model psikodinamik

Post on 30-Nov-2015

161 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

model

TRANSCRIPT

PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHAN (PKP 3103)

PENSYARAH :-DATIN RASHIDAH

MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU

MODEL PSIKODINAMIKMODEL BIOFIZIKAL

APAKAH TINGKAH LAKU?

i. sesuatu yang dilakukan oleh organisma.

ii. KAMUS DEWAN EDISI KE 4 – Langkah, perangai, gerak geri, kelakuan & perbuatan

iii. Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa

TINGKAH LAKU BERMASALAH

a. MOHD NAZAR MOHAMAD – tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.

b. KONTEKS PENDIDIKAN – sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelincinan dan keberkesanan proses P&P di dalam kelas.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

a) Pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial.

b) Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu (Bear, Wolf and Risley, 1968)

c) Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.(Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).

Ini bermakna: tanpa perubahan tingkah laku, pembelajaran

tidak akan berlaku.Dalam hal pembelajaran , perubahan tingkah

laku menjadi kayu ukur bagi menentukan samada seseorang telah mempelajari sesuatu yang baru atau tidak, samada positif atau negatif.

MODEL PSIKODINAMIK

SIGMUND FREUD

• Falsafah asas model ini mengemukakan pandangan bahawa:-

• Manusia adalah dipengaruhi oleh kuasa-kuasa dinamik yang tidak disedari (unconscious dynamic forces)

• Pengalaman-pengalaman awal kehidupan

Andaian

• Tingkahlaku manusia ditentukan oleh kuasa tidak sedar

• Dorongan kejantinaan; penentu utama tingkahlaku

• Tingkahlaku orang dewasa ditentukan oleh perkembangan peringkat kanak-kanak

• Freud telah membahagikan minda manusiakepada 3 tahap Kesedaran iaitu:

• 1. Sedar - Di mana manusia menyedari dan mengetahui apa yang sedang berlaku pada persekitarannya.

• 2. Di bawah Sedar - Di mana manusia TIDAK menyedari sesuatu sedang berlaku melainkan ia secara sedar memberi perhatian kepada apa yang berlaku

• 3. Tidak Sedar

• Manusia menghadapi masalah kerana berlaku konflik dalam tahap tidak sedar.

• Membentuk Struktur personaliti yang mengambarkan konflik berlaku.

• Konflik ini berlaku antara 3 komponen personaliti:

1. Id, (naluri semulajadi)2. Ego dan (berfungsi berasaskan realiti)3. Superego (nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang itu

• Contoh:

Seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah keresahan dan kemurungan (anxiety) dan murung mungkin disebabkan konflik antara perasaan marah/benci terhadap ibu bapa dan superegonya yang mengatakan bahawa ibu bapa seharusnya disayangi dan dihormati. Egonya pula cuba menyembunyikan perasaan marah/benci tadi dan ini menyebabkan berlakunya masalah keresahan dan murung.

Keresahan (Tingkah laku bermasalah negatif ).

Model Psikodina

mik

Teknik Kaunseli

ng

Teknik “Behavi

or Influenc

e”

Ekspresi Seni

STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TeknikLife

Space Intervie

w

Terapi Realiti

TEKNIK KAUNSELING

• Dibuat berdasarkan pengalaman kanak-kanak.• Dibuat oleh guru yang berpengaruh ke atas

kehidupan kanak-kanak tersebut.• Menstruktur insiden yang berlaku dalam

kehidupan kanak-kanak untuk membolehkan dia mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya.• Penemuramah bertindak sebagai pembimbing

“Life Space Interview”

• Menurut Redl (1959)- “Life space interview” terbahagi kepada dua

(dalam Walker dan Shea, 1988):

i. “Clinical exploitation of life event”

– Memerlukan pengalaman dan latihan.

– Menggunakan insiden sebenar untuk mengetahui ciri-ciri tingkah

laku kanak-kanak yang terbabit.

– Cth: Ali sering mengelakkan diri kerana menganggap dirinya

disisihkan oleh kawan-kawan sekelasnya.

- Guru sebagai pembimbing akan membantu Ali dengan

menggalakkannya memberi respon terhadap senyuman, lambaian

kawan-kawan sekelasnya.

ii. “Emotional First Aid on The Spot”• Membantu kanak-kanak daripada sesuatu keadaan

untuk membolehkan sesuatu aktiviti diteruskan. Contohnya pertengkaran dan pergaduhan.

• Guru boleh membantu dari segi:i. Mengurangkan tahap kehampaan kanak-kanak

yang terbabit.ii. Memberi sokongan moral ke atas kanak-kanak yang

sedang emosi.iii. Membantu kanak-kanak dalam mencari

penyelesaian untuk menghadapi masalah kehidupan harian dan insiden yang melibatkan emosi seperti pertengkaran dan pergaduhan.

• Contohnya: Ali dan Azman bertengkar semasa mendirikan khemah.

- Guru bertindak dengan menghentikan pertengkaran itu dan membiarkan mereka menenangkan diri sebelum memulakan sesi temuramah.

- Ali dan Azman menceritakan insiden yang berlaku.

- Mereka mendengar persepsi guru terhadap kejadian itu dan seterusnya bersetuju untuk cuba mendirikan khemah itu semula dengan pelan tindakan yang spesifik.

- Khemah dapat didirikan dengan cepat.

– Dijalankan untuk membantu individu supaya dapat berfungsi dengan normal dalam persekitaran.

– Menurut Glasser (1965), manusia mempunyai dua keperluan psikologikal asas (dalam Walker dan Shea, 1988):

i. Menyayangi dan disayangi.ii. Penghargaan diri dan dihargai orang lain.– Untuk berasa menghargai diri dan dihargai orang lain,

seseorang individu mesti mengekalkan tingkah laku yang diterima masyarakat.

– Kegagalan akan menyebabkan sakit mental.

Terapi Realiti

• Memerlukan bantuan daripada seseorang yang dia ambil berat.

• Objektif pakar terapi atau guru ialah mengajar individu atau murid

yang terbabit tentang tingkah laku bertanggungjawab.

• Glasser (1965)- belajar menjadi individu bertanggungjawab tidak

berlaku secara semulajadi. Ia memerlukan penglibatan dengan

tanggungjawab tertentu dan perkara-perkara lain seperti kasih sayang

dan disiplin.

• Majoriti individu belajar menjadi bertanggungjawab daripada kasih

sayang dan disiplin.

• Contohnya: Ali seorang yang cerdik namum sering gagal dalam subjek

tertentu.

-Guru yang rapat dengan Ali menyedari hal itu telah menjalankan terapi realiti dan mendapati Ali tidak akan menumpukan perhatian dan tidak mahu belajar sekiranya guru yang mengajar tidak disukainya.-Melalui terapi, Ali menyedari tingkah lakunya hanya akan merosakkan dirinya.-Guru menyediakan pelan tindakan.-Ali belajar untuk bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya.-Setelah beberapa bulan, keputusan peperiksaannya meningkat dengan mendadak.

• Menggalakkan dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan dan meluahkan perasaan dan emosi melalui aktiviti-aktiviti yang kreatif.

• Cheney dan Morse (1972) merumuskan bahawa ekspresi seni dapat membina kebolehan ekspresi kanak-kanak.

- Ia memudahkan kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi mereka dan bukannya mengelak.

• Ekspresi seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi dengan cara yang betul.

EKSPRESI SENI

Kaedah Free play

Terapi seni

Puppetry

EKSPRESI SENI

• Kanak-kanak dibiarkan bermain alat-alat mainan di ruang yang disediakan dan digalakkan memilih alat mainan mengikut minat mereka.

• Alat-alat mainan mestilah sesuatu yang boleh memberi peluang kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi mereka.

• Alat-alat mainan bukan alat yang rumit.• Contoh alat-alat mainan- Patung manusia, patung

haiwan, tukul, pistol mainan, kereta mainan dan sebagainya.

“Free Play”

• Contohnya: Azman seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi. Dia tidak dapat berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan sekelasnya. Sepanjang di dalam kelas, Azman hanya duduk dan mendiamkan diri.- Guru memperkenalkan alat-alat permainan kepada Ali dan memberi panduan membuat aktiviti mudah.-Guru memerhatikan Azman.- Setelah beberapa bulan, Azman mula bercakap dengan kawan-kawan dan guru.

• Membantu kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi bagi mereka yang sukar atau tidak mahu berkomunikasi secara langsung dengan orang lain.

• D’Alonzo (1974)- Boneka tangan yang ringkas yang dibuat sendiri atau milik kanak-kanak yang terbabit adalah amat berkesan (dalam Walker dan Shea, 1988).

• Pentas untuk boneka tangan boleh dibuat sendiri oleh kanak-kanak dengan bantuan guru. Contohnya menggunakan kotak kertas.

“puppetry”

• Willian dan Wood (1977)- Seni dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak dari segi komunikasi, sosialisasi, kreativiti, ekspresi diri, mengenal diri dan manipulasi persekitaran.

• Kanak-kanak harus diberi peluang untuk mengekspresikan diri mereka melalui seni terutamanya seni lukisan dua dimensi. Contohnya melukis menggunakan jari dengan mengunakan warna air dan sebagainya.

• Elemen penting ialah persepsi dan perasaan kanak-kanak.• Seni tiga dimensi juga boleh digunakan tetapi ianya terhad

disebabkan peralatannya. Contohnya menggunakan plastesin.

Terapi seni

• Boleh dilaksanakan semasa berlakunya tingkah laku yang bermasalah sama ada di dalam kelas, sekolah, taman permainan dan sebagainya.

TEKNIK "BEHAVIOR INFLUENCE"

Teknik

Planned Ignoring

Proximity

ControlInterest Boosting

Jenaka

Signal Interfere-

nce

TEKNIK "BEHAVIOR INFLUENCE"

• Kadangkala kanak-kanak melakukan tingkah laku bermasalah untuk menarik perhatian kawan-kawan sekelas, guru dan ibu bapa.

• Contohnya menjatuhkan buku, bersiul-siul, mengetuk pensil di atas meja dan sebagainya.

• Cara- membiarkan, tidak menegur, tidak memberi respon dan sebagainya.

• Biasanya tingkah laku yang dibuat-buat untuk menarik perhatian akan berkurangan dan lenyap apabila tidak diambil peduli.

"Planned Ignoring"

• Bukan secara verbal• Contohnya- pandangan mata ke mata

(renungan), “toe tapping” dan sebagainya.

"Signal Interference"

• Menggunakan orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh menakutkan kanak-kanak.

• Contohnya- Guru Besar, bapa, polis, guru garang dan sebagainya. Contohnya- Cikgu panggil polis.

• Keputusannya tingkah laku yang bermasalah seperti bising tidak diteruskan.

"Proximity Control"

• Semua orang akan bosan dengan tugas-tugas rutin dan sukar.

• Guru yang mendapat tahu murid-murid mula bosan dengan kerja yang diberi harus berusaha untuk meningkatkan semula minat mereka.

• Boleh dilakukan dengan menawarkan bantuan, bertanya tentang sejauh mana tugas sudah disiapkan, membincangkan tugasan tersebut dan sebagainya.

"Interest Boosting"

• Dapat mengurangkan tekanan dan ketegangan.

• Dapat membuat murid berasa tenang.• Namun harus diingat jenaka yang dibuat

tidak menyinggung perasaan individu lain.

Jenaka

KELEMAHAN

• Masa dan tenaga terlalu lama.

• Tidak sesuai dilakukan dalam kelompok murid yang ramai.

• Terlalu menekankan masalah dalaman.

MODEL BIOFIZIKAL

Definisi

• Model biofizikal turut dikenali sebagai model biokimia yang menerangkan bahawa tingkah laku berkaitan dengan tingkah laku asal yang dikawal oleh trait, ciri-ciri fizikal atau penyakit (Bee, 1992)

• Menurut kajian pula, ia menyatakan bahawa pengambilan nutrisi juga mempengaruhi tingkah laku seseorang.

• Kajian yang lain pula membuktikan bahawa terdapat kolerasi antara kecacatan neuro (otak) dengan masalah hiperaktif.

• Menurut Morse & Smith (1991), tingkah laku seseorang berkait dengan alergik mereka.

KONSEP

• Model ini menekankan bahawa punca tingkah

laku adalah secara organik. Model ini melihat

hubungan antara kecacatan fizikal, kekurangan

zat makanan, dan penyakit dengan tingkah

laku individu.

Gkaji latar

PERANAN GURU

1. Membantu murid mengubah persepsi diri dan tingkahlaku.

2. Perlu mengkaji latar belakang murid untuk mengenal pasti masalah

CARA PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERDASARKAN MODEL INI

3. Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan kemudahan khas ( ABM yang sesuai, VAKT) kepada murid

4 . Sentiasa memberikan motivasi dan dorongan kepada murid

5. Menyenaraikan murid yang memerlukan makanan yang seimbang dalam Program RMT.

KELEMAHAN

• Tidak sesuai dilakukan dalam kelompok murid yang ramai

• Walaupun masalah dapat diatasi namun pada masa tertentu berkemungkinan murid tersebut akan berkelakuan seperti kebiasaannya.

KESIMPULAN

a. Pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan masalah tingkah laku murid dapat mengubah tingkah laku negatif dan seterusnya melicinkan proses P&P di dalam bilik darjah

b. Hal ini dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian murid serta keberkesanan aktiviti pembelajaran murid

c. Ia dapat membentuk tingkah laku yang positif dari aspek fizikal, emosi, sosial dan mental murid.

SEKIAN TERIMA KASIH

NADIAH BINTI AHMAD NAZLANNOOR NAJIHAH BINTI DZAFARUDDINSITI NOR HIDAYATULAKMAL ROSLANSYAIDA FARHANA BINTI KHALED

top related