Batu Gajah.• Sekolah Melayu didirikan untuk murid perempuan.• Hanya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat pada 1885.• Sekolah Melayu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sahaja.• Mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira shj.• Bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani.• Pendidikan Melayu menyediakan pendidikan lanjutan.

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

49

JPN PP @ 2015

• Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan.• Maktab ini melatih guru sekolah Melayu.• Pendidikan Melayu turut menyediakan sekolah untuk golongan elit.• Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) ditubuhkan.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistempendidikan Melayu selepas negara mencapai kemerdekaan ?

• Menggunakan pengantar Bahasa Melayu• Menyediakan peluang pendidikan ke pusat pengajian tinggi• Mewajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan• Melengkapkan prasarana pendidikan• Melengkapkan sekolah dengan kemudahan ICT• Mana-mana jawapan munasabah

PERBANDARAN

Pembandaran ialah proses perkembangan kampung atau pekan kecil menjadi bandarakibat pertambahan fungsinya.

Terangkan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awalabad ke-19.

• Kekayaan sumber semula jadi.• Faktor perlombongan bijih timah• Kesan pertambahan penduduk.• Terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi dll.• Terdapatnya kemudahan infrastruktur.• Kedudukan yang strategik.• Kemajuan dalam bidang perhubungan .• Terdapatnya aktiviti pertanian komersil.• Terdapat industri berasaskan bijih timah dan getah.• Dasar British yang membangunkan kawasan tertentu.

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi bandar-bandar baru di Tanah Melayu?

• Menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.• Sebagai tempat mengumpul hasil lombong.• Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian.• Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan, perbankan dsb.• Menjadi pusat petempatan.• Menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersil.• Menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan.• Sebagai pelabuhan

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

50

JPN PP @ 2015

Pada pandangan anda, mengapakah proses pembandaran di kawasan PantaiBarat Tanah Melayu lebih pesat berbanding di kawasan pantai timur ?

• Pantai barat kaya dengan sumber semula jadinya.• Perlombongan bijih timah terdapat di pantai barat.• Pertanian komersil juga bertumpu di pantai barat.• Dasar penjajah memajukan kawasan pantai barat.• Pantai barat merupakan pusat pentadbiran penjajah.• Pantai Barat mempunyai kemudahan infrastruktur.• Pantai barat memilki pelabuhan.

Mana-mana jawapan munasabah

Bagaimanakah pemerintah negara kita berusaha untuk mewujudkan pembandaranyang seimbang antara kedua-dua kawasan tersebut.

• Memajukan kawasan luar bandar• Menggalakkan perindustrian di kawasan pantai Timur• Membina lebuh raya menghubungkan kawasan pantai Barat dengan pantai Timur• Menggalakkan pelaburan asing ke pantai Timur• Mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan

Mana-mana jawapan munasabah

Anda merupakan menteri di Kementerian Pengangkutan Malaysia.Apakah cadangan anda untuk menyelesaikan masalah

• Cadangkan supaya transit aliran ringan (LRT) dan monorel ditingkatkan perkhidmatandan rangkaiannya

• Menggalakkan warga Bandar menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkankadar kenderaan di atas jalan raya

• Memastikan Bandar yang sak disediakan perkhidmatan bas percuma• Bilangan bas mestilah mencukupi untuk menampung penumpang yang ramai• Konsep kongsi kereta mesti digalakkan