minit mesyuarat panitia matematik
Post on 22-Dec-2015
42 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELANGOR (SATU)
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2 / 2012
Tajuk : Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil 2 / 2012
Tarikh : 20 Mac 2012
Hari : Selasa
Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Pn. Khoo Poh Eng Penolong Kanan Kurikulum
En. Irwanmasmul Alias Penolong Kanan Ko-kurikulum
Kehadiran :
1. Pn. Pathmalosini Arnasalam
2. Cik Sivajothi Arnasalam
3. Pn. Rokiah Amad
4. Pn. Kamariah Ngah
Tidak hadir :
1. Pn. Komalavalli Ambikadevi Kursus Kepimpinan & Pengurusan (IAB)
2. En. Mohd Khairiee Mohd Mesyuarat Kebajikan PPDPU
Turut hadir : Tiada
Agenda
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Perkara-perkara baharu
5.0 Hal-hal lain
6.0 Ucapan penangguhan
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pn. Khoo Poh Eng selaku Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru
dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1
2.0 Pengesahan Minit mesyuarat yang lepas
2.1 Pn. Rokiah mencadangkan minit mesyuarat pertama disahkan dan disokong
oleh Cik Sivajothi.
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Pn. Khoo Poh Eng menyatakan bahawa perkara-perkara 4.5 yang melibatkan
semua aktiviti dan program panitia perlu dibuat laporan oleh Ketua Panitia
pada akhir tahun. Diminta ketua panitia mendokumentasikan dan mengambil
gambar untuk tujuan laporan berkenaan.
Tindakan : Pn. Pathma.
3.2 Pn. Pathma memaklumkan tentang perkara 5.4, di mana semua guru sedang
mengumpul soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah dan sebahagian
soalan telah diserahkan kepada Pn. Pathma. Guru-guru perlu menyerahkan
baki soalan-soalan tersebut dalam minggu kedua bulan April.
Tindakan : Semua AJK panitia.
4.0 Perkara-perkara baharu
4.1 Lesson Study
4.1.1 Pn. Khoo memaklumkan bahawa Lesson Study perlu dilaksanakan
untuk meningkatkan hasil dan kualiti kerja guru dalam mengajar topik
matapelajaran tertentu.
4.1.2 Guru yang telah dipilih mesti melaksanakannya dan akan diselia oleh
AJK panitia. Kemudian AJK akan berbincang dan menambahbaik P&P
supaya topik tersebut akan diajar sekali lagi dengan lebih efektif.
Tindakan : En. Khairiee.
4.2 LINUS dan PROTIM.
4.2.1 Pn. Khoo memaklumkan bahawa murid-murid Tahun 3 adalah perintis
LINUS. Oleh itu, bagi tahun hadapan, tidak boleh ada seorang murid
pun yang akan dikategorikan dalam PROTIM kerana pencapaian
LINUS sekolah adalah 100%.
4.2.2 Pn. Khoo meminta guru Matematik Tahun 3, Pn. Rokiah memastikan
supaya tidak ada murid PROTIM bagi tahun hadapan. Begitu juga
2
dengan Pn. Nora yang perlu memastikan tiada murid PROTIM (Bahasa
Melayu) bagi tahun hadapan.
4.2.3 Pn. Rokiah memaklumkan bahawa cuma Endra seorang yang agak
lemah dalam matematik sekarang dan beliau akan membantunya.
Tindakan : Pn. Rokiah.
4.3 Fail Rasmi & Fail Tegak
4.3.1 Pn. Khoo meminta ketua panitia kemaskinikan fail rasmi dan fail tegak
panitia serta pastikan ada ‘partition’ tahun 2012.
Tindakan : Pn. Pathma.
4.4 Peruntukan PCG
4.4.1 Pn.Khoo meminta AJK mengambil keputusan tentang bahan yang
perlu dibeli oleh panitia.
4.4.2 AJK membuat keputusan untuk membeli ‘stamp pad’, papan putih
gulung (berpetak) dan ‘alarm clock’.
5.0 Hal-hal lain
5.1 Guru-guru tidak perlu menulis laporan ADAB kerana sekolah kita
memasukkan markah PEBEL dalam peperiksaan.
5.2 Pn. Khoo menyatakan bahawa hasil daripada penyemakan buku latihan oleh
pihak pentadbir, terdapat beberapa perkara harus diberi perhatian oleh guru-
guru. Antaranya adalah:-
a) Murid wajib buat pembetulan sebelum latihan yang seterusnya.
b) Guru harus menulis tarikh selepas menanda buku.
c) Pastikan murid menggaris hari, tarikh, tajuk dan apabila selesai sesuatu
latihan.
5.3 Pn. Pathma menyatakan bahawa murid-murid sangat lemah dalam sifir.
5.4 Pn. Rokiah bersetuju untuk menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi
Program Sifu Touch untuk mengajar teknik memahami sifir dengan cepat.
Tindakan : Pn. Rokiah
5.5 AJK sebulat suara bersetuju supaya Program Sifu Touch dijalankan sebagai
aktiviti dalam program Hari Panitia bersama Pusat Sumber Sekolah.
5.6 Pn. Rokiah dipilih untuk menjalankan Program Celik Sifir bagi Tahun 2012.
Tindakan : Pn. Rokiah.
3
5.7 Pn. Pathma mencadangkan supaya ganjaran diberi kepada murid yang terlibat
dengan Program Celik Sifir. Kertas kerja akan dibuat bagi program ini.
Tindakan : Pn. Pathma.
5.8 Pn. Pathma juga mencadangkan supaya murid-murid yang tidak terlibat
dengan Bahasa Arab, diwajibkan dengan Program NILAM untuk
menggalakkan sikap membaca di kalangan murid.
5.9 Pn. Khoo meminta guru-guru kelas menyediakan ‘Mini Library’ di dalam
kelas bagi memudahkan murid-murid meminjam dan membaca di kelas
masing-masing.
Tindakan : Semua guru kelas.
6.0 Ucapan penangguhan
6.1 Pn. Khoo mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir
dan berharap semua aktiviti / program yang dirancang dapat dijalankan dengan
lancar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.
Urusetia,
PATHMALOSINI ARNASALAM
4
top related