merangka strategi pelaksanaan dan pengelolaan aktiviti pengayaan

Post on 14-Aug-2015

135 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Bmm3106: pemulihan dan pengayaan

TRANSCRIPT

Pemulihan Dan Penggayaan Dalam

Bilik Darjah

CHARLIE GINSINSOFIANAH BINTI

TJINKE

PISMP 2C

MERANGKA STRATEGI

PELAKSANAAN DAN PENGELOLAAN

AKTIVITI PENGAYAAN

KONSEP PENGAYAAN

Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah.

Pengayaan mengandungi unsur-

unsur untuk meluasakan

pengetahuan dan pengalaman serta

mengukuhkan kemahiran yang

sedang di pelajari.

Murid dapat mengembangkan potensi, memupuk

sifat ingin tahu, sikap berdikari,

kepimpinan serta melibatkan diri

dalam membuat sesuatu keputusan.

PRINSIP PROGRAM PENGAYA

AN

Memberi penekanan kepada

aktiviti yang bersifat kreatif dan

eksperimentalMembuat kerja

sendiri dan hasilan kendiri

.   Menggunakan daya usaha

sendiri. 

Memberi peluang untuk

mengembangkan sifat kepimpinan

sosial. Menggunakan kaedah dan

organisasi yang mudah ubah.

 Melibatkan pembacaan luas.

STRATEGI PELAKSANAAN

AKTIVITI PENGAYAAN

3 strategi pelaksanaan aktiviti pengayaa

n.

Aktiviti Pengayaan Kumpulan Mengikut

Kebolehan.

Aktiviti Pengayaan berjalan serentak

dengan aktiviti pemulihan.

Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan

pelbagai kebolehan

Aktiviti Pengayaan Kumpulan Mengikut Kebolehan.

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan  menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza

Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru.

Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing.

Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya.

PENGELOLAAN AKTIVITI

PENGAYAAN

Bagi menjalankan aktiviti pengayaan beberapa perkara perlu

dititikberatkan,seperti yang digambarkan dalam rajah 7 di bawah:

1. Objektif2. Bidang3. Masa4. Aktiviti5. Bahan6. Ruang/Tempat

OBJEKTIF

• Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat murid dalam bilik darjah, peringkat cerdas, sederhana dan lambat. Memandangkan kebolehan tiap-tiap kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan mengikut kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.

BIDANG

Memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti pengayan haruslah berlainan.

Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih kompleks dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah tetapi menarik.

MASA

Setiap hari; 10-20 minit.

Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran.

Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.

AKTIVITI

Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal.

Segala aktiviti pengayaan haruslah secara

bersendirian atau secara kumpulan.

Corak aktiviti haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan,

minat dan bakat murid

Bagi aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh

murid yang cerdas membimbing murid-

murid dalam kumpulannya atau

kumpulan lambat. Cara ini memberikan

peluang kepada murid yang cerdas menambah

pengalaman dan mengasah bakat

kepimpinan mereka.

Selepas aktiviti pengayaan selesai

dijalankan, guru boleh berbincang dengan

murid-murid mengenai dengan hasil aktiviti

mereka serta memberikan penghargaan sebagai

galakan.

BAHAN

Kad-kad bacaan tambahan, lembaran

kerja dan alat-alat bantu mengajar

Bahan-bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan

atau penerangan yang jelas supaya murid

boleh menjalankannya tanpa banyak

bergantung daripada tunjuk ajar guru.

RUANG/TEMPAT

Penyusunan meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti

kumpulan. Biasanya kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid

yang berbeza, biasanya kumpulan sederhana lebih ramai dariapada

kumpulan yang lain.Murid-murid dalam sesuatu

kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu. Mereka boleh dipindahkan mengikut kemajuan

mereka dalam sesuatu mata pelajaran.

AKTIVITI PENGAYAAN

AKTIVITI PENGAYAAN

Aktiviti pengayaan biasanya terbahagi kepada 3

BAHAN BACAAN

KERJA-KERJA PROJEK

PERMAINAN DAN REKREASI

BAHAN BACAAN

Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema

Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak

Majalah pelajar

Surat khabat / keratan

Risalah-risalah

KERJA-KERJA PROJEK

LawatanMelapor PeristiwaMenulis CeritaMembuat Zoo Mini SekolahMengumpul setem, gambar, keratan

akhbar – Buku SkrapMengadakan pameran bilik darjahMinggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang

Kata ]

PERMAINAN DAN REKREASITeka Silang

Kata                                                      Teka BendaTeka TekiMencari Jalan KeluarMenyambung TitikMencari tajuk kepada sesuatu gambar

/ceritaMencari benda tersembunyiMeneka bunyi

PERMAINAN DAN REKREASIDam CaturSahibaBingoUlar dan TanggaJigsaw PuzzleBermain bentuk geometri

PELAKSANAAN AKTIVITI

PENGAYAAN

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:

1.         Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.

2.         Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran

3.         Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran

4.         Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

KESIMPULAN

Program pengayaan pula merupakan satu aktiviti yang banyak membantu untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Jika aktiviti pengayaan ini di jalankan dengan cara yang berkesan,murid akan dapat banyak manfaatnya. Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada  mereka malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu.

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related