modul pembelajaran ipg edu3108
Post on 09-Aug-2015
246 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
1
1.1 KONSEP PROFESION DAN PROFESIONALISME
Profesion
Pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Dengan kata lain,
profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran
intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat,
menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan
sebagainya.
Profesional
Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut
Ornstein dan Levine (1993), terapat 4 ciri dalam suatu profesion:
Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam.
Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu.
Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.
Kebenaran diberi kepada profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
Adakah guru sebagai satu profesion? Ya, guru dianggap sebagai satu profesion
kerana:
1. Berpengetahuan terhadap mata pelajaran yang diajar.
2. Berpengetahuan mengenai pelajar.
3. Adanya peningkatan profesionalisme guru.
1.2 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan
bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan
berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam
BAB 1 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
2 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
2
pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.
Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang selaras
dengan amalan profesional guru termasuklah:
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya dengan ilmu.
Bertindak atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 tret guru yang amat berkesan.
Hal ini termasuklah:
a) Dorongan oleh misi dan passionate – guru didorong oleh misi seolah-olah
mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.
b) Positif dan benar – hormat menyayangi, demokratik, berpandangan positif.
c) Guru sebagai pemimpin – mempengaruhi pelajar untuk berubah.
d) With-it-ness – guru melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk
mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan
pelajar dan sebagainya.
e) Gaya – menampilkan gaya yang tersendiri dan unik.
f) Kepakaran dalam motivasi – percaya dirinya mampu mengubah kehidupan
pelajar.
g) Keberkesanan pengajaran (instructional effectiveness) – guru
mempunyai pelbagai teknik dalam pengajaran.
h) Pembelajaran tentang kandungan (book learning) – punyai pengetahuan
yang lengkap tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat.
i) Pintar (street smarts) – mempunyai pengetahuan tentang pelajar, sekolah
dan komuniti.
j) Celik minda (mental life) – fokus terhadap kerja yang dilakukan.
3 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
3
2.1 KOD ETIKA KEGURUAN
2.1.1 Maksud Etika
Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama
lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah. Berasal
daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma, nilai-
nilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia.
American College Dictionary,1964
Prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.
Nikki, 2009
Pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam
bahagian tertentu.
Bascom, 2007
Ilmu mengenai sesuatu kewajipan
2.1.2 Kod Etika Profesion
Peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub demi menjaga imej profesion. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika
Profesion:
a) Memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme
yang dirangkakan.
b) Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Masyarakat
dapat memahami kepentingan sesuatu profesion.
c) Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar
organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
BAB 2 KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN
4 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
4
2.1.3 Kod Etika Perguruan Malaysia
Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya
usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mecapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
1. Tanggungjawab terhadap pelajar
- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar.
- Bersikap adil terhadap semua orang pelajar.
- Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar
kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
- Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
- Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
- Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya.
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
5 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
5
- Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit.
- Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
- Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
- Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
- Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi
segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu
bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.
- Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.
- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
6 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
6
- Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri
dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai
seorang guru.
- Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya
sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang
baru dalam profesion keguruan.
- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.
- Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru.
2.1.2 Konsep Akauntabiliti Guru
Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan
dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah
tanggungjawab guru terhdapa profesionnya.
Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah:
a) Akauntabiliti terhadap pelajar – guru mendidik pelajar ke tahap yang
cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi
mereka secara mnyeluruh.
b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri – guru harus berpengetahuan luas dan
berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.
c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa – guru melaksanakan tugas dengan
memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada
msayarakat dan negara.
d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara – guru mempunyai
tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia
berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan – guru perlu
menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab
sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka.
7 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
7
2.1.3 Integriti guru
Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu kesempurnaan.
Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral principle yang
merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004).
Secara dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran.
Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Integriti guru merangkumi:
a) Tanggungjawab yang berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran.
b) Melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta
penuh kasih sayang.
c) Tanggungjawab dan berkewajipan menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.
8 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
8
Maksud etika :
cara atau hukum yang tidak bertulis berkenaan adab tertib dalam pergaulan
Maksud Etika Guru :
Suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru
saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian terhadap profesionnya
serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik
Etika perlu dalam profesion perguruan :
Supaya segala tindakan guru dilihat telah menjaga kepentingan masyarakat
yang berhubung dengan mereka
Supaya tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku dan
tidak bertentangan dengan hak asasi umum.
Guru dikawal oleh etika perguruan.
ISU KESANTUNAN GURU
Kesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat.
Fokus kesantunan guru
Perlakuan dalam percakapan
- Kawalan suara
- Memonopoli sidang perbualan
- Cakap banyak
- Puji diri secara langsung dan tidak
Tatacara berkomunikasi
- Ikut norma budaya setempat, bukan tatacara kita sahaja.
BAB 3 ISU-ISU ETIKA GURU
9 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
9
ISU KEPEDULIAN GURU
Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang diberikan
kepada sesuatu isu/tugas
Perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberikan guru terhadap isu atau
tugasnya.
Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru
terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
Kepedulian merupakan kuasa yang akan menggerakkan suatu proses
perubahan (Havelock 1995)
Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan
Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
urus hal kehidupan seharian
jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
Kepedulian terhadap tugas pengajaran
ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban PNP
bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru
Kepedulian terhadap impak pengajaran
yakin terhadap kebolehan pelajar
guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan
10 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
10
Fokus Etika Guru
Kesantunan guru- tata cara bertindak dan berkomunikasi mengikut
norma budaya setempat
Kepedulian guru- perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh
guru terhadap isu atau tugasnya
Penampilan guru- jenis penampilan guru ialah penampilan untuk
perbezaan, dialog, disilusi dan demokrasi.
Berniaga di sekolah- tidak sepatutnya dilaksanakan di sekolah
Pengurusan masa- urus masa dan didik murid urus masa
Kerjaya sambilan- perlukan kebenaran, tidak menerima bayaran jika
mengadakan kelas tuisyen untuk murid di sekolah
Pengurusan kewangan- urus wang semasa bertugas dan urus wang
keluarga.
11 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
11
Teori Keprihatinan (Fuller 1969)
- Peringkat Keprihatinan Diri/kemandirian diri- guru berasa bimbang tentang
kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh
ibu bapa serta guru lain
- Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas-memperbaiki pengajaran serta
menguasai isi kandungan mata pelajaran
- Peringkat Impak- guru melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai
pelbagai keperluan
Prihatin Diri
- Apakah pelajar suka saya?
- Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
- Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
- Apakah BBM saya sesuai dengan murid?
Peringkat Impak
- Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
- Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
- Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?
Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
- Peringkat novis
- Peringkat novis lanjutan
- Peringkat cekap
- Peringkat mahir
- Peringkat pakar
BAB 4 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU
12 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
12
Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamerkan kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Guru Permulaan
Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan
di IPG atau universiti
Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara
individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.
Guru baru sering menghadapi masalah :
o guru besar dan guru
o mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
o masalah pembelajaran dan disiplin murid
Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
- Kurang mahir urus Koku
- Kurang mahir urus aktiviti sukan
- Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
- Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
- Kurang teori dan amalan latihan
13 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
13
- Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
- Kurang kemahiran sosial
Cabaran Guru Permulaan
- Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
- Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
- Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
- Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
- Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
- Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
- Kurang berupaya menangani tugas harian guru
Guru Cekap
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi
khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.
Guru Cekap
Menjadi guru cekap :
- Kecekapan profesionalisme
- Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
- Keutuhan peribadi
- Kecekapan menggunakan teknologi maklumat
Ciri-ciri guru cekap :
1) Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2) Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3) Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar,
mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.
Prinsip Guru Cekap :
- Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
14 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
14
- Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid
semangat belajar bersungguh-sungguh
- Berkongsi visi yang sama
- Bakti disemai bukti dituai
- Penambahbaikan berterusan
- Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu
proaktif
Guru Mahir
- Terbaik dalam bidang
- Menjadi teladan profesionalisme
- Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum
Guru Pakar
- Menyerlahkan diri secara profesionalisme
- Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
- Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang
profesionalnya.
Guru Mahir
Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang
keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru
dengan kemampuan maksimum
Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
Guru Berintelek
Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri
mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak
muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik.
Dapat memberikan motivasi yang berkesan.
15 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
15
Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti
dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi
komputer.
Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
- Kemahiran penyampaian
- Kemahiran penilaian
- Kemahiran merangsang
- Kemahiran pengurusan bilik darjah
Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
- Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan
kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.
Sahsiah guru pakar :
- Sahsiah terpuji
- Berketrampilan
- Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
- Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
- ‘role model’ kepada warga pendidikan
Pengetahuan guru pakar :
- Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
- Menjadi pakar rujuk PNP
- Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
- Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar
Hasil kerja :
- Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
- Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan
mesej yang berkesan.
16 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
16
Potensi :
- Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas
sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
- Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan
dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.
17 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
17
Peranan Guru
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pembimbing
Penyelidik
Agen Sosial
Agen Perubahan
Pengganti Ibu Bapa
Pembentuk Tingkah Laku
Pengurus Pembelajaran
Pengamal Ilmu dan Kemahiran
Pengamal pengetahuan kandungan pedagogi.
Menstruktur pengajaran dengan mengintegrasikan unsur kemahiran dan
nilai.
Mempunyai peranan memindahkan ilmu dan meninggikan adab murid.
Mempraktikkan budaya ilmu – membaca, berfikir, membuat penyelidikan &
mencari idea baru.
Pembimbing
Menyemai minat dan motivasi terhadap mata pelajaran.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
Menanamkan minat dan sikap yang sihat pada alam persekolahan &
amalan seharian.
Mengenal pasti & membantu murid yang mengalami masalah spt pelajaran,
sosioemosi & kesihatan.
BAB 5 PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH
18 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
18
Pengamal Reflektif
Membantu guru permulaan menstruktur pemikiran bagi menguasai aspek
kandungan pengetahuan.
Meningkatkan tahap profesional guru.
Menambah baik aktiviti P&P.
Jika diterapkan kepada murid membolehkan mereka memperoleh
kemahiran berfikir kritis & kreatif.
Penyelidik
Dapat meningkatkan kualiti P&P.
Menjalankan pelbagai jenis penyelidikan yang berkaitan amalan P&P.
Menggunakan BBM dan mengkaji keberkesanannya melalui kajian
penyelidikan tindakan.
Guru boleh menjalankan penyelidikan biasa menggunakan kaedah kes,
soal selidik, pemerhatian & temu bual.
Agen Sosial
Guru agen sosialisasi.
Guru bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tetapi perlu menupuk
sahsiah, sikap dan nilai selaras dengan kehendak budaya masyarakat.
Guru berperanan sebagai pembudayaan masyarakat.
Agen Perubahan
Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab
guru.
Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan
nilai kepada murid.
Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
Menggunakan strategi pemusatan murid
Mengawal sikap penyayang
Bersikap proaktif
19 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
19
Bersedia menghadapi perubahan
Pengganti Ibu Bapa
Guru perlu mendapat kefahaman sosiobudaya anak muridnya.
Guru hendak peka dengan emosi, keperluan dan perubahan sikap &
tingkah laku murid.
Murid perlu diberi dorongan dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih,
prejudis atau diskriminasi.
Pembentuk Tingkah Laku
Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai
instrumental bagi membentuk tingkah laku murid.
Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku
(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan
kesabaran).
Pengurus Pembelajaran
Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik
dan sosial.
Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada
pelajar.
Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.
Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.
Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP,
BBM dan membuat rujukan pada bahan lain yang terkini.
Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.
20 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
20
6.1 ASAS KEPIMPINAN
Kamus Dewan (2002) Robbins (2003)
-kepimpinan ialah keupayaan untuk
memimpin
-kepimpinan ialah kebolehan untuk
mempengaruhi ahli kumpulan untuk
capai matlamat
Kim & Maubourgne (1992) Leithwood &Janti (1999)
-kepimpinan ialah kebolehan seseorang
untuk menginspirasikan keyakinan &
sokongan dalam kalangan sekumpulan
manusia yang diperlukan untuk capai
matlamat organiosasi
-kepimpian ialah keupayaan untyuk
mempengaruhi sistem kepercayaan,
tindakan & pegangan nilai ahli dalam
kumpulan
6.2 JENIS-JENIS KEPIMPINAN
Semula Jadi Teragih
-Berpengaruh sebagai ketua
-Tidak dilantik secara formal
-Anggota kumpulan tertua
-Paling berpengalaman
-Kemahiran interpersonal yang tinggi
-aktiviti kepimpinan digihkan
-timbulkan semangat kerjasama &
keakraban rakan sekerja
-keputusan yang dibuat adalah
keputusan bersama berdasarkan
maklumat menyeluruh
Karisma Birokratik
-ketua ada kualiti istimewa/luar biasa
-mampu selesai maslah dengan
jayanya.
Tret Personaliti
-berorientasikan pencapaian, kreativiti
& inovasi
-konfiden, energetik & aktif
-mampu pengaruhi orang lain
-sanggup tanggung risiko
-membina, bertimbang rasa & sensitif
-pemimpin guna kuasa rasmi yang
diberi melalui pelantikan jawatan
-tujuan kepimpinan ini untuk
maksimakan kecekapan melalui
pengurusan guna pendekatan rasional
-GB ketuai struktur organisasi sekolah
-Guru pakar dalam bidang masing-
masing
-ada peraturan sekolah & jadual waktu
-ketua bidang/panitia pastikan aktiviti
kurikulum mengikut garis panduan &
sukatan
BAB 6 KEPIMPINAN GURU
21 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
21
6.3 TEORI KEPIMPINAN GURU
6.3.1 Teori Tradisional
Teori Tret
-Pemimpin dikenali berdasarkan tret yang dimilikinya -Manusia miliki ciri atau tret yang diwarisi dan tret tertentu sahaja sesuai untuk menjadi pemimpin yang berkesan -Fokus kepada kenal pasti tret-tret seorang pemimpin yang berkesan -Contoh tret: 1. Sesuaikan diri dalam pelbagai situasi 2. Peka kepada persekitaran sosial 3. Cita-cita tinggi dan berorientasikan pencapaian 4. Asertif 5. Bekerjasama -3 kategori kemahiran am: 1. interpersonal 2. kognitif 3. teknikal -kerangka untuk bina 1 set ciri peribadi dan kemahiran kepimpinan: 1. keperluan untuk kejayaan dan kuasa 2. keyakinan diri 3. kematangan emosi. 4. kemihiran teknikal, konseptual dan interpersonal
Teori Tingkah Laku Teori SItuasi
-Fokus kepada cara pemimpin bertingkah laku dalam proses kepimpinan -Kepimpinan yang berjaya adalah tingkah laku yang boleh dilatih secara fornal & tidak formal -2 teori tingkah laku a) Teori X dan Teori Y -mewakili perbezaan dalam cara seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya dalam organisasi 1) Teori X -pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan elak tugas kecuali dipaksa, tidak beri kerjasama kecuali diarahkan dan dikawal -pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratikm mengarah dan kawal staf -organisasi tidak ada ruang dan peluang untuk stafnya maksimakan kebolehan 2) Teori Y
-persekitaran organisasi yang berbeza perlukan cara kepimpinan yang berbeza jika inginkan keberkesanan -Jenis teori situasi: a) Teori Kontijensi Fiedler -tiada cara terbaik dalam memimpin organisasi -kepimpinan optimal tertakluk kepada orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekiataran yang terdiri daripada: 1) Saiz organisasi 2) Sumber dan cara pengoperasian berbeza 3) Tanggapan antara pemimpin dan staf 4) Teknologi -keberkesanan kepimpinan tertakluk kepada keberkesanan antara gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran -Tingkah laku pemimpin digerakkan oleh tugasan/perhubnungan antara manusia, iaitu: 1) hubungan pemimpin-ahli -sejauh mana dia disokong oleh ahli
22 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
22
-anggap staf rajin, kerja sebagai sesuatu yang semula jadi, bercita-cita tinggi dan positif -pekerja cari dan mahu tanggungjawab kerana ia bagi kepuasan -pemimpin akan kurangkan kawalan dan upayakan mereka dalam jalankan tugas
2) struktur tugasan -kejelasan tugas dan peranan ahli 3) kedudukan kuasa -jika dia ada kuasa rasmi yang kuat, maka situasi menyokong proses kepimpinan
b) Grid Pengurusan -ukur jenis tingkah lakupemimpin berdasarkan 2 paksi: 1) paksi mendatar -ukur keprihatinan terhadap penghasilan 2) paksi menegak -ukur keprihatinan terhadap manusia -utamakan 5 jenis tindakan kepimpinan: 1) Kelab Rekreasi -tekankan keperluan, perhubungan manusia dan budaya kerja harmoni 2) Papa -usaha minimum terhadap kebajikan & pencapaian matlamat organisasi 3) Berpasukan -tekankan semangat saling bergantungan yang positif dan komitmen terhadap matlamat organisasi 4) Berorientasikan tugas -tekankan keefisienan kerja tanpa mengira faktor kemanusiaan 5) Di Pertengahan Jalan -seimbangkan keperluan untuk pastikan kerja sempurna dan kekalkan harga diri manusia pada aras sederhana -terdapat 1 tindakan kepimpinan yang terbaik -keberkesanan setiap gaya kepimpinan bergantung pada keadaan yang berbeza -kombinasi 2 bentuk tingkah laku kepimpinan yang membawa kepada keberkesanan prestasi kumpulan
b) Teori Situasi Hersey dan Blanchard -keberkesanan kepimpinan berasaskan situasi -4 gaya kepimpinan: 1)memberitahu 2) menjual 3) mengambil bahagian 4) turunkan tanggungjawab -penggunaan gaya kepimpinan perlu sesuai dengan tahap kematangan yang terdiri daripada: 1) psikologikal 2) pengendalian tugas -kumpulan kematangan rendah: Motivasi rendah Kurang kemahiran Kurang kejelekitan kumpulan (Gaya sesuai ialah gaya memberitahu dan menjual) -kumpulan kematangan tinggi Sebaliknya (Gaya sesuai: gaya ambil bahagian & turun tanggungjawab) -Persamaan teori: tiada satu cara yang terbaik dalam memimpin -Perbezaan: Teori Situasi fokus kepada pelbagai gaya kepimpinan yang perlu berdasarkan faktor persekitaran manakala Teori Kontijensi fokuskan faktor penentu keberkesanan kepimpinan tertakluk kepada kebolehan
23 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
23
-pemimpin yang lebih berkesan cenderung: a) bina hubungan mesra dengan pekerja yang sokong pucuk pimpinan b) guna kaedah penyeliaan dan proses buat keputusan berbentuk kumpulan lebih daripada bentuk individu c) tetapkan maltamat organisasi yang lebih tinggi
pemimpin dan faktor sokongan persekitaran lain
6.3.2 Teori Semasa
Teori Transformasi Kepimpinan Moral
--1 situasi yang ideal antara pemimpin
dan pengikut
-pemimpin mampu gerakkan pengikut
untuk bertindak bertindak mencapai
matlamat berdasarkan nilai dan
motivasi, keperluan, kehendak, aspirasi
dan jangkaan pemimpin dan pengikut
-pemimpin bijak guna kuasa dan
pengaruh untuk pujuk pengikut agar
bawa perubahan dalam organisasi’
-kepimpinan organisasi yang biasa
diamalkan ialah kepimpinan transaksi
-pemimpin transaksi motivasikan
pengikut dengan ganjaran sebagai
pertukaran
-pemimpin inspirasikan dan beri
pertimbangan individu, beroperasi
berasaskan nilai dan pengaruhi
pengikut untuk beranjak kepada aras
motivasi dan komitmen yang tinggi
-Pemimpin menjadi penggerak utama
kepada kejelekitan pengikut dan
berusaha capai matlamat bersama
-fokus kepada nilai & etika pemimpin
-ialah bentuk bimbingan yang
motivasikan orang lain melalui prinsip
dan pegangan nilai
-pemimpin tidak cari ikhtiar untuk
dapat manfaat diri tetapi bertindak
untuk kebaikan sejagat
-pemimpin perolehi kepercayaan ahli
secara beransur-ansur dan
inspirasikan kesetiaan terhadap gaya
kepimpinan
-unsur kemoralan harus disebatikan
dalam lehidupan pemimpin
-pemimpin harus pamer nilai etika
yang baik
-pemimpin lindungi hak, nilai sosial
dan budaya pelajar serta bawa
transformasi
-kepimpinan ini lwngkap dan perkukuh
gaya kepimpinan transformasi yang
gerakkan ahli untuk bertindak melalui
motivasi, keyakinan diri dan upayakan
mereka untuk kembangkan potensi
yang ada
24 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
24
-Pemimpin menjadi pemangkin kepada
perubahan, cabar daya berfikir,
berunding sebelum bertindak dan
tiongkatkan kesedaran dan
keprihatinan pengikut terhadap
kepentingan dan nilai matlamaty
organisasi
-peranan pemimpin bertujuan
membawa organisasi dan pengikut ke
aras tindakan moral yang tinggi
6.4 KEPIMPINAN SEKOLAH
1. Kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebolehan guru besar
2. Model kepimpinan sekolah yang tradisional berdasarkan struktur berhierarki di
mana kuasa dan kawalan dalam organisasi bertumpu kepada pucuk kepimpinan
sahaja
3.perubahan teknologi yang pesat dan keutamaan kepada pembangunan modal
insan, kepimpinan transformasi mula mendapat pengaruh dalam organisasi
sekolah
4. Sistem pendidikan yang semakin kompleks tuntut perubahan radikal kepada
cara sesebuah sekolah sediakan perkhidmatan pendidikan
5. Desentralisasi, budaya sekolah cemerlang dan prinsip amalan terbaik adalah
cabaran baru dalam kepimpinan sekolah sekarang
6. kepimpinan sekolah adalah usaha kolaboratif, jalin keakraban rakan sejawat
sebagai cara tingkatkan amalan profesional
25 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
25
6.5 CABARAN KEPIMPINAN
Wawasan Pendidikan Negara PdP Sains & Matematik dalam bahasa ibunda
-bertujuan beri hala tuju kepada pemimpin pendidikan untuk laksanakan peranan menjayakan matlamat wawasan 2020 -anjakan paradigma dalam setiap peringkat pendidikan melalui 7 aspek: 1. perpaduabn semua lapisan organisasi 2. stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti tanpa kecacatan 3. perkhidmatan penyayang untuk rapatkan hubungan dan keakraban 4. pengupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke pinggiran 5.budaya ilum melalui budaya membaca, belajar, berfikir, berwacana, menulis dan berkarya 6. sekolah penyayang yang pupuk harga diri murid agar komitmen dan cintakan sekolah 7. budaya cemerlang mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan
-Dasar PPSMI 2003 beri cabaran kepada guru untuk tingkatkan penggunaan dan penguasaan BI formal dan tidak formal -guru menjadi teladan guna BI dalam perbualan, mesyuarat dan perhimpunan dan banyakkan bahan bacaan BI --9 tahun kemudian, KPM putuskan: 1. kembalikan dasar guna BM untuk ajar Sains dan Matemati 2. martabatkan BM dan mantapkan BI -pemimpin sekolah perlu kaji dan rancang dengan rapi dalam mematikan kejayaan murid
Transformasi kurikulum Sekolah rendah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
-kurikulum bersifat dinamikdan relevan ikut perkembangan masa -KBSR dikaji semnula untuk pastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan -KBSR diganti dengan KSSR (2010) -transformasi kurikulum ialah proses perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan ambil kira keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum iaitu struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, penaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah
-satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi 3 fasa: 1. infrastruktur 2. pengisian 3. tenaga manusia -bertujuan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua -Cabaran kepimpinan: 1. kembang potensi individu menyeluruh 2. tingkatkan kreativiti, inovasi 3. budayakan sains dan teknologi 4. sediakan sistem pendidikan yang cekap, berkesan dan bertaraf dunia 5. jadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
26 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
26
SOALAN
1. Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal.
a) Berikan empat jenis gaya kepimpinan.
I. ___________________________________________________
II. ___________________________________________________
III. ___________________________________________________
IV. ___________________________________________________
b) Jelaskan tiga tanggungjawab guru cemerlang dalam kepimpinan guru.
I. ___________________________________________________
II. ___________________________________________________
III. ___________________________________________________
IV. ___________________________________________________
2. Teori keprihatinan Fulller (1969) cuba menjelaskan kebimbangan masalah
atau ketidakpuasan guru pra perkhidmatan sepanjang tempoh latihan perguruan
mereka.Senaraikan empat kebimbangan guru pelatih pada peringkat kemandirian
diri.
27 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
27
7.1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
7.2 STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH-SEKOLAH
1) Visi KPM : SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG -Unggul bermaksud kehebatan yang patut ada di sekolah sama ada dari aspek kecemerlangan akademik dan kokurikulum mahupun siasah, prasarana dan persekitaran sekolah tersebut. -Misi KPM: ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’ -Pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang mampu membina masyarakat yang progresif, berdaya tahan, mampu berdepan dengan perubahan-perubahan di peringkat global tetapi pada waktu yg sama mendukung identiti negara berlandaskan Rukun Negara
- KPM didokong oleh 31 Bahagian, 2 Bahagian Berkanun dan 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) - Pengetua akan dibantu oleh 3 Penolong Kanan iaitu -PK 1-bertanggungjawab terhadap kurikulum dan pentadbiran - PK2 – bertanggungjawab dlm HEM - PK3 – menguruskan hal-hal kokurikulum
7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU
7.4 JANGKAAN GURU
- Menyebarkan ilmu - Pengamal dan pelaksana ilmu - Pengamal TMK - Role model - Penerap nilai - Educare/educere - Pakar rujuk - Pemimpin - Mentor - Penyelidik - Agen sosialisasi - Agen perubahan - Pembina Negara Bangsa
-Merupakan harapan dan keinginan guru yg sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan 4 bentuk jangkaan -jangkaan terhadap pelajar- e.g penentuan hasil pembelajaran -Jangkaan terhadap pentadbir atau pengurus sekolah-e.g pihak pentadbir dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh -Jangkaaan terhadap ibu bapa dan komuniti – e.g merancang strategi bg membina jambatan yg menghubungkan ibu bapa dan komuniti dengan pihak sekolah -Jangkaan terhadap diri sendiri – e.g meletakkan jangkaan bahawa guru berpeluang yg luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan
BAB 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN
28 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
28
Soalan esei
1. Tugas dan peranan guru tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata.
Tanggungjawab guru adalah untuk membina negara bangsa yang merdeka dan
maju.
a. Secara ringkas huraikan lima tugas dan peranan yang perlu dipikul oleh
seseorang guru. (10 markah)
b. Sebagai pembina bangsa, unsur-unsur patriotik perlu digarap sepanjang
masa dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikan lima contoh aktiviti yang sesuai
dalam membina negara bangsa. (10 markah)
29 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
29
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI
1. Seorang guru harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. 2. Cara guru dapat memenuhi tuntutan Pembelajaran Sepanjang Hayat - Bengkel - Seminar - kursus-kursus pendek - budaya membaca - penyelidikan - lawatan ke sekolah - penandaarasan - projek-projek komuniti - aktif dlm persatuan akademik 3. Pembelajaran Sepanjang Hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.
1. Guru ialah contoh dan rol model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar ( learn how to learn ) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. 2. Sebagai contoh: -Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”. -Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center)yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang gurudalam perkembangan profesional guru Bahasa Inggeris Panduan Membina Pelan Pembelajaran Peribadi 1. Membuat refleksi ke atas kejayaan dan cabaran daripada pengalaman lalu. 2. Sumbang saran tentang objektif PdP untuk 6 bulan akan datang. 3. Tanya diri sendiri samaada objektif yang ditetapkan membuat anda bersemangat atau tidak. 4. Semak senarai yang telah dibuat ikut keperluan dan kepentingan. 5. Aturkan pelan pembelajaran dan buat perubahan di mana yang diperlukan 6. Tetapkan tugasan khusus untuk dicapai setiap hari. 7. Pastikan peruntukan masa agar tugasan khusus dan objektif tercapai. 8. Buat semakan pelan 2 minggu sekali untuk membuat perubahan di mana perlu. 9. Guna refleksi untuk mengubah pelan jika perlu.
BAB 8 PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
30 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
30
Kebaikan Pelan Pembelajaran Peribadi 1. Memperkaya pengalaman akademik 2. Memberi peluang kepada penambahbaikan guru secara individu 3. Maksimumkan kekuatan individu & galakkan penggunaan potensi menyeluruh. 4. Mengenalpasti matlamat yang jelas untuk setiap guru. 5. Memastikan semua guru dicabar sewajarnya untuk terus elajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri dan pertumbuhan peribadi.
BUDAYA MEMBACA BUDAYA MENYELIDIK
-Guru perlu mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan. -Guru di Malaysia patut menggilap imej guru melalui pembacaan bagi memastikan guru tidak terpinggir daripada kelompok profesional yang lain.
Kajian Tindakan -Bentuk kajian paling popular dalam kalangan guru Kem. Pelajaran Malaysia. -Suatu pusingan (spiral) yang terdiri daripada perancangan, tindakan, penilaian terhadap tindakan. -Fokus kepada kajian yang spesifik ttg satu aspek pengajaran yang guru perhatikan. -Membentuk budaya reflektif, bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
BUDAYAMUSYAWARAH/BERBINCANG
Antaranya amalan refleksi melalui : - Penulisan reflektif/jurnal - Portfolio pengajaran - Penyelidikann tindakan, - Perkembangan professional on-line - Aktiviti Pusat Kegiatan Guru - As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it,and new human being emerges (Leo Buscaglia).
-Kolaborasi bermaksud bekerja dengan orang lain dlm projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. -Musyawarah bermaksud rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat terhadap sesuatu tindakan yang diambil Elemen Kolaborasi -Hubungan kerja berasaskan kepercayaan guru. -Bekerja bersama-sama secara sukarela. -Peningkatan kemahiran seabagi usaha berterusan.Berkolaborasi sebagai usaha berterusan tanpa menyekat individu. -Penghargaan terhadap mereka yang terlibat
31 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
31
PEMBELAJARAN AUTENTIK
(HANDS-ON)
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
-Pembelajaran Berasaskan aktiviti
dalam suasana sebenar yang
membolehkan pelajar fokus kepada
pengetahuan dan kemahiran
(kemahiran berfikir & selesaikan
masalah).
- Bermaksud pembelajaran
berasaskan aktiviti dalam suasana
sebenar yang membolehkan
seseorang pelajar menumpukan pada
pengetahuan dan kemahiran seperti
kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
Faktor:
Kehilangan kemahiran
Menggalakkan pertandingan sihat
Peluang menyertai kursus sokongan
Fokus kepada:
- Peningkatan ilmu
- Kemahiran guru dalam
pengurusan
- Pembestarian sekolah
- Teknologi maklumat dan
komunikasi
- Pengurusan kokurikulum
- Transformasi kurikulum
- Pentaksiran dan penilaian
- Pedagogi terkini
AKSES MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER
Program Adobe
Program ERIC
E- Pembelajaran
E-Perpustakaan, E-buku dan E-Jurnal
Almanak
Atlas
Internat
Temu bual
Surat khabar
Buku dan majalah (media cetak)
Televisyen, radio, cd (media elektronik
32 MODUL ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU
32
SOALAN ESEI
1. Budaya membaca dan amalan relektif memainkan peranan penting dalam
perkembagan profesionalime guru, khususnya semasa berhadapan dengan
cabaran dan tututan semasa bidang pendidikan.
a. Cadangkan lima panduan yang dapat difikirkan dan diamalkan oleh setipa
individu guru supaya tidak mengabaikan amalan membaca. (10 markah)
b. Huraikan lima kepentingan amalan relektif dalam keguruan seupaya dapat
meningkat profesionalime guru dalam perkhidmatan. (10 markah)
top related