liu pbs 2 ass (2).docx
Post on 12-Dec-2015
21 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Penghargaan
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini kami mengambil kesempatan untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Perkhidmatan dalam Pendidikan
Pemulihan iaitu Puan Liew Fee Lan yang mengajar dan membimbing kami dengan memberi
tunjuk ajar bagaimana cara membuat tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
memberi sokongan moral kepada kami. Mereka juga membantu saya dari segi kewangan untuk
menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya dapat membuat kerja kursus ini tanpa menghadapi
sebarang masalah dari segi mental dan fizikal. Segala maklumat dan pengalaman yang saya
dapat semasa membuat kerja kursus ini memberi faedah yang banyak kepada diri saya.Sya
dapat meningkatakan tahap penguasaan saya dalam subjek ini.
Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung ribuan terima kasih
kepada rakan – rakan sekelas saya yang berkongsi pendapat dan memberi idea- idea yang
bernas sepanjang menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Saya menghargai segala
dorangan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan seperjuangan saya.
1.0 PENDAHULUAN
Dalam tahun 1983, Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula
kepada asas pendidikan, iaitu yang memberi fokus kepada penguasan kemahiran asas 3M dan
penekanan kepada pendidikan pemulihan. Hal yang sedemikian ini menjadi masalah dalam
pembelajaran pada peringkat sekolah rendah menjadi fokus polisi dan program utama negara.
Program pemulihan telah disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah kelemahan
khusus dalam pembelajaran terutamanya dalam penguasan kemahiran asas 3M. Kumpulan
murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagi belum menguasai kemahiran asas 3M pada
tahap yang tertentu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini mengunakan
pendekatan klinikal untuk ‘merawat’ kesukaran belajar atau masalah dalam pembelajaran yang
dihadapi oleh murid yang berkenaan.
Kekangan dalam pelaksanaan program ini ialah masalah yang dihadapi oleh guru
pemulihan khas (JPK) kurang memahami tuntutan tugas dan tanggungjawab mereka, dan
bahan rujukan yang tidak mencukupi.
Menyedari hakikat inilah maka pada Bulan Novembar 1998 Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan sebuah buku panduan yang lengkap
bagi membantu guru-guru dan juga guru besar melaksanakan program pemulihan khas secara
sempurna dan berkesan. Jabatan telah berusaha memastikan buku yang dihasilkan ini mudah,
menarik serta jelas maksudnya.
B.Penulisan Akademik
Dalam kerja kursus perkhidmatan dalam pemulihan kali ini, saya dikhendaki melawat ke
sebuah sekolah dan mengumpul maklumat mengenai peranan, bidang tugas dan
tanggungjawap guru pemulihan khas di sekolah tersebut dalam melaksanakan program
pemulihan khas.
Bagi PBS kali kedua ini,saya telah melaksanakannya di negeri Selangor bersama rakan
sekelas. Sekolah yang telah menjadi pilihan saya ialah SJK(T) Ladang Vallambrosa, Kapar.
Selama seminggu saya menjalani PBS iaitu pada 31 Mac hingga 4 April di SJK(T) Ladang
Vallambrosa.Saya mengumpul maklumat berkaitan kerja kursus tersebut dengan cara
menjalankan temubual bersama dengan guru pemulihan khas di sekolah tersebut. Setelah
mendapat keizinan daripada guru besar sekolah SJKT Ladang Vallambrosa, saya dan rakan
sekelas saya membuat persediaan untuk melawat bilik pemulihan khas di sekolah tersebut.
Bilik pemulihan sekolah itu sangat ceria. Setelah melawati bilik pemulihan di sekolah kami
pun terus pergi berjumpa dengan guru pemulihan di sekolah itu. Nama guru pemulihan sekolah
SJK(T) Ladang Vallambrosa ialah Pn.Abirami A/P Gajandran. Beliau bertugas sebagai guru
pemulihan di sekolah SJK(T) Ladang Vallambrosa selama 3 tahun. Beliau mengajar kepada 18
orang murid pemulihan dari tahun 2 dan 3 .Ianya juga adalah sekolah pertama beliau setelah
menamatkan pengajiannya dari Institut Perguruan Tengku Bainun Pulau Pinang.
Saya dan rakan sekelas saya menjalankan temubual dengan guru pemulihan sekolah
tersebut untuk mengumpul maklumat. Berdasarkan temubual bersama guru pemulihan sekolah
itu, saya dapat mengumpul banyak maklumat mengenai peranan, bidang tugas dan
tanggungjawap guru pemulihan sekolah itu.
Sebelum memberi maklumat terperici mengenai perana dan tanggungjawap dan bidang
tugas sebagai guru pemuliha di SJK)T) Ladang Vallambrosa, Pn Abirami menerangkan definisi
pemulihan kepada saya iaitu,pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan
untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, selaras dengan mengira 3M perlu dikuasai pada
peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan membina ilmu pengetahuan.
Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal
mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap persekolahan rendah
atau ke peringkat persekolahan menegah rendah. Justeru, melalui pemulihan khas keperluan-
keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuh.
Pn.Abirami juga menyatakan bahawa di dalam bilik darjah, peranan utama seseorang guru
ialah melibatkan diri dalam tugas mengajar. Selain itu, peranan utamanya sebagai guru
pendidikan pemulihan khas di sekolah itu adalah adalah sebagai penilai (an assessment role).
Sebagai seorang guru pemulihan, beliau menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk
mengenal pasti murid- murid yang memerlukan pemulihan khas di sekolah itu. Sebelum
menjalankan ujian saringan Pn Abirami telah menjalankan pencalonan murid melalui
pengumpulan maklumat dengan guru besar, guru kelas, dan ibu bapa. Ianya adalah untuk
mendapatkan maklumat peribadi dan prestasi murid untuk menolongnya memahami masalah
murid dalam akademik dan juga masalah fizikal yang dihadapi oleh murid tersebut yang
dicalonka. Selepas itu, beliau dapat membuat keputusan dengan teliti sama ada murid tersebut
perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Melalui ujian saringan yang
dijalankan di sekolahnya beliau telah mengenal pasti seramai 16 orang murid layak mengikuti
kelas pemulihan. Di samping itu, beliau juga menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti
masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid –murid di sekolah itu. Setelah itu
beliau akan menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun
dalam fail yang disediakan khas untuk murid pemulihan. Ianya adalah untuk melihat
perkembangan mereka dari masa ke semasa, jika murid tersebut menguasai 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira mereka akan meneruskan pelajaran mereka di kelas biasa.
Seterusnya Pn. Abirami juga menerangkan bahawa guru pemulihan khas juga berperanan
sebagai pengajar. Beliau akan mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan
menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M. Pn Abirami telah mengatakan
bahawa beliau akan mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta
penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat
dicapai. Contohnya di kelasnya terdapat dua orang murid pemulihan yang menghadapi masalah
disleksia. Untuk murid ini, Pn Abirami menggunakan teknik yang berbeza semasa mengajar
atau memberi aktiviti kepada mereka. Beliau juga akan menggunakan pelbagai bahan bantu
mengajar seperti kad suku kata yang berwarna-warna serta dengan gambar, bahan maujud
seperti ---------manik supaya ianya akan menarik minat murid pemulihannya untuk belajar
dengan bersungguh -sungguh.
Selain daripada itu, beliau juga berperanan sebagai perhubungan dalam melaksanakan
program pemulihan di sekolah itu. Pn Abirami menjalinkan hubungan yang baik dengan
ibubapa, guru besar, guru kelas dan juga dengan guru-guru lain di sekolah itu. Dengan
hubungan mesra ini, Pn .Abirami dapat berbincang serta mengumpul maklumat mengenai latar
belakang, kesihatan dan juga masalah murid murid pemulihan di kelasnya yang diperlukan
pada masa ke semasa. Justeru itu dengan berperanan sebagai penghubung, Pn. Abirami juga
dapat mengajukan cadangan-cadangan kepada ibubapa cara mereka membantu demi
kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.
Selain daripada itu, Pn.Abirami juga meberi maklumat bahawa beliau juga berperanan
sebagai kaunselor di sekolah itu dalam melaksanakan program pemulihan. Di dalam bilik
darjah, murid sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosioemosi.
Pn. Abirami mengatakn bahawa beliau sentiasa membantu dalam mengatasi masalah murid
dalam kelas pemulihannya. Selepas mengenal pasti masalah murid dalam kelasnya, beliau
berinteraksi dengan murid tersebut dengan memberi bimbingan dan mengekalkan hubungan
yang baik dengan mereka.
Selain daripada itu, sebagai guru pemulihan PnAbirami juga mengatakan bahawa beliau
berperanan sebagai pembela (Advocative Role) di sekolah itu. Misalnya PnAbirami
mewujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG,
daerah malah sehingga keperingkat negeri untuk berkongsi maklumat. Pn Abirami juga
mengatakan bahawa, beliau telah menghadiri kursus dan mesyuarat yang dirancang oleh
pejabat pelajaran daerah. Setelah menghadiri kursus dan mesyuarat beliau akan mendedahkan
maklumat yang diperolehi kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah melalui program ‘reach out’
atau ‘outreach’. Ianya membuatkan guru opsyen lain juga akan mengetahui program-program
dan perkembangan pemulihan yang baru dilaksanakannya disekolah.
Antara bidang tugas Pn Abirami di sekolah itu adalah , beliau dikhendaki menjalankan kerja-
kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6
dan keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3. Beliau juga membantu
guru-guru asas dalam hal mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran
pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. Beliau mengenalpasti murid- murid lemah
dengan menjalankan ujian saringan dalam kelas biasa. Dengan cara ini, beliau dapat mengenal
pasti daerah-daerah kelemahan murid dalam sesebuah kelas yang layak mengikuti kelas
pemulihan khas. Selain daripada itu, beliau merancang dan menyediakan aktiviti serta bahan-
bahan pemulihan. Semasa mengajar, beliau menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar
semasa mengajar dalam bilik darjah. Selain itu, beliau juga merancang aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap murid dalam kelas pemulihannya semasa pengajaran dan
pembelajaran.
Sebagai guru pemulihan di sekolah itu, Pn.Abirami juga mengajar sebagai guru pembimbing
untuk membantu guru matapelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan. Contohnya jika
guru-guru lain di sekolah itu menghadapi masalah dalam mengajar matapelajaran asas, Pn.
Abirami akan membantu guru-guru tersebut dengan memberi teknik mengajar murid-murid yang
lemah tersebut.
Selain daripada itu, beliau juga bertanggungjawap dalam melaksanakan penilaian dan
merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid yang mengikuti kelas
pemulihan. Selepas melaksanakan setiap penilaian, Pn.Abirami merekod semua maklumat dan
data dalam fail secara terperinci. Pn. Abirami mengumpul dan merekod maklumat mengenai
tahap kesihatan murid yang megikuti kelas pemulihannya pada masa ke semasa dengan
merujuk kepada guru kelas, guru-guru lain di sekolah itu dan juga ibu bapa murid tersebut.
Hasil-hasil temubual dan rujukan yang dibuat oleh Pn. Abirami dengan guru lain atau dengan
ibu bapa juga direkod dan disimpan dalam fail.
Di Samping itu, sebagai guru pemulihan beliau berjumpa dan berbincang dengan guru ,
ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain
mengenai latar belakang murid. Semasa berbincang dengan guru kelas ,beliau mendapat
maklumat terperinci mengenai murid latar belakang murid pemulihan dalam kelasnya. Beliau
juga berbincang dengan guru tentang tahap kesihatan murid dalam kelasnya dan juga masalah
dan tingkah laku murid tersebut yang mengikuti kelas pemulihan khas. Dengan cara ini, beliau
dapat mengumpul pelbagai maklumat tentang murid pemulihan dalam kelasnya. Beliau juga
bertanggungjawap dalam mengumpul latar belakang murid. Beliau mengumpul maklumat murid
seperti latar belakang murid dan tingkah laku murid, dengan merujuk kepada guru kelas, guru-
guru lain di sekolah itu dan juga ibu bapa murid tersebut. Selain guru klelas, beliau berbincang
dengan guru matapelajaran. Beliau berbincang dengan guru matapelajaran Matematik dan
Bahasa Melayu untuk mendapat maklumat mengenai penglibatan dan tahap penguasaan murid
pemulihannya semasa berada di kelas biasa. Dengan cara ini, beliau dapat merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan.
Selain itu, beliau juga berbincang dengan ibubapa murid pemulihan yang mengikuti
kelasnya. Beliau selalu berbincang dengan ibubapa untuk mendapat maklumat seperti tingkah
laku muridnya, tahap kesihatan, dan cara pemakanan murid tersebut di rumah. Beliau juga
berbincang tentang bagaimana ibu bapa juga boleh menolong dalam mengatasi masalah anak
mereka dalam pembelajaran. Pn.Abirami memberi maklumat prestasi murid kepada ibu bapa
murid-murid tersebut pada masa ke semasa selepas membuat penilaian. Beliau juga
berbincang dengan pihak lain seperti guru besar di sekolah tersebut untuk melaksanakan
program yang sesuai untuk murid-murid pemulihan di sekolah tersebut.
Sebagai guru pemulihan di sekolah tersebut, Pn Abirami bertanggungjjawap dalam
mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas. Agihan waktu mengajar guru
pemulihan khas di serkolah itu adalah 480 minit dalam semiggu untuk matapelajaran Bahasa
Melayu dan 420 minit dalam seminggu untuk matapelajaran Matematik. Waktu Panduan dan
Persediaan (4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan
dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar. Dalam waktu persediaan tersebut guru
pemulihan hendaklah membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid. Selain itu,
beliau juga membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan juga
mengemas kini rekod-rekod dengan menggunakan waktu persediaan. Dalam waktu persediaan,
Pn. Abirami juga berunding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang
perkembangan murid di kelas biasa. Pn. Abirami juga menggunakan waktu persediaan itu untuk
memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-muridnya. Contohnya dalam kelasnya
terdapat dua orang murid pemulihan yang menghadapi masalah disleksia. Oleh itu, beliau
memberi bimbingan yang berlebihan kepada murid pemulihan tersebut dengan memberi aktiviti
yang bersesuaian untuk mengatasi masalah mereka.
Pn. Abirami bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta
menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Dia Mengadakan latihan perkembangan staf di
peringkat sekolah atau daerah. Beliau juga selalu menghadiri mesyuarat dan bengkel yang
berkaitan dengan pemulihan khas yang dirancang oleh pejabat pelajaran daerah. Dengan ini ,
beliau mendapat pelbagai maklumat dan teknik mengajar murid-murid pemulihan dengan lebih
berkesan. Selain itu, Pn. Abirami juga melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan
kebajikan murid - murid. Di sekolah itu, beliau sentiasa memberi tumpuan dalam menjaga
kebajikan murid-murid pemulihannya. Contohnya, Pn. Abirami melaksanakan program ‘Guru
Penyayang’ untuk murid pemulihan di sekolah itu yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dengan
program tersebut, Pn. Abirami dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran ke sekolah murid
pemulihan tersebut.
Selain daripada itu, beliau juga bertanggungjawab dengan mengemas kini sudut-sudut
pameran pembelajaran dalam bilik pemulihan di sekolah itu. Sudut-sudut pameran
pembelajaran sangat ceria dalam bilik pemulihan itu.
Soalan 2
Dalam menjawap soalan 2, saya dihkendaki memilih sekumpulan murid dan menganalisi
masalah tingkah laku mereka. Kemudian saya dikhendaki merancang RPI serta program yang
sesuai untuk murid-murid tersebut. Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang
tidak normal, iaitu abnormal behaviour dalam bahasa Inggeris, dan terkeluar dari nilai dan
norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentang dengan tingkah laku
normal yang lazimnya dipersepi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat.
Mengkikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah
kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila
menhadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu emosi dan
aktiviti kehidupan individu yang terlibat, dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam
persekitaran semasa proses interaksi berlaku.
Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.
Selepas mendapat keizinan daripada guru pemulihan di SJK(T) Ladang Vallambrosa,
saya pun memerhati pengajaran dan pengajaran yang dijalankan oleh guru pemulihan sekolah
itu dalam kelas pemulihan. Seramai 6 orang murid dari tahun 2 dan 7 orang murid dari tahun 3
mengikuti kelas pemulihan. Saya memilih sekumpulan murid daripada tahun 3 untuk
menganalisi masalah tingkah laku mereka. Saya berbincang dengan guru pemulihan di sekolah
itu mengenai masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid-murid yang saya pilih. Guru
pemulihan sekolah itu memberi maklumat terperinci mengenai masalah tingkah laku murid-
murid tersebut dalam kelas pemulihan. Beliau juga menunjukkan fail maklumat murid kepada
saya untuk membantu saya merekod maklumat peribadi murid yang dipilih oleh saya.
Saya membuat pemerhatian dalam kelas pemulihan semasa guru mengajar kepada
murid-murid tahun 2 yang mengikuti kelas pemulihan. Dengan pemerhatian tersebut, saya
dapat mengenalpasti masalah tingkah laku murid-murid yang saya pilih tersebut. Dengan itu,
saya dapat merancang Rancangan pengajaran harian yang sesuai untuk murid-murid yang
saya pilih.
Selepas memilih dan membuat pemerhatian terhadap dua orang murid pemulihan yang
saya pilih, saya merancang program yang sesuai untuk murid-murid yang bermasalah tingkah
laku itu. Nama murid pertama yang saya pilih ialah ___________. Dia seorang murid yang aktif
dalam kelas. Melalui pemerhatian saya, murid ini dapat mengkikuti kandungan yang diajar oleh
guru dalam kelas pemulihan. Masalah tingkah laku utama murid ini adalah dia selalu tidak
membuat kerja yang diberi oleh guru pemulihan dalam kelas. Untuk mengatasi masalah ini,
guru pemulihan boleh menggunakan,teknik modifikasi tingkah laku Skinner.Tenik ini perlu
dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk mengubah tiingkah laku murid tersebuat yang tidak
mahu membuat kerja rumah. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik
untum mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman.
Dengan merujuki teknik modifikasi tingkah laku Skinner, guru pemulihan boleh menggunakan
prinsip-prinsip yang telah dikemukakan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif dan dendaan
dalam bilik darjah untuk mengubah tingkah laku murid tersebut. Dalam peneguhan positif guru
pemulihan boleh menggunakan sistem token ekonomi.Sistem token adalah satu sistem untuk
membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh
yang sebenar diidamkan. Di dalam sistem token ekonomi ini, sesuatu sistem merit ditentukan
berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini. Justeru itu, apabila _____--
dapat menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru dengan sempurna, guru pemulihan boleh
memberi token kepada murid tersebut. Dengan teknik ini, murid tersebut juga akan berasa
bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kerja yang diberi oleh guru untuk mendapat token yang
lebih. Poin merit token ini yang dikumpulkan oleh murid ini boleh ditukarkan seterusnya dengan
pelbagai peneguh yang diidamkan. Guru pemulihan itu boleh memberi ganjaran seperti hadiah
atau menyediakan aktiviti kegemaran murid tersebut contohnya seperti menontong wayang,
membawa mereka makan malam di restoren mengikut jumlah token yang diperolehi oleh
mereka. Dengan ini, guru pemulihan itu dapat mengurangakan masalah tidak membuat kerja
rumah oleh murid itu.
Dalam peneguhan negatif, ransangan yang diberikan adalah tidak disukai oleh pelajar.
Namun begitu ia dapat mengubah tingkah laku dari negatif ke positif. Maka, ia sesuai diberikan
sekiranya terdapat tingkah laku negatif dalam bilik darjah. Seperti dalam situasi yang tidak
menyiapkan kerja sekolah. Guru boleh berleter dan dengan ini-------- akan merasa bosan dan
seterusnya akan menyiapkan kerja yang diberikan oleh gurunya. Di sini dapat dilihat bahawa
leteran iaitu merupakan peneguhan negatif dapat mengubah tingkah laku negatif Zi Ren iaitu
tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Selain itu, apabila Zi Ren tidak menyiapkan kerja rumah
yang diberi, guru boleh menggunakan dendaan untuk mengubah tingkah laku tersebut. Antara
dendaan yang boleh dibuat ialah menyuruh Zi Ren berdiri di hadapan bilik darjah. Tindakan ini
akan menyebabkan Zi Ren berasa malu. Maka, dia tidak akan mengulangi perkara ini kerana
akan berasa malu.
Masalah tingkah laku utama murid ini adalah dia kerap tidak hadir ke sekolah. Untuk mengatasi
masalah ini, saya merancang sebuah program iaitu ‘Guru Penyayang’. Objektif program ini
adalah
top related